P. 1
Modul Bmm3110

Modul Bmm3110

|Views: 15|Likes:
Published by Mary Phang
Sintaksi Bahasa Melayu
Sintaksi Bahasa Melayu

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: Mary Phang on Jul 11, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/21/2013

pdf

text

original

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR

)
MOD KURSUS DALAM CUTI

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

MODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH (BMM3110)

( SINTAKSIS BAHASA MELAYU)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, JALAN PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Jun 2010

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan Jun 2010 Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Cetakan Jun 2010 Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia

.

KANDUNGAN MUKA SURAT Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Kata-Alu-aluan Rektor Panduan Pelajar Pengenalan Agihan Tajuk (Interaksi dan Modul) Tajuk Pembelajaran i i v vi viii ix xi Tajuk 1 Sintaksis Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk Kandungan Isi  Struktur Binaan Ayat    Pembahagian Subjek dan Predikat Ayat Dasar dan Ayat Terbitan Susunan dalam Ayat 6 1 Tajuk 2 Sintaksis Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk-Tajuk Kandungan Isi    Urutan Kata. Perpindahan Ayat Ragam Ayat. Jenis Ayat Sintaksis dan Aspek Tatabahasa Tajuk 3 Frasa Nama Bahasa Melayu Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk-Tajuk Kandungan Isi  Konstituen Frasa Nama 14 .

Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Tip untuk membantu anda melalui kursus ini. Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini.PANDUAN PELAJAR Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. dan masa anda. Tiada kuliah atau tutorial diadakan untuk tajuk-tajuk dalam modul ini. Walau bagaimanapun. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran. . Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri. 1. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut. Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka dalam bilik kuliah. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. 2. sumber-sumber pembelajaran. Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan. anda boleh berbincang dengan pensyarah. Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda.

dan ayat tunggal. Modul ini mengandungi 10 tajuk terpilih daripada 15 tajuk keseluruhan. Tajuk 9 berkaitan frasa sendi nama. Tajuk 7 dan 8 berkaitan frasa adjektif bahasa Melayu.tajuk tersebut adalah seperti yang berikut: Tajuk 1 dan 2 mengenai konsep sintaksis. Tajuk 4 . . dan Tajuk 5 dan 6 – frasa kerja bahasa Melayu. Tajuk 4 adalah khusus menyentuh peraturan D-M. Tajuk 5 dan 6 membincangkan binaan frasa kerja dalam Bahasa Melayu. kekecualian hukum D-M serta kata bilangan dan kata panggilan. dan penggunaan kata sendi nama.susunan konstituen frasa nama bahasa Melayu. Sepuluh tajuk yang terlibat dalam modul ini ialah Tajuk 1 dan 2 . frasa. Hal yang dibincangkan ialah binaan frasa sendi nama. susunan frasa adjektif. Tajuk ini berkaitan dengan ayat. kedudukan frasa sendi nama dalam ayat. pembahagian subjek dan predikat. Tajuk 10 ialah ayat bahasa Melayu. tajuk 7 dan 8: frasa adjektif bahasa Melayu. tajuk 9 : frasa sendi nama bahasa Melayu dan tajuk 10: ayat bahasa Melayu. Tajuk ini membincangkan konstituen frasa nama dan binaan frasa nama. binaan ayat dalam bahasa Melayu. ayat dasar. Secara umumnya tajuk. perkataan. (Sila rujuk . klausa. unsur keterangan dan ayat komplemen. ayat dasar dan ayat terbitan serta elemen yang berkaitan dalam binaan ayat. Tajuk 3 – frasa nama bahasa Melayu.sintaksis. Tajuk 3 membincangkan frasa nama bahasa Melayu.PENGENALAN Kursus BMM3110 (Sintaksis Bahasa Melayu) melibatkan aspek teori tatabahasa dalam binaan ayat Bahasa Melayu.Agihan Tajuk).

AGIHAN TAJUK Kandungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan 15 / 30 jam interaksi bersemuka. Tajuk 1 Kandungan Sintaksis: Bidang Kajian  Struktur Binaan Ayat  Pembahagian Subjek dan Predikat  Ayat Dasar dan Ayat Terbitan  Susunan dalam Ayat Sintaksis: Bidang Kajian  Urutan Kata. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul. Jenis Ayat  Sintaksis dan Aspek Tatabahasa yang Lain Frasa Nama Bahasa Melayu  Konstituen Frasa Nama  Binaan Frasa Nama Susunan Konstituen Frasa Nama Bahasa Melayu  Peraturan D-M  Kekecualian Hukum D-M  Bilangan dan Panggilan Frasa Kerja Bahasa Melayu  Binaan Frasa Kerja  Binaan Frasa Kerja Tanpa Objek  Binaan Frasa Kerja dengan Objek Frasa Kerja Bahasa Melayu  Frasa Kerja dengan Kata Bantu  Frasa Kerja dengan Ayat Komplemen  Unsur Keterangan dalam Frasa Kerja Kuliah (jam) Modul (jam) Jumlah (jam) 3 3 2 3 3 3 3 3 4 3 3 5 3 3 6 3 3 . Perpindahan Ayat  Ragam Ayat.

klausa dan frasa. Hasil dari binaan perkataan. Selain itu. Susunan dalam ayat Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. frasa subjek dibentuk oleh frasa nama. struktur binaan ayat. frasa. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini. binaan ayat dasar. binaan ayat terbitan dan struktur subjek dan predikat dalam ayat. Ayat dasar dan ayat terbitan . ayat terbitan. frasa kerja (FK). iaitu klausa dan frasa. klausa. Ayat dan klausa mengandungi dua konstituen utama. Sehubungan itu. anda seharusnya dapat: 1. . ayat dasar. Menjelaskan definisi ayat.TAJUK 1 Sintaksis SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara yang berikut:     Struktur binaan ayat Pembahagian subjek dan predikat. iaitu ayat. iaitu frasa nama (FN). iaitu frasa subjek dan frasa predikat. binaan subjek dan predikat 2. frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS). perkataan daripada sudut binaan sintaksis ialah bentuk bebas yang minimum yang menjadi unsur setiap binaan sintaksis. Menganalisis binaan ayat. ialah satu ayat. Binaan sintaksis pula merujuk kepada binaan yang dibentuk oleh perkataan yang berfungsi sebagai binaan ataupun konstituen dalam ayat. manakala frasa predikat dibentuk oleh empat jenis frasa.

penyusunan semula dan peluasan.KERANGKA TAJUK-TAJUK => => Ayat merupakan unit binaan yang terdiri daripada subjek dan predikat Ayat dasar : ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat. 1. Sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk. => Proses penerbitan ayat berlaku sama ada secara pengguguran. Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan. Ali (FN) (2).1 Definisi Ayat (Sintaksis) Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. => Ayat terbitan : ayat yang terhasil daripada proses penerbitan sesuatu ayat dengan mematuhi hukum tatabahasa atau rumus transformasi. 1. Rumah itu (FN) Predikat peniaga (FN) melontar lembing (FK) cantik sekali (FA) di tepi sawah (FS) . 2008). Seterusnya. Struktur binaan ayat : subjek dan predikat boleh berubah-ubah kedudukan mengikut kesesuaian dalam proses penerbitan ayat. iaitu ayat yang menjadi sumber bagi pembentukan ayat-ayat yang lain. Contoh binaan ayat: Subjek (1).0 KANDUNGAN ISI Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep ayat dan binaannya. 2006).struktur dan binaan atau konstruksi ayat (Siti Hajar Abdul Aziz .al. perbincangan difokuskan kepada struktur binaan ayat serta struktur binaan subjek dan predikat dalam ayat. Pemburu itu (FN) (3). Bajunya (FN) (4). serta mengandungi intonasi yang sempurna (Nik Safiah Karim et. Ayat dasar juga disebut sebagai ayat inti .

Abang kandungku (7). Ayat di atas boleh juga disongsangkan dengan melakukan pendepanan predikat dan meletakkan subjek di belakang. Predikat Kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek. Contoh: Subjek (5). => Pak Cik membaca surat khabar. yang menjadi judul atau unsur yang diterangkan. Amat cekap Predikat Amin. iaitu ayat yang menjadi sumber bagi pembentukan ayat-ayat lain (Raminah Hj. penyusunan semula atau peluasan. pegawai kastam itu. Amin (6).1. Rahim Syam . Proses penerbitan ayat berlaku sama ada secara pengguguran. Ayat dasar juga disebut sebagai ayat inti . Subjek (8). Guru besar di sekolah baru itu (9).1987). Pegawai kastam itu Predikat guru besar di sekolah baru itu. Sedang berehat di bilik sebelah (10). 1. abang kandungku.Sabran. amat cekap.2 Struktur Binaan Subjek dan Predikat Subjek Konstituen yang terdiri daripada sama ada satu perkataan atau beberapa perkataan. Contoh : Ayat Dasar -------- Ayat terbitan (perluasan) (11) Faridah guru (FN+FN) => Faridah guru yang sabar.3 Ayat Dasar dan Ayat Terbitan Ayat dasar : ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat. sedang berehat di bilik sebelah. . Ayat terbitan : ayat yang terhasil daripada proses penerbitan sesuatu ayat dengan mematuhi hukum atau rumus transformasi. (14) Kucing comel (FN+FA) => Kucing comel itu kesayangan Mama. (12) Ah Meng berlari (FN+FK) (13) Pak Cik membaca(FN+FK) => Ah Meng berlari dengan pantas.

Kuala Lumpur: Fajar Bakti.Sabran. LATIHAN (i). Bincangkan pola-pola ayat dasar dalam bahasa Melayu BAHAN BACAAN Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Raminah Hj. Tatabahasa Dewan. Bina 5 ayat tunggal dan 5 ayat terbitan. .Rahim Syam (1987).al (2006). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nyatakan kepentingan membuat analisis sintaksis dalam kalangan guru bahasa.Bhd. (ii). Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia. Bahasa Melayu II.(15) Mak Limah ke sawah (FN+FS) => Mak Limah ke sawah untuk menuai padi. Nik Safiah Karim et. AKTIVITI (i). Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn.

TAJUK 2 Sintaksis:   Urutan Kata. 2. konsep ragam ayat. Perpindahan Ayat Ragam Ayat. Menyatakan konsep ayat berdasarkan jenis dan ragam ayat. ragam ayat serta aspek tatabahasa dalam binaan ayat. anda seharusnya dapat: 1. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini. Selain itu. jenis ayat serta aspek tatabahasa bahasa Melayu akan disentuh dalam bab ini.1997). (Marzukhi Nyak Abdullah. Menjelaskan jenis-jenis ayat. . Perpindahan ayat merupakan satu proses pembentukan ayat berdasarkan binaan subjek dan predikat sama ada secara susunan biasa atau susunan songsang. Ragam ayat . yang terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Jenis Ayat SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:    Konsep kata dan perpindahan ayat dalam Bahasa Melayu. Perkataan dimulai dan diakhiri oleh sempadan perkataan. jenis ayat Sintaksis dan aspek tatabahasa bahasa Melayu Kata ialah satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna.

2. (2).1975). terdapat ayat yang mempunyai kata adjektif seperti berikut: (1).KERANGKA TAJUK Sintaksis Konsep kata dan perpindahan ayat Ragam Ayat. Kek lapis itu enak sekali. Jenis Ayat Aspek Tatabahasa 2. Ramli sangat pandai bermain skuasy. perbandingan antara bahasa-bahasa di bawah: a) Paulus Mariam Vidit (bahasa Latin) . (Lutfi Abas . Sebagai contoh. kata kerja.adjektif atau kata sendi nama. Kedudukan sesuatu perkataan atau kelompok perkataan dan kebolehan berubah tempat dalam sesuatu binaan ayat juga memperlihatkan ciri perbezaan (Nik Safiah Karim et. Frasa pula boleh terbina daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata sama ada kata nama. (3). Sebagai contoh. kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep sintaksis yang merangkumi konsep kata dan perpindahan ayat. Konsep perpindahan ayat pula adalah berasaskan pola ayat dasar yang jelas terdapat perbezaan urutan dalam pelbagai bahasa. ragam ayat. Aspek-aspek tatabahasa yang menjurus kepada bidang sintaksis merupakan aspek penting dalam melengkapi kajian bahasa.1 Konsep kata dan Perpindahan Ayat Perkataan atau kata merupakan unsur yang terdapat dalam salah satu binaan ayat.0 KANDUNGAN ISI Untuk pengetahuan anda. Terdapat unsur lain seperti kata bantu atau kata penguat dalam sesuatu ayat. Maniam itu baik sungguh.al 2008). jenis ayat serta aspek tatabahasa yang lain.

akhiran –us dan –am menentukan kata nama subjek dan kata nama objek. Ayat aktif mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asas sebagai judul. Ragam ayat terdiri daripada ayat aktif dan ayat pasif. Mary akan mengubah makna asal daripada bahasa Latin tersebut. Oleh itu. Ayat pasif pula mengutamakan subjek terbitan sebagai judul.2 Ragam Ayat Konsep ayat telah pun diperkenalkan dalam penerangan sebelum ini. Terdapat dua jenis ragam dalam ayat. Dengan perkataan lain. Hubungan antara ayat aktif dengan ayat pasif ialah perpindahan tempat frasa nama yang menjadi subjek dan objek ayat berkaitan. Seterusnya. b) Min aina anta ? (bahasa Arab) Min = daripada / dari aina = mana anta = kamu (lelaki) Maksud terjemahan langsung [daripada mana kamu] kurang memberikan makna yang tepat dan gramatis dalam bahasa Melayu. 2.Paulus = Paul Mariam =Mary vidit = melihat Dalam hubungan tersebut. (ayat aktif) . kita akan bincangkan tentang ragam ayat yang menjadi salah satu unsur dalam ayat. (ayat aktif) (5) Bola itu ditendang oleh Amar. (ayat pasif) (6) Saya menendang bola itu. Sebaliknya. Ayat bahasa Melayu yang lebih sesuai bagi bahasa Arab tersebut ialah kamu datang dari mana? Oleh itu . dalam bahasa Melayu.perbezaan urutan dalam pelbagai bahasa serta sistem bahasa yang berbeza-beza menjadikan bahasa itu sesuatu yang unik untuk dikaji dan digunakan. Contoh: (4) Amar menendang bola itu. ayat Melihat Paul. kedudukan kata kerja tidak menjadi persoalan dan tidak menjejaskan makna ayat bahasa Latin tersebut. ayat boleh terdiri daripada pelbagai bentuk variasi mengikut pola-pola yang tertentu.

2 Ayat Pasif Ayat pasif ialah ayat yang asalnya daripada ayat aktif transitif iaitu yang mengandungi kata kerja tetapi mengutamakan objek asal sebagai unsur yang diterangkan. sepanjang malam.(7) Bola itu saya tendang. membaiki membeli membasahi Predikat Objek jalan itu. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif. . Ombak (14). Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif yang diikuti oleh frasa nama atau klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambut. Kanak-kanak (13). Air mata b) Ayat Aktif Tak Transitif Subjek Predikat Kata Kerja Tak Transitif (12). Contoh : a) Ayat Aktif Transitif Subjek Kata Kerja Transitif (9). pipinya. di pantai Damai. Budin (11). Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang tak transitif iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambut.2. Ayat pasif dalam bahasa Melayu digolongkan kepada tiga jenis iaitu: a) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif b) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua c) Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja. Diana sedang mandi memutih menangis Objek di kolam itu. buah durian.1 Ayat aktif Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai unsur yang diterangkan.2. (ayat pasif yang mengalami pendepanan predikat) 2. Pekerja (10). (ayat pasif) (8) Saya tendang bola itu. 2.

Keterangan ii) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua Subjek Frasa Kerja Pasif dengan Ganti Nama Diri Pertama atau kedua sudah saya bersihkan belum awak makan Keterangan (17). Kereta itu (16). (23). Dia pandai mengawal emosinya. (22). Saya sudah memiliki kereta baru. Ayat penyata juga dikenali sebagai ayat keterangan. Dunia ini penuh dengan dugaan. Kuih itu pagi tadi. . Rusa itu (20).i) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif Subjek Kata Kerja Pasif Oleh + Frasa Nama (15). Budak itu Kena kena kena Kata Kerja Dasar tembak kejar Oleh+Frasa Nama oleh pemburu. Jenis Ayat Ayat dapat dibahagikan kepada empat jenis. lagi. Contoh: (21). iii) Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja Subjek (19). oleh anjing. Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu hal. Kereta itu (18).Semak samun sudah dibeli dibersihkan oleh Amin oleh pekerja minggu lepas setiap bulan. i) Ayat penyata ii) Ayat tanya iii) Ayat perintah iv) Ayat seruan a) Ayat Penyata Ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan. 3.

b) Ayat Tanya Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal dengan berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu. Ayat tanya boleh wujud dengan kata tanya atau tanpa kata tanya.

c) Ayat Perintah Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan bertujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Perintah ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti awak, kamu, anda, engkau dan sebagainya. d) Ayat Seruan Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan dengan tujuan melahirkan sesuatu keadaan perasaan seperti marah,takut,gembira,sedih dan sebagainya. Contoh kata seru ialah oh, amboi, wah, cis, aduh dan sebagainya. Menurut Abdullah Hassan (2005), ayat seruan lazimnya tidak sempurna dan menyatakan perasaan sedih, suka, gembira, duka , terkejut, marah, hairan dan lain-lain.

AKTIVITI

1.

Nyatakan 4 jenis ayat dalam bahasa Melayu dengan memberikan contoh-contoh

yang sesuai.

LATIHAN

1. 2. Bincangkan pola-pola ayat pasif dalam bahasa Melayu

BAHAN BACAAN

Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Marzukhi Nyak Abdullah. (1997)Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu. Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Nik Safiah Karim et.al (2006). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Raminah Hj.Sabran,Rahim Syam (1987). Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

TAJUK 3

Frasa Nama Bahasa Melayu

SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:  

Konsep Frasa Nama; Binaan Frasa Nama bahasa Melayu; Tahukah anda bahawa dalam bahasa Melayu, terdapat unsur frasa nama yang

menjadi salah satu binaan dalam satu-satu ayat. Tanpa unsur frasa, maka sesuatu ayat itu tidak akan dapat wujud dengan sempurna.

Frasa nama juga menjadi tonggak dalam binaan sintaksis. Binaan sintaksis pula didasari oleh pola-pola ayat yang mengandungi pola-pola frasa yang menjadi tunjang dalam ayat sama ada sebagai subjek atau predikat. Malah, ayat dan klausa mengandungi dua konstituen utama, iaitu frasa subjek dan frasa predikat. Sehubungan itu, frasa subjek dibentuk oleh frasa nama, manakala frasa predikat dibentuk oleh empat jenis frasa, iaitu frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat: 1. menjelaskan definisi frasa nama dan; 2. menjelaskan binaan frasa nama.

Frasa nama ialah frasa yang boleh berdiri pada subjek dan objek ayat dan predikat nama. bandar selamat. peniaga sayur.0 KANDUNGAN ISI + inti inti + penerang Anda perlu mengetahui bahawa.KERANGKA TAJUK-TAJUK Frasa Nama inti 3. atau sebelum dan sesudah frasa nama.al. Putrajaya (4).Omar. bandar selamat. 1986) Contoh : Subjek Frasa Nama (1). Seterusnya. Bandar Putrajaya Predikat Frasa Nama peniaga. 3. . perbincangan ditumpukan kepada ciri-ciri dan jenis-jenis frasa nama bahasa Melayu. Emak Wan Seng (3). disamping boleh menggantikan kata nama (Asmah Hj. Unsur inti boleh wujud secara sendiri atau dengan sederetan penerang yang hadir sebelum frasa nama atau sesudahnya. Emak (2). kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep frasa nama berdasarkan pendapat ahli-ahli bahasa. (2008) ialah konstituen atau unsur yang menjadi pengisi frasa nama yang terdiri daripada kata nama sebagai unsur intinya.1 Konsep Frasa Nama Bahasa Melayu Frasa Nama menurut Nik Safiah Karim et.

2006). menduduki ujian.al. Keluar Inti bapa masuk Predikat saling bantu-membantu. Frasa ialah unsur terkecil dalam bidang sintaksis. Ibu (6). Frasa digunakan bagi membina ayat. Anak (11). (Abdullah menjurus kepada dua struktur frasa dan binaan Hassan. untuk pekerja sahaja. Binaan frasa dapat dibentuk daripada satu kata atau lebih. 3. Dalam struktur binaan ayat. menggigit makanan. Walaupun terdapat beberapa pendapat tentang binaan frasa nama bahasa Melayu. parsi. Pelajar (9). Kucing Penerang paralimpik semester akhir Jabatan Haiwan yang soleh itu jinak itu Predikat meraih pingat emas.Struktur Frasa Nama (inti + inti) Frasa Nama Inti (5).1983). Binaan frasa nama dapat digambarkan seperti berikut: Binaan Nama Penerang keturunan Suku bangsa Penerang Inti + Penerang Nama jenis bunga nama kucing nama askar Frasa Penerang Inti Penerang British. namun perbincangan dalam topik 3 ini frasa nama. memberi ceramah. Jawa.2 Binaan Frasa Nama Dalam Bahasa Melayu Binaan frasa nama boleh terbentuk daripada satu perkataan atau lebih (Abdullah Hassan et. Atlet (8). Pegawai (10). frasa didapati merupakan unsur yang terletak di bawah klausa. baik akhlaknya. Struktur Frasa Nama (inti + penerang) Frasa Nama Inti (7). .

wanita. kedua ketiga . pantai Penerang penyambut nama pemutar penjaga Penerang kelamin Penerang tempat nama pelakon guru nama pinggiran Penerang (Penentu Binaan Frasa Nama Hadapan) Inti (Bilangan+penjodoh bilangan) tiga orang lima buah tujuh dulang Penerang (Inti) guru kereta nasi minyak. Penerang Penerang (Penentu belakang) Inti orang rumah Penerang kata kerja Penerang kata adjektif Penerang frasa sendi nama Penerang bilangan ordinal mesin bilik pengemis kereta baju banglo tempat tingkat itu ini kira menunggu muda antik di jemuran di desa. Penerang kegunaan nama serbuk minyak kari pelincir skru pintu lelaki.mawar.

Bhd. Apakah ciri-ciri yang dapat membezakan frasa daripada ayat? BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Tatabahasa Dewan. 2. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. LATIHAN 1. atau akhbar tempatan. Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur. Senaraikan 20 binaan frasa nama berdasarkan sebuah cerpen atau rencana yang terdapat dalam majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.al (2008).al (2006) Sintaksis. PTS Professional Publishing Sdn. Abdullah Hassan et. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Asmah Hj. Tulis 10 contoh frasa nama bagi binaan inti + penerang nama.Inti + inti dengan maksud sama erti Inti + inti Inti + inti dengan maksud berlawanan tubuh bukit tuan atas hidup badan bukau puan bawah mati AKTIVITI 1.Omar (1986) Pustaka. . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Nik Safiah Karim et.

Dalam peraturan ini.1 Dalam tatabahasa bahasa Melayu.0 Konstituen Frasa Nama Konstituen Frasa Nama dalam tatabahasa Bahasa Melayu mengandungi aspek-aspek yang telah disusun secara sistematik berdasarkan rumus-rumus tatabahasa bahasa Melayu :    Peraturan D-M (Hukum D-M) Kekecualian Hukum D-M Bilangan dan panggilan Peraturan D – M (Hukum D . Contoh : Frasa Nama Diterangkan (Inti) Askar Budak Pemain Penarik Penghantar Pensyarah Pakar Doktor Menerangkan (Penerang) Melayu lelaki boling beca surat wanita psikologi veterinar Contoh-contoh lain: .Restoran Ali ( bukan Ali Restoran) . D-M membawa maksud diterangkan (D) dan menerangkan (M).sos cili (bukan cili sos) .TAJUK 4 Susunan Konstituen Frasa Nama Bahasa Melayu  Peraturan D-M  Kekecualian Hukum D-M  Bilangan dan Panggilan 4.M) 4. unsur yang diterangkan merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama dan unsur menerangkan merupakan unsur penerang yang hadir pada kedudukan yang kedua.

kentang goreng ( bukan goreng kentang) . Hal yang demikian berlaku disebabkan oleh kecenderungan pengguna bahasa menggunakan sistem bahasa lain bagi bahasa sendiri .. keadan itu menjadi perkara lazim dan terhasillah satu fenomena bahasa yang menyimpang dari rumus tatabahasa dalam konteks hukum D . Kebiasaan ini mewujudkan kelaziman yang semakin diterima penggunaannya dalam masyarakat pengguna bahasa.nasi goreng (bukan goreng nasi) 4. terutama sekali yang melibatkan pada nama-nama jawatan. seperti sesetengan penguna bahasa Melayu yang gemar menggunakan sistem bahasa Inggeris sebagai kayu ukur berbahasa.pisang goreng (bukan goreng pisang) . Contoh: Penerang (M) Perdana Ibu Naib Ketua Timbalan Naib Pembantu Menteri Pejabat Presiden Hakim Perdana Menteri Presiden Penyelaras Diterangkan (D) .cakera padat (bukan padat cakera/compact disc) .sup kambing ( bukan kambing sup) . Selain itu. Lama-kelamaan.M juga wujud akibat kebiasaan dalam penggunaan.2 Kekecualian Hukum D . kekecualian hukum D .Kedai Makanan Rahim ( bukan Rahim Kedai Makan / Kedai Makan Rahim) .M Konsep kekecualian wujud dalam kebanyakan bahasa di dunia bagai merasionalkan penggunaan sistem bahasa yang sudah lazim dipakai secara mantap dalam masyarakat pengguna bahasa.M.

(22). menteri kanan. Contoh penggunaan dalam ayat: (12).3 Bilangan dan Panggilan Kata bilangan yang berfungsi sebagai penerang dalam frasa nama boleh wujud di hadapan katan nama inti.Ali. Pembantu penyeldik sedang membuat penganalisisan data kajian. Perdana Menteri Malaysia yang pertama ialah YTM Tunku Abdul Rahman. dan seumpamanya. Jawatan Naib Presiden disandang oleh Dato Hj. Naib presiden yang baharu telah berucap dalam majlis perasmian. 4. (14). Mohd. 2006) Dalam konteks ini. Ketua Hakim Negara telah bercuti selama dua hari. (18). menteri pengangkutan. bilangan yang digunakan merujuk kepada unsur numerik yang menjadi penanda kepada jumlah yang difokuskan dalam frasa. . Segolongan kecil peneroka sudah menanam pokok gaharu. (Abdullah Hassan. (17). (20). Sekumpulan penyelidik sudah mendapat elaun khas. (21).Namun. Timbalan Perdana Menteri membuat lawatan kerja ke Syria. (15). Ibu pejabat Kastam daerah Johor Bahru dipindahkan ke Jalan Aman. (13). imam besar. (16). Kelima-lima pendekar silat itu menunjukkan gaya kepahlawanan. Contoh : lima ekor kuda segolongan kecil peneroka kelima-lima pendekar silat sekumpulan penyelidik segelintir pengundi sejumlah wang sebilangan besar pekerja Contoh ayat: (19) Lima ekor kuda telah dibeli oleh Haji Tahir. hal ini tidak berlaku pada frasa menteri besar.

Konvokesyen ke-2 telah dilaksanakan pada hari semalam. dan vi. semua . (25). (33). Contoh: Segala. Sebilangan besar pekerja sudah pulang ke kampung. kata bilangan boleh dibahagikan kepada enam kumpulan berdasarkan makna (Hashim Hj. Sukan Asia ke-XIV telah mencatat satu sejarah kegemilangan atlet Malaysia.Kata bilangan himpunan iv. sekelompok. Kata bilangan tentu ii. (24). (32). banyak . (27). .Musa. Kata Bilangan Tak Tentu empat = IV sepuluh = X Kata bilangan yang merujuk kepada jumlah bilangan yang tidak khusus . Sejumlah wang yang besar diperlukan untuk kos perubatan.(23).Kata bilangan tingkatan Kata Bilangan Tentu Kata bilangan yang mendukung makna tentu yang menjurus kepada bilangan khusus terdiri daripada angka yang boleh dilambangkan dengan simbol atau huruf abjad. 1993). Dollah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan nyanyian. Shakira mempunyai empat ekor anak kucing. (30) Hang Tuah memiliki dua ekor kuda putih .Kata bilangan pecahan.Kata bilangan tak tentu iii. beberapa. (29). Secara lebih khusus. Contoh: satu = 1 dua = 2 Contoh ayat: (26).Kata bilangan pisahan v. sekalian. Segelinitr pengundi pilihanraya dilihat berlegar-legar di situ. Kegiatan gotong-royong itu disertai oleh semua penduduk kampung. (28).sedikit. Segala bantuan yang diberikan oleh pihak sekolah amat dihargai. Beberapa orang guru telah ditukarkan ke sekolah pedalaman. Contoh ayat: (31). i.

(42). kelima-lima. Kata Bilangan Pisahan Kata bilangan jenis pisahan merujuk kepada unsur pemisahan dalam proses berbelas-belas. Kata Bilangan Tingkatan Kata bilangan tingkatan merujuk kepada sejumlah perkataan yang mendukung makna taraf tingkatan bilangan. Contoh: masing-masing. Kata Bilangan Pecahan Kata bilangan jenis pisahan merujuk kepada unsur pecahan atau pembahagian daripada jumlah keseluruhannya. beribu-ribu. separuh. sebahagian Contoh ayat: (40). Kedua. . Contoh: setengah. kesemua. Berpuluh-puluh kenderaan tentera telah bergerak ke sempadan negara. kedua. beratus-ratus. Setengah daripada kawasan ini adalah milik Tuan Haji Ali. (38). Tiap-tiap pasukan mempunyai ketua yang dilantik oleh pihak pengurusan. Kata jenis ini juga adalah sejumlah perkataan yang menyokong makna bilangan yang terasing. kedua-dua. Kesemua mangsa banjir telah dipindahkan ke tempat yang selamat. sepertiga. segelintir. setiap. (36).dua peninju itu telah diberi penghargaan oleh pihak persatuan.Kata Bilangan Himpunan Kata bilangan yang merujuk kepada jumlah bilangan yang terhimpun atau terkumpul. (39). ketiga . tiap-tiap Contoh ayat: (37). Contoh: berpuluh-puluh. Setiap hari dilalui oleh Pak Malau dengan hati yang tabah. memerihalkan bilangan yang menjadi dasar pokok pernyataan. Contoh ayat: (34). Sabar itu adalah separuh daripada iman. (41). keseribu. Sebahagian daripada ahli-ahli persatuan tidak hadir. Masing-masing ada pendapat yang tersendiri dalam isu pembangunan sukan. contoh: pertama. (35).

(44). (48). Contoh: Datuk Maharaja Lela Datuk Sagor Haji Abdul Rahman Limbong Tuan Adam Puan Mastura Chong Contoh ayat : (46). Datuk Sagor harus diingati sebagai seorang pahlawan. Tun.Profesor Ungku Aziz merupakan seorang pencetus idea penubuhan tabung pengurusan haji di Malaysia. Tunku. Gerai pertama menjadi perhatian pembeli. Datuk dan seumpamanya lazim digunakan sebelum kata nama inti. konsep panggilan ( kata panggilan) merupakan unsur frasa nama yang hadir sebelum kata nama inti ( Abdullah Hassan. (45). Puan . Dia mampu meraih tempat kedua sahaja dalam pertandingan tersebut. pengiktirafan ataupun penentuan identiti secara lebih khusus.contoh ayat: (43). (47). Profesor Ungku Aziz Tunku Kamalia Syed Zain Barakbah Sharifah Mona Alsagoff Tan Sri Malik Kamal . Haji. Pengunjung keseribu akan diberi hadiah cepu emas.4 Panggilan / Kata Panggilan Sementara itu. 2008). Jenis-jenis kata panggilan seperti Tuan. Kata panggilan merupakan satu sistem yang digunakan dalam bahasa Melayu bagi tujuan penghormatan. 4. Datuk Maharaja Lela ialah seorang pejuang yang menentang Inggeris di Perak.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.al (2008). g) Sport rim kereta itu milik Romli. BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am.Bhd. f) Lain masa. LATIHAN 1.ayat di bawah dengan ayat-ayat yang sesuai berdasarkan Hukum D. . Tulis semula ayat. PTS Professional Publishing Sdn.al (2006) Sintaksis. Tatabahasa Dewan. Abdullah Hassan et. d) Lain-lain hal boleh dibincangkan pada lain hari. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.Musa ( 1993) Binaan dan Fungsi Perkataan dalam Bahasa Melayu.M. c) Kenderaan mini bas sudah semakin dilupakan.Bhd. Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bina carta atau pengurusan grafik untuk menunjukkan peraturan D – M. Bahasa Melayu II. Hashim Hj. e) Itu hari kita sudah bercadang melawat mini zoo. Nik Safiah Karim et. anda boleh bayar bil awal.AKTIVITI 1. Apakah maksud hukum D-M? 2. a) Ahmad punya kedai terletak di sebelah bas terminal. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn. b) Cili sos jenama lada dijual di Aminah Mini Market. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn. Kuala Lumpur.Bhd.

TAJUK 5 Frasa Kerja Bahasa Melayu  Binaan Frasa Kerja  Binaan Frasa Kerja Tanpa Objek  Binaan Frasa Kerja Dengan Objek SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:   Menjelaskan definisi frasa kerja dan binaan frasa kerja Menganalisis binaan frasa kerja. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini. anda seharusnya dapat:   Menjelaskan definisi frasa kerja dan binaan frasa kerja (1. iaitu frasa subjek dan frasa predikat. Sehubungan itu. ayat dan klausa mengandungi dua konstituen utama. binaan frasa kerja tanpa objek dan dengan objek Tahukah anda bahawa dalam bahasa Melayu. Frasa kerja binaan sintaksis pula didasari oleh pola-pola ayat yang mengandungi pola-pola frasa yang menjadi tunjang dalam ayat sama ada sebagai subjek atau predikat.1) Menganalisis binaan frasa kerja. manakala frasa predikat dibentuk oleh empat jenis frasa. frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS). frasa kerja (FK). frasa subjek dibentuk oleh frasa nama. iaitu frasa nama (FN). Frasa kerja juga menjadi salah satu tonggak dalam binaan sintaksis. Malah. binaan frasa kerja tanpa objek dan dengan objek (1. terdapat unsur frasa kerja yang menjadi salah satu binaan dalam satu-satu ayat.6) .

Frasa kerja dalam bahasa Melayu terdiri daripada kata kerja sebagai dasarnya.0 KANDUNGAN ISI Anda perlu mengetahui bahawa. Menurut Abdullah Hassan et. frasa kerja berfungsi sebagai predikat. frasa kerja terdiri daripada satu atau beberapa perkataan dengan kata kerja berfungsi sebagai fungsinya. (2008) ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja sebagai unsur intinya. Frasa kerja wujud dalam sesuatu ayat dalam binaan predikat. Frasa kerja bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa.KERANGKA TAJUK-TAJUK Frasa Kerja(Predikat) Frasa kerja (tanpa objek) Frasa Kerja (dengan objek) 5.1 Konsep Frasa Kerja Bahasa Melayu Frasa Kerja menurut Siti Hajar Abdul Aziz. kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep frasa kerja berdasarkan pendapat ahli-ahli bahasa. . Dalam susunan ayat biasa. 5.al (2006).

2. dan (96). 5. Budak nakal itu terjatuh lagi setelah terpijak kulit pisang. Pemuzik itu (4).Contoh : Ayat Subjek (1).1 Frasa Kerja Tanpa Objek Frasa kerja tanpa objek merupakan jenis frasa yang tidak memerlukan penyambut (objek) dan boleh berdiri sendiri dalam sesuatu binaan predikat. meniup saksofon. Contoh: (8). ayat (91) .2 Binaan Frasa Kerja Binaan kata kerja terdiri daripada kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif. Kata kerja tersebut tidak memerlukan atau tidak tidak diikuti oleh frasa nama sebagai objek atau penyambut. Faisal tidur lena. Contoh : (5). . Berdasarkan contoh ayat di atas. menjual sayur di pasar. (95). Emak Ahmad (3). Biarpun begitu. Dia selalu bergaduh. Faisal tidur lena di bilik tidur.Ramlee Predikat Frasa Kerja menjemur kain. mencipta lagu itu. terjatuh dan bergaduh. Kata kerja tak transitif juga dikatakan sebagai kata kerja yang tidak memerlukan frasa nama sebagai objek (penyambut) untuk melengkapkannya. ayat ini masih mengekalkan konsep kata kerja tak transitif (tanpa objek) Pelengkap ialah perkataan yang hadir selepas kata kerja transitif dan berfungsi untuk melengkapkan kata kerja tersebut. (7). (10). P. Dalam ayat (94). Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek sebagai penyambut. Dia selalu bergaduh sesama rakan sekolah. 5. (6). Budak nakal itu terjatuh lagi. Namun kata kerja ini boleh diikuti oleh unsur pelengkap dan penerang. (9). Emak (2). (92) dan (93) menunjukkan kata kerja tidur. kata kerja telah diberi unsur pelengkap dan penerang.

(12) dan (13). frasa yang bergaris ialah unsur keterangan yang mengikuti objek. Ibu menganyam tikar setiap hari. (18). Frasa kerja transitif mempunyai dasar kata kerja transitif. (13). frasa kerja.5. Dalam konteks ini . . Frasa kerja juga boleh menerima unsur keterangan. (12). Semua ayat di atas tidak menepati sistem penggunaan kata/frasa kerja transitif. (17).Datuk Amran menghasilkan banyak produk berasaskan herba. Tuan Pengarah sedang membincangkan tentang isu pendidikan. Mahmud membaiki radio yang telah rosak. Lee Chong Wei menghantar dengan tenang bulu tangkis ke jaring. Pelajar itu menaikkan bendera semasa perhimpunan. Hal yang demikian berlaku membina sesuatu ayat. Unsur keterangan juga boleh terdiri daripada frasa nama. (19). Kata kerja transitif pula ialah kata kerja yang memerlukan objek.3 Frasa Kerja Dengan Objek Frasa kerja dengan objek dikenali juga sebagai frasa kerja transitif. kadang-kala terdapat kekeliruan dalam kalangan pengguna bahasa menggunakan frasa kerja sebagai predikat.Halijah menggenggam erat tangan suaminya. (15). Kata kerja jenis ini mesti diikuti oleh frasa nama sebagai objek atau penyambut untuk melengkapkan kata kerja tersebut. Dalam ayat (11). (16). dalam proses Contoh kesilapan dapat dilihat dalam ayat (15) hingga ayat (19). frasa adjektif dan frasa sendi nama. Zamani akan melaporkan kepada warden asrama tentang kejadian itu. Contoh: Frasa Kerja Kata Kerja Transitif Menaikkan menganyam membaiki Penyambut bendera tikar radio Contoh ayat lengkap: (11).

(22). (23). Tuan Pengarah sedang membincangkan isu pendidikan. Zamani akan melaporkan kejadian itu kepada warden asrama (21). ‘produk ’. Datuk Aman menghasilkan produk berasaskan herba. Catatan: kejadian’. (24).Ayat-ayat yang tersebut di atas harus ditulis begini: (rujuk ayat 20 – 24) (20). ‘bulu tangkis’ dan ‘isu pendidikan’ ialah objek yang mesti hadir selepas kata kerja transitif. ‘tangan’. Lee Chong Wei menghantar bulu tangkis ke jaring dengan tenang. Halijah menggenggam tangan suaminya dengan erat. .

atau akhbar tempatan.Bhd. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn. .Bhd. Bahasa Melayu II. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn. PTS Professional Publishing Sdn.AKTIVITI 1. Tulis 10 contoh frasa kerja tanpa objek LATIHAN 1.al (2006) Sintaksis. Abdullah Hassan et. Kuala Lumpur. Siti Hajar Abdul Aziz (2008).Bhd. Buat analisis binaan frasa kerja berdasarkan sebuah cerpen atau rencana yang terdapat dalam majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am.

kita akan melihat pola-pola frasa kerja yang menggunakan kata bantu dalam predikat.TAJUK 6 Frasa Kerja Bahasa Melayu  Frasa Kerja dengan Kata Bantu  Frasa Kerja dengan Ayat Komplemen  Unsur Keterangan dalam Frasa Kerja SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:  frasa kerja dengan kata bantu. Terdapat dua jenis kata bantu iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam. aspek penggunaan ayat komplemen dan unsur keterangan akan dibincangkan juga dalam tajuk frasa kerja bahasa Melayu. Frasa kerja dalam bahasa Melayu mempunyai elemen kata bantu dalam predikat. Dalam perbincangan ini. frasa kerja dengan ayat komplemen dan unsur keterangan dalam frasa kerja. Selain itu. Kata bantu boleh hadir di hadapan predikat kata kerja. frasa kerja dengan ayat komplemen dan unsur keterangan dalam frasa kerja(1. Hal yang demikian membuktikan bahawa kepelbagaian elemen kata dalam sesuatu frasa bahasa Melayu menghasilkan satu sistem yang komprehensif. anda seharusnya dapat:  Menghurai frasa kerja dengan kata bantu.1) . HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini.

Dalam hal ini. Amirul sudah mencapai kejayaan dalam peperiksaan yang lepas. ini atau masa hadapan. frasa kerja yang melibatkan kata bantu aspek merupakan keperihalan tentang aspek masa lampau.1 Frasa Kerja Dengan Kata Bantu Aspek Menurut Siti Hajar Abdul Aziz. (2008) Frasa kerja terdiri daripada kata kerja sebagai unsur intinya. belum) . Bagi menjelaskan fungsi kata bantu dalam frasa. Frasa kerja bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa. Dia telah menulis puisi sejak di bangku sekolah. frasa kerja berfungsi sebagai predikat. Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu aspek. (3).0 Kandungan Isi Anda perlu mengetahui bahawa. (2).pernah) (1). kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep frasa kerja berdasarkan pendapat-pendapat ahli bahasa.KERANGKA TAJUK-TAJUK Frasa Kerja (Predikat) Frasa kerja (didahului kata bantu aspek. Wan Malini akan memetik bunga di taman. Frasa kerja dalam bahasa Melayu terdiri daripada kata kerja sebagai dasarnya. diberikan contoh ayat berkaitan. Adi Kencana belum lagi berminat untuk merantau ke kota. Contoh (fungsi menunjukkan masa yang telah berlaku: sudah . Contoh (fungsi menunjukkan perbuatan yang belum dilakukan: akan dan (4). telah . Dalam susunan ayat biasa. dan kata bantu ragam) Frasa kerja (dengan ayat komplemen) 6. (5). 6. Michael pernah mendapat pengiktirafan sebagai guru cemerlang.

mesti. Daud dapat menyertai program sukan berkuda di Johor Bahru. (11). maka ayat yang terbentuk ialah ayat majmuk Contoh : (i) Frasa kerja transitif dengan ayat komplemen (12).al (2008). atau masa hadapan. semoga dan untuk.3 Frasa Kerja Dengan Ayat Komplemen Frasa kerja dengan ayat komplemen merupakan jenis frasa yang boleh menerima pelengkap atau sebaliknya yang dipancangkan ke dalam klausa utama bagi binaan sesuatu ayat. demi. Menurut Nik Safiah Karim et. (8). Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu aspek yang memerihalkan perasaan ketika melakukan perbuatan. Maslina mahu membuktikan bahawa dia juga mampu menjadi juara. supaya. (13). mahu. (9). Pak Mat mengakui bahawa dia pernah berkhidmat dalam pasukan komando. Apabila keadaan sedemikian berlaku. Contoh ayat: (6). Yatim boleh berjaya jika dia berusaha bersungguh-sungguh. Dia hendak bekerja di Kuala Lumpur. kini. (10).2 Frasa Kerja Dengan Kata Bantu Ragam Frasa kerja yang melibatkan kata bantu ragam merupakan keperihalan tentang aspek perasaan. akan. boleh menerima ayat komplemen. Dia harus pulang ke kampung segera. Contoh: hendak. Anda mesti belajar untuk menguasai kemahiran mengajar. Contoh : telah. boleh. sudah. frasa kerja sama ada jenis transitif atau tak transitif. . belum Kata Bantu Ragam Memerihalkan perasaan ketika melakukan perbuatan.Kata Bantu Kata Bantu Aspek Memerihalkan masa lampau. harus. (7). dan dapat 6. frasa kerja jenis ini ditandai dengan penggunaan kata kata hubung bahawa. 6. Cikgu Normah menegaskan bahawa tidur yang berkualiti adalah perlu untuk kesihatan minda. Dalam binaan predikat. masih. sedang.

Haji Amin percaya bahawa mangsa kebakaran itu boleh diselamatkan. Bagi kata kerja transitif. dan (17). ayat (12) . frasa adjektif. ayat ini masih mengekalkan konsep kata kerja tak transitif dan akhirnya membentuk ayat majmuk.ke.kepada . (13) dan (14) menunjukkan kata kerja tidur. Unsur-unsur keterangan boleh terdiri daripada binaan frasa sendi nama. Unsur –unsur biasanya hadir selepas kata kerja.daripada. Pemandu bas itu memaklumkan bahawa semua penumpang selamat sampai ke destinasi. Yang pasti. (17). Berdasarkan contoh ayat di atas. (16). Kata kerja tersebut menerima ayat komplemen yang akhirnya membentuk ayat majmuk. unsur keterangan dapat dibahagikan kepada lapan jenis: (i) Keterangan tempat atau arah (ii) Keterangan waktu (iii) Keterangan cara (iv) Keterangan tujuan atau harapan (v) Keterangan alat (vi) Keterangan penyertaan (vii) Keterangan hal (viii) Keterangan bagai Huraian: (i) Keterangan tempat atau arah Unsur keterangan tempat atau arah membincangkan tempat berlakunya peristiwa. nama di. frasa kerja tak transitif telah menerima ayat komplemen. Penggunaan kata sendi unsur keterangan ini. 6. unsur keterangan ini dapat memberikan gambaran yang lebih jelas tentang maksud dan sasaran makna dalam sesuatu frasa yang menjadi struktur binaan dalam satu-satu frasa.dari. Dalam ayat (15). (ii) Frasa kerja tak transitif dengan ayat komplemen (15). (16). Jasmin berpendapat bahawa kerjaya guru sangat mencabar.pada jelas terdapat dalam . Berdasarkan aspek makna yang hadir dalam frasa kerja. Kim Seng faham bahawa jirannya terpaksa berpindah ke kampung.4 Unsur Keterangan dalam Frasa Kerja diwakili oleh unsur-unsur penerang yang Unsur keterangan dalam frasa kerja memerihalkan atau menerangkan kata kerja tersebut dengan lebih lanjut. unsur keterangan hadir selepas objek (penyambut). dan frasa nama. Biarpun begitu.(14). terjatuh dan bergaduh.

tahun lepas. Contoh : (28) (29) (30) Muhamad belajar bersungguh-sungguh demi masa depan. (21) Emak Shafik menerima hadiah cenderamata daripada guru besar. (27) (a) Menteri berjalan dengan megahnya. Penghulu berucap di perhimpunan itu bagi menjelaskan isu sebenar. (25) (a) Air sungai mengalir dengan derasnya. bentuk frasa sendi nama yang mengandungi kata sendi nama iaitu pada. (19) Abang Malik memanjat ke atas bumbung rumah. .Contoh: (18) Dia belajar di universiti. Contoh : (25) Air sungai mengalir deras. sejak dan hingga bentuk frasa nama seperti semalam. Mereka berkahwin untuk mencapai kebahagiaan hidup. untuk dan bagi. (iv) Keterangan tujuan atau harapan   Keterangan tujuan atau harapan ialah unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan atau kejadian. Keterangan tujuan menggunakan kata sendi nama : demi. (26) Azman berlari pantas. (20) Swee Ling berasal dari Negeri Sembilan. (ii) Keterangan waktu Dua bentuk keterangan waktu wujud dalam frasa kerja iaitu   Contoh : (22) Pensyarah itu menamatkan kuliah pada jam 9 malam. (26) (a) Azman berlari dengan pantasnya. (24) Aiman menunggu kepulangan ayahnya hingga pukul 12 malam. (23) Pameran kesenian itu bermula sejak semalam. Keterangan cara boleh terbina daripada frasa sendi nama yang mengandungi kata sendi nama dengan diikuti kata adjektif yang menerima kata pembenda –nya. (iii) Keterangan cara   Keterangan cara boleh bersumberkan daripada kata adjektif. (27) Menteri berjalan megah. dalam .

perkakas atau benda yang digunakan dalam sesuatu proses atau peristiwa. Kata sendi nama yang digunakan ialah dengan. bagai. Contoh : (40) Amran berlagak seperti pegawai tinggi . (35) Pegawai kebajikan melawat kampung contoh dengan ahli jawatankuasa surau. Kata sendi nama yang digunakan ialah dengan. Contoh: (31) Guru pelatih itu datang dengan menaiki kereta api (32) Encik Ahmad memotong kek dengan pisau.kesamaan atau hampir sama. terhadap. ikut bersama-sama atau melibatkan diri. (36) Muniandy masuk ke pejabat dengan pembantunya. (viii) Keterangan bagai   Unsur yang menerangkan keserupaan. (vii) Keterangan hal   keterangan hal berfungsi menerangkan keadaan kata sendi nama yang digunakan ialah tentang. Contoh: (37) Tuan pengurus sedang memikirkan tentang masalah itu. . (39) Jurutera perunding membuat penilaian semula tentang projek tersebut. (vi) Keterangan penyertaan   Unsur yang menerangkan maksud ikut serta. (43) Hidungnya mancung bak seludang. (41) Kepantasan lelaki itu bertindak bagai lipas kudung .(v) Keterangan alat  Unsur yang menerangkan peralatan. Kata sendi nama yang digunakan ialah seperti. (42) Diana berlakon sebagai Puteri Gunung Ledang. (33) Harjit Singh memukul bola dengan kayu hoki. Contoh: (34) Aminah datang ke masjid dengan suaminya. (38) Panel disiplin membuat teguran terhadap kes itu. sebagai. bak. mengenai.

5 Kesimpulan Frasa kerja merupakan satu bentuk frasa yang kompleks dan mampu menerima unsurunsur perkataan yang menjadi struktur asas dalam binaan predikatnya. Binaan Dan Fungsi Perkataan Dalam Bahasa Melayu.al (2008) Tatabahasa Dewan. LATIHAN 1. AKTIVITI 1. Hashim Hj. mengalami ix. Bincangkan fungsi kata bantu ragam dan kata bantu aspek dalam frasa kerja. memutuskan viii. bina ayat yang menggunakan predikat frasa kerja dengan kata bantu ragam atau kata bantu aspek. Abdullah Hassan et. Hal yang demikian bergantung kepada situasi dan rumus yang menjadi dasar dalam pembentukan frasa yang akhirnya menghasilkan satu ayat yang lengkap. bersedia vii. Berdasarkan perkataan di bawah.Bhd. Siti Hajar Abdul Aziz (2008).Bhd.Bhd.Musa (1993). Kuala Lumpur. berupaya vi. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. . memikirkan ii. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn. berjumpa x. mendirikan BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. melagukan v. PTS Professional Publishing Sdn.al (2006) Sintaksis. Bahasa Melayu II. bertolak iii. i. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn. memancing iv. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.6. Nik Safiah Karim et.

Dalam perbincangan ini.1) Menghuraikan binaan frasa adjektif dengan unsur pengisi. (1. Harus dijelaskan bahawa kata adjektif yang hadir selepas kata kerja disebut sebagai keterangan.2) . unsur pengisi yang wujud dalam frasa adjektif akan dibincangkan juga dalam tajuk frasa adjektif bahasa Melayu ini. kita akan melihat pola-pola frasa adjektif yang berkaitan dengan binaan frasa.TAJUK 7 Frasa Adjektif Bahasa Melayu . (1. kata adjektif yang hadir selepas kata nama disebut sebagai penerang.Binaan Frasa Adjektif: Unsur Pengisi Frasa Adjektif . Selain itu. penguat dan kata bantu. Sementara. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini. kata penguat dan kata bantu dalam frasa.Kata Bantu dalam Frasa Adjektif SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:    Binaan frasa adjektif : unsur pengisi frasa adjektif Penguat Kata bantu dalam frasa adjektif Frasa adjektif dalam bahasa Melayu mempunyai elemen kata yang terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mewakili kata sifat atau kata adjektif sebagai kata intinya.Penguat . Hal yang demikian membuktikan bahawa kepelbagaian elemen kata sifat atau kata adjektif memberikan impak dalam pembentukan frasa adjektif yang berfungsi sebagai predikat dan juga unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat. anda seharusnya dapat:   Menjelaskan definisi frasa adjektif.

kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep frasa adjektif berdasarkan pendapat ahli-ahli bahasa. . 7. frasa adjektif boleh terdiri daripada satu kata adjektif atau beberapa kata yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan penguat sama ada dihadapan atau di belakangnya. Dalam susunan ayat biasa. Dalam hal ini. Frasa Frasa adjektif adjektif bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa. frasa adjektif berfungsi sebagai predikat.0 Kandungan Isi Anda perlu mengetahui bahawa.1 Binaan Frasa Adjektif : Unsur Pengisi Frasa Adjektif ialah frasa yang terdiri daripada kata adjektif sebagai unsur intinya. Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu dan penguat sebagai binaan dan unsur pengisian dalam frasa adjektif. Frasa adjektif dalam bahasa Melayu terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mewakili kata sifat atau kata adjektif sebagai kata intinya.KERANGKA TAJUK-TAJUK Frasa Adjektif Binaan Frasa Adjektif : Unsur Pengisi Frasa Adjektif Penguat Kata Bantu dalam Frasa Adjektif 7.

Penglihatannya kabur. Bentuk sedemikian boleh berubah-ubah berdasarkan rumus tatabahasa dan pola dalam ayat berkaitan. penguat juga boleh hadir sama ada di belakang atau di belakang kata adjektif. Namun. (6) . (5) . Tanamannya subur. Wak Samad sudah terlalu tua Dalam ayat (1) [Wak Samad] merupakan subjek frasa nama yang diikuti oleh predikat frasa adjektif.1. 7. Dalam binaan predikat. (3) .1 Binaan Kata Adjektif Satu Perkataan Binaan jenis ini merupakan asas kepada pembentukan frasa adjektif yang menggunakan satu kata adjektif dalam ayat. . [sudah + terlalu + tua] merupakan predikat yang terbina daripada unsur-unsur berikut : [kata bantu + penguat + kata adjektif] Unsur pengisi dalam frasa adjektif juga dapat dilihat dalam contoh-contoh di bawah: Kata Bantu sudah belum masih Penguat terlalu sangat terlalu amat Kata Adjektif tua prihatin masak awal baik Penguat benar - Dalam contoh-contoh di atas. Dia kelihatan ceria. Contoh: (2) . Salim sangat rajin. Guru pelatih itu cergas (4) .Contoh : (1) . kata bantu boleh hadir bersama-sama penguat hadapan mendahului kata adjektif.

(8) .2 Penguat  Kata penguat boleh hadir dalam frasa adjektif Terdapat tiga jenis penguat: (i) Penguat hadapan (ii) Penguat belakang (iii) Penguat bebas  Penguat hadapan merupakan kata yang terletak di hadapan kata adjektif. Lukisan itu paling cantik. Penguat hadapan terdiri daripada kata terlalu dan paling. Kereta lembu itu lambat benar. iaitu boleh hadir di hadapan atau di belakang kata adjektif.  Penguat bebas ialah perkataan yang kedudukannya bebas.  Penguat belakang pula merupakan kata yang terletak di belakang kata adjektif seperti sekali. benar. nian (9) . Contoh: amat dan sungguh. Contoh: (7) . berdasarkan jenis-jenisnya. (11) . Rumahnya terlalu besar. . Pakaian puteri itu cantik sekali.7.1. Taman Bunga di istana itu indah nian. (10) .2 Binaan Kata Adjektif Dua Perkataan Binaan dua perkataan adjektif merupakan asas kepada pembentukan frasa adjektif yang menggunakan dua kata adjektif dalam ayat Pola binaannya boleh terdiri daripada yang berikut: (i) kata adjektif + kata adjektif (unsur keserasian makna) contoh : letih lesu cantik molek lemak manis penat lelah (i) kata adjektif + kata adjektif (makna berlawanan) contoh: jatuh bangun hidup mati baik buruk susah senang pahit maung 7.

3 Kata Bantu Dalam Frasa Adjektif Kata bantu merupakan unsur yang boleh hadir dalam frasa adjektif. (21). belum terlalu lewat. Kehadiran pelajar itu belum terlalu lewat. Contoh : sungguh amat. Kubah masjid itu amat besar. sungguh masih muda. . sungguh telah pandai Contoh: (19). Pekerja baru itu belum sangat cekap. misalnya: masih amat jauh. Kedudukan khemah itu masih amat jauh. (15). Pelajar kelas peralihan itu sungguh telah pandai.(12) . (18). Ada kata bantu tertentu yang boleh hadir sebelum atau sesudah penguat. AKTIVITI 1. masih. Gerakan dan gaya pesilat Malaysia tangkas sungguh. Anaknya sudah besar. terlalu amat. (20). Percakapan orang tua itu sungguh amat kasar . (23). Perangai anaknya terlalu amat sopan. (13) . Frasa adjektif jelasnya boleh disertai oleh kata bantu sudah. Bincangkan fungsi kata bantu dalam frasa adjektif. Terdapat juga kata bantu yang boleh hadir sebelum atau selepas penguat. Anak sulungnya itu sungguh masih muda. Contoh: (16). (17). Sayur-sayuran dikebun itu masih belum subur. belum sangat cekap. belum. seperti dalam ayat-ayat berikut: (14). 7. (22). Pekerja yang berkualiti harus cekap. harus berdasarkan kesesuaian konteks ayat. Unsur penguat yang hadir berderetan sebelum kata adjektif juga wujud dalam binaan frasa adjektif.

untuk memijak sesiapa jua dengan mata yang merah menyinga. hatinya cemas langkahnya kian tidak cergas. menampar muka mendabik dada langkahmu pantas sungguh. hingga akhirnya kau terpijak kakimu sendiri dan jatuh tersungkur menyembah bumi. letih lesunya. Mungkin rasa ihsan sudah terhakis dari dalam dirimu hingga kau mudah keliru antara langkah. Barangkali kau sudah lupa wahai rejim zionis. di bumi Gaza ini. Senaraikan frasa adjektif dalam petikan sajak di bawah. bahawa kau juga pernah jadi anak kecil hidupmu sangat sederhana kautidur berselimutkan langit gelap impianmu sangat suram. dan pijak lantaran amarah yang membakar hati lantas kau tegar menyusun langkah pantas. penat lelahnya dihiasi air matanya berderai tangisnya mohon belas kasihan sedu-sedannya tanda kesedihan wajahnya pucat. sepak.LATIHAN 1. injak. jatuh bangunnya. . Oleh: ESA ALHAJ Johor Bahru. SAJAK : SEBUAH PERSOALAN Mengapa harus kau pijak kaki anak kecil itu? yang hanya semalam belajar bertatih dan jatuh kembali.

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.al (2006) Sintaksis. PTS Professional Publishing Sdn.al (2008) Tatabahasa Dewan.Bhd. Kuala Lumpur.BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Nik Safiah Karim et. Bahasa Melayu II. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Hashim Hj. Binaan Dan Fungsi Perkataan Dalam Bahasa Melayu.Bhd. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn. Abdullah Hassan et. Siti Hajar Abdul Aziz (2008).Musa (1993). .

Hal yang demikian membuktikan bahawa kepelbagaian elemen kata sifat atau kata adjektif memberikan impak dalam pembentukan frasa adjektif yang berfungsi sebagai predikat dan juga unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat.TAJUK 8 Frasa Adjektif Bahasa Melayu  Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat  Frasa Adjektif dan Ayat Komplemen SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut: Frasa Adjektif Bahasa Melayu   Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat Frasa Adjektif dan Ayat Komplemen Frasa adjektif dalam bahasa Melayu seterusnya mempunyai peranan yang besar dalam mengungkapkan kata sifat secara luaran dan dalaman berdasarkan konteks kata-kata adjektif tertentu dalam binaan frasa dan ayat.2) .(1. penguat dan kata bantu. Selain itu.(1. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini. Harus dijelaskan bahawa frasa adjektif mempunyai ketentuan sama ada boleh hadir selepas subjek sebagai predikat.2) Menghuraikan ayat komplemen. boleh hadir selepas frasa nama sebagai penerang. unsur predikat yang terdapat dalam frasa objektif dapat diikuti oleh ayat komplemen yang mewujudkan ayat majmuk. kita akan melihat pola-pola frasa adjektif yang berkaitan dengan susunan frasa dalam ayat serta frasa adjektif dan ayat komplemen. Dalam perbincangan ini. anda seharusnya dapat:   Menghuraikan binaan frasa adjektif dengan unsur pengisi. boleh hadir selepas kata kerja sebagai keterangan dan.

KERANGKA TAJUK-TAJUK Frasa Adjektif Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat Frasa Adjektif dan Ayat Komplemen 8.0 Kandungan Isi Anda perlu mengetahui bahawa. frasa adjektif boleh terdiri daripada satu kata adjektif atau beberapa kata yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan penguat sama ada di hadapan atau di belakangnya. . kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep frasa adjektif dan elemen berkaitan dengan susunan frasa serta ayat komplemen. Dalam susunan ayat biasa. Frasa Frasa adjektif adjektif merupakan komponen penting dalam proses melengkapkan sesuatu ayat. frasa adjektif berfungsi sebagai predikat. Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu dan penguat sebagai binaan dan unsur pengisian dalam frasa adjektif.1 Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat ialah frasa yang terdiri daripada kata adjektif sebagai unsur intinya. 8. Frasa adjektif dalam bahasa Melayu terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mewakili kata sifat atau kata adjektif sebagai kata intinya. Dalam hal ini.

Dalam binaan predikat. Air sungai itu (7). Dalam hal ini.Contoh : 8. (susunan songsang) [predikat + subjek] 8.1 Frasa Adjektif Sebagai Predikat Predikat dalam sesuatu ayat boleh terbina daripada frasa adjektif. Pelajar itu (6). [sudah + usang] merupakan predikat yang terbina daripada unsurunsur berikut : [kata bantu + kata adjektif] Ayat (1) boleh disongsangkan menjadi seperti berikut: (1) (a) Sudah usang stadium itu.2 Frasa Adjektif Sebagai Keterangan Frasa adjektif yang hadir selepas frasa kerja akan berfungsi sebagai keterangan. Pemuzik (8). frasa adjektif juga boleh hadir selepas subjek sebagai predikat. Kucing itu berenang berpidato mengalir beraksi berlari sangat pantas. Warna bola itu merah tua.1. Contoh: (1) . Stadium itu sudah usang. Contoh: Subjek Predikat Frasa Kerja Keterangan (Frasa Adjektif) (4). Hal yang demikian merupakan fungsi asas kata adjektif yang memerihalkan sifat dan adjektif bagi keterangan kata kerja. (susunan biasa) (2) (a) Putih bersih kulitnya (susunan songsang) [predikat + subjek] (3). Contoh-contoh lain: (2). Dalam ayat (1) [stadium itu ] merupakan subjek frasa nama yang diikuti oleh predikat frasa adjektif. (susunan biasa ) (3) (a) Merah tua warna bola itu. laju. . [predikat + subjek] Frasa predikat yang mendepani subjek sudah berpindah tempat melalui proses penyongsangan.1. lancar sekali. Kulitnya putih bersih. Amira (5). hebat sekali. deras sekali.

Zulmazran Zulkifli yakin bahawa pasukan Malaysia akan meraih pingat emas dalam acara boling.2 Frasa Adjektif dan Ayat Komplemen Frasa adjektif yang berperanan sebagai predikat dalam ayat boleh diikuti oleh ayat komplemen. (11). ayat tersebut akan menjadi ayat komplemen. (12). Ketua kampung itu percaya bahawa anak buahnya memberikan sokongan padu. Fungsinya ialah sebagai penerang kepada kata nama. . Peserta kursus sedar bahawa mereka harus tidur di khemah sementara. Kesannya.1. Contoh: (9). (10). Frasa Nama Kata Nama kereta warna baju madu pangkat kain benang kelapa pinang kitab besar merah kelabu asli tinggi licin kasar muda masak tebal Kata Adjektif 8.8.3 Frasa Adjektif Sebagai Penerang Kata Nama Frasa adjektif boleh hadir selepas kata nama dan frasa nama. Dia insaf bahawa dia perlu meningkatkan kualiti ibadahnya.

Bhd. LATIHAN 1.al (2006) Sintaksis. Bina 10 ayat berdasarkan pola binaan ayat di bawah ini.Bhd. Predikat Subjek Frasa Kerja Keterangan (Frasa Adjektif) BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn. Bincangkan fungsi susunan frasa adjektif dalam sesuatu ayat. Bahasa Melayu II. Nik Safiah Karim et.Bhd.AKTIVITI 1. Abdullah Hassan et. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Siti Hajar Abdul Aziz (2008). . Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.al (2008) Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn.

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini. anda seharusnya dapat: Menjelaskan definisi dan binaan frasa sendi nama(1. kita akan melihat pola-pola frasa sendi nama yang berkaitan dengan susunan frasa dalam ayat . unsur predikat frasa sendi nama juga akan dibincangkan dalam bab ini.TAJUK 9 Frasa Sendi Nama Bahasa Melayu  Binaan Frasa Sendi Nama  Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat  Penggunaan Kata Sendi Nama Secara Umum SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut: Frasa Sendi Nama    Binaan Frasa Sendi Nama Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat Penggunaan Kata Sendi Nama Secara Umum Frasa sendi nama dalam bahasa Melayu seterusnya mempunyai peranan yang utama dalam melengkapkan satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu frasa nama dalam ayat. Frasa sendi nama mempunyai mempunyai potensi untuk hadir sebelum frasa nama atau sebelum kata nama arah diikuti oleh frasa nama. Dalam perbincangan ini. Selain itu.1) Menganalisis binaan dan kedudukan frasa sendi nama dalam ayat.(1.6) . Ini membuktikan bahawa kepentingan elemen kata sendi nama menjadikan fungsi frasa sendi nama sebagai asas pembentukan predikat yang mempunyai pola FN+ FSN ( Frasa Nama + Frasa Sendi Nama).

2008) Frasa sendi nama pada asasnya terbina apabila sesuatu kata sendi diikuti oleh kata nama. dengan.oleh.0 Kandungan Isi Anda perlu mengetahui bahawa. dan sebagainya. tentang.kepada .KERANGKA TAJUK-TAJUK Frasa Sendi Nama Binaan Frasa Sendi Nama Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat Penggunaan Kata Sendi Nama 9. kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep frasa sendi nama dan elemen berkaitan dengan binaan frasa sendi nama dalam ayat. sampai. . akan bagi. hingga. dari. terbina daripada ayat yang mempunyai satu kata sendi nama dan satu frasa nama yag menjadi pelengkap dalam binaan frasa sendi nama itu.al. daripada . untuk. (Abdullah Hassan et.al 2006).1 Binaan Frasa Sendi Nama ialah frasa yang terdiri daripada kata sendi nama yang boleh Frasa sendi nama Frasa sendi nama bergabung dengan kata nama dalam membentuk kesatuan frasa. pada. Antara kata sendi nama yang sering digunakan ayat ialah di. ke. Frasa sendi nama dalam bahasa Melayu terdiri daripada beberapa perkataan yang mewakili kata sendi atau kata adjektif sebagai unsur binaan frasanya. Frasa sendi nama juga boleh didahului oleh kata bantu sama ada kata bantu ragam atau kata bantu aspek. (Nik Safiah Karim et. 9.

3 Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) + Frasa Nama + (Keterangan) . Dalam hal ini.1.1 Kata Sendi Nama + Frasa Nama Frasa dalam sesuatu ayat boleh terbina daripada frasa sendi nama dengan pola kata sendi nama + frasa nama ( KN+ FN).Contoh : 9.2 Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) + Frasa Nama Frasa sendi nama boleh wujud di hadapan frasa nama (didahului satu unsur kata nama arah). Contoh: Frasa Sendi Nama Kata Sendi Nama di ke dari daripada kepada untuk dengan sejak tentang sampai bagi Frasa Nama gimnasium sekolah pusat tuisyen aluminium Tuan Jana Khatib ibu kemewahan semalam klorofil siang ayah 9. Frasa Sendi Nama Frasa Nama Kata Sendi Nama Kata Nama Arah Frasa Nama (i) di (i) di (ii) ke (ii) ke (iii) dari (iii) dari dalam dalam belakang - takungan takungan kolam kolam pentas pentas 9.1.1. frasa sendi nama juga berpotensi untuk hadir tanpa kata nama arah. kata sendi nama hadir sebagai satu perkataan di hadapan suatu frasa nama. Selain itu.

9.2. frasa adjektif dan frasa nama. Hadiah ini untuk ibu Zarina. 9.1 Predikat Frasa sendi Nama Dalam susunan ayat biasa. Ahmad ke sekolah setiap hari. Namun.2 Frasa Sendi Nama sebagai Keterangan Unsur keterangan dalam sesuatu ayat boleh diwakili oleh frasa sendi nama. Kolam ikan di tepi taman.Binaan frasa nama boleh juga terdiri daripada kata sendi nama diikuti oleh frasa nama dan keterangan. frasa sendi nama hadir selepas subjek. Bahaman daripada keluarga seni.2. (keterangan bandingan) . Contoh: (i) Keterangan bagi frasa kerja Contoh: (7) Budin meniup saksofon seperti pemuzik profesional. (3). (6). Yushiro dari bandar raya Tokyo. (5). unsur keterangan ini boleh hadir secara pilihan mengikut kesesuaian konteks ayat berdasarkan rumus tatabahasa. Contoh: (1). frasa sendi nama berfungsi sebagai unsur keterangan.2 Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat Frasa sendi nama mempunyai fungsi dalam predikat sesuatu ayat. Kerusi itu daripada kayu jati. Kata nama arah dan keterangan boleh hadir dan boleh digugurkan mengikut kesesuaian ayat. (4). (2). Dalam sesetengah ayat lain. Unsur keterangan ini pada asasnya bertindak menerangkan keperihalan maksud predikat frasa kerja. Frasa Sendi Nama Kata Sendi Nama Frasa Nama Kata Nama Arah (i) di di (ii) ke ke (iii) dari dari atas luar bawah Frasa Nama pentas pentas garisan garisan rumah rumah Keterangan pada saat itu. dengan bergaya dengan kayu - 9.

Ayat baharu setelah pengguguran kata sendi nama pada unsur kedua ialah: (27) Dia mundar.Sultan Mansur Syah hadir dengan permaisurinya. (28) Zulfadli makan dengan adiknya atau abangnya? . (24) Zulfadli makan dengan adiknya atau dengan abangnya? (25) Pak Cik Ali bekerja bukan di kebun tetapi bekerja di pejabat peguam.3 Penggunaan Kata Sendi Nama Dalam penggunaan kata sendi nama dalam ayat. (keterangan hal) (16) Dia rabun pada waktu malam. terdapat dua unsur kata sendi nama yang serupa boleh digabungkan dalam bentuk setara dengan menggunakan kata hubung dan. tetapi. Contoh: (23) Dia mundar-mandir di dalam dan di luar bangunan itu. (26) Nadia Chin Abdullah bukan ke Australia tetapi ke Austria. (keterangan tujuan) (iii) Keterangan bagi frasa nama Contoh: (18) Bangunan di Kuala Lumpur sungguh tinggi.Ayah berbincang tentang hal pertunangan.(keterangan tempat) (10).mandir di dalam dan luar bangunan. (keterangan masa) (9) Marini berehat di tepi pantai. (keterangan pembuat) 9. (keterangan masa) (17) Kita harus pantas supaya tidak ketinggalan.(keterangan tujuan) (13).(keterangan penyertaan) (12) Anda wajar mengawal emosi demi kesejahteraan diri. (keterangan sumber) (22) Lagu oleh Dato’ Mokhzani telah menarik perhatiannya.(8) Dahlan memasak pada waktu petang. (keterangan tempat) (19) Batu permata itu adalah dari zaman Dinasti Ming (keterangan asal) (20) Ridwan sudah membeli songkok untuk majlis tersebut.(keterangan hal) (11). (keterangan bandingan) (15) Profesor itu cekap dalam bidang bioteknologi.(keterangan cara) (ii) Keterangan bagi frasa adjektif Contoh : (14) John segak seperti model.Hang Tuah menikam lanun dengan keris. Dalam ayat (23). frasa sendi nama dengan kata hubung dari boleh digugurkan secara pilihan unsur kedua.(keterangan tujuan) (21) Keris itu diperbuat daripada besi. atau.

Contoh : (31) Diana akan ke Kuala Lumpur. Namun dalam beberapa keadaan. terdapat kata sendi yang boleh berfungsi sebagai kata bantu aspek. dalam perbincangan ini.(29) Tuan Haji Ali bekerja bukan di kebun tetapi di pejabat peguam. Ini berlaku pada perkataan ’akan’. perkara tersebut ditunjukkan sebagai contoh penggunaan kata sendi yang boleh hadir dalam keadan lebih daripada satu situasi. AKTIVITI (Aktiviti kumpulan) 1. Bincangkan unsur-unsur yang terdapat dalam frasa sendi nama. (akan sebagai kata bantu aspek) (32) Diana sayang akan kucingnya. Keadaan ini dapat dipermudahkan dengan melihat kedudukan dan fungsinya dalam ayat. frasa sendi boleh berfungsi sebagai predikat dan keterangan dalam ayat. (akan sebagai kata sendi) Namun. . (30) Nadia Chin Abdullah bukan ke Australia tetapi Austria. Pada asasnya.

Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn.LATIHAN (Aktiviti individu) 1. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn. Frasa Sendi Nama Frasa Nama Kata Sendi Nama Kata Nama Arah Frasa Nama Keterangan BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. .Bhd. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.Bhd. Bahasa Melayu II.al (2006) Sintaksis. Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Abdullah Hassan et.al (2008) Tatabahasa Dewan. Nik Safiah Karim et. Bina 10 frasa dengan pola binaan frasa sendi nama berdasarkan jadual di bawah.Bhd. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn.

Kajian tentang ayat membuktikan bahawa kepentingan klausa. Klausa. Frasa. perintah dan seruan dan sebagainya.al. dan perkataan dalam ayat .(1. serta mengandungi intonasi yang sempurna. anda seharusnya dapat:   Menjelaskan definisi klausa. Perkataan  Ayat Dasar  Ayat Tunggal Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:    Ayat. Perkataan Ayat Dasar Ayat Tunggal Ayat Bahasa Melayu Ayat dalam bahasa Melayu boleh terbentuk daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan. ayat tunggal dan tidak ketinggalan unsur yang berkaitan dengan susunan klausa. kita akan melihat pola-pola ayat dasar. frasa . Ini berbeza dengan ayat tunggal yang terdiri daripada ayat tanya. frasa. ayat dasar atau ayat inti merupakan ayat yang terdiri daripada ayat penyata. (Nik Safiah Karim et. frasa dan perkataan mempunyai fungsi yang utama dalam pembentukan ayat. 2008). ayat dasar dan ayat tunggal (1.1) Menganalisis binaan ayat dasar dan ayat tunggal. Selain itu.TAJUK 10 SINOPSIS Ayat Bahasa Melayu  Ayat. Frasa. frasa.dan perkataan.6) . HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini. Dalam perbincangan ini. Ayat terdiri daripada binaan klausa. Klausa.

Dalam ayat (1) sekolah terdiri daripada kelompok perkataan yang menjadi pokok perbincangan. klausa. Sekolah di tepi laut.0 Kandungan Isi Anda perlu mengetahui bahawa. ayat terdiri daripada perkataaan-perkataan yang disusun dalam susunan dan kelompok-kelompok tertentu. frasa dan perkataan. kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep ayat. Setiap kelompok perkataan disusun dengan lengkap. 2008). Malah sebenarnya.al (2006). seperti rumah. Frasa. Menurut Abdullah Hassan et. baju. Dalam kumpulan . Contoh : (1).KERANGKA TAJUK-TAJUK Ayat Bahasa Melayu Ayat. Subjek menyebut sesuatu perkara. kereta dan seumpamanya. baju. Klausa. serta mengandungi intonasi yang sempurna. sekolah ialah komponen subjek ayat. Predikat pula menerangkan tentang perkara yang telah disebutkan dalam predikat iaitu menerangkan tentang rumah. 10. (Nik Safiah Karim et. Susunan yang lengkap mempunyai makna yang lengkap. Perkataan Ayat Dasar Ayat Tunggal 10.al. Setiap satu kelompok tersebut mengandungi sekurang-kurangnya dua bahagian iaitu subjek dan predikat. Perbincangan juga akan berkisar pada aspek ayat dasar (ayat inti) dan juga ayat tunggal.1 Ayat Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan. kereta dan seumpamanya.

yang menjadi konstituen dalam ayat. 10. Klausa bebas juga disebut sebagai klausa utama. Berdasarkan contoh : Majid kaya [klausa bebas] [klausa utama] Oleh itu.menceritakan tentang subjek ayat. di tepi laut.perkataan kedua. Sementara. 10. 2008) Klausa tergolong kepada dua jenis iaitu: (i) Klausa bebas (ii) Klausa tak bebas Klausa bebas ialah klausa yang terdiri daripada sekumpulan perkataan yang maknanya boleh berdiri sendiri dan boleh bersifat sebagai ayat lengkap apabila diujarkan dengan intonasi yang sempurna. (Nik Safiah karim.al 2008) Frasa nama boleh terbentuk daripada satu perkataan atau lebih (Abdullah Hassan et. Klausa boleh diumpamakan ayat dalam ayat (Abdullah Hassan et.2 Klausa Klausa ialah satu rangkaian perkataaan yang mengandungi subjek dan predikat . Contoh : klausa 1 : Majid kaya (klausa bebas) klausa 2 : kerana cekap menguruskan perniagaan (klausa tak bebas) Ayat sempurna: klausa 1 + klausa 2 = Majid kaya kerana cekap menguruskan perniagaan. ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih.3 Frasa Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan.Maksud ayat tersebut ialah hal sebuah sekolah yang terletak di tepi laut. pembentukan klausa bebas adalah berdasarkan ciri klausa yang mampu mendokong makna lengkap serta mendokong ciri –ciri ayat yang sempurna. (Nik Safiah Karim et.al.al.al 2006). (2006). langsir biru yang tergolong dalam kelompok kedua ialah predikat bagi ayat tersebut yang menerangkan tentang keadaan rumah besar tersebut. Dalam ayat (2) rumah ialah kelompok perkataan yang menjadi subjek dalam ayat tersebut. (2) Rumah langsir biru. Frasa kerana cekap menguruskan perniagaan. et. [ klausa tak bebas] .

al . kata hubung. dan sebagainya. frasa didapati merupakan unsur yang terletak di bawah klausa. Contoh: kata nama: pelajar.5 Ayat Dasar Ayat dasar ialah ayat yang menjadi sumber atau dasar bagi pembentukan ayat-ayat lain berdasarkan rumus-rumus tatabahasa. ayah. Bentuk frasa satu perkataan ialah baju.ialah unsur terkecil dalam bidang sintaksis. kereta adalah perkataan yang mendokong makna tertentu. gempal. tampan kata sendi nama : di rumah. kata sendi nama. Frasa digunakan bagi membina ayat. kata tugas dan . orang. baju. tidur. Frasa baju sehelai baju baju kurung sehelai baju kurung Frasa di atas berasaskan satu binaan ayat (FN+FS) :Sehelai baju kurung di dalam almari. Ayat ini akan dipenggal sebahagiannya untuk melihat rumus struktur frasa. frasa yang asas iaitu baju kurung telah diperluaskan melalui pancangan ke dalam sebuah frasa yang lain hingga terbentuknya frasa sehelai baju kurung. Perkataan adalah bentuk bahasa yang mengandungi makna atau fungsi nahu (Abdullah Hassan et. Bentuk tersebut diperluas menjadi sehelai baju. Perkataan mempunyai beberapa golongan tertentu seperti kata nama. Dalam struktur binaan ayat. Seremban. daripada besi 10. melukis.4 Perkataan Perkataan ialah konstituen kepada frasa. taman kata kerja : makan. Semua ayat yang terbina secara lengkap sebenarnya dapat dikesan dasar atau inti ayat yang menjadi landasan dalam sesuatu binaan ayat. baju kurung. sehelai baju kurung. sebagainya. kata adjektif. 2008) Bentuk-bentuk perkataan seperti sekolah. dari Johor. pucat. menendang Kata adjektif : kurus. Contoh ayat : sehelai baju kurung di dalam almari. kata kerja. Jadi. ke kedai. 10.

Namun. ayat dasar terdiri daripada ayat penyata. ke kedai runcit. binaan-binaan tersebut harus masih tergolong dalam bentuk frasa. Namun. Ayat tunggal terbina daripada ayat dasar. Komponen frasa boleh mengandungi satu perkataan atau lebih. Sementara. Malah binaan ayat tunggal mempunyai persamaan dengan ayat dasar. yang membezakan ayat tunggal dengan ayat dasar ialah ayat tunggal terdiri daripada ayat tanya. Ayat tunggal juga sebenarnya mempunyai satu klausa yang hadir mewakili satu subjek dan satu predikat tersebut. sungguh pandai di Pusat Islam. Contoh: Subjek (1). Predikat . Contoh: Pola Pola 1 (FN + FN) Pola 2 (FN + FK) Pola 3 (FN + FA) Pola 4 ( FN + FS) Subjek Harun Jurulatih Adik Marlina Muzium warisan Predikat pesilat amatur negara. membaca kitab jawi. sedang berehat. (2) (3) (4) Bapa saudara Ali Peninju itu Darwis Wahab pensyarah. sangat tangkas.6 Ayat Tunggal Ayat tunggal ialah ayat yang mempunyai satu subjek dan satu predikat. 10.Ayat dasar mempunyai empat pola asas iaitu: Pola 1 : FN + FN Pola 2 : FN + FK Pola 3 : FN + FA Pola 4 : FN + FS Pola Pola 1 (FN + FN) Pola 2 (FN + FK) Pola 3 (FN + FA) Pola 4 ( FN + FS) Subjek Harun Jurulatih Marlina Muzium Predikat pesilat amatur. sedang berehat di bilik sungguh pandai di Pusat Islam Kuala Lumpur. Jelas bahawa ayat tunggal terbina secara mudah dengan hanya mempunyai konstituen satu subjek dan satu predikat. ayat perintah ayat seruan dan sebagainya.

(b) Ditebangnya pokok kayu itu. Jelas. (b) Ke pasar raya Mariam hari ini. (6) (a) Baju itu di dalam almari. Nyatakan unsur-unsur klausa dalam ayat bahasa Melayu dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai. (b) Dimakannya kuih itu. terdapat juga proses penyongsangan seperti predikat mendahului subjek seperti dalam ayat songsang. 2. (8) (a) Pokok kayu itu ditebangnya. jelas didapati bahawa subjek dan predikat dalam ayat dasar boleh bertukar ganti mengikut keperluan dan keutamaan penutur bahasa. (b) Di dalam almari baju itu. (7) (a) Kuih itu dimakannya.Dalam proses binaan ayat tunggal ini . Berdasarkan contoh-contoh ayat tersebut. . Contoh: (5) (a) Mariam ke pasar raya hari ini. proses sedemikian menggambarkan sifat bahasa Melayu yang dinamik dalam pelbagai aspek bahasa dan rumus tatabahasa. AKTIVITI 1. Nyatakan perbezaan antara ayat dasar dan ayat tunggal. Bina lima ayat aktif dan tukarkan ayat tersebut menjadi ayat pasif LATIHAN 1.

Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.al (2006) Sintaksis. Siti Hajar Abdul Aziz (2008).Bhd.BAHAN BACAAN Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Kuala Lumpur.al (2008) Tatabahasa Dewan. .Bhd. PTS Professional Publishing Sdn. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn. Abdullah Hassan et. Nik Safiah Karim et.Bhd. Bahasa Melayu II.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->