You are on page 1of 7

1. Khadijah Khadijah yang menikahi Nabi (25 tahun) saat dia sudah berusia 40 tahun.

Khadijah binti Khuwailid adalah seorang wanita pedagang yang mulia dan kaya raya. Nabi adalah seorang pemuda miskin yang hanya sekadar penggembala. Selama hidup dengan Khadijah, Nabi hanya mempunyai seorang isteri saja sampai akhirnya Khadijah wafat. Pernikahan Nabi dan Khadijah berlangsung 25 thn setelah kepulangan beliau dari Syam.

2. Aisha Aisha RA adalah anak perempuan Abu Bakar yang dinikahi oleh Nabi saat berusia sekitar 7-9 tahun m. Tetapi kerana usia yang masih terlalu muda, Nabi hanya mula tidur dengan Aisha ketika berusia 9 tahun. Sewaktu menikahi Aisha, usia Nabi saat itu sekitar 50 tahun. Tentang umur perkahwinan Aisha ini masih menimbulkan kontroversi, akan kita dibincangkan di posting berikutnya. Pernikahan ini diperkitakan terjadi pada tahun 620 M, beberapa bulan selepas kematian Khadijah, isteri pertama Nabi. Ia hidup sampai akhir hayat Nabi. Ketika Nabi wafat, dia berumur 18 tahun, ia meninggal diumur 57 tahun.

3. Hafsah Hafsah adalah putri dari Umar. Sebelum berkahwin dengan Nabi, Hafsah sebelumnya telah berkahwin dengan Khunais yang gugur ketika perang Uhud. Pernikahan dengan Nabi dilakukan sekitar 7 bulan selepas Hafsah menjanda. Khunais gugur sebagai pahlawan syuhada dalam perang Uhud, maka tinggallah Hafsah sebagai janda mujahidin dalam usia 18 tahun. Hafsa dinikahi Nabi di tahun 625, 3 bulan selepas penghijrahan ke Madinah. Dia berumur 19 tahun dan Nabi berumur 55 tahun ketika berkahwin. Dia hidup bersama Nabi selama 8 tahun sampai akhirnya Nabi meninggal pada tahun 669 pada umur 63.

4. Zainab bint Jash Sebelum berkahwin dengan Nabi, Zainab adalah bekas menantu Nabi dari anak angkat, Zaid bin Haritha. Zainab adalah satu-satunya isteri Nabi yang langsung dijodohkan oleh Allah SWT kepada Nabi serta membukukannya dalam Al-Qur'an. Nabi saat menikah dengan Zainab berusia 58 tahun, Zainab berusia sekitar 35 tahun. Zainab meninggal tahun 641 setelah wafatnya Nabi.

5. Safiah Dalam peperangan di Khaibar, pasukan Rasullullah menakluk kaum Yahudi Khaibar. Akibat peperangan tersebut Safiah yang baru berusia 17 tahun kehilangan suaminya yang bernama Kinanah yang baru menikahinya 1 bulan. Safiah yang cantik jelita kemudian diambil sebagai isteri oleh Nabi.

Safiah sebelumnya hendak diambil oleh Dihyah, namun setelah Rasul mengetahui betapa Safiyah hanya layak bagi Rasul, maka Rasul memutuskan untuk menikahi Safiyah. Sebagai gantinya, Rasul memerintahkan Dihyah untuk menikahi tawanan wanita yang lain. Safiyah dinikahi oleh Rasul ketika dia berumur 17 tahun dan Nabi waktu itu berusia 58 tahun. Pernikahan dilangsungkan pada hari yang sama setelah ayah dan suaminya wafat dalam pertempuran. Dia hidup bersama Nabi selama 4 tahun, dan berumur 21 ketika Nabi wafat. Safiyah wafat pada tahun 673 pada umur 60 tahun.

6. Juwariya Dalam salah satu peperangannya, pasukan Rasul berjaya mengalahkan suku Mustaliq yang dipimpin oleh Harith, anaknya yang bernama Juwariya menjadi tawanan. Dalam salah satu kesempatan Juwariya ingin menemui Nabi untuk membicarakan pembebasannya. Saat itu Nabi sedang berada di rumah Aisah dan penyelesaian yang diajukan Nabi untuk melindunginya adalah dengan menikahinya. Nabi menikahinya pada tahun 628, ketika Nabi berusia 58 tahun dan Juwairiah 20 tahun. Juwariya berkahwin dengan Nabi selama 4 tahun sampai Nabi wafat.

7. Maria Qibtidaiya Maria adalah seorang budak wanita yang diberi sebagai hadiah untuk mengikat tali shilaturahmi dari seorang gabenor Mesir kepada Nabi. Maria Qibtidaiya adalah seorang wanita yang cantik. Tidak ada catatan rasmi tentang status pernikahan ini tentang berapa usianya saat dinikahi, namun ada yang menyebutkan bahawa usia Maria waktu dinikahi Rasul adalah sekitar 20 tahun. Maria meninggal lima tahun selepas meninggalnya Nabi SAW. Dianggarkan perkahwinan Maria dan Nabi terjadi pada sekitar tahun 7/8 H. Maria melahirkan seorang anak lelaki yang diberi nama Ibrahim tetapi anak lelaki satu-satunya ini meninggal pada tahun 10 H.

8. Hindun binti Abu Umaiyah / Ummu Salamah Hindun adalah janda dari Abu Salmah yang mempunyai 4 oang anak. Abu Salmah sendiri meninggal di tahun 4 H. Setelah menjanda banyak lelaki yang ingin meminang Hindun diantaranya adalah Abu Bakar dan Umar. Namun pinangan kedua lelaki ini ditolak oleh Hindun. Kemudian barulah Nabi mengajukan pinangan yang diterima oleh Hindun. Pernikahan dilaksanakan tahun 4 H bulan Syawal. Hindun meninggal sekitar tahun 59 H dalam usia 84 tahun. Hindun dinikahi Nabi ditahun 4 H, ketika Hindun berusia sekitar 30 tahun, dan Nabi 56 tahun.

9. Raihana Dalam perang melawan kaum Yahudi bani Quraiza, pasukan Rasul berjaya mengalahkan pasukan musuh. Akibat dari perang ini, maka banyaklah janda-janda yang memerlukan perlindungan. Satu dari wanita yang menjadi janda adalah Raihana yang sangat cantik. Tidak jelas berapa usia Raihana saat menikahi dengan Nabi.

10. Saudah Tidak ada data yang tepat tentang usia Saudah saat menikah dengan Nabi. Saudah meninggal tahun 54 H dalam usia sangat banyak yang bererti 44 tahun sudah nabi wafat. Saudah sendiri diceritakan sebagai wanita yang tidak menarik dan digambarkan sebagai wanita yang amat besar, lebih tinggi di antara wanita, dan dia tidak dapat menyembunyikan dirinya dari sesiapa yang telah mengenalinya. Diriwayatkan oleh Aisha: Manakala Rasulullah ingin berpergian, dia akan mengundi siapa isterinya yang akan menemani dia. Dia akan membawa isteri yang namanya terundi. Dia biasanya menetapkan kepada setiap dari mereka satu hari dan satu malam. Tetapi Sauda bint Zam'a melepaskan (gilirannya) siang dan malam dia kepada Aisha, isteri Nabi, demi untuk mencari kesenangan Rasulullah (dengan perbuatan demikian)

11. Zainab binti Khuzaimah Zainab binti Khuzaimah (bukan binti Jash) adalah janda dari Ubaid bin Haris yang meninggal ketika perang Uhud. Pergaulan rumah tangga Rasulullah dengan Zainab tidaklah berlansung lama. Setengah riwayat mengatakan hanya selama 8 bulan, ada pula yang menyampaikan sekitar 4 bulan saja. Para sejarawan mengatakan bahawa Zainab meninggal dalam usia 30 tahun pada tahun ke 4 hijrah. Tidak ada catatan rasmi tentang mengapa Zainab meninggal di usia yang begitu muda.

12. Ramlah binti Abu Sufyan / Ummu Habibah Ramlah adalah anak Abu Sufyan yang dinikahkan dengan Abdullah bin Jahasy yang dikurniakan seorang anak perempuan. Mereka termasuk golongan yang ikut hijrah ke Habasyah (Ethopia). Namun di Habsyah Abdullah bin Jahasy pindah agama menjadi Nasrani dan jadilah Ramlah hidup sendiri. Oleh kerana Rasul menolong Ramlah dengan cara menikahinya pada tahun 7 H, saat itu Ramlah telah berusia 40 tahun.

13. Maimunah Maimunah adalah isteri terakhir Nabi SAW. Berasal dari keluarga bangsawan Quraish. Saat Nabi SAW melakukan ibadah haji pada tahun 7 H, maka oleh bapa saudaranya yang bernama Abbas bin Abdul Muthalib dicadangkan agar Nabi menikahi Maimunah yang akan menguatkan ikatan persaudaraan. Nabi bersetuju dan perkahwinan dilakukan di Saraf sektiar 10 km dari Mekah. Usia Maimunah saat itu sekitar 30 tahun. Maimunah adalah janda dari Aba Rahim bin Abdi I'zzi.

1) Khadijah Binti Khuwailid Seorang saudagar kaya yang berkahwin dengan Rasulullah ketika berumur 40 tahun. Merupakan isteri pertama baginda. 2) Sawdah Binti Zamah Berkahwin dengan Rasulullah pada bulan Syawal tahun ke-10 kenabian.

3) Sawdah Adalah isteri sepupu sebelah bapanya yang bernama al-sakran bin amru. Sawdah bercerai mati dengan suaminya.

4) Aisyah Binti Abu Bakar As-Siddiq r.a Berkahwin dengan Rasulullah pada bulan Syawal pada tahun ke-11 kenabian setahun selepas perkahwinan Rasulullah dengan Sawdah

5) Hafsah Binti Umar Al-Khattab r.a Berkahwin dengan Rasulullah pada tahun ke-3 Hijrah. Menjadi janda selepas kematian suaminya Khunays Bin Hudhafah antara Perang Badar dan Uhud.

6) Zainab Binti Khuzaymah Berkahwin dengan Rasulullah pada tahun ke-4 Hijrah. Bekas isteri Abdullah Bin Jahsy yang gugur syahid dalam Perang Uhud. Digelar Ummu al-Masakin (ibu orang miskin) sebab sifat pemurah dan penyanyangnya kepada yang miskin. Namun meninggal dunia dua atau tiga bulan selepas berkahwin dengan Rasulullah.

7) Ummu Salamah Hindun Binti Abu Umayyah Berkahwin dengan Rasulullah pada Syawal 4-Hijrah. Balu kepada Abu Salamah.

8 ) Zainab Binti Jahsy Bin Riyab Berkahwin dengan Rasulullah pada bulan Zulkaedah 5-Hijrah. Anak mak saudara sebelah bapa.

9) Juwayriyyah Binti al-Harith Berkahwin dengan Rasulullah pada bulan Syaaban 6 Hijrah.

10) Ummu Habibah Ramlah Binti Abu Sufiyan Berkahwin dengan Rasulullah pada bulan Muharam tahun ke-7 Hijrah. Bekas isteri kepada Ubaydullah Bin Jahsy yang bercerai dengan suaminya atas sebab suaminya telah murtad dan memeluk agama Nasrani.

11) Safiyyah Binti Huyai Bin Akhtab Merupakan tawanan perang Khaybar. Rasulullah memerdekakannya serta mengahwininya setelah berjaya menakluk Khaybar.

12) Maymunah Binti al-Harith Berkahwin dengan Rasulullah pada bulan Zulkaedah tahun ke-7 Hijrah. Saudara perempuan Ummu alFadl Lubabah Binti al-Harith.

Nama-Nama Isteri Rasullulah Khadijah binti Khuwailid (meninggal dunia pada tahun 3 Sebelum Hijrah)

Beliau adalah isteri Rasulullah yang pertama dan orang yang paling banyak membantu perjuangan baginda di peringkat awal kebangkitan Nabi menjadi Rasul. Sebelum kebangkitan Nabi menjadi Rasul beliau digelarkan dengan wanita suci. Rasulullah mengahwininya 15 tahun sebelum kebangkitan baginda menjadi Rasul. Anak-anak beliau dari Nabi s.a.w ialah: Qasim dan Abdullah kedua-duanya meninggal dunia ketika masih kecil. Seterusnya Zainab, Rukiah, Ummi Kalsum dan Fatimah. Beliau memberi sokongan padu kepada Rasulullah s.a.w dalam perjuangan baginda samada dari sudut moral ataupun material. Khadijah meninggal dunia pada tahun "Aamul Huzni" (tahun kesedihan) dan dikebumikan di Hajun. Aisyah binti Abu Bakar (meninggal dunia pada tahun 58 Hijrah) Beliau dikahwinkan oleh Nabi s.a.w pada tahun kedua selepas Hijrah. Nabi tidak pernah berkahwin dengan gadis sunti selain daripadanya. Beliau adalah seorang isteri yang paling disayangi oleh Nabi dan paling banyak meriwayatkan hadis daripada Rasulullah s.a.w. Beliau adalah wanita yang paling fakih di kalangan umat Nabi Muhammad serta paling alim tentang ilmu agama adab-adabnya. Beliau meninggal dunia di Madinah dan dikebumikan di perkuburan Baqi'. Hafsah binti Umar (meninggal dunia pada tahun 45 Hijrah) Beliau memeluk Islam sejak awal kebangkitan Islam. Beliau bersama suaminya turut serta berhijrah ke Madinah. Setelah berlaku peperangan Badar, suaminya meninggal dunia. Kemudian Rasulullah melamarnya melalui bapa beliau, seterusnya beliau dikahwinkan dengan Rasulullah s.a.w. Beliau meninggal dunia di Madinah. Juwairiah binti Al-Harith bin Abi Dhirar (meninggal dunia pada tahun 56 Hijrah) Pada asal beliau bernama Burah binti al-Harith. Beliau ditawan oleh umat Islam setelah berjaya dalam peperangan Bani Mustaliq. Beliau kemudiannya diberikan kepada Thabit bin Qais sebagai bahagian dari rampasan perang. Thabit berjanji untuk memerdekakannya setelah beliau berjaya membayar sejumlah wang tebusan. Setelah itu beliau pergi berjumpa Rasulullah untuk minta bantuan, lalu Rasulullah bersetuju untuk membayar sejumlah harta yang telah beliau sepakati bersama Thabit bin Qais. Setelah itu Rasulullah memerdekakan Juwairiah kemudian mengahwininya. Maimunah binti Al-Harith (meninggal dunia pada tahun 50 Hijrah / 670 Masehi ) Nama asal beliau ialah Burrah lalu diganti oleh Nabi dengan nama Maimunah. Beliaulah wanita yang menghadiahkan dirinya kepada Nabi s.a.w dan terdapat ayat al-Quran yang diturunkan kerananya iaitu ayat yang bermaksud: Dan (Kami telah halalkan bagimu) mana-mana perempuan yang beriman yang memberikan dirinya kepada Nabi (untuk dikahwinkan tanpa membayar maskahwin) Surah al-Ahzab ayat: 50 Mariah Al-Qibtiah (meninggal dunia pada tahun 16 Hijrah / 637 Masehi) Beliau adalah seorang wanita Mesir yang dihadiahkan oleh Muqauqis, pemerintah Mesir pada tahun 7 H kepada Nabi. Setelah dimerdekakan beliau dikahwini oleh Rasulullah s.a.w dan dikurniakan seorang putera yang bernama Ibrahim. Setelah Nabi meninggal dunia beliau disara oleh Saidina Abu Bakar seterusnya Umar. Beliau meninggal dunia pada zaman pemerintahan Saidina Umar. Safiah binti Huyai bin Akhtab (meninggal dunia pada tahun 50 Hijrah) Pada asalnya beliau adalah di antara penganut agama Yahudi Bani Akhtab. Beliau termasuk di antara tawanan yang ditawan dalam perang Khaibar. Lantas Rasulullah s.a.w memilih beliau kemudian memerdekakannya. Setelah beliau memeluk Islam Rasulullah s.a.w mengahwininya. Beliau meninggal dunia di Madinah. Saudah binti Zam'ah (meninggal dunia pada tahun 23 Hijrah / 643 Masehi) Beliau memeluk Islam bersama suaminya dan turut serta berhijrah ke Habsyah (Eriteria sekarang). Setelah suaminya meninggal dunia, beliau dikahwini oleh Rasulullah selepas Khadijah meninggal dunia kemudian Rasulullah membawa beliau berhijrah ke Madinah. Ummu Habibah binti Abi Sufian (meninggal dunia pada tahun 44 Hijrah / 664 Masehi) Nama penuhnya ialah Ramlah binti Abi Sufian. Beliau turut serta berhijrah ke Habsyah (Eriteria sekarang) bersama suaminya, tetapi suaminya terpengaruh dengan ajaran Kristian menyebabkan dia murtad dan meninggal dunia dalam keadaan menganut agama Kristian. Setelah suami Ummu Habibah meninggal dunia Rasulullah s.a.w terus menghantar Amru bin Umaiyyah Ad-Dhumari supaya melamar beliau untuk Rasulullah. Ekoran dari itu an-Najasyi, pemerintah Habsyah mengahwinkan Ummu Habibah dengan Rasulullah s.a.w dengan maskahwin sebanyak 400 dinar. Ummu Salamah (meninggal dunia pada tahun 57 Hijrah / 676 Masehi) Nama penuhnya ialah Hindun binti Umaiyyah. Salah seorang sahabat wanita yang awal memeluk Islam. Beliau termasuk di kalangan orang-orang yang berhijrah sebanyak dua kali (Hijrah ke Habsyah dan Hijrah ke Madinah). Rasulullah s.a.w mengahwini beliau setelah suaminya mati syahid dalam peperangan Badar. Beliau termasuk di antara wanita-wanita yang matang berfikir, berperibadi tinggi dan pandai menulis. Beliau dikurniakan umur yang panjang. Beliau meninggal dunia di Madinah dan dikebumikan di perkuburan Baqi'. Zainab binti Jahsyin (meninggal dunia pada tahun 20 Hijrah) Beliau adalah emak saudara Rasullullah s.a.w. Pada peringkat awalnya beliau dikahwini oleh Zaid bin Harithah dan nama beliau ialah Burrah. Setelah beliau dicerai, beliau dikahwini oleh Rasulullah s.a.w dan diberi nama Zainab. Beliau pernah digelarkan dengan Ummu al-Hakam. Beliau merupakan wanita yang mempunyai pengetahuan agama dan seorang yang warak serta suka bersedekah. Beliau pernah membuat sesuatu dengan titik peluhnya sendiri kemudian menyedekahkannya kepada fakir miskin. Beliau juga bersikap pemurah dengan kaum kerabat dan anak-anak yatimnya

ISTERI-ISTERI NABI MUHAMMAD SAW 1. Siti Khadijah binti Khuwailid. Manusia pertama masuk Islam. Rasulullah tidak berpoligami semasa hayat Siti Khadijah. Berusia 40 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Wanita paling terhormat di kalangan kaumnya dari segi keturunan, kekayaan dan kepintaran. Meninggal tahun ketiga sebelum hijrah. 2. Saudah binti Zam'ah. Wanita pertama dinikahi selepas kewafatan Siti Khadijah. Berusia 65 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Rasulullah meminangnya untuk menjaga anak-anak Rasulullah dengan Khadijah. 3. Aisyah binti Abu Bakar. Satu-satunya isteri yang dikahwini semasa anak dara. Rasulullah mengahwininya bagi merapatkan lagi hubungan dengan Sayidina Abu Bakar. Berusia 9 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Wanita paling alim dalam pengetahuan agamanya. 4. Hafsah binti Umar. Untuk merapatkan hubungan baik dengan bapanya, Sayidina Umar, dan memuliakan suaminya yang syahid dalam perang Uhud. Berusia 21 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Pandai menulis dan berbahasa. 5. Zainab binti Khuzaimah. Rasulullah menikahinya demi memuliakan suaminya yang syahid dalam Perang Uhud. Berusia 29 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Beliau digelar ummu al-Masakin (ibu orang-orang miskin) kerana sikap penyayang dan kelembutannya terhadap mereka. 6. Ummu Salamah Hindun binti Abu Umayyah. Berusia 34 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi memecah tembok permusuhan dengan kabilah Bani Makhzun terhadap Islam dan memadamkan kebencian mereka. Wanita pertama hijrah ke Habsyah. Paras cantik dan akal pintar. 7. Zainab binti Jahsy. Seorang yang sangat kuat beribadah, paling banyak bersedekah dan memuliakan orang miskin. Berusia 35 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Perkahwinan dengan Rasulullah adalah perintah langsung daripada Allah. 8. Juwairiyah binti Al-Harith. Tawanan perang bani Mustalaq yang dibebaskan oleh Rasulullah dan kemudian dinikahi Baginda. Berusia 21 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Banyak berpuasa dan beribadat. 9. Safiyyah binti Huyai. Pembebasan daripada tawanan perang. Berusia 17 tahun dan sudah menjanda ketika berkahwin dengan Nabi. Beliau bersifat lemah lembut dan bersikap benar. 10. Ummu Habibah Ramlah binti Abu Sufiyan. Berusia 31 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi memperbaiki hubungan dengan Abu Sufiyan. Berhijrah ke Habsyah bersama suaminya dan suaminya meninggal di sana. Nabi meminang beliau menerusi raja Najasyi. 11. Maimunah binti Al-Harith. Berusia 25 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi menyebarkan syiar Islam. Paling bertakwa dan bersungguh-sungguh menyambung silaturahim. 12. Mariah binti Syam'un. Hadiah daripada Raja Muqawqis. Satu-satunya isteri yang mempunyai zuriat selepas Siti Khadijah.

You might also like