You are on page 1of 5

Makanan ialah salah satu daripada keperluan hidup manusia selain daripada oksigen,air dan udara.

Kesihatan seseorang amat berkait rapat dengan gaya hidup dan amalan pemakanan yang sihat. Tetapi, adakah kita prihatin sama ada makanan yang dicerna oleh badan kita itu bagus atau mendatangkan kemudaratan?Adakah kita mengamalkan pemakanan yang seimbang? Makanan seimbang atau gizi seimbang merupakan satu tabiat pemakanan yang merangkumi semua kelas makanan dalam kuantiti yang betul bagi membekalkan tenaga yang diperlukan tubuh seharian.Terdapat tujuh kelas utama makanan yang perlu diketahui iaitu karbohidrat, protein, lemak,vitamin, garam mineral, serat/pelawas dan air. Karbohidrat seperti nasi,roti dan mi merupakan pembekal tenaga yang utama kepada badan kita.Protein daripada sumber daging,ikan dan telur misalnya penting untuk membaiki tisu rosak dan menjana tumbesaran badan.Lemak seperti minyak,susu dan marjerin berfungsi sebagai penebat haba dan bertindak melindungi organ dalaman.Vitamin dan mineral daripada makanan seperti sayur-sayuran,garam dan buah-buahan pula memberikan pelindungan dan daya tahan tubuh badan terhadap penyakit serta mengekalkan kesihatan badan. Serat atau dikenali sebagai fiber yang juga terdapat dalam kumpulan makanan sayur-sayuran dan buah-buahan membantu proses pencernaan dan mengelakkan sembelit manakala air penting untuk mengangkut oksigen dan hasil pencernaan sekaligus membantu pencernaan selain turut mengawal suhu badan. Pengambilan makanan berkhasiat dan seimbang penting dalam memastikan pertumbuhan yang normal. Amalan pemakanan sihat harus dititik beratkan pada setiap peringkat pertumbuhan terutamanya peringkat kanak-kanak dan remaja bagi

memastikan tubuh mendapat nutrien yang secukupnya untuk membesar. Amalan pemakanan seimbang juga memberi kesan kepada perkembangan mental yang sihat sepertimana slogan Badan Sihat Otak Cerdas".Kekurangan zat makanan tertentu misalnya vitamin B1 boleh menyebabkan mental seseorang tidak cerdas, mudah letih,gagal berfikir dengan efektif dan memberi gangguan mental atau emosi.

Kesihatan diri amat berharga melebihi nilai emas dan permata.Namun ramai yang tidak menyedari akan kepentingan amalan pemakanan seimbang bagi menghindari penyakit akibat kekurangan nutrien dan penyakit-penyakit kronik seperti serangan sakit jantung, obesiti, darah tinggi dan kanser.Pengambilan makanan berkhasiat membantu dalam mengekalkan ketahanan badan terhadap penyakit.Selain itu,pemakanan yang seimbang dan berkhasiat penting untuk membekalkan tenaga untuk melakukan aktiviti fizikal harian tanpa kegagalan seperti berjalan,menaiki tangga,berlari dan sebagainya. Gizi seimbang bukanlah bermaksud seseorang perlu mengambil makanan daripada setiap kelas makanan dalam kuantiti yang sama banyak.Amalan gizi seimbang membekalkan tenaga optima yang diperlukan tubuh badan untuk menjalani kehidupan harian.Tenaga disukat dalam unit kalori.Keperluan gizi seseorang itu berbeza dan bergantung pada faktor jantina, umur, saiz tubuh, pekerjaan, iklim, dan keadaan kesihatan tubuh. Manusia dengan saiz badan yang besar memerlukan kalori yang lebih banyak berbanding manusia yang bersaiz kecil begitu juga bezanya lelaki dan wanita serta seorang atlit yang bergiat aktif seharian berbanding orang biasa yang menjalani kehidupan biasa. Bagaimanakan caranya bagi memastikan pengambilan makanan yang seimbang dan mengikut keperluan ketujuh-tujuh kelas makanan?Masalah ini boleh diselesaikan dengan mematuhi piramid makanan.Kelas makanan dari sumber-sumber seperti bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran, daging, ikan, kekacang, minyak, dan sebagainya mestilah diambil mengikut dan mematuhi piramid makanan untuk mengekalkan kesihatan yang optimum. Bagaimana pula merancang menu yang sihat?Lihat contoh di bawah:

Contoh menu untuk remaja lelaki (2,700 kilokalori) Sarapan 1 cawan nasi lemak telur rebus 2 sudu besar sambal ikan bilis 4 hiris timun 1 cawan susu lemak rendah + 1 sudu kecil gula Minum Pagi 1 biji karipap sardin 1 cawan susu (rendah lemak) + 1 sudu kecil gula 1 hiris betik Makan Tengahari 1 mangkuk (sederhana) sup mee / bihun -dengan udang, daging ayam, sawi dan taugeh 1 biji sederhana belimbing besi Air kosong Minum Petang 2 potong (kecil) kuih lapis 1 potong epal 1 cawan susu (rendah lemak) + 1 sudu kecil gula Makan Malam 2 cawan nasi 1 ekor (sederhana) ikan kembung masak asam pedas 1 cawan kangkung bercili keping taukua dengan sayur campur 1 hiris tembikai Air Kosong

Rakyat Malaysia boleh dianggap bertuah kerana masih mampu mengamalkan amalan pemakanan yang sihat dengan kekayaan sumber makanan daripada kegiatan pertanian dan perladangan di Negara kita.Bagaimanapun, bukan semua orang bertuah seperti kita.Congo, Liberia, Burundi adalah tiga negara yang paling miskin di dunia. Harga makanan di sana sangat mahal, menyebabkan golongan yang berpendapatan rendah tidak mampu untuk membeli makanan berkhasiat. Mereka kekurangan sumber protein seperti daging, ayam dan ikan. Kesannya, ramai penduduk yang menghadapi malnutrisi dan penyakit kekurangan zat. Oleh itu, adalah wajar bagi kita untuk mengagihkan makanan kepada golongan yang kurang bernasib baik di sana. Di negara kita, mungkin juga terdapat segelintir golongan yang sangat miskin sehingga tidak mampu untuk membeli makanan berkhasiat. Contohnya golongan gelendangan yang hidup meminta sedekah dan ehsan daripada orang awam. Mereka bukan sahaja tiada tempat tinggal malah tiada wang untuk membeli makanan berkhasiat.Bagi menghidupkan semangat bermasyarakat,bantulah golongan

gelendangan ini dengan menyumbangkan makanan kepada mereka. Jika mereka memperolehi makanan berkhasiat mereka mempunyai tenaga yang cukup untuk berkerja dan menyara keluarga mereka. Secara tidak langsung, dengan mengagihkan makanan kepada golongan miskin, dapat membantu meningkatan tahap sosiol-ekonomi mereka. Malaysia juga adalah sebuah negara yang berbilang kaum,maka adab makan masyarakat Malaysia juga menonjolkan ciri-ciri yang istimewa dan berbeza bagi setiap kaum.Kaum Melayu biasanya makan dengan menggunakan tangan kanan.Mereka menggemari makanan pedas dan manis. Oleh sebab majoriti kaum Melayu mengamalkan agama islam sebagai cara hidup, mereka memiliki sensitiviti terhadap status halal sesuatu makanan.Antara makanan yang berstatus haram termasuklah bangkai,daging babi atau makanan yang mempunyai unsur-unsur binatang tersebut, makanan berupa binatang dua alam dan binatang yang tidak dipelihara dan tidak disembelih dengan cara islam,makanan yang mengandungi arak atau alkohol yang tinggi sehingga memabukkan dan lain-lain.

Kaum Cina pula makan dengan menggunakan mangkuk dan penyepit . Masakan Cina terkenal dengan cara memasak yang pelbagai misalnya menggoreng, mengukus, memanggang, merebus dan lain-lain.Mereka gemar makan beramai-ramai terutamanya malam sebelum Tahun Baru Cina.Pantang larang pemakanan kaum ini tertumpu kepada ibu yang hamil.Ibu hamil dilarang memakan daging arnab,ketam dan dilarang memakan makanan yang sejuk seperti tembikai bagi mengelakkan keguguran. Kaum India menggemari makanan masakan kari atau berempah Biasanya makanan mereka diletakkan di atas pinggan atau daun pisang . Mereka juga makan dengan menggunakan tangan sepertimana kaum melayu.Memakan daging lembu adalah dilarang sama sekali bagi masyarakat India.Lembu dianggap sebagai binatang suci kerana ia diternak untuk membantu kerja harian masyarakat petani India seperti membajak, menarik kereta lembu dan untuk susu lembu.Manakala bahan buangan lembu turut digunakan dalam bidang perubatan dan agama Hindu. Adab makan kaum Iban hampir sama dengan kaum India.Mereka yang tinggal di rumah panjang biasanya makan di atas lantai papan . Makanan diletakkan di atas daun pisang lalu diambil denagn menggunakan tangan. Kita harus memahami dan saling hormat-menghormati adab makan masyarakat Malaysia.Ini memupuk semangat perpaduan di antara pelbagai kaum. Kesimpulannya,setiap apa yang kita makan ada hadnya.Jadi,maknlah makanan yang lebih berkhasiat dan amalkanlah cara pemakanan yang lebih terjamin dan sihat supaya hidup kita lebih sihat,cergas dan cerdas.

You might also like