You are on page 1of 35

SEKTOR PERKHIDMATAN DAN PEMBANGUNAN

Hasil Kerja : ABU MANSUR BIN MOD HANAPIAH MOHD UBAIDILLAH BIN MOHD KHAIRI

PENGENALAN
Sektor perkhidmatan dikenali juga sebagai sektor ekonomi tertiar atau sektor ekonomi peringkat ketiga. Sektor ekonomi ini tidak mengeluarkan barangan, sebaliknya membekalkan perkhidmatan kepada pengguna. Perkhidmatan dikenali sebagai "barangan yang tidak terpegang merangkumi perhatian, nasihat, pengalaman, dan perbincangan. Contoh pekerjaan : doktor, jururawat, tentera

PERANAN SEKTOR PERKHIDMATAN DALAM PROSES PEMBANGUNAN

Menjalin dan menyelaraskan kegiatan ekonomi sektor-sektor pertanian dan perindustrian. Menyumbang kepada KDNK, guna tenaga dan eksport sesebuah negara. Menyediakan pelbagai kemudahan sosial kepada rakyat termasuk kesihatan, latihan dan sebagainya.

Perubahan sektor ekonomi berlaku di sesebuah negara disebabkan 2 faktor :


1. Berlaku peningkatan sumbangan kepada KDNK dan penciptaan peluang pekerjaan serta kesan rantaian dengan aktiviti ekonomi lain mempengaruhi pembangunan negara.
1. Perubahan dari perkhidmatan yang tidak didagangkan kepada perkhidmatan yang didagangkan. Menyediakan peluang kepada perusahaan utk menawarkan barangan dan perkhidmatan secara lansung di pasaran asing.

Perkhidmatan terbahagi kepada tiga :


a) Perkhidmatan baru b) Perkhidmatan penggenap c) Perkhidmatan lama

Perkhidmatan baru permintaan untuknya berhubung secara positif dengan pendapatan per kapita (pendidikan, kesihatan, hiburan, perhotelan dan pelancongan). Perkhidmatan penggenap berhubung secara langsung dengan pembangunan sektor pembuatan, pertumbuhan pengeluaran barangan perantaraan, perluasan pasaran dan perbandaran.

Perkhidmatan lama aktiviti-aktiviti memandu teksi, pembantu rumah dan tukang cuci yang wujud dari ketidaksamaan dalam agihan pendapatan dan kekurangan peluang pekerjaan. Sektor perkhidmatan meliputi bekalan elektrik, gas dan air, pengangkutan, pembinaan, perdagangan, hotel dan restoran, perbankan dan insurans, hartanah dan pentadbiran awam.

PERKEMBANGAN SEKTOR PERKHIDMATAN SELEPAS MERDEKA


Perkaitan rapat antara perkembangan sektor perkhidmatan dengan sektor industri menyebabkan dalam zaman sebelum merdeka kepentingan sektor ini tidak begitu menyerlah.
Semasa penjajahan, sektor ini penting hanya utk menyediakan kemudahan mengangkut sumbersumber bahan mentah. Sektor perkhidmatan yang diberi perhatian oleh pejajah ialah pengangkutan, perhubungan, kesihatan, pelajaran, dan perkhidmatan kewangan.

Keadaan mula berubah selepas merdeka. Data menunjukkan sektor perkhidmatan menyumbang 37% daripada KDNK. Peranan sektor perkhidmatan turut meningkat dengan pelaksanaan rancangan lima tahun malaya pertama (1956-60) dan kedua (1961-65). Pihak pemerintah menekankan untuk mengembangkan perkhidmatan sosial, memoden dan memajukan sistem perhubungan serta menyediakan perkhidmatan2 lain dan memulakan proses pembangunan sektor industri.

Dalam Rancangan Malaysia Pertama (1966-70) usaha mempelbagaikan ekonomi untuk mengurangkan masalah harga getah dan bijih timah yang tidak stabil dipergiatkan. Industri penggantian import ditubuhkan untuk menambah pengeluaran tempatan dan mengurangkan pengeluaran keluar tukaran asing. Penubuhan FIDA (Lembaga Pembangunan Perindustrian Persekutuan) dan Akta Galakan Pelaburan 1968 telah menggalakkan kemasukan pelaburan asing.

PERKEMBANGAN SEKTOR PERKHIDMATAN SELEPAS DASAR EKONOMI BARU (DEB)


Dalam Rancangan Malaysia Pertama, ekonomi bertambah dengan kadar 6.7% dan pendapatan per kapita meningkat pada kadar 3.5% setahun. Namun, wujud masalah agihan pendapatan yang tidak sama rata antara kaum Bumiputera dan bukan Bumiputera, bandar dan luar bandar dan antara sektor pertanian dengan perindustrian.

Data 1970 menunjukkan 64.8% kaum Bumiputera berada dalam keadaan miskin, kaum India 39.2& manakala kaum Cina 29%. Dari segi pemilikan harta dan modal saham syarikat, kaum Bumiputera hanya memiliki 2.4%, 27.2% kaum Cina manakala 63.3% milik asing. Kadar kemiskinan yang tinggi, pembahagian kekayaan tidak sama rata dan kadar pengangguran yang tinggi antara faktor Peristiwa 13 Mei 1969.

Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) telah dilancarkan bersama-sama DEB. Dua matlamat DEB ialah:
a) Menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum. b) Menyusun semula masyarakat supaya tidak wujud pengenalan kaum melalui aktiviti ekonomi.

Kaum Bumiputera digalakkan menyertai sektor moden dan sektor perkhidmatan. Agensi sedia ada dikemas kini dan agensi baru ditubuhkanyang berfungsi sebagai penggalak penyertaan Bumiputera dalam aktiviti perdagangan.

Kesan keseluruhan daripada DEB ialah pada 1970-an, peranan sektor perkhidmatan semakin aktif apabila 1.1 juta penduduk terlibat dalam sektor ini atau mewakili 31.5% daripada guna tenaga dalam negara. Sektor perkhidmatan berterusan dalam Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980) dan Rancangan Malaysia Keempat (18811985). Krisis ekonomi yang berlaku pada awal 1980-an menyebabkan ekonomi tumbuh secara perlahan.

Namun, sumbangan sektor perkhidmatan kepada KDNK meningkat kepada 45%. Pada 1990, sektor perkhidmatan merupakan sektor utama yang menyumbang dari segi jumlah pekerjaan iaitu sebanyak 45.2% berbanding 23.9% dari sektor industri dan 30.9% sektor pertanian. Hal ini bererti, di antara tahun 1970-1990, sektor perkhidmatan adalah sektor terbesar yang menawarkan pekerjaan baru.

Sub Sektor Perkhidmatan Utama


Sektor perkhidmatan terdiri daripada : Perdagangan borong dan runcit Perkhidmatan kerajaan Kemudahan awam Pengangkutan Penyimpan dan perhubungan Kewangan Perkhidmatan lain

Perkembangan Sektor Perkhidmatan


Jangka Masa Kadar (%)

Rancangan Malaysia Kelima


Rancangan Malaysia Keenam

5.7
8.0

3 Sub Sektor Perkhidmatan Utama


1.Perkhidmatan awam 2.Perdagangan borong dan runcit (termasuk hotel dan restoran) 3.Kewangan,insurans,hartanah dan perkhidmatan perniagaan

Data Tahun 1990 : Sumbangan Sub Sektor Perkhidmatan Kepada KDNK dan Gunatenaga.
Sub Sektor Perkhidmatan 1. Perkhidmatan awam
2. Perdagangan borong dan runcit (termasuk hotel dan restoran) 3. Kewangan, insurans, hartanah dan perkhidmatan perniagaan

Peratus(%)
25 26

23

1970-1989 ; sumbangan keluaran dari sub sektor perkhidmatan awam atau kerajaan adalah antara 28.0% - 30.0%. Perkembangan pesat sub sektor ini ekoran dari dasar kerajaan di bawah DEB apabila banyak perusahaan awam dan agensi-agensi ditubuhkan.

Walau bagaimanapun,peranan sub sektor ini mula merosot pada akhir tahun 1980an apabila dasar penswastaan dilaksanakan pada 1983.

Sub sektor kewangan, insurans, hartanah dan perkhidmatan perniagaan adalah komponen ketiga penting dalam sektor perkhidmatan. Penubuhan Bank Negara - Menggalakkan perkembangan institusi kewangan di Malaysia. Pinjaman dan peruntukan tabungan dari bank-bank perdagangan adalah salah satu sumber modal yang digunakan untuk perkembangan sektor-sektor lain.

Fungsi Bank Perdagangan dan Syarikat Kewangan - penerima deposit - pemberi pinjaman Fungsi Bank Saudagar - pemberi khidmat dari segi pembiayaan sektor koporat - khidmat nasihat pengurusan pelaburan dan kewangan

Pada awalnya penyumbang utama kepada pekerjaan datang dari sub sektor kewangan, insurans,hartanah dan perkhidmatan perniagaan diikuti oleh sub sektor kerajaan. Akan tetapi,apabila DEB dilancarkan, sektor kerajaan telah muncul sebagai penyumbang utama dari segi pekerjaan. Walaubagaimanapun, pada 1980-an, tempat ini telah diambil alih oleh sektor perdagangan borong, runcit, hotel dan restoran.

Dua faktor menjelaskan perkara tersebut : 1)Kemelesetan ekonomi dunia dipertengahan 1980-an telah memaksa kerajaan membekukan pengambilan pekerja. 2)Pengurangan di dalam perbelanjaan pembangunan awam serta dasar penswastaan telah mengurangkan peranan sektor kerajaan.

Data Tahun 1990 : Peratus Keseluruhan Gunatenaga


Sub Sektor 1.Perdagangan borong, runcit, hotel dan restoran Peratus (%) 18.7

2.Perkhidmatan awam

13.0

Industri pelancongan - Bersifat intensif buruh - Muncul sebagai industri yang menggunakan paling banyak tenaga kerja di dunia terutama di sektor perhotelan Pada tahun 1988, terdapat 48,930 pekerja yang terlibat dalam perhotelan Dijangka 10,400 pekerjaan baharu diwujudkan sepanjang tahun 1990-an.

Peranan Sektor Perkhidmatan Ke Arah Pencapaian DEB


Sebelum DEB dilancarkan : 60.0 % gunatenaga Bumiputera terlibat dalam sektor pertanian manakala Sektor bukan pertanian @ sektor moden lebih dikuasai oleh kaum lain terutama Cina. Apabila DEB dilaksanakan : Sektor perkhidmatan muncul sebagai sektor bukan pertanian yang paling banyak menyerap gunatenaga Bumiputera. (Sila lihat Jadual )

Jadual 1: Peratus Penglibatan Gunatenaga Bumiputera Dalam Sektor Perkhidmatan, 1985-1995


Sub sektor Pembinaan Elektrik, Gas, Air Pengangkutan, Penyimpanan dan Perhubungan Perdagangan Borong dan Runcit, Hotel dan Restoran Tahun 1985 (%) 42.2 70.7 51.5 36.1 Tahun 1990 (%) 43.0 69.8 54.1 38.2 Tahun 1995 (%) 44.2 70.1 55.3 41.1

Kewangan, Insurans, Hartanah dan Perkhidmatan Perniagaan


Perkhidmatan kerajaan Perkhidmatan-perkhidmatan lain

42.5
65.7 65.7

41.1
65.9 66.9

42.3
65.2 67.0

Daripada Jadual 1, didapati kesemua sub sektor (seperti yang dinyatakan) telah menyerap lebih daripada 50.0 % gunatenaga Bumiputera. Ini menunjukkan tanpa mengambil kira peringkat mana kaum Bumiputera bekerja dan apa jenis pekerjaan yang diceburi didapati dengan pelaksanaan DEB penyertaan Bumiputera dalam sektor bukan pertanian telah meningkat.

Walau bagaimanapun, satu perkara yang tidak dapat dinafikan ialah penglibatan gunatenaga Bumiputera di dalam sektor moden masih lagi diperingkat rendah. Majoriti Bumiputera menyandang jenis jawatan yang mempunyai pendapatan atau gaji yang kecil. Peratus penyertaan Bumiputera di peringkat tinggi terutama dalam sektor swasta adalah rendah terutama pada peringkat profesional, pengurusan dan eksekutif.

Kaum bumiputera hanya menguasai bidang profesional yang disediakan oleh pihak kerajaan iaitu guru dan jururawat. Pekerjaan perkeranian dan perkhidmatan yang memberikan pendapatan yang kecil juga dikuasai oleh kaum Bumputera.

Jadual 2 : Peratus Gunatenaga Bumiputera Mengikut Pekerjaan, 1985-1995


Pekerjaan Profesional Yang Berdaftar Guru dan Jururawat Pentadbiran dan Pengurusan Perkeranian Jualan Perkhidmatan Tahun 1985 (%) 22.2 64.2 38.4 Tahun 1990 (%) 29.0 68.1 33.3 Tahun 1995 (%) 32.3 71.7 34.2

54.1 33.2 61.6

54.9 36.0 61.5

55.0 39.2 63.5

RUMUSAN
Oleh itu, sewajarnya perhatian diberi kepada pembangunan sektor ini. Dasar perkhidmatan negara perlu dibentuk untuk mengenal pasti matlamat dan peranan yang perlu dimainkan oleh setiap sektor. Semua strategi yang dikemukakan dapat memberi kesan positif kepada pembangunan dan pertumbuhan negara, - meningkatkan produktiviti dan kecekapan dalam sektorsektor lain, - pembangunan kemahiran yang sesuai, - mewujudkan pendapatan dan peluang pekerjaan di kalangan pelbagai kumpulan etnik, - memperbaiki kebajikan serta aspek budaya negara, - akhirnya menyediakan keselamatan negara serta perlindungan individu.

Bagi mencapai matlamat tersebut, dasar perkhidmatan negara perlu mempunyai empat set dasar iaitu : 1. Dasar pembangunan perkhidmatan 2. Dasar pelaburan dan perkhidmatan 3. Dasar perdagangan dalam perkhidmatan 4. Dasar perkhidmatan import Dengan cara ini, barulah sektor perkhidmatan dapat mengambil alih peranannya sebagai penyumbang terbesar kepada pembangunan ekonomi negara selepas era pasca industri tanpa mengalami banyak halangan.

Rujukan
Nor Aini Haji Idris dan Ab. Razak Dan (2004). Teori Pertumbuhan Dan Pembangunan Ekonomi. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

You might also like