Amalan Penggunaan TMK Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Di Sebuah Sekolah Orang Asli Di Hulu Perak, Grik: Satu

Kajian Kes

Oleh

Cheah Chee Keong Linda Liang Salmiah Said Siti Hajar Man

Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim 2010

1

ABSTRAK Pendidikan di abad ke 21, menuntut warga pendidik menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar selari dengan perkembangan pendidikan dunia. Konsep “ Pendidikan Untuk Semua” tanpa mengira kaum atau bangsa khususnya kepada orang-orang asli perlu diberi perhatian yang sewajarnya dalam aspek penerapan penggunaan TMK di dalam kelas. Kajian ini bertujuan mengkaji persepsi guru terhadap amalan penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran , tahap amalan TMK di kalangan guru serta faktor pendorong dan penghalang penggunaan TMK semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Rekabentuk kajian adalah explorasi kualitatif dan kajian deskriptif untuk meninjau secara asas amalan TMK oleh guru-guru di sekolah orang asli. Dapatan kajian menunjukkan guru-guru mempunyai persepsi yang positif tentang keberkesanan penggunaan komputer dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kajian menunjukkan amalan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran lebih tertumpu kepada penggunaan bahan pengajaran CD-ROM interaktif yang dibekalkan oleh pihak

Kementerian Pelajaran Malaysia. Pembinaan bahan pembelajaran dan pembelajaran digital adalah terhad disebabkan oleh tahap pengetahuan dan kemahiran guru-guru yang masih pada peringkat “ Entry”dan “ Adoptation” . Kajian mendapati faktor sokongan dari pihak pentadbir dan organisasi penting dalam menggalakkan amalan penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Bekalan elektrik menjadi faktor utama amalan penggunaan TMK tidak dapat dilaksanakan di sekolah orang asli.

2

ABSTRACT

Education in the 21st century, requires educators

to utilize Information and

Communication Technology (ICT) in their teaching and learning process. The concept of "Education For All" regardless of race or nation, especially for the indigenous people should be given due attention in terms of implementation of the use of ICT in the classroom. This study aims to investigate the perceptions of teachers towards the use of ICT in teaching and learning, the level of ICT usage among teachers as well as the driving and hampering factors in the use of ICT for teaching and learning. This is a qualitative exploration and descriptive study to explore the basic practices of ICT by teachers in indigenous schools. The findings showed that teachers have positive perceptions about the effectiveness of using computers to assist teaching and learning. In addition, the study shows the practice of using computers in teaching and learning process is focused on the usage of interactive CD-ROM materials that is supplied by the Ministry of Education. The production of digital learning materials is limited due to the level of knowledge and skills of teachers who are still at the "Entry" and "Adoptation” stage. The study found that support from the school administration is the key factor in promoting the usage of ICT in teaching and learning. Electricity supply is also a major factor why the usage of ICT cannot be fully implemented in the indigenous schools.

3

BAB 1 Pengenalan

Dasar penggunaan media dan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan keutamaan fokus pendidikan abad ke 21 seiring dengan era masyarakat bermaklumat. Penekanan kepada Teknologi Maklumat dan Komunikasi(TMK) di sekolah bukanlah satu perkara baru. Projek literasi komputer bermula pada tahun 1986 dan

diteruskan dengan projek seperti Jaringan Pendidikan, Pusat Sumber Elektronik serta projek sekolah bestari (Lee, 2000). Sehingga kini, amalan pelaksanaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran berdepan dengan cabaran-cabaran dan halangan terutama di sekolah pedalaman dan sekolah orang asli.

Dalam konteks pendidikan orang asli, Seksyen 17 Akta 134 dalam Perlembagaan Malaysia menjelaskan perincian hak-hak keistimewaan peruntukan pendidikan untuk anak-anak orang asli dalam menerima pelajaran seperti kaum-kaum lain di Malaysia. Konsep “ Pendidikan untuk Semua”tidak meminggirkan pendidikan untuk golongan ini termasuklah dari aspek pelaksanaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran.

Memandangkan penggunaan komputer amat bermanfaat, ia sememangnya sesuai digunakan untuk membantu pembelajaran murid-murid sekolah orang asli terutama mereka yang kurang minat terhadap alam persekolahan.

4

Latar Belakang Kajian Usaha kerajaan membudayakan TMK dalam kehidupan masyarakat adalah sebahagian besarnya bermula di sekolah. Arahan kabinet (Musa Mohamed, 2001) ialah proses pengajaran dan pembelajaran (p & p) perlu mengaplikasikan TMK seperti penggunaan CD-ROM dan komputer di sekolah. Hal ini selaras dengan program

pembestarian sekolah yang merupakan agenda besar Kementerian Pelajaran Malaysia dalam Rancangan Malaysia ke-9. Bagi memastikan keberkesanan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran, Kementerian Pelajaran telah memberikan latihan praperkhidmatan dan latihan dalam perkhidmatan kepada guruguru dan menerbitkan Buku Panduan Pelaksanaan Pengkomputeran di Sekolah dan dibekalkan ke sekolah-sekolah (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/2003). Anjakan paradigma pendekatan pengajaran dan pembelajaran ini menuntut perubahan peranan guru sebagai fasilitator dalam membantu pelajar meneroka maklumat dan pelajar perlu membina hipotesis, meneroka, menganalisis serta membuat keputusan terhadap masalah yang diberi (Salmiah Said, 2008). Inisiatif untuk mengintegrasikan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran adalah perlu. Melalui integrasi TMK berlaku perubahan pendekatan p & p ke arah berpusatkan pelajar (Rusmini Ku Ahmad, 2007). Penggabungan TMK dalam p & p memerlukan kemahiran dan komitmen guru secara tekal dan berfokus. Peranan guru dalam mengintegrasikan TMK terlibat dalam semua peringkat proses pembelajaran bermula dari persediaan sebelum pengajaran, semasa dan penilaian selepas sesi p & p.

5

Data-data deskriptif menunjukkan min penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran adalah sederhana (2. Skop kajian ini juga cuba meninjau faktor-faktor yang mendorong tenaga pengajar dalam menggunakan kelengkapan TMK dan faktor-faktor yang menghalang penggunaan kemudahan dan kelengkapan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 2000). 1997). Terdapat sekolah orang asli di pedalaman seperti SK Chini dan SK Runchang telah dilengkapi dengan komputer dan talian internet (Wahid Hashim. 2009). 2006). Pernyataan Masalah Pembestarian sekolah merupakan satu agenda pendidikan negara. Keberkesanan Pelaksanaan TMK di peringkat sekolah rendah masih belum mencapai tahap yang optimum terutama dalam proses pengajaran dan pembelajaran (IAB. Namun persoalannya sekarang.76). Pelaburan dalam usaha mengintegrasikan TMK di sekolah-sekolah Malaysia belum menjangkau peringkat projek rintis (Gan. Willis.Kajian ini cuba meninjau tahap amalan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam p & p di sebuah sekolah orang asli. di Grik. Perak. 1995. 1996) termasuklah di Malaysia (Tan Soon Yin. Adakah amalan TMK berada pada tahap yang sama di sekolah orang asli? 6 . Pelaksanaan TMK bermula dengan projek sekolah bestari pada tahun 1999-2002. apakah kita masih ditahap melengkapkan sekolah dengan komputer? Apakah bekalan komputer ini dimaksimumkan penggunaannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran? Banyak pelaburan untuk mengintegrasikan TMK dalam pendidikan namun menghasilkan impak yang sedikit (Loveless.

Persepsi penggunaan TMK sebagai alat membantu pembelajaran dalam kalangan guru adalah pada tahap sederhana (IAB. 2000). 2008). peralatan yang lengkap. kursus dan pendekatan TMK kepada guru dan insentif kepada guru. kerjasama antara warga sekolah.Di samping itu. Kesuntukan masa mengggunakan TMK oleh guru-guru menjadi penghalang manakala sikap positif. 2008). Zaini Ahmad (2006) pula mendapati faktor-faktor yang menyokong pelaksanaan TMK ialah kesedaran terhadap kepentingan TMK. tahap kemahiran TMK dalam kalangan guru sekolah rendah juga merupakan isu yang penting bagi menjayakan pelaksanaan TMK. keyakinan dan kemahiran menggunakan TMK mendorong pelaksanaannya dalam p & p (IAB. Untuk memastikan hal ini berlaku. 1991). Walaupun dasar Kementerian Pelajaran mewujudkan integrasi 7 . kajian ini turut meninjau tahap kemahiran TMK dalam kalangan guru di sekolah rendah orang asli. Terdapat kajian-kajian yang memberikan tumpuan kepada faktor pendorong pelaksanaan integrasi TMK dalam p & p manakala sebahagian mengkaji faktor halangan. Inovasi ini adalah sesuatu yang baru bagi sebahagian guru dalam konteks tertentu (Tan Soon Yin. Di sinilah kepentingan persepsi guru diambil kira dalam melihat integrasi TMK dalam p & p di sekolah. Satu faktor guru yang terlibat ialah persepsi guru tentang kepentingan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Seseorang guru itu perlu mempunyai pengetahuan sekurang-kurangnya pada peringkat asas dalam mengendalikan perkakasan dan perisian komputer sebelum mereka dapat menghasilkan kaedah pengajaran yang berkesan dalam bilik darjah (Mc Lellan.

2 mengenal pasti tahap amalan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas. Objektif Kajian Objektif kajian adalah : 1.4.1 mengenal pasti persepsi guru terhadap amalan TMK dalam p & p 1.3.4. 1.2 mengenal pasti faktor-faktor yang menghalang atau menyokong amalan penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran murid-murid sekolah orang asli.1 Apakah persepsi guru terhadap amalan TMK dalam p & p? 1.3 Apakah faktor yang menyokong penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran ? 1. 2006).4 Apakah faktor yang menghalang penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran? 8 .3.4. Soalan Kajian Berikut adalah soalan kajian: 1.TMK di sekolah namun penerimaan setiap sekolah terhadapnya adalah berbeza (Zamri Abu Bakar & Rusmini Ku Ahmad.3.2 Apakah tahap amalan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas? 1. Berdasarkan pernyataan masalah tersebut.4. kajian ini meninjau amalan TMK dalam p & p di sekolah orang asli yang mempunyai budaya tersendiri.

Kajian ini merupakan kajian kes tentang amalan penggunaan TMK di sebuah sekolah orang asli. Di samping itu. Responden kajian adalah 9 . Hal ini membolehkan guru-guru mengenalpasti halangan-halangan umum yang terpendam dan mencari jalan mengatasinya melalui pendekatan inovasi yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan.Signifikan Kajian Kajian ini adalah bertujuan untuk memberi satu input kepada Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP). Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk membuat pelan tindakan susulan bagi memastikan saranan penggunaan kelengkapan TMK dilaksanakan sepenuhnya bagi sekolah-sekolah orang asli di luar bandar. yang kurang Data-data yang didapati akan dapat membantu pihak kurikulum untuk membuat penambahbaikan dari aspek perisian p & p dan kurikulum yang sedia ada. Kajian ini boleh dijadikan sumber rujukan bagi pelaksanaan dasar ” Pendidikan Untuk Semua” (EFA) yang melibatkan murid-murid orang asli. Batasan Kajian Terdapat beberapa batasan kepada kajian ini. dapatan kajian membolehkan strategi dirangka untuk mengatasi masalah pelaksanaan TMK di peringkat sekolah. Justeru dapatannya menambah data-data bagi merungkai permasalahan tentang pelaksanaan TMK untuk sekolah orang asli yang berdepan dengan cabaran budaya masyarakat menggalakkan pendidikan.

Adakah adanya halangan-halangan yang menyebabkan guru-guru tidak dapat menjadikan ianya satu amalan yang berterusan. kajian ini dijalankan untuk melihat tahap amalan TMK dalam kalangan guru-guru di Sekolah Orang Asli dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru itu.spesifik dan tidak boleh digunakan untuk digeneralisasikan dari aspek penggunaan TMK oleh guru di semua sekolah di Malaysia. Definisi Operasi Amalan TMK Amalan Teknologi Maklumat dan Komunikasi(TMK) ialah tahap amalan penggunaan komputer dalam membantu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Rumusan Amalan TMK dalam kalangan guru akan memberi impak yang positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 10 . Sekolah Orang Asli Merujuk kepada sekolah yang diguna oleh murid-murid sekolah dalam kalangan masyarakat orang asli di kawasan RPS Banun. Persoalannya sejauhmana guru-guru di Sekolah Orang Asli menjadikan TMK sebagai satu amalan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Bab ini mengutarakan perbincangan kajian-kajian lepas berkaitan orang asli dan hubungan dengan amalan TMK. Dasar Penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran meliputi sekolah orang asli dalam usaha kerajaan memastikan tidak ada golongan yang ketinggalan dalam perkembangan arus perdana yang pantas. Keadaan ini tidak terkecuali dengan kanak-kanak orang asli.BAB 2 TINJAUAN KAJIAN Dasar Penyata Razak (1965) menjelaskan bahawa Sistem Pelajaran Kebangsaan meliputi pembelajaran di peringkat rendah dan menengah memberi peluang kepada semua kanak-kanak untuk belajar mengikut kecenderungan dan kemampuan mereka. 11 . Justeru. pengajaran dan pendidikan peranan dan faedah TMK dalam pembelajaran. orang asli dan Penan. berkaitan usaha merapatkan jurang pendidikan telah menyarankan program serta projek infrastruktur dan TMK luar bandar. tahap pelaksanaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran dan faktor mendorong dan penghalang penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan Untuk Orang Asli (EFA) Konvensyen Nasional PIPP Kedua (2008). Tujuannya supaya dapat membina kesediaan pembelajaran awal dalam kalangan kanakkanak khususnya murid-murid luar bandar.

ibu bapa ini dapat membantu anak-anak mereka ke arah perubahan mentaliti sejajar dengan masyarakat berpengetahuan. Masalah jurang pendidikan orang asli dengan bangsa lain seharusnya dapat dikurangkan dengan penempatan ramai guru-guru siswazah di kawasan pedalaman. halangan dan persepsi terhadap penggunaan TMK. Dengan menguasai kemahiran 2M. pula mengkaji pengetahuan TMK dalam kalangan belia orang asli termasuklah kefahaman. Mereka yang menghadiri kelas akan diberikan elaun sebagai usaha meningkatkan tahap pendidikan yang masih jauh ketinggalan berbanding dengan bangsa-bangsa lain (Basir Baharom. 2008). Dapatan menunjukkan halangan besar yang dihadapi ialah masalah kewangan dan kemudahan infrastruktur yang terbatas disediakan di kawasan penempatan mereka. Norbaya Ahmad dan Haslinda Abdullah (2007). Hasil kajian tersebut menimbulkan persoalan sama ada masalah yang sama dialami oleh sekolah orang asli? Apakah guru di sekolah orang asli dapat mengintegrasikan TMK dalam p & p? Masih kurang kajian yang meninjau permasalahan ini dalam konteks guru yang mengajar di sekolah orang asli. 12 . penggunaan. Asnarulkhadi Abu Samah.Pelancaran Kelas Dewasa bagi ibu bapa murid orang asli pada tahun 2008 merupakan wahana membasmi keciciran anak-anak golongan ini. Maarof Redzuan. dorongan. Sarjit Kaur.

mengurus dan memahami TMK penting dikuasai oleh murid semasa proses pembelajaran dalam setiap bidang kurikulum (Jonassen. 2001). 1992. Peranan TMK boleh dilihat melalui penggunaan internet dan bahan-bahan multimedia interaktif yang membantu mengukuhkan lagi kefahaman murid terhadap sesuatu konsep (Laurillard. mengukuh dan menambah kemahiran. Integrasi TMK dalam p & p memberikan peluang kepada guru memperkenalkan pembelajaran secara kontekstual kepada murid-murid berdasarkan aktiviti masalah sebenar dan meletakkan murid sebagai penyelesai masalah (Rosenberg. Laurillard (1992) berpendapat bahawa kaedah simulasi dan bantuan komputer dapat meningkatkan tahap pemahaman pelajaran dengan mudah. 13 . Penggunaan teknologi mesti Kebolehan-kebolehan digabungjalin bersama kaedah pengajaran (Pisapan. pangkalan data dan pembentangan menggunakan alat-alat teknologi.Peranan dan Faedah TMK dalam Pengajaran dan Pembelajaran Banyak kajian dan penyelidikan yang telah dijalankan dalam melihat pengintegrasian dan amalan pelaksanaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 2000). Abdul Rahim Saad.. 1994). Bagaimana amalan TMK akan mengubah keadaan dalam bilik darjah dan juga mempengaruhi cara pelajar belajar dan guru mengajar? Persoalannya. Murid dapat menguasai kemahiran manipulatif seperti kemahiran pemprosesan perkataan. apa yang akan berlaku kepada pelajar dan guru-guru sekiranya mereka mempunyai keupayaan capaian tanpa had kepada penggunaan komputer pada setiap masa ? Integrasi TMK dalam p & p bermaksud penggunaan teknologi pembelajaran untuk memperkenal. mengguna. 1996).

Fisher (1994). Maurer (1993). 1994). 2001). Heinich (1993) menyatakan komputer berkemampuan untuk mengawal dan mengurus bahan pengajaran yang banyak. Kemampuan komputer berinteraksi dengan penggunanya membolehkan guru menerapkan pengajaran pembelajaran dengan lebih mudah dan menarik. Toh (1999) dan Che Rogayah (2005) menegaskan kelebihan mengintegrasikan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. 1993) dan memberikan kebaikan dari aspek interaksi pengguna melalui dokumen dalam perisian multimedia yang boleh dikorelasikan dengan mana-mana aplikasi dalam komputer di samping kombinasi video dan audio dengan teks dan grafik (Fisher. Cox (1997). 1997). 75% pula berpendapat multimedia meningkatkan minat belajar manakala 50% mengakui multimedia membantu pemahaman yang lebih mendalam subjek 14 . Pendapat ini disokong oleh Sandholtz (1997) yang menyatakan bahawa penggunaan teknologi di sekolah boleh memudahkan pengajaran pembelajaran. penggunaan emel dan chat room yang membolehkan pertukaran idea dan fikiran sesama sendiri atau dengan guru dan murid sekolah lain. Sistem multimedia berasaskan komputer membolehkan pencapaian maklumat yang bersesuaian (Mauer.Mc Lellan (1991) menegaskan bahawa komputer dapat membantu guru melaksanakan aktiviti pengajaran pembelajaran dalam bilik darjah. Penggunaan internet dapat menyediakan sumber yang begitu luas kepada guru dan murid seperti portal pendidikan (Zalina Yahya. Dapatan kajian penggunaan multimedia dalam kalangan pelajar menunjukkan 50% pelajar sekolah menengah rendah mengatakan teknologi media menjadikan sesuatu subjek itu penting (Cox.

Pada tahap Entry dan Adoptation. murah. 1996). selesa. 2001). Appropriation dan Invention. 1998. Schaumburg & Issing. 1991) telah menggariskan lima tahap evolusi amalan TMK guru-guru dalam bilik darjah: Entry. pantas. Unsur interaktif membolehkan pelajar belajar dengan lebih mudah. guru berada pada peringkat membiasakan diri dan mempelajari kemahiran baru penggunaan teknologi tersebut serta menggunakannya untuk menyokong kaedah pengajaran dan pembelajaran cara tradisional. Adaptation. Kajian turut mendapati pembelajaran menggunakan TMK dapat meningkatkan pencapaian pelajar dan mengurangkan masa pengajaran (Kulik & Kulik. mudah mengingat. Adoption. 1991.berlaku apabila tekonolgi baru tersebut cuba diintegrasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggalakkan penglibatan dan sumbangan pelajar 15 . Tuldoziecki & Herzig. 2002). Tahap Evolusi Amalan TMK Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Model “ Apple Classrooms of Tomorrow (Dwyer et al. TMK menjadikan bidang pembelajaran lebih seronok. 2002. menarik dan mampu meningkatkan kefahaman pelajar (Lili Nurliyana Abdullah. Maka dapat dikatakan bahawa komputer mempunyai kelebihannya menjadi media yang sesuai dan berkesan dalam konteks pengajaran pembelajaran dalam bidang pendidikan. memindah serta mengaplikasikan pengetahuan kepada situasi baru mengikut gaya pembelajaran meraka (Alessi & Trollip. Tahap Adaptation. Toh.yang dipelajari.

dengan penggunaan perisian-perisian seperti pemprosesan kata. Tahap kedua Surrogacy. TMK sebagai agen perubahan dan penentuan dalam aspek apa yang dipelajari dan bagaimana ia pelajari. Bagi Heppel (1993). guru dan pelajar membuat penemuan terbaru cara teknologi tersebut dapat digunakan untuk menyokong proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat faktor yang mendorong dan faktor yang menghalang penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran. dengan membiasakan diri dengan penggunaan peralatan dan perisian. Tahap Topicality merupakan tahap permulaan dimana TMK itu sendiri menjadi kandungan pembelajaran. Sementara pada tahap Invertion. Guru dan pelajar belajar menggunakan teknologi baru tersebut. berteraskan projek dan merentasi mata pelajaran menjadi fokus dalam tahap Appropriation. 16 . Aktiviti-aktiviti yang menekankan aspek berkumpulan seperti bekerjasama. Hamparan Elektronik dan grafik. TMK digunakan sebagai alat penerokaan maklumat baru dan akhir sekali tahap Pedagogical Change . Faktor pendorong dan penghalang integrasi TMK dalam P & P Integrasi TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran menjadi satu cabaran kepada guru-guru didalam menghadapi kepelbagaian pelajar di abad ke 21 ini. dimana teknologi mengambil alih peranan guru sebagai media penyampaian maklumat dan tahap Progression.

2% (10 orang) didorong oleh faktor imej. Kazlauskas(1995).6% (67 orang) menyatakan bahawa faktor utama yang mendorong mereka menggunakan komputer adalah disebabkan oleh keperluan akademik. dalam Kajian Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran-Pembelajaran Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah: Satu Kajian Kes Di Pulau Pinang menyatakan majoriti responden iaitu 41. Dapat dirumuskan bahawa tahap penggunaan komputer dalam kalangan guru adalah bermula daripada sikap guru terhadap komputer dan juga tahap pengetahuan mereka tentang peri pentingnya integrasi komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Hasrina Mustafa (2006).Menurut Abdul Wahab Ismail Gani. 18% (29 orang) didorong oleh faktor persekitaran. untuk digunakan oleh guru-guru semasa proses p&p khususnya semasa Program PPSMI. mengatakan sikap terhadap komputer adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada penerimaan guru-guru terhadap penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini menjelaskan faktor personaliti atau imej memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam menjayakan integrasi TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pihak Kementerian Pelajaran sentiasa membekalkan CD multimedia Interaktif kepada pihak sekolah. Ini memudahkan guru dan mendorong mereka 17 .4% (49 orang) didorong oleh faktor minat. pula mendapati faktor pengetahuan dalam kalangan guru mempengaruhi penggunaan komputer di sekolah. Zulkifli dan Raja Maznah(1994). Hasil kajian keatas guru pelatih yang dilakukan oleh Chin Yoon Poh et.Kamaliah Hj. Siarap. (2000) juga mendapati faktor personaliti mempengaruhi tahap persetujuan guru pelatih terhadap penggunaan komputer. 6. Seterusnya diikuti 30. al.

Malangnya.al.6% (46 orang). ramai guru mendapati sukar untuk mengintegrasikan TMK di dalam bilik darjah (Jasmy. 10. terhadap guruguru di tiga buah Sekolah Di Pulau Pinang. Umum mengetahui TMK berupaya menjadikan pembelajaran lebih menarik .(2006). Ini diikuti 14. 2001). Kajian oleh Rosnah Mansor (2002).6% (17 orang) 18 . Lucas (1986). Penggunaan komputer dapat menarik perhatian dan pada masa yang sama “ menakut-nakutkan” guru-guru. terhadap 53 orang guru sebagai responden di 5 buah sekolah di kawasan Terengganu menunjukkan guru-guru kurang kemahiran dan kurang latihan dalam perkhidmatan khususnya dalam penggunaan Media Teknologi Pendidikan.9% (24 orang) disebabkan tidak bersedia untuk menggunakannya.Arif. didapati faktor utama yang menghalang responden tidak menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran ialah disebabkan oleh kemudahan yang tidak mencukupi iaitu 28. lebih praktikal dan terkini. menyatakan bahawa sokongan daripada pihak organisasi seperti daripada pengurusan atasan dan sumber-sumber organisasi yang mencukupi mempunyai perkaitan dengan kejayaan untuk melaksanakan penggunaan teknologi maklumat di dalam sesebuah organisasi.mengintergrasikan komputer dalam p&p.Shahidah & Rosnani. Kajian ini juga menunjukkan terdapat kelemahan dalam aspek pengurusan sekolah dari segi memainkan peranan dalam menggalakkan penggunaan Media Teknologi Pendidikan Berdasarkan kajian oleh Abdul Wahab Ismail Gani et.

Kurang pendedahan penggunaan Teknologi Pendidikan di peringkat sekolah xiv. Media tidak memberi simulasi perhubungan antara guru dengan pelajar. vii. iv. 8. v. Masa tidak mencukupi Tidak ada elaun untuk penggunaan Media Tidak terlibat dalam proses pembinaan koswer yang disediakan Jadual waktu terlampau padat Peralatan di Pusat Sumber Sekolah tidak diselenggarakan dengan baik Penggunaan media tidak mengurangkan beban kerja guru Peralatan di bilik sumber tidak mencukupi Kemahiran merancang. ix. menggunakan media instruksi Tidak berpeluang untuk mengikuti Kursus Teknologi Pendidikan Tidak ada arahan khusus untuk menggunakan Teknologi Pendidikan Tidak ada pendedahan penggunaan Teknologi Pendidikan daripada Pusat Sumber Negeri xiii. x. Tidak ada program khas mengenai media Tidak ada pemantauan tetap daripada Jabatan Pelajaran Negeri 19 . 9. xii.disebabkan tidak berkeyakinan menggunakannya. ii.3% (15 orang) disebabkan tidak pandai menggunakannya. Menurut Mohd Sarif Abd Manap (1999). vi.7% (14 orang) merasa komputer sesuatu yang membebankan dan 5. menggariskan beberapa faktor penghalang kepada integrasi TMK iaitu: i. xi. memilih. iii. viii. xv.6% (9 orang) tidak berminat untuk menggunakannya.

perlu diberi perhatian dalam menjayakan wawasan Negara. pendidikan untuk orang asli tidak boleh diabaikan begitu sahaja. bagi menjayakan integrasi TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran. ianya memerlukan sokongan padu dari kalangan guru.Rumusannya. kajian ini dijalankan untuk mengetahui ditahap manakah amalan TMK telah dilaksanakan oleh guru-guru di sekolah kajian. Rumusan Dasar pendidikan untuk semua dalam PIPP. kaum dan tempat tinggal. tanpa mengira di mana mereka mengajar. pentadbiran dan juga kementerian. 20 . Justeru itu. ianya harus setanding dengan pendidikan kaum lain. Faktor penghalang integrasi TMK. wajar diberi perhatian yang yang serius oleh semua guru. Atas sebab ini. Amalan TMK yang mampu membuka minda murid-murid telah terbukti memberi kesan positif dalam proses p&p. menggariskan pendidikan mesti diberi kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa.

Responden merupakan guru sekolah rendah yang mengajar pelbagai mata pelajaran dari sekolah RPS di bawah Projek Jaringan Utara. persampelan.BAB 3 METODOLOGI Bab ini membincangkan tentang rekabentuk kajian. Najib. Persampelan Kajian Bagi tujuan ini. Bahagian B tentang penggunaan komputer untuk pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun kajian ini mengandaikan bahawa sampel yang dipilih dapat mewakili bilangan populasi sebenar kerana mereka mempunyai ciri-ciri yang sama dengan populasi. Guru sekolah yang terlibat dalam kajian ini adalah SK RPS Banun. Ianya terbahagi kepada 3 bahagian utama. kaedah persampelan bertujuan digunakan iaitu kajian ini dengan sengaja memilih sampel untuk memenuhi kehendak kajian (Mohd. Instrumen Soal selidik Item soal selidik ini dibina oleh kumpulan pengkaji sendiri. 2003). Bahagian A mengenai latarbelakang responden. pentadbiran data dan analisis data Rekabentuk Kajian Kajian ini adalah explorasi kualitatif dan kajian deskriptif untuk meninjau secara asas amalan TMK oleh guru-guru di sekolah orang asli. instrumen. 21 .

Merriam (1998) menjelaskan pemerolehan data daripada teknik temu bual perlu dilakukan sebaikbaiknya secara tidak berstruktur dan dalam keadaan tidak formal. pensyarah yang pergi ke sekolah orang asli untuk program KIA 2M telah diberi taklimat bagaimana untuk mengedarkan soal selidik. Temu bual Bentuk temubual yang dilakukan adalah tidak berstruktur. Guru-guru 22 . Ini memandangkan temu bual secara lisan yang dirakamkan dan ditranskripkan adalah yang terbaik (Colby and Kohlberg. Soalan-soalan juga perlu berbentuk soalan terbuka. Pasukan pengkaji menjalankan sesi temu bual bersama 3 orang responden secara lisan (dirakam dan ditranskrip). Pentadbiran Data Soal selidik Pengkaji tidak mengedarkan soal selidik akibat masalah logistik. Soal selidik ini telah diuji tahap kebolehpercayaan dan kesahan bagi setiap item sebelum kajian sebenar dijalankan. Sebaliknya. fleksibel.Bahagian C berkaitan pengetahuan penggunaan komputer. boleh diteroka dan lebih menjurus kepada bentuk perbualan. 1987). pelbagai mata pelajaran diminta mengisi soal selidik.

Temubual Tiga orang guru telah dipilih untuk menghadiri sesi temu bual bersama dengan pengkaji dalam melihat faktor-faktor yang menggalakkan dan menghalang amalan TMK di sekolah mereka. 23 . Rumusan Bab ini telah mengemukakan reka bentuk kajian adalah kaedah kuantitatif menggunakan soal selidik dan kaedah kualitatif berdasarkan temu bual. tahap amalan TMK dan faktor pendorong serta penghalang pelaksanaan integrasi TMK dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah kajian. Analisis Data Soal selidik Soal selidik dianalisis secara dekskriptif mengggunakan frekuensi dan peratus. Temubual ini direkod dan transkrip dijalankan. Persampelan kajian adalah persampelan bertujuan. Instrumen kajian melibatkan soal selidik dan temu bual tidak berstruktur. Temu bual Transkrip rakaman audio disediakan Maklumat yang diterima akan dianalisis mengikut tema seperti persepsi amalan TMK. Temubual dijalankan secara informal dan tidak berstruktur. Setiap temubual berlangsung di antara 1 hingga 2 jam. Data soal selidik dianalisis secara deskriptif sementara data temu bual menemukan jawapan bagi persoalan faktor pendorong/penghalang kepada amalan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran.

Bagaimana amalan penggunaan TMK dijalankan di sekolah dan dalam matapelajaran masing-masing. namun ia telah dapat di dilengkapi dengan jawapan-jawapan yang diterima dalam proses temubual yang dijalankan selepas itu. Semua sesi temubual telah dirakamkan dan ditranskripkan sebagai Temubual1. 24 . Dari 20 soal-selidik yang diedarkan.BAB 4 ANALISIS DATA Bab ini membentangkan dapatan kajian berdasarkan latar belakang sekolah. Data kajian telah diperolehi melalui: Soal-Selidik Guru Soal-selidik telah diedarkan secara rawak kepada 20 orang guru yang mengajar di tiga buah sekolah di bawah rancangan penempatan semula (RPS) Orang Asli. latar belakang responden. Walaupun bilangan responden adalah rendah.pengkaji hanya menerima kembali 11 borang sahaja. Selain soalan-soalan mengenai latar belakang literasi komputer . Temubual2 dan Temubual3 untuk rujukan. dapatan soal selidik dan dapatan temu bual.guru-guru juga ditanya mengenai faktor-faktor yang menghalang dan menggalakkan penggunaan TMK di sekolah mereka. Dalam sesi temubual ini guru-guru telah digalakkan memberi respon mereka kepada faktor-faktor penghalang dan pendorong yang dihadapi semasa menggunakan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Temu-bual Sesi temubual telah dilaksanakan dengan 3 orang guru yang telah dipilih dari senarai responden soal-selidik di atas.

Sungai Tiang dan Persisiran Empangan Temenggor. Latar belakang responden Responden soal-selidik kajian merupakan 11 orang guru yang sedang mengajar di tiga buah sekolah yang terlibat dalam program Jaringan Utara Institut Perguruan Sultan Abdul Halim (IPSAH). Kedudukannya yang terletak bersebelahan dengan jalan utama. Buat masa sekarang. sekolah ini dilengkapi dengan sebuah Makmal Komputer dan bekalan Komputer Riba (Laptop) beserta dengan LCD (Liquid Crystal Display) Projektor di bawah program Pengajaran dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). pihak sekolah mempunyai seramai 15 orang guru yang mempunyai kelayakan ikhtisas perguruan sama ada di bawah Program Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) ataupun Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI). terutama di kawasan Hulu Perak iaitu Banun. Dari aspek kemudahan infrastruktur TMK. Program ini merupakan satu program khas IPSAH yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti pengajaran guru dan serentak untuk meningkatkan kualiti pembelajaran murid di sekolah Orang Asli (ipsah 2006). Kesemua responden telah melalui latihan perguruan asas sama ada program Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) 25 . Perak. Leburaya Timur-Barat merupakan satu kelebihan dari segi logistik. Sekolah ini terletak lebih kurang 62 km dari pekan Gerik.Latar belakang Sekolah Sekolah Kebangsaan RPS Banun merupakan salah sebuah sekolah yang dibina di bawah rancangan pengumpulan semula (RPS) orang asli. Kebanyakan murid SK RPS Banun terdiri daripada suku Jahai. Mereka tinggal di Perak.

1 Kelayakan responden Kelayakan Tertinggi Diploma Ijazah Peratus 36% 64% 26 . Sebanyak 55% dari keseluruhan responden merupakan guru-guru yang terlibat dengan program Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) Ketiga-tiga responden bagi sesi temu bual adalah guru-guru yang berkelayakan program KPLI dan terlibat dengan pengajaran beberapa mata pelajaran teras seperti Bahasa Inggeris. Bahasa Arab.ataupun Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia dengan pengalaman mengajar antara 1 hingga 8 tahun. Sains. Bahasa Inggeris. Matematik. Kemahiran Hidup. 2 orang responden adalah guru perempuan dan seorang guru lelaki. Responden mengajar pelbagai matapelajaran teras dan wajib seperti Bahasa Melayu. Ketiga-tiga orang guru ini dipilih sebagai lanjutan daripada penglibatan mereka dalam sesi soal-selidik.Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Bahasa Melayu. Muzik. Matematik . Guru-guru lain tidak dapat ditemubual kerana masalah logistik dan faktor kekekangan masa.Sivik dan Al-Quran. Kajian Tempatan dan Bahasa Arab. Jadual 4.

Dari 20 borang soal-selidik yang diberikan.Dapatan Data Dapatan data dari soal-selidik telah dianalisis dengan menggunakan perisian MsExcel. audio dan video dari Internet serta mempunyai kemampuan untuk melakukan pautan bahan-bahan tersebut dalam perisian automasi pejabat Ms-Office. Jadual 4. Analisis yang dijalankan menunjukkan bahawa hampir 82% daripada responden mempunyai kemahiran pada tahap “ Agak Mahir” dan ke atas dalam aspek penggunaan komputer. Mereka juga mempunyai kemahiran dan pengalaman menggunakan perisian-perisian automasi pejabat seperti MsWords dan Ms-Power Point. Jawapan yang diberikan dianalisis secara dekskriptif mengggunakan frekuensi dan peratus. Responden-responden juga mempunyai keupayaan untuk mengendalikan elemen multimedia seperti mencari dan menyimpan bahan-bahan digital dalam format imej.2: Pengetahuan Penggunaan Perisian Automasi Pejabat Ms-Office Perisian Ms-Words Ms-Power Point Ms-Excel Peratus 73% 73% 64% 27 . Malah 64% daripada responden mampu menggunakan kemudahan email sebagai saluran berkomunikasi dan 36% memberi respon positif mengenai aspek pengetahuan asas dalam penyelenggaraan sebuah unit komputer. pengkaji hanya berjaya mendapat kembali 11 borang soal-selidik yang lengkap diisikan.

3). Pada masa yang sama 54% responden bersetuju bahawa proses pengajaran 28 .benda ini boleh juga apa orang kata meransangkan pembelajaran budak. ” Sebenarnya banyak mendatangkan faedah..Apakah persepsi guru terhadap integrasi TMK dalam p & p? Dari analisis data yang diperolehi.” (Temubual 2. komputer cikgu. 03) ” Bila dah tahu ada jadual tahun 3. memang excited nak pi” (Temubual 1.Menjawap Rajah 4. dia orang akan minta. Malah 73% daripada responden bersetuju bahawa amalan ini dapat menjadikan suasana pempelajaran itu lebih menarik. cikgu.1 : Penggunaan Komputer Menjimatkan Masa Amalan penggunaan komputer dalam kelas dilihat mampu merangsangkan pembelajaran pelajar dan menjadikan mereka sentiasa ternanti-nanti sesi pembelajaran yang seterusnya. guru-guru mempunyai persepsi yang positif tentang keberkesanan penggunaan komputer dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran dan sebagai menjimatkan masa. 9% 36% Negatif Positif 55% T.05) Sebanyak 64% guru yang mengembalikan soal-selidik bersetuju dengan akibat keberkesanan positif amalan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Jadual 4. menyeronokkan dan tidak membosankan.

Macam nyanyian.Budak dengar..3: Keberkesanan Penggunaan komputer Dalam P&P Pernyataan Bil. Budak lebih cepat pick-up kalau dengar kita nyanyi sendiri. Intergrasi TMK dalam sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadikan pembelajaran di kelas lebih bermakna (63%). Peratus 18% 18% 64% Tidak menjawap 2 Tidak Berkesan Berkesan 2 7 Jadual 4. terutama sekali bila elemen multimedia diselitkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.4: Persepsi Integrasi TMK Dalam P&P Pesepsi Pelajaran Menarik pelajaran jelas pelajaran senang difahami pelajaran lebih bermakna Pelajaran menyeronokkan lebih Tidak Setuju 9% Agak Setuju 9% 27% 18% 9% 9% Setuju 18% 36% 27% 36% 9% Sangat Setuju 55% 18% 27% 27% 64% Pernyataan positif di atas disokong responden sesi temubual dimana pelajar dilihat sebagai lebih cepat memahami isi pembelajaran dengan bantuan elemen multimedia. Jadual 4.budak ikut.” (Temu-bual 2 . “ dia ada CD dia.dan pembelajaran akan menjadi lebih jelas dan mudah difahami.. 01) 29 .

kerana bahan tersebut boleh diulang pakai. kadang-kala kalau kita nyanyi sendiri.. 01) Malah ada responden yang melihat penggunaan elemen TMK dalam kelas sebagai alat bantuan yang memudahkan guru terutamanya bila pengajaran melibatkan bilangan kelas yang banyak. ” Kalau guna CD.dia tak boring..Selitan bahan-bahan multimedia seperti animasi..dia boring” . animasi budak-budak lebih tertarik. Peratus pelaksanaan pada tahap “ Kerap” berada dalam lingkungan 9% sahaja manakala peratusan pada tahap ” Kadang-kala” adalah 18% untuk satu tempoh masa seminggu. Analisis data temubual responden menunjukkan bahawa amalan penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran di lokasi kajian. ada bunyi.” (Temubual 2. 05) “ Lagi pun.sebab ada gambar.kalau ada banyak kelas. imej dan audio menjadikan pelajar lebih tertarik dan tidak jemu untuk mengikuti proses pembelajaran.” ( Temu-bual1. boleh ulang-ulang. 01) Apakah tahap amalan pembelajaran? penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan Tahap amalan penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran di lokasi kajian adalah rendah..” (Temubual 1.. (Temu-bual 2 . 05) ” Budak lebih suka tengok benda tu. “ Tapi tak penat kalau guna ini dah ada suara. Tahap “ Jarang” pula adalah pada 64% dari keseluruhan responden. dilaksanakan secara 30 . kita relek sikit la.. 9% daripada responden tidak menjawap soalan ini..

join juga” (Temubual 2.” (Temubual 2. dilihat dapat menarik perhatian dan merapatkan jurang pengalaman 31 .” (Temubual 2. ramai bukan takat darjah satu. darjah tiga.04) Dengan kata lain. Kalau dirasakan pelajar tidak dapat menumpukan perhatian kepada isi kandungan pembelajaran. kalau kita tengok. maka mereka dibawa masuk ke makmal komputer .. bergantung kepada budak.04) “ Waktu BM. tidak wujud satu jadual waktu rasmi penggunaan makmal komputer di sekolah kajian. Kadang-kala makmal komputer digunakan disebelah petang hari dan dihadiri oleh ramai pelajar-pelajar yang bukan terdiri dari kelas yang diajar tetapi pelajarpelajar tahun lain. 01) Amalan penggunaan komputer dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran lebih tertumpu kepada penggunaan bahan pengajaran CD-ROM Interaktif yang dibekalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. masuk dalam ini la.rawak dan atas inisiatif guru masing-masing. Penggunaannya bergantung kepada suasana proses pengajaran dan pembelajaran. “ Hari biasa pun guna.budak itu kalau kita panggil pun. tengok kalau ada free… ” (Temubual 1 . Ia dilaksanakan bergantung kepada waktu lapang guru dan juga minat belajar pelajar. minggu ini saya dah buat.01) ” Tengok la budak. Elemen multimedia yang digunakan dalam CDROM Interaktif. tak beri perhatian. tapi dalam masa P&P saya juga la. “ Kadang-kala saya buat sebelah petang.

semua telah diajar dalam itu. ” Pembentangan. Macam BI.. saya tengok dia orang guna la. Tersusun.pelajar.” (Temubual02. “ Semua benda sudah disediakan dalam bentuk itu. subjek dia bagi CD tapi problem dia.... setengah tu tak pernah pi.bila tak ada… ” (Temubual02. Vokal.06) Bahan CD-ROM Interaktif yang dibekalkan bersama-sama dengan buku teks dilihat sebagai memenuhi kehendak aspek pengajaran dan pembelajaran dan tersusun dalam aspek penyampaiannya.” (Temubual01. Namun tahap penggunaannya adalah terhad dan pada matapelajaran-matapelajaran yang tertentu sahaja.dia ada lima slot...” (Temubual01. “ Kalau guna CD. perisian persembahan juga digunakan sebagai bahan penyampaian dalam kelas.” (Temubual02.. JQAF..03) Penumpuan penggunaan bahan CD-ROM Interaktif sebagai bahan pelaksanaan amalan TMK dalam kelas nyata sekali apabila guru menghadapi masalah apabila bahan ini tidak dibekalkan. terutama sekali pelajar Orang Asli yang dikatakan jarang mempunyai peluang untuk keluar dari kawasan penempatan mereka... 01) Selain dari penggunaan CD-ROM Interaktif . animasi budak-budak lebih tertarik. ada bunyi. Kalau subjek lain ada juga... Semua kandungan CD Bahasa Arab itu. “ Macam saya.. Lagu last sekali dia letak. boleh nampak.01) 32 . cara berkomunikasi.05) “ Ada CD..

Penggunaan perisian persembahan sebagai bahan penyampaian banyak bergantung kepada sama ada bahan penyampaian tersebut telah disediakan atau tidak. sekarang dah boleh la.. “ Tak ada guru yang mengajar menggunakan komputer.05) Dari segi pengetahuan penggunaan aplikasi TMK di kalangan pelajar.05) ” Mula-mula taiplah panjang-panjang.05) “ Senang saja.05) 33 . maka guru hanya akan menggunakan mana-mana bahan penyampaian yang telah dibekalkan sahaja. dengan slide..” (Temubual01. tidak wujud satu jadual waktu rasmi untuk kelas literasi komputer. tak erti nak bawah turun.. Tak reti” (Temubual01. dari aspek pengetahuan peralatan sehinggalah ke pengetahuan penggunaan aplikasi komputer. guru menghadapi masalah kekekangan masa dan juga faktor kurang pengetahuan khusus dalam menghasilkan sesuatu bahan penyampaian yang sesuai. Oleh kerana. Guna mana yang diberi” (Temubual01. “ Ya la power (Temubual 01.. tapi kurang ada masa nak buat” ” Kalau buat bahan sendiri. Guru-guru matapelajaran bertanggungjawab untuk mendedahkan pelajar dengan tatacara penggunaan komputer yang betul. tapi tak pernah buat sendiri... “ (Temubual01.05) point. Masing-masing mengajar..

terutama sekali untuk pelajar-pelajar Orang Asli yang jarang mendapat peluang untuk keluar dari kawasan penempatan mereka. cikgu komputer. pihak sekolah telah dilengkapi dengan sebilangan komputer riba yang boleh digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran.. dia orang akan minta. Bahan multimedia yang digunakan dapat merapatkan lagi jurang pengalaman pelajar. Ianya berkait rapat dengan kewujudan elemen multimedia yang terkandung dalam bahan pengajaran yang digunakan dan juga bekalan CD-ROM interaktif yang disediakan bersama-sama dengan buku teks. Elemen multimedia seperti audio. Namun.Apakah faktor yang menyokong penggunaan TMK dalam Pengajaran dan Pembelajaran ? Sekolah lokasi kajian di lengkapi dengan sebuah makmal komputer yang siap terpasang dengan kemudahan LCD. Pelajar-pelajar lebih terangsang dan akan sentiasa ternanti-nanti untuk mengikuti sesi kelas yang seterusnya. Keadaan ini memudahkan lagi kefahaman pelajar terhadap isi kandungan yang ingin dipersembahkan. “ Bila dah tahu ada jadual tahun 3. pada masa yang sama wujud dua faktor yang menyokong pelaksanaan amalan ini secara khusus. imej.05) 34 . Semua kemudahan ini sememangnya menggalakan amalan penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. di bawah pelaksanaan program PPSMI. dan animasi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan tidak menjemukan. Kewujudan elemen multimedia merupakan faktor penarik utama yang menyokong penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran di lokasi kajian. Pada masa yang sama. cikgu memang excited nak pi” (Temubual 01.

sebab ada gambar. pengenalan. penggunaan dan pengukuhan.“ Ada CD.” (Temubual01. 01) Kewujudan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang berkaitan dan bersesuaian. (Temubual 02.dia tak boring… (Temubual02. Media pengajaran digital seperti CD-ROM interaksi yang dibekalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia mendorong guru-guru untuk menggunakannya dalam kelas. Begitu juga untuk matapelajaran Bahasa Arab.boleh nampak. dan cara susunan bahan pengajaran tersebut.. penggunaan CDROM “ Mutiara” dalam sesi mengenali abjad. memudahkan lagi proses penggunaan CD-ROM interaktif tersebut.01) “ Budak dengar. setengah tu tak pernah pi. Contohnya untuk matapelajaran Bahasa Melayu Tahun 1. Budak lebih cepat pick-up.. menggalakkan lagi amalan penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran...” (Temubual02.06) Keadaan ini juga dikaitkan dengan latarbelakang sosiobudaya pelajar-pelajar Orang Asli yang hiburan. cenderung ke arah aktiviti-aktiviti yang mempunyai unsur-unsur Aktiviti pembelajaran seperti nyanyian dan penggunaan media imej serta animasi merangsangkan pembelajaran dan dengan itu pelajar lebih cepat memahami isi kandungan yang disampaikan. CD-ROM digunakan dalam latihan sebutan perkataan-perkataan dan juga nyanyian sebagai latihan pengukuhan pembelajaran. “ Dia lebih kepada hiburan… ”(Temubual02. Macam nyanyian.budak ikut.02) Isi kandungan CD-ROM interaktif yang bersesuaian dengan kehendak pengajaran... 01) “ Budak lebih suka tengok benda tu. 35 .

CD. 03) Kandungan CD-ROM yang meliputi elemen interaktif juga menggalakkan penglibatan aktif pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pihak sekolah terpaksa bergantung kepada kegunaan generator untuk mendapatkan bekalan elektrik pada sebelah siang hari. 01) Apakah faktor yang menghalang penggunaan TMK dalam Pengajaran dan Pembelajaran? Walaupun pihak sekolah dilengkapi dengan kemudahan makmal komputer dan bekalan LCD. Tersusun.” (Temubual02. ” Bukan software. Salah satu faktor utama yang menghalang pelaksanaan amalan ini jelas berkaitan dengan ketiadaan bekalan elektrik secara berterusan ke premis sekolah.. Lagu last sekali dia letak.” (Temubual02. penggunaan benda tu dalam komunikasi dan last sekali pengukuhan nyanyi.. Dia ABM... lengkaplah. Bekalan elektrik hanya dibekalkan untuk kegunaan pada sebelah malam sahaja. mula-mula cara memperkenalkan benda. Pelajar tidak hanya menjadi pemerhati pasif terhadap bahan yang dipersembahkan oleh guru malah mereka menjadi “ penggerak”kepada proses pembelajaran yang dijalankan. Penglibatan langsung ini menjadikan proses pembelajaran itu menjadi lebih bermakna.. budak akan klik “ A”dia akan keluar… .03) “ Dia ada.” (Temubual01. Datang tu. namun tahap pelaksanaan amalan penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah rendah.cara komunikasi. dia ada lima slot. lepas tu.cara sebut.“ Semua kandungan CD Bahasa Arab itu. CD. Masalah timbul apabila tiada 36 . CD Interaktif.

01) 37 . Keadaan ini tidak merangsangkan guruguru dalam membuat perancangan yang melibatkan amalan penggunaan TMK. Masalah generator.. “ Nak harap makmal. “ Kalau sekarang ini dah tak jalan dah sebulan juga la sebab minyak dah tak ada.” (Temubual 01. Kalau ada memang kami guna. “ Bahan CD yang sesuai. guru-guru juga menghadapi masalah ketiadaan bahan pengajaran dan pembelajaraan yang sesuai dan berkaitan. Selepas cuti tak buka langsung. Tak ada minyak.” (Temubual02.. dah berapa bulan tak buka. dari sebulan hingga ke beberapa bulan. 01) “ Tulah nak senang macam ini la.05) Sekiranya bahan pengajaran itu tidak dibekalkan. JQAF. Namun bukan semua bahan CD-ROM interaktif yang dibekalkan itu berkaitan dan sesuai..” (Temubual02. kemungkinan besar amalan penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran tidak akan berlaku. 01) Ketiadaan bekalan petrol (minyak) ini boleh berlaku dalam satu tempoh yang panjang. related tak banyak.. “ Macam saya. Guru-guru banyak bergantung kepada bekalan CD-ROM interaktif yang didatangkan bersama-sama dengan buku teks sahaja.” (Temubual01.. 06) Selain masalah ketiadaan bekalan elektrik.bila tak ada… Kita guna macam tu saja la.” (Temubual02.. subjek dia bagi CD tapi problem dia.bekalan petrol (minyak) yang diperlukan untuk menghidupkan generator bagi kegunaan di makmal komputer.

merupakan satu proses dimana kandungan dan pedagogi dapat diintegrasikan untuk menghasilkan kefahaman bagaimana sesuatu topik.Untuk menghasilkan bahan pengajaran digital yang sesuai. guru menjawap: “ tak reti” . guru-guru memerlukan pengetahuan yang spesifik dari aspek penggunaan perisian tersebut dan juga dari aspek pengetahuan pedagogi kandungan. dimana 44% responden memohon kursus yang berkaitan pengetahuan pedagogi kandungan manakala 33% memohon berkaitan dengan kemahiran penggunaan perisian persembahan kursus yang 11% 11% 44% Pedagogi Kandungan Perisian Persembahan Pengaturcaraan 33% Penyelenggaran Komputer Rajah 4. dipermudah dan diadaptasikan mengikut minat dan kemampuan pelajar serta dilaksanakan. Pengetahuan Pedagogi Kandungan (Pedagogical Content Knowledge Shulman (1999)). 05) Dapatan ini disokong oleh data permohonan kursus yang ingin diikuti.(Temubual01. Faktor kurangnya pengetahuan guru-guru dalam hal ini menjadi faktor penghalang kepada penghasilan bahan pengajaran yang sesuai dan juga penggunaannya dalam kelas.2 : Permohonan Kursus 38 . Ini selaras dengan jawapan responden apabila dicadangkan oleh pengkaji agar guru menyediakan bahan bantuan pengajaran yang bersesuaian. masalah atau isu boleh disusun.

“ Kalau setengah jam tu tak sempatla.... susah nak cari maklumat kat sini” . Ini menyebabkan banyak masa terbuang...06) 39 . yang diperuntukkan dalam jadul waktu rasmi. Untuk itu. guru-guru terpaksa bergantung kepada buku panduan dan bahan pengajaran yang sedia ada di sekolah. budak tak tahu kah?” (Temubual 01. (Temubual 02 03) Guru-guru juga menghadapi halangan-halangan teknikal semasa melaksanakan amalan penggunaan TMK dalam kelas. Walaupun pelaporan telah dibuat namun pemasangan kemudahan ini masih belum dapat dipastikan.. yang memerlukan lebih masa untuk disediagunakan.tak boleh cari bahan pun. (Temubual02 02) Kat sini. “ Untuk access jurnal dan bahan eletronik.mana cikgu. Proses pengajaran dan pembelajaran sering terganggu akibat kesukaran penggunaan bahan media pengajaran seperti CD-ROM.05) Lagi pun Guna laptop dan pasang LCD buang masa.Nak buka pun dah berjam-jam. Pemasangan peralatan LCD dan pemeriksaan unit komputer perlu dilakukan lebih awal sebelum sesi pengajaran dapat dijalankan. susah nak dapat internet.Ketiadaan capaian Internet menghalang usaha-usaha mendapatkan bahan-bahan pengajaran digital dan maklumat yang bersesuaian.. budak tanya mana cikgu. Tempoh masa 1 waktu pengajaran (30 minit). (Temubual 01. harap ka buku panduan sahaja la. adalah tidak mencukupi.

Sains dan Bahasa Inggeris. ” Tak ada. setiap guru.” (Temubual02.” (Temubual2. Masing-masing mengajar. (Temubual 01. guru juga menghadapi masalah bahan CD-ROM yang tidak dapat digunakan akibat masalah-masalah teknikal. masing-masing bertanggungjawab untuk mendedahkan pelajar dengan kemahiran penggunaan komputer Tak ada guru yang mengajar menggunakan komputer.. 03) 40 .lagi senang ka.. “ Ada CD yang tak nak run. Subjek Bahasa Melayu tak ada laptop” (Temubual1 01) “ Sekarang ini.” (Temubual 01.Tiada jadual waktu rasmi untuk pengajaran kemahiran Literasi Komputer disediakan. yang kerajaan bagi..guru lebih rela menggunakan bahan-bahan media berunsurkan tradisional seperti radio kaset kalau ada bahan media pengajaran yang sesuai “ kalau ada kaset.05) Berdepan dengan keadaan ini.kaset kita boleh guna dengan hak yang bateri itu.05) Penggunaan kemudahan komputer dikalangan guru-guru hanya terhad di dalam kawasan sekolah sahaja. kerana ramai guru-guru tidak mempunyai komputer peribadi masing-masing.01) Semasa menggunakan CD-ROM dalam kelas. Kami tak ada peruntukan. guru Matematik . Bilangan komputer riba yang dibekalkan oleh pihak kementerian hanya terhad kepada guru-guru yang terlibat dalam program PPSMI sahaja.

41 . khususnya Sekolah Orang Asli.Rumusan Dapatan kajian ini memberi gambaran yang jelas tentang permasalahan utama perlaksanaan TMK kurang dilaksanakan di sekolah-sekolah. Guru-guru memberi respon yang positif terhadap keberkesanan penggunaan TMK semasa proses p&p dan menjelaskan murid-murid juga turut berminat menggunakan komputer. Faktor utama yang dikenalpasti ialah faktor sumber tenaga elektrik serta talian Internet yang tidak dapat dibekalkan ke makmal komputer secara berterusan.

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN Kajian ini bertujuan melihat persepsi guru terhadap intergrasi TMK dalam p&p. TMK menjadikan bidang pembelajaran lebih seronok.2006) dan membuat transkrip bagi pengumpulan data temubual. Perbincangan Dapatan Persepsi guru terhadap integrasi TMK dalam p & p Dapatan kajian menunjukkan guru-guru mempunyai persepsi yang positif tentang keberkesanan penggunaan komputer dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran. dapat disokong oleh Maurer(1993). Fisher (1994). menarik dan mampu meningkatkan kefahaman pelajar. menyeronokkan dan tidak membosankan. Toh (1999) dan Che Rogayah (2005) yang menegaskan kelebihan mengintegrasikan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. terutama sekali bila elemen multimedia diselitkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Integrasi TMK dalam p&p dilihat sebagai menjimatkan masa. Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih jelas dan mudah difahami. 42 . Menurut Lili Nurliyana Abdullah (1996). Ini menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran itu lebih bermakna. Data yang dikumpul. Cox (1997). Hasil dapatan ini. dianalisis menggunakan Statistik Deskriptif (Chua. Selain itu . dapat menjadikan suasana pempelajaran itu lebih menarik. Faktor menyokong dan menghalang penggunaan TMk dalam p&p juga dikaji. kajian ini juga bertujuan mengenalpasti tahap amalan TMK dalam p&p di dalam kelas.

Tuldoziecki & Herzig. Toh. memindah serta mengaplikasikan pengetahuan kepada situasi baru mengikut gaya pembelajaran mereka (Alessi & Trollip. mudah mengingat. kemahiran TMK itu sendiri menjadi kandungan sesi pengajaran dan pembelajaran dimana guru-guru dan pelajar-pelajar belajar menggunakan teknologi baru tersebut untuk membiasakan diri dengan penggunaan peralatan dan perisian tertentu.1998. yang mendapati pembelajaran menggunakan TMK dapat meningkatkan pencapaian pelajar dan mengurangkan masa pengajaran. Schaumburg & Issing. 2001).1991). Unsur interaktif membolehkan pelajar belajar dengan lebih mudah. 2002. Tahap ini selaras dengan tahap amalan Topicality yang di sarankan oleh Heppel (1993). Pada masa yang sama. 1991.Dapatan ini selari dengan kajian emperikal oleh Kulik & Kulik. Tahap amalan pembelajaran. Pembinaan bahan pembelajaran dan pembelajaran digital adalah terhad disebabkan oleh tahap pengetahuan dan kemahiran guru-guru yang masih pada peringkat “ Entry” dan “ Adoptation” seperti mana yang digariskan dalam Model “ Apple Classrooms of Tomorrow”(Dwyer et. 43 .al. penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan Hasil dapatan kajian. murah. menunjukkan amalan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran lebih tertumpu kepada penggunaan bahan pengajaran CD-ROM interaktif yang dibekalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. 2002. pantas. selesa.

Dapatan kajian menunjukkan sekolah ini mempunyai kemudahan infrastruktur yang agak lengkap. Manakala bagi Zulkifli dan Raja Maznah (1994). Hasil kajian mendapati faktor sokongan dari pihak pentadbir dan organisasi penting dalam menggalakkan amalan penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. adalah selari dengan dapatan beberapa kajian yang tidak menggariskan faktor kemudahan infrastruktur sebagai faktor penyokong penggunaan TMK dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran yang tersedia dan sesuai menjadikan para guru lebih terangsang untuk melakukan integrasi TMK dalam sesi pengajaran dan 44 . al (2006). faktor pengetahuan mempengaruhi penggunaan komputer dalam kalangan guru semasa proses p&p berjalan. LCD. Tahap penggunaan ini adalah tidak selaras dengan kemudahan infrastruktur yang telah disediakan. seperti kemudahan makmal komputer.Faktor yang menyokong penggunaan TMK dalam Pengajaran dan Pembelajaran. menyatakan majoriti responden kajiannya mengatakan faktor pendorong utama mereka menggunakan komputer adalah disebabkan faktor keperluan akademik. Namun dapatan kajian menunjukkan tahap amalan penggunaan TMK dalam Pengajaran dan Pembelajaran adalah rendah. sikap terhadap komputer menjadi faktor utama penerimaan guru untuk menggunakan komputer. Ini dapat dilihat dalam bentuk bekalan CD-ROM multimedia interaktif yang disediakan oleh pihak kementerian. Abdul Wahab Ismail Gani et. komputer riba dan juga CD multimedia yang dibekalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran. Bagi Kazlauskas (1995). Hasil kajian ini.

1986) 45 . Faktor sokongan daripada sumber-sumber organisasi seperti pembelian bekalan elektrik . amat penting dalam menjayakan penggunaan TMK dalam p&p (Lucas . bekalan elektrik menjadi faktor utama amalan penggunaan TMK tidak dapat dilaksanakan. Masalah timbul apabila tiada bekalan petrol (minyak) yang diperlukan untuk menghidupkan generator bagi kegunaan di makmal komputer. Faktor penghalang intergrasi TMK dalam p &p Dapatan kajian mendapati. Kesimpulannya pendorong kepada penggunaan TMK dalam kalangan guru adalah di dorongkan oleh faktor sikap guru dan juga kemudahan dan sokongan yang disediakan oleh pihak organisasi. Pihak sekolah terpaksa bergantung kepada kegunaan generator untuk mendapatkan bekalan elektrik pada sebelah siang hari.pembelajaran. adalah selaras dengan pandangan Lucas (1986) yang menyatakan bahawa sokongan daripada pihak organisasi seperti daripada pengurusan atasan dan sumber-sumber organisasi yang mencukupi mempunyai perkaitan dengan kejayaan untuk melaksanakan penggunaan teknologi maklumat di dalam sesebuah organisasi. Namun ketiadaan usaha penyediaan jadual rasmi dan peruntukkan pembelian bekalan petrol (minyak) yang berterusan dari pihak pentadbir sekolah menyukarkan usaha amalan tersebut. Dapatan ini. Bekalan elektrik hanya dibekalkan mengikut jam tertentu sahaja dan sentiasa berjimat untuk bertahan lebih lama.

Ini selaras dengan jawapan responden apabila dicadangkan oleh pengkaji agar guru menyediakan bahan bantuan pengajaran yang bersesuaian. Faktor seterusnya yang menjadi penghalang ialah penggunaan kemudahan komputer dikalangan guru-guru hanya terhad di dalam kawasan sekolah sahaja. Ketiadaan capaian yang berterusan tidak membolehkan guru-guru mempelajari penggunaan teknologi baru tersebut. Bilangan komputer riba yang dibekalkan oleh pihak Kementerian hanya terhad kepada guru-guru yang terlibat dalam program PPSMI sahaja. dimana 33% memohon kursus yang berkaitan dengan kemahiran penggunaan perisian persembahan. Menurut Williams et al (2000). Dapatan kajian ini. tidak ada pendedahan penggunaan Teknologi Pendidikan dan kurangnya pendedahan penggunaan Teknologi Pendidikan di peringkat sekolah. kerana ramai guru-guru tidak mempunyai komputer peribadi masing-masing. Dapatan ini disokong oleh data permohonan kursus yang ingin diikuti.Hasil kajian juga mendapati.” Tak reti” . 46 . Ini kerana guruguru lebih mempunyai peluang dalam meningkatkan kemahiran penggunaan dan pembinaan media pengajaran yang sesuai. yang menyatakan faktor penghalang pengintergrasian TMK adalah tidak berpeluang mengikuti Kursus Teknologi Pendidikan. guru-guru yang menggunakan komputer di rumah mempunyai kecenderungan untuk lebih menggunakan komputer di sekolah. faktor kurangnya pengetahuan guru-guru dalam perisian komputer menjadi faktor penghalang kepada penghasilan bahan pengajaran yang sesuai dan juga penggunaannya dalam kelas.. selari dengan hasil kajian oleh Mohd Sarip Abd Manap (1999). guru menjawap.

Walaupun penambahan capaian kemudahan TMK. Hubungan yang positif dari aspek penggunaan ini juga boleh didapati dalam kajian (Williams et al. Masalah capaian yang terhalang perlu di atasi dengan kadar segera dengan penglibatan pihak pentadbiran sekolah mahupun kementerian. 47 .Kerajaan Malaysia bertekad untuk menjadikan semua sekolah di Malaysia sebagai sekolah Bestari selewat-lewatnya pada 2010. 2000). Penambahbaikan ini boleh juga dalam bentuk memastikan kemudahan komputer di sekolah sentiasa berada dalam keadaan yang terbaik dan boleh digunakan pada bila-bila masa. Harrison et al (1998) dan Thomas et al (1999). terutama sekali yang berkaitan rapat dengan penggunaan Makmal Komputer. namun ini merupakan langkah pertama ke arah menggalakkan penggunaan TMK dikalangan guru-guru. Cadangan Penambahbaikan Penambahbaikan Capaian Kemudahan TMK. Maka dengan adanya sekolah Bestari dan program-program yang menggalakkan lagi penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah yang dikendalikan oleh pihak KPM ini secara tidak langsung akan dapat menyediakan tenaga kerja mahir di masa hadapan yang mampu menghadapi cabaran dan saingan di abad ke21. seperti komputer dan capaian Internet. tidak menjanjikan penambahan penggunaan atau amalan elemen TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Peningkatan Pengetahuan Pedagogi Kandungan (Pedagogical Content Knowledge ) Guru-guru juga perlu lebih didedahkan dengan aspek Pengetahuan Pedagogi Kandungan (Pedagogical Content Knowledge ) dalam pengintergrasian elemen TMK.terutama sekali dalam mewujudkan satu keadaan yang kondusif di sekolah. Sokongan dan dorongan pihak pentadbiran secara tidak langsung dapat memberi satu kesedaran kepada guru-guru bahawasa mereka tidak keseorangan dalam tugasan mereka dan segala usaha mereka dalam meningkatkan kemahiran serta pengetahuan ke arah ini di hargai. Semua ini berserta dengan kemahiran teknikal yang telah dikuasai akan membolehkan guru-guru merancangkan kaedah serta strategi penyampaian yang lebih sistematik supaya satu keadaan atau situasi pembelajaran yang lebih berorientasikan pelajar dapat 48 . Perana ini penting. agar pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik. Pihak pentadbir juga perlu boleh melihat faedah amalan ini dan cuba melaksanakannya dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.Penglibatan Pihak Pentadbiran Pihak pentadbiran sekolah perlu aktif dalam mengalakkan amalan penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan guruguru. Perana ini penting dan sememangnya diperjelaskan dalam penulisan Williams et al (2000) yang mengesyorkan penglibatan pihak guru penyelia (Head Teachers) dalam menggalakkan kewujudan persekitaran yang boleh menyokong pelaksanaan integrasi TMK di sekolah mereka. Pengetahuan ini lebih kepada kemahiran dan kaedah serta strategi aplikasi TMK dalam konteks pengajaran dan pembelajaran.

Dalam keadaan ini. 49 . Strategi penyampaian buat masa kini lebih menggunakan elemen TMK sebagai satu alternatif media pengajaran dan bukannya sebagai satu kaedah dalam mempelbagai teknik penyampaian. Contohnya guru menggunakan sebutan perkataan-perkataan Bahasa Arab yang terdapat dalam CDRI sebagai panduan dan latihan pengkukuhan dalam kelas. terutama sekali dalam memastikan keadaan kemudahan TMK sentiasa berada dalam kedaaan yang terbaik untuk digunakan.diwujudkan. Masalah-masalah teknikal seperti kerosakan komputer dan kesulitan penggunaan peralatan pengajaran seperti LCD (Liquid Crystal Display) dan CDRI perlu di atasi dengan kadar segera. Penambahbaikan Perkhidmatan Sokongan Perkhidmatan Sokongan yang bersifat teknikal perlu difikirkan. jika dibenarkan. Sementara perisian persembahan digunakan untuk tujuan pemyampaian maklumat pengajaran. Pembantu makmal akan dapat memastikan keadaan kemudahan TMK berada dalam keadaan yang terbaik sebelum guru-guru menggunakannya.seorang juruteknik Makmal Komputer boleh disediakan seperti mana adanya pembantu makmal bagi makmal-makmal sains di sekolah-sekolah. Penyenggaraan berkala yang di jalankan oleh syarikat lantikan kerajaan perlu dikemaskinikan lagi agar ianya dapat memberi perkhidmatannya dengan kadar segera bila berlaku laporan kerosakkan. Bahan ini akan di ulangpakai pada kelas-kelas yang lain. Guru-guru perlu disediakan dengan satu keadaan dimana mereka tidak perlu memikirkan masalah-masalah tekinikal yang akan timbul semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

kaedah serta strategi aplikasi TMK dalam konteks pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan terbaik. 50 . capaian Internet dan bahan CDRI jika diperlukan. Pada masa yang sama.Pembantu Makmal juga boleh menbantu penyediaan peralatan seperti LCD (Liquid Crystal Display) . Pengetahuan Pedagogi Kandungan melihat kepada aspek-aspek bagaimana kemahiran. penyediaan bahan CDRI yang dibekalkan oleh pihak kementerian juga perlu dilihat semula agar kandungannya lebih bersesuaian dengan tahap pembelajaran yang berbeza-beza. Peningkatan pengetahuan guru dari aspek-aspek Pengetahuan Pedagogi Kandungan (Pedagogical Content Knowledge ) juga perlu dititikberatkan. Perkara ini serba sedikit akan dapat mengatasi masalah kandungan bahan CDRI yang dikatakan tidak bersesuaian dan berkaitan. Perancangan dan aplikasi amalan TMK yang sesuai kekal akan dapat meningkatkan tahap pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. sokongan dan penglibatan aktif pihak pentadbiran sekolah dan pihak kementerian penting dalam memastikan amalan ini dapat dipertingkatkan. Kesimpulan Kesungguhan Kerajaan Malaysia dalam menggalakkan amalan TMK dalam proses p&p tidak harus terhenti dengan penyediaan kemudahan TMK sahaja. Ini adalah untuk mengelakkan keadaan dimana bahan CDRI tersebut tidak dapat digunakan akibat kekurangan pengetahuan teknikal guru-guru. Selain dari itu. Bahan pembelajaran CDRI yang disediakan perlu bersifat mesrapengguna sepenuhnya tanpa perlu banyak instalasi perisian tambahan. Walaupun faktor sokogan ini penting namun ia tidak seharus dilihat secara terasing dalam meningkatkan amalan TMK dalam bilik darjah.

Gabungan faktor-faktor sokongan ini penting dalam menggalakan amalan TMK dalam proses p&p.Persekitaran sekolah yang kondusif dan penyediaan bahan rujukan dan pengajaran yang bersesuaian dapat memberi sokongan kepada golongan pendidik agar lebih bersedia untuk menggunakan TMK. 51 . Perkhidmatan sokongan teknikal setempat juga penting dalam mengurangkan beban penyediaan dan penggunaan TMK dikalangan guru-guru.

J. The Measurement of Moral Judgment Vol. Mc Graw Hill. Anne. No. Persepsi Guru Pelatih Terhadap Penggunaan Komputer dalam PengajaranPembelajaran di Maktab Perguruan Teknik. Kohlberg. D.. ISBN 0-521-24447-1. Hasrina Mustafa (2006). Kaedah Penyelidikan. Kesan Visual Dinamik Terhadap Pencapaian Pelajar Yang Berbeza Tahap Kebimbangan Matematik Dalam Pembelajaran Trigonometri. Kuala Lumpur. Abdul Wahab Ismail Gani. XXIV. Massachusetts: Allyn & Bacon. Kuala Lumpur. Vol. Cox M. 1 &2 Alessi. Colby.(2001). Academic Press. Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran-Pembelajaran Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah: Satu Kajian Kes Di Pulau Pinang. Ab. & Trollip. Siarap.Inc 52 .J (1997). 2: Standard Issue Scoring Manual. 45-52. S. Tan Teck Seng dan Sanmuga Sundaram.ISBN 1871984289 Dasar Penyata Razak (1965) Dwyer. L. Educational Leadership. Malaysia. Authoring Multimedia. Kamaliah Hj. H. S. Ringstaff. Multimedia for learning: Methods and Development. 48(8). Asas Statistik Penyelidikan.M. Kertas kerja dibentang di Seminar Dinamika Perubahan Pengurusan Menuju Era K pada 20 & 21 September 2001. USM (tidak diterbitkan) Chin Yoon Poh. (1991) Changes in Teachers’Beliefs and Practices in Technology-rich Classrooms. Rahman Darus. Kajian Malaysia. C.. C. Chua Yan Piaw (2006). Tesis Sarjana Pendidikan.Rujukan Abdul Rahim Mohd Saad (2001). Malaysia.R. Fisher. Che Rogayah Seman (2005). & Sandholtz. Boston. Chua Yan Piaw (2006). Teknologi maklumat dan komunikasi: Keperluan pertimbangan semula program pendidikan tinggi. The Effects of Information Technology on Students’ Motivation: Final report. pp. (1987). (1994).S. Cambridge University Press. NCET. Mc Graw Hill. 2000.

2.. Inglewood Cliffs. IAB.C. 229238. London: Pitman. (1998) Multimedia Portables for Teachers Pilot. J. 51 . . 23-26. Universiti Putra Malaysia. S. Developing a whole-school IT policy . British Journal of Educational Technology.Harrison. Technology and Teacher Education Annual: Technology Diffusion. & Restorick. Jasmy. 75-94 Laurillard.. Youngman. Heppell. Shahidah & Rosnani. Educational Multimedia and Hypermedia Annual.J.s. (1996). Association for the Advancement of Computing in Education. Kulik. pp. 1995. Effectiveness of Computer-based instruction: An updated analysis. Tagg (ed). Fisher. Journal of Information Technology for Teacher Education..edu/insite/elec_oub/html. Learning through collaborative computer simulations.Multimedia in Education Arming Our Students for Future. 7 . Florida. Seminar What is?. m. H. (1992). June. D.71 .uh. (1991).A. 2001 Jonassen. D. H. (1993) Teacher Education. & Kulik. http://www. M. 1986. Information and Teacher Education. 24 –27 November 2008. NJ: Prentice Hall. Serdang. Proceeding of EDMedia 93 World Conference on Educational Media and Hypermedia. Innovation. T. 53 . New York: McGraw Hill. 23. Information Systems Concept for Management. Heinich (1993) The school development plan for IT in B. Computers in the classroom: Mindtools for critical thinking.. E. Orlando.coe. 164-171. R. M. C. Phillips. Coventry: British Educational Communications and Technology Agency. Konvensyen Nasional PIPP Kedua (2008). Computer in Human Behavior.. Lili Nurliyana Abdullah (1996). Bailey.. Lucas. Kazlauskas. (1993). Arif.J. Learning and the Information Generation: the progression and evolution of education computing against a background of change. Maurer. Selangor.

Maarof Redzuan. Columbia University. Lernen mit Laptop. Faktor-faktor Penghalang Terhadap Pendifusion Teknologi Pendidikan di kalangan Guru-guru Sekolah Menengah Sains di Pantai Timur Semenanjung Malaysia..moe. A.my:8080/c/journal-articles/view_articles-content Mohd. Pisapa. A.M. Rosenberg. Jutta. Dalam Alexandra.net/conferences/brno2005/book3-ICT. 19-27. Memahami Faktor-Faktor Penggunaan Media Teknologi Pendidikan.moe. The Computer as a learning aid and tool in Geography schooling in Germany and at the University of Education Heidelberg. Norbaya Ahmad dan Haslinda Abdullah (2007) Schaumburg. Singapore: Prentice Hall. (2000).Siegmund. Asnarulkhadi Abu Samah. (1998) Basics of Qualitative Research: techniques and procedures for developing grounded theory. E-learning: Strategies for delevering knowledge in the digital age. Di muat turun daripada http://www. Merriam. H.. Teaching with technology: creating student-centered classrooms.my:8080/c/journal-articles/view_articles-content Sandholtz J. Case study research in education: A qualitative approach. L. Integrating technology into teaching and learning. International Journal of Instructional Media. Shulman..M. K. (1988). B.. Ringstaff. J.. Mohd Sarif Abd Manap (1999). Abstrak. J. Rosnah Mansor . (2001). Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.B.L. S. Moon (Eds) Learners and Pedagogy. Abstrak.S. Dwyer.pdf. (1994).heredot. D. (1997). J.edu. & Issing.edu. San Francisco: Jossey-Bass. Thousand Oaks: Sage. New York: Teachers College. In Williams.(2002. Sarjit Kaur.Mc Lellan (1991). Teachers and classroom management in a computer learning environment. Najib Abdul Ghafar (2003). 18(1). London: Paul Chapman. C. W. D. H. & Corbin. Rekabentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. C. (2002). Strauss. S. in J. Dimuat turun daripada http://www. (1999) Knowledge and Teaching: foundations of the new reform.A: McGraw-Hill. Di muat turun daripada http://www. 54 . Leach & B.J. U.

C. Kertas kerja dibentang di Multimedia Design Workshop for Sciene and Mathematics Education.. J. pp 167-183 Zalina Yahaya. K..heredot. (2002. Kertas kerja Seminar dan Bengkel Pembinaan Modul Sains dan Matematik Sekolah Menengah dan Rendah. 55 . Research Report RR92. Toh. 31. Pulau Pinang pada 22 Oktober 1998.. (1999). W. & Pettigrew. L. (1998). (2000) Integrating Information and Communications Technology in Professional Practice: an analysis of teachers’needs based on a survey of primary and secondary teachers in Scottish schools. pp. J. A. (1999) The Use of Multimedia Portables in Supporting the Achievement of the National Professional Qualification for Headship: an evaluation.. Tuldoziecki. Richardson. Seven Levels of Interactivity in Multimedia Courseware Design. Jutta. Williams. 15 Julai). S. Coles... Penang at Sekolah Menengah Abdullah Munsyi.Thomas. & Wong. N.Vol 9.net/conferences/brno2005/book3-ICT. & Tovey. with Cotton. Williams.Siegmund. Wilson. Richardson. S. The Computer as a learning aid and tool in Geography schooling in Germany and at the University of Education Heidelberg. P. G. Merekabentuk unsur-unsur motivasi dalam pengajaraN Sains dan Matematik. & Tuson. K.. (2000) Teachers and ICT: current use and future needs. 2 2000. K. & Tuson. A. D. British Journal of Educational Technology. H. Dimuat turun daripada http://www.. London: DfEE. D. IT dan komputer: Nadi sekolah bestari. D.B.Computer and Internet im Unterricht. Coles. L.C. A. No.C. 307-320. Dalam Alexandra.(2002).pdf. Wilson. Journal of Information Technology for Teacher Education. Utusan Malaysia. & Herzig.B. A. Daerah Seberang Perai pada 19 Jun 1999 Toh.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful