You are on page 1of 2

PEMUPUKAN SEMANGAT KEKITAAN

1. Semangat kekitaan bermaksud semangat yang ada dalam diri yang dikaitkan dengan masyarakat tempat individu tinggal. 2. Seseorang individu yang mempunyai semangat kekitaan akan merujuk dirinya berasaskan identiti masyarakat atau komuniti yang didiaminya, menilai dirinya berasaskan nilai-nilai masyarakat dan mempunyai tingkah laku yang diterima oleh masyarakat tersebut. 3. Ciri-ciri yang berkaitan dengan semangat kekitaan termasuklah tingkah laku individu, nilai-nilai hidup seharian, gaya hidup bermasyarakat dan pandangan masa depan. 4. Semangat kekitaan boleh membentuk individu yang bertanggungjawab, bekerjasama dan sanggup mempertahankan masyarakatnya demi kesejahteraan bersama. 5. Masyarakat yang kukuh boleh dibentuk apabila anggotanya memiliki semangat kekitaan yang tinggi. 6. Asas utama untuk membentuk semangat kekitaan ialah perpaduan, permuafakatan, kebajikan dan keselamatan. 7. Perpaduan bermaksud penggabungan atau penyesuaian kelompok masyarakat yang bergabung menjadi satu dan sepakat dalam sesebuah negara. 8. Semangat perpaduan yang tinggi dalam kalangan anggota masyarakat membolehkan mereka hidup bersatu padu berasaskan sifat faham-memahami, bertolak ansur dan bekerjasama demi kepentingan hidup bersama. 9. Semangat perpaduan turut membolehkan masyarakat hidup dalam suasana yang aman damai tanpa perasaan prasangka biarpun hidup dalam satu kelompok. 10. Setiap anggota masyarakat juga perlu mengamalkan permuafakatan disamping mengamalkan semangat kejiranan dan budaya tolong-menolong antara satu dengan yang lain. 11. Syarat-syarat permuafakatan termasuklah penerimaan tanpa syarat, ikhlas, kasih sayang, kerjasama, tanggungjawab, kepercayaan dan tolak ansur. 12. Masyarakat yang sepakat bersedia melakukan sesuatu dengan semangat kekitaan demi kepentingan bersama. 13. Sikap tidak bermuafakat dalam kalangan anggota masyarakat akan mewujudkan kepincangan seterusnya menggugat keamanan negara. 14. Kehidupan manusia menjadi semakin rumit akibat perubahan social yang semakin pesat. 15. Keadaan ini menimbulkan pelbagai masalah social seperti penyalahgunaan dadah, jenayah, keruntuhan institusi rumahtangga dan penggangguran. 16. Sekiranya gejala ini tidak dibendung, akan menimbulkan implikasi yang negatif kepada masyarakat dan negara.. 17. Justeru, penglibatan anggota masyarakat dalam isu kebajikan amat penting. Anggota masyarakat perlu menyokong agensi dan badan-badan yang berkaitan dengan kebajikan 18. Penglibatan anggota masyarakat dalam RELA, PBSM, MERCY dan agensi kebajikan yang lain dapat membantu meningkatkan kesejahteraan masyarakat.

19. Setiap anggota masyarakat juga perlu peka terhadap isu dan masalah berkaitan kesejahteraan masyarakat dan bertanggungjawab untuk menjamin keselamatan semua pihak. 20. Jiran yang sepakat dan bersatu padu mampu menjamin keselamatan kawasan setempat daripada sebarang ancaman seperti kecurian, pecah rumah, ragut dan jenayah lain. 21. Masyarakat setempat perlu mempunyai kesedaran untuk mengawasi dan melaporkan kegiatan jenayah yang berlaku di kawasan sekitar mereka kepada pihak berkuasa. 22. Dalam erti kata lain, masyarakat perlu menjadi mata dan telinga pihak polis demi mengurangkan kadar jenayah di kawasan mereka.

You might also like