You are on page 1of 10

PENGENALAN

Di Malaysia pelbagai agensi kerajaan telah ditubuhkan untuk memajukan ekonomi dan meningkat kesejahteraan hidup rakyat. Agensi-agensi kerajaan ini atau juga dikenali sebagai badan berkanun ditubuhkan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di Malaysia

DEFINISI

Badan berkanun ialah jabatan kerajaan yang dibentuk mengikut akta tertentu dan mempunyai kuasa tersendiri.

CONTOH-CONTOH BADAN BERKANUN DI MALAYSIA


1. MAJLIS AMANAH MARA (MARA)
Pengenalan
Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, ditubuhkan pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun hasil daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pertama pada tahun sebelumnya. Adalah menjadi kewajipan Majlis bagi memajukan, menggalakkan, memudahkan serta menjalankan pembangunan ekonomi dan kemasyarakatan dalam persekutuan dan khususnya dalam kawasankawasan luar bandar.

Peranan
Memberikan bantuan modal dan khidmat latihan kepada usahawan bumiputera.

Logo MARA

RASIONAL AM LOGO MARA Roda Bergigi (14) Setiap gigi mewakili negeri dalam Malaysia dimana MARA memberi perkhidmatannya secara terus dan juga jaringan aktiviti keusahawanan yang diterokai oleh Bumiputera. Buku Terbuka Melambangkan mencapai ilmu sebagai teras dan Organisasi kemajuan Pemikir yang menjadi wawasan MARA untuk kecemerlangan Keusahawanan serta Pendidikan. Jangka Lukis Terbuka

Penubuhan dan Latar Belakang Kewujudan entiti pencegahan rasuah di Malaysia bermula dengan sebuah unit kecil di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang bertanggungjawab menjalankan aktiviti pencegahan rasuah. Ketika itu, siasatan kes rasuah dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (Jenayah Khas) di bawah pasukan Polis DiRaja Malaysia manakala pendakwaan kes rasuah pula dikendalikan oleh Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara. Kerajaan kemudiannya telah menggabungkan usaha pencegahan rasuah oleh ketiga-tiga agensi itu dengan mewujudkan Badan Pencegah Rasuah pada 1 Oktober 1967. Pada 29 Ogos 1973, entiti pencegahan rasuah negara diwujudkan secara undang-undang apabila Akta Biro Siasatan Negara diperkenan, sekaligus mengubah entiti BPR kepada Biro Siasatan Negara (BSN). Perubahan itu telah meluaskan kuasa perundangan BSN dengan mandat untuk menyiasat kes berkaitan kepentingan negara, disamping kes rasuah. Bagaimanapun, perubahan sekali lagi berlaku apabila Akta Badan Pencegah Rasuah 1982 diluluskan oleh Parlimen pada 13 Mei 1982. Akta ini meletakkan semula tugas pencegahan rasuah kepada BPR yang secara rasminya juga menggantikan BSN. Perubahan ini memartabatkan peranan BPR sebagai entiti tunggal yang dipertanggungjawabkan khusus untuk mencegah jenayah rasuah. Pada tahun 2008, Parlimen telah bersetuju supaya satu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diwujudkan bagi menggantikan Badan Pencegah Rasuah (BPR), selaras dengan hasrat masyarakat yang mahukan entiti pencegahan rasuah yang lebih bebas, telus dan profesional. Dengan itu juga, Akta Badan Pencegah Rasuah 1982 telah digantikan dengan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mula beroperasi secara rasminya pada 1 Januari 2009 bersama-sama penguatkuasaan Akta SPRM 2009. Transformasi BPR kepada SPRM bukan pada nama semata-mata. Perubahan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kecekapan, keberkesanan, kebebasan dan ketelusan tindakan pencegahan rasuah di Malaysia, sekaligus menangkis persepsi negatif terhadap entiti pencegahan rasuah ini yang sebelumnya dianggap tidak bebas dan tidak telus. Justeru itu, mekanisme check and balance diwujudkan melalui pembentukan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR), Jawatankuasa Aduan (JA), Panel Penilaian Operasi (PPO) serta Panel Perundingan dan

Pencegahan Rasuah (PPPR) bersama-sama penubuhan SPRM dengan fungsi untuk memantau, menasihati serta memastikan fungsi dan tanggungjawab Suruhanjaya ini dilaksanakan dengan cekap, berkesan, bebas dan telus. Keanggotaan bagi kelima-lima entiti bebas ini dipilih dari kalangan individu berintegriti yang cemerlang dalam perkhidmatan dan profesion masing-masing. Fungsi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia diperuntukkan di bawah Seksyen 7 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 iaitu: 1. Menerima dan menimbangkan apa-apa aduan tentang pelakuan kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 dan menyiasat mana-mana aduan itu sebagaimana yang difikirkan praktik oleh Ketua Pesuruhjaya atau pegawai-pegawai itu; 2. Mengesan dan menyiasat :o o

Apa-apa kesalahan yang disyaki di bawah Akta SPRM 2009; Apa-apa percubaan yang disyaki untuk melakukan apa-apa kesalahan dibawah Akta SPRM 2009;

dan
o

Apa-apa komplot yang disyaki untuk melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta 2009;

3. Meneliti amalan, sistem dan tatacara badan-badan awam untuk memudahkan penemuan kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 dan untuk menghasilkan kajian semula amalan, sistem atau tatacara itu yang pada pendapat Ketua Pesuruhjaya mungkin membawa kepada rasuah; 4. Mengarahkan, menasihati dan membantu mana-mana orang, atas permintaan orang itu, tentang cara-cara bagaimana rasuah dapat dihapuskan oleh orang itu; 5. Menasihati ketua badan-badan awam tentang apa-apa perubahan dalam amalan, sistem atau tatacara yang sesuai dengan penunaian berkesan kewajipan-kewajipan badan-badan awam itu sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Ketua Pesuruhjaya untuk mengurangkan kemungkinan berlakunya rasuah; 6. Mendidik orang ramai untuk menentang rasuah; dan

7. Mendapatkan dan memerangi rasuah

memelihara

sokongan

orang

ramai

dalam

LOGO

Bintang (14 Bucu) Mencerminkan kecemerlangan dan kegemilangan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan yang bebas rasuah, warganegaranya kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika yang paling tinggi. Bulan Sabit Bulan sabit mencerminkan agama Islam yang juga merupakan agama rasmi negara ini. Pengetahuan agama dan ketaqwaan dapat menghindar diri dari perbuatan rasuah. Keris Bersilang Melambangkan kuasa yang dimiliki oleh pegawai-pegawai SPRM seperti yang telah ditetapkan oleh undang-undang Negara dalam melaksanakan tugas mencegah jenayah rasuah, sedia berjuang demi mendukung hasrat semua warga walau seribu rintangan dan cabaran, tetap mara ke hadapan. Perisai Melambangkan alat mempertahankan diri. Ia memberi maksud bahawa tugas risikan yang dilaksanakan dengan cekap dan berkualiti dengan identiti pemberi maklumat dirahsiakan. Bunga Padi Melambangkan kemajuan, kemakmuran dan kejayaan, dalam masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika. Segala aduan yang diterima akan dijalankan siasatan sewajarnya tanpa prasangka dengan amanah, tegas dan

Emas Melambangkan perjuangan yang paling berharga iaitu membanteras jenayah rasuah demi mencapai kejayaan yang tidak ternilai iaitu Negara yang bebas rasuah. Kuning Melambangkan adil iaitu keadilan adalah salah satu daripada piagam pelanggan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam apa jua keputusan yang diambil tanpa mengira pangkat dan bangsa. Biru Mencerminkan amanah dan harmoni. Ini bermaksud bahawa di samping menguatkuasakan undang-undang, badan ini juga merangka dan melaksanakan kempen pencegahan rasuah melalui program penerangan, pendidikan, dan perhubungan masyarakat. Hitam Melambangkan kejituan dan kemantapan semangat yang padu dan perjuangan yang ampuh. Kelabu Gelap Warna kelabu adalah warna neutral yang terletak di antara putih dan hitam, yang melambangkan kebebasan dan ketelusan SPRM dalam usaha pembanterasan jenayah rasuah tanpa campur

adil. Harimau Melambangkan keberanian dan kekuatan dalam melaksanakan segala tugas walau seribu rintangan dan cabaran tetap mara kehadapan. 14 Jalur Putih dan Merah Mencerminkan aktiviti pendidikan tentang rasuah dan kesan buruknya, merangkumi seluruh negeri di Malaysia. Tulisan Jawi Melambangkan semangat mempertahankan pusaka bangsa dan khazanah negara agar dapat diwarisi oleh genarasi yang akan datang.

tangan mana-mana pihak. Merah Melambangkan semangat perjuangan mempertahankan kedaulatan dan maruah negara walau terpaksa menumpahkan darah. Putih Melambangkan jiwa yang bersih dalam perjuangan yang suci menegakkan kebenaran dan menghapuskan kemungkaran.

5.

MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH

LATAR BELAKANG

Sejarah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) lahir bersama sejarah Melaka. Walaupun, Melaka telah melalui zaman jatuh bangunnya, Perbandaran Melaka terus wujud. Pada tahun 1824, Perbandaran Melaka dinamakan sebagai "The Town and The Fort of Malacca", ditadbir oleh "Comittee of Assessors" di bawah Kerajaan Inggeris. Pada tahun 1848, Akta East India XIX, telah menekankan supaya diwujudkan "Jawatankuasa Perbandaran" bagi menggantikan "The Committee of Assessors". Akta ini memperuntukkan lima orang Ahli Majlis yang diketuai oleh seorang "Resident Counsillor" yang dikenali sebagai Pesuruhjaya Perbandaran. Akta East India XXVII 1856 telah memberi kuasa kepada Pesuruhjayapesuruhjaya Perbandaran menjadi pemegang amanah dan boleh mendakwa dan didakwa. Pada 1 Januari 1887, Ordinan Perbandaran Negeri-negeri Selat telah meluluskan sempadan perbandaran seluas 1.4 batu persegi dan diperluaskan kepada 4.2 batu persegi pada tahun 1930 di bawah Akta 133 pada tahun 1913.

Pada 1 Januari 1977 melalui Akta 171 (1976), kawasan Perbandaran Melaka telah dicantumkan dengan Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah (MPMBB) dengan kawasan pentadbirannya seluas 114.7 batu persegi (303 km persegi). MPMBB merupakan penggerak utama dalam menjadikan Melaka sebagai sebuah bandaraya yang dinamik, maju dan indah. Kawasan pentadbirannya maju serentak dengan pembangunan di keseluruhan negeri Melaka, dimana tumpuan ditekankan kepada sektor-sektor pertanian, perindustrian dan yang terkini perlancongan. Pembangunan infrastruktur begitu menonjol sekali, menandingi negeri yang paling maju di Malaysia. Keadaan ini mempercepatkan aliran masuk pelabur-pelabur untuk menanam modal lantas mewujudkan peluang perkerjaan kepada penduduk-penduduknya. Pada 15 April 2003, Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah telah dinaiktaraf kepada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB). Dengan pengiktirafan ini, MBMB akan mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan kepada masyarakat di Melaka khususnya dan para pelancong amnya. Kemajuan dan kemakmuran yang dicapai sungguh luar biasa. Pada 1 Januari 2010, satu lagi Pihak Berkuasa Tempatan diwujudkan iaitu Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ). Kawasan pentadbiran MPHTJ ini meliputi 57.66 km persegi daripada kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB). Manakala kawasan pentadbiran baru MBMB pula bertambah sebanyak 30.86 km persegi. Keluasan kawasan MBMB kini adalah 277 km persegi.

Logo

Logo Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah direka khas bagi menandakan bermulanya era Melaka diisytihar sebagai sebuah bandaraya bersejarah. Logo melambangkan satu kerjasama antara rakyat dan pentadbiran ke arah

pembangunan dan kemakmuran. Rekaan logo bertemakan peralihan sejarah daripada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka, keruntuhan, penjajahan dan kemunculan kembali ke era pembangunan moden menuju Wawasan 2020.

Moto Bandaraya Makmur Cabaran Kita Fungsi MBMB Merancang pembangunan bandaraya yang berterusan dan memperteguhkan fungsi-fungsi bandaraya sebagai pusat kebudayaan, komersil, pendidikan dan pentadbiran. Menjadikan Melaka sebuah bandaraya maju. Menjana aktiviti-aktiviti ekonomi melalui perancangan komersil, perindustrian, pelancongan dan sektor kewangan melalui dasar pelesenan yang bersepadu. Menjadikan Melaka sebagai sebuah 'Bandaraya Dalam Taman' dengan menanam pokok-pokok dan bungaan di sepanjang jalan serta kawasan awam dengan merekabentuk perabot, pencahayaan dan kaki lima jalan dengan sempurna dan teratur. Memastikan kehidupan yang bersih dan sihat dengan memantau pembuangan sisa pepejal, sistem kumbahan serta pemotongan rumput dengan sempurna dan teratur. Membina dan menyelenggara pembangunan infrastruktur bagi memenuhi tuntutan sosial serta memperbaiki taraf hidup penduduk dan para pelancong. Merancang, menyelaras dan menjalankan program-program dan aktivitiaktiviti kemasyarakatan dalam usaha mempromosikan masyarakat majmuk yang bersatu-padu dan harmoni.

You might also like