You are on page 1of 20

KEMAHIRAN MENGGUNAKAN PAPAN TULIS DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU. Bab 1 : Pengenalan 1.1 1.2 1.

3 Objektif Batasan Definisi

Bab 2 : Penggunaan Papan Tulis dalam pengajaran Bahasa Melayu. 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 Sejarah Papan Tulis Jenis-jenis Papan Tulis. Objektif-objektif Penggunaan Papan Tulis dalam Pengajaran. Prinsip-prinsip Penggunaan Papan Tulis dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Komponen-komponen Kemahiran Penggunaan Papan Tulis. Penggunaan Papan Tulis.

Bab 3 : Kesan-kesan Penggunaan Papan Tulis dalam Pengajaran Bahasa Melayu. 3.1 3.2 3.3 3.4 Membantu meningkatkan pemahaman dalam diri pelajar. Penumpuan pelajar yang lebih terhadap pengajaran yang disampaikan oleh guru. Proses Pengajaran dan Pembelajaran lebih tersusun. Penilaian atau pandangan pelajar terhadap guru lebih positif..

Bab 4 : Kesimpulan dan Cadangan 1.0 PENGENALAN. 1.1 Objektif Kerja kursus ini bertujuan untuk : I. II. Mengenalpasti jenis-jenis papan tulis. Meningkatkan pengetahuan dan pemahaman tentang prinsip-prinsip penggunaan papan tulis dalam pengajaran Bahasa Melayu. III. IV. Mengenalpasti komponen-komponen kemahiran penggunaan papan tulis. Mengenalpasti kesan-kesan penggunaan papan tulis dalam pengajaran Bahasa Melayu. 1.2 Batasan. Batasan kerja kursus ini adalah terhadap penggunaan papan tulis dalam pengajaran bahasa melayu. Ia lebih tertumpu kepada cara-cara penggunaan papan tulis dalam pengajaran bahasa melayu. Ianya tidak melibatkan matapelajaran lain. Untuk itu, dengan batasan yang ada ini, penumpuan kerja kursus perlu lebih spesifik dan perlu membuat pemerhatian dan mendapatkan maklumat dengan lebih tepat, sesuai dan betul. Ini juga kerana, bahasa melayu merupakan mata pelajaran paling utama dan teras di sekolah-sekolah. Bahasa melayu juga merupakan mata pelajaran wajib lulus. Dalam pengajaran bahasa melayu juga ia melibatkan kemahiran mengeja, membaca dan menulis.
2

1.3

Definisi. Papan tulis merupakan salah satu jenis daripada papan unjuran. Papan tulis

merupakan satu kemudahan atau alat yang disediakan di dalam kelas-kelas untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. Terdapat pelbagai jenis papan tulis yang biasa digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti Papan Tulis, Papan putih, Papan Magnetik, Papan Flip, Papan Pameran / Papan Kenyataan, Papan Flanel, Papan Gulung, Papan Slip dan papan Elektronik. Setiap jenis mempunyai cara penggunaan yang agak berbeza. Ini akan diperjelaskan lagi dalam topik-topik yang seterusnya. Papan hitam ialah sejenis permukaan untuk menulis dan melukis menggunakan kapur (sejenis bahan yang diperbuat daripada kalsium sulfat) dan boleh digunakan berulang-ulang kali. Pada zaman dahulu, papan hitam pada asalnya hanyalah diperbuat daripada batu loh atau papan batu yang licin dan nipis berwarna hitam atau kelabu gelap. Fesyen yang terbaru pula biasanya berwarna hijau atau coklat dan oleh sebab itu, ia kadang-kadang dipanggil juga papan hijau. Papan hitam biasanya digunakan dalam proses pengajaran di kebanyakan institusi pendidikan, walaupun dalam kebanyakan negara kaya, penggunaannya telah dihapuskan. Tulisan kapur pada papan hitam amat mudah dipadam dengan menggunakan kain, span atau pemadam papan hitam khas. Walau bagaimanapun, tulisan kapur yang ditulis di atas papan hitam yang basah agak sukar untuk dipadamkan. Oleh sebab itu, pengeluar papan hitam selalunya menasihatkan supaya papan hitam yang baru dibeli disapu dengan sisi sebatang kapur tulis sepenuhnya dan dipadamkan semula agar dapat digunakan seperti biasa.
3

Namun, papan hitam mempunyai sedikit kelemahan; ia menghasilkan habuk kapur dan jumlahnya bergantung kepada kualiti kapur tulis yang digunakan. Sesetengah orang tidak gemar akan situasi ini dan ada juga yang alah kepadanya. Pada masa yang sama, terdapat juga pertikaian tentang habuk kapur ini dengan masalah pernafasan. Habuk ini juga boleh menimbulkan masalah kepada bahan yang sensitif habuk seperti komputer. Cakaran kuku pada papan hitam termasuk cakaran menggunakan objek keras seperti logam diketahui umum akan menghasilkan bunyi yang tidak digemari (mengilukan). Ramai juga yang enggan bukan sahaja melihat bahkan membayangkan bunyi ini. Papan hitam juga selalu digunakan di berbagai-bagai tempat (seperti kedai arak),restoran sebagai alat pengiklanan bagi menu serta untuk merekod mata dalam acara-acara sukan di peringkat bawahan. 2.0 PENGGUNAAN PAPAN TULIS DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU. 2.1 SEJARAH PAPAN TULIS/ PAPAN HITAM Papan hitam pada zaman dahulu hanyalah sekeping batu untuk mencatat nota di atasnya tanpa menggunakan kapur tulis kerana pada masa itu kapur tulis masih belum wujud lagi. Kanak-kanak hanya menggunakan batu kecil untuk menulis di atasnya. Tulisan dengan mudahnya dipadam menggunakan sehelai kain buruk bagi membolehkan nota atau masalah lain ditulis.

Pada lewat kurun ke-18 dan awal kurun ke-19, papan batu ini sering digunakan di sekolah-sekolah di Amerika Syarikat dan beberapa negara lain. Papan batu ini ditambat pada rangka kayu untuk membantu mengukuhkannya dan mengelakkannya daripada retak. Pada masa itu, kertas amat mahal dan sukar untuk didapati dan oleh sebab itu, papan batu ini amat sesuai sebagai pengganti. Namun, pada suatu ketika, papan batu ini mula digunakan dengan kaedah terbaru. Seorang guru geografi yang bekerja di Scotland dilaporkan telah mengambil papan batu daripada pelajar-pelajarnya dan menggantungkannya pada dinding. Dia kemudiannya menggunakannya untuk membuat papan tulis yang boleh diubah untuk menulis maklumat geografi yang membolehkan pelajarnya membaca bersama-sama. Revolusi papan hitam bermula dari sini. Idea ini diaplikasikan dengan cepat. Penggunaan papan hitam dalam cara ini yang pertama sekali direkodkan ialah di benua Amerika Utara, iaitu apabila papan hitam digunakan di Akademi Ketenteraan Amerika Syarikat di West Point. Akademi ketenteraan yang lain juga kemudiannya mengikut kaedah penggunaan papan hitam ini dan akhirnya, kaedah ini telah tersebar di semua sekolah-sekolah yang lain. Kebanyakan pelombongan papan batu di Amerika Syarikat bertempat di bahagian timur laut, iaitu di kawasan seperti Maine, Vermont, Pennsylvania dan sedikit di bahagian selatan di Virginia. Apabila Amerika Syarikat mula berkembang ke sebelah barat, jalan-jalan raya batu membolehkan papan batu untuk dijadikan papan hitam dihantar dari negeri-negri ini ke sekolah sepanjangGreat Plain dan kawasan prairi pada sekitar tahun 1840-an. Papan hitam ini tetap tersebar ke sekolah-sekolah kemana sahaja Amerika Syarikat berkembang.
5

Pada sekitar 1850-an, sekolah-sekolah telah dilengkapkan dengan papan hitam bersama-sama dengan beberapa perkakas lain seperti dapur (yang menggunakan kayu untuk memasak) dan bangku. Walau bagaimanapun, penggunaan papan hitam masih lagi belum menjadi sesuatu yang biasa. Apabila teknologi semakin maju, batu yang digunakan untuk menulis pada papan hitam telah digantikan dengan kapur tulis. Kapur tulis yang lembut ini lebih mudah untuk digunakan pada papan hitam dan juga lebih mudah untuk dibersihkan. Kain buruk yang pernah digunakan untuk memadam tulisan pada papan hitam telah digantikan dengan pemadam papan hitam yang baru, yang mana mampu menyerap lebih banyak habuk kapur tulis dan mengelakkannya daripada berterbangan di udara. Papan hitam juga tidak lagi diperbuat daripada papan batu tetapi kepingan besi dengan porselin. Sejak kebelakangan ini, banyak sekolah telah menggantikan papan hitam dengan papan putih kerana bimbang dengan masalah kesihatan yang mungkin timbul akibat habuk kapur tulis.

2.2

JENIS-JENIS PAPAN TULIS.

Terdapat pelbagai jenis papan tulis yang biasa digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Papan Tulis Para guru telah mengiktiraf papan kapur sebagai alat bantu mengajar di dalam bilik darjah. Papan Tulis juga dikenali sebagai Papan Kapur, Papan Hitam, Papan Hijau serta digunakan sejak lama dahulu.Penggunaannya mudah kerana ia sentiasa berada dalam bilik dajah(kekal). Penggunaannya tidak memerlukan bakat atau peralatan istimewa. Perubahan atau tambahan isi juga boleh dilakukan dengan cepat dan mudah. Papan Putih Papan Putih adalah satu inovasi baru dalam teknologi papan tulis. Permukaan sekeping papan dilapik dengan satu lapisan enamel putih yang menjadi permukaan untuk ditulis dengan menggunakan pena berisi dakwat khas yang mudah dipadamkan. Papan putih juga tidak mengeluarkan habuk sepertimana papantulis yang menggunakan kapur. Malahan papan putih juga, tulisan padanya lebih mudah untuk dipadamkan.Papan putih juga ada yang mudah dialih serta boleh di buat dalam pelbagai saiz.Pada masa sama ia mudah dicuci dengan menggunakan pemadam berkain lembut. Pada masa kini kebanyakkan sekolah- sekolah di Malaysia telah mula diperlengkapkan dengan papan putih kerana ia lebih kondusif dan mesra pengguna.

Papan Magnetik

Papan Magnetik diperbuat daripada logam. Kepingan-kepingan magnet kecil akan melekat di atas permukaan tersebut untuk melekatkan kertas atau kad visual di atas papan tersebut. Magnet dapat melekatkan bahan visual yang digunakan dengan baik dan mudah. Kesan tarikan magnet juga tidak dipengaruhi oleh perubahan cuaca seperti angin dan hujan. Oleh yang demikian papan magnet boleh digunakan dalam banyak keadaan, tempat dan masa.Ia juga boleh digunakan untuk menunjukkan kesan-kesan perubahan atau pergerakan dengan mudah dan cepat, seperti mengalih visual ke tempat baharu atau dapat tindan- tindih akan visual-visual itu dengan lebih mudah. Papan Flip/lipat Papan Flip boleh diperbuat daripada papan lapis dengan ukuran sederhana dan ianya perlu dibuat kaki untuk ianya berdiri secara sedikit condong ke belakang. Papan flip boleh dialihkan kepelbagai sudut sama ada untuk pembelajaran atau pameran.Selain itu, ia boleh digunakan untuk mempamerkan berbagai poster atau visual yang telah dijilid. Papan Flip ini berbentuk mudah alih dan sangat sesuai untuk mereka yang suka belajar berkumpulan.Malah ia dapat menunjukan carta jenis bersiri dengan mudah. Papan Flanel Papan flannel merupakan satu bentuk papan pengajaran yang agak popular di kalangan guru-guru sekolah rendah. Pada dasarnya, papan ini diperbuat daripada satu permukaan kain flannel, iaitu sebarang kain yang mempunyai permukaan berbulu kasar. Permukaan berbulu ini mempunyai satu keistimewaan, iaitu dua keping kain flannel boleh bercantum apabila dilekapkan, sifat istimewa ini dipergunakan untuk papan flannel. Kad-kad visual disediakan, dan secebis kain flannel ataupun kepingan bahan-bahan lain
8

yang berbulu kasar digamkan pada bahagian belakang kad-kad tadi. Sekarang kad-kad visual itu bolehlah dilekapkan ke atas permukaan papan flannel dengan mudah. Kelebihan papan flannel ni ialah cerita atau tema dapat dipersembahkan sedikit demi sedikit.Malahan ia sesuai untuk berbagai-bagai jenis tajuk dan subjek.Selain itu, ia mudah disediakan, serta banyak jenis bahan boleh digunakan. Disamping itu, sebarang perubahan atau perkembangan tajuk boleh dilakukan dengan serta merta melalui kaedah tindan tindih visual ataupun perubahan kedudukan visual tersebut.Ini akan membantu menggalakkan penglibatan murid sepenuhnya dalam tajuk yang disampaikan seperti aktiviti mencantum ayat, memadankan gambar, sesi bercerita dan sebagainya. Paling penting papan flannel mudah disimpan, dibawa atau digunakan. Papan Gulung Papan gulung adalah papan tulis yang dapat digulungkan untuk dibawa atau disimpan. Papan tersebut boleh dibentangkan semasa digunakan dalam bilik darjah. Papan gulung boleh diperbuat daripada kepingan getah atau kertas rexine atau kain kanvas supaya papan ini boleh digulung. Papan gulung mempunyai satu keistimewaan, iaitu bahan-bahan pengajaran guru boleh disediakan dengan terperinci terlebih dahulu. Apabila sampai masanya guru hanya mempamerkan bahan-bahan tersebut kepada murid. Ini sangat berfaedah terutama kepada guru atau calon guru yang kurang mahir dalam bidang atau perinsip-perinsip tertentu, atau bahan tersebut memerlukan masa yang lama untuk disediakan.Disamping itu, kelebihan papan gulung ini ialah ianya mudah dibuat, mudah dibawa, digunakan atau disimpan. Selainitu, bahan-bahan pengajaran yang sukar boleh disediakan terlebih awal
9

dengan baik dan sempurna.Ia juga sesuai untuk semua matapelajaran dan boleh digunakan di dalam atau di luar bilik darjah. Papan Slip Papan pengajaran jenis ini mempunyai kocek-kocek di mana kad visual atau kad huruf boleh diselitkan. Kocek-kocek itu mungkin diperbuat daripada jalur-jalur plastik jernih atau bahan-bahan lain.Penggunaan papan selit hampir-hampir sama dengan papan flannel. Papan Slip juga boleh dibuat sendiri. Ia juga senang dibawa serta dapat digunakan di dalam atau di luar bilik darjah. 2.3 OBJEKTIF-OBJEKTIF PENGGUNAAN PAPAN TULIS DALAM PENGAJARAN. Terdapat beberapa objektif penggunaan papan tulis. Antaranya adalah seperti berikut : I. II. Untuk menjelaskan sesuatu fakta, konsep atau idea yang abstrak. Untuk menarik perhatian murid terhadap perkara-perkara yang penting di setiap peringkat pengajaran. III. IV. Untuk memperkukuhkan sesuatu fakta, konsep atau idea yang dihuraikan. Untuk mendemonstrasikan langkah-langkah penyelesaian masalah secara sistematik. V. VI. 2.4 Untuk mempelbagaikan aktiviti pengajaran guru dan pembelajaran murid. Untuk memberikan peluang kepada murid-murid mencatat nota dari papan tulis. PRINSIP-PRINSIP PENGGUNAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU. I. PAPAN TULIS DALAM

Rancang penggunaan papan tulis lebih awal supaya tulisan, nota dan gambar rajah dapat di letakkan ditempat yang sesuai.
10

II.

Guru hendaklah memahirkan diri dengan kemahiran melukis gambar rajah yang menarik.

III.

Tulisan dan gambar rajah yang di gunakan hendaklah jelas kelihatan kepada seluruh kelas.

IV.

Kapur warna hendaklah digunakan untuk menggambarkan penonjolan atau penekanan.

V. VI.

Aktiviti penggunaan papan tulis hendaklah dipelbagaikan. Pelajar-pelajar hendaklah diberi peluang untuk melibatkan diri dalam penggunaan papan tulis.

VII.

Masa penggunaan papan tulis hendaklah sepadan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Jangan menggunakan papan tulis dengan masa yang berlebihan sehingga pelajar-pelajar merasa bosan.

2.5

KOMPONEN-KOMPONEN TULIS.

KEMAHIRAN

PENGGUNAAN

PAPAN

Terdapat beberapa komponen yang penting dalam kemahiran penggunaan papan tulis yang perlu diberi perhatian. Antaranya :

KEJELASAN

Saiz tulisan yang sesuai Tulisan kemas dan tepat Gambar rajah jelas dan ringkas.

11

SUSUNAN

Penggunaan ruang untuk tulisan dan rajah sesuai dan seimbang. Susunan dapat dilihat dan teratur.

PENONJOLAN DAN PENEKANAN

Penggunaan kapur warna yang sesuai Penggunaan kapur warna yang menarik

TEKNIK PERSEMBAHAN

Bentuk satu konsep dengan jelas dan tepat Permudahkan konsep atau idea yang susah. Libatkan murid dalam aktiviti pengajaranpembelajaran. Gunakan dalam masa yang sesuai.

A) Kejelasan. Kejelasan bermaksud dari segi penggunaan tulisan. Tulisan perlulah ditulis dengan saiz yang sesuai iaitu tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Ini bagi memastikan tulisan yang digunakan dapat dibaca dan dilihat oleh murid dengan jelas dan selesa. Kekemasan tulisan juga turut perlu diberi perhatian kerana ini bagi memastikan tumpuan dan pandangan murid tidak teralih kea rah yang lain. Malahan ianya akan menjadi contoh dan andaian murid terhadap guru akan sentiasa positif (baik). Jika ada menggunakan gambar rajah dalam pengajaran pula, gambar rajah itu perlulah jelas, terang dan mudah difahami oleh murid. Gambar rajah yang jelas akan mampu menarik perhatian murid terhadap pengajaran guru.

B) Susunan.
12

Dalam pengajaran bahasa melayu, penggunaan papan tulis oleh guru perlu dirancang dengan teliti. Guru juga perlu bijak menggunakan ruang papan tulis yang ada dengan sebaiknya. Susunan di sini bermaksud penggunaan tulisan dan gambar rajah perlulah sesuai dan seimbang. Selain itu, setiap susunan perlu dapat dilihat oleh pelajar dengan jelas, kemas dan tersusun. Jika penggunaan papan tulis tidak tersusun, ini akan menimbulkan kecelaruan dan kekeliruan dalam diri pelajar. Berkemungkinan tahap pemahaman pelajar juga tidak mencapai apa yang disasarkan oleh guru tersebut. Bermakna objektif pengajaran dan pembelajaran telah gagal. Pada zaman ini, boleh dikatakan pengetahuan sedia ada murid adalah kurang berbanding pelajar zaman 70-an atau 80-an dahulu. Ini kerana murid-murid zaman kini kurang diberi pendedahan dengan dunia luar oleh ibu bapa. Jika ada, hanya sekadar makan angin tanpa ada sebarang pengetahuan yang diterapkan. Disebabkan itu, dengan adanya pengetahuan yang kurang ini, maka guru memainkan peranan untuk menyampaikan maklumat dengan betul dan tepat. Oleh itu, dalam pengajaran bahasa melayu, penggunaan papan tulis perlu digunakan sebaiknya bagi menyampaikan maklumat kerana papan tulis banyak kegunaan.

C) Penonjolan dan penekanan. Bagi menyampaikan maklumat yang tepat, serta mudah diingati oleh murid, penggunaan kapur warna juga memainkan peranan. Ini kerana dengan adanya warna

13

yang pelbagai dan sesuai penggunaannya secara tidak langsung dapat menarik perhatian, tumpuan dan meningkatkan minat murid. Namun demikian, penggunaan warna kapur tulis perlulah yang sesuai dan jelas serta mudah dilihat oleh murid. Dengan adanya tulisan yang berwarna-warni, mampu membantu murid untuk mengingati apa yang ingin disampaikan dalam sesuatu penulisan tersebut. Kapur warna juga mampu membuat pemikiran murid menjadi lebih tenang dan gembira.

D) Teknik Persembahan. Teknik persembahan juga memainkan peranan yang penting. Jika sesuatu persembahan itu menarik, pelbagai dan mudah difahami, ianya akan mampu menarik minat murid untuk terus member tumpuan ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan papan tulis bukan digunakan oleh guru sahaja, sebaliknya jika ia melibatkan murid maka ini akan member peluang kepada murid untuk berani dan berketrampilan. Malahan secara tidak langsung murid akan lebih berkeyakinan dan mendapat pengalaman dan pengetahuan secara tidak langsung. Pengalaman dan pengetahuan secara tidak langsung inilah yang biasanya menjadi satu daya ingatan jangka panjang. Pengajaran menggunakan papan tulis juga perlu digunakan pada masa yang sesuai. Ianya tidak boleh digunakan sepenuh masa kerana ini akan menimbulkan rasa bosan. Ia akan menyebabkan murid hilang tumpuan. Oleh itu, guru perlu menggunakan papan tulis pada waktu yang sesuai dan diperlukan sahaja.
14

2.6

PENGGUNAAN PAPAN TULIS. Jika papan tulis dianggap sebagai sebuah bidang utuh,maka bidang tersebut dapat dibahagikan secara khayal oleh guru kepada tiga bahagian.

Bahagian tersebut komposisinya adalah 20% di sebelah kiri, 60% di tengah, dan 20% di sebelah kanan.Bahagian kiri untuk menuliskan fokus pembelajaran, dan sering juga dikenal sebagai tujuan pembelajaran. Bahagian ini harus dipertahankan tidak dihapus sebelum pelajaran diakhiri. Bahagian tengah dapat digunakan oleh guru untuk menulis bahan pembelajaran dan juga digunakan sebagai tempat untuk untuk kerja murid dalam menyelesaikan soalan latihan. Bahagian tengah dapat ditulis-dihapus berkali-kali selama proses pembelajaran berlangsung. Bahagian kanan dari papan tulis digunakan untuk menuliskan kesimpulan-kesimpulan hasil proses pembelajaran. Kesimpulan tersebut harus ditulis secara sistematik dan dapat dibandingkan korelasinya dengan indikator hasil belajar. Jika murid telah memiliki buku cetak dan sumber belajar yang lengkap, bahagian di papan tulis kanan tetap perlu ditulis kembali sebagai rangkuman yang dapat mengingatkan kepentingan maklumat selama proses pembelajaran.

3.0

KESAN-KESAN PENGGUNAAN PAPAN TULIS DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU.

3.1

Membantu meningkatkan pemahaman dalam diri pelajar.


15

Penggunaan papan tulis yang berkesan dan tersusun akan mampu meningkatkan pemahaman dalam diri pelajar. Ini kerana pengajaran yang berkesan adalah pengajaran yang telah dirancang dengan teliti dan menarik. Pengajaran sebegini yang mampu memupuk minat pelajar. Selain itu, penggunaan papan tulis juga mampu meningkatkan pemahaman dalam diri pelajar jika ianya menggunakan pelbagai warna yang menarik dan jelas serta mudah dilihat. Penggunaan tulisan yang bersaiz sesuai, kemas dan tersusun serta mudah dilihat juga mampu meningkatkan tahap pemahaman murid ke tahap yang lebih baik.

3.2

Penumpuan pelajar yang lebih terhadap pengajaran oleh guru. Guru yang mampu menyusun dan memaksimumkan penggunaan papan tulis dengan baik mampu membuatkan pelajar untuk terus member tumpuan yang lebih. Ini kerana tumpuan pelajar hanya akan hadir jika guru itu tahu apa yang diinginkan dan disukai oleh mereka. Pelajar sukakan sesuatu yang mudah untuk mereka faham. Jika apa yang disampaikan menggunakan sesuatu yang mudah difahami oleh pelajar maka, secara tidak langsung pelajar akan terus minat untuk setia memberi tumpuan. Penggunaan tulisan dengan gambar rajah perlu sesuai dan seimbang. Tulisan yang cantik, kemas dan mudah dibaca akan menarik minat pelajar. Ayatayat yang mudah difahami juga akan mampu menarik minat pelajar untuk memberi tumpuan. Dengan adanya penumpuan maka secara tidak langsung, mereka juga mudah untuk menerima apa yang ingin disampaikan.
16

Penggunaan kapur warna yang menarik dan sesuai juga akan membuatkan pelajar memberi tumpuan ketika guru mengajar. Ini kerana pada pandangan mereka menunjukkan bahawa guru yang sebegini adalah guru yang kreatif dan bersungguh-sungguh untuk menyampaikan ilmu.

3.3

Proses pengajaran dan pembelajaran lebih tersusun. Penggunaan papan tulis dengan baik dan terancang menunjukkan bahawa seseorang guru itu telah menguruskan proses pengajaran dan pembelajaran dengan tersusun. Ini juga bermakna guru itu telah memahami, dan menguasai langkah-langkah penggunaan papan tuis dengan cara yang betul. Pengetahuan sesorang guru tentang langkah-langkah penggunaan papan tulis dengan langkah yang betul amatlah penting. Langakah-langkah penggunaan ini tidak boleh diabaikan sebaliknya ia perlu sentiasa dipraktikkan dan ditambahbaik cara penggunaannya. Dengan adanya proses pengajaran dan pembelajaran yang tersusun bermakna semua objektif yang telah disasarkan akan dapat dicapai. Ini bermakna pengajaran guru itu bukan sia-sia atau bukan sekadar melepaskan batok di tangga.

3.4

Penilaian atau pandangan pelajar terhadap guru lebih positif. Guru yang mampu menyampaikan maklumat dengan baik menggunakan papan tulis akan membuat pandangan pelajar terhadap dirinya akan lebih baik. Ini kerana pelajar sentiasa memerhati segala tingkah laku guru. Bagi mereka guru

17

yang baik adalah guru yang sentiasa prihatin dan berkemampuan untuk mengajar mereka sehingga mereka faham. Guru perlu bijak menarik minat pelajar. Penggunaan papan tulis dalam pengajaran bahasa melayu memang perlu. Ini kerana bahasa melayu melibatkan mengeja, menulis, membaca dan sebagainya. Malahan, bahasa melayu juga banyak menggunakan ayat, frasa, perkataan, suku kata, dan laian-lain lagi yang perlu difahami. Semua ini tidak boleh hanya disampaikan secara lisan, sebaliknya ia juga memerlukan penyampaian maklumat secara bertulis bagi meningkatkan pemahaman pelajar. Disebabkan itulah, penggunaan papan tulis perlu bagi seseorang guru yang mengajar bahasa melayu. Jika penggunaan papan tulis dapat dikuasai dengan baik, maka penilaian dan pandangan pelajar terhadap guru bahasa melayu juga akan lebih positif.

4.0

KESIMPULAN DAN CADANGAN. Bagi kerja kursus ini dapat disimpulkan bahawa papan tulis digunakan untuk menjelaskan sesuatu fakta, konsep atau idea yang abstrak. Ia juga adalah bagi memberikan peluang kepada murid-murid mencata tnota dari papan tulis. Selain itu, ia digunakan untuk mempelbagaikan aktiviti pengajaran guru dan pembelajaran murid. Ia juga diperlukan bagi mendemonstrasikan langkah-langkah penyelesaian masalah yang sistematik. Prinsip-prinsip penggunaan papan tulis pula ialah memberi murid-murid peluang untuk melibatkan diri dalam penggunaan papan tulis. Perancangan bagi penggunaan
18

papan tulis juga perlu dilakukan lebih awal. Masa yang digunakan perlulah sepadan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, tulisan dan gambarajah yang digunakan hendaklah jelas kelihatan kepadaseluruh kelas. Kapur warna pula perlu digunakan untuk menggambarkan penekanan. Terdapat beberapa kesan apabila kemahiran penggunaan papan tulis digunakan dengan baik iaitu murid-murid dapat menumpukan perhatian selain dapat menarik minat murid dengan tulisan yang berwarnawarni. Murid-murid juga dapat memahami sesuatu fakta, konsep atau idea dengan lebih jelas dan tepat. Selain itu, aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih baik. Manakala konsep, fakta atau idea yang dihuraikan dapat dikekalkan di dalam ingatan. Perlu diketahui bahawa kejelasan tulisan sangat penting dalam menggunakan papan tulis. Begitu juga dengan susunan perkara yang ditulis dan dipelajari. Termasuk juga perkara yang perlu ditekankan harus ditulis dengan menarik supaya murid mengetahui perkara yang ingin guru tekankan. Papan tulis jika dimanfaatkan secara optima menjadi media yang efektif dalam pencapaian kompetensi hasil belajar murid. Media atau teknologi yang dikatakan efektif untuk mengekplorasi kompetensi murid ialah apabila: (1) (2) (3) (4) Digunakan untuk menyajikan maklumat secara sistematik. Memperjelas idea-idea yang masih kabur dalam sumber belajar lain. Memberikan penerangkan kontekstual terhadap isi pelajaran. Maklumat yang disajikan dapat dilihat/dibaca dengan jelas oleh sebahagian besar murid. (5) Kesan dari maklumat yang disajikan menarik dan memiliki makna (misalnya dengan penggunaan warna, grafik, jadual).
19

(6)

Dapat dimanfaatkan secara seimbang antara kegiatan guru dan kegiatan murid.

20

You might also like