P. 1
Ciri-ciri Guru PSV

Ciri-ciri Guru PSV

|Views: 229|Likes:
Published by Nor Azlila
docm
docm

More info:

Categories:Types, Research
Published by: Nor Azlila on Jul 12, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/27/2013

pdf

text

original

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

TAJUK 3

KAJIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL DAN PERANAN GURU

1.1 Sinopsis Tajuk ini meliputi peranan guru Pendidikan Seni Visual sebagai pengurus, pembimbing, pemudah cara, motivator dan inisiator. Pada peringkat ini, anda juga akan diperkenalkan dengan peranan guru dalam bidang kepanitiaan dan Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagi melengkapkan diri anda sebagai guru mata pelajaran PSV, anda seharusnya boleh menjelaskan, menghayati, mengaplikasi, melaksanakan dan membuat refleksi tentang peranan guru PSV dengan merujuk kepada buku-buku, Surat Pekeliling KPM dan pengalaman tokoh-tokoh guru.

1.2 Hasil Pembelajaran 1.2.1 1.2.2 Menjelaskan aspek-aspek yang terkandung dalam peranan guru PSV. Menganalisis peranan guru PSV sebagai pengurus, pembimbing, pemudahcara, motivator dan inisiator. 1.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

1

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

1.4 Kandungan

PERANAN GURU PENDIDIKAN SENI VISUAL

PENGURUS

PEMBIMBING

PEMUDAHCARA

MOTIVATOR

INISIATOR

2

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

Mengapakah guru Pendidikan Seni Visual perlu memainkan peranan mereka dengan berkesan ? 1.5 Situasi Sejak seminggu yang lalu, kelihatan Saci asyik tidur sahaja ketika Cikgu Jacko mengajar Pendidikan Seni Visual di kelas Lima Perdana. Hari ini, Devi, salah seorang rakan sekelas menyiku Saci yang sedang tidur sambil berdengkur. Saci terjaga dalam keadaan terkejut, lalu memarahi Devi. Belum sempat Cikgu Lim mengambil sebarang tindakan, Saci spontan keluar dari bilik darjah. Rakan-rakan sekelas pula bersorak sambil menepuk tangan lalu ketawa.

Cuba anda senaraikan sebab-sebab mengapa keadaan ini berlaku. Sila bandingkan keadaan ini dengan keadaan di sekolah anda. Catatkan bagaimana anda akan menghadapi keadaan seperti ini. Aktiviti 1

Apakah tugas dan tanggungjawab anda sebagai pengurus? Tugas pengurusan terbahagi kepada dua tahap berikut:

3

meneroka sesuatu. Dengan kata lain. Ciri-ciri ini boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan besar: peribadi. Berunsurkan pengajaran. berunsurkan pengajaran. sederhana. anda bertanggungjawab untuk mewujudkan satu persekitaran bilik darjah yang positif dan selesa melalui persekitaran fizikal (perabut. ruang dinding dan lantai). guru tidak boleh hanya masuk ke dalam bilik darjah lalu mula mengajar apa yang dirancang. Proaktif dan Bersifat Pencegahan. Manakala Goh (2005) menggunakan akronim 3P bagi mewakili ciri-ciri guru yang berkesan. Termasuk cirri-ciri seperti dedikasi terhadap pengajaran. “Adakah murid-murid saya pembelajar yang pintar. dan intelektual. Bagi membolehkan sesi pengajaran berjalan dengan lancar. Choong 2009. Mencegah lebih baik daripada merawat. 2009). serasi dengan norma masyarakat.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR • Mengurus proses pengajaran dan pembelajaran bagi lebih kurang 45 orang murid termasuk menggariskan matlamat pembelajaran. rakan sejawat. guru yang bersikap positif biasanya menunjukkan minat terhadap murid-murid dalam semua aspek. dan cekap mengajar. lemah. Selain itu. tingkahlaku dan masa. dan prihatin terhadap kebajikan murid. mentelaah. ataupun campuran ketiga-tiga jenis tersebut?” “Adakah wujud perbezaan dari segi jantina?” Berpandukan maklumat yang diperoleh. mungkin anda akan 4 . • • • Positif. budaya dan subbudaya. sama ada di dalam ataupun di luar bilik darjah. Guru yang mempunyai sikap yang positif percaya muridmurid akan belajar. iaitu sama ada mengikut kumpulan yang mempunyai tahap kebolehan yang sama. ibu bapa. Merujuk contoh tadi. boleh disimpulkan bahawa guru yang bersifat proaktif akan menyediakan satu pelan tindakan secara mental sebelum masuk ke dalam bilik darjah. Sikap sedemikian menyeai keyakinan dalam diri murid bahawa mereka boleh berjaya. dan sebagainya. dan mempunyai kesihatan mental yang tinggi (Choong. Oleh demikian. Untuk tujuan itu. Bermaksud guru akan berusaha untuk mencegah agar tidak timbul tingkahlaku bermasalah dalam bilik darjah. Proaktif. anda akan fikirkan cara yang paling sesuai untuk menyusun tempat duduk murid-murid. • • • Peribadi.bersemangat untuk mengajar. guru tersebut akan berusaha dengan sedaya upaya untuk membantu mereka belajar. Sebaliknya. merancang strategi yang sesuai bagi mengurus pembelajaran dan tingkahlaku mereka. guru perlu memberi pertimbangan kepada isu seperti. iklim psiko-sosial dan hubungan interpersonal (interaksi antara guru-murid. Intelektual. Merangkumi cirri-ciri berikut: keupayaan mengurus bilik darjah. iaitu: Positif. dan murid-murid). kebolehan memotivasi murid. mentaksir serta menilai hasil pembelajaran. • Mengurus persekitaran pembelajaran bagi memastikan berlakunya pembelajaran dalam kalangan murid. mengikut jantina yang sama. Pencegahan. terdapat 10 ciri-ciri guru yang efektif. Menurut Mc Ewan (2001). Meliputi cirri-ciri seperti gemar membaca.

bersifat kecindan. motivasi dan personaliti seseorang (INTAN. rasa rendah diri. terurus. Dengan kata lain. menegakkan prinsip dan keadilan sosial. luwes. Dalam konteks guruguru di negara ini. Untuk tujuan itu. dan (iii) penghayatan dan amalan nilai. Berani menghadapi cabaran. sejak kebelakangan ini guru diminta menyahut seruan orang awam agar “mengajar demi pembelajaran yang berkualiti”. Biasakah anda dengar bahawa guru masa kini bukan lagi seorang bijaksana atas pentas tetapi pembimbing di sisi murid? Ya. fasih. ini menunjukkan anda seorang guru yang proaktif dan bersifat mencegah (Choong. 2009). Antaranya termasuk: berkemahiran komunikasi.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR tentukan peraturan-peraturan bilik darjah bersama murid-murid serta sediakan garis panduan tertentu. komitmen untuk mengilhamkan murid ke arah pencapaian yang cemerlang. Ciri-ciri guru yang efektif boleh dilihat dari segi kualiti peribadi. Jika pada kali pertama anda masuk ke dalam bilik darjah sudah ada satu set peraturan. bersistematik. jelas. • • Kualiti Peribadi. ketabahan hati untuk terus berusaha sehingga mencapai kejayaan. Perekabentuk kebolehan murid-murid. berupaya menyesuaikan diri. Memang tidak dapat dinafikan bahawa nilai merupakan asas kepada pembentukan sikap. dan keazaman untuk mengatasi masalah pembelajaran dalam kalangan murid. Untuk itu. pemikiran reflektif. bermotivasi. berempati. berilmu.1993). peka. guru disyorkan agar menggunakan penyoalan berbentuk Socratik di mana murid-murid belajar membina ilmu tersendiri. nilai-nilai murni merupakan tenaga asas yang menggerakkan guru melaksanakan tugasan dengan cemerlang. Penghayatan Dan Amalan Nilai. Sumber bahan yang berlainan mengandungi perkataan yang berbeza berhubung dengan kualiti peribadi guru. Dengan berpandukan pengalaman lalu. kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. adil. dan melayan murid-murid sebagai individu. penghayatan nilai-nilai murni dapat membimbing mereka membentuk akhlak yang mulia untuk meningkatkan keupayaan dan 5 • . persepsi. Tiga aspek ciri-ciri guru efektif menurut Choong (2009) ialah (i) kualiti peribadi. pemindahan pembelajaran. Kompetensi Pengajaran dan Pembelajaran. mempunyai kesedaran. sifat keterbukaan terhadap maklum balas. Seperti mana yang dijelaskan di atas perubahan kepada persekitaran pembelajaran baru-baru ini mengubah matlamat pengajaran menjadi pemindahan ilmu kepada situasi kehidupan seharian. (ii) kompetensi pengajaran dan pembelajaran. Selaras dengan peranan guru hari ini iaitu Fasilitator berbanding penyampai maklumat. bersikap positif. guru berupaya merancang peluang dan pengalaman pendidikan yang wajar bagi memupuk aras pemikiran yang tinggi. guru perlu menyemak semula gaya dan strategi pengajaran yang digunakan sehingga bertujuan memaksimumkan kebolehan murid-murid menimba ilmu baru. mudah didampingi. tegas. kepercayaan bahawa anda boleh membawa perubahan kepada kehidupan murid. bersemangat. dan sebagainya. ceria.

Di samping itu. 1978) yang bererti budi pekerti dan akhlak yang baik. apakah hujah anda terhadap sifat guru yang menjalankan peranan sebagai seorang pembimbing? • Kemukakan pandangan anda dalam ruangan forum OLL.5 Latihan A (i) Berikan pendapat anda tentang ciri-ciri seorang guru Pendidikan Seni Visual yang cemerlang. ia dikaitkan dengan peranan guru sebagai muaddib iaitu pendidik putera dan puteri pemerintah dalam membentuk adab (Syed Naquib. (iv) Cuba membuat analisis masalah yang berkaitan dengan peranan guru Pendidikan Seni Visual dan berikan contoh berdasarkan pengalaman anda di sekolah: 6 . menilai dan membuat penambaikan dalam keberkesanan pengajaran dan pembelajarannya merupakan langkah-langkah ke arah kecemerlangan. mengurus. Tonggak Dua Belas. Berdasarkan petikan di atas.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR kualiti pengurusan murid. Dalam konteks pendidikan Islam. Atas hakikat ini. Bagi memudahkan penghayatan. fasilitator dan kaunselor. 2. Keterampilan. (iii) Mentor dan pementoran dikaitkan dengan hubungan orang dewasa ataupun senior dalam sesuatu bidang dan boleh dipercayai bagi membimbing seperti guru. juga boleh menentukan pelaksanaan dasar dan program sekolah berjalan dengan sempurna. penerapan nilai-nilai yang murni bukan sahaja diberi penekanan dalam urusan peribadi guru malahan juga dalam tugas-tugas professional mereka. melaksana. Rumusan: Peranan guru Pendidikan Seni Visual amat penting dalam menjamin kualiti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah. (ii) Bincangkan peranan guru Pendidikan Seni Visual dalam meningkatkan minat murid-murid terhadap mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. rakan dan jurulatih. kewibawaan dan komitmen guru merancang. amalan dan penerapan nilai-nilai tersebut maka kini terdapat panduan yang telah disediakan sebagai rujukan penting. Antaranya termasuk termasuk Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam dan pengiringnya.

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR Peranan Guru Pengurus Contoh berdasarkan pengalaman anda di sekolah Contoh situasi: Analisis: Peranan Guru: Pembimbing Contoh situasi: Analisis: Peranan Guru: Pemudahcara Contoh situasi: Analisis: Peranan Guru: Motivator Contoh situasi: Analisis: Peranan Guru: Inisiator Contoh situasi: Analisis: Peranan Guru: 7 .

Dengan demikian. Sebagai seorang guru Pendidikan Seni Visual anda terlibat secara langsung dalam proses menjayakan kurikulum Pendidikan Seni Visual. ”Kejayaan para pelajar dalam pembelajaran dan motivasi serta minat mereka terhadap sesuatu mata pelajaran yang dipelajari mempunyai hubungan rapat dengan kebolehan dan kekesanan guru mengajar. Carta Organisasi Panitia Pendidikan Seni Visual pada tahun semasa perlu disertakan. jadi masalahnya sekarang ialah adakah anda pada masa ini ada mempunyai kawalan yang cukup untuk atasi masalah isi pengajaran yang dijalankan dalam bilik darjah. Dengan wujudnya badan iktisas seumpama ini. 4/1986 di bawah dan sempurnakan tugasan yang diberikan. Anda boleh berbincang dengan rakan anda dan menggunakan pengalaman anda di sekolah dalam menyelesaikan permasalahan berikut. Mereka juga harus mempunyai semangat bekerjasama. bahkan juga masalah yang berhubung dengan motivasi.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR (v) Baca petikan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. saling membantu dan berkongsi fikiran. Menyedari hakikat ini. Guru tidak ragu-ragu lagi mempunyai peranan yang penting dalam menentukan sama ada matlamat pencapaian akademik para pelajar di sekolah tercapai atau tidak. guru-guru yang menganggotainya juga berpeluang untuk mencari penyelesaian kepada masalah-masalah bukan sahaja dalam bidang pengajaran. Dapatkan maklumat berkaitan sejarah dan perkembangan Panitia Pendidikan Seni Visual di sekolah anda dari mula hingga tahun semasa. sikap dan tabiat belajar pelajar-pelajar. Seterusnya. guru-guru yang mengajar sesuatu mata pelajaran berpeluang untuk bekerjasama dan menyelaraskan usaha mereka dengan lebih terkelola dan bersepadu. mari kita selesaikan masalah di bawah ini. Adakah anda mempunyai kawalan yang cukup ke atas teknik pengajaran yang dijalankan di dalam kelas ? 8 . pengalaman serta kepakaran untuk memperbaiki lagi kecekapan dan kekesanan mereka. maka adalah wajar bagi guru-guru yang terlibat atau mengajar sesuatu mata pelajaran yang sama mengembelingkan tenaga mereka dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti dan/atau tugas-tugas mengajar sebagai pendidik.” Anda dikehendaki mendapatkan salinan penuh Surat Pekeliling Iktisas tersebut.

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR Bagaimanakah kuasa yang sepatutnya perlu ada pada seseorang guru Pendidikan Seni Visual dalam menentukan isi pelajaran dan bentuk pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam bilik darjah serta bagaimana pula Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual memainkan peranannya dalam penyelesaian masalah ini? Seterusnya. pandangan. Sejauhmanakah pengetahuan amali dan kemahiran amali guru Pendidikan Seni Visual digunakan sebagai input kepada proses menjayakan kurikulum Pendidikan Seni Visual. kritikan dan idea anda kepada pensyarah dalam tempoh dua minggu selepas anda menerima modul ini. 9 . Akhir sekali adakah faktor-faktor berikut merupakan penghalang kepada anda untuk melibatkan diri secara aktif dalam proses menjayakan kurikulum Pendidikan Seni Visual. hujahan. a) masa yang terhad ( mengikut jadual waktu kelas ) b) Bilangan murid yang besar dalam sebuah kelas c) Alat dan bahan yang terhad d) Tanggungjawab yang berbagai di sekolah • E-melkan dapatan.

2.4 Mengurus panduan keselamatan penggunaan dan penyimpanan alat dan bahan bantú secara beretika dan bertanggungjawab.3 Membuat pertimbangan tentang prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan bantú serta rekod stok.2 Hasil Pembelajaran 2. 2. 2. membina dan mengaplikasi bahan sumber bantu pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif dan koperatif.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini 10 . penyimpanan dan rekod stok. prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan.2. pembinaan dan penggunaan bahan bantu untuk menghasilkan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual.2. Tajuk ini juga adalah untuk membantu anda mengenalpasti. 2. 2.1 Mengurus dan mengguna bahan sumber seni visual dalam pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.2.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR TAJUK 2 PENGURUSAN SUMBER DAN BAHAN BANTU MENGAJAR 2.2.1 Sinopsis Tajuk ini meliputi rekabentuk dan proses menyediakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran.2 Menghasilkan bahan bantú yang sesuai dengan objektif dan isi kandungan pelajaran mengikut tahap secara kolaboratif dan koperatif. Anda hendaklah membuat pertimbangan yang asas dalam pemilihan. panduan keselamatan serta etika dan tanggungjawab.

com/fr?q=art+studio&desturi Alat : Bahan Bantu: 11 . http://images. cuba anda senaraikan alat dan bahan bantu yang ada didalamnya.ask.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR 2.4 KANDUNGAN Rekabentuk dan proses menyediakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran Berdasarkan gambar di bawah.

menjimatkan masa Menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal Mendorong keinginan untuk menjalankan aktiviti lanjutan 12 . a) Bahan bantu mengajar – semua bahan yang digunakan oleh guru dalam menyampaikan maklumat/ilmu kepada murid. Mari kita amati dan membuat penaakulan kepada butiran di bawah. menghilangkan kebosanan. melibatkan murid secara aktif Menggerakkan murid untuk berfikir. meluaskan pengalaman Menarik minat dan perhatian. merangsangkan pelbagai deria Menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada dengan pemgetahuan baru Menjana idea. A B http://images. Menjelaskan konsep.com/pictures C Berikut adalah antara tujuan bahan bantu. membina suasana belajar. b) Bahan bantu belajar – semua bahan yang digunakan oleh murid secara kumpulan ataupun individu untuk tujuan pembelajaran.ask.memudahkan pemahaman. menyediakan environment belajar. Kemudian cuba anda fikirkan hal yang menarik minat anda tentang alat dan bahan bantu tersebut dan apakah perkara yang boleh anda tambahbaikkan.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR Cuba anda senaraikan beberapa alat dan bahan bantu yang anda tahu.

Set induksi: Input utama: Pengayaan: Pemulihan: BAGI MENJELASKAN PENGURUSAN SUMBER DAN BAHAN BANTU MENGAJAR. Memastikan kesesuaian dengan tajuk dan hasil pembelajaran Jumlah yang diperlukan mengikut keutamaan Membuat lakaran visual bahan sumber yang hendak dihasilkan Menentukan bahan dan teknik Menentukan maklumat dan ilustrasi/gambar yang hendak dipaparkan. i) Prosedur penyediaan bahan bantu.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR Apakah fungsi pelbagai bahan bantu secara bersesuaian di langkah pelajaran yang berlainan seperti di bawah: Cuba anda bincangkan dan huraikan hal ini bersama rakan-rakan anda. MARI KITA LIHAT HURAIAN BERIKUT. ilustrasi/gambar dan maklumat yang jelas. Ciri-ciri bahan bantu yang berkualiti ialah mukataip.Dapat menjelaskan konsep dengan tepat. 13 . relevan serta mudah difahami. Menghasilkan bahan bantu. Kemasan ii) Penggunaan bahan bantu. Persembahan menarik dan kemas. Kekukuhan dan boleh diguna selalu. Mudah dikendalikan dan mesra pengguna.

Setelah anda memahami dan menghayati prosedur penyediaan bahan bantu dan penggunaan bahan bantu.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR - Mengambil pertimbangan yang diperlukan sekiranya bahan sumber perlu digantung. Jenis pertama adalah alat dan 14 . dilekatkan. Mengambil langkah-langkah keselamatan Mengambil kira bilangan yang mencukupi Perlu menjimatkan masa dan tenaga untuk mengedarkan dan mengutip. disandarkan atau diedarkan. Cuba anda fikirkan dan catatkan aspek-aspek yang perlu dititikberatkan semasa membuat pemilihan bahan bantu. berbagai jenis alat dan bahan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. 1 2 3 4 5 6 Dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual. Cuba lakukan latihan ini.

Bincang bersama rakan anda.bakul sampah. Sila anda senaraikan alat dan bahan selengkapnya untuk menghasilkan kraf tradisional Batik. kain lap. Anda boleh rujuk daripada buku atau layari website. jam..kotak tisu. Jenis kedua adalah alat dan bahan bantu untuk tujuan diatas untuk membantu pengajaran dan pembelajaran. kertas kartrij…….kerusi.kek harijadi.bata. 15 .kotak ubat gigi. bekas air.…. kertas surat khabar sebagai alas meja……..batu.kacang.bunga.rambutan.kasut.penyapu. Keduadua jenis itu pula boleh dibahagi kepada beberapa subkategori seperti berikut: A) Alat dan bahan untuk penghasilan Contoh: alat dan bahan untuk menghasilkan gambar catan: Alat: berus atau alat ganti untuk mengecat…….tiket.almari raket.botol. Peralatan lain: palet.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR bahan yang digunakan untuk penghasilan.rumpu.gula-gula.baju.cermin.daun. B) Alat dan bahan untuk membantu pengajaran dan pembelajaran: (ii) Alat dan bahan bantu yang ada dalam kehidupan seharian murid dan pengalaman sedia ada murid.cawan. Contohnya : Bola.beg.meja.roda. Bahan: warna air atau warna poster.tiang.sikat.

Contohnya: Jadual.kad huruf dan angka.papan tulis. (iii) Alat dan bahan media teknologi dan lain-lain jenis yang seumpama dengannya Sila senaraikan di sini : Koleksi Khas 16 .kad separuh bulatan.senarai. gambar rajah.petikan rencana………….papan flannel.kad perkataan dank ad ayat.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR (iii) Alat dan bahan bantu yang direka khas untuk menjelaskan konsep dan secara langsungnya tidak ada dalam kehidupan seharian murid.kad sisipan.carta.papan gulung.penyusunan grafik.

A http://images.com/pictures B C http://images.ask.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR Cuba anda perhatikan gambar di bawah dan perkaitannya dengan koleksi-koleksi yang boleh dipilih sebagai koleksi khas.com/pictures D Bolehkah anda kategorikan koleksi-koleksi tersebut kepada dua jenis ? 17 .ask.

Hasil kerja murid yang baik boleh dijadikan koleksi contoh untuk asas seni reka. Hasil kutipan benda maujud yang terdapat di persekitaran seperti kulit kerang dan kayu hanyut boleh dijadikan kajian dan analisis asas seni reka. cuba anda membuat kapsyen sebagai langkah mengkatelogkan bahan bantu sebelum disimpan. Organisasi rekaan dan pemahaman dan penghargaan. berdasarkan gambar di atas. 4.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR 2 Dimensi 3 Dimensi Seterusnya. 2. 3. Keratan-keratan dari akhbar dan majalah boleh dijadikan bahan buku skrap dan carta untuk digunakan dalam perbincangan dan kajian. Nama Pengkarya : Tajuk Media Teknik Tahun : : : : Koleksi bahan bantu boleh dikumpul melalui beberapa pendekatan antaranya ialah seperti berikut:1. Bahan tersebut boleh disimpan di dalam folio. Koleksi gambar slaid yang meliputi pelbagai aspek Pendidikan Seni Visual termasuk salinan karya pelukis-pelukis terkenal temapatan dan 18 .

Pemain kaset / CD / DVD perlu disediakan.com/fr?q=art+studio&desturi 19 .ask. Cuba anda senaraikan ruang-ruang khas untuk penyimpanan bahan bantu berdasarkan kenyataan di atas dan gambar di bawah. Koleksi lutsinar OHP / Power Piont boleh diusahakan oleh ahli panitia PSV bag memudahkan penyampaian pelajaran mereka. http://images. 5. Koleksi muzik perlu disediakan bagi menghidupkan suasana semasa aktiviti P&P dijalankan.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR antarabangsa boleh digunakan bagi tujuan meransang dan menimbulkan perasaan ingintahu murid. Bincang bersama rakan-rakan anda kesesuaian bahan bantu itu disimpan di ruang yang dipilih dengan mengutamakan keberkesanan penyimpanannya dan keselamatannya. Berikut adalah gambar-gambar contoh bahan bantu boleh disimpan. 6. 7. Buku-buku rujukan dan risalah berkenaan PSV boleh diperolehi dari pembekal untuk dijadikan rujukan dan panduan murid dalam pengajaran dan pembelajaran dan disimpan samada di Bilik Seni Visual atau Pusat Sumber Sekolah.

ask.com/fr?q=art+studio&desturi Prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan 20 .com/fr?q=art+studio&desturi http://images.com/fr?q=art+studio&desturi http://images.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR http://images.ask.ask.

Butir-butir yang terdapat dalam ruang-ruang buku stok hendaklah diisi dengan lengkap dan kemaskini. Sebagai contoh. Cuba anda renungkan bagaimanakah langkah yang betul untuk mengurus mengguna dan menyimpan semula alat dan bahan dalam aktiviti membuat tembikar dengan tanah liat. Setiap jenis alat dan bahan yang diperolehi patut dicatatkan dalam halaman secara berasingan. Dengan demikian. Berikut adalah antara prosedur yang perlu diambilkira dalam proses penyimpanan dan rekod stok. alat seperti berus. ianya memudahkan semakan stok pada akhir tahun yang berkenaan. Penerangan yang betul dan mengikut tertib kepada murid tentang bagaimana menggunakan alat dan bahan bantu dengan cara yang betul dan seterusnya cara menyimpan alat dan bahan supaya tidak rosak. menyemak dan mengesahkan Membuat inventori dalam buku stok Membuat rekod keluar masuk alat dan bahan Dua buku stok boleh digunakan.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR Pengendalian alat dan bahan merupakan aspek penting dalam pengurusan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan menjadi tanggungjawab guru Pendidikan Seni Visual untuk menguruskannya dengan sempurna.:Menyediakan senarai alat dan bahan yang diperlukan Membuat perolehan alat dan bahan daripada pembekal / sekolah Membuat penerimaan alat dan bahan. pellet dan bekas air perlu dibasuh dan dikeringkan sebelum disimpan supaya tidak rosak. Sebuah buku untuk mencatatkan butir-butir alat dan bahan kekal manakala sebuah buku lagi digunakan untuk alat dan bahan habis guna. Penyimpanan dan rekod stok Semua alat dan bahan yang dibeli hendaklah dicatatkan di dalam Buku Stok rasmi sepertimana yang dikehendaki oleh pihak Audit. 21 .

Jika terdapat penambahan stok pada item berkenaan boleh diisi ke dalam borang berkenaan sahaja. kehilangan atau kecurian alat dan bahan yang bernilai hendaklah dilaporkan kepada pihak sekolah.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR Semakan stok perlu dijalankan pada akhir setiap tahun. Umpamanya . 2. Sebarang kerosakan. Beri komen anda dengan hujah yang relevan. kertas lukisan (1 imperior) ingin ditambah dalam stok perlulah diisi ke dalam borang item kertas lukisan (1 imperior ) sahaja. Membuat rekod keluar masuk alat dan bahan serta dokumen langkah keselamatan adalah penting. Unit Tarikh masuk Tarikh lupus 1. 2 2 13/09/2009 13/09/2010 15/10/2010 Jumlah Item Catatan 22 . Setiap satu item alat dan bahan samada peralatan kekal atau tidak kekal hendaklah dicatatkan dalam satu-satu borang sahaja. Peralatan kekal Contoh Borang untuk penyimpanan stok Borang stok untuk peralatan kekal Bil Item ( Peralatan Kekal ) Meja guru Meja guru Bil.

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR Peralatan tidak kekal Contoh Borang untuk penyimpanan stok Borang stok untuk peralatan tidak kekal Bil Item ( Peralatan tidak Kekal) Kertas lukisan ( 1 imperior ) Kertas lukisan ( 1 imperior ) Bil. Panduan Keselamatan Kita kadang kala bertemu dengan kes murid-murid mendapat keracunan atau kemalangan di dalam bilik seni visual atau kelas sewaktu pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung dan hal sebegini akan menjejaskan reputasi kita sebagai guru secara tidak langsung. 2. Jelaskan. Unit Tarikh masuk Tarikh lupus 1. 200 dozen 22/09/2009 100 dozen 10/10/2010 Jumlah Item Catatan Tahukah anda perbezaan antara peralatan kekal dengan peralatan tidak kekal. Sila lihat senarai nama alat dan bahan bantu di bawah dan cuba anda fikirkan berdasarkan pengalaman anda atau pengalaman rakan dimanakah sepatutnya alat dan bahan berikut patut disimpan agar ianya selamat. Minyak turpentine Cat air kertas lukisan pisau NT kain linen batik fabric dye kertas warna Carta PSV berus lukisan pisau ukir cecair tinner tanah liat 23 .

Anda dan rakan-rakan anda cuba berbincang dan membuat analisis. langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru bagi mengelakkan sebarang kemalangan daripada berlaku.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR Pemantauan tajam oleh guru semasa murid menjalankan aktiviti mampu mengelakkan sebarang kemalangan yang tidak diingini. Bil 1 Kenyataan Guru perlu membaca label bahan Huraian sebab dan akibat 2 Kenalpasti murid yang bermasalah kesihatan 3 Guru perlu sediakan panduan keselamatan 4 Murid menjalankan aktiviti menghasilkan ukiran kayu 5 Memberi taklimat atau penerangan cara-cara menghasilkan batik lukis dan keselamatan fizikal Etika dan tanggungjawab Tugas Ahli Panitia Pendidikan Seni Visual adalah :- 24 .

Adalah menjadi tanggungjawab guru matapelajaran Pendidikan Seni Visual untuk memastikan keselamatan dalam studio sebelum.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR Menentukan bekalan alat dan bahan bantu seni visual mencukupi dan seimbang untuk kedua-dua aktiviti 2D dan 3D berpandukan kepada aktiviti-aktiviti yang dirancang dalam Rancangan Tahunan. alat dan bahan bantu untuk tujuan di atas untuk membantu pengajaran dan pembelajaran. etika dan tanggungjawab yang perlu diamalkan oleh guru Pendidikan Seni Visual selain huraian yang terdapat di atas dalam mempertabatkan profesion perguruan. Terdapat berbagai jenis alat dan bahan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran umpamanya seperti alat dan bahan yang digunakan untuk penghasilan. Cuba anda membuat analisis. prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan serta penyimpanan dan rekod stok. Aktiviti 2. mengetahui dan memahami rekabentuk dan proses menyediakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran. Dari masa ke semasa murid patut didedahkan kepada bahan rujukan mengenai bagaimana pelukis dan pakar seni dari pelbagai kebudayaan dan zaman menghasilkan karya-karya mereka.semasa dan selepas pengajaran dan pembelajaran diutamakan.1 25 . Membincang dan menyediakan senarai alat dan bahan yang diperlukan untuk dibeli oleh sekolah. Rumusan: Dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual. Filem dan gambar slaid seni boleh membantu murid dalam dalam pengkajian pemahaman dan penghargaan perlu didedahkan pepada murid. Kedua-dua jenis itu pula boleh dibahagi kepada beberapa subkategori seperti Pengendalian alat dan bahan merupakan aspek penting dalam pengurusan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan menjadi tanggungjawab Ketua Panitia dan ahli panitia Pendidikan Seni Visual untuk menguruskannya dengan sempurna.

Alat dan bahan bantu rekabentuk dan proses menyediakan bahan prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan penyimpanan dan rekod stok Carta organisasi panitia Pendidikan Seni Visual Salinan karya agung di dalam dan luar Negara Contoh-contoh kraf tradisional Kertas lukisan dan warna air Alat-alat membuat ukiran Mesin pembakar seramik Rak-rak kayu Aktiviti 2.2 26 . prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan dengan penyimpanan dan rekod stok.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR Huraikan tiga perkara yang membezakan antara rekabentuk dan proses menyediakan bahan.

TAJUK 3 PENGURUSAN BILIK DAN HASIL KERJA MURID 27 .PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR Hasilkan beberapa bahan bantu (sekurang-kurangnya 4 item) bertujuan sebagai membantu pengajaran dan pembelajaran. Tajuk yang dipilih ialah corak terancang dengan menggunakan teknik kolaj dan capan. Bidang yang hendak diajar adalah membuat corak dan rekaan.

3 Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini 3.etika dan tanggungjawab.4 Kandungan 28 . inventori dan penyimpanan. 3. anda seharusnya boleh memahami dengan jelas aspek pengurusan bilik Pendidikan Seni Visual dan pengendalian berkaitan dengan hasil kerja murid.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR 3. etika dan tanggungjawab. inventori dan penyimpanan.2. panduan keselamatan.1 Menganalisis susun atur bilik PSV serta menyenarai dan menjelaskan pelan bilik PSV yang kondusif mengambilkira aspek susun atur. 3.1 Sinopsis Tajuk ini meliputi Susun atur bilik Pendidikan Seni Visual.2 Hasil Pembelajaran 3. panduan keselamatan. Bagi melengkapkan diri anda sebagai guru mata pelajaran PSV.

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR PENGURUSAN BILIK DAN HASIL KERJA MURID Susun Atur Bilik PSV 29 .

ia merupakan persekitaran murid. mengurus pergerakan pelajar didalam kelas. 30 .penyelia prestasi murid serta pengenalpasti masalah potensi murid.mewujudkan suasana bilik yang kondusif.Secara ringkasnya konsep pengurusan bilik bermakna tindakan dan murid serta menarik perhatian murid strategi guru untuk mengekalkan bagi memastikan pengajaran dan peraturan bilik.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR Gambar 1: Susun atur perabut yang baik akan menjadikan suasana menarik Pengurusan bilik seni visual ialah suatu aspek yang penting dalam melaksanakan sesuatu pengajaran. tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan. Bilik seni visual merupakan lebih dari hanya sebuah ruang pembelajaran. mengurus bahan-bahan pengajaran untuk Pengajaran dan Pembelajaran yang lebih berkesan serta mengawal disiplin pelajar di dalam kelas supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat bejalan dengan lancar. Guru perlulah mengurus rutin harian bilik seni visual. menghadapi tingkahlaku pembelajaran yang efektif. mengurus murid-murid supaya melakukan aktiviti bilik seni visual. Lemlech (1979) mendefinisikan pengurusan bilik sebagai koordinasi dalam bilik yang mana menurutnya guru sebagai perancang kurikulum. pengorganisasi prosedur dan sumber.penyusun persekitaran kelas yang efisyen.guru dan penggalak interaksi antara guru dan murid. Bilik seni visual merupakan tempat di mana sekumpulan manusia berkumpul dan di ajar.

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR Zon / Bengkel Mencanting Batik Alat Pemadam Kebakaran Sudut Pameran Hasil Peti Kecemasan Kerja MuridSinki Kabinet Berpintu Peralatan PSV Dapur Gas Pintu 2 Meja 6 Meja 5 Sudut Buku Rujukan Tingkap Meja 4 Meja 3 Pusat Akses Sudut ICT Meja 2 LCD Meja 1 Pintu 1 Meja Gambar 2 : RajahGuru di bawah adalah contoh pelan bilik seni visual / Dekstop Stor Papan Putih Sudut Pameran skrin Hasil Kraf Tangan Papan Info 31 Tingkap .

4 Stor dan bilik-bilik khas yang berkaitan 1. guru hendaklah cuba mendapatkan contoh-contoh hasil kraf tempatan dan lain-lain lagi yang sesuai untuk dipamerkan dalam bilik seni.6 Carta-carta berkaitan dengan bilik seni Gambar 3 : Contoh hasil kerja murid yang boleh dipamerkan 32 .3 Zon-zon kerja tertentu 1. Selain hasil kerja pelajar.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR Berdasarkan pelan di atas.1 Bilik atau studio seni dari pelbagai sudut 1.5 Ruang-ruang lain yang berkaitan 1. cuba anda renungkan apakah perlu anda lakukan untuk menambahbaikkan lagi pengurusan bilik seni visual. Guru Pendidikan Seni hendaklah sentiasa berusaha bersama guru-guru seni yang lain untuk mewujudkan keadaan dan suasana yang sesuai dalam bilik seni visual. Guru Pendidikan Seni hendaklah memainkan peranan penting dalam aspek ini.2 Sudut-sudut pameran berkaitan 1. Pengurusan bilik seni visual merupakan satu aspek utama dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni. Ambil gambar-gambar berikut: 1. Bahan-bahan seni yang dipamerkan hendaklah disusun mengikut jenisnya. Suasana dalam bilik seni visual ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi sumber ilham bukan sahaja kepada pelajar dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah dan pelawat. Cuba anda kumpulkan maklumat tentang bilik atau studio seni dan buat presentasi dalam bentuk folio.

papan bulletin. Buletin sangat diperlukan untuk mempamerkan hasil karya pelajar selain sebagai tempat untuk menyampaikan maklumat. Guru perlu buka tingkap dan pastikan seberapa banyak cahaya dari luar masuk ke dalam bilik seni. Justeru. zon kerja dan stor penyimpanan. bahan pameran khas.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR Pengetahuan asas bagaimana untuk menyusun dan merekaletak alatan dan bahan pameran perlu dimiliki oleh guru seni visual kerana selain daripada tanggungjawab mengajar. Papan notis hendaklah diwarnakan sama dengan warna dinding agar terdapat kesatuan dengan bilik selain mampu menarik minat terhadap apa yang pamerkan. 33 . Persekitaran yang merangsang deria memberikan tenaga kepada minda untuk belajar (Koster. biasanya guru pendidikan seni juga dipertanggungjawabkan untuk menjaga bilik dan studio seni. guru seni digalakkan untuk memastikan murid menggunakan sinaran pencahayaan semula jadi dari luar. kaedah penyusunan dan kebersihan bilik darjah dan studio perlu menitikberatkan unsur estetika untuk memberi pengalaman estetik yang bermakna. Pencahayaan juga memainkan peranan penting kerana pemilihan warna juga dipercayai turut mempengaruhi murid menyiapkan dan menghasilkan karya. Oleh itu. Marjorie Schiller (1995) menerangkan bahawa bilik dan studio seni melambangkan cara kita menilai seni dan bagaimana seni memberikan makna kepada kehidupan kita. Kebanyakan kelas dan studio seni telah disediakan dengan lampu fluoresant atau lampu kalimantang. 2001). pencahayaan. Karen Haigh (1997) menyarankan agar pemilihan warna bagi bilik seni hendaklah sehingga tidak menafikan dan menenggelamkan hasil karya pelajar yang akan dipamerkan. Antara perkaraperkara yang perlu diberi perhatian bagi guru dalam mengurus bilik seni dan studio seni di sekolah ialah warna dinding.

Rak simpanan boleh digunakan untuk menyimpan bahan dan hasil karya pelajar seperti folio dan buku latihan. Guru juga perlu memastikan jarak di antara pelajar adalah sesuai bagi mengelakkan kesesakan semasa membuat kerja. Objek-objek hendaklah dipamerkan di lokasi yang mudah untuk dikunjungi oleh murid. Ruang yang mempamerkan objek ini akan merangsang deria murid di samping memberikan peluang kepada mereka untuk melihat dan menyentuh objek tersebut. keperluan bahan seni seperti berus dan warna diletakkan berdekatan di antara satu sama lain selain singki yang digunakan bagi membersihkan alatan setelah selesai kelas.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR Gambar 4 : adalah juga contoh hasil kerja murid yang boleh dipamerkan Selain mempamerkan hasil karya pelajar. Meja kerja perlu disediakan dan daripada jenis yang boleh dicantum sekiranya perlu bagi mendapatkan ruang yang lebih luas. Di samping itu. guru-guru seni visual boleh memperuntukkan satu ruang pameran yang mempamerkan objek semula jadi yang boleh membangkitkan rasa ingin tahu. Zon kerja merupakan lokasi murid menghasilkan karya dan menyiapkan kerja mereka. Gambar 5 : Ruang pameran hasil kerja murid 34 . Stor simpanan alatan perlu diwujudkan. Kedudukan rak-rak simpanan ini perlu separas dengan ketinggian murid supaya alatan yang disimpan mudah untuk diambil.

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR PENGURUSAN BILIK DAN HASIL KERJA MURID 35 .

Jawatankuasa tersebut diberikan tanggungjawab menyediakan bahan-bahan untuk dipaparkan sepanjang tahun berdasarkan empat kegiatan bidang KBSR PSV.” Jali bentangkan idea kedua. Manakala kerjaya dalam bidang Seni Visual memperolehi tiga undi sahaja.5 Situasi Pada awal tahun. Fong tampil ke depan kelas lalu berkata. Ekoran itu. Peta minda berserta contoh didapati paling popular menang dengan 30 undi. saya fikir adalah menarik jika kita sediakan pelbagai jenis pekerjaan yang berkaitan dengan bidang Seni Visual. satu undian pun berlangsung.” Setelah murid-murid diberikan penjelasan lanjut oleh ketiga-tiga murid tadi. Cikgu Anand telah membentuk jawatankuasa papan pamer bagi kelas Pendidikan Seni Visual yang beliau ajar. “Saya syorkan kita sediakan carta proses bagi keempat-empat kegiatan dan contoh hasil kerja yang terbaik. jawatankuasa papan pamer Tahun 6 Merdeka bersedia untuk membentangkan idea mereka dalam kelas. Pernahkah anda fikirkan manfaat yang diperolehi dengan membaca bahanbahan yang dipamerkan? Apakah pandangan anda mengenai papan pamer? Apakah perkara yang anda fikirkan penting dalam mewujudkan papan pamer bagi mata pelajaran PSV? Bagaimanakah papan pamer menyumbangkan kepada persekitaran bilik darjah yang kondusif? Catatkan pandangan anda terhadap kepentingan papan pamer. Hari ini.” Idea ketiga dikemukakan oleh Yatie. jawatankuasa papan pamer mengadakan perjumpaan selepas tamat persekolahan pada hari tersebut untuk mengagihkan tugas berkaitan.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR Bagaimanakah cara terbaik bagi seseorang guru PSV menguruskan bilik PSV dan hasil kerja murid? 3. 36 . diikuti dengan carta proses dan contoh terbaik sebanyak 12 undi. Cikgu Anand mengingatkan murid-murid bahawa mereka dibenarkan mengundi sekali sahaja. “Saya bercadang kita sediakan peta minda untuk keempat-empat kegiatan berserta contoh.

Oleh itu. Merujuk kepada sejauh mana bilik darjah itu menarik bagi guru dan murid-murid. (ii) adakan kontek mata dengan murid-murid yang duduk di bahagian belakang dan di sisi. persekitaran fizikal mempunyai enam fungsi iaitu keselamatan dan perlindungan. kegemaran. dan kebisingan yang keterlaluan. kamus dan buku istilah. interaktif dan sebagainya. Identifikasi simbolik. puzzle. Namun. 37 . penyempurnaan tugas.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR Menurut Steele (1973). Misalnya. di samping pelbagai bahan seperti bahan-bahan seni visual. Rumusan: Pengurusan Bilik Pendidikan Seni Visual merupakan satu aspek utama dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. pencapaian. buku kerja. Merujuk kepada pelbagai tugas dan aktiviti yang akan dikendalikan dalam bilik darjah seperti aktiviti secara individu atau kumpulan. keseronokan dan pertumbuhan serta perkembangan. dan (iv) tukar tempat duduk murid-murid agar setiap murid berpeluang untuk duduk di depan. tetapi juga mengiktirafkan pencapaian murid-murid yang berkenaan. Amat penting untuk anda ingat bahawa tiada satu susun atur yang paling berkesan sekali. mengkaji. aktiviti mengikut stesen atau litar. Merujuk kepada susun atur meja yang menentukan sejauh mana murid-murid dapat dapat berinteraksi antara satu sama lain. Ia bukan sahaja menjadikan bilik darjah lebih menarik. Kontek Sosial. Bilikdarjah merupakan satu tempat di mana murid-murid berpeluang untuk meneroka. bahan manipulatif. Penyempurnaan tugas. Guru Pendidikan Seni Visual hendaklah sentiasa berusaha bersama-sama guru-guru PSV yang lain untuk mewujudkan suasana kondusif dalam bilik Pendidikan Seni Visual bagi menjamin kualiti pengajaran dan pembelajaran. • • • • • • Keselamatan dan perlindungan. identifikasi simbolik. memerhati. Pamerkan hasil kerja murid-murid di papan pamer. Bagi memaksimunkan kontek sosial dengan murid-murid anda. Merujuk kepada keadaan bangunan sekolah yang baik dan mampu melindungi guru dan muridmurid daripada cuaca buruk. anda perlu mematuhi beberapa syor berikut: (i) elakkan daripada berdiri di satu tempat sepanjang sesi pengajaran. ataupun aktiviti amali atau latihan bertulis. dan latar belakang mereka. kebanyakan bilik darjah tidak bercorak personal. melayari internet atau alat multi-media yang lain. Merangkumi maklumat mengenai guru dan murid-murid termasuk minat. Seseorang guru Pendidikan Seni Visual hendaklah memainkan peranan penting dalam aspek ini. Keseronokan. Pertumbuhan dan perkembangan. menguji dan menemui sesuatu yang baru. Guru mengajar mata pelajaran PSV (amali) juga hendaklah pastikan muridmurid dimaklumkan tentang langkah-langkah keselamatan semasa menggunakan alat-alat tajam dan dapur (memasak lilin) di bilik PSV. sediakan kawasan yang terbuka dan sudut yang kecil tetapi mesra. kontek sosial. cat dinding dengan warna yang dingin atau sejuk. sediakan buku-buku bacaan yang biasa.

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR 3. anda dalam 38 . (ii) Bincangkan kepentingan panduan keselamatan dalam menguruskan bilik Pendidikan Seni Visual.6 Latihan B (i) Berikan pendapat anda tentang suasana kondusif bilik PendidikanSeni Visual yang menyumbang ke arah pembelajaran yang bermakna. • Kemukakan pandangan ruangan forum OLL.

(2004). buat rumusan tentang kualiti pengurusan bilik seni dengan berpandukan buku Sekolah. 39 . KL:Kementerian Pelajaran Malaysia.92 1.35 0.55 0 2.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR (iii) Rujuk jadual di bawah.1 Pur 0.3 2 11.5 1.66 1 25.1 1. • E-melkan dapatan anda kepada pensyarah dalam tempoh tiga minggu selepas anda menerima modul ini.5 0. Anda juga boleh kaitkan cadangan tersebut berpandukan senario di sekolah anda atau sekolah lain yang mempunyai bilik PSV. Analisa dapatan pemantauan Jemaah Nazir (2006) terhadap pengurusan bilik seni di beberapa buah sekolah rendah terpilih. Sertakan gambar-gambar yang berkaitan. No.74 2 11. Item Item 109 110 111 112 113 114 Bilik Seni Kondusif Stor PSV diuruskan dengan baik Mempunyai prosedur senggara BBM Buku stok/inventori diuruskan dengan kemas kini Sudut Seni diwujudkan dan dimanfaatkan secara kreatif Penggunaan bengkel secara optimum Standard kualiti pendidikan Malaysia. (iv) Berdasarkan analisa yang anda perolehi.55 4 24. Jemaah Nazir 0 8 9 21 11 6 8 1 2 1 1 4 6 5 1 0 1 1 7 16 1 Skor 3 4 % 2 4 3 5 4 1 1 5.9 * Pur = purata (v) Buat penjelasan tentang suasana bilik Pendidikan Seni yang kondusif dengan menyediakan sebuah pelan lantai cadangan. Sekolah: Pernyataan standard.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->