You are on page 1of 48

BUKU PANDUAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU PROGRAM PEMULIHAN KHAS

BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2012

Kata Alu-aluan Pengarah Bahagian Pendidikan Khas Dengan rasa syukur saya merakamkan syabas dan tahniah kepada Unit Pemulihan Khas, Bahagian Pendidikan Khas kerana buat julung kalinya berjaya menerbitkan Buku Panduan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu ,

Program Pemulihan Khas ini. Program Pemulihan Khas yang disediakan bagi membantu murid-murid di sekolah rendah yang menghadapi masalah khusus dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3 M) memerlukan guru Pemulihan Khas yang komited, sabar dan berdaya maju bagi meningkatkan pencapaian murid pemulihan khas dalam pembelajaran. Selaku agen pelaksana, guru Pemulihan Khas perlu menggunakan strategi-strategi tertentu bagi membolehkan muridmurid menguasai kemahiran-kemahiran yang telah dirancang mengikut tahap kebolehan dan keupayaan mereka. Justeru itu, bagi membolehkan murid cepat menguasai kemahiran yang diajar, kaedah dan aktiviti mengajar amat penting dan perlu dipelbagaikan agar pengajaran guru dapat menarik minat murid untuk menguasai kemahiran dengan lebih berkesan. Buku ini dihasilkan sebagai panduan dan cadangan kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Adalah diharapkan buku panduan ini akan mampu membantu guru, khususnya guru-guru pemulihan khas

mengendalikan pengajaran dan pembelajaran secara lebih berkesan, selaras dan terarah. Di samping itu, saya juga berharap agar buku ini bukan sahaja dapat membantu guru-guru malah turut berguna kepada masyarakat umum

khususnya ibu bapa. i

Saya yakin bahawa dalam usaha menerbitkan buku panduan kesabaran yang amat

ini memerlukan komitmen, kesungguhan dan

tinggi. Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi

penghargaan dan syabas kepada panel yang terlibat atas kejayaan menerbitkan buku panduan ini. Semoga segala usaha dan pengorbanan kita bagi mencapai hasrat melonjakkan kecemerlangan sistem pendidikan negara yang merupakan salah satu agenda nasional yang perlu dikongsi dan dijayakan oleh semua pihak diberkati Tuhan.

BONG MUK SHIN

ii

PENDAHULUAN

Buku Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Pemulihan Khas dihasilkan untuk membantu guru-guru pemulihan khas merancang serta melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih efisyen. Buku ini juga boleh digunapakai oleh guru-guru Bahasa Melayu dan Prasekolah dalam usaha menangani masalah membaca dan menulis di kalangan murid-murid.

Buku ini mengandungi 32 kemahiran asas Bahasa Melayu Program Pemulihan Khas dan ditambah satu lagi kemahiran Prabacaan dan Pratulisan. Ia mengandungi objektif pengajaran, cadangan aktiviti berdasarkan kemahirankemahiran tersebut. Objektif pengajaran dinyatakan secara eksplisit agar dapat memudahkan guru-guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Guru-guru boleh menambah atau mengubah aktiviti berdasarkan keperluan dan kreativiti mereka.

Buku Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Pemulihan Khas ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada guru-guru yang terlibat. Semoga masalah pembelajaran Bahasa Melayu di kalangan murid dapat dikesan dan ditangani seawal mungkin selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan yang cemerlang.

iii

ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA HALAMAN

Kata Alu-aluan Pendahuluan Prabacaan dan Pratulisan 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Huruf-huruf vokal Huruf-huruf kecil Huruf-huruf besar Suku kata KV Perkataan KV + KV Perkataan V + KV Perkataan KV + KV + KV

i - ii iii 1 2 3 4 5 6-7 8-9 10

8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23.

Perkataan KVK Suku kata KVK Perkataan V + KVK Perkataan KV + KVK Perkataan KVK + KV Perkataan KVK + KVK Perkataan KV + KV + KVK Perkataan KVK +KV+KVK Perkataan KVKK Sukukata KVKK Perkataan KV + KVKK Perkataan V + KVKK Perkataan KVK + KVKK Perkataan KVKK + KV Perkataan KVKK + KVK Perkataan KVKK + KVKK

11 12 13 14 15-16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 - 26 27 - 28 29 - 30

24. 25. 26. 27. 28. 29. 30. 31. 32.

Perkataan KV + KV + KVKK Perkataan KV + KVK + KVKK Perkataan KVK + KV + KVKK Perkataan KVKK + KV + KVK Perkataan KV + KVKK + KVK Perkataan yang melibatkan diftong dan vokal berganding Perkataan yang melibatkan huruf konsonan bergabung (digraf) Membaca dan membina ayat mudah Bacaan dan pemahaman Penghargaan

31 32 33 34 35 36 - 37 38 39 40

BIL

KEMAHIRAN Prabacaan dan pratulisan

OBJEKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. mendiskriminasi bentuk,saiz,warna, arah dan kedudukan objek. 2. mendiskriminasikan jarak 3. menyelaras pergerakan motor mata dan tangan. 4. melakar mengikut arahan guru.

AKTIVITI 1. Bersoal jawab tentang objek. 2. Memilih objek berdasarkan saiz. 3. Mengecam kedudukan gambar. 4. Menyambung titik-titik pada rajah. 5. Menyambung titik-titik berdasarkan contoh. 6. Mencari dan mewarna objek tersembunyi pada gambar. 7. Mewarna gambar berdasarkan arahan. 8. Melakar mengikut garisan: Contoh: -garisan lurus -garisan melengkung -garisan bengkang-bengkok -bulatan -segiempat

BAHAN -Lembaran kerja -Carta


Mendiskriminasi objek

Melakar garisan/ bentuk

BIL 1

KEMAHIRAN Huruf huruf vokal - a, e ,i, o, u

OBJEKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. menamakan huruf-huruf vokal.

AKTIVITI 1. Menamakan huruf vokal. 2. Membunyikan huruf vokal. 3. Bersoal jawab tentang gambar.

BAHAN - gambar keluarga

2. membunyikan huruf-huruf 4. Memadankan gambar dengan vokal. huruf vokal. 3. menulis huruf-huruf vokal. 5. Memadankan huruf vokal berpandukan gambar. 6. Membunyi dan membezakan vokal e. 7. Mewarnakan huruf vokal dengan warna yang ditetapkan. Contoh: a merah i biru u kuning e hijau o - coklat - kad huruf 8. Latihan pada lembaran kerja. Permainan huruf vokal Contoh: - Bingo (meletakkan kad-kad huruf pada tapak huruf yang sama). contoh : a - ayah , api i - ibu , itik e - emak , ekor - kad gambar

- lembaran kerja.

BIL 2

KEMAHIRAN Huruf kecil a - z

OBJEKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat : 1. menamakan huruf kecil a -z. 2. membaca huruf kecil a-z 3. menulis huruf kecil a -z.

AKTIVITI 1. Menyebut huruf kecil: - mengikut turutan - secara rawak 2. Menamakan huruf awal berpandukan gambar. 3. Membentuk huruf-huruf daripada doh. 4. Menulis huruf kecil - di udara, - di atas pasir. - di belakang badan kawan dan lain-lain. 5. Mewarnakan huruf - huruf yang sama. 6. Melengkapkan turutan huruf. 7. Menampal kertas warna pada huruf kecil (teknik kolaj). 8. Menulis huruf kecil mengikut teknik yang betul.

BAHAN - kad huruf kecil az - kad gambar:

- kad huruf kecil az (beberapa set) - kertas, warna, gam, gunting. - carta huruf. b g c h j r k y n t p m

- lembaran kerja 9. Menulis huruf kecil yang disebut. 10. Nyanyian: - lagu a , b , c 3 h j

BIL 3

KEMAHIRAN Huruf besar A - Z

OBJEKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. menamakan huruf besar A Z. 2. membaca huruf besar A - Z 3. menulis huruf besar A Z.

AKTIVITI 1. Bersoal jawab tentang gambar. 2. Menyebut huruf besar yang ditunjukkan. 3. Menulis huruf besar: - di udara, - di atas pasir. - di belakang badan kawan dan lain-lain.

BAHAN - kad huruf besar A-Z - kad gambar

- kad huruf tebuk 4. Memadankan huruf besar dengan huruf kecil. 5. Mencari dan mewarnakan huruf besar dalam gambar tersembunyi. 6. Menekap huruf huruf besar. 7. Menyambung titik-titik huruf. 8. Memadankan huruf besar dengan huruf kecil. 9. Mewarna huruf besar yang sama. 10.Menulis huruf besar berdasarkan huruf kecil yang diberikan. 11.Menulis huruf besar yang disebut. 4 - lembaran kerja

BIL 4

KEMAHIRAN Suku kata KV

OBJEKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. menyebut suku kata KV. 2. membaca suku kata KV. 3. menulis suku kata KV

AKTIVITI 1. Menamakan gambar. 2. Mengeja dan membunyikan suku kata KV. 3. Mencantum kad abjad menjadi suku kata KV. 4. Menunjuk suku kata yang disebut. 5. Memadan suku kata yang sama. g 6. Mewarna suku kata yang sama. 7. Melengkapkan perkataan dengan suku kata KV. 8. Menulis suku kata KV berdasarkan gambar. 9. Menghasilkan buku skrap. (memotong suku kata KV daripada akhbar dan menampal dalam buku skrap).

BAHAN - kad gambar

- kad abjad b k u a m

- kad suku kata. ka lo pi nu

- lembaran kerja ku___

lo___

BIL 5

KEMAHIRAN Perkataan KV + KV

OBJEKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. menyebut perkataan KV+KV. 2. membaca perkataan KV+KV. 3. menulis perkataan KV+KV.

AKTIVITI 1. Bersoal jawab tentang gambar. Contoh: - pipi, mata, dagu, gigi, dahi. 2. Mengeja dan membaca perkataan KV+KV berdasarkan gambar. 3. Membaca perkataan KV+KV pada kad/ carta. 4. Membaca ayat-ayat. 5. Memadankan gambar dengan perkataan KV+KV. 6. Memadankan perkataan KV+KV menjadi frasa. Contoh: bola buku baca kaki kuda biru

BAHAN - kad gambar

- kad suku kata pa ku

- kad perkataan sudu roti - carta perkataan pasu kuda lori debu meja lidi

7. Menyalin perkataan KV+KV daripada kad imbasan. 8. Menulis perkataan KV+KV berpandukan gambar.

BIL

KEMAHIRAN

OBJEKTIF

AKTIVITI 9. Melengkapkan ayat mudah. Contoh: - Saya beli _____. ( buka, buku ) - Baju bapa _____ ( biru, bara ) - Sani ada _____ ( dulu, duku ) - Wani bawa ____ ( sawi, sewa ) - Raju lari ______ ( lalu, laju )

BAHAN

10. Permainan bahasa - Domino

mula

gigi

roti

BIL 6

KEMAHIRAN Perkataan V + KV

OBJEKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. menyebut suku kata V dan KV. 2. membaca perkataan V + KV. 3. menulis perkataan V + KV.

AKTIVITI 1. Menamakan gambar/benda. 2. Menyebut bunyi vokal dan suku kata V+KV. 3. Mencantumkan suku kata menjadi perkataan V + KV. 4. Membaca perkataanV+KV pada kad imbasan/ carta. 5. Memadankan kad perkataanV+KV dengan gambar.

BAHAN - kad gambar. contoh:

- kad huruf vokal 6. Melengkapkan perkataan V + KV. 7. Menulis perkataanV+KV berdasarkan gambar. 8. Menulis perkataan V+KV yang disebut oleh guru. 9. Melengkapkan ayat dengan perkataan V+KV. contoh:

a e

i e

u o

BIL

KEMAHIRAN

OBJEKTIF

AKTIVITI 10. Permainan Bahasa - memancing huruf dan suku kata

BAHAN - kad suku kata contoh: la si pi bu

- kad perkataan contoh: api alu ibu ela

- carta perkataan contoh: api uli ela ibu isi isu

- lembaran kerja

BIL 7

KEMAHIRAN Perkataan KV+KV+KV

OBJEKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. membaca perkataan KV + KV + KV. 2. membina perkataan daripada suku kata KV. 3. Menulis perkataan KV +KV + KV.

AKTIVITI 1. Bersoal jawab tentang gambar. 2. Mencantum kad suku kata untuk membentuk perkataan. 3. Mengeja dan membaca perkataan KV + KV + KV. 4. Membaca perkataan KV + KV + KV.berdasarkan gambar. 5. Memadankan kad perkataan dengan gambar. 6. Melengkapkan perkataan berdasarkan gambar. 7. Latih tubi mengeja dan membaca ayat. 8. Melengkapkan ayat berdasarkan gambar. Contoh: 1. Haliza ada ________. 2. Mereka beli _______. ke

BAHAN - kad gambar contoh:

re

ta

-kad suku kata contoh:

ka
pe

ji
ta

ru
ko

- kad perkataan contoh: kamera

perigi
tomato - lembaran kerja

10

BIL 8

KEMAHIRAN Perkataan KVK

OBJEKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. menyebut perkataan KVK. 2. membaca perkataan KVK. 3. menulis perkataan KVK.

AKTIVITI 1. Menamakan benda-benda pada carta gambar. 2. Mengeja dan membaca perkataan KVK berpandukan gambar. 3. Mengeja dan membaca perkataan KVK pada kad imbasan/carta.

BAHAN - carta gambar contoh:

- kad huruf 4. Memadankan perkataan KVK dengan gambar. 5. Menyusun huruf-huruf menjadi perkataan KVK. 6. Melengkapkan perkataan KVK dengan huruf vokal yang sesuai berdasarkan gambar. 7. Menulis perkataan KVK berdasarkan gambar. 8. Menulis perkataan KVK yang didengar. 9. Permainan bahasa. - Pertandingan mencantum puzzle perkataan. - kad perkataan contoh: kek zip sup bas

- carta perkataan contoh: kek sup zip ros pen jam

- lembaran kerja

11

BIL 9

KEMAHIRAN Suku kata KVK

OBJEKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. menyebut suku kata KVK. 2. membina suku kata KVK. 3. menulis suku kata KVK berdasarkan gambar.

AKTIVITI 1. Latih tubi mengeja dan membunyikan suku kata KVK. 2. Membaca suku kata KVK pada carta suku kata. 3. Membina suku kata KVK daripada huruf-huruf. 4. Mewarnakan suku kata KVK yang sama.

BAHAN - kad huruf k b a

- kad suku kata bak ter cin rus

5. Menulis suku kata KVK yang disebut. 6. Latih tubi menyebut suku kata KVK berdasarkan huruf vokal. Contoh: bak kar las lin tih sik suh run sut

-carta suku kata


bak cin put ter lok wak lit sih doh buh bar

ber sek

rus

kok

12

BIL
10.

KEMAHIRAN Perkataan V + KVK

OBJEKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:

AKTIVITI 1. Menamakan gambar dan bersoal jawab. 2. Membunyikan huruf vokal dan menyebut suku kata KVK yang ditunjukkan. 3. Memadankan huruf vokal dan suku kata KVK menjadi perkataan berdasarkan gambar. 4. Membaca perkataan V+KVK pada kad/carta.

BAHAN -kad gambar.

1. mengeja perkataan V+KVK. 2. membaca perkataan V+KVK. 3. menulis perkataan V+KVK berpandukan gambar.

- kad suku kata 5. Melengkapkan suku kata berpandukan gambar. Contoh: i_____ ( tik , tak ) ( a , u ) ____yam 6. Menulis perkataanV+KVK berpandukan gambar. 7. Permainan Bahasa - Kad Padanan. 8. Latih tubi mengeja dan membaca perkataan V+KVK. a u o i yam m lar ren tik

- kad perkataan ikan ubat obor epal

13

BIL 11.

KEMAHIRAN Perkataan KV+KVK

OBJEKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. mengeja suku kata KV dan suku kata KVK. 2. membaca perkataan KV+KVK. 3. menulis perkataan KV+KVK.

AKTIVITI 1. Menamakan gambar yang ditunjukkan. 2. Membunyikan suku kata KV dan suku kata KVK. 3. Latih tubi mengeja dan membaca perkataan KV+KVK. 4. Memadankan kad suku kata untuk membentuk perkataan KV+KVK. 5. Melengkapkan perkataan KV+KVK dengan suku kata yang sesuai. 6. Memadankan perkataan KV+KVK dengan gambar. 7. Menulis semula perkataan KV+KVK berpandukan gambar. 8. Menulis perkataan KV+KVK yang disebut. 9. Permainan Bahasa. - Teka Silang Kata.

BAHAN - kad gambar

- kad suku kata li ki po lin pas kok

- kad gambar dan kad suku kata

po

kok

14

BIL 12

KEMAHIRAN Perkataan KVK+KV

OBJEKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. mengeja suku kata KVK dan suku kata KV. 2. membaca perkataan KVK+KV. 3. menulis perkataan KVK+KV.

AKTIVITI 1. Menamakan gambar yang ditunjukkan oleh guru. 2. Mengeja suku kata KVK dan suku kata KV yang ditunjukkan.

BAHAN - kad gambar - kad suku kata lem pin jam bu tu bu

3. 3. Mencantumkan kad suku kata 4. KVK+KV menjadi perkataan 5. berdasarkan gambar. 4. Mengeja dan membaca perkataan KVK+KV. 5. Menulis perkataan KVK+KV daripada kad suku kata yang dicantumkan. 6. Menulis perkataan KVK+KV berpandukan gambar. 7. Menulis perkataan KVK+KV yang disebut. 8. Membina ayat mudah daripada perkataan KVK+KV.

- CD interaktif - kad perkataan


lampu pintu kanta
garpu

- kad gambar dan kad suku kata.

lembu

15

BIL

KEMAHIRAN

OBJEKTIF

AKTIVITI 9. Membaca petikan dengan bimbingan guru. 10. Menjawab soalan pemahaman yang berkaitan dengan petikan. Contoh: 1. Ini apa? 2. Ini jambu apa? 3. Jambu madu rasa apa? 4. Apakah warna jambu madu?

BAHAN - kad suku kata lem bom jam kun bu ba bu ci

-contoh kad cerita


Jambu madu Ini jambu. Ini jambu madu. Jambu madu rasa manis. Jambu madu warna merah.

16

BIL 13

KEMAHIRAN Perkataan KVK+KVK

OBJEKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. menyebut perkataan KVK+KVK. 2. membaca perkataan KVK+KVK 3. menulis perkataan KVK+KVK

AKTIVITI 1. Membaca perkataan KVK+KVK yang ditunjukkan oleh guru. 2. Membentuk perkataan KVK+KVK daripada kad suku kata KVK yang diberi. 3. Latih tubi mengeja dan membaca perkataan KVK+KVK. 4. Menyalin semula perkataan KVK+KVK. 5. Menulis perkataan KVK+KVK berpandukan gambar. 6. Memadankan perkataan KVK+KVK dengan gambar. 7. Mewarnakan perkataan KVK+KVK. 8. Permainan bahasa. Contoh: Murid kumpulan A menunjukkan gambar manakala murid kumpulan B akan mengeja dan sebaliknya.

BAHAN - kad suku kata. cin sam ram cin pah but

- kad perkataan sambal tandas sumpit - lembaran kerja

17

BIL 14

KEMAHIRAN Perkataan KV+KV+KVK

OBJEKTIF Pada akhir pengajaran dan pelajaran murid dapat: 1. membunyi suku kata KV+KV+KVK dengan betul. 2 membaca perkataan KV+KV+KVK dengan betul. 4. menulis perkataan KV+KV+KVK yang disebutkan oleh guru.

AKTIVITI

BAHAN

1. Menamakan gambar KV+KV+KVK. -CD Interaktif -gambar 2. Menyebut perkataan KV+KV+KVK. -kad suku kata -kad perkataan 3. Melengkapkan perkataan KV+KV+KVK dengan suku kata sekolah yang betul. kelawar telefon 4. Membaca perkataan KV+KV+KVK basikal yang ditunjukkan. selekoh pelajar 5. Latih tubi menulis perkataan KV+KV+KVK dengan cara yang betul pada buku garis empat. - buku garis empat. - lembaran kerja. 6. Melengkapkan perkataan KV+KV+KVK dengan suku kata yang betul pada lembaran kerja. 7. Nyanyian lagu kanak-kanak. Contoh: Lagu Bunyi Telefon

18

BIL 15

KEMAHIRAN Perkataan KVK+KV+KVK

OBJEKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. mengeja dan menyebut perkataan KVK+KV+KVK. 2. membaca perkataan KVK+KV+KVK dengan betul. 3. menulis perkataan KVK+KV+KVK yang disebutkan oleh guru.

AKTIVITI 1. Menamakan gambar yang ditunjukkan oleh guru. 2. Melengkapkan perkataan KVK+KV+KVK dengan suku kata yang betul. 3. Membunyikan perkataan KVK+KV+KVK yang ditunjuk oleh guru. 4. Memadankan gambar dengan perkataan KVK+KV+KVK yang diberi. 5. Membaca perkataan KVK+KV+KVK. 6. Menulis perkataan KVK+KV+KVK daripada kad yang diimbas/ditunjuk oleh guru. 7. Permainan Bahasa. -Kotak Beracun

BAHAN - Kad imbasan. - rambutan - tempayan - jambatan - cempedak - komputer - buku garis empat. Contoh:

rambutan
- kad gambar.

- lembaran kerja Contoh:

cen

wan

19

BIL 16

KEMAHIRAN Perkataan KVKK

OBJEKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. membaca perkataan KVKK. 2. membina perkataan KVKK. 3. menulis perkataan KVKK .

AKTIVITI 1. Bersoal jawab tentang gambar. 2. Latih tubi mengeja dan membaca perkataan KVKK berpandukan gambar. 3. Menyusun huruf-huruf yang diberi supaya menjadi perkataan KVKK yang betul. 4. Membaca perkataan KVKK pada kad perkataan. 5. Memadankan perkataan KVKK dengan gambar. 6. Menulis perkataan KVKK berpandukan gambar. 7. Menulis perkataan KVKK yang disebutkan. 8. Permainan bahasa. -Teka Silang Kata

BAHAN - kad gambar contoh: wang wang - kad perkataan


wang tong gong jong

- kad silang kata

20

BIL 17

KEMAHIRAN Suku kata KVKK

OBJEKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. menyebut suku kata KVKK. 2. membaca suku kata KVKK. 3. menulis suku kata KVKK.

AKTIVITI 1. Mengeja suku kata KVKK dengan menggunakan kad lipat. 2. Membaca suku kata KVKK berdasarkan kad suku kata. 3. Latih tubi mengeja dan membunyikan suku kata KVKK. 4. Memadankan kad suku kata KVKK yang sama. 5. Menulis suku kata KVKK yang didengar. 6. Menulis suku kata KVKK berdasarkan huruf vokal. contoh: a u i e
bang kang yang cung dung pung king ning ting leng peng deng

BAHAN -kad lipat bang -kad suku kata cing bong rung beng -carta suku kata o
tong song long

lang ding meng

sung pong rang

7. Menyediakan Buku Skrap. Contoh: - menggunting kad suku kata KVKK dan menampal pada buku skrap.

21

BIL 18

KEMAHIRAN Perkataan KV + KVKK

OBJEKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. menyebut suku kata KV+KVKK. 2. membaca perkataan KV+KVKK. 3. menulis perkataan KV+KVKK.

AKTIVITI 1. Bersoal jawab berkaitan gambar. 2. Latih tubi mengeja dan membunyikan suku kata KV+KVKK secara kumpulan dan individu.

BAHAN - kad gambar

-kad perkataan 3. Memadankan suku kata untuk membina perkataan KV+KVKK. 4. Suai padan perkataan KV+KVKK dengan gambar. 5. Latih tubi membaca kad perkataan KV+KVKK. 6. Melengkapkan perkataan KV+KVKK dengan suku kata yang sesuai. 7. Menulis perkataan KV+KVKK berdasarkan gambar yang diberi. 8. Permainan bahasa. - Roda Impian
sotong kucing

-kad suku kata so ku tong cing

-lembaran kerja

Suaikan
pasang

pisang pusing

22

BIL 19

KEMAHIRAN Perkataan V+KVKK

OBJEKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. mengeja dan menyebut perkataan V+KVKK.

AKTIVITI 1. Bersoal jawab mengenai gambar. . 2. Menyebut suku kata V+KVKK. 3. Latih tubi mengeja dan membaca perkataan V+KVKK. 4. Memadankan huruf vokal dengan suku kata KVKK bagi membentuk perkataan. 5. Menyusun huruf-huruf untuk Membentuk perkataan V+KVKK. 6. Menyalin semula perkataan V+KVKK daripada kad imbasan. 7. Melengkapkan perkataan V+KVKK dengan suku kata yang sesuai. 8. Menulis perkataan V+KVKK berdasarkan gambar.

BAHAN -kad gambar

orang

2. membaca perkataan V+KVKK. 3. menulis perkataan V+KVKK berpandukan gambar

-kad suku kata/kad abjad o u -kad / carta perkataan abang usung dang ggg rang

-lembaran kerja o r g d a n u s

23

BIL 20

KEMAHIRAN Perkataan KVK+KVKK

OBJEKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. menyebut suku kata KVK+KVKK. 2. membaca perkataan KVK+KVKK. 3. menulis perkataan berdasarkan gambar.

AKTIVITI 1. Bersoal jawab mengenai gambar. 2. Menyebut suku kata KVK dan suku kata KVKK. 3. Latih tubi mengeja dan membaca perkataan KVK+KVKK. 4. Memadankan kad suku kata menjadi perkataan KVK+KVKK. 5. Memadankan kad perkataan KVK+KVKK dengan gambar. 6. Menulis perkataan KVK+KVKK berpandukan gambar. 7. Melengkapkan ayat dengan perkataan KVK+KVKK berpandukan gambar. 8. Menjawab pantun teka teki. Contoh: Berkelip-kelip bukannya api, Cantik kelihatan di langit tinggi, Ia muncul di malam hari, Cubalah adik beritahu kami.

BAHAN

-kad gambar

-kad suku kata


kam bin kum bing tang bang

-kad perkataan kambing bintang kumbang -lembaran kerja -CD Interaktif

24

BIL 21

KEMAHIRAN Perkataan KVKK+KV

OBJEKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. membaca perkataan KVKK + KV. 2. membaca ayat mudah. 3. menulis perkataan KVKK+KV 4. menulis ayat berdasarkan gambar.

AKTIVITI 1. Menamakan benda atau gambar. 2. Mengeja dan membunyikan suku kata KVKK dan suku kata KV . 3. Memadankan kad suku kata menjadi perkataan KVKK+KV. 4. Latih tubi mengeja dan menyebut perkataan KVKK+KV yang ditunjukkan. 5. Menulis perkataan KVKK+KV berdasarkan gambar yang diberi. 6. Membaca ayat-ayat mudah. 7. Menulis perkataan KVKK+KV berdasarkan gambar yang diberi.

BAHAN contoh: -kad suku kata tang nang bang ga ka ku

contoh -kad perkataan tangga

nangka bangku mangga

25

BIL

KEMAHIRAN

OBJEKTIF

AKTIVITI 8. Menjawab soalan pemahaman berdasarkan kad ayat. Contoh soalan: 1. Rumah Ali ada apa? 2. Siapa tanam pokok nangka? 3. Siapa cat bangku kayu?

BAHAN - kad ayat Rumah Ali ada tangga batu. Zahari tanam pokok nangka. Abang cat bangku kayu itu.

26

BIL 22

KEMAHIRAN Perkataan KVKK+KVK

OBJEKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. membaca perkataan KVKK+KVK. 2. membaca ayat. 3. menulis perkataan KVKK+KVK berdasarkan gambar.

AKTIVITI 1. Menamakan benda maujud atau gambar. 2. Mengeja dan membunyikan suku kata. 3. Memadankan kad suku kata menjadi perkataan KVKK+KVK. 4. Latih tubi mengeja dan menyebut perkataan KVKK+KVK yang ditunjukkan. 5. Melengkapkan perkataan KVKK+KVK berdasarkan gambar. 6. Memadankan perkataan KVKK+KVK dengan gambar. 7. Menulis perkataan KVKK+KVK berdasarkan gambar. 8. Membaca ayat-ayat mudah.

BAHAN - kad suku kata


ting mang kap kuk

- kad perkataan
ting kap

tingkap
mang kuk

mangkuk
tong kat

tongkat

27

BIL

KEMAHIRAN

OBJEKTIF

AKTIVITI 1. Menjawab soalan pemahaman berdasarkan kad ayat . Contoh soalan : 1. Basir membuka apa? 2. Apakah warna mangkuk kaca? 3. Siapa guna tongkat baru?

BAHAN - contoh ayat: 1. Basir membuka tingkap rumah datuk. 2. Rosli membeli mangkuk kaca berwarna merah. 3. Datuk guna tongkat baru.

28

BIL 23

KEMAHIRAN Perkataan KVKK+KVKK

OBJEKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. membaca perkataan KVKK+KVKK . 2. mencerakinkan perkataan. 3. menulis perkataan KVKK+KVKK.

AKTIVITI 1. Menamakan gambar dan bersoal jawab. 2. Mengeja dan membunyikan suku kata KVKK+KVKK. 3. Memadankan kad suku kata menjadi perkataan KVKK+KVKK .

BAHAN - kad suku kata


kang long kung kang

- kad perkataan 4. Latih tubi mengeja dan menyebut perkataan KVKK+KVKK yang ditunjukkan. 5. Memadankan perkataan KVKK+KVKK dengan gambar.
long kang kang kung

kangkung .

6. Mencerakinkan perkataan KVKK+KVKK. 7. Menulis perkataan KVKK+KVKK. 8. Membaca ayat-ayat mudah.

longkang
jeng king

jengking

29

BIL

KEMAHIRAN

OBJEKTIF

AKTIVITI 9. Melengkapkan ayat. 10. Menjawab soalan pemahaman mudah. 11. Menulis ayat-ayat atau petikan pendek. 12. Pengukuhan. -peta minda

BAHAN Contoh ayat: 1. Emak masak kangkung. 2. Abang cuci longkang.

30

BIL 24

KEMAHIRAN Perkataan KV+KV+KVKK

OBJEKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. membaca perkataan KV+KV+KVKK. 2. .menulis perkataan KV+KV+KVKK berdasarkan gambar. 3. menulis ayat. .

AKTIVITI 1. Menamakan gambar . 2. Mengeja dan membunyikan suku kata KV dan KVKK. 3. Memadankan kad suku kata menjadi perkataan yang bermakna. 4. Melengkapkan perkataan 5. Latih tubi mengeja dan menyebut perkataan yang dipaparkan. 6. Menulis perkataan berdasarkan gambar. . 7. Membaca ayat-ayat mudah. 8. Melengkapkan ayat. 9. Menjawab soalan kefahaman. 10. Menulis ayat-ayat yang telah dibaca.

BAHAN - kad suku kata


be se la la lang dang

- kad perkataan
se la dang

seladang
be la lang

belalang contoh ayat: 1. Murad membeli teropong baru. 2. Semalam Fuzi menangkap belalang. 3 Razali membawa senapang ke ladang.

31

BIL 25

KEMAHIRAN Perkataan KV+KVK+KVKK

OBJEKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. membaca perkataan KV+KVK+KVKK. 2. menulis perkataan KV+KVK+KVKK. 3. melengkapkan ayat.

AKTIVITI 1. Menamakan gambar . 2. Mengeja dan membunyikan suku kata. 3. Memadankan kad suku kata menjadi perkataan KV+KVK+KVKK . 4. Latih tubi mengeja dan menyebut perkataan KV+KVK+KVKK yang ditunjukkan. 5. Menulis perkataan KV+KVK+KVKK. 6. Membaca ayat-ayat mudah. 7. Melengkapkan ayat. 8. Menjawab soalan pemahaman mudah. 9. Menulis ayat-ayat yang telah dipelajari.

BAHAN - kad suku kata


be lim bing

pe

lam

pung

- kad perkataan
be lim bing

belimbing
pe lam pung

pelampung Contoh ayat: 1. Belimbing besi rasa masam. 2. Pelampung adik berwarna merah. 3. Kapal itu ada serombong.

32

BIL 26

KEMAHIRAN Perkataan KVK+KV+KVKK

OBJEKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat : 1. membaca perkataan KVK+KV+KVKK. 2. menulis perkataan KVK+KV+KVKK. 3. membaca ayat KV+KVK+KVKK 4. menulis ayat KV+KVK+KVKK

AKTIVITI 1. Menamakan gambar dan bersoal jawab. 2. Mencantumkan kad suku kata KV+KVK+KVKK menjadi perkataan . contoh : tem pem pu bo rung rong

BAHAN -kad gambar -kad perkataan contoh : tempurung pembilang pendayung

3. Melengkapkan perkataan KV+KVK+KVKK dengan suku kata yang sesuai berpandukan gambar. 4. Membaca perkataan KVK+KV+KVKK. 5. Menulis perkataan KV+KVK+KVKK berdasarkan gambar. 6. Melengkapkan ayat dengan perkataan KVK+KV+KVKK. 7. Menyusun perkataan KV+KVK+KVKK menjadi ayat yang betul. 33

- kad - kad ayat - lembaran kerja. Contoh :


pemborong seorang ikan bapa

Bapa seorang pemborong ikan.

BIL 27

KEMAHIRAN Perkataan KVKK + KV + KVK

OBJEKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. membaca perkataan KVKK+KV+KVK. 2. mencerakinkan perkataan kepada suku kata. 3. menulis perkataan KVKK+KV+KVK

AKTIVITI 1. Menamakan gambar dan bersoal jawab. 2. Memadankan suku kata menjadi perkataan berpandukan gambar. 3. Membaca perkataan KVKK+KV+KVK . 4. Melengkapkan perkataan KVKK+KV+KVK dengan suku kata yang betul berdasarkan gambar. 5. Mencerakinkan perkataan KVKK+KV+KVK kepada suku kata. Contoh : tengkorak teng ko rak

BAHAN - kad gambar - kad suku kata - kad lipat - kad perkataan contoh: tengkorak bungkusan lembaran kerja

6. Menulis perkataan KVKK+KV+KVK berdasarkan gambar. 7. Menulis ayat mudah.

34

BIL 28

KEMAHIRAN Perkataan KV+KVKK+KVK

OBJEKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. membaca perkataan KV+KVKK+KVK. 2. menulis perkataan KV+KVKK+KVK. 3. menulis ayat dengan teknik yang betul.

AKTIVITI 1. Menamakan gambar dan bersoal jawab. 2. Membunyikan suku kata.

BAHAN - kad gambar - kad suku kata - kad perkataan

3. Memadankan suku kata menjadi perkataan KV+KVKK+KVK. 4. Membaca perkataan KV+KVKK+KVK. 5. Mencerakinkan perkataan KV+KVKK+KVK kepada suku kata yang diberi. 6. Melengkapkan perkataan KV+KVKK+KVK dengan suku kata yang sesuai. 7. Menulis perkataan KV+KVKK+KVK yang disebut. 8. Membaca ayat mudah 9. Melengkapkan ayat dengan perkataan KV+KVKK+KVK. 10. Menulis ayat mudah.

contoh: perangkap merangkak belangkas

35

BIL 29

KEMAHIRAN Perkataan yang melibatkan diftong dan vokal berganding

OBJEKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. menyebut suku kata diftong. 2. membina perkataan diftong dan vokal berganding dengan huruf yang sesuai. 3. membaca perkataan diftong dan vokal berganding.

AKTIVITI 1. Mengeja suku kata diftong/ vokal berganding. 2. Latih tubi membaca perkataan diftong/ vokal berganding. 3. Menggabung suku kata diftong dengan kad suku kata KV/ kad VV dengan kad huruf menjadi perkataan. 4. Membaca ayat yang mengandungi diftong/ vokal berganding.

BAHAN - kad suku kata diftong dan KV bai lau loi kai

- kad perkataan diftong contoh:


pantai kaloi pisau pulau

4. menulis perkataan diftong 5. Menulis perkataan diftong dan dan vokal berganding. vokal berganding berpandukan gambar. 6. Memadankan perkataan diftong/ vokal berganding dengan gambar 7. Melengkapkan ayat dengan perkataan diftong atau vokal berganding yang sesuai. 8. Menulis perkataan yang disebut oleh guru.

- kad VV
ui au u ua

- kad huruf k h l

36

BIL

KEMAHIRAN

OBJEKTIF

AKTIVITI

BAHAN - kad perkataan kuih laut

buah
buih tuah

saat
lauk taat

- kad ayat Pegawai itu makan kuih di gerai Mak Kiah.

37

BIL 30

KEMAHIRAN Perkataan yang melibatkan huruf konsonan bergabung (digraf)

OBJEKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. menyebut suku kata yang melibatkan huruf konsonan bergabung. 2. membaca perkataan yang melibatkan huruf konsonan bergabung. 3. menulis perkataan yang melibatkan huruf konsonan bergabung.

AKTIVITI 1. Menamakan gambar dan bersoal jawab. 2. Latih tubi membunyikan suku kata digraf.

BAHAN -kad gambar

-carta suku kata 3. Memadankan suku kata digraf menjadi perkataan bermakna. 4. Melengkapkan perkataan digraf dengan suku kata yang sesuai. 5. Membaca perkataan yang melibatkan digraf. 6. Membaca ayat yang mengandungi perkataan digraf. 7. Menulis perkataan digraf. 8. Melengkapkan ayat dengan perkataan yang sesuai.
nga nya sya kha gha ngi nyi syi khi ghi ngu nyu syu khu ghu nge nye sye khe ghe ngo nyo syo kho gho

- carta perkataan nganga nyanyi syarat Khamis ghazal - kad ayat


Bunga ini ungu. Nyonya suka menyanyi.

38

BIL 31

KEMAHIRAN Membaca dan membina ayat mudah

OBJEKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:

AKTIVITI 1. Bersoal jawab berpandukan gambar. 2. Membina ayat secara lisan berpandukan perkataan dan gambar. 3. Menyusun perkataan menjadi ayat berdasarkan gambar. 4. Membaca ayat mudah. 5. Mengungkapkan ayat berirama dengan intonasi yang betul. (pantun, gurindam, syair, nazam) 6. Melengkapkan ayat dengan perkataan yang betul. 7. Menulis ayat berpandukan gambar atau perkataan. - ayat tunggal - ayat majmuk

BAHAN - kad gambar situasi

1. membaca ayat mudah dengan sebutan dan intonasi yang betul. 2. menulis ayat mudah. 3. membina ayat mudah.

- kad perkataan bermain pantai petang seronok - carta pantun


Ceri, nona, ciku, duku, Mari kita baca buku

- lembaran kerja

39

BIL 32

KEMAHIRAN Bacaan dan pemahaman

OBJEKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul. 2. mencerita semula petikan yang dibaca. 3. menjawab soalan pemahaman.

AKTIVITI 1. Membaca buku cerita. 2. Bersoal jawab berpandukan cerita yang telah dibaca. 3. Melengkapkan petikan yang diberi dengan perkataan yang betul. 4. Menyusun ayat mengikut urutan yang betul berpandukan gambar bersiri. 5. Membina ayat-ayat berdasarkan gambar tunggal. 6. Menyusun perkataan menjadi ayat yang betul. 7. Mencantumkan keratan ayat menjadi ayat yang betul. 8 Menjawab soalan pemahaman. 9. Pertandingan bacaan mekanis 10.Lakonan/ simulasi/ main peranan berdasarkan situasi.

BAHAN - kad perkataan - kad ayat - kad gambar - kad bacaan (petikan) - lembaran kerja - kad aktiviti

40

You might also like