Isi Pelajaran Pengantar Linguistik

(BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

)

TAJUK 1

(SEJARAH PERKEMBANGAN LINGUISTIK)

Sinopsis • Tajuk ini membincangkan tentang sejarah perkembangan ilmu linguistik yang bermula pada tahun 500 SM hingga ke zaman moden. Sejarah pengkajian ilmu linguistik bermula pada zaman Yunani, zaman Iskandariah, zaman Rom, zaman pertengahan, zaman Peralihan (Renaissance), zaman Arab, zaman India, zaman Linguitik perbandingan dan zaman linguistik moden. • HASIL PEMBELAJARAN 1. Menyusur galur sejarah perkembangan ilmu linguistik. 2. Menghuraikan sejarah ilmu linguistik zaman Yunani, Iskandariah, Rom, Arab, India hingga zaman moden abad ke 20 Tahukah anda bila kajian bahasa bermula? Berdasarkan catatan awal sejarah ilmu linguistik, kajian tentang bahasa telah berlaku seawal 800 tahun sebelum masihi yang berlaku di India. Walau bagaimanapun titik permulaan kajian ilmu linguistik dipercayai berlaku pada zaman Yunani. Hal ini ada kaitannya dengan penemuan kegiatan kajian orang-orang India yang didasarkan kepada hasil kajian Panini telah diwartakan pada abad ke-17. Kehebatan orang Yunani dalam kajian bahasa adalah berdasarkan bukti dalam bentuk catatan yang dikaji pada zaman linguistik yang bermula di Eropah. 1.1 Zaman Yunani, Zaman Iskandariah, Zaman Rom Dalam sejaran ilmu linguistik, golongan pertama yang bergiat dalam bidang pengkajian bahasa ialah orang-orang Yunani.Tamadun Yunani merupakan satu tamadun terawal yang wujud di atas muka bumi ini. Kehebatan tamadun ini merangkumi semua aspek seperti bahasa, ekonomi, budaya dan politik. Kegiatan dalam pengkajian bahasa bermula kira-kira 500 tahun sebelum masihi. Disebabkan seluruh kehidupan mereka dibendung oleh falsafah, maka kajian mereka tentang bahasa banyak dipengaruhi oleh pemikiran yang berbentuk falsafah. Falsafah bahasa bermula pada zaman pra-Socrates, iaitu pada abad

(BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU) ke-6 sebelum masihi. Falsafah Bahasa merupakan satu teras kepada bermulanya satu falsafah yang menjadi pegangan dan kekuatan masyarakat ketika itu Untuk pengetahuan anda, tokoh hebat dalam pengkajian bahasa pada zaman Yunani ialah Plato dan Aristotle, iaitu murid Plato. Plato (427 – 347) merupakan ahli falsafah pertama yang mengenal pasti dan menyelidik bahasa sebagai suatu masalah dan persoalan melalui karyanya yang berbentuk dialog, iaitu Cratylus. Dialog Cratylus telah mencetuskan kontroversi berabad-abad lamanya, iaitu antara kumpulan analogis yang mempercayai bahawa bahasa bersifat alamiah, nalar dan logis dengan kumpulan anomalis yang berpegang kepada kepercayaan bahawa bahasa tidak nalar sepenuhnya. Plato telah menimbulkan persoalan adakah ketepatan sesuatu nama berasaskan tabii dan realiti atau konvensyen, iaitu berdasarkan persetujuan masyarakat. Beliau juga menyelidik tentang tatabahasa yang membezakan antara kata nama dengan kata kerja. Plato telah meletakkan fungsi kata nama sebagai subjek kepada predikat dan kata kerja sebagai penerangan kepada perbuatan. Ilmu linguistik terus berkembang pada zaman Aristotle tahun 384 – 322 sebelum masihi dengan menambah satu lagi pembahagian dalam tatabahasa, iaitu kata penghubung. Beliau memperkembang dan memperdalam pemikiran tentang falsafah bahasa yang diasaskan oleh Plato. Aristotle merupakan sarjana yang mula-mula mengakui tentang adanya sistem kala atau tense dalam bahasa Yunani. Gagasan lain yang dikembangkan oleh Aristotle ialah fungsi bahasa sebagai alat, khususnya untuk retorik dan puisi. Beliau menganggap bahawa bahasa itu sebagai suatu juzuk dunia, tetap dan dapat diperoleh dalam tulisan yang menjadi subjek tatabahasa dan sebagai cara menunjukkan apa-apa sahaja yang ada di dunia yang menjadi subjek logika. Secara umumnya, anda dapati bahawa kajian mengenai bahasa pada era Yunani lebih tertumpu kepada tatabahasa. Namun demikian, kaedah kajian mereka lebih bercorak logik dan bukannya saintifik. Kita telah selesai membincangkan tentang sejarah perkembangan linguistik zaman Yunani. Sekarang kita beralih pula kepada Zaman Iskandariah. Zaman ini

kelainan logika dalam bahasa dan hubungan antara bahasa mula berkembang. namun penumpuan bahasa pada waktu ini lebih kepada aspek lisan. Mereka turut mengkaji sistem fonetik dan membahagikan perkataan kepada adverb. Mereka juga dapat mengesan hubungan satu bahasa dengan bahasa lain terutama bahasa Inggeris. Golongan zaman pertengahan ini menolak bahasa luar atau bahasa pinjaman. . iaitu pertuturan. Bahasa pada era ini masih kekal kepada fungsi kesusasateraan. Anda harus ingat bahawa pada era ini juga teori sebab musabab. ganti nama dan kata depan. Zaman Arab. Zaman India Sekarang kita akan membincangkan sejarah perkembangan linguistik zaman pertengahan yang dikenali juga sebagai zaman Renaissance.(BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU) bermula pada abad ketiga tahun masihi. Para sarjana turut memperkenalkan bidang sintaksis. Tahukah anda bahawa mereka mengambil ilmu bahasa Yunani dan membuat kajian dalam bahasa Latin. participal. Jika dikaji perkembangan bahasa pada zaman ini lebih kepada perubahan sistem bahasa daripada tamadun Yunani kepada bahasa Latin. 1. Sebagai sebuah tanah jajahan Yunani. Para pengkaji pada zaman ini menggunakan ilmu bahasa sebagai satu elemen untuk mengukur kualiti sesuatu bahasa. Anggapan mereka bahawa hasil tulisan itu baik sekiranya bahasa dan hasil tulisan itu tepat dan kurang kesalahan tatabahasa.2 Zaman Pertengahan. Sekarang kita akan membincangkan sejarah perkembangan linguistik zaman Rom. Iskandariah menjadi pusat perkembangan kesusasteraan dan linguistik tamadun Yunani. Orang Rom telah mengambil alih bidang bahasa setelah tamadun Yunani runtuh. iaitu ayat yang merupakan satu unit deskriptif yang terdiri daripada turutan-turutan perkataan yang mempunyai makna. Pada era ini ahli bahasa mula meneroka bahasa termasuk tatabahasa vernakular. Mereka kurang menyumbang kepada perkembangan ilmu baharu berkenaan bahasa. Walau bagaimanapun sumbangan mereka amat penting kerana hasil tulisan mereka menjadi rujukan kepada semua pengkaji bahasa selepas zaman itu.

iaitu sekitar abad ke-19. Kajian mereka tertumpu kepada sumber al-Qur’an dan hasilnya perkembangan ilmu fonetik semakin pesat dan hampir menjadi sempurna serta terciptanya kamus lengkap untuk dijadikan bahan rujukan. Pendekatan kajian bahasa berdasarkan bukti nyata. Tahukah anda bahawa kesan daripada kajian ini wujudnya rumpun-rumpun bahasa daripada semua bahasa di dunia. zaman ini dikatakan sebagai permulaan kepada linguistik moden.3 Zaman Linguistik Bandingan dan Linguistik Moden Untuk pengetahuan anda. iaitu antropologi dan sosiologi. Tahukah anda bahawa sumbangan terpenting ahli-ahli bahasa zaman ini ialah kejayaan mereka membawa pembaharuan dalam ilmu bahasa dan mula mengkaji bahasa secara saintifik. Ahli bahasa zaman ini turut mengasingkan bahasa-bahasa di dunia kepada tiga kelompok.(BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU) Sekarang mari kita bincang pula perkembangan linguistik zaman Arab. Mereka mendapati bahawa hubungan bahasa bukan melalui peminjaman atau kebetulan tetapi wujud daripada satu rumpun yang sama. Kajian mereka lebih baik daripada Yunani dari aspek fonetik. Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian. Perbincangan seterusnya ialah sejarah perkembangan linguistik zaman India. Mereka turut mengkaji pertalian dan hubungan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. Pada era ini bahasa Sanskrit digunakan dengan meluas dan memberikan kesan besar kepada ilmu linguistik. Pada zaman ini bahasa berkembang pesat di Baghdad sebagai sebuah pusat ilmu di dunia. Bahan kajian turut berubah daripada tradisi bahasa Inggeris kepada kitab Rig-Veda. 1. Tamadun ini turut mengiktiraf bahawa bahasa berasal daripada satu bahasa yang sama. iaitu bahasa . Hal ini disebabkan Eropah mengalami zaman gelap. Bidang bahasa mula berkembang dengan wujudnya bidang baharu. Kebanyakan ahli fikir yang lahir pada zaman ini ialah sarjana Islam yang sentiasa mendapat sokongan daripada pemimpin mereka. morfologi dan sintaksis. hampir semua bahasa memiliki perkataan yang hampir sama dan maksud perkataan juga hampir sama.

Gunakan bahasa sendiri menunjukan anda faham apa yang dibincangkan. iaitu bahasa adalah baka dan satu fenomena sosial. Para pengkaji turut menelurkan satu teori baharu. . Bincangkan sumbangan Plato dan Aristotle kepada perkembangan ilmu linguistik sehingga kini. Sebagai mengakhiri perbincangan tajuk 1 ini. Hukum baharu mula wujud yang dikenali sebagai hukum R-G-L dan R-D-L. Tugasan: Buat catatan nota dalam bentuk grafik tentang sejarah perkembangan linguistik sejak sebelum masihi hingga ke zaman moden. Kajian pada era ini lebih sistematik dan menekankan kepada sinkronis dan diakronis. Pengkajian ilmu bahasa pada zaman ini lebih cenderung kepada linguistic deskriptif atau linguistik huraian. marilah sama-sama kita lihat sejarah perkembangan linguistik zaman moden sekitar abad ke-20.(BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU) berisolasi. berimbuhan dan bahasa berfleksi.

(BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU) TAJUK 2 : PEMIKIRAN DALAM LINGUISTIK Sinopsis Tajuk dua ialah pemikiran dalam linguistik. • Beliau berpendapat psikologi mendasari pengkajian bahasa dalam sains. Tajuk ini meliputi tiga subtajuk. iaitu pemikiran Edward Sapir. Leonard Bloomfield dan pemikiran Ferdinand de Saussure. Hasil Pembelajaran (i) Menghuraikan aliran pemikiran tokoh-tokoh lingustik mengiku zaman (ii) Menghargai sumbangan tokoh-tokoh dalam perkembangan ilmu bahasa sejak zaman awal hingga zaman moden (iii) Membuat banding beza bentuk pemikiran antara tokoh-tokoh linguistik Kerangka Tajuk Hasil pemikiran de Saussure telah melayakkan beliau diberikan jolokan sebagai “Bapa Linguistik Moden” Hasil pemikiran Bloomfield telah menghasilkan teori behaviourisme Hasil pemikiran Edward Sapir dapat diterokai melalui bukunya bertajuk Language (1881) 1. Buku beliau . bahasa ialah sistem manusiawi yang instingtif. Mereka merupakan tokoh linguistik yang banyak memberi sumbangan kepada perkembangan ilmu bahasa melalui hasil kajian secara empirikal. Kesimpulan kajian beliau mendapati bahawa struktur bahasa merupakan unsur yang menentukan sturktur pemikiran manusia. Beliau mengkaji hubungan bahasa dengan pemikiran manusia dari aspek psikologi.1 Pemikiran Edward Sapir Dalam Bidang Linguistik • Edward Sapir (1884 – 1939) seorang sarjana linguistik struktural dan antropologi dari Amerika pada awal abad ke-20. • Menurut beliau. iaitu bersifat arbitrari untuk menyampaikan perasaan dan fikiran.

sekiranya tingkah laku manusia lain berpunca daripada adanya rangsangan atau stimulus. iaitu suatu kenyataan yang menunjukkan bahawa semua bahan kajian hendaklah dapat diperhatikan dan dianalisis secara empirikal. 1. Dengan kata lain. bahasa akan sentiasa berubah. 1. • Rumusan hasil pemikiran beliau tiada bahasa yang sempurna. Beliau memperlihatkan konsep saintifik dalam kajiannya. maka bahasapun dapat dilahirkan sebagai gerak balas atau respons terhadap rangsangan itu. ayat-ayat itu tersusun di dalam otak dan dikeluarkan apabila adanya rangsangan.2 Pemikiran Leonard Bloomfield Dalam Bidang Linguistik • Bloomfield (1887 – 1949) merupakan ahli linguistik yang mempelopori teori behaviourisme yang berkait rapat dengan fahaman ahli psikologi dalam menghuraikan bahasa.(BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU) bertajuk Language berbeza dengan Bloomfield kerana menggunakan pendekatan antropologi yang melihat bahasa dari segi fungsinya dalam masyarakat. Buku beliau yang popular ialah Language (1933). Ketokohan beliau sebagai ‘Bapa Ilmu Linguistik Moden’ telah terbukti melalui penemuan-penemuan konsep dan pendekatan baharu dalam bidang bahasa secara moden.3 Pemikiran Ferdinand de Saussure Dalam Bidang Linguistik • Ferdinand de Saussure (1857 – 1913) ialah orang pertama mengasaskan ilmu linguistik moden. • Beliau juga beranggapan bahawa bahasa ialah satu tingkah laku manusia. Beliau beranggapan bahawa bahasa sebagai pangkalan data ucapan yang boleh mengeluarkan segala unit bahasa. • Rumusan beliau. .

• Ketokohan beliau adalah hasil penelitiannya sehingga menerbitkan buku bertajuk Couse de Linguistique Generale pada tahun 1915. iaitu secara sinkronis dan diakronis. • De Saussure merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep ‘langue’ dan ‘parole’. beliau merupakan orang pertama yang mengemukakan dan menekankan peri pentingnya kajian bahasa dilakukan dari sudut yang berbeza-beza. Linguistik diakronis mengkaji bahasa dari segi sejarah yang dilalui oleh bahasa serta perubahan-perubanan yang dialami oleh sesuatu bahasa tersebut. . Tugasan : Buat banding beza dalam bentuk grafik antara pemikiran de Saussure dengan Bloomfield. Huraikan dengan ringkas menggunakan ayat sendiri sumbangan dan kesan teori behaviourisme terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa. Karya agung beliau ini adalah hasil daripada usaha pelajar-pelajarnya yang telah mengumpul dan menyusun semula bahan-bahan kuliah sehingga terhasilnya buku tersebut yang kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris pada tahun 1959. Langue bermaksud loghat atau dialek dan parole bermaksud ciri-ciri bahasa yang dituturkan atau diucapkan oleh individu dalam masyarakat. Linguistik sinkronis mengkaji bahasa pada suatu masa tertentu.(BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU) • Dalam sejarah ilmu linguistik moden.

(BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU) ----------------------------------------------------------------------------------------------------------- TAJUK 3: BIDANG LINGUISTIK Sinopsis Tajuk tiga ialah bidang linguistik. Linguistik Sejarah dan Linguistik Perbandingan serta Linguistik Kontekstual. linguistik perbandingan dan linguistik kontekstual (iii) Membincangkan bidang linguistik gunaan dan hubungannya dengan pengajaran bahasa.1 Linguistik Umum dan Linguistik Gunaan . linguistik sejarah. iaitu Linguistik Am dan Linguistik Gunaan. Tajuk ini meliputi tiga subtajuk. Hasil Pembelajaran (i) Menghuraikan tentang bidang ilmu linguistik (ii) Menghuraikan linguistik am atau umum. Kerangka Tajuk Pengenalan kepada bidang-bidang ilmu linguistik Linguistik gunaan dalam pengajaran bahasa Perbandingan antara bahasa dan ciri persamaan dan perbezaan antara bahasa Kepentingan linguistik sejarah dalam perkembangan ilmu linguistik 3.

iaitu secara deskriptif. Menentukan sifat umum yang ada pada semua bahasa secara universal. kaedah dan hasil kajian linguistik dalam mengajarkan bahasa dan menulis buku-buku teks. deskripsi. iaitu terjemahan dan perkamusan. Linguistik gunaan juga dikenali sebagai linguistik terapan. Linguistik gunaan ini ialah satu cabang linguistik yang memanfaatkan teori. Antara kaedah mengajarkan bahasa yang dicipta itu ialah kaedah terus yang mengajarkan bahasa dengan tidak menggunakan bahasa asli pelajarnya. bentuk kata. Perkara yang dikendalikan dalam bidang ini ialah pembentukan konsep yang meliputi pendefinisian aspek dan kajian secara umum. Deskripsi bahasa seperti sistem sebutan. tetapi dalam modul ini kita hanya menyebut mengenai penggunaan linguistik dalam mengajarkan bahasa sahaja.(BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU) • • • • Linguistik umum disebut juga sebagai linguistik am. Linguistik ini menghasilkan kaedah-kaedah mengajarkan bahasa dan bahan-bahan mengajarkan bahasa. Ada aktiviti lain yang lazimnya juga dikaitkan dengan linguistik gunaan. Linguistik gunaan ialah bidang yang mengumpulkan beberapa disiplin ilmu bahasa yang berhubungan dengan pengajaran bahasa. cara dan kaedah tertentu yang digunakan dalam penghuraian bahasa. ejaan. Pengenalan linguistik gunaan sebagai suatu disiplin ilmu bahasa merupakan suatu usaha untuk menggunakan bahasa secara saintifik dan moden yang disebut juga sebagai sains gunaan. ayat dan makna mula digunakan bagi mengajarkan bahasa kepada penutur bahasa asli dan juga bahasa asing. Linguistik gunaan timbul apabila bidang linguistik bergabung dengan ilmu pendidikan dan psikologi. iaitu bidang yang mengkaji aspek-aspek teori Ilmu linguistik secara umum. • • • • • • • • .

berdasarkan peratusan perbendaharaan kata teras sebanyak 100 butir (kemudian 200) yang seketurunan dalam bahasabahasa yang dibandingkan. . dan tidak rapat hubungannya. setiap perbezaan antara dua bahasa yang berkait harus dapat diterangkan dengan amat munasabah. Kaedah glotokronologi mencadangkan penggunaan formula matematik untuk menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu berpisah. umpamanya dalam sistem-sistem fonologi atau morfologi. Kaedah terawal untuk jenis ini ialah glotokronologi yang mencadangkan satu formula matematik untuk menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu berpisah.2 Linguistik Sejarah dan Linguistik Perbandingan • Linguistik perbandingan (asalnya filologi perbandingan) ialah satu cabang linguistik sejarah yang membandingkan bahasa-bahasa supaya dapat menentukan perhubungan sejarah antara bahasa-bahasa itu. Teknik asas linguistik perbandingan ialah “kaedah perbandingan” yang bertujuan untuk membandingkan sistem-sistem fonologi. Jika bahasa-bahasa berasal daripada leluhur yang amat jauh. Pada dasarnya. Terdapat juga cabang-cabang pembandingan bahasa yang perbandingan: linguistik lain yang melibatkan bukannya sebahagian linguistik • • • • • • • Tipologi bahasa membandingkan bahasa supaya dapat mengelaskannya mengikut ciri-ciri. kaedah perbandingan tidak begitu berguna. 3. sistem-sistem morfologi. dijangka amat tetap. sintaksis. dan perubahan-perubahan sistematik.(BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU) • Dalam meletakkan linguistik gunaan ke dalam pengajaran bahasa. seseorang itu sudah mampu menghuraikan bentuk-bentuk dan peraturan sesuatu bahasa dan mengajarkan bahasa dengan baik. dan leksikon. dan linguistik perbandingan bertujuan untuk membina semula bahasa-bahasa proto dan menentukan perubahan-perubahan yang telah berlaku pada bahasa-bahasa yang didokumenkan itu. • “Perhubungan" membayangkan asal yang sama atau bahasa proto.

(BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU) • Linguistik hubungan memeriksa kesudahan-kesudahan linguistik tentang hubungan antara penutur-penutur bahasa yang berbeza. Kemudian. Kajian perlu dilakukan secara sinkronik iaitu kajian secara terperinci dalam beberapa zaman atau masa dan tempat tertentu.3 Linguistik Kontekstual . Tujuannya adalah untuk mengetahui proses dan perkembangan bahasa dari masa lampau hingga kini. Hal ini disebabkan huraian yang lengkap diperlukan tentang aspek-aspek yang dibandingkan itu • • • • • • • • • 3. khususnya sebagaimana yang terbukti dalam kata-kata pinjaman. iaitu membuat perbandingan bagi menentukan perubahan dan perkembangan yang berlaku di dalam bahasa tersebut. Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan bahasa serta asasl usul atau etimologi sesuatu bahasa. yakni bahasa seketurunan daripada bahasa induk. Perbandingan dilakukan antara beberapa aspek tertentu sahaja atau seluruh aspek bahasa yang dibanadingkan itu. Kajian tertumpu kepada lebih dari satu zaman. Linguistik ini memperlihatkan hubungan yang erat dengan linguistik huraian. Linguistik perbandingan lebih dikenali sebagai bidang kajian yang membandingkan antara bahasa yang sekeluarga. kajian perlu dilakukan secara diakronik. Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan dan asal usul(etimologi) sesuatu bahasa. Cabang kajian linguistik yang berusaha untuk memperlihatkan perkembangan sesuatu bahasa dari segi sejarah yang dilalui melalui masa iaitu dari zaman kemunculannya hinggalah ke suatu tahap yang tertentu. Tujuannya adalah untuk melihat ciri-ciri perbezaan dan persamaan antara bahasa yang sekeluarga. Linguistik sejarah atau historis ialah cabang ilmu linguistik yang berusaha untuk memperlihatkan perkembangan bahasa dari segi sejarah yang dilaluinya melalui masa.

Sedangkan linguistik teori teras mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri. 2. serta sains kognitif. linguistik evolusi. Tugasan: 1. Bidang-bidang linguistik merentasi disiplin termasuk pemerolehan bahasa. bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan dunia. linguistik pengiraan. . linguistik antropologi. • • • Tajuk 4: LINGUISTIK KONTEKSTUAL Sinopsis: Tajuk empat ialah tajuk yang melihat bagaimana linguistik berinteraksi dengan disiplin-disiplin akademik yang lain. Sosiolinguistik. Analisis wacana kritis ialah bidang yang retorik dan falsafah berinteraksi dengan linguistik.(BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU) • Linguistik kontekstual ialah bidang yang linguistik berinteraksi dengan disiplin-disiplin akademik yang lain. Sedangkan linguistik teori teras mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri. dan antropologi linguistik merupakan sains sosial yagn mengkaji interaksi – interaksi linguistik dengan masyarakat pada keseluruhannya. Psikolinguistik dan neurolinguistik menggabungkan sains perubatan dengan linguistik. Bincangkan bidang linguistik gunaan dalam pengajaran bahasa. Buat perbandingan antara linguistik sejarah dengan linguistik perbandingan. bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan dunia.

Berkaitan dengan bahasa. Sedangkan linguistik teori teras mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri. relevan. Lyons. • • Kontekstual membawa pengertian: 1.Yang membawa maksud.  Linguistik kontekstual ialah bidang yang melihat bagaimana linguistik berinteraksi dengan disiplin-disiplin akademik yang lain. kebudayaan dan masyarakat. 2. makna dan kepentingan (meaningful). Dewan Bahasa dan Pustaka.(BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU) Hasil Pembelajaran: 1. Kajian saintifik tentang bahasa. 2. Kontekstual ialah-Berkaitan dengan atau menurut konteks: penyelidikan sastera dari segi dapat merencanakan perkembangan sastera. Kuala Lumpur 2005). Linguistik Kontekstual Menurut J. Mengenalpasti aspek-aspek bahasa. struktur dan penggunaan bahasa dalam fungsi-fungsi sosial. Menjelaskan perhubungan antara bahasa dan masyarakat. • Menjelaskan bahawa linguistik ialah pengajian ilmu bahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka. Menurut John Lyons (1968). • Linguistik adalah satu bidang yang mengkaji bahasa secara saintifik Menurut Kamus Dewan (edisi keempat). ada hubungan atau kaitan langsung. Kuala Lumpur 2005).Yang berkenaan. • Linguistik ialah1. Definisi kontekstual: Menurut Kamus Dewan (edisi keempat). . bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan dunia. mengikut konteks. • Linguistik adalah suatu ilmu pengkajian bahasa yang dilakukan secara saintifik. Menurut Kamus Dwibahasa (1981). 2. 1968 .

Merupakan satu kajian yang sangat luas dan pelbagai meliputi bermacammacam perkara seperti fungsi bahasa. mantra dan pelbagai istilah lain lagi. kriteria dan persepsi kesantunan berbahasa.(BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU) Sosiolinguistik • • Sosiolinguistik adalah bidang yang mengkaji perhubungan di antara bahasa dan gejalanya dalam masyarakat. pelacakan bahasa rahsia bajak laut. penerimaan istilah akuntasi di kalangan ahli ekonomi. struktur dan penggunaan bahasa yang ada dengan fungsi-fungsi sosial. • Sosioling • Pada prinsipnya. ia mengkaji mengenai aspek-aspek linguistik yang melihat aspek bahasa. peranan bahasa. Secara mudah. Cenderung berfokus kepada variasi bahasa yang muncul dalam masyarakat yang kebiasaanya dipengaruhi oleh stratifikasi sosial dalam masyarakat. kata sapaan yang ditinjau dari perpaduan sosial dan jarak sosial di antara penutur. pengungkapan jati diri secara sosial melalui grafiti. Fungsi linguistik memperkatakan tentang perkara-perkara seperti perbandingan di antara bahasa rasmi dengan bahasa vernakular yang • • . kebudayaan dan penggunaannya dalam sesebuah masyarakat yang tertentu. sosiolinguistik adalah bidang yang memperlihatkan pertalian antara bahasa dengan masyarakat.

sosiolinguistik mengkaji berbagai bahan sosio-budaya yang berhubung dengan aspek-aspek linguistik seperti perhubungan sosial harian yang berkaitan pula dengan kebudayaan. pertalian bahasa dengan kumpulan-kumpulan etnik. Melihat aspek-aspek kehidupan penutur yang tertentu dan seterusnya melihat bagaimana suasana kehidupan dan sistem nilai yang dipegang oleh para penutur mempengaruhi cara mereka berbahasa.(BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU) tidak rasmi. Antropologi Linguistik  Satu cabang yang mengkaji hubungan antara bahasa dan budaya terutama untuk mengamati bagaimana bahasa itu digunakan sehari-hari sebagai alat dalam tindakan bermasyarakat. dialek dan bentuk-bentuk gaya yang dibezakan oleh perihal taraf pemakai-pemakainya. menetap dan bergaul dengan etnik berkenaan sehingga kadang-kadang membawa kepada perkahwinan dan jangka masa yang lama. Pengertian Antropologi Menurut etnologinya kata antropologi berasal dari kata yunani “Antropo” yang bererti manusia dan “logy” atau “logos” bererti ilmu yang mempelajari.  Salah satu cara atau kaedah yang dapat digunakan untuk melihat pemakaian bahasa dalam konteks sosial budaya secara terperinci adalah participant observation.  Adakala disebut etnolinguistik iaitu bidang yang dikatakan memberi penumpuan kepada perhubungan di antara bahasa dengan penyelidikan primitif. bahasa.  Participant observation merujuk kepada seseorang yang dihantar kepada sesuatu etnik. Latihan: 1. • Kesimpulannya. iaitu satu perihal yang melibatkan apa yang dinamakan “perancangan bahasa” dalam menegakkan identiti sesebuah negara. kumpulan sosial. Linguistik Antropologikal Mengkaji hubungan di antara bahasa dan budaya. masyarakat. . Huraikan cabang-cabang linguistik kontekstual.

(BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU) TAJUK 5 : STILISTIK Sinopsis .

 Karya sastera ditandai kelainan dalam penggunaan gaya bahasanya untuk menimbulkan kesan artistik. Perbezaan dari segi gaya dan laras bermula daripada bentuk yang paling formal kepada bentuk yang agak formal. Stilistik  Menurut Abdullah Hassan (1990) Stilistik atau sylistics adalah ilmu tentang stail atau gaya yang dihubungkan dengan pemakaian atau penggunaan bahasa  Fokus dan penekanan terhadap aspek kebahasaan  Ilmu tersebut muncul dalam bidang linguistik dan diperluas dalam bidang kesusasteraan yang menggunakan bahasa sebagai wahana pengucapan. Pengenalan am Stilistik Bahasa.  Kesan penerapan daripada disiplin linguistik tercerminnya ilmu gaya yang membezakan gaya sastera dan gaya bukan sastera. Mengenal pasti prinsip-prinsip stilistik.  Rene Wellek dan Austin Warren (1966:182)-stilistik meneliti penggunaan bahasa yang menyimpang daripada norma dan berusaha menemukan fungsi estetik. 2. Perlakuan bahasa bergantung kepada keadaan dan partisipasi sesuatu pertuturan. . Stilistik dari sudut Sastera  Kajian terhadap keseluruhan karya yang berpusat kepada penggunaan bahasa. Melihat bagaiamana keberkesanan stilistik mempengaruhi bahasa. Hasil Pembelajaran 1.  Cabang linguistik gunaan atau terapan.(BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU) Tajuk 5 ini melihat variasi bahasa yang bersistem yang wujud dalam sesuatu bahasa yang dituturkan oleh seorang penutur.

khasnya bergantung kepada keadaan dan partisipasi sesuatu pertuturan. penggunaan pendekatan stilistik berhasil memperlihatkan gaya keperibadian seseorang penulis. Prinsip Stilistik  Pertama menganggap dan mengiktiraf bahasa sebagai punca kegiatan berkreatif dengan merujuk kepada kemampuan berbahasa sebagai satu anugerah dan bakat seseorang penulis. Perbezaan ini disebabkan oleh beberapa faktor antaranya pengalaman. mudah dimengerti. (1976:7).  Namun. pendidikan.  Kedua. pembentukan perkataan dan ayat dapat dilakukan. penelitian menggunakan pendekatan ini merujuk kepada aspek bahasa yang melibatkan ayat-ayat yang membina keseluruhan karya. banyak maksud dan mempunyai makna simbolik.  Pentafsiran makna ayat melibatkan makna yang mudah difahami. .(BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU)  Bermaksud bentuk variasi bersistem yang wujud dalam sesuatu bahasa yang dituturkan oleh seorang penutur.  Ketiga.  Analisis itu tidak sahaja dalam lingkungan pengaplikasian bahasa tetapi menjangkaui kepersisan bakat berbahasa penulisnya. melalui pendekatan stilistik huraian terhadap pemilihan diksi.  Perbezaan dari segi gaya dan laras bermula daripada bentuk yang paling formal kepada bentuk yang agak formal.  Murry J.  Penulis mempunyai cara tersendiri.M.  Dalam sesebuah karya sastera yang pelbagai genre itu terdapat pelbagai jenis dan kategori perkataan dan ayat yang digunakan. pendekatan stilistik membincangkan aspek tema seperti yang sering dibicarakan dengan menggunakan pendekatan struktural. kedudukan stilistik sebagai penelitian sesuatu gaya istimewa dalam eksposisi dan pembentukan satu penyusunan diksi serta struktur kalimat yang mencerminkan keperibadian atau idiosinkrasi penulisnya.  Analisis karya sastera merupakan suatu huraian tentang bakat dan kebolehan mengarang bagi seseorang pengarang. sikap dan keperibadian penulis  Keempat.

 Pengaplikasian kata dan diksi dari bahasa daerah atau tempatan dapat memperkaya perbendaharaan kata di samping merupakan satu gaya atau stail bagi seseorang penulis. juga digunakan untuk menghuraikan penerimaan dan penghargaan pembaca atau khalayak terhadap sesebuah karya. pendekatan stilistik membantu mereka memahami makna perkataan yang sukar serta ayat yang kompleks yang digunakan oleh pengarang.  Penelitian yang dilakukan dengan menggunakan pendekatan stilistik ini akan menemukan gagasan bahawa terdapat unsur-unsur bahasa yang mendorong seseorang itu berkreatif.  Aspek bahasa dapat menjelaskan kesan penggunaan sesuatu bahasa sama ada dapat difahami. menimbulkan keseronokan atau memberi kecelaruan dan kekaburan tanggapan kesan daripada penggunaan penanda dan petanda bahasa yang digunakan untuk mengungkapkan pemikiran.  Keenam.(BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU)  Pengetahuan dan ilmu yang bersangkutan dengan aspek kemasyarakatan iaitu bidang sosiolinguistik dan dialektologi perlu dikuasai oleh pengkaji atau peneliti.  Kelima. seseorang penulis didorong oleh pelbagai keadaan dan rangsangan yang berlaku di sekelilingnya.  Ketujuh. Huraikan prinsip-prinsip stilistik dan bagaimanakah stilistik itu mempengaruhi kehidupan masyarakat. pendekatan stilistik selain digunakan untuk menganalisis proses penghasilan sesebuah karya. Latihan: 1. pendekatan stilistik juga menekankan penelitian tentang penghasilan sesebuah karya.  Semasa berkarya. mesej atau idealisme pengarang. .

melainkan mengikut cara-cara tertentu. • • • • • • Terdapat beberapa unit tertentu yang dicantumkan menjadi satu susunan yang sempurna dari segi strukturnya (klausa. Menguasai dan memahami perbezaan sifat-sifat bahasa itu.(BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU) TAJUK 6: SIFAT BAHASA Sinopsis Tajuk 6 ini membincangkan sifat-sifat bahasa menurut Teori Noam Chomsky Menurut Teori Noam Chomsky. sebagai contoh : BAHASA MELAYU 1. 1. buku itu 2. three red books (tiga buah bukuyang merah) 3. Bahasa apa pun di dunia ini mempunyai sifat-sifat yang tersendiri. the beautiful book (buku yang cantik itu) . 2. Tidak semua pencatuman unit-unit itu boleh dilakukan. pensel ini BAHASA INGGERIS 1. Setiap bahasa mempunyai bahasa masing-masing. Sistem itu telah ditetapkan oleh susunan bahasa. Sistem yang dimaksudkan ialah aturan. ayat. Bahasa sebagai satu sistem • Bahasa mempunyai susunan yang tertentu. susunan perkataan . Boleh menjelaskan sifat-sifat bahasa itu secara tepat. Hasil Pembelajaran. 1. that car (kereta itu) 2. sebuah buku merah 3. nahu atau bentuk sintaksis. sama ada dalam bentuk bunyi-bunyi perkataan. kata).

pertembungan manusia dengan manusia lain menyebabkan pertambahan dan pengurangan perbendaharaan kata sesuatu bahasa itu. 3. . Tidak semestinya ada hubungan antara bunyi yang dilafazkan dengan benda-benda yang dimaksudkan. termasuklah benda-benda yang berada di sekitarnya. Walaupun begitu. • Faktor yang mengubah bahasanya. • Pertembungan kebudayaan. Bahasa bersifat dinamis • Bahasa adalah berubah dan berkembang selagi penuturnya bergaul dan berinteraksi dengan manusia lain. Bahasa sebagai alat berkomunikasi. – tempat : situasi sekeliling dimana pertuturan itu mengambil tempat.(BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU) 2. struktur dan tatabahasanya tidak berubah. Sebagai contoh: dalam Bahasa Melayu itu dipanggil “pintu” dalam Bahasa Inggeris dipanggil “door” “puerta” dalam Bahasa Sepanyol. • Proses komunikasi ialah adanya maklumat yang hendak di sampaikan oleh penutur kepada pendengar. Bahasa itu bersifat arbitrari • Arbitrari ialah pertalian sesuatu bentuk atau lambang dalam bahasa dengan makna yang diberikan secara kebetulan dan ditentukan oleh budaya sesuatu masyarakat. – pendengar : orang yang dilawan bercakap. • • • • • • 4. – butir pertuturan : tajuk percakapan antara penutur dengan pendengar sama ada terdiri daripada hal-hal peribadi atau rasmi. Oleh kerana sifat-sifat arbitrari inilah maka kita dapati tiap-tiap bahasa mempunyai perkataan yang berlainan bagi benda-benda sama.

6. ’l’. ’a’. bunyi-bunyi yang dihasilkan ialah ‘k’. Bahasa mempunyai makna • Makna bererti yang dimaksudkan dan yang dipercakapkan.(BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU) 5. ’ a’. Latihan: 1. iaitu dengan pergerakan alatalat artikulasi satu demi satu. Bahasa itu linear • Bunyi-bunyi itu dihasilkan satu demi satu. huraikan sifat-sifat bahasa dengan jelas. Ini dikatakan linear di mana apa yang ingin dituturkan disebut satu demi satu untuk melambangkan sesuatu bunyi. • Sesuatu perkataan yang diujarkan mempunyai maksud. • • Sebagai contoh untuk menyebut kalam . Dengan memilih contoh-contoh yang sesuai. . dan ‘m’.

makin luas daerah penyebaran bahasa itu.  Halliday (1968) menjeniskan bahasa kepada dua aspek iaitu :  Pengguna – orang yang menggunakan sesuatu bahasa dan  Penggunaan – kesesuaian jenis bahasa yang digunakan dengan keadaan atau situasi bahasa itu digunakan. kosa kata dan tatabahasa. Makin besar jumlah penuturnya. dan makin banyak pula perbezaan yang wujud dari segi penggunaannya. Hasil Pembelajaran 1.  Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya.Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. Makin besar jumlah penuturnya. Melihat pengaruh variasi bahasa itu mempengaruhi kehidupan masyarakat. 2.(BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU) TAJUK 7 : VARIASI BAHASA Sinopsis Tajuk 7 ini membincang dan menjelaskan bentuk-bentuk bahasa yang digunakan bagi maksud yang sama berdasarkan situasi tertentu.  Aspek ini lebih menekankan kepelbagaian daerah untuk bahasa yang sama dan bukannya perbandingan fitur antara dua bahasa.  Variasi bahasa ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan.  Demikian juga halnya dengan Bahasa Melayu. Dalam konteks Malaysia.  Variasi bahasa bermaksud perbezaan bentuk-bentuk bahasa yang digunakan bagi maksud yang sama berdasarkan situasi tertentu  Variasi bahasa merupakan suatu pengkajian terhadap fitur bahasa yang berbeza secara semantik apabila kita membandingkan kumpulan penutur berbeza atau suatu kumpulan penutur yang sama dalam keadaan yang berbeza. Menghurai dan menjelaskan variasi-variasi bahasa. di Semenanjung Tanah Melayu sahaja sudah terdapat berbagai-bagai . makin luas daerah penyebaran bahasa itu dan makin banyak perbezaannya. Variasi Bahasa.

Dalam rangka Malaysia.  Dalam bidang ilmu bahasa. misalnya bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Melaka. Tujuannya supaya mudah difahami. jenis pekerjaan. Pahang.  Variasi ini. yang sekarang dikenal sebagai bahasa Melayu baku. di Semenanjung Tanah Melayu sahaja sudah terdapat berbagai-bagai dialek. variasi yang dipilih untuk mewakili satu bahasa secara menyeluruh itu disebut bahasa standard atau bahasa baku. Terengganu.  Demikian juga halnya dengan bahasa Melayu. dan kedudukan sosioekonomi penutur yang berbeza-beza penggunaannya. seperti dialek Kelantan.  Daripada beberapa variasi satu bahasa.  Hakikat bahasa dan variasi-variasinya sudah lama diakui oleh ahli-ahli bahasa. Melaka. makin luas daerah penyebaran bahasa itu. masih terdiri daripada satu keseluruhan. Pahang. Terengganu. Makin besar jumlah penuturnya. mereka mempunyai gambaran tentang satu kesatuan bahasa. ialah variasi yang digunakan dalam sistem pendidikan (bahasa sekolah).  Bahasa Melayu baku ialah variasi yang digunakan apabila orang-orang daripada berbagai-bagai dialek di negara ini berkumpul dan berbincang. seperti dialek Kelantan.(BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU) dialek. yang walaupun mempunyai berbagai-bagai kelainan. Perak dan Johor. Negeri Sembilan. Perak dan Johor. Negeri Sembilan. dalam . seperti latar belakang pendidikan.  Tiap-tiap pihak harus gugurkan ciri-ciri kedaerahan masing-masing dan guna sedikit sebanyak variasi bahasa yang bersifat bahasa melayu umum.  Demikian juga terdapat variasi-variasi bahasa Melayu yang wujud oleh sebab faktor-faktor sosial.  Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. Namun apabila mereka merujuk sesuatu bahasa tertentu. satu variasi tertentu dipilih sebagai mewakili bahasa tersebut dan variasi inilah yang menjadi ukuran apabila kita merujuk sifat umum bahasa tersebut. dan makin banyak pula perbezaan yang wujud dari segi penggunaannya. yang dari segi sejarahnya berasaskan dialek bahasa Melayu Johor Riau.

serta ekspresi wajah untuk mengungkapkan fikiranmereka.  Dialek mempunyai bentuk tertentu.  Dialek kawasan ialah variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam sesuatu kawasan. bukannya suara. mesyuarat dan persidangan dan dalam media massa. Cabang Nusantara mempunyai 200 hingga 300 bahasa dalam 16 golongan seperti Filipina.  Dialek merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami oleh pengguna dalam sesuatau masyarakat bahasa walaupun ada pembahagian geografi . dituturkan dalam kawasan tertentu dan berbeza daripada bentuk yang standard/ baku dari segi sebutan.  Dialek ialah variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa. Sumatera. .  Bahasa isyarat unik dalam jenisnya di setiap negara. orientasi dan gerak tangan. Variasi bahasa ini dikenali sebagai dialek. Variasi Bahasa (Dialek)  Perkataan 'dialek' berasal daripada bahasa Yunani iaitu 'dialektos' iaitu perkataan yang pada mulanya digunakan dalam hubungannya dengan bahasa Yunani pada waktu itu. Bahasa Isyarat  Bahasa isyarat adalah bahasa yang mengutamakan komunikasi manual. bahasa tubuh. Dikaitkan dengan rumpun bahasa Austronesia. tatabahasa. dan tubuh. Kalimantan dan sebagainya.(BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU) semua situasi rasmi seperti dalam ucapan-ucapan. lengan. dan penggunaan kata-kata tertentu. dan gerak bibir. untuk berkomunikasi. cabang Nusantara.  Kaum tunarungu adalah kelompok utama yang menggunakan bahasa ini. sosial dan stilistik.  Terdapat 3 jenis variasi iaitu variasi daerah. jawa. biasanya dengan mengkombinasikan bentuk tangan. tetapi perbezaannya tidaklah begitu besar untuk dianggap sebagai satu bahasa yang lain.

Contohnya. analisis penggunaan variasi bahasa yang digunakan dalam cerpen tersebut.  Biasanya bahasa isyarat ini hanya digunakan oleh mereka yang mempunyai kecacatan seperti bisu dan pekak. Amerika Serikat dan Inggeris meskipun memiliki bahasa tulis yang sama tetapi memiliki bahasa isyarat yang berbeza (American Sign Language dan British Sign Language).  Ini adalah salah satu cara untuk mereka berkomunikasi antara satu sama lain. Ada negara-negara yang memiliki bahasa tulis yang berbeza (contoh: Inggeris dengan Sepanyol).(BMM 3107 – PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU)  Bahasa isyarat berbeza di negara-negara yang berbahasa sama.  Golongan pekak dan bisu di negara ini menggunakan kaedah Bahasa Isyarat Malaysia (BIM). Latihan: Dengan memilih cerpen yang sesuai. . tetapi menggunakan bahasa isyarat yang sama. Hal yang sebaliknya juga berlaku.  Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) menubuhkan Pusat Latihan Malaysian Sign Language (MySL) yang digerakkan melalui sumbangan Yayasan Tan Sri Othman Yeop mensasarkan melatih 100 jurubahasa dalam tempoh lima tahun. yang memerlukan khidmat jurubahasa apabila berurusan dengan mereka yang tidak memahami bahasa berkenaan.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful