P. 1
Contoh Sorotan Literatur

Contoh Sorotan Literatur

|Views: 32|Likes:
Published by Farah Lah Niey
Robot Peneraju Masa Depan
Robot Peneraju Masa Depan

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: Farah Lah Niey on Jul 13, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/02/2013

pdf

text

original

SOROTAN LITERATUR

Sumber daripada Wikipedia mengatakan bahawasanya, robot adalah satu ejen mekanikal atau maya yang biasanya mesin elektro-mekanikal yang dipandu oleh program komputer atau litar elektronik. Robot boleh diautonomi atau disepara-autonomikan serta daripada pelbagai humanoid seperti Langkah Lanjutan Mobiliti Inovatif Honda, ‘ASIMO’ dan ‘TOSY’, Ping Pong Playing Robot (TOPIO) untuk robot perindustrian, secara kolektif diprogramkan robot secara ‘sekumpulan’ dan robot nano walaupun mikroskopik. Penampilan yang diadaptasi secara hidup atau mengautomasikan pergerakan, robot boleh menyimpan rasa risikan atau pemikiran sendiri.

Menurut mereka juga, robotik pula merupakan cabang teknologi yang berkaitan dengan rekabentuk, pembinaan, operasi, dan aplikasi robot, serta sistem komputer untuk kawalan, maklumbalas deria, dan pemprosesan maklumat. Teknologi ini berurusan dengan mesin automatic yang boleh mengambil tempat manusia di dalam persekitarn yang berbahaya atau proses pembuatan, atau menyerupai manusia dalam penampilan, tingkahlaku, dan kognisi. Banyak robot pada hari ini yang diilhamkan oleh alam semula jadi menyumbang kepada bidang robotic bio-inspirasi.

Seperti teknik mekanikal maju melalui tahun pembangunan perindustrian, aplikasi yang lebih praktikal teah dicadangkan oleh Nikolas Tesla pada tahun 1898 dengan mereka sebuah bot kawalan radio. Bidang elektronik mula berkembang menjadi daya penggerak pembangunan dengan kemunculan pertama robot autonomi elektronik yang dicipta oleh William Grey Walter di Bristol, England pada tahun 1948. Robot digital yang pertama dan diprogramkan telah dicipta oleh George Devol pada tahun 1954 dan dinamakan, Unimate. Ia dijual kepada General Motors pada tahun 1961 di mana ia telah digunakan unutk mengangkat kepingan logam panas dari pemutus mesin mati di Inland Fisher Guide Plant di West Trenton Section Of Ewing Township, New Jersey.

Begitu juga dengan pendapat para ilmuwan dari Robotika dan Metronika Center di DLR yang berpendapat bahawa robot akan membantu manusia memperbaiki satelit, mengubah atur cara dan mengambil alih operasi yang kini masih lagi di bawah tenaga manusia sepenuhnya. Pada masa hadapan, robot bukan sahaja membantu manusia melakukan kerja-kerja yang melibatkan penggunaan dalam industry, malah, robot digunakan juga dalam sector

pertanian, perubatan, perniagaan malah dalam urusan peribadi manusia sendiri. Antara contoh robot futuristik yang terdapat dalam senarai robot-robot perancangan masa hadapan ialah, robot pembantu (Maid Robot) yang bertindak sebagai pembantu rumah bagi manusia di masa hadapan yang lebih cekap dan sistematik dalam menguruskan kerja-kerja rumah bagi manusia yang semakin diambang kesibukan kerjaya mereka.

Robot Android atau Humanoid juga menjadi permintaan yang tinggi di kalangan pelabur-pelabur dalam memperoleh sebuah android yang bukan hanya berfungsi sebagai komputer atau telefon bimbit pintar, tetapi boleh berfungsi seperti manusia biasa yang mampu bercakap, berjalan, berfikir dan mempunyai perasaan seperti manusia. Bahkan rupa luaran mereka tidak lagi berbentuk bulat dan bersegi semata-mata malah, sama sahaja seperti kita.

Manusia kini lebih gemar mencipta robot untuk bersaing dalam peperangan. Penciptaan robot yang berteknologi tinggi dan mempunyai deria untuk mengesan pergerakan luaran menurut istilahnya adalah, ‘Robot Pembunuh’ (Killer Robot). Contoh robot pembunuh yang tercipta zaman ini ialah, Lethal Autonomous Robots (LARs). Robot pintar itu sangat berbahaya. Bila diaktifkan programnya, dia mampu memilih dan melancarkan serangan langsung kepada sasaran serta tidak memerlukan peranan manusia sebagai pemandu atau pengawal kepada setiap tindakan mereka.

Dalam perubatan pula, robot digunakann secara meluas dalam bidang pembedahan. Pada awalnya, teknologi robot yang membantu dalam bidang perubatan dikenali dengan nama PUMA 560 yang digunakan untuk meletakkan jarum pada biopsy otak. Kemudian pembedahan robotik semakin dikenali ramai dan pada 1988, PROBOT pula digunakan untuk pembedahan prostat di England. Penggunaan robotic untuk membantu doctor menjalankan pembedahan semakin popular apabila Integrated Surgical System memperkenalkan ROBODOC pada tahun 1992 yang dicipta untuk pembedahan penggantian pinggul. Pada tahun 1999, robot bedah iaitu Sistem Pembedahan Da Vinci selepas diluluskan Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA). Kemudian, pada tahun 2000, pembedahan robotic ini diguna dalam prosedur ginekologi dan jantung, urologi.

4 tahun kemudian, Hospital Kuala Lumpur (HKL) menggunakan pembedahan robotic untuk pembedahan rawatan masalah kesihatan urologi. Ia menjadi perintis kemajuan teknologi perubatan tempatan. Pada bulan Mei

tahun lalu, sekumpulan doktor di sebuah hospital di Kanada berjaya menjalankan pembedahan pertama di dunia yang menggunakan robot bagi membuang ketumbuhan otak seorang pesakit wanita di Negara itu. Pembedahan bersejarah itu dilakukan pakar bedah Pusat Perubatan Foothills di Calgary menggunakan sitem robot yang baru direka yang dikenali sebagai NeuroArm untuk mengeluarkan ketumbuhan sebesar telur ayam dari otak Paige Nickason, 21.

Robot boleh berfikir dan melakukan pekerjaannnya sendiri, contohnya Kevin Warwick, guru besar Bidang Cybertic dari Inggeris membuat projek besar-besaran yang dimulai pada 1 Januari 2007 telah mencipta robot pertama yang menggunakan otak biologis, sangat mirip dengan makhluk hidup. Robot yang dinamakan Gordon ini diharapkan mampu untuk mengerjakan segala sesuatu seperti yang dilakukan makhluk hidup lainnya dan sesuai dengan keinginan hatinya. Selain itu, dia juga diharapkan dapat mengingat apa yang diberikan oleh orang lain kerana Gordon menggunakan otak biologis.

Secara keseluruhannya, robot bukan sahaja tertumpu kepada sesuatu bidang dalam aspek melengkapi tujuan sebenar penciptaan mereka, malah, mereka mampu bekerja dan berfikir sendiri seperti manusia pada masa hadapan dengan teknologi-teknologi yang bakal dicipta untuk menghasilkan evolusi penciptaan robot pada masa akan dating.

Sumber Bahan Literatur :  Wikipedia The Free Encyclopedia; Robot ;https://en.wikipedia.org/wiki/Robot Gasertelunjuk.com ; Home ; Robotika ; SpaceJustin ; Robot Masa Depan Untuk Luar Angkasa Utusan Melayu (M) Bhd ; Rabiatul Adawiyah Koh Abdullah ; adawiyah@utusan.com.my ; Robot Peneraju Masa Depan Perubatan Apasih.com ; Suasana Kehidupan Masa Depan Bumi di Tahun 3000 Viva News ; Killer & Predator Robots

 

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->