You are on page 1of 1

Rumusan Secara keseluruhannya, tugasan ini merangkumi huraian tentang teori teori perkembangan kognitif yang dikemukakan oleh

h Lev Vygotsky dan Jean Piaget. Lev vygotsky ( dalam buku Mok soon sang ) menyatakan bahawa setiap insan yang dilahirkan membawa satu set kognitif dalam minda masing masing iaitu dikenali sebagai Zon Perkembangan Proksimal (ZPD). Oleh itu bimbingan atau scaffolding perlu diberikan perhatian kepada kanak kanak sejak peringkat awal lagi agar berupaya membantu proses perkembangan kognitif mereka. Jean Piaget pula menyatakan bahawa kanak kanak dilahirkan umpama kain putih dan ibu bapa dan persekitaran lah yang mencorakkannya. Terdapat 4 peringkat perkembangan kognitif kanak kanak yang dikemukakan oleh Jean piaget iaitu peringkat deria motor, praoperasi, operasi konkrit dan operasi formal. Seterusnya Jean Piaget turut menyatakan proses perkembangan kognitif yang terdapat dalam set minda manusia iaitu schema, adaptasi, asimilasi dan akomodasi sehinggalah mencapai tahap keseimbangan berdasarkan pengalaman persekitaran yang dilalui oleh individu. Pendedahan dan pemahaman tentang teori teori perkembangan kognitif kanak kanak kepada para guru pelatih khususnya kami sebagai bakal guru prasekolah kelak amat wajar kerana ianya dapat menjana idea kami untuk mengaplikasikan teori teori ini dalam bilik darjah Berdasarkan pengajaran mikro yang telah kami laksanakan pula, pelbagai pengajaran, ilmu pengetahuan dan maklumat yang diperolehi, disamping

pendedahan awal mengenai contoh penulisan rancangan pengajaran slot ( RPS) yang betul dengan bimbingan pensyarah. Melalui RPS yang telah kami buat juga, kami dapat mendalami pendekatan yang sesuai dan memilih serta membuat keputusan untuk melaksanakan aktiviti yang sesuai mengikut tahap perkembangan kognitif kanak kanak.

You might also like