BMM 3107 Modul TAJUK 1 SEJARAH PERKEMBANGAN LINGUISTIK

SINOPSIS Tajuk ini membincangkan tentang sejarah perkembangan ilmu linguistik yang bermula pada tahun 500 SM hingga ke zaman moden. Sejarah pengkajian ilmu linguistik bermula pada zaman Yunani, zaman Iskandariah, zaman Rom, zaman pertengahan, zaman Peralihan (Renaissance), zaman Arab, zaman India, zaman Linguitik perbandingan dan zaman linguistik moden. HASIL PEMBELAJARAN (i) (ii) 1.0 Menyusur galur sejarah perkembangan ilmu linguistik. Menghuraikan sejarah ilmu linguistik zaman Yunani, Iskandariah, Rom, Arab, India hingga zaman moden abad ke-20. KANDUNGAN ISI

Tahukah anda bila kajian bahasa bermula? Berdasarkan catatan awal sejarah ilmu linguistik, kajian tentang bahasa telah berlaku seawal 800 tahun sebelum masihi yang berlaku di India. Walau bagaimanapun titik permulaan kajian ilmu linguistik dipercayai berlaku pada zaman Yunani. Hal ini ada kaitannya dengan penemuan kegiatan kajian orang-orang India yang didasarkan kepada hasil kajian Panini telah diwartakan pada abad ke-17. Kehebatan orang Yunani dalam kajian bahasa adalah berdasarkan bukti dalam bentuk catatan yang dikaji pada zaman linguistik yang bermula di Eropah. 1.1 Zaman Yunani, Zaman Iskandariah, Zaman Rom

Dalam sejarah ilmu linguistik, golongan pertama yang bergiat dalam bidang pengkajian bahasa ialah orang-orang Yunani. Tamadun Yunani merupakan satu tamadun terawal yang wujud di atas muka bumi ini. Kehebatan tamadun ini merangkumi semua aspek seperti bahasa, ekonomi, budaya dan politik. Kegiatan dalam pengkajian bahasa bermula kira-kira 500 tahun sebelum masihi. Disebabkan seluruh kehidupan mereka dibendung oleh falsafah, maka kajian mereka tentang bahasa banyak dipengaruhi oleh pemikiran yang berbentuk falsafah. Falsafah bahasa bermula pada zaman pra-Socrates, iaitu pada abad ke-6 sebelum masihi. Falsafah Bahasa merupakan satu teras kepada bermulanya satu falsafah yang menjadi pegangan dan kekuatan masyarakat ketika itu. Untuk pengetahuan anda, tokoh hebat dalam pengkajian bahasa pada zaman Yunani ialah Plato dan Aristotle, iaitu murid Plato. Plato (427 – 347) merupakan ahli falsafah pertama yang mengenal pasti dan menyelidik bahasa sebagai suatu masalah dan persoalan melalui

karyanya yang berbentuk dialog, iaitu Cratylus. Dialog Cratylus telah mencetuskan kontroversi berabad-abad lamanya, iaitu antara kumpulan analogis yang mempercayai bahawa bahasa bersifat alamiah, nalar dan logis dengan kumpulan anomalis yang berpegang kepada kepercayaan bahawa bahasa tidak nalar sepenuhnya. Plato telah menimbulkan persoalan adakah ketepatan sesuatu nama berasaskan tabii dan realiti atau konvensyen, iaitu berdasarkan persetujuan masyarakat. Beliau juga menyelidik tentang tatabahasa yang membezakan antara kata nama dengan kata kerja. Plato telah meletakkan fungsi kata nama sebagai subjek kepada predikat dan kata kerja sebagai penerangan kepada perbuatan. Ilmu linguistik terus berkembang pada zaman Aristotle tahun 384 – 322 sebelum masihi dengan menambah satu lagi pembahagian dalam tatabahasa, iaitu kata penghubung. Beliau memperkembang dan memperdalam pemikiran tentang falsafah bahasa yang diasaskan oleh Plato. Aristotle merupakan sarjana yang mula-mula mengakui tentang adanya sistem kala atau tense dalam bahasa Yunani. Gagasan lain yang dikembangkan oleh Aristotle ialah fungsi bahasa sebagai alat, khususnya untuk retorik dan puisi. Beliau menganggap bahawa bahasa itu sebagai suatu juzuk dunia, tetap dan dapat diperoleh dalam tulisan yang menjadi subjek tatabahasa dan sebagai cara menunjukkan apa-apa sahaja yang ada di dunia yang menjadi subjek logika. Secara umumnya, anda dapati bahawa kajian mengenai bahasa pada era Yunani lebih tertumpu kepada tatabahasa. Namun demikian, kaedah kajian mereka lebih bercorak logik dan bukannya saintifik. Kita telah selesai membincangkan tentang sejarah perkembangan linguistik zaman Yunani. Sekarang kita beralih pula kepada Zaman Iskandariah. Zaman ini bermula pada abad ketiga tahun masihi. Sebagai sebuah tanah jajahan Yunani, Iskandariah menjadi pusat perkembangan kesusasteraan dan linguistik tamadun Yunani, namun penumpuan bahasa pada waktu ini lebih kepada aspek lisan, iaitu pertuturan. Mereka turut mengkaji sistem fonetik dan membahagikan perkataan kepada adverb, participal, ganti nama dan kata depan. Para sarjana turut memperkenalkan bidang sintaksis, iaitu ayat yang merupakan satu unit deskriptif yang terdiri daripada turutan-turutan perkataan yang mempunyai makna. Sekarang kita akan membincangkan sejarah perkembangan linguistik zaman Rom. Orang Rom telah mengambil alih bidang bahasa setelah tamadun Yunani runtuh. Tahukah anda bahawa mereka mengambil ilmu bahasa Yunani dan membuat kajian dalam bahasa Latin. Jika dikaji perkembangan bahasa pada zaman ini lebih kepada perubahan sistem bahasa daripada tamadun Yunani kepada bahasa Latin. Mereka kurang menyumbang kepada perkembangan ilmu baharu berkenaan bahasa. Walau bagaimanapun sumbangan mereka amat penting kerana hasil tulisan mereka menjadi rujukan kepada semua pengkaji bahasa selepas zaman itu. 1.2 Zaman Pertengahan, Zaman Arab, Zaman India

Sekarang kita akan membincangkan sejarah perkembangan linguistik zaman pertengahan yang dikenali juga sebagai zaman Renaissance. Pada era ini ahli bahasa mula meneroka

iaitu sekitar abad ke-19. Pendekatan kajian bahasa berdasarkan bukti nyata. zaman ini dikatakan sebagai permulaan kepada linguistik moden. iaitu antropologi dan sosiologi. Kesan daripada kajian ini wujudnya rumpun-rumpun bahasa daripada semua bahasa di dunia. morfologi dan sintaksis. Perbincangan seterusnya ialah sejarah perkembangan linguistik zaman India. Pada era ini bahasa Sanskrit digunakan dengan meluas dan memberikan kesan besar kepada ilmu linguistik. Mereka turut mengkaji pertalian dan hubungan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. marilah sama-sama kita lihat sejarah perkembangan linguistik zaman moden sekitar abad ke-20. Para pengkaji pada zaman ini menggunakan ilmu bahasa sebagai satu elemen untuk mengukur kualiti sesuatu bahasa. Anggapan mereka bahawa hasil tulisan itu baik sekiranya bahasa dan hasil tulisan itu tepat dan kurang kesalahan tatabahasa. berimbuhan dan bahasa berfleksi. Mereka juga dapat mengesan hubungan satu bahasa dengan bahasa lain terutama bahasa Inggeris. Mereka mendapati bahawa hubungan bahasa bukan melalui peminjaman atau kebetulan tetapi wujud daripada satu rumpun yang sama.bahasa termasuk tatabahasa vernakular. Pengkajian ilmu bahasa pada . Bahan kajian turut berubah daripada tradisi bahasa Inggeris kepada kitab RigVeda.3 Zaman Linguistik Bandingan dan Linguistik Moden Untuk pengetahuan anda. Golongan zaman pertengahan ini menolak bahasa luar atau bahasa pinjaman. Kajian mereka tertumpu kepada sumber al-Qur’an dan hasilnya perkembangan ilmu fonetik semakin pesat dan hampir menjadi sempurna serta terciptanya kamus lengkap untuk dijadikan bahan rujukan. Sebagai mengakhiri perbincangan tajuk 1 ini. Tahukah anda bahawa sumbangan terpenting ahli-ahli bahasa zaman ini ialah kejayaan mereka membawa pembaharuan dalam ilmu bahasa dan mula mengkaji bahasa secara saintifik. Anda harus ingat bahawa pada era ini juga teori sebab musabab. hampir semua bahasa memiliki perkataan yang hampir sama dan maksud perkataan juga hampir sama. Tamadun ini turut mengiktiraf bahawa bahasa berasal daripada satu bahasa yang sama. Bidang bahasa mula berkembang dengan wujudnya bidang baharu. Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian. 1. kelainan logika dalam bahasa dan hubungan antara bahasa mula berkembang. Kajian mereka lebih baik daripada Yunani dari aspek fonetik. Bahasa pada era ini masih kekal kepada fungsi kesusasateraan. Hukum baharu mula wujud yang dikenali sebagai hukum R-G-L dan R-D-L. Hal ini disebabkan Eropah mengalami zaman gelap. iaitu bahasa berisolasi. Pada zaman ini bahasa berkembang pesat di Baghdad sebagai sebuah pusat ilmu di dunia. Ahli bahasa zaman ini turut mengasingkan bahasa-bahasa di dunia kepada tiga kelompok. Kebanyakan ahli fikir yang lahir pada zaman ini ialah sarjana Islam yang sentiasa mendapat sokongan daripada pemimpin mereka. Sekarang mari kita bincangikan pula perkembangan linguistik zaman Arab.

Kesimpulan kajian beliau mendapati bahawa struktur bahasa merupakan unsur yang menentukan sturktur pemikiran manusia. bahasa ialah sistem manusiawi yang instingtif. HASIL PEMBELAJARAN (i) Menghuraikan aliran pemikiran tokoh-tokoh lingustik mengiku zaman (ii) Menghargai sumbangan tokoh-tokoh dalam perkembangan ilmu bahasa sejak zaman awal hingga zaman moden (iii) Membuat banding beza bentuk pemikiran antara tokoh-tokoh linguistik 2.0 KANDUNGAN ISI Hasil pemikiran de Saussure telah melayakkan beliau diberikan jolokan sebagai “Bapa Linguistik Moden”.1 Pemikiran Edward Sapir Dalam Bidang Linguistik  Edward Sapir (1884 – 1939) seorang sarjana linguistik struktural dan antropologi dari Amerika pada awal abad ke-20. TAJUK 2 SINOPSIS PEMIKIRAN DALAM LINGUISTIK Tajuk dua ialah pemikiran dalam linguistik. Buku beliau . Para pengkaji turut menelurkan satu teori baharu. Tajuk ini meliputi tiga subtajuk.  Menurut beliau. iaitu bersifat arbitrari untuk menyampaikan perasaan dan fikiran. Hasil pemikiran Bloomfield pula telah menghasilkan teori behaviourisme 2. Mereka merupakan tokoh linguistik yang banyak memberi sumbangan kepada perkembangan ilmu bahasa melalui hasil kajian secara empirikal. iaitu bahasa adalah baka dan satu fenomena sosial. iaitu pemikiran Edward Sapir. Leonard Bloomfield dan pemikiran Ferdinand de Saussure. Bincangkan sumbangan Plato dan Aristotle kepada perkembangan ilmu linguistik sehingga kini. Kajian pada era ini lebih sistematik dan menekankan kepada sinkronis dan diakronis. Beliau mengkaji hubungan bahasa dengan pemikiran manusia dari aspek psikologi.  Beliau berpendapat psikologi mendasari pengkajian bahasa dalam sains.zaman ini lebih cenderung kepada linguistic deskriptif atau linguistik huraian. Gunakan bahasa sendiri menunjukan anda faham apa yang dibincangkan. TUGASAN: Buat catatan nota dalam bentuk grafik tentang sejarah perkembangan linguistik sejak sebelum masihi hingga ke zaman moden.

 Dalam sejarah ilmu linguistik moden. Dengan kata lain.  Ketokohan beliau adalah hasil penelitiannya sehingga menerbitkan buku bertajuk Couse de Linguistique Generale pada tahun 1915.  De Saussure merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep ‘langue’ dan ‘parole’. 2.  Beliau juga beranggapan bahawa bahasa ialah satu tingkah laku manusia.bertajuk Language berbeza dengan Bloomfield kerana menggunakan pendekatan antropologi yang melihat bahasa dari segi fungsinya dalam masyarakat. Langue bermaksud loghat atau dialek dan parole bermaksud ciriciri bahasa yang dituturkan atau diucapkan oleh individu dalam masyarakat. Linguistik diakronis mengkaji bahasa dari segi sejarah yang dilalui oleh bahasa serta perubahan-perubanan yang dialami oleh sesuatu bahasa tersebut. sekiranya tingkah laku manusia lain berpunca daripada adanya rangsangan atau stimulus. bahasa akan sentiasa berubah. Buku beliau yang popular ialah Language (1933).3 Pemikiran Ferdinand de Saussure dalam Bidang Linguistik  Ferdinand de Saussure (1857 – 1913) ialah orang pertama yang mengasaskan ilmu linguistik moden. Beliau memperlihatkan konsep saintifik dalam kajiannya. beliau merupakan orang pertama yang mengemukakan dan menekankan peri pentingnya kajian bahasa dilakukan dari sudut yang berbeza-beza. ayat-ayat itu tersusun di dalam otak dan dikeluarkan apabila adanya rangsangan.2 Pemikiran Leonard Bloomfield dalam Bidang Linguistik  Bloomfield (1887 – 1949) merupakan ahli linguistik yang mempelopori teori behaviourisme yang berkait rapat dengan fahaman ahli psikologi dalam menghuraikan bahasa. Karya agung beliau ini adalah hasil daripada usaha pelajar-pelajarnya yang telah mengumpul dan menyusun semula bahan-bahan kuliah sehingga terhasilnya buku tersebut yang kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris pada tahun 1959. 2. TUGASAN Buat banding beza dalam bentuk grafik antara pemikiran de Saussure dengan Bloomfield.  Rumusan hasil pemikiran beliau tiada bahasa yang sempurna.  Rumusan beliau. Linguistik sinkronis mengkaji bahasa pada suatu masa tertentu. Ketokohan beliau sebagai ‘Bapa Ilmu Linguistik Moden’ telah terbukti melalui penemuan-penemuan konsep dan pendekatan baharu dalam bidang bahasa secara moden. iaitu secara sinkronis dan diakronis. . maka bahasapun dapat dilahirkan sebagai gerak balas atau respons terhadap rangsangan itu. Beliau beranggapan bahawa bahasa sebagai pangkalan data ucapan yang boleh mengeluarkan segala unit bahasa. iaitu suatu kenyataan yang menunjukkan bahawa semua bahan kajian hendaklah dapat diperhatikan dan dianalisis secara empirikal.

linguistik gunaan dalam pengajaran bahasa.Huraikan dengan ringkas menggunakan ayat sendiri sumbangan dan kesan teori behaviourisme terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa.0 KANDUNGAN ISI Perbincangan dalam tajuk ini menjurus kepada pengenalan kepada bidang-bidang ilmu linguistik.1 Linguistik Umum dan Linguistik Gunaan · Linguistik umum disebut juga sebagai linguistik am. . linguistik sejarah. TAJUK 3 SINOPSIS Tajuk tiga ialah bidang linguistik. iaitu Linguistik Am dan Linguistik Gunaan. . iaitu bidang yang mengkaji aspekaspek teori Ilmu linguistik secara umum. HASIL PEMBELAJARAN (i) Menghuraikan tentang bidang ilmu linguistik BIDANG LINGUISTIK (ii) Menghuraikan linguistik am atau umum. Linguistik Sejarah dan Linguistik Perbandingan serta Linguistik Kontekstual. · Linguistik gunaan timbul apabila bidang linguistik bergabung dengan ilmu pendidikan dan psikologi. perbandingan antara bahasa dan ciri persamaan dan perbezaan antara bahasa serta kepentingan linguistik sejarah dalam perkembangan ilmu linguistik. Linguistik gunaan juga dikenali sebagai linguistik terapan. Tajuk ini meliputi tiga subtajuk. linguistik perbandingan dan linguistik kontekstual (iii) Membincangkan bidang linguistik gunaan dan hubungannya dengan pengajaran bahasa. KERANGKA TAJUK 3. 3.

kaedah dan hasil kajian linguistik dalam mengajarkan bahasa dan menulis buku-buku teks. ejaan. iaitu secara deskriptif. . · Linguistik ini menghasilkan kaedah-kaedah mengajarkan bahasa dan bahan. seseorang itu sudah mampu menghuraikan bentuk-bentuk dan peraturan sesuatu bahasa dan mengajarkan bahasa dengan baik. · Ada aktiviti lain yang lazimnya juga dikaitkan dengan linguistik gunaan. · Deskripsi bahasa seperti sistem sebutan. · Dalam meletakkan linguistik gunaan ke dalam pengajaran bahasa. · Menentukan sifat umum yang ada pada semua bahasa secara universal. iaitu terjemahan dan perkamusan.· Linguistik gunaan ini ialah satu cabang linguistik yang memanfaatkan teori. · Pengenalan linguistik gunaan sebagai suatu disiplin ilmu bahasa merupakan suatu usaha untuk menggunakan bahasa secara saintifik dan moden yang disebut juga sebagai sains gunaan.  “Perhubungan" membayangkan asal yang sama atau bahasa proto. ayat dan makna mula digunakan bagi mengajarkan bahasa kepada penutur bahasa asli dan juga bahasa asing.bahan mengajarkan bahasa. cara dan kaedah tertentu yang digunakan dalam penghuraian bahasa. tetapi dalam modul ini kita hanya menyebut mengenai penggunaan linguistik dalam mengajarkan bahasa sahaja. bentuk kata. 3.2 Linguistik Sejarah dan Linguistik Perbandingan  Linguistik perbandingan (asalnya filologi perbandingan) ialah satu cabang linguistik sejarah yang membandingkan bahasa-bahasa supaya dapat menentukan perhubungan sejarah antara bahasa-bahasa itu. · Perkara yang dikendalikan dalam bidang ini ialah pembentukan konsep yang meliputi pendefinisian aspek dan kajian secara umum. dan linguistik perbandingan bertujuan untuk membina semula bahasa-bahasa proto dan menentukan perubahan-perubahan yang telah berlaku pada bahasa-bahasa yang didokumenkan itu. · Linguistik gunaan ialah bidang yang mengumpulkan beberapa disiplin ilmu bahasa yang berhubungan dengan pengajaran bahasa. deskripsi. · Antara kaedah mengajarkan bahasa yang dicipta itu ialah kaedah terus yang mengajarkan bahasa dengan tidak menggunakan bahasa asli pelajarnya.

berdasarkan peratusan perbendaharaan kata teras sebanyak 100 butir (kemudian 200) yang seketurunan dalam bahasa-bahasa yang dibandingkan.  Kaedah glotokronologi mencadangkan penggunaan formula matematik untuk menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu berpisah. Linguistik ini memperlihatkan hubungan .  Terdapat juga cabang-cabang linguistik lain yang melibatkan pembandingan bahasa yang bukannya sebahagian linguistik perbandingan:  Tipologi bahasa membandingkan bahasa supaya dapat mengelaskannya mengikut ciri-ciri. umpamanya dalam sistem-sistem fonologi atau morfologi.  Kajian tertumpu kepada lebih dari satu zaman. iaitu membuat perbandingan bagi menentukan perubahan dan perkembangan yang berlaku di dalam bahasa tersebut.  Cabang kajian linguistik yang berusaha untuk memperlihatkan perkembangan sesuatu bahasa dari segi sejarah yang dilalui melalui masa iaitu dari zaman kemunculannya hinggalah ke suatu tahap yang tertentu. dan tidak rapat hubungannya.   Kaedah terawal untuk jenis ini ialah glotokronologi yang mencadangkan satu formula matematik untuk menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu berpisah. dan perubahan-perubahan sistematik. yakni bahasa seketurunan daripada bahasa induk. sistem-sistem morfologi.  Kajian perlu dilakukan secara sinkronik iaitu kajian secara terperinci dalam beberapa zaman atau masa dan tempat tertentu. Teknik asas linguistik perbandingan ialah “kaedah perbandingan” yang bertujuan untuk membandingkan sistem-sistem fonologi. setiap perbezaan antara dua bahasa yang berkait harus dapat diterangkan dengan amat munasabah. dijangka amat tetap  Jika bahasa-bahasa berasal daripada leluhur yang amat jauh.  Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan bahasa serta asal usul atau etimologi sesuatu bahasa.  Linguistik sejarah atau historis ialah cabang ilmu linguistik yang berusaha untuk memperlihatkan perkembangan bahasa dari segi sejarah yang dilaluinya melalui masa. kaedah perbandingan tidak begitu berguna. khususnya sebagaimana yang terbukti dalam kata-kata pinjaman. dan leksikon.  Perbandingan dilakukan antara beberapa aspek tertentu sahaja atau seluruh aspek bahasa yang dibanadingkan itu.  Linguistik perbandingan lebih dikenali sebagai bidang kajian yang membandingkan antara bahasa yang sekeluarga.  Linguistik hubungan memeriksa kesudahan-kesudahan linguistik tentang hubungan antara penutur-penutur bahasa yang berbeza.  Pada dasarnya.  Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan dan asal usul (etimologi) sesuatu bahasa. Tujuannya adalah untuk melihat ciri-ciri perbezaan dan persamaan antara bahasa yang sekeluarga. sintaksis. kajian perlu dilakukan secara diakronik. Tujuannya adalah untuk mengetahui proses dan perkembangan bahasa dari masa lampau hingga kini.  Kemudian.

Sedangkan linguistik teori teras mengkaji bahasa sematamata untuk tujuan sendiri.yang erat dengan linguistik huraian. Hal ini disebabkan huraian yang lengkap diperlukan tentang aspekaspek yang dibandingkan itu 3. bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan dunia. linguistik evolusi. Analisis wacana kritis ialah bidang yang retorik dan falsafah berinteraksi dengan linguistik. dan antropologi linguistik merupakan sains sosial yang mengkaji interaksi – interaksi linguistik dengan masyarakat pada keseluruhannya. Sedangkan linguistik teori teras mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri. TUGASAN: Buat perbandingan antara linguistik sejarah dengan linguistik perbandingan. linguistik antropologi. linguistik pengiraan. serta sains kognitif.3 Linguistik Kontekstual Linguistik kontekstual ialah bidang yang linguistik berinteraksi dengan disiplin-disiplin akademik yang lain. Psikolinguistik dan neurolinguistik menggabungkan sains perubatan dengan linguistik. . HASIL PEMBELAJARAN (i) Menjelaskan perhubungan antara bahasa dan masyarakat. TAJUK 4 LINGUISTIK KONTEKSTUAL SINOPSIS Tajuk empat ialah tajuk yang melihat bagaimana linguistik berinteraksi dengan disiplindisiplin akademik yang lain. kebudayaan dan masyarakat. (ii) Mengenal pasti aspek-aspek bahasa. bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan dunia. Bincangkan bidang linguistik gunaan dalam pengajaran bahasa. Bidang-bidang linguistik merentasi disiplin termasuk pemerolehan bahasa. Sosiolinguistik. struktur dan penggunaan bahasa dalam fungsifungsi sosial.

Linguistik adalah suatu ilmu pengkajian bahasa yang dilakukan secara saintifik Definisi kontekstual: · Menurut Kamus Dewan (edisi keempat). Kuala Lumpur 2005). Linguistik adalah satu bidang yang mengkaji bahasa secara saintifik  Menurut Kamus Dewan (edisi keempat). makna dan kepentingan (meaningful).4. bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan dunia. Kontekstual ialah berkaitan dengan atau menurut konteks: penyelidikan sastera dari segi dapat merencanakan perkembangan sastera. Yang berkenaan. relevan. Kontekstual membawa pengertian: 1. Dewan Bahasa dan Pustaka. Sedangkan linguistik teori teras mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri.2 Sosiolinguistik .1  KANDUNGAN ISI Linguistik Kontekstual Menurut J. Linguistik ialah 1.  Menurut John Lyons (1968). 2.  Kamus Dwibahasa (1981) menjelaskan bahawa linguistik ialah pengajian ilmu bahasa. Kajian saintifik tentang bahasa. 4. Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Lyons. ada hubungan atau kaitan langsung. mengikut konteks.0 4. 1968 . Yang membawa maksud. Linguistik kontekstual ialah bidang yang melihat bagaimana linguistik berinteraksi dengan disiplin-disiplin akademik yang lain. Berkaitan dengan bahasa. Kuala Lumpur 2005).

Kesimpulannya. peranan bahasa.3 Pengertian Antropologi Menurut etnologinya kata antropologi berasal dari kata yunani “Antropo” yang bererti manusia dan “logy” atau “logos” bererti ilmu yang mempelajari. mantra dan pelbagai istilah lain lagi. kumpulan sosial. struktur dan penggunaan bahasa yang ada dengan fungsi-fungsi sosial. kata sapaan yang ditinjau dari perpaduan sosial dan jarak sosial di antara penutur. Secara mudah. pelacakan bahasa rahsia bajak laut. kriteria dan persepsi kesantunan berbahasa. iaitu satu perihal yang melibatkan apa yang dinamakan “perancangan bahasa” dalam menegakkan identiti sesebuah negara.budaya yang berhubung dengan aspek-aspek linguistik seperti perhubungan sosial harian yang berkaitan pula dengan kebudayaan. penerimaan istilah akuntasi di kalangan ahli ekonomi. Cenderung berfokus kepada variasi bahasa yang muncul dalam masyarakat yang kebiasaanya dipengaruhi oleh stratifikasi sosial dalam masyarakat. Merupakan satu kajian yang sangat luas dan pelbagai meliputi bermacam-macam perkara seperti fungsi bahasa. 4. sosiolinguistik mengkaji berbagai bahan sosio. Pada prinsipnya.Sosiolinguistik adalah bidang yang mengkaji perhubungan di antara bahasa dan gejalanya dalam masyarakat.4 Antropologi Linguistik Satu cabang yang mengkaji hubungan antara bahasa dan budaya terutama untuk mengamati bagaimana bahasa itu digunakan sehari-hari sebagai alat dalam tindakan bermasyarakat. dialek dan bentuk-bentuk gaya yang dibezakan oleh perihal taraf pemakai. bahasa. Adakala disebut etnolinguistik iaitu bidang yang dikatakan memberikan penumpuan kepada perhubungan di antara bahasa dengan penyelidikan primitif. ia mengkaji mengenai aspek-aspek linguistik yang melihat aspek bahasa. masyarakat. kebudayaan dan penggunaannya dalam sesebuah masyarakat yang tertentu. pengungkapan jati diri secara sosial melalui grafiti. pertalian bahasa dengan kumpulan-kumpulan etnik. Fungsi linguistik memperkatakan tentang perkara-perkara seperti perbandingan di antara bahasa rasmi dengan bahasa vernakular yang tidak rasmi.pemakainya. Salah satu cara atau kaedah yang dapat digunakan untuk melihat pemakaian bahasa dalam konteks sosial budaya secara terperinci adalah participant observation . sosiolinguistik adalah bidang yang memperlihatkan pertalian antara bahasa dengan masyarakat. 4.

TAJUK 5 STILISTIK SINOPSIS Tajuk 5 ini melihat variasi bahasa yang bersistem yang wujud dalam sesuatu bahasa yang dituturkan oleh seorang penutur. 4.Participant observation merujuk kepada seseorang yang dihantar kepada esuatu etnik.1 KANDUNGAN ISI Stilistik Menurut Abdullah Hassan (1990)  Stilistik atau sylistics adalah ilmu tentang stail atau gaya yang dihubungkan dengan pemakaian atau penggunaan bahasa  Fokus dan penekanan terhadap aspek kebahasaan  Ilmu tersebut muncul dalam bidang linguistik dan diperluas dalam bidang kesusasteraan yang menggunakan bahasa sebagai wahana pengucapan. Perbezaan dari segi gaya dan laras bermula daripada bentuk yang paling formal kepada bentuk yang agak formal. (ii) Melihat bagaiamana keberkesanan stilistik mempengaruhi bahasa. menetap dan bergaul dengan etnik berkenaan sehingga kadang-kadang membawa kepada perkahwinan dan jangka masa yang lama. 5. Perlakuan bahasa bergantung kepada keadaan dan partisipasi sesuatu pertuturan.0 5. TUGASAN Huraikan cabang-cabang linguistik kontekstual. HASIL PEMBELAJARAN (i) Mengenal pasti prinsip-prinsip stilistik. .5 Linguistik Antropologikal Mengkaji hubungan antara bahasa dan budaya. Melihat aspek-aspek kehidupan penutur yang tertentu dan seterusnya melihat bagaimana suasana kehidupan dan sistem nilai yang dipegang oleh para penutur mempengaruhi cara mereka berbahasa.

§ Analisis karya sastera merupakan suatu huraian tentang bakat dan kebolehan mengarang bagi seseorang pengarang. khasnya bergantung kepada keadaan dan partisipasi sesuatu pertuturan. § Namun. Karya sastera ditandai kelainan dalam penggunaan gaya bahasanya untuk menimbulkan kesan artistik. § Pentafsiran makna ayat melibatkan makna yang mudah difahami.  Rene Wellek dan Austin Warren (1966:182) . banyak maksud dan mempunyai makna simbolik. 5.  Perbezaan dari segi gaya dan laras bermula daripada bentuk yang paling formal kepada bentuk yang agak formal. Cabang linguistik gunaan atau terapan. § Kedua.stilistik meneliti penggunaan bahasa yang menyimpang daripada norma dan berusaha menemukan fungsi estetik. 5.3  Pengenalan am Stilistik Bahasa Bermaksud bentuk variasi bersistem yang wujud dalam sesuatu bahasa yang dituturkan oleh seorang penutur. . pendekatan stilistik membincangkan aspek tema seperti yang sering dibicarakan dengan menggunakan pendekatan struktural. mudah dimengerti. § Analisis itu tidak sahaja dalam lingkungan pengaplikasian bahasa tetapi menjangkaui kepersisan bakat berbahasa penulisnya.2    Kesan penerapan daripada disiplin linguistik tercerminnya ilmu gaya yang membezakan gaya sastera dan gaya bukan sastera. 5. Stilistik dari sudut Sastera Kajian terhadap keseluruhan karya yang berpusat kepada penggunaan bahasa.4 Prinsip Stilistik Pertama menganggap dan mengiktiraf bahasa sebagai punca kegiatan berkreatif dengan merujuk kepada kemampuan berbahasa sebagai satu anugerah dan bakat seseorang penulis. penelitian menggunakan pendekatan ini merujuk kepada aspek bahasa yang melibatkan ayat-ayat yang membina keseluruhan karya.

pendekatan stilistik juga menekankan penelitian tentang penghasilan sesebuah karya. § Pengetahuan dan ilmu yang bersangkutan dengan aspek kemasyarakatan iaitu bidang sosiolinguistik dan dialektologi perlu dikuasai oleh pengkaji atau peneliti. kedudukan stilistik sebagai penelitian sesuatu gaya istimewa dalam eksposisi dan pembentukan satu penyusunan diksi serta struktur kalimat yang mencerminkan keperibadian atau idiosinkrasi penulisnya. § Murry J.unsur bahasa yang mendorong seseorang itu berkreatif. Perbezaan ini disebabkan oleh beberapa faktor antaranya pengalaman. sikap dan keperibadian penulis § Keempat. pendekatan stilistik selain digunakan untuk menganalisis proses penghasilan sesebuah karya. § Aspek bahasa dapat menjelaskan kesan penggunaan sesuatu bahasa sama ada dapat difahami. § Dalam sesebuah karya sastera yang pelbagai genre itu terdapat pelbagai jenis dan kategori perkataan dan ayat yang digunakan. penggunaan pendekatan stilistik berhasil memperlihatkan gaya keperibadian seseorang penulis. § Semasa berkarya.M. pendekatan stilistik membantu mereka memahami makna perkataan yang sukar serta ayat yang kompleks yang digunakan oleh pengarang. menimbulkan keseronokan atau memberi kecelaruan dan kekaburan tanggapan . juga digunakan untuk menghuraikan penerimaan dan penghargaan pembaca atau khalayak terhadap sesebuah karya. pembentukan perkataan dan ayat dapat dilakukan. (1976:7). § Penulis mempunyai cara tersendiri. § Penelitian yang dilakukan dengan menggunakan pendekatan stilistik ini akan menemukan gagasan bahawa terdapat unsur. § Ketujuh.§ Ketiga. melalui pendekatan stilistik huraian terhadap pemilihan diksi. § Pengaplikasian kata dan diksi dari bahasa daerah atau tempatan dapat memperkaya perbendaharaan kata di samping merupakan satu gaya atau stail bagi seseorang penulis. seseorang penulis didorong oleh pelbagai keadaan dan rangsangan yang berlaku di sekelilingnya. § Keenam. § Kelima. pendidikan.

1 • • yang • cara• • • Boleh menjelaskan sifat-sifat bahasa itu secara tepat. buku itu 2. KANDUNGAN ISI Bahasa sebagai satu sistem Bahasa mempunyai susunan yang tertentu. Setiap bahasa mempunyai bahasa masing-masing. nahu atau bentuk sintaksis. kata).kesan daripada penggunaan penanda dan petanda bahasa yang digunakan untuk mengungkapkan pemikiran. Menguasai dan memahami perbezaan sifat-sifat bahasa itu. HASIL PEMBELAJARAN (i) (ii) 6. TAJUK 6 SIFAT BAHASA SINOPSIS Tajuk 6 ini membincangkan sifat-sifat bahasa menurut Teori Noam Chomsky Menurut Teori Noam Chomsky bahasa apa pun di dunia ini mempunyai sifat-sifat yang tersendiri. melainkan mengikut cara tertentu. Sistem yang dimaksudkan ialah aturan. Sistem itu telah ditetapkan oleh susunan bahasa. ayat. TUGASAN Huraikan prinsip-prinsip stilistik dan bagaimanakah stilistik itu mempengaruhi kehidupan masyarakat. Terdapat beberapa unit tertentu yang dicantumkan menjadi satu susunan sempurna dari segi strukturnya (klausa. Tidak semua pencatuman unit-unit itu boleh dilakukan. sama ada dalam bentuk bunyibunyi perkataan. susunan perkataan . sebuah buku merah 3. Contoh : BAHASA MELAYU 1.0 6. mesej atau idealisme pengarang. pensel ini .

BAHASA INGGERIS 1. three red books (tiga buah buku yang merah) 3. Bahasa itu bersifat arbitrari Arbitrari ialah pertalian sesuatu bentuk atau lambang dalam bahasa dengan makna yang diberikan secara kebetulan dan ditentukan oleh budaya sesuatu masyarakat. struktur dan tatabahasanya tidak berubah.5 • • 6. Sesuatu perkataan yang diujarkan mempunyai maksud. Tidak semestinya ada hubungan antara bunyi yang dilafazkan dengan bendabenda yang dimaksudkan. • Faktor yang mengubah bahasanya. Pertembungan kebudayaan. that car (kereta itu) 2. Bahasa sebagai alat berkomunikasi 6. termasuklah benda-benda yang berada di sekitarnya. Walaupun begitu. pertembungan manusia dengan manusia lain menyebabkan pertambahan dan pengurangan perbendaharaan kata sesuatu bahasa itu. – tempat : situasi sekeliling dimana pertuturan itu mengambil tempat.4. Sebagai contoh: dalam Bahasa Melayu dipanggil “pintu” dalam Bahasa Inggeris dipanggil “door” “puerta” dalam Bahasa Sepanyol.3 • • • Bahasa bersifat dinamis Bahasa adalah berubah dan berkembang selagi penuturnya bergaul dan berinteraksi dengan manusia lain. the beautiful book (buku yang cantik itu) 6. Bahasa itu linear .6 Bahasa mempunyai makna Makna bererti yang dimaksudkan dan yang dipercakapkan. Oleh kerana sifat-sifat arbitrari inilah maka kita dapati tiap-tiap bahasa mempunyai perkataan yang berlainan bagi benda-benda sama. 6. – pendengar : orang yang dilawan bercakap. – butir pertuturan : tajuk percakapan antara penutur dengan pendengar sama ada terdiri daripada hal-hal peribadi atau rasmi.2 • • • 6. • Proses komunikasi ialah adanya maklumat yang hendak di sampaikan oleh penutur kepada pendengar.

TAJUK 7 VARIASI BAHASA SINOPSIS Tajuk 7 ini membincang dan menjelaskan bentuk-bentuk bahasa yang digunakan bagi maksud yang sama berdasarkan situasi tertentu. HASIL PEMBELAJARAN (i) Menghurai dan menjelaskan variasi-variasi bahasa. dan ‘m’. 7. — Halliday (1968) menjeniskan bahasa kepada dua aspek iaitu : Pengguna – orang yang menggunakan sesuatu bahasa dan Penggunaan – kesesuaian jenis bahasa yang digunakan dengan keadaan atau situasi bahasa itu digunakan. Ini dikatakan linear di mana apa yang ingin dituturkan disebut satu demi satu untuk melambangkan sesuatu bunyi. huraikan sifat-sifat bahasa dengan jelas. ’a’. ’l’. Variasi bahasa merupakan suatu pengkajian terhadap fitur bahasa yang berbeza secara semantik apabila kita membandingkan kumpulan penutur berbeza atau suatu kumpulan penutur yang sama dalam keadaan yang berbeza. TUGASAN: Dengan memilih contoh-contoh yang sesuai. (ii) Melihat pengaruh variasi bahasa itu mempengaruhi kehidupan masyarakat.1 KANDUNGAN ISI Variasi Bahasa  Variasi bahasa bermaksud perbezaan bentuk-bentuk bahasa yang digunakan bagi maksud yang sama berdasarkan situasi tertentu. makin luas daerah penyebaran bahasa itu dan makin banyak perbezaannya.0 7. bunyi-bunyi yang dihasilkan ialah ‘k’.Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya.• • ’ a’. Makin besar jumlah penuturnya. . • Bunyi-bunyi itu dihasilkan satu demi satu. Sebagai contoh untuk menyebut kalam . iaitu dengan pergerakan alat-alat artikulasi satu demi satu.

—Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. Pahang. dan makin banyak pula perbezaan yang wujud dari segi penggunaannya. Daripada beberapa variasi satu bahasa. makin luas daerah penyebaran bahasa itu. Melaka. Demikian juga terdapat variasi-variasi bahasa Melayu yang wujud oleh sebab faktorfaktor sosial. seperti dialek Kelantan. Variasi ini. Dalam bidang ilmu bahasa. Namun apabila mereka merujuk sesuatu bahasa tertentu. seperti latar belakang pendidikan. Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. Tujuannya supaya mudah difahami. dan kedudukan sosioekonomi penutur yang berbeza-beza penggunaannya. Pahang.orang daripada berbagai-bagai dialek di negara ini berkumpul dan berbincang. Makin besar jumlah penuturnya.ahli bahasa. seperti dialek Kelantan. yang dari segi sejarahnya berasaskan dialek bahasa Melayu Johor Riau. jenis pekerjaan.Aspek ini lebih menekankan kepelbagaian daerah untuk bahasa yang sama dan bukannya perbandingan fitur antara dua bahasa. Negeri Sembilan. Negeri Sembilan. Makin besar jumlah penuturnya. satu variasi tertentu dipilih sebagai mewakili bahasa tersebut dan variasi inilah yang menjadi ukuran apabila kita merujuk sifat umum bahasa tersebut. Demikian juga halnya dengan Bahasa Melayu. Demikian juga halnya dengan bahasa Melayu. Melaka. Hakikat bahasa dan variasi-variasinya sudah lama diakui oleh ahli. Bahasa Melayu baku ialah variasi yang digunakan apabila orang. misalnya bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. yang sekarang dikenal sebagai bahasa Melayu baku. Terengganu. di Semenanjung Tanah Melayu sahaja sudah terdapat berbagai-bagai dialek. di Semenanjung Tanah Melayu sahaja sudah terdapat berbagai-bagai dialek. Terengganu. yang walaupun mempunyai berbagai-bagai kelainan. ialah variasi yang digunakan dalam sistem pendidikan (bahasa sekolah). kosa kata dan tatabahasa. mereka mempunyai gambaran tentang satu kesatuan bahasa. Dalam konteks Malaysia. —Variasi bahasa ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan. Tiap-tiap pihak harus gugurkan ciri-ciri kedaerahan masing-masing dan guna sedikit sebanyak variasi bahasa yang bersifat bahasa m Melayu umum. masih terdiri daripada satu keseluruhan. variasi yang dipilih untuk mewakili satu bahasa secara menyeluruh itu disebut bahasa standard atau bahasa baku. Perak dan Johor. dalam semua situasi rasmi seperti . Perak dan Johor. dan makin banyak pula perbezaan yang wujud dari segi penggunaannya. makin luas daerah penyebaran bahasa itu. Dalam rangka Malaysia.

jawa. tatabahasa. yang memerlukan khidmat jurubahasa apabila berurusan dengan mereka yang tidak memahami bahasa berkenaan.dalam ucapan-ucapan. Dialek merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami oleh pengguna dalam sesuatau masyarakat bahasa walaupun ada pembahagian geografi . bukannya suara. orientasi dan gerak tangan. dan tubuh. Cabang Nusantara mempunyai 200 hingga 300 bahasa dalam 16 golongan seperti Filipina. Kalimantan dan sebagainya. dituturkan dalam kawasan tertentu dan berbeza daripada bentuk yang standard/ baku dari segi sebutan. .  Dialek kawasan ialah variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam sesuatu kawasan. Amerika Syarikat dan Inggeris meskipun memiliki bahasa tulis yang sama tetapi memiliki bahasa isyarat yang berbeza (American Sign Language dan British Sign Language).  Bahasa isyarat unik dalam jenisnya di setiap negara. sosial dan stilistik. biasanya dengan mengkombinasikan bentuk tangan. Sumatera. dan penggunaan katakata tertentu. untuk berkomunikasi. dan gerak bibir.  Biasanya bahasa isyarat ini hanya digunakan oleh mereka yang mempunyai kecacatan seperti bisu dan pekak.3 Bahasa Isyarat  Bahasa isyarat adalah bahasa yang mengutamakan komunikasi manual.  Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) menubuhkan Pusat Latihan Malaysian Sign Language (MySL) yang digerakkan melalui sumbangan Yayasan Tan Sri Othman Yeop mensasarkan melatih 100 jurubahasa dalam tempoh lima tahun.2 Variasi Bahasa (Dialek) Perkataan 'dialek' berasal daripada bahasa Yunani iaitu 'dialektos' iaitu perkataan yang pada mulanya digunakan dalam hubungannya dengan bahasa Yunani pada waktu itu.  Dialek mempunyai bentuk tertentu. mesyuarat dan persidangan dan dalam media massa. bahasa tubuh. 7. Variasi bahasa ini dikenali sebagai dialek.  Kaum tunarungu adalah kelompok utama yang menggunakan bahasa ini.  Ini adalah salah satu cara untuk mereka berkomunikasi antara satu sama lain. Contohnya. tetapi perbezaannya tidaklah begitu besar untuk dianggap sebagai satu bahasa yang lain.  Dialek ialah variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa. Bahasa isyarat berbeza di negara-negara yang berbahasa sama. Dikaitkan dengan rumpun bahasa Austronesia. lengan. Hal yang sebaliknya juga berlaku. tetapi menggunakan bahasa isyarat yang sama.  Golongan pekak dan bisu di negara ini menggunakan kaedah Bahasa Isyarat Malaysia (BIM). 7. serta ekspresi wajah untuk mengungkapkan fikiranmereka. Terdapat 3 jenis variasi iaitu variasi daerah. Ada negara-negara yang memiliki bahasa tulis yang berbeza (contoh: Inggeris dengan Sepanyol). cabang Nusantara.

TUGASAN Dengan memilih cerpen yang sesuai. TAMAT . analisis penggunaan variasi bahasa yang digunakan dalam cerpen tersebut.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful