You are on page 1of 9

Masalah Sosio Emosi Awal Remaja

Mohamad Safuan Che Othman Mohd Nur Mohamad Muhamad Faris Aiman Mhd Zaki Noraisyah Nasarudin

Buli

Buli adalah satu bentuk conduct disorder yang dikaitkan dengan masalah tingkah laku dan gangguan emosi. Buli boleh didefinisikan sebagai suatu tingkah laku negatif dan berterusan yang dilakukan dengan niat sengaja untuk mengganggu mangsa, manakala mangsa selalunya dalam keadaan terganggu dan tertekan.

Tingkah laku negatif ini selalunya ditonjolkan dalam bentuk fizikal seperti memukul, menendang dan sebagainya; atau dalam bentuk verbal (katakata) seperti memeras ugut, mengejek, mengutuk dan menjatuhkan maruah sehingga menyebabkan mangsa buli hilang rasa harga diri. Buli juga boleh berlaku dalam bentuk manipulasi sosial seperti mempengaruhi kawan lain supaya seseorang kanak-kanak itu merasakan dirinya dipinggirkan atau tidak diterima dalam sesuatu kelompok rakan sebaya.

Faktor Utama Buli


Si pembuli merasa puas apabila dia berjaya menyakiti mangsa secara lisan dan juga fizikal. pembuli membuli orang lain sekadar untuk "berseronok" . Kajian Dr. Noran juga mendapati kebanyakan mereka yang terlibat dengan buli ini tidak mempunyai hubungan kekeluargaan yang kukuh dengan ibu bapa dan kebanyakan mereka datang daripada keluarga yang tidak mengambil berat pendidikan agama.

Menurut Wikipedia pula


Individu yang membuli ini mungkin ingin memperlihatkan rasa tidak puas hati mereka. Mereka pernah menjadi mangsa buli. Gangguan personaliti seperti antisosial golongan yang tidak pernah berasa bersalah apabila membuat kesilapan. Individu yang gagal mengendalikan emosi dengan baik. Golongan ini biasanya terdapat pada kanak-kanak hiperaktif atau cergas yang melampau yang sering bersikap tidak pernah mengambil peduli perasaan orang lain. Mereka yang tidak berjaya dalam pelajaran, nakal, dan mempunyai masalah disiplin. Akibat perceraian ibu bapa. Terlalu dimanja oleh ibu bapa. Sekadar mahu berseronok. Mereka bosan dengan sekolah dan membuli pelajar lain merupakan salah satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan. Marah dan benci pada mangsa atas sebab disayangi guru atau gemar bercakap dalam bahasa Inggeris. Ingin menunjukkan kekuatan sendiri.

Pengaruh Buli

Berdasarkan Laporan American Medical Association (AMA) Council on Scientific Affairs (CSA).
1. 2. 3. 4.

Pengaruh Keluarga / Ibu bapa Pengaruh Rakan sebaya Faktor sekolah Pengaruh Media massa

Pandangan Islam mengenai buli

Islam tidak menganjurkan penindasan. Islam bererti sejahtera dan salah satu sifat orang Islam ialah dia tidak memberi masalah kepada saudara seIslamnya yang lain sebagaimana sabda nabi s.a.w yang bermaksud : "Orang Islam ialah orang yang saudara seIslamnya merasa aman daripada gangguan lidah dan tangannya".

Dalam satu hadis Qudsi, daripada Abu Dzar Al-Ghifari r.a, daripada Nabi s.a.w bahawa Allah s.w.t berfirman: "Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya Aku mengharamkan kezaliman atas diriKu, maka Aku mengharamkannya di kalangan kamu, maka janganlah kamu zalim-menzalimi".

Contoh Buli

Tayangan video

Rujukan

http://dukeamienerev.blogspot.com/2006/1 0/apakah-maksud-atau-definisi-bulidan.html http://faridrashidi.blogspot.com/krisisidentiti-remaja.html

You might also like