You are on page 1of 15

BAB 3 : SISTEM OTOT RANGKA

PENGETAHUAN SAINS SUKAN TING. 4

Sistem Otot Rangka


Fungsi sistem otot rangka Jenis-jenis otot Ciri-ciri otot Lekatan Interaksi otot Penguncupan otot Tone otot Halaju penguncupan

Fungsi Sistem Otot


Menghasilkan Pergerakan Mengekalkan postur Menstabilkan sendi

Menghasilkan haba

PENGENALAN SISTEM OTOT


Terdiri daripada :a) Otot rangka b) Otot licin c) Otot kardiak Ketiga jenis otot ini dibina oleh tisu yang khusus dan dibezakan dari segi struktur sel, lokasi dan fungsinya.

OTOT RANGKA
Otot yang menyeliputi tulang rangka Ia mampu untuk menukarkan tenaga kimia (ATP adenosina trifosfat) tenaga mekanikal menjana daya pergerakan. Otot rangka secara khususnya berfungsi secara kawalan sedar. Kawalan sedar proses yang boleh dikawal perlakuannya, seperti mengelipkan mata Luar kawalan sedar tanpa boleh dikawal seperti denyutan nadi.

Otot Rangka (Samb)


Otot rangka Berjalur; banyak nukleus; melekat di tulangtulang; boleh dikawal

Otot-otot Rangka Utama


Kepala dan leher
Frontalis Masseter sternokleidomastoid

Lengan
Deltoid Bicep Fleksor karpi

Otot-otot Rangka Utama (samb)


Badan
Diafragma Rektus abdominis

Kaki
Gluteus maximus Sartorius Tibialis antika Peroneus longus

Interaksi Otot-Otot dalam Pergerakan Rangka


Agonis otot penggerak utama Antagonis otot yang menghasilkan pergerakan yang berlawanan Sinergis otot yang membantu otot penggerak utama

Fungsi Otot Rangka


1. Menghasilkan Pergerakan. Terhasil daripada tindakan penguncupan otot rangka. Proses penguncupan berlaku apabila komponen otot mikro menguraikan ATP setelah menerima rangsangan daripada sistem saraf. Fiber otot menggunakan ATP untuk menjana tenaga yang diperlukan bagi tujuan penguncupan otot.

Fungsi Otot Rangka ( Samb)


2. Mengawal Postur. Kawalan postur membolehkan kita bergerak dengan stabil dan mengekalkan bentuk tubuh. Ia tercapai dengan kombinasi penguncupan sekumpulan otot rangka yang bertindak secara berturutan. Fungsi kawalan postur berlaku secara berterusan = membolehkan manusia mengawal imbangan ketika dalam keadaan statik dan dinamik.

Fungsi Otot Rangka ( Samb)


3. Menstabilkan Sendi. Sendi lebih stabil apabila berlaku tarikan otot ke atas tulang bagi tujuan penjanaan daya. Fungsi ini hasil sampingan kepada peranan otot dalam menghasilkan pergerakan.

Fungsi Otot Rangka ( Samb)


4. Menjana Haba. Haba dijana daripada penguraian ATP kepada bentuk tenaga yang diperlukan untuk penguncupan otot rangka. Semasa proses penguncupan, sebahagian daripada tenaga dibebaskan dalam bentuk haba. Pembebasan haba ini berfungsi untuk mengawal atur suhu badan supaya pada aras normal.

Otot Licin
Otot yang terdapat pada organ Visera (dalaman) seperti usus, pundi kencing dan ginjal. Ia berperanan mengerakkan bahan dan cecair yang terlibat dengan fungsi sesuatu organ seperti pergerakan bahan dalam usus. Otot licin berfungsi secara luar kawalan sedar.

You might also like