P. 1
gerko BPG lengkap

gerko BPG lengkap

4.0

|Views: 3,206|Likes:
Published by William Woods
Gerko peringkat 1
Gerko peringkat 1

More info:

Published by: William Woods on May 13, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/29/2013

pdf

text

original

INSTITUT PERGURUAN TUANKU BAINUN

MENGKUANG, 14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG.

KPLI-SR LPBS j-QAF GERKO KPLI (SR) LPBS

TUGASAN GERAK KERJA KOKURIKULUM (PERINGKAT PERTAMA)

PENSYARAH: EN. MAHAMAD ALI B. ABDUL RAHMAN SETIAUSAHA UNIT GERKO DISEDIAKAN OLEH: NAMA: SYATRIAH BINTI ABDUL AZIZ NO KP: 810101-02-5974 OPSYEN: PENGAJIAN ISLAM KUMPULAN: j-QAF 6 SEKOLAH: SK BUMBONG LIMA AMBILAN JANUARI 2006

Penghargaan
Bismillahirrahmanirrahim… Alhamdulillah, tiada kalimah yang selayaknya dilafazkan kepada al-Bariy Jalla wa ‘Alla. Segala pujian hanya bagi Allah S.W.T, Selawat dan Salam ke atas junjungan besar, penghulu sekalian rasul, Nabi Muhammad S.A.W. yang membawa rahmat untuk sekalian alam. Bersyukur saya kehadrat ilahi kerana dengan limpah dan rahmatnya dapat saya menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan ini. Jutaan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah Institut Perguruan Tuanku Bainun khasnya semua pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan di atas ilmu dan tunjuk ajar yang dicurahkan. Seterusnya, sekalung penghargaan buat semua warga Sekolah Kebangsaan Bumbong Lima khususnya Guru Besar, Pn Hjh Mazni bt Hashim Dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Pn Hjh Noraini bt Aziz, guru-guru penasihat persatuan/kelab, sukan permainan dan unit beruniform, dan semua guru-guru yang sudi meluangkan masa untuk di temuramah bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan di dalam tugasan ini. Tidak lupa juga, ribuan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang telah banyak berkongsi ilmu, informasi dan kefahaman di dalam menyiapkan tugasan yang diberikan juga memberi dorongan dan semangat untuk menyiapkan tugasan dengan sempurna. Akhir sekali, saya berdoa kepada Allah Azza Wajalla semoga usaha ini mendapat keberkatan daripadaNya. Dan sentiasa berada di bawah keredhaan dan keampunanNya.

Isi Kandungan

SEKOLAH KEBANGSAAN BUMBONG LIMA 13200 KEPALA BATAS, SEBERANG PERAI (UTARA) PULAU PINANG

VISI SEKOLAH Menjadi Sekolah Cemerlang Menjelang 2010 MISI SEKOLAH Meningkatkan Pencapaian Kurikulum , Kokurikulum & Sahsiah Murid

PIAGAM SEKOLAH SK Bumbong Lima sentiasa komited untuk merealisasikan visi dan misi sekolah melalui; Melahirkan generasi yang berpengetahuan luas, berakhlak mulia dan bersemangat patriotisme yang tinggi Sentiasa mementingkan kepentingan dan kebajkan murid dalam suasana mesra dan selesa Menitikberatkan pemupukan budaya ilmu dan penerapan niali-nilai murni melalui proses P&P Berusaha mewujudkan budaya kerja cemerlang dikalangan guru , pekerja dan waris Sentiasa melibatkan waris dan masyarakat dalam mengembangkan potensi dan intelek murid-murid melalui konsep pemuafakatan.

MATLAMAT SEKOLAH Melahirkan pelajar yang kompetatif, berilmu, bermaruah, bertaqwa dan mempunyai semangat juang yang kental bagi mengharungi dunia serba canggih kini atas dasardasar seperti berikut: 1. Mempunyai pengurusan yang telus, cekap dan berkesan; 2. Bersikap jujur serta menghormati hak-hak individu. 3. Menghasilkan ramai murid yang cemerlang dibidang akademik dan kokurikulum 4. Mempunyai pengurusan kokurikulum yang berkualiti ke arah menghasilkan murid yang berpotensi 5. Mempunyai pengurusan Hal Ehwal Murid ( HEM ) yang berkualiti ke arah menghasilkan murid yang bersahsiah.

PERANCANGAN STRATEGIK KOKURIKULUM SEKOLAH KEBANGSAAN BUMBONG LIMA 2006

VISI KOKURIKULUM Menjadikan kegiatan kokurikulum sebagai pelengkap kecemerlangan SKBL menjelang 2010. MISI KOKURIKULUM Meningkatkan lagi usaha secara berterusan bagi merealisasikan visi melalui 1. Pelajar yang cemerlang Kurikulum dan Kokurikulum 2. Pelajar yang aktif dalam kokurikulum 3. Pelajar yang berketrampilan, berdaya saing, kreatif dan inovatif.

PENDAHULUAN Gerak kerja ko-kurikulum mempunyai peranan memupuk semangat

kewarganegaraan dan perpaduan di samping menyemai dan memupuk disiplin, nilai serta sikap positif selaras dengan Rukun Negara. Memberi pengalaman kepada murid-murid berkembang, bergaul dan bersatu padu dalam masyarakat mengukuh dan meperkayakan pengalaman yang dipelajari di dalam darjah juga memaju dan mengembangkan minat, bakat dan kemahiran muridmurid di dalam bidang tertentu.

Melatih murid-murid mengisi masa lapang denagn gerak kerja yang berfaedah. Di samping membina kesihatan dan kesejahteraan diri memberi peluang dan galakan kepada murid-murid membuat kerja-kerja khidmat kepada sekolah dan masyarakat.

PENGERTIAN KOKURIKULUM Kegiatan kokurikulum adalah meliputi semua kegiatan luar bilik darjah dan adalah merupakan lanjutan dari kurikulum yang diajar di bilik-bilik darjah.

FALSAFAH KOKURIKULUM SEKOLAH 1. Menyamai kesedaran terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan di kalangan murid-murid. 2. Mengimbang antara perkembangan mental denagn perkembangan sosial, jasmani dan rohani murid-murid. 3. Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan yang sihat di kalangan murid-murid dalam sekolah dan antara sekolah. 4. Membina dan meningkatkan disiplin dan suasana sekiolah supaya lebih menarik dan mengembirakan. 5. Menambahkan semangat kekitaan di kalangan murid-murid serta membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dan masyarakat setempat. 6. Menanamkan sikap nilai hidup harmoni dalam masyarakat.

MATLAMAT STRATEGIK 1. Menyemaikan kesedaran dan kepatuhan kepada agama dan kepercayaan kepada tuhan. 2. Memastikan guru-guru mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam sesuatu permainan, kelab dan unit beruniform. 3. Memastikan setiap unit beruniform, persatuan/kelab mempunyai sukatan dan perancangan tahunan dan memantau aktiviti mereka sepanjang tahun. 4. Menggalakan penyertaan para pelajar dalam aktiviti sukan, permainan, kokurikulum samada diperingkat sekolah, daerah, zon, negeri dan kebangsaan. 5. Penggunaan masa lapang yang memanfaatkan.

OBJEKTIF-OBJEKTIF KOKURIKULUM DI SEKOLAH 1. Memperseimbangkan gerak kerja kokurikulum dengan pelajaran akademik yang dijalankan dalam bilik darjah. Kedua-duanya di anggap sebagai proses pendidikan yang saling lengkap melengkapi. 2. Untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai nilai-nilai akhlak mulia, kesusilaan dan kenegaraan sepenuhnya, serta mempunyai semangat patriotik yang tinggi. 3. Memberi peluang kepada semua pelajar melibatkan diri dengan aktif secara individu, kumpulan dan beramai-ramai. 4. Melibatkan pelajar dari semua kaum dalam semua gerak kerja kokurikulum yang sesuai dengan tujuan memupuk perpaduan dan rasa tanggungjawab.

5. Melibatkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Seklah ( JBPS ), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), ibu-bapa dan masyarakat setempat, guru-guru dan pelajar-pelajar dalam perancangan dan pelaksanaan gerakerja kokurikulum. 6. Mengadakan lebih banyak pertandingan melibatkan semua pelajar, terutamanya pelajar yang kurang berminat dan kurang berbakat. 7. Menggalakan murid-murid mengambil bahagian dalam pertandinganpertandingan yang dianjurkan oleh badan-badan luar. 8. Meningkatkan mutu pencapaian dalam aktiviti-aktiviti sukan rekreasi dan kecergasan. 9. Menggalakan kerjasama dan penyelarasan antara badan-badan yang

bertanggungjawab untuk memajukan sukan negara. 10. Melatih murid-murid supaya dapat menggunakan masa lapang dengan gerak kerja yang berfaedah. 11. Melahirkan murid-murid yang berketrampilan, berakhlak mulia, kreatif dan dinamik.

OBJEKTIF UNIT BERUNIFORM 1. Membimbing dan melatih ahli unit beruniform supaya berdisiplin serta mempunyai potensi daya maju. 2. Memberi pendedahan dan pengalaman yang menyeronokkan melalui aktivitiaktiviti serta latihan yang dijalankan di dalam pasukan beruniform. 3. Mendekatkan dan membiasakan murid-murid kepada rangsangan dan kehendak masyarakat serta alam persekitaran.

4.

Mewujudkan generasi muda yang mempunyai nilai-nilai akhlak, kesusilaan dan ketatanegaraan.

OBJEKTIF KELAB DAN PERSATUAN 1. Meningkatkan semangat bekerjasama di antara ahli-ahli kelab dan persatuan. 2. Membantu murid-murid meningkatkan pencapaian dalam bidang akademik. 3. Melatih ahli persatuan mengembangkan bakat, daya kepimpinan dan keyakinan diri untuk memperluaskan pengetahuan serta meningkatkan kebolehan menjalankan aktiviti persatuan.

OBJEKTIF SUKAN DAN PERMAINAN 1. Sekurang-kurangnya memasuki peringkat separuh akhir dalam semua pertandingan di peringkat daerah. 2. Memungut seberapa banyak pingat dalam kejohanan olahraga. 3. Memupuk dan mewujudkan semangat kesukanan kepada murid-murid. 4. Sekurang-kurangnya 75% murid-murid dapat menguasai kemahiran asas setiap permainan.

STRATEGI KOKURIKULUM 1. Melibatkan murid daripada semua kaum dalam aktiviti kokurikulum bagi memupuk perpaduan. 2. Melibatkan murid dan pihak sekolah dalam aktiviti kokurikulum. 3. Merancang dengan teliti aktiviti kokurikulm bagi memantapkan matlamat yang dikehendaki. 4. Merekod dan menilai kemajuan aktiviti kokurikulum yang dijalankan. 5. Mengadakan penyeliaan dan penilaian yang sistematik secara berterusan. 6. Memberi penghargaan kepada murid dan pihak lain dari semasa ke semasa.

PERANCANGAN STRATEGIK KOKURIKULUM DAN PELAN TINDAKAN

MATLAMAT STRATEGIK: Memastikan setiap pasukan seragam, persatuan/kelab dan permainan mempunyai perancangan tahunan dan memantau aktiviti mereka. OBJEKTIF KOKURIKULUM DI SEKOLAH 1. Memperseimbangkan gerak kerja kokurikulum dengan pelajaran akademik yang dijalankan dalam bilik darjah. Kedua-duanya di anggap sebagai proses pendidikan yang saling lengkap melengkapi. 2. Untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai nilai-nilai akhlak mulia, kesusilaan dan kenegaraan sepenuhnya, serta mempunyai semangat patriotik yang tinggi. 3. Memberi peluang kepada semua pelajar melibatkan diri dengan aktif secara individu, kumpulan dan beramai-ramai. 4. Melibatkan pelajar dari semua kaum dalam semua gerak kerja kokurikulum yang sesuai dengan tujuan memupuk perpaduan dan rasa tanggungjawab. 5. Melibatkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Seklah ( JBPS ), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), ibu-bapa dan masyarakat setempat, guru-guru dan pelajar-pelajar dalam perancangan dan pelaksanaan gerakerja kokurikulum. 6. Mengadakan lebih banyak pertandingan melibatkan semua pelajar, terutamanya pelajar yang kurang berminat dan kurang berbakat.

7. Menggalakan

murid-murid

mengambil

bahagian

dalam

pertandingan-

pertandingan yang dianjurkan oleh badan-badan luar. 8. Meningkatkan mutu pencapaian dalam aktiviti-aktiviti sukan rekreasi dan kecergasan. 9. Menggalakan kerjasama dan penyelarasan antara badan-badan yang

bertanggungjawab untuk memajukan sukan negara. 10. Melatih murid-murid supaya dapat menggunakan masa lapang dengan gerak kerja yang berfaedah. 11. Melahirkan murid-murid yang berketrampilan, berakhlak mulia, kreatif dan dinamik.

PERANCANGAN STRATEGIK KOKURIKULUM DAN PELAN TINDAKAN (UNIT BERUNFORM)

MATLAMAT STRATEGIK: Menggalakan pelajar dalam aktiviti sukan dan kokurikulum samada diperingkat sekolah, daerah, zon, negeri dan kebangsaan.

OBJEKTIF UNIT BERUNIFORM 1. Membimbing dan melatih ahli unit beruniform supaya berdisiplin serta mempunyai potensi daya maju. 2. Memberi pendedahan dan pengalaman yang menyeronokkan melalui aktivitiaktiviti serta latihan yang dijalankan di dalam pasukan beruniform. 3. Mendekatkan dan membiasakan murid-murid kepada rangsangan dan kehendak masyarakat serta alam persekitaran. 4. Mewujudkan generasi muda yang mempunyai nilai-nilai akhlak, kesusilaan dan ketatanegaraan.

PERANCANGAN STRATEGIK KOKURIKULUM DAN PELAN TINDAKAN (PERSATUAN/KELAB)

MATLAMAT STRATEGIK: Menggalakan pelajar dalam aktiviti sukan dan kokurikulum samada diperingkat sekolah, daerah, zon, negeri dan kebangsaan.

OBJEKTIF KELAB DAN PERSATUAN 1. 2. 3. Meningkatkan semangat bekerjasama di antara ahli-ahli kelab dan persatuan. Membantu murid-murid meningkatkan pencapaian dalam bidang akademik. Melatih ahli persatuan mengembangkan bakat, daya kepimpinan dan keyakinan diri untuk memperluaskan pengetahuan serta meningkatkan kebolehan menjalankan aktiviti persatuan.

PERANCANGAN STRATEGIK KOKURIKULUM DAN PELAN TINDAKAN (SUKAN DAN PERMAINAN)

MATLAMAT STRATEGIK: Menggalakan pelajar dalam aktiviti sukan dan kokurikulum samada diperingkat sekolah, daerah, zon, negeri dan kebangsaan.

OBJEKTIF SUKAN DAN PERMAINAN 1. Sekurang-kurangnya memasuki peringkat separuh akhir dalam semua pertandingan di peringkat daerah. 2. 3. 4. Memungut seberapa banyak pingat dalam kejohanan olahraga. Memupuk dan mewujudkan semangat kesukanan kepada murid-murid. Sekurang-kurangnya 75% murid-murid dapat menguasai kemahiran asas setiap permainan.

JAWATANKUASA KOKURIKULUM

Pengerusi

:

Guru Besar ( Pn. Hjh Mazni bt Hashim )

Naib Pengerusi 1

:

Penolong Kanan Ko-Kurikulum ( Pn Hjh Noraini bt Aziz )

Naib Pengerusi 2

:

Penolong kanan 1 ( Hj Saari bin Ismail )

Naib Pengerusi 3

:

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ( Pn Habibah bt Ahmad PJM )

Setiausaha Sukan : Penyelaras :

Tn Hj Nasri bin Subhi Sukan & Kelab Permainan ( En.Rahimi bin Darus )

Penyelaras

:

Persatuan ( Pn. Sakina bt. Saidin )

Penyelaras

:

Unit Beruniform ( Pn Nang Sofiah bt Nik Hamid )

Ahli Jawatankuasa :

Semua Guru Penasihat Ko-Kurikulum

CARTA ORGANISASI PENGURUSAN KOKURIKULUM SEKOLAH KEBANGSAAN BUMBONG LIMA 2006

PENGERUSI PN. HJH. MAZNI BT. HASHIM GURU BESAR

TIMBALAN PENGERUSI PN. NORAINI BT. AZIZ PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

SETIAUSAHA TN HJ. NASRI B. SUBHI

PENYELARAS

UNIT BERUNIFORM Cik Shaheezatul Azwa TKRS Cik Shaheezatul Azwa En. Md. Nizam Pn. Suzana Pn. Rusna Kaladi PUTERI ISLAM Pn. Nang Sofiah Pn. Hjh. Che Bashah Pn. Norhayati Pn. Normaniyah PENGAKAP En. Rahimi Pn. Rozita En. Mohd Faizal SILAT/TAE KWAN DO Pn. Sakina Cik Syarliza Pn. Hjh. Noraini

KELAB/PERSATUAN Pn. Sakina Saidin BAHASA MELAYU Pn. Rusna Kaladi Pn. Che Norlia BAHASA INGGERIS Cik Syarliza Pn. Rozita MATEMATIK/SAINS Cik Norjauharah Pn. Norhayati AGAMA ISLAM Pn. Normaniyah Pn. Nang Sofiah SENI KREATIF Pn. Sakina Pn. Rohani P. RAKAN SEBAYA Pn. Zahida Pn. Norsuzana

PERMAINAN En. Rahimi Darus BOLA SEPAK Tn. H. Nasri En. Muhd Azhan BOLA JARING Cik Norjauharah Pn. Suzana BOLA BALING En. Mohd Faizal Pn. Norheyyah RAGBI En. Zul Pakar Tn. Hj. Nasri TAKRAW En. Rahimi En. Zul Pakar BADMINTON Pn. Rohaida En. Md. Nizam

SENI LUKIS Cik Shaheezatul Azwa Pn. Hjh. Che Bashah REKA CIPTA Pn. Habibah En. Rahimi PSS Pn. Norheyyah Pn. Norihan SPBT Pn. Rohaida En. Zul Pakar

PENTAKSIRAN GERAK KERJA KOKURIKULUM (GERKO)

Gerak

kerja

ko-kurikulum

mempunyai

peranan

memupuk

semangat

kewarganegaraan dan perpaduan di samping menyemai dan memupuk disiplin, nilai serta sikap positif selaras dengan Rukun Negara. Memberi pengalaman kepada murid-murid berkembang, bergaul dan bersatu padu dalam masyarakat mengukuh dan meperkayakan pengalaman yang dipelajari di dalam darjah juga memaju dan mengembangkan minat, bakat dan kemahiran muridmurid di dalam bidang tertentu. Melatih murid-murid mengisi masa lapang dengan gerak kerja yang berfaedah. Di samping membina kesihatan dan kesejahteraan diri memberi peluang dan galakan kepada murid-murid membuat kerja-kerja khidmat kepada sekolah dan masyarakat. Sekolah Kebangsaan Bumbong Lima, pihak sekolah telah menetapkan aktiviti kokurikulum hendaklah dijalankan pada waktu persekolahan dan telah tercatat di dalam jadual waktu setiap kelas bagi tahap dua dan tahun tiga bagi tahap satu. Pihak sekolah menetapkan pada setiap hari Rabu pukul 7.45 pagi hingga 8.45 pagi diadakan aktiviti untuk unit beruniform. Pada setiap hari Khamis pula dijalankan aktiviti untuk persatuan/kelab atau sukan/permainan secara bergilir-gilir. Jika pada hari Khamis minggu tersebut dijalankan aktiviti untuk persatuan/kelab, maka pada hari Khamis berikutnya pula dijalankan aktiviti untuk sukan/permainan. Aktiviti untuk persatuan/kelab dijalankan pada pukul 12.35 petang hingga 1.35 petang manakala bagi sukan/permainan pula dijalankan pada pukul 7.45 pagi hingga 8.45 pagi. Pada setiap hari Rabu, murid-murid hendaklah memakai pakaian seragam unit beruniform masing-masing. Bagi guru-guru pula digalakan untuk memakai pakaian seragam unit beruniform masing-masing. Pada hari Khamis pula murid-murid hendaklah memakai pakaian sukan sepertimana pakaian mereka semasa bersenam

jika pada hari tersebut dijalankan aktiviti untuk sukan/permainan. Jika pada hari Khamis minggu tersebut dijalankan aktiviti untuk persatuan/kelab, mereka hendaklah memakai seragam sekolah.

PERSATUAN AGAMA ISLAM Guru Pendidikan Islam (GPI) bertanggungjawab untuk membangun agama, bangsa dan negara. Guru-guru perlu mempersiapkan murid-muridnya kearah keupayaan membangunkan diri, agama, bangsa dan negara supaya mereka hidup dalam suasana yang penuh dengan adab, disiplin untuk mengankat martabat insaniah. Di dalam Persatuan Agama Islam penilaian di buat dari semasa ke semasa. Guru-guru yang terlibat akan mengadakan ujian keatas murid-murid bagi menentukan tahap pencapaian mereka di dalam bidang agama supaya dapat meningkatkan akhlak dan sahsiah diri murid-murid. Melalui pemerhatian dan penilaian yang dibuat, guru-guru dapat melihat perubahan sikap dikalangan ahli. Disamping itu juga, pertandingan seperti kuiz, poster, mewarna, buku skrap dan hafazan untuk menilai kerja murid.

PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) merupakan program unit beruniform, melalui kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia dengan Pergerakan Puteri Islam Malaysia. Bagi melatih dan melahirkan murid-murid yang berdisiplin dan berdikari melalui aktiviti kokurikulum sekolah. Guru hendaklah mengadakan ujian Puteri Bongsu bagi murid-murid tahun 6 untuk menilai samada mereka mampu menjadi pembimbing untuk kumpulan mereka atau tidak. Di samping itu juga guru-guru akan melatih puteri-puteri mengamalkan segala sifat mahmudah sebagai amalan harian. Guru-guru penasihat juga akan melaksanakan program-program yang mencabar seperti perkhemahan, merentas desa

dan sebagainya untuk menilai kemampuan mereka, melahirkan kemesraan dikalangan ahli dan melahirkan jiwa yang tabah.

PERMAINAN/SUKAN BOLA JARING Permainan bola jaring pemain perempuan. Pemain ialah permainan berpasukan yang dimainkan oleh hendaklah menguasai kemahiran asas seperti

menghantar, menerima, gerak kaki, mengelak, mengacah, mengacah, mengawal dan menjaring adalah penting dalam permainan bola jaring. Semasa proses pembelajaran murid-murid hendaklah mematuhi arahan yang guru pembimbing berikan, bekerjasama dan saling bantu membantu semasa melakukan latihan. Murid-murid juga hendaklah melakukan aktiviti dengan bersungguhsungguh dan bermuafakat dalam kumpulan. Disamping itu juga, murid hendaklah yakin kepada diri sendiri untuk melakukan aktiviti dan murid hendaklah mempunyai tanggungjawab untuk menjaga dan menyimpan semula peralatan yang telah digunakan dengan kemas. Guru membuat penilaian keatas setiap murid yang menyertai permainan bola jaring dengan memerhati setiap gerak langkah murid tertentu. Jika murid tersebut mempunyai potensi, guru akan menggalakan mereka supaya berlatih bersungguh untuk menjadi wakil sekolah ke peringkat yang lebih tinggi.

KERTAS KERJA PROGRAM KEM BESTARI SOLAT FASA 1 2006

i.

PENDAHULUAN

Model Bestari Solat satu dari program j-QAF yang dijalankan secara kem atau luar masa persekolahan. Masa dan tempat adalah terletak kepada keputusan ahli jawatankuasa jQAF.

ii.

TAKRIF

Aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan, perbuatan, ilmu pengetahuan dan penghayatan. Aktiviti ini dilaksanakan secara intensif di satu tempat khas mengikut kesesuaian sekolah.

iii.

MATLAMAT

i.

Memberi pemahaman akan konsep ibadah yang sempurna terhadap pelajar.

ii. Membentuk murid-murid kearah generasi yang soleh dan solehah. iii. Menerapkan kecintaan dan ketaqwaan terhadap Allah SWT dan RasulNya. iv. Menerapkan lagi hubungan di antara guru-guru, para ibu bapa dan muridmurid yang berilmu, beramal dan bertaqwa dapat dicapai.

iv.

OBJEKTIF

i. ii. iii.

Murid dapat berwuduk dengan sempurna. Murid dapat mengetahui bilangan rakaat solat-solat fardu. Murid dapat melaksanakan semua perbuatan serta bacaan dalam solat dengan betul dan lancar.

iv.

Murid dapat melaksanakan solat dengan sempurna sama ada secara bersendirian atau berjemaah.

v.

KUMPULAN SASARAN

-

Semua murid tahun satu yang beragama Islam. Seramai 55 orang murid tahun satu yang terlibat dan dibahagikan kepada 3 kumpulan.

vi.

TARIKH, MASA DAN TEMPAT PELAKSANAAN

-

Program ini dijalankan pada 11 Mac 2006 bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 5.30 petang.

-

Aktiviti untuk murid lelaki dijalankan di Dewan SK Bumbong Lima dan aktiviti untuk murid perempuan dijalankan di Surau SK Bumbong Lima.

vii.

STRATEGI PELAKSANAAN

1. Mesyuarat diadakan bagi melantik AJK pelaksana Kem Bestari Solat Fasa 1 2006. Menetapkan masa, tempat, jadual aktiviti, pembahagian bidang tugas guru-guru SKBL dan fasilitator terdiri daripada semua guru Pendidikan Islam dan guru j-QAF. 2. Membahagikan murid mengikut kumpulan, setiap kumpulan mempunyai 8-9 orang murid. 3. Pengisian kem adalah amali wudhuk, bacaan dalam solat dan perlakuan dalam solat secara amali. 4. Taklimat ringkas kepada fasilitator mengenai perjalanan program dan pengisian borang penilaian. 5. Melaporkan keputusan penilaian kem kepada Guru Besar. 6. Guru akan merekodkan laporan prestasi murid selepas kem untuk di hantar ke JPN.

viii.

BIDANG TUGAS ORGANISASI PELAKSANA

Pengerusi Membentuk jawatankuasa pelaksana Mempengerusikan dan mengendalikan mesyuarat pelaksana

Naib Pengerusi Membantu tugas Pengerusi Memangku Pengerusi mesyuarat

Setiausaha Menguruskan surat menyurat

-

Menyelaras dan menyelia persiapan jawatankuasa program Membentuk jawatankuasa kecil, mencatat dan menyediakan minit mesyuarat. Mengeluarkan surat kebenaran ibubapa.

Bendahari Menyediakan anggaran perbelanjaan. Mendapatkan anggaran perbelanjaan daripada jawatankuasa. Mengurus dan menyelia perolehan dan perbelanjaan. Menyediakn laporan kewangan.

Urusetia & Pendaftaran Menentukan perkataan ‘backdrop’ Menentukan pengerusi majlis. Mengagihkan kumpulan peserta. Menyediakan borang-borang. Menyediakan keperluan pendaftaran Mengedarkan buku program

Catering Membentuk jawatankuasa kecil Menyediakan menu kepada jawatankuasa, peserta, fasilatator dan tetamu. Menyediakan anggaran perbelanjaan makanan dan minuman. Menentukan tempat, masa dan bentuk jamuan. Memastikan bekalan makan dan minum mencukupi sepanjang program. Menguruskan bil pembayaran tempahan makan dan minum melalui bendahari.

Penyelaras Fasilatator Menyediakan bahan dan tajuk ceramah yang sesuai. Membimbing dan memudahkan cara peserta melaksanakan aktiviti dan latihan dalam kumpulan (LDK)

Keselamatan & Disiplin Memberi taklimat kepada peserta sebelum aktiviti bermula. Menyediakn peralatan dan bantuan kecemasan. Menyediakan senarai barangan keperluan peserta.

Dokumentasi Menyediakan dan menerbitkan laporan penuh aktiviti Menyelaras agenda post mortem program.

Teknik, Peralatan & Siaraya Menyediakan dan meyusun tempat aktiviti Memastikan kebersihan dan kekemasan tempat aktiviti Menyediakan alternatif tempat, alatan dan bahan jika ada gangguan. Menyediakan keperluan dan alatan untuk semua slot.

Jurugambar Mengambil gambar sekitar program.

ix.

FASILITATOR

Semua guru j-QAF dan guru Pendidikan Islam.

x.

Penutup

Program kem bestari Solat adalah sebahagian daripada program j-QAF yang wajib dilaksanakan. Ia menekankann aspek berwudhuk dan solat yang sempurna sama ada dari segi bacaan, perbuatan, ilmu pengetahuan dan penghayatannya.

Diharapkan perlaksanaan kem ini akan dapat memberi kesan kepada murid-murid dalam meningkatkan kemahiran, kesungguhan dan rasa tanggungjawab untuk

melaksanakan fardhu ain yanh diperintahkan oleh Allah SWT. Semoga dengan komitmen daripada barisan guru-guru dapat melincinkan lagi program murni ini dengan penuh

jayanya. Segala jasa bakti anda hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Disediakan oleh:

Disemak dan disahkan oleh:

…………………………………………. ( PN. SYATRIAH BINTI ABDUL AZIZ) Setiausaha Jawatankuasa Panitia j-QAF.

…………………………………………. (PUAN HAJJAH MAZNI BT. HASHIM) Guru Besar Sek. Keb. Bumbong Lima.

STRUKTUR ORGANISASI PELAKSANA PROGRAM KEM BESTARI SOLAT FASA 1 2006 Penaung Puan Hajah Mazni Bt Hashim Guru Besar Sek Keb Bumbong Lima Penasihat 1 Puan Hjh Noraini bt Aziz (PK KO-KURIKULUM) Penasihat 2 Tuan Hj Saari B Ismail (PK 1) Penasihat 3 Puan Habibah Bt Ahmad (PK HEM) Pengerusi Puan Hjh Normaniyah Bt Bahador Naib Pengerusi Tn Hj Ahmad Fathur Rahman Bin Haroon Setiausaha Puan Syatriah Bt Abd Aziz Bendahari Puan Insan Sofiah Bt Ishak Ahli Jawatankuasa Urusetia & Pendaftaran Cik Shaheezatul Azwa Bt Abd Razak Cik Nor Jauharah Bt Hj Mohd Catering Puan Che Norlia Bt Saad Puan Hjh Che Bashah Bt Salleh Puan Aminah Bt Mohamed Yunus Keselamatan & Disiplin Tuan Hj Nasri B Subhi Encik Muhd Azhan Teknik, Peralatan & siaraya Encik Rahimi B Darus Encik Zul Pakar B Isa Fasilatator Tn Hj Ahmad Fathur Rahman B Haroon Encik Mohd Faissol B Che Ahmad Encik Mohamad B Zainol Pn Normaniyah Bt Bahador Pn Syatriah Bt Abdul Aziz Pn Insan Sofiah Bt Ishak Dokumentasi Guru-guru j-QAF

Juru gambar Pn Sakina Bt Saidin Cik Syarliza Bt Shith

TENTATIF PROGRAM

11hb Mac 2006 (Sabtu) 7.45 – 8.15 8.15 – 8.30 8.30 – 10.00 10.00 - 10.30 10.30 -12.00 12.00 – 1.00 1.00 - 2.00 2.00 – 3.00 3.00 – 4.00 4.00 – 5.00 5.00ptg : Pendaftaran peserta : Perasmian : Tayangan VCD Panduan Solat/Pembahagian kumpulan : Rehat : LDK 1 (Anggota, niat dan cara berwudhuk) : Makan tengah hari : LDK 2 (Amali wudhuk) & Solat Zohor berjamaah : LDK 3 (Niat solat lima waktu) : LDK 4 (Bacaan pendek dalam solat dan perlakuan solat) : Solat Asar berjamaah : Bersurai

PERBELANJAAN

Wang Masuk

BIL 01 02

PERKARA Kutipan Yuran Dari murid RM5 x 55 Sumbangan Tabung Kokurikulum JUMLAH KESELURUHAN

JUMLAH RM275 RM100 RM375

Wang Keluar

BIL 01 02

PERKARA Makanan & minuman Cenderahati untuk murid JUMLAH KESELURUHAN

JUMLAH RM300 RM20 RM320

PEMBAHAGIAN MURID MENGIKUT KUMPULAN

KUMPULAN 1

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

Mohamad Ikram Izzat b. Roslan 1B Mohamad Zulhilmi b. Rohim 1B Mohammad Haziq Hazim b. Mohd Faisal 1B Muhammad Iqram b. Taufet 1B Muhammad Akmal Firdaus b. Roslan 1B Ahmad Afiq b. Ahmad Azhar 1C Amirul Fikri b. Zahari 1C Kairil Iqmal b. Yahya 1C Muhammad Hafizudin b. Abu Hassan 1C Muhammad Alif Aiman b. Rosli 1C

KUMPULAN 2

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

Muhammad Ashrul Hafifie b. Shaari 1B Muhammad Fitri b. Dahlan 1B Muhammad Hakimi b. Hasan 1B Muhammad Syafiq b. Azman 1B Muhammad Izzat Shamil b. Salim 1B Mohamad Firdaus b. Abdul Rani 1C Mohammad Amirul Saqati b. Azalan 1C Mohammad Ikmal b. Ishak 1C Muhammad Arif b. Zawawi 1C Muhammad Fitri b. Zakaria 1C

KUMPULAN 3

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Muhammad Zulkhairi b. Mohd Rosli 1B Muhammad Khairul Ikhwan b. Noordin 1B Muhammad Haikal b. Hairulnizam 1B Muhammad Amirul Afif b. Abdullah Sani 1B Muhammad Hafiz b. Halim 1C Muhammad Hakim b. Omar 1C Muhammad Shafiq b. Ghazali 1C Muhammad Sofi b. Saad 1C Muhammad Zakwan Fikri b. Ishak 1C

KUMPULAN 5

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Nur Fakhira bt Md Nadzir 1B Nur Fatihah Asyikin bt Wan Chik 1B Nur Fatin Anis bt Zambery 1B Nur Nadia bt Ahmad Latfi 1B Nur Nazirah bt Rosli 1B Noorhizatulimanina bt Khamis 1C Nur Farhana bt Mohd Fison 1C Nur Shaliza Wanie bt Hayat 1C Siti Nursyafinaz bt Mohd Roozi 1C

KUMPULAN 6

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Nurr Ayu Athika bt Mohd Rodzi 1B Nursheriena bt Roslan 1B Siti Aishah bt Azizan 1B Siti Najihah bt Fazari 1B Nurafiqah Izzaidah bt Azmi 1B Nur Shazlina Idayu bt Mohd Shahrol 1C Nurul Asyiqin bt Rosli 1C Nurul Hana bt Che Ahmad 1C Siti Noor bt Abdul Halim 1C

KUMPULAN 4

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

Fathiyatulnajat bt Zulkifli 1B Hazirah Izzati bt Mohd Ridzuan 1B Maisarah bt Ahmad 1B Nadiah bt Safar 1B Nurain bt Rossedi 1B Anis Natasya bt Mohd Noor 1C Ardini Nabilla bt Arshad 1C Fatin Alya bt Abdul Aziz 1C

SEKOLAH KEBANGSAAN BUMBONG LIMA 13200 KEPALA BATAS SEBERANG PERAI UTARA TEL / FAX : 04-5757964
Kepada: Semua Waris Murid Tahun 1 Sek. Keb. Bumbong Lima, 13200 Kepala Batas, Seberang Perai Utara. Tuan/Puan, KEM BESTARI SOLAT MURID TAHUN SATU FASA 1 2006 Perkara di atas adalah dirujuk. Pihak sekolah akan mengadakan Kem Bestari Solat Fasa 1 untuk muridmurid Tahun Satu 2006 pada:Tarikh Hari Masa Tempat Pakaian : 11 Mac 2006 : Sabtu : 7.45 pagi hingga 5.30 petang : Sek Keb Bumbong Lima : Pakaian Seragam Sekolah Murid lelaki dikehendaki membawa songkok Murid perempuan dikehendaki membawa telekong

2. Semua murid Tahun Satu diwajibkan hadir kerana program ini merupakan salah satu daripada komponen j-QAFuntuk Tahun Satu. 3. Sehubungan dengan itu, kebenaran dari tuan/puan sangatlah diharapkan.

Sekian. Terima kasih. Saya yang menurut perintah, ……………………………… (PUAN HJH MAZNI BINTI HASHIM) Guru Besar, Sek. Keb. Bumbong Lima, 13200 Kepala Batas, Seberang Perai Utara. ……………………………………………………………………………………………………………….... Nama ibubapa/waris: ………………………………………… KEBENARAN WARIS Saya membenarkan/tidak membenarkan anak/jagaan saya yang bernama ………………………… 2. Bersama ini saya sertakan bayaran untuk mengikuti Kem Bestari Solat Fasa 1 sebanyak RM5. Sekian, terima kasih. Yang Benar, ………………………………..

REFLEKSI
HURAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM YANG DIJALANKAN DI SEKOLAH  Aktiviti kokurikulum sekolah dijalankan pada waktu persekolahan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.  Pada setiap hari Rabu, aktiviti untuk unit beruniform dijalankan secara serentak pada sebelah pagi iaitu pada pukul 7.45 pagi hingga pukul 8.45 pagi sebelum bermulanya kelas seperti biasa.  Pada setiap hari Khamis pula dijalankan secara serentak aktiviti untuk persatuan/kelab atau permainan secara berselang seli. Aktiviti untuk persatuan/kelab dijalankan pada sebelah petang iaitu pada pukul 12.35 petang hingga pukul 1.35 petang iaitu waktu sebelum pulang dari sekolah. Aktiviti untuk permainan pula dijalankan pada sebelah pagi iaitu pada pukul 7.45 pagi hingga pukul 8.45 pagi. Jika pada hari Khamis minggu tersebut dijalankan aktiviti untuk persatuan/kelab, maka pada minggu hadapan pula dijalankan aktiviti untuk permainan.  Setiap guru penasihat hendaklah mencatatkan setiap aktiviti yang dijalankan pada setiap minggu membuat laporan mingguan dan tahunan.  Setiap persatuan/kelab dan unit beruniform mempunyai perancangan tahunan masing-masing.  Murid-murid hendaklah memakai pakaian seragam pada setiap hari Rabu kerana pada hari tersebut dijalankan aktiviti untuk unit beruniform dan guru-guru juga digalakan memakai pakaian seragam pada hari tersebut.

Pada hari Khamis pula, murid-murid dan guru yang terlibat hendaklah memakai pakaian sukan pada sebelah pagi jika pada hari tersebut dijalankan aktiviti untuk permainan.

Setiap murid hendaklah mencatat perkara-perkara penting yang diberikan oleh guru pada setiap kali dijalankan aktiviti untuk unit beruniform dan persatuan/kelab.

Murid yang terlibat dengan persatuan/kelab dan unit beruniform hendaklah menyertai setiap aktiviti yang dijalankan contohnya perkhemahan atau pertandingan.

KELEBIHAN  Guru-guru tidak akan menghadapi masalah kehadiran dikalangan murid kerana semua murid hadir sewaktu hari persekolahan. Tetapi jika aktiviti dijalankan pada sebelah petang kehadiran murid-murid merosot dan guruguru juga menghadapi masalah kerana sesetengah guru perlu mengajar untuk kelas tuisyen sekolah pada waktu petang.  Guru-guru dan murid-murid tidak perlu datang kesekolah pada waktu petang kerana semua aktiviti Gerak Kerja Kokurikulum dijalankan pada waktu persekolahan. Murid-murid dapat melakukan sebarang aktiviti contohnya menghadiri kelas tuisyen, kelas KAFA dan sebagainya pada sebelah petang tanpa sebarang gangguan.  Ini kerana pihak sekolah berpendapat bahawa mereka tidak mahu membebankan murid-murid kerana kebanyakan murid-murid perlu menghadiri kelas tuisyen atau kelas KAFA pada sebelah petang, tetapi aktiviti untuk Gerak Kerja Kokurikulum juga perlu dijalankan untuk melatih atau mengembangkan bakat, daya kepimpinan dan keyakinan diri untuk memperluaskan pengetahuan serta meningkatkan kebolehan menjalankan aktiviti persatuan/ kelab atau permainan. Melalui aktiviti untuk unit beruniform pula murid-murid dapat meningkatkan disiplin melalui penyemaian dan pemupukan nilai dan sikap positif selaras dengan hasrat Rukun Negara.  Murid dapat meneliti atau mengulangkaji kembali setiap aktiviti yang telah dijalankan oleh persatuan/kelab dan unit beruniform kerana mereka perlu mencatat perkara penting setiap kali aktiviti dijalankan.  Murid akan mendapat faedah yang banyak contohnya keyakinan diri yang tinggi, melahirkan jiwa yang tabah dan berdikari apabila menyertai perkhemahan atau merentas desa. Bagi murid yang menyertai pertandingan pula akan berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan martabat

persatuan/kelab atau sekolah jika murid tersebut menyertai pertandingan diperingkat yang tinggi.  Apabila semua aktiviti berlaku pada masa yang serentak, murid-murid tidak menghadapi masalah semasa pulang dari sekolah kerana ini akan memudahkan urusan ibubapa untuk menjemput anak masing-masing.

KELEMAHAN  Bagi murid yang tidak mempunyai aktiviti pada sebelah petang seperti mereka perlu menghadiri kelas tuisyen atau kelas KAFA, mereka selalunya akan melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah seperti bermain-main, menonton tv, melepak dan sebagainya jika tiada sebarang aktiviti dijalankan di sekolah. Ini menyebabkan masa yang terluang tidak dapat dipenuhi sepenuhnya dengan aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat kepada mereka.  Jika aktiviti dijalankan pada waktu persekolahan, selalunya murid tidak dapat memberi tumpuan yang penuh terhadap aktiviti yang dijalankan kerana mereka telah keletihan dan kepenatan belajar sepanjang hari.  Murid tidak berada dalam keadaan yang selesa semasa aktiviti dijalankan kerana mereka terpaksa memakai pakaian seragam sekolah. Selalunya aktiviti untuk kokurikulum dijalankan pada sebelah petang dan murid dibenarkan memakai pakaian yang bebas tetapi sopan.  Selalunya, selepas aktiviti untuk permainan dijalankan, terdapat bau yang sangat kurang menyenangkan untuk dikalangan murid-murid. semasa Ini akan menyebabkan dan gangguan memberi tumpuan proses pengajaran

pembelajaran di dalam kelas.  Apabila aktiviti untuk persatuan/kelab, sukan/permainan dan unit beruniform dimasukkan kedalam jadual waktu persekolahan akan menyebabkan murid pulang terlalu lewat iaitu 1.35 petang. Kebanyakan murid tidak dapat menumpukan perhatian kerana mungkin mereka keletihan, kelaparan dan sebagainya.  Perjumpaan untuk persatuan/kelab dan unit beruniform terlalu kerap

menyebabkan guru-guru kekeringan idea untuk melakukan aktiviti.

Jika aktiviti Kokurikulum dijalankan pada waktu persekolahan khususnya untuk unit beruniform akan menyebabkan murid rasa tidak selesa untuk belajar atau sesetengahnya merasa terlalu bebas kerana tidak memakai seragam sekolah dan tidak menumpukan perhatian terhadap pengajaran yang akan disampaikan oleh gurunya.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN  Saya mencadangkan supaya pada tahun hadapan, aktiviti kokurikulum dijalankan pada sebelah petang atau pada setiap hari Sabtu minggu pertama atau ketiga kerana murid-murid dan guru-guru dapat memberikan tumpuan yang penuh semasa aktiviti dijalankan dan peruntukan masa juga lebih panjang.  Jika aktiviti untuk persatuan/kelab, sukan/permainan dan unit beruniform pada sebelah petang, murid-murid akan merasa lebih bersemangat untuk melakukan sesuatu aktiviti kerana mereka telah mendapatkan rehat yang cukup selepas pulang dari sekolah.  Bagi aktiviti untuk persatuan/kelab guru digalakan memberi kebebasan kepada murid untuk memakai pakaian yang kasual, tetapi pakaian tersebut mestilah sopan supaya murid-murid berasa selesa apabila hendak melakukan sesuatu aktiviti.  Saya mencadang supaya Gerak Kerja Kokurikulum tidak dimasukkan di dalam jadual waktu persekolahan kerana untuk membolehkan murid-murid memberi tumpuan yang penuh terhadap pangajaran yang akan disampaikan oleh gurunya. Tumpuan semasa pengajaran amat penting kerana, apabila murid tidak faham pengajaran yang disampaikan gurunya mungkin ini akan mengakibatkan mereka tidak berminat matapelajaran tersebut pada masa akan datang. Apabila masalah ini berlarutan, maka pencapaian murid tersebut akan merosot dan boleh melemahkan semangatnya untuk belajar.

ANTARA AKTIVITI GERAK KERJA KOKURIKULUM (GERKO) YANG DIJALANKAN DI SEKOLAH KEBANGSAAN BUMBONG LIMA

PERMAINAN BOLA SEPAK

BOLA JARING

BADMINTON

SEPAK TAKRAW

UNIT BERUNIFORM PERGERAKAN PUTERI ISLAM

PERSATUAN/KELAB KELAB ICT

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->