You are on page 1of 7

PANDUAN KRITERIA MENGIKUT ITEM PENILAIAN PROGRAM TRANSISI

1. Bahagian Pengurusan (10 item) 1.1 Kertas cadangan - ada kandungan seperti: i. Tajuk, Pengenalan, Objektif, J/Kuasa, Tarikh dan tempat pelaksanaan. ii. Perancangan aktiviti dan pelan tindakan. iii. Kewangan - sumber dan perbelanjaan. 1.2 Jawatan Kuasa Induk / Kerja - Penasihat, Pengerusi, Naib / Timbalan, Setiausaha (Guru Tahun 1), Bendahari, AJK - guru setiap mata pelajaran. - Melibatkan semua guru di sekolah (Guru Tahun 1, panitia mata pelajaran dan sebagainya). 1.3 Taklimat Untuk Guru/Kakitangan - Melibatkan semua guru dan kakitangan - Pihak Pentadbir yang menyampaikan taklimat - Guru Besar atau Guru Penolong Kanan dengan bantuan Guru Tahun 1. - Persediaan dan bahan edaran. 1.4 Pelaksanaan Aktiviti Pendaftaran - Penubuhan AJK kerja - Persediaan yang terancang - jemputan, tempat, peralatan, kebersihan, sambutan - Aktiviti khas yang sesuai untuk ibu bapa dan murid Taklimat Ibu bapa/ penjaga - Penglibatan ibu bapa kehadiran - Pihak Pentadbir yang memberi taklimat - Persediaan tempat dan peralatan penyampaian - Bahan edaran - Kerjasama ibu bapa/penjaga Perancangan Aktiviti Selepas Minggu Orientasi - Perancangan aktiviti - Individu yang terlibat - Penyediaan bahan mengikut tahap pencapaian murid - Aktiviti Penilaian 1.5 Pemilihan Guru Tahun 1 - Cara pemilihan yang digunakan - Atas dasar sukarela atau minat - Komitmen guru terhadap aktiviti - Persiapan yang disediakan - Kerjasama dengan guru lain 1.6 Penilaian Berterusan - Penilaian terhadap pelajar - Penilaian terhadap aktiviti 1

- Penilaian terhadap keberkesanan aktiviti - Sekurang-kurangnya 2 kali 1.7 Laporan Aktiviti 3 Minggu - Disediakan dan dihantar untuk sekolah, PPD dan JPN - Kandungan laporan - keberkesanan aktiviti, kelemahan, penglibatan dan tahap pencapaian murid, tindakan susulan. 1.8 Kerjasama dengan PIBG / Pihak lain yang terlibat - Bentuk sokongan PIBG / pihak lain - Penglibatan PIBG dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti 2. Bahagian Guru Tahun Satu (10 item) 2.1 Memahami Objektif Program Transisi - Memahami tujuan pelaksanaan program - Memahami tujuan pelaksanaan setiap aktiviti - Memahami tujuan keceriaan kelas - Memahami tujuan hubungan mesra dengan semua pihak yang terlibat termasuk murid-murid 2.2 Memahami Kurikulum dan Budaya Prasekolah - Ada kesinambungan aktiviti dari Prasekolah - Tahu cara menceria hubungan mesra dengan murid-murid - Faham corak pengajaran bertema, gabungjalin dan main sambil belajar 2.3 Kesediaan Memahami Perbezaan Murid - Ada cara membina hubungan dengan murid yang berbeza - Penggunaan pendekatan kasih sayang dengan murid - Ada unsur-unsur kemahiran melayan - Menggunakan pelbagai teknik melayan karenah murid 2.4 Kemesraan Terhadap Murid - Ada sentuhan dan pujian Penglibatan semua murid dalam aktiviti - Mempunyai pelbagai kaedah melayan - Suara yang menyenangkan dalam percakapan dan teguran - Riaksi riang, menyeronokkan di kalangan murid 2.5 Persediaan Menjalankan Aktiviti Transisi - Perancangan awal setiap aktiviti - Pemilihan aktiviti yang bersesuaian dengan pencapaian murid - Alat bantu yang bersesuaian dan menarik - Pemilihan tempat yang sesuai - Bantuan rakan sekerja 2.6 Memahami Teknik Penyelesaian Masalah - mengetahui beberapa teknik penyelesaian masalah - menggunakan teknik yang difahami dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran 2.7 Memahami Pelaksanaan Aktiviti Tematik - Memahami maksud dan matlamat pengajaran bertema - Mengetahui tahap pendekatan tematik-tahap pemilihan tema, penerokaan tema dan pelaksanaan 2

Keseragaman dengan guru mata pelajaran yang lain

2.8 Personaliti dan Penampilan Guru - Kesesuaian pemilihan pakaian yang dipakai - Kekemasan guru - Keceriaan perwatakan guru - Penampilan keseluruhan 2.9 Kerjasama dengan guru yang lain - Dapat dilihat bantuan dari rakan-rakan lain dalam pengajaran, bahan dan persiapan kelas 2.10 Usaha meningkatkan kemahiran - Ada perbincangan dengan pihak pengurusan dan rakan dari sekolah lain melalui perbincangan 3. Bahagian Murid-murid Tahun Satu (23 item) 3.1 Penyesuaian Diri Penyesuaian diri dengan kawan - Corak perhubungan dengan kawan-kawan - Cara murid menghormati kawan-kawan lain - Mengamalkan nilai-nilai murni dalam setiap situasi Penyesuaian diri dengan guru Corak perhubungan dengan guru Cara murid menghormati guru Mengamalkan nilai-nilai murni dalam setiap situasi

Penyesuaian diri dengan persekitaran kelas - Cara memelihara persekitaran kelas - Cara murid menjaga dan menghayati kebersihan dan keceriaan kelas - Mengamalkan nilai-nilai murni dalam penggunaan setiap alat dan sudut 3.2 Minat terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran - Murid-murid nampak ceria, seronok dan gembira dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran - Sentiasa aktif dan terkawal - Mematuhi arahan guru dalam setiap aktiviti - Melakukan aktiviti dengan bersungguh-sungguh - Melihatkan kerjasama di antara murid - Saling bantu membantu dalam keadaan-keadaan tertentu 3.3 Penguasaan Kemahiran Pratulisan - Dapat menggunakan kemahiran motor halus-memegang pensil, menulis dengan arahan, menyambung titik-titik hingga membentuk huruf atau perkataan dengan baik - Dapat menulis beberapa perkataan atau ayat-ayat mudah 3

Dapat membanca ayat-ayat mudah

Prabacaan Dapat mengenal dan menyebut huruf atu nombor yang awal Dapat menyambung huruf menjadi perkataan Dapat membaca perkataan-perkataan mudah

Pranombor Dapat menyebut nombor 1 digit Dapat menyambung titik nombor

Mewarna - Dapat mengenal warna-warna asas - Dapat mempelbagaikan warna dalam aktiviti yang diberikan - Mampu mewarnakan gambar dalam ruangan yang disediakan 3.4 Kemahiran Berkomunikasi Berinteraksi dengan rakan - Berinteraksi dalam keadaan yang menyeronokkan - Tidak menimbulkan kemarahan kawan yang lain - Bermain dengan kawan-kawan Berinteraksi dengan guru - Berinteraksi dalam keadaan yang menyeronokkan - Tingkah laku tidak timbulkan kemarahan guru - Dapat mengikut arahan-arahan yang diberikan - Membantu guru dalam situasi-situasi tertentu Penglibatan dalam aktiviti menyanyi - Dapat sama-sama terlibat dalam aktiviti nyanyian - Dapat menggayakan senikata dengan perbuatan - Sama-sama menampakkan kegembiraan bersama kawan-kawan 3.5 Keyakinan diri - Berani tampil ke hadapan untuk melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti - Boleh membantu guru dan rakan tanpa diberi arahan - Dapat melakukan sesuatu aktiviti dengan baik dan berkesan - Sentiasa awal dan mendahului kawan-kawan yang lain - Semangat berlumba-lumba dalam menyiapkan sesuatu aktiviti 3.6 Pemupukan nilai murni - Sentiasa mengucapkan salam kepada guru-guru atau kawan-kawan - Sentiasa mengucapkan terima kasih - Menghormati kawan-kawan 4

Bersalam dengan guru sewaktu sampai dan balik Tidak berebut-rebut ketika membeli barangan Berbaris dengan baik sewaktu perhimpunan, ketika masuk kelas atau bergerak ke sesuatu tempat

3.7 Kemajuan Murid Dalam Pendekatan Tematik Mengambil bahagian secara aktif - Mengikut arahan dari semasa ke semasa - Cepat melakukan sesuatu aktiviti - Memberi sumbangan idea dan tenaga dalam aktiviti berkumpulan - Seronok dalam pembelajaran Berani mencuba sesuatu - Tidak tergesa-gesa dalam sesuatu aktiviti - Terus melakukan sesuatu yang diminta Menunjukkan minat ingin tahu - Selalu bertanya dalam kelas - Menggunakan masa lapang meninjau maklumat di sudut pembelajaran - Sering berbincang dan bertanya kawan Mampu mencari maklumat sendiri - Sering melawat sudut-sudut pembelajaran - Selalu meneroka dengan deria - Tidak banyak membuang masa Penerokaan melalui deria - Mengkaji dan meneroka menggunakan deria - Melihat, mendengar, merasa, menghidu dan menyentuh - Mengambil bahagian secara aktif - Berani mencuba sesuatu - Menunjukkan minat ingin tahu - Mampu mencari maklumat sendiri - Penerokaan melalui deria 3.8 Perkembangan Sosio-Emosi Bertanggungjawab di atas tingkah laku sendiri - Berani mengaku kesilapan / kesalahan - Sanggup meminta maaf - Sedia menerima teguran guru dan rakan Bekerjasama dalam penyelesaian masalah - Bekerja dalam kumpulan - Bersetuju dengan keputusan bersama - Bersama menjalankan sesuatu tugasan

Mampu menghadapi konflik yang mudah - Tidak mengganggu kawan - Boleh berbincang dengan guru - Mampu menegur tingkahlaku kawan - Sanggup membantu kawan Mampu membuat keputusan sendiri - Tekun membuat aktiviti individu - Berani memohon kebenaran keluar kelas - Membuat aktiviti 3M dengan sendiri Sentiasa nampak ceria dan gembira - Mudah senyum - Mudah ketawa - Aktif terkawal - Melibatkan diri dalam akiviti kelas 4. Bahagian Fizikal Bilik Darjah (7 item) 4.1 Lokasi bilik darjah - Kedudukan bilik darjah yang sesuai - tidak jauh dari kelas lain, tidak terlalu hampir dengan jalan, sungai atau pintu pagar sekolah 4.2 Keceriaan bilik darjah - Kebersihan setiap sudut dan ruang - Pemilihan warna-warna yang menarik - Mempunyai langsir yang bersih dan menarik - Pameran bahan-bahan hasil kerja murid - Susunan bahan bantu mengajar di setiap sudut - Kebersihan dan keceriaan kerusi meja yang menarik - Mempunyai ruang untuk aktiviti-aktiviti kumpulan kecil - Pandangan keseluruhan yang menarik dari sudut pandangan kanak-kanak 4.3 Pemilihan dan susunan perabot - Saiz kerusi meja dan perabot yang bersesuaian - Bilangan kerusi dan perabot yang mencukupi - Susunan perabot-perabot lain yang kemas dan teratur 4.4 Penggunaan ruang / sudut - Mempunyai susunan sudut-sudut mata pelajaran yang teratur - Ada ruang aktiviti bacaan individu - Ada ruang untuk aktiviti kumpulan besar - Ada ruang untuk aktiviti kumpulan kecil - Ada sudut-sudut untuk aktiviti kumpulan kecil 6

Penggunaan ruang atau sudut sepenuhnya

4.5 Keceriaan Luar Bilik Darjah - Dinding luar yang bersih dan menarik - Mempunyai rak kasut (jika murid diminta menanggalkan kasut sebelum masuk ke kelas) - Susunan kasut yang memudahkan murid untuk memakai dan mengenali kasut mereka - Ada sudut bacaan atau aktiviti murid sewaktu rehat 4.6 Hasil Kerja Murid - Terdapat hasil kerja murid dipamerkan di sudut-sudut mata pelajaran - Hasil kerja itu silih berganti 4.7 Ada Kesungguhan / Kreativiti - Secara keseluruhannya nampak kesungguhan dan kreativiti pengurusan fizikal bilik darjah.

You might also like