You are on page 1of 27

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

TUGASAN : T1A1 : KAJIAN DOKUMEN (PERKAHWINAN MASYARAKAT INDIA)

SEMESTER : MEI 2013

NAMA NO. MATRIK

: MAIMANAH BINTI MURAD : 830617015812001

NO. KAD PENGENALAN : 830617015812 NO. TELEFON EMEL NAMA EOS : 019-5405384 : maimanah_murad@oum.edu.my : DR. MOHANARAJU A/L ANNAMALAI

PUSAT PEMBELAJARAN : PP GREENHILL TARIKH HANTAR SEMESTER : 5 JULAI 2013 :5 Muka surat | 1

ISI KANDUNGAN

1.0 2.0 3.0 4.0

Pengenalan Definisi Adat Perkahwinan Sejarah Kedatangan Kaum India Di Malaysia Perkahwinan Masyarakat India 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 Adat Merisik Adat Kunjungan Ke Rumah Pengantin Adat Ikat Janji Adat Parisam (Pertunangan) Sebelum Majlis Perkahwinan 4.5.1 4.5.2 4.5.3 4.5.4 Kad Jemputan Penyediaan Thaali (Tjirumaanggalyam) Adat Mukuurtta Kaal (Berinai) Menanam Pokok Pisang

3 3 4 4 4 5 6 9 13 13 13 14 21 23 23 23 24 24 25 26 26 27

5.0 6.0

Pantang Larang Yang Diamalkan Juadah dan Kuih Muih Utama 6.1 6.2 6.3 6.4 6.5 Nasi Daun Pisang Maruku Putu Mayam Nasi Beriyani Kuih Vadai

7.0 8.0

Kesimpulan Rujukan

Muka surat | 2

PERKAHWINAN MASYARAKAT INDIA

1.0

PENGENALAN

Malaysia kaya dengan seni, adat dan budaya yang terhasil daripada gabungan masyarakat pelbagai kaum dan etnik. Mereke didedahkan dengan keunikan itu, malahan sesetengahnya mencedok adat resam dan budaya itu dalam acara tertentu seperti perkahwinan. Akomodasi yang wujud antara etnik juga mewujudkan rasa hormat antara budaya dengan perbezaan yang ditonjolkan. Masakan tidak, terdapat sesetengah adat resam diamalkan masyarakat India mempunyai persamaan dengan kebudayaan masyarakat Melayu dan boleh dilihat dalam aspek perkahwinan.

Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah satu kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sesebuah masyarakat majmuk di negara kita. Seperti masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. Adat resam yang diamalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan masyarakat melayu. Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan. Seperti juga masyarakat lain, masyarakat India juga terdiri daripada pelbagai suku kaum, justeru itu maklumat berikut hanya memaparkan adat resam masyarakat India secara umum.

2.0

DEFINISI ADAT PERKAHWINAN

Menurut Kamus Dewan, adat bermaksud suatu peraturan yang diamalkan secara turun temurun sejak dahulu kala di dalam masyarakat sehingga dijadikan hukum dan peraturan yang harus dipatuhi. Adat juga didefinasikan sebagai suatu cara yang sudah menjadi kebiasaan.

Perkahwinan pula adalah sesuatu hubungan sah di sisi undang-undang yang disempurnakan melalui upacara sivil atau keagamaan antara dua individu yang ingin tinggal bersama sebagai pasangan seksual dan serumah.

Muka surat | 3

Oleh itu, dapat disimpulkan di sini bahawa adat perkahwinan ialah peraturan atau cara-cara melakukan sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan untuk menyambut sesuatu peristiwa seperti perkahwinan.

3.0

SEJARAH KEDATANGAN KAUM INDIA DI MALAYSIA

Kaum India Malaysia ialah satu kaum di Malaysia yang berketurunan daripada mereka yang berhijrah dari India Selatan semasa pemerintahan British di Tanah Melayu. Kaum India telah berhijrah ke Malaysia sejak 2000 tahun yang lalu. Kedatangan mereka secara berkumpulan seperti komuniti Chitty Melaka dan komuniti Mamak semasa kesultanan Melaka dan semasa pendudukan Melaka oleh orang Portugal dan Belanda. Tujuan penghijrahan mereka ke Tanah Melayu ialah mensasarkan tujuan perniagaan atau perdagangan. Pada tahun 2005, orang India merupakan lebih kurang 7% daripada jumlah penduduk di Malaysia iaitu sekitar 1.8 juta rakyat.

4.0

PERKAHWINAN MASYARAKAT INDIA

Thirumanam bermaksud penyatuan atau ikatan suci melalui perkahwinan antara pasangan suami isteri agar kekal hingga ke akhir hayat. Perkahwinan masyarakat India di Malaysia diklasifikasikan kepada beberapa jenis iaitu vaitiikat tirumanam, tamil tirumanam, eliyat tirumanam. Perkahwinan masyarakat India biasanya dilaksanakan mengikut golongan etnik iaitu Tamil, Malayalam, Telugu dan sub etnik iaitu Chetti, Mutaliyar, Veelaalar, Teevar dan sebagainya serta status ekonomi, pedanda iaitu Brahmin Gurukkal, Gurukkal, Pandaaram dan sebagainya. Golongan etnik Tamil merupakan etnik yang terbesar di Malaysia.

Terdapat beberapa adat yang dilaksanakan sebelum majlis perkahwinan sebenar dijalankan. Antara adat tersebut ialah :

4.1

Adat Merisik

Dalam peringkat merisik, beberapa aspek perlu diberi perhatian seperti faktor etnik, sub etnik, kasta dan agama. Selain itu, faktor-faktor lain seperti status ekonomi dan status sosial merangkumi aspek seperti umur, tahap pendidikan, jenis pekerjaan, etika dan moral, rupa paras dan latar belakang keluarga juga turut diambil kira. Selalunya maklumat-maklumat ini diperolehi secara langsung dari pihak yang terlibat dan juga secara tidak langsung menerusi Muka surat | 4

sahabat-handai dan saudara mara. Ada kalanya orang tengah yang dipanggil tirumana taraga akan membantu dalam kerja-kerja merisik. Tetapi kini peranan tersebut telah diambil alih oleh ejen-ejen perkahwinan yang berdaftar.

4.2

Adat Kunjungan Ke Rumah Pengantin

Adat ini dilakukan selepas adat merisik dilakukan. Bakal pengantin lelaki akan mengunjungi bakal pengantin perempuan untuk melihat sendiri paras rupa dan perawakan calon isterinya. Adat ini dikenali sebagai pen paarttal atau dalam bahasa Melayu dipanggil sebagai melihat bakal isteri. Ketika itu wakil pihak lelaki perlu datang dalam jumlah ganjil walaupun bilangan tersebut ramai.

Buah tangan seperti kelapa, sirih, pinang, cendana, buah-buahan, bunyi-bunyian serta serbuk kumkum akan dibawa. Barang-barang ini dibawa sebagai tanda kedatangan mereka atas niat yang baik dan untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Pihak perempuan akan menerima hantaran tersebut sekiranya bersetuju. Jika tidak, mereka hanya melayan orang yang datang sebagai tetamu dan tidak boleh mengambil barang-barang tersebut.

Bakal pengantin perempuan akan memakai sari dan dipertanggungjawabkan menghidang air minuman. Pada masa itu bakal pengantin lelaki berpeluang melihat pengantin perempuan dengan lebih dekat lagi. Oleh itu bakal pengantin perempuan perlu melayani para tetamu yang bertandang termasuklah bakal suami. Kemudian kunjungan ini dibalas oleh wakil perempuan. Kali ini pengantin perempuan tidak turut serta. Dalam masyarakat India, adat pen paarttal juga bertujuan untuk mengetahui latar belakang bakal pengantin lelaki.

Adat penyesuaian bakal pengantin dikenali sebagai Thairumanam Poruttam Paartal dijalankan terlebih dahulu, dalam ajaran Hindu tidak terdapat konsep perceraian. Terdapat 21 aspek perlu diambil kira untuk menentukan kesesuaian pasangan bakal pengantin dengan cara tilikan dimanak Hindu. Di antara yang masih diamalkan oleh masyarakat Hindu iaitu Tina poruttam/Natcattira poruttam, Kana poruttam, Mahentira poruttam, Pentiikka poruttam, Yooni poruttam, Raasi poruttam, Raasiyaati paati poruttam, Vaiya poruttam, Racau poruttam dan Veetai poruttam.

Muka surat | 5

4.3

Adat Ikat Janji

Ikat janji atau niccayam dilakukan selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak. Wakil lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dalam jumlah bilangan yang ganjil dengan membawa beberapa barangan seperti kelapa, sirih pinang, bunga-bungaan, buahbuahan, cendana dan kumkum untuk diberikan kepada wakil perempuan.

Rombongan pengantin lelaki dengan hantaran

Muka surat | 6

Hantaran disusun

Sebaik sahaja sampai ke rumah bakal pengantin perempuan, bapa kedua-dua belah pihak akan berbincang mengenai perkahwinan tersebut. Sekiranya bapa salah seorang bakal pengantin telah meninggal dunia, perbincangan akan diadakan dengan saudara-mara. Sekiranya kedua-dua belah pihak pengantin bersetuju, mereka akan mengikat janji.

Muka surat | 7

Hantaran utama seperti emas dan sari

Bakal pengantin perempuan Muka surat | 8

Persetujuan ibu bapa

Bakal pengantin lelaki seterusnya akan melafazkan ikat janji bagi menyatakan persetujuan untuk mengahwini bakal pengantin perempuan. Seterusnya perkahwinan tersebut akan diumumkan kepada orang ramai. Sebagai tanda ikatan, kedua-dua pengantin akan menukar sirih pinang yang dinamakan taambuulan marrutal. Kemudian mereka akan membincangkan mengenai hari perkahwinan dan tentang belanja untuk pengantin perempuan, kad jemputan dan sebagainya. Kemudian upacara niccayam akan dilakukan dan lazimnya akan dijalankan dengan bertukar-tukar kalungan bunga.

4.4

Adat Parisam (Pertunangan)

Adat parisam terbahagi kepada dua iaitu parisam biasa atau udan parisam. Parisam biasa adalah pemberian hadiah yang dijalankan lebih awal daripada hari perkahwinan, manakala udan parisam adalah pemberian hadiah yang dilakukan pada hari yang sama di sebelah pagi sebelum perkahwinan dilangsungkan. Dalam masyarakat India, parisam umpama sebuah majlis pertunangan. Adat pemberian parisam akan diadakan pada hari yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Pihak pengantin lelaki akan menyediakan beberapa jenis hantaran dalam jumlah ganjil. Hantaran ini perlu disediakan oleh wanita yang sudah bersuami sahaja dan mereka dipanggil cumanggali. Muka surat | 9

Parisam akan dibawa ke rumah pengantin perempuan diketuai oleh bakal pengantin lelaki dengan memakai pakaian tradisional masyarakat India. Pada masa yang sama alat muzik tradisional seperti naatasawaram dan meelam dimainkan. Pihak perempuan akan menyediakan buyung yang dikenali sebagai puurana kumbum yang diletakkan di ruang tamu. Lampu minyak yang dipanggil sebagai kuttu vilakku diletakkan bersebelahan puurana kumbum sebagai menunjukkan kurniaan tuhan.

Bagi memulakan adat tersebut, upacara sembahyang akan dilakukan terlebih dahulu. Kemudian bapa pengantin perempuan akan membawa parisam yang mengandungi sari dan diberi kepada anaknya. Pada masa yang sama pengantin perempuan menulis sesuatu dengan menggunakan kunyit sebagai meminta restu daripada tuhan. Setelah itu barulah pihak lelaki dan jemputan lain boleh melihat puurana kumbum dengan lebih dekat lagi. Pada hari tersebut, bakal pengantin perempuan memakai sari parisam dan dipimpin keluar oleh seorang wanita lain ke ruang tamu. Pada masa ini beberapa orang saudara-mara boleh mengalungkan kalungan bunga pada bakal pengantin perempuan. Ini dikenali sebagai orrai-maalai atau kalungan tunggal. Pengiring akan memberi kad jemputan kepada kedua-dua pihak pengantin.

Bakal pengantin perempuan dengan sari tunang

Muka surat | 10

Sesi tukar cincin antara bakal pengantin perempuan dan bakal pengantin lelaki

Acara minta restu

Muka surat | 11

Sesi bergambar antara bakal pengantin di hari pertunangan Usai selesai majlis, jamuan makan pula diadakan. Kebiasaannya makanan vegetarian akan dihidangkan.

Jamuan makan Muka surat | 12

Tiga upacara penting iaitu mengunjungi rumah pengantin (pen paartal), adat ikat janji (niccayam) dan pemberian hadiah (parisam) merupakan adat yang sering dilakukan oleh masyarakat India. Namun begitu ada di kalangan mereka yang tidak lagi melakukan upacara tersebut untuk mengelakkan pembaziran.

4.5

Sebelum Majlis Perkahwinan

Sebelum majlis perkahwinan berlangsung, terdapat beberapa perkara penting yang perlu dijalankan terlebih dahulu. Antaranya ialah :

4.5.1 Kad Jemputan Kad jemputan memainkan peranan yang penting dalam perkahwinan masyarakat India. Kad jemputan ini dibuat berdasarkan almanak Hindu. Sekiranya terdapat kesilapan, bermakna perkahwinan tidak dapat dijalankan dengan lancar. Kad jemputan yang telah dicetak disapu dengan serbuk kunyit cair sebagai lambang keharmonian.

Beberapa keping kad jemputan dalam bilangan ganjil akan dibawa bersama ke kuil untuk dibawa bersembahyang (arccanai). Kad diletakkan di atas dulang bersama sirih, wang ringgit, kelapa, pinang dan sebagainya sebagai lambang kekayaan. Upacara ini dinamakan sebagai paanam paaku. Kemudian dulang akan dibawa ke rumah pengantin perempuan untuk diberi kepada pengantin lelaki dan begitulah sebaliknya. Pada masa yang sama sirih pinang akan diberikan sebagai tanda jemputan perkahwinan secara rasmi.

4.5.2 Penyediaan Thaali (Tjirumaanggalyam) Thaali atau tjirumaangalyam merupakan lambang suci perkahwinan yang dikalungkan pada leher kedua-dua pengantin. Pada thaali itu diikat segumpal benang putih yang disapu dengan kunyit. Terdapat pelbagai jenis thaali yang digunakan oleh masyarakat India seperti lingath thaali, pottut thaali, tennant thaali dan sebagainya. Ini disebabkan terdapat pelbagai suku di kalangan masyarakat India. Adat penyediaan thaali ini dilakukan tujuh atau sembilan hari sebelum hari perkahwinan. Pihak lelaki akan membawa emas, cendana, kumkum, sirih pinang, kelapa dan bayaran untuk pembuat thaali. Ini adalah untuk memastikan tukang thaali mengetahui hari yang sesuai untuk membuat thaali. Tiga hari sebelum perkahwinan, thaali akan diambil dan diletakkan di tempat sembahyang atas suruhan pembuat thaali. Pihak pengantin adalah dilarang untuk menawar perkhidmatan yang dilakukan oleh pembuat thaali.

Muka surat | 13

Selepas itu upacara sembahyang dilakukan dan ini dinamakan sebagai thaalippadaiyal. Dalam upacara itu bubur manis dan nasi manis disediakan termasuklah dhoti dan sari untuk pasangan pengantin. Secara umumnya thaali tidak diwajibkan diperbuat daripada emas. Ini kerana thaali masih boleh dibuat daripada kunyit yang dikatakan lebih selamat dan tidak dicuri orang.

Thaali yang disediakan

4.5.3 Adat Mukuurtta Kaal (Berinai) Adat ini dilakukan lima hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Adat mukuurtta kaal ini diadakan pada hari yang baik mengikut firasat masyarakat India. Untuk menjalankan adat tersebut sebatang pokok yang masih muda dan lurus akan ditebang untuk dijadikan mukurtta kaal. Batang pokok tersebut berukuran dua atau tiga meter dan mempunyai lilitan batang antara 20 hingga 30 sentimeter.

Muka surat | 14

Kayu kuning

Kayu ditanam

Muka surat | 15

Atas kayu

Adat mendirikan mukuurtta kaal adalah sebagai menandakan perkahwinan akan dilangsungkan di rumah tersebut. Bahan-bahan lazim seperti sirih pinang, kum kum, kunyit dan sebagainya disediakan. Ahli-ahli keluarga pengantin akan bermohon pada Tuhan supaya perkahwinan dapat dilangsungkan tanpa gangguan. Batang kayu diambil dan dibersihkan serta dibuang kulitnya. Lima orang perempuan yang sudah berkahwin akan menyapukan kunyit cair dan kumkum pada batang kayu tersebut dari pangkal hingga hujung. Kemudian hujung kayu diikat dengan daun ara atau mangga menggunakan kain bewarna merah. Kayu akan dipacak sedalam setengah meter dan bahan-bahan tadi akan dimasukkan ke dalam lubang tersebut sebagai lambang kekayaan. Kemudian upacara sembahyang dilakukan oleh pengantin beserta lima orang perempuan tersebut. Sebanyak sembilan jenis bijirin ditabur pada batang kayu dan lampu minyak dinyalakan. Pada masa yang sama pengantin berikrar akan menjaga alam sekitar sebagai lambang persahabatan dengan alam sekitar. Kebiasaannya adat mendirikan mukuurtta kaal dilakukan di rumah pengantin lelaki. Selepas adat ini dilakukan, pengantin lelaki tidak dibenarkan keluar selama tiga hari sebelum hari perkahwinan.

Muka surat | 16

Upacara Mukuurtta Kaal di pihak perempuan

Upacara Mukuurtta Kaal di pihak perempuan

Muka surat | 17

Upacara Mukuurtta Kaal di pihak perempuan

Upacara Mukuurtta Kaal di pihak perempuan

Muka surat | 18

Upacara Mukuurtta Kaal di pihak perempuan

Upacara Mukuurtta Kaal di pihak perempuan Muka surat | 19

Upacara Mukuurtta Kaal di pihak lelaki

Upacara Mukuurtta Kaal di pihak lelaki

Muka surat | 20

4.5.4 Menanam Pokok Pisang Pohon pisang mendapat tempat istimewa dalam kehidupan seharian masyarakat India. Pohon berkenaan berguna semasa upacara yang menggembirakan seperti majlis perkahwinan mahupun semasa upacara yang menyedihkan seperti kematian. Apabila pasangan mendirikan rumah tangga, generasi tua kaum India selalunya akan merestui mereka supaya hidup beranak-pinak seperti pohon pisang. Perbandingan seumpama ini digunakan kerana pohon pisang memang subur dan mampu melahirkan zuriat secara produktif dan berterusan. Pada majlis perkahwinan kaum India beragama Hindu, lazimnya sepasang pohon pisang subur ditempatkan di pintu masuk ke tempat upacara dan amalan ini adalah suatu kemestian. Pohon pisang yang dipilih pula mestilah yang sedang berbuah dan masih ada jantung pisang.

Jantung, buah, daun dan batang pohon pisang ada cerita tersendiri. Sebaik sahaja melihat sepasang pohon pisang diletakkan menegak (sebenarnya diikat ke tiang atau kayu), maka orang ramai akan sedia maklum bahawa suatu majlis atau upacara yang menggembirakan sedang berlangsung. Pohon pisang itu akan dipasang beberapa hari sebelum majlis perkahwinan dan biasanya dibiarkan menghiasi tempat berkenaan selama beberapa hari. Sekiranya pohon pisang

Muka surat | 21

tersebut tumbang (akibat angin kencang atau kerana tidak diikat dengan baik, misalnya) maka generasi tua beranggapan kejadian itu membawa alamat buruk. Walaupun generasi muda kaum India dikatakan semakin berfikiran moden serta tidak mahu terpengaruh dengan amalan dan budaya tradisional, kepercayaan dan pantang-larang berkaitan pohon pisang terus menjadi ikutan. Pohon pisang turut mempunyai peranan utama dalam membuang sial bagi pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga. Kaum India pada dasarnya terus berpegang teguh pada tilik dan rasi; khususnya dalam soal perkahwinan yang dianggap tuaian seribu tahun.

Katakanlah, mengikut tilikan, seorang pemuda didapati akan beristeri dua. Perlu diingat bahawa dalam konsep perkahwinan kaum India-Hindu, monogami menjadi pegangan. Secara tradisi, isteri kedua hanya diambil jika isteri pertama meninggal dunia.

Memanglah amalan monogami yang dinyatakan di atas boleh dipertikaikan pada masa kini. Apatah lagi dengan adanya konsep bercerai yang sah di sisi undang-undang. Namun begitu, rata-rata generasi muda kaum India masih percaya pada tilik dan rasi dalam soal perkahwinan.

Apabila seorang pemuda dirasikan akan beristeri dua, maka suatu upacara perkahwinan khas akan diatur. Si pemuda akan berpakaian lengkap seperti pengantin. Bezanya, tempat pengantin wanita akan diganti dengan pohon pisang. Pengantin lelaki akan mengikat taali ke leher pohon pisang tadi yang diibaratkan sebagai pengantin wanita. Maka sempurnalah majlis perkahwinan pertama bagi pemuda berkenaan. Sejurus selepas itu, sami yang menyempurnakan upacara perkahwinan itu tadi akan mencantas pohon pisang berkenaan menggunakan parang. Maka matilah isteri pertama pemuda berkenaan.

Selepas itu, akan diadakan upacara perkahwinan antara pemuda tadi yang sudah menjadi duda dengan pengantin wanita yang sebenar. Wanita ini dianggap sebagai isteri kedua bagi pemuda berkenaan.

Muka surat | 22

Memandangkan tilikan dan rasi menyebut bahawa pemuda terbabit akan ada dua isteri, isteri baru itu tidak perlu risau kerana isteri pertama (pohon pisang) sudah mati. Maka, mengikut kepercayaan kaum India, tidak akan timbul soal pemuda itu menduakan isterinya.

5.0

PANTANG LARANG YANG DIAMALKAN

Pantang larang semasa merisik adalah bakal pasangan akan saling membalas kunjungan ketika merisik. Tetapi ketika rombongan bakal pengantin perempuan, bakal pengantin perempuan dilarang ikut serta kerana dianggap tidak sopan.

Selain itu, sebelum majlis perkahwinan berlangsung, kad jemputan perlu disediakan dan dibuat berdasarkan almanak hindu tanpa kesilapan ,jika terdapat kesilapan bermakna perkahwinan tersebut akan tidak dapat dijalankan dengan lancar .

Jika jamuan perkahwinan dilakukan di kuil, maka hanya sayur-sayuran boleh dihidangkan kepada para tetamu dan makanan lain tidak boleh dihidangkan terutamanya daging lembu, kerana agama Hindu melarang makan daging lembu.

6.0 6.1

JUADAH DAN KUIH MUIH UTAMA Nasi Daun Pisang

Nasi daun pisang ini merupakan makanan bagi vegetarian India. Hidangan ini berasal dari Tamil Nadu di India. Nasi daun pisang ini mendapat nama kerana meggunakan daun pisang sebagai alas nasi. Di dalam nasi daun pisang, nasi dihidangkan di atas daun pisang bersamasama dengan aneka sayur-sayuran, kari daging atau ikan jeruk dan papadum. Secara tradisionalnya, ia dimakan dengan menggunakan tangan. Daun pisang digunakan kerana apabila nasi yang panas dihidangkan di atas daun pisang, ia akan melepaskan wap lapisan atas daun pisang yang dapat membantu sistem penghadaman. Nasi daun pisang selalunya diletakkan di hadapan pelanggan dan nasi yang masih panas serta berwap akan ditimbunkan di atas daun pisang. Selepas itu, mangkuk lauk yang terdiri daripada sayur-sayuran akan dibawa dan ditawarkan kepada pelanggan. Selain itu, mangkuk lauk pilihan yang berisi rendang kambing (mutton varuval), kari sotong, masala udang, ikan atau ayam akan ditawarkan.

Muka surat | 23

6.2

Maruku

Murukku merupakan sejenis makanan yang dihidangkan bagi tujuan perayaan bagi kaum India termasuklah perkahwinan.

6.3

Putu Mayam

Makanan ini biasanya dikhaskan untuk majlis keramaian atau pun sebagai sarapan pagi atau petang. Biasanya, orang India akan memakan Putu Mayam ini dengan kari tetapi di Malaysia ia lebih enak dimakan bersama kelapa parut dan gula perang (Gula Merah).

Muka surat | 24

Putu Mayam dimakan dengan gula merah dan kelapa parut.

Putu Mayam dimakan dengan kari.

6.4

Nasi Beriani

Nasi beriyani juga antara hidangan utama semasa majlis perkahwinan India. Nasi beriyani boleh di masak secara mengukus dan nasi beriyani yang di masak secara mengukus kurang berminyak berbanding nasi yang lain. Di samping itu, ianya boleh di makan dengan pelbagai jenis aneka lauk mengikut kesesuaian sendiri.

Muka surat | 25

6.5

Kuih Vadai

Antara kuih muih utama yang dihidangkan. Terdapat dua jenis Vadai iaitu Ulundu Vadai yang diperbuat dari kacang dal dan kentang. Terdapat juga campuran hirisan cili hijau, daun kari dan bawang merah.

Vadai kacang dhal

Vadai kentang

7.0

KESIMPULAN

Kesimpulannya, pada zaman modem sekarang ramai kaum india juga terus mematuhi adat dan pantang larang yang diwarisi oleh nenek moyang kerana keadaan ini membuktikan tradisional budaya dan unik terhadap kaum india .

Muka surat | 26

8.0

RUJUKAN

1) Fatin Hafizah Mohd Shahar. (2013). Adat Perkahwinan India : Kepesatan Dunia Moden Tidak Gugat Adat Resam Majlis. BH Famili 28 Jun 2013 (4-5). Berita Harian. Kuala Lumpur.

2) http://www.themalaysianinsider.com/print/opinion/pohon-pisang-dalam-suka-dan-duka/

3) http://jeyadanielz.blogspot.com/2012/10/perkawinan-india-tamil.html

4)http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/budaya/3244-perkahwinan-masyarakat-india.html

5)http://budayakaumindia.blogspot.com/2011/12/adat-resam-dalam-perkahwinan-kaumindia.html

6) http://eportfolio.utm.my/artefact/file/download.php?file=39658&view=4566.

Muka surat | 27

You might also like