You are on page 1of 10

SALING BERSANDARAN ANTARA ORGANISMA HIDUP DAN PERSEKITARAN

NAMA : SITI AIDA BINTI A.RASHID KELAS : 2 KP 1 NO.I/C : 990417-01-5204 NAMA GURU : PN.TAY LE MEI

ISI KANDUNGAN
BIL.
1. 2. 3. 4.

TAJUK
Kepentingan Interaksi antara Organisma dan Benda Hidup Kebaikan dan Keburukan Kawalan Biologi dalam Pertanian Kepentingan Fotosintesis dalam Mengekalkan Ekosistem Seimbang Fotosintesis Mengekalakan Ekosistem Seimbang

M/S 3 5 7 10

KEPENTINGAN INTERAKSI ANTARA ORGANISMA HIDUP DAN PERSEKITARAN


Interaksi antara organisma hidup adalah penting untuk mengekalkan saiz sesuatu populasi dalam ekosistem. Interaksi antara organisma hidup dalam alam sekitar seperti mangsa-pemangsa,simbiosis,dan persaingan membolehkan keseimbangan ekosistem dikekalkan. Apabila sesuatu populasi meningkat dengan pesat,organisma daripada spesis yang sama akan bersaing untuk mendapatkan keperluan asas. Akibat daripada persaingan ini sesetengah organisma akan mati dan hal ini akan mengurangkan saiz populasi. Interaksi antara organisma ialah cara semula jadi untuk mengawal saiz suatu populasi dan mengekalkan keseimbangan ekosistem. Interaksi antara Hidupan Mangsa-pemangsa Simbiosis Persaingan Komensalisme Mutualisme Parasitisme
3

Mangsa-pemangasa Pemangsa menjadikan mangsa sebagai makanan. Contoh : Ular dan tikus Persaingan Dua organisma bersaing untuk makanan,tempat tinggal dan pasangan. Contoh : Rumput dan lalang Komensalisme Komensal bertumbuh di atas perumah untuk mendapatkan kebaikan,manakala perumah tidak mengalami sebarang kerugian ataupun kebaikan. Contoh : Ikan yu dan ikan remora

Mutualisme Dua organisma hidup bersama dan bergantung antara satu sama lain untuk hidup. Kedua-dua organisma mendapat kebaikan. Contoh : Alga dan fungi(liken)

Parasitisme Parasit mendapat kebaikan manakala perumah mengalami kerugian. Contoh : Rafflesia dan pohon besar

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN KAWALAN BIOLOGI DALAM PERTANIAN


Kawalan biologi selalu diamalkan dalam bidang pertanian untuk mengawal populasi perosak tanpa menggunakan racun seranga. Populasi perosak dapat dikawal dengan menggunakan musuh semula jadi perosak. Jenis interaksi yang terlibat dalam kawalan biologi termasuk parasitisme dan mangsa-pemangsa.

Kebaikan kawalan biologi :


a. Murah dan selamat digunakan. b. Tidak mencemarkan alam sekitar. c. Tidak mendatangkan kesan buruk kepada organisma lain kecuali perosak.

Keburukan kawalan biologi :


a. Masa yang lebih lama diperlukan berbanding penggunaan racun seranga. b. Sukar dikawal kerana melibatkan penggunaan organisma hidup. c. Memerlukan pengurusan dan perancangan yang lebih teliti.

Agen : Burung hantu Perosak : Tikus yang merosakkan tumbuhan dalam ladang Jenis interaksi : Mangsa-pemangsa

Agen : Kumbang kura-kura Perosak : Afid merupakan parasit pada tumbuhan berbatang lembut Jenis interaksi : Mangsa-pemangsa

KEPENTINGAN FOTOSINTESIS DALAM MENGEKALKAN EKOSISTEM SEIMBANGAN


Fotosintesis ialah proses yang sangat penting untuk membekalkan makanan kepada semua organisma. Fotosintesis memerlukan air,cahaya matahari,karbon dioksida dan klorofil. Fotosintesis ialah proses di mana tumbuhan hijau menyerap tenaga cahaya dengan klorofil untuk membuat makanan glukosa daripada karbon dioksida dan air. Oksigen turut dihasilkan sebagai bahan sampingan. Dalam siratan makanan,tumbuhan hijau memainkan peranan sebagai pengeluar kerana tumbuhan hijau boleh mengubah tenaga cahaya dari matahari kepda tenga kimia yang disimpan dalam makanan. Fotosintesis juga terlibat secara langsung dalam kitar karbon dan kitar oksigen yang membantu mengekalkan kandungan gas dalam udara. (dari udara) Cahaya (dilepaskan ke udara)

Karbon dioksida + Air Klorofil ( diserap ke akar)

Glukosa + Oksigen

( disimpan dalam bentuk kanji )

KITAR KARBON

Karbon dioksida dalam atmosfera

Fotosintesis yang dijalani tumbuhan pembakaran bahan api

Respirasi yang dijalani manusia, haiwan dan tumbuhan

pereputan organisma yang mati

Kitar karbon mengekalkan kandungan karbon dioksida dalam udara dengan mengambil karbon dioksida daripada udara dan mengembalikannya semula ke udara secara berterusan.

KITAR OKSIGEN Tumbuhan-tumbuhan (fotosintesis)

Oksigen dalam atmosfera

Pembakaran

Pereputan Pengaratan Respirasi

Kitar oksigen melibatkan pengambilan oksigen daripada udara dan pengambilannya semula ke udara secara berterusan. Fotosintesis membebaskan oksigen untuk menggantikan oksigen yang telah digunakan semasa respirasi organisma hidup,pembakaran bahan api dan pereputan organisma yang mati. Fototsintesis menggunakan karbon dioksida yang dibebaskan semasa respirasi,pembakaran dan pereputan.

Fotosintesis mengekalakan ekosistem seimbang kerana : i. Fotosintesis merupakan satu-satunya proses yang dapat menukarkan tenaga cahaya daripada matahari kepada tenaga kimia. ii. Fotosintesis dijalankan oleh tumbuhan. Tumbuhan ialah pengeluar. Ia adalah sumber utama tenaga bagi penggunaan dalam siratan makanan. iii. Fotosintesis menukarkan gas karbon dioksida kepada gas oksigen. Oleh itu,ia membantu respirasi benda hidup dan mengurangkan kesan rumah hijau.

10

You might also like