You are on page 1of 53

BAB 7

KEELEKTRIKAN

7.1 ELEKROSTATIK

1.Elektrik statik ialah cas elektrik yang pegun/ tidak bergerak. 2.Terdapat dua jenis cas:3. Cas positif terdiri daripada proton. Proton tidak boleh bergerak. 4. Cas negatif terdiri daripada elektron. Pemindahan elektron berlaku apabila dua bahan yang berlainan digosokkan bersama.

Positif Negatif

Sifat cas elektrik statik

1. Cas positif dan negatif mempunyai keupayaan untuk menarik atau menolak. 2. Cas yang sama jenis akan menolak. 3. Cas yang berlainan jenis akan menarik. 4. Daya tolakan dan daya tarikan yang wujud
antara cas elektrik ini di sebut daya elektrostatik.

5. Daya elektrostatik ialah sejenis daya yang disebabkan oleh cas-cas elektrik statik.
Cas berlainan menarik

Cas sama menolak

Penghasilan cas elektrik statik


Cas boleh dihasilkan dengan menggosokkkan sesuatu bahan dan bergantung kepada:

a)Jenis bahan yang digunakan b)Bahan yang digosokkan kepada objek

Pengesanan cas elektrik

1. Elektroskop

Elektroskop adalah alat yang digunakan untuk mengesan kewujudan cas

BAGAIMANA ELEKTROSKOP MENGESAN CAS??


1. Sekiranya rod yang bercas positif diletakkan di bahagian plat logam. 2. Semua cas negatif yang berada di bahagian rod logam dan daun emas akan tertarik ke bahagian plat logam. 3. Ini memberi kesan kepada rod logam dan daun emas yang kedua-duanya menjadi cas positif. 4. Apabila kedua-duanya bercas positif, ini menyebabkan ia saling tertolak. Oleh itu, daun emas tersebut akan mencapah. 5. Apabila rod yang bercas positif dialihkan daripada plat logam, daun emas akan kembali ke kedudukan asal kerana telah dineutralkan.

Rod bercas

Elektroskop

Daun emas mencapah

APLIKASI ELEKTROSTATIK
1. SEMBURAN CAT

Dalam penghasilan kereta, penyembur elektrostatik digunakan untuk mengecat kereta Badan kereta dicaskan dan penyembur cat dicaskan dengan cas yang berbeza Cas disemburkan di seluruh bahagian badan kereta dengan cepat

2. PALAM PENCUCUH (SPARK PLUG)


- Palam pencucuh digunakan pada enjin kenderaan - Ia akan menghasilkan percikan api antara elektrod dan akan membakar bahan bakar - Kenderaan akan bergerak

3. PEMBENTUKAN KILAT
- Awan yang tebal di langit akan bergeser dengan molekul-molekul air hujan menghasilkan cas pada awan. Apabila terlalu banyak cas, ia akan menghasilkan percikan api ke awan lain atau ke bumi. Fenomena itu dipanggil sebagai kilat.

:ELEKTRIK::

1.Elektrik adalah cas elektrik yang mengalir di dalam konduktor (pengalir elektrik) 2.Elektrik merupakan sejenis tenaga yang boleh berubah ke bentuk yang lain 3.Elektrik terhasil apabila ada elektron yang bergerak dalam satu arah menerusi konduktor 4.Contoh elektrik yang digunakan dalam kehidupan seharian kita adalah: - Sel Kimia seperti bateri - Sel Solar yang menukarkan tenaga cahaya daripada matahari kepada tenaga elektrik

Arus:

1.Elektrik terhasil apabila ada elektron yang


bergerak di dalam litar elektrik 2. Arus elektrik adalah kadar pergerakkan cas elektrik (elektron) 3. Unit SI untuk arus elektrik adalah ampere (A) 4. Arus elektrik bergerak dari terminal Positif ke terminal Negatif manakala pergerakkan elektron pula sebaliknya.

PENJANA VAN DE GRAAFF:


1. Alat ini digunakan untuk menghasilkan cas elektrik (elektrostatik) dengan voltan yang tinggi di bahagian kubah alat ini.

2. Apabila penjana digunakan, kepingan getah akan berpusing dan menghasilkan geseran dengan pemutar (roller) menyebabkan kubah dicaskan.
3. Bahagian kubah pada penjana adalah bercas positif Alat ini sesuai untuk melakukan eksperimen elektrostatik.

Voltan: 1. 2.
3.

Tenaga elektrik yang diperlukan untuk membolehkan elektron mengalir daripada satu titik ke titik yang lain di dalam konduktor (litar elektrik)
Unit SI bagi voltan adalah volt (V) Voltan diukur dengan menggunakan voltmeter

Rintangan:
1.
2. 3. 4. 5.

Rintangan diukur dengan mengira berapa banyak komponen elektrik yang menghalang pengaliran arus elektrik. Semasa arus elektrik mengalir menerusi konduktor, sebahagian arus elektrik akan berubah bentuk kepada tenaga haba. Unit SI bagi rintangan adalah ohm Semakin tinggi rintangan, semakin kurang arus elektrik mengalir Terdapat dua jenis perintang yang digunakan pada litar elektrik iaitu perintang tetap dan perintang boleh laras (rheostat)

Faktor-faktor yang mempengaruhi rintangan arus elektrik:

a)konduktor, Kepanjangan : Semakin panjang semakin tinggi rintangan b)tebal Luas keratan rentas/Ketebalan : Semakin konduktor, semakin rendah c)

d)

rintangan Jenis bahan : Rintangan juga bergantung kepada bahan konduktor. Sebagai contoh, Kuprum dan perak mempunyai rintangan yang rendah berbanding tungsten dan nikrom Suhu : Semakin tinggi suhu, semakin tinggi rintangan. Ini kerana apabila suhu tinggi, atom konduktor akan bergetar dengan laju dan menghalang pergerakkan elektron.

::PERHUBUNGAN ANTARA ARUS, VOLTAN, RINTANGAN::

Contoh 1
Apakah nilai rintangan suatu perintang dalam suatu litar elektrik jika sel kering membekalkan 1.5V dan ammeter memberi bacaan 0.5 A?

Langkah 1 -- R = V I Langkah 2 -- R = 1.5 0.5 Langkah 3 -- R = 3

Contoh 2
Jika perintang 2 digunakan, apakah bacaan yang tercatat pada ammeter jika sel kering membekalkan voltan 3 V? Penyelesaian:R=V I I = V = 3 = 1.5 A R 2

Contoh 3
Jika arus 0.5 A mengalir melalui perintang 2 , hitung voltan pada elektrik itu. Penyelesaian:-

R=V I V = IR = 0.5 x 2 = 1 V

Latihan 1
Jika sel kering membekalkan voltan sebesar 2 V dan ammeter mencatat bacaan 1 A, hitung rintangan pada perintang? Penyelesaian:R=V I R=2 1 R=2

Latihan 3
Dalam satu alat permainan yang menggunakan sel kering bernilai 5 V, terdapat rintangan sebanyak 2 . Kira kan nilai arus yang mengalir?

=V R =5 2 = 2.5 A

Latihan 2
Satu mentol mempunyai rintangan 1 , apakah bacaan ammeter jika voltan sel adalah 3 V?

Penyelesaian:-

=V R =3 1 =3A

Latihan 4
Sebuah lampu picit mengalirkan arus 3 A dengan kekuatan voltan sebanyak 9 V. berapakah rintangan dalam lampu picit itu?

R=V I R=9 3 R=3

1. Apakah perbezaan antara arus elektrik dengan voltan?


__________________________________________________________________________

Uji Diri

2. Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.


a) Arus adalah kuantiti _________________ yang mengalir melalui suatu konduktor dalam masa satu saat. b) Voltan adalah ________________ yang diperlukan untuk membolehkan cas-cas elektik mengalir dari satu titik ke titik yang lain dalam litar. c) _________________ adalah sifat bahan yang menetang pengaliran cas-cas elektrik. d) Bahan yang mempunyai rintangan yang tinggi akan membenarkan arus yang _________________ mengalir melaluinya. e) Setiap sumber tenaga elektrik menghasilkan _________________. f) Apabila sumber tenaga elektrik disambung kepada mentol, _________________ akan terhasil. g) Arus elektrik mengalir dari terminal __________________ ke terminal ______________ manakala elektron mengalir dari terminal ______________ ke terminal ______________. h) Semakin tebal dawai, semakin ______________ rintanganya. Semakin ________________ dawai, semakin tinggi rintangannya.

7.5 LITAR SELARI DAN BERSIRI

ARUS ELEKTRIK, VOLTAN DAN RINTANGAN DALAM LITAR BERSIRI

KEMAGNETAN

You might also like