You are on page 1of 99

BAB 1 PENDAHULUAN

PENGENALAN

Adat dan budaya Melayu tradisional Malaysia merupakan suatu amalan yang diamalkan oleh nenek moyang masyarakat Melayu pada suatu ketika dahulu dan

ditinggalkan menjadi suatu warisan secara turun temurun. Adat dan budaya tradisional ini dilaksanakan selaras dengan nilai-nilai Islam. Namun adat dan budaya tradisional ini kadang kadang bertenbung dan bercanggah dengan nilai-nilai Islam. Ini kerana ianya diamalkan mengikut cara yang salah atau terlalu taasub dengan kepercayaan-kepercayaan karut atau pantang larang tertentu. Oleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya pencemaran terhadap amalan-amalan yang berkaitan dengan agama.

DEFINISI TERMINILOGI Bagi konteks tesis ini, takrif terminologi berikut diguna pakai. a) Adat

i)

Penggunaan istilah adat resam adalah bermaksud adat kebiasaan, aturanaturan yang menjadi adat resam seperti makan bertertib, bersopan santun ketika bertutur adalah menjadi sifat dan tabiat manusia secara semula jadi yang diikuti turun-temurun (Teuku Iskandar , 1984, 975).

ii)

Pendapat di atas berkait pula dengan pendapat yang mengatakan adat resam adalah kebiasaan daripada suatu perbuatan yang diulang-ulangkan dan telah diterima oleh masyarakat sebagai suatu peraturan hidup yang mesti dipatuhi (Van Dijk, 1974,4).

iii)

Manakala perkataan adat dalam Bahasa Inggeris iaitu custom mamberi maksud suatu adat dan kebiasaan (Mansur Ahmad Saman,1997 )

b) Budaya

i)

Setengah pendapat telah mendefinisikan budaya sebagai warisan sosial sesuatu masyarakat, sistem idea, nilai, kepercayaan, pengetahuan, norma, dan adat yang dikongsi bersama oleh semua orang dalam masyarakat (Ahmad Fauzi dan Abdul Rahman, 1996).

ii)

Ahli-ahli sosiologi pula mendefinisikan budaya sebagai satu sistem idea, nilai, kepercayaan, pengetahuan, norma, adat dan teknologi yang dikongsi oleh semua orang dalam sesebuah masyarakat (Eshleman &

Cashion,1985). iii) Perkataan budaya di dalam Bahasa Inggeris disebut culture yang memberi maksud kebudayaan (Mansur Ahmad Saman,1997 ).

c) Tradisional

i)

Traditional memberi maksud suatu tradisi, kepercayaan, adat resam dan suatu adat tradisional yang menurut adat resam dan kebiasaan ( Mansur Ahmad Saman,1997 )

d) Ajaran Islam

i)

Bermaksud penerimaan dan penundukan kepada Tuhan, dan penganutnya harus menunjukkan ketaatan dengan menyembah-Nya, menurut segala perintah-Nya dan menghindarkan diri dari segala larangan-Nya ( Eko Jati Waluyo )

ii)

Ajaran agama Islam senantiasa disandarkan pada 2 sumber utama iaitu Al Qur'an dan AL Hadits. Sedangk an sumber hukum yang lain (Ijma, Qiyas, masali mursalah dan seterusnya.......) merupakan sumber hukum yang
3

menjadi pedoman setelah Al Qur'an dan Al Hadis, sumber-sumber tersebut di gunakan apabila tidak ditemukan adanya ketetapan hukum dalam Al-Qur'an dan Al Hadits, seperti ketetapan besarnya bagian ahli waris yang tidak di tetapkan dalam alQur'an dan Al Hadits. ( Johan, 2007)

LATAR BELAKANG KAMPUNG TOK BELIAN

Kampung Tok Belian merupakan salah sebuah kampung yang berada di dalam jajahan Bachok. Ianya terletak kira-kira 7 kilometer dari Bandar Bachok. Kampung Tok Belian dihuni seramai lebih kurang 1000 orang penduduk.

Menurut sejarah, nama Kampung Tok Belian diambil dimbil berdasarkan kepada satu kisah yang dikatakan suatu ketika dahulu terdapat sejenis permainan yang sering dimainkan oleh penduduk kampung tersebut. Penduduk kampung memberi gelaran pada permainan tersebut dengan gelaran Tok Belian. Maka bermula dari situlah kampung tersebut dikenali dengan nama Kampung Tok Belian.

Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, didapati penduduk di kampung tersebut masih lagi mengamalkan adat resam dan budaya tradisional yang ditinggalkan oleh nenek moyang mereka dahulu. Adat dan budaya tradisional tersebut seakan telah sebati dengan kehidupan mereka seharian.
4

OBJEKTIF KAJIAN

1- Mengenalpasti adat dan budaya tradisional di Kampung Tok Belian

2- Menentukan jenis-jenis adat dan budaya tradisional yang bercanggah dengan nilai-nilai Islam di kampung tersebut.

3- Memberi cadangan untuk mengurangkan dan menghapuskan adat dan budaya tradisional di Kampung Tok Belian yang bercanggah dengan nilai-nilai Islam.

LATAR BELAKANG KAJIAN

Masyarakat Melayu di Kampung Tok Belian masih kuat mempraktikkan adat dan budaya tradisional yang diamalkan oleh nenek moyang mereka. Adat dan budaya tradisional merupakan suatu perkara yang penting di dalam sesebuah masyarakat. Bahkan adat dan budaya yang diamalkan adalah berbeza-beza mengikut apa yang telah ditinggalkan oleh nenek moyang mereka berdasarkan keadaan dan latar belakang sesuatu tempat itu. Amalan adat tersebut sudah berdarah daging di dalam jiwa mereka. Ada sesetengah adat dan budaya tradisional yang berkait rapat dengan agama dan ada juga yang bertentangan dengan agama. Justeru itu, perhatian yang teliti perlu diberikan untuk mengkaji sejauh manakah tahap pertembungan yang berlaku antara adat resam dan budaya tradisional yang masih diamalkan di Kampung Tok belian dengan nilai-nilai agama Islam. Jika dilihat dari segi adat resam dan budaya tradisional yang masih diamalkan di kampung tersebut, ianya seakan telah menjadi suatu keperluan yang perlu dilakukan oleh masyarakat Melayu di kampung tersebut. Adapun begitu amalan-amalan yang masih diamalkan oleh penduduk kampung tersebut terselit nilai-nilai agama Islam

yang perlu dipatuhi oleh semua umat Islam. Namun ada juga segelintir masyarakat Melayu di kampung tersebut yang masih lagi mengamalkan adat resam dan budaya yang agak terpesong dengan nilai-nilai agama Islam. Adalah dirasakan penting untuk mengkaji masalah ini bagi memahami adat dan budaya tradisional yang masih diamalkan oleh penduduk kampung tersebut. Ianya juga perlu bagi mengetahui sejauh manakah adat dan budaya tradisional ini memberi kesan kepada generasi-generasi akan datang.

RASIONAL KAJIAN

Dewasa ini jika diperhatikan masyarakat Melayu masih lagi mengamalkan adat resam dan budaya tradisional yang ditinggalkan oleh nenek moyang mereka. Ada sesetengah mereka yang terlalu taasub dengan adat resam tersebut sehingga terpesong dari batasan yang telah ditetapkan oleh agama Islam. Jika dilihat dari aspek kajian lepas yang telah dilakukan, adat resam wujud di dalam setiap aspek kehidupan masyarakat Melayu tidak kira dari sudut lahiriyah mahupun batiniyah.

Penduduk Kampung Tok Belian juga tidak ketinggalan dengan masalah tersebut yang mana masyarakat Melayu di kampung tersebut juga masih percaya dan berpegang dengan adat resam dan budaya tradisional yang ada. Ianya jelas dapat dilihat dari

amalan-amalan yang diamalkan oleh sesebuah keluarga di kampung tersebut. Jika dilihat secara kasar, amalan-amalan tersebut mungkin menjurus kepada sesuatu yang syirik tetapi bagi masyarakat Melayu di kampung tersebut ianya mempunyai motif tertentu di
7

sebalik amalan-amalan yang dilakukan. Malah ianya dikatakan menjadi satu simbolik kepada masyarakat Melayu di kampung tersebut.

Jadi apakah motif sebenarnya adat dan budaya tersebut diamalkan? Di sini saya mendapati terdapat kekeliruan yang berlaku berkaitan adat dan budaya tradisional yang diamalkan oleh masyarakat kampung tersebut dangan nilai-nilai Islam. Atas dasar inilah, satu kajian perlu dilakukan untuk melihat apakah adat-adat yang masih diamalkan oleh penduduk di Kampung Tok Belian serta tahap pertembungan antara adat dan budaya tradisional dengan nilai-nilai agama Islam di kampung tersebut. Kajian ini juga bertujuan untuk malihat sejauh manakah adat dan budaya tradisional tersebut meninggalkan kesan keatas penduduk di kampung tersebut.

Adalah diharapkan hasil atau penemuan kajian ini dapat memberi pengetahuan baru tentang persamaan dan perbezaan antara adat resam dan budaya tradisional dengan nilai-nilai agama Islam. Dengan hasil penemuan ini diharapkan dapat dijadikan panduan kepada semua masyarakat Melayu di Malaysia.

PERSOALAN KAJIAN

1- Apakah adat dan budaya tradisional yang masih diamalkan oleh penduduk di Kampung Tok Belian?

2- Apakah tujuan adat dan budaya tradisional tersebut dilakukan oleh masyarakat Melayu di Kampung Tok Belian?

3- Apakah nilai-nilai agama Islam yang diamalkan oleh masyarakat Melayu di Kampung Tok Belian?

4- Adakah berlaku pertembungan antara adat dan budaya tradisional dengan nilainilai agama Islam di kalangan penduduk Kampung Tok Belian?

5- Sejauh manakah amalan adat dan budaya tradisional tersebut meninggalkan kesan dalam kehidupan masyarakat Melayu di Kanpung Tok Belian?

DEFINISI ISTILAH

1- Adat : Adat kebiasaan, aturan-aturan yang menjadi adat resam seperti makan bertertib, bersopan-santun ketika bertutur, menjadi sifat dan tabiat manusia secara semula jadi yang diikuti turun-temurun. ( Kamus Dewan )

2- Budaya : Warisan sosial sesuatu masyarakat, sistem idea, nilai, kepercayaan, pengetahuan, norma, dan amalan yang dikongsi bersama oleh semua orang dalam masyarakat. Contohnya baju kurung merupakan baju tradisional masyarakat melayu namun apabila apabila seorang gadis memakai baju kurung dan bertudung ianya dianggap sopan ( Abdul Rahman ,1994 )

10

3- Nilai : Merupakan idea yang dikongsi bersama oleh individu dalam masyarakat tentang apa yang penting dan berfaedah. Nilai ialah pengiktirafan pilihan kualiti hubungan antara cara dan matlamat dalam konteks sosial. Terdapat nilai yang positif dan nilai yang negetif seperti pantang larang dan kepercayaan. Contohnya sifat dermawan, kesopanan, kesabaran, kerajinan, ketekunan, dan kerifan dinggap sebagai nilai yang positif manakala sifat kedekut, kejahatan, keangkuhan, kelalaian dan kejahilan dianggap sebagai nilai yang negetif.. ( Noran Fauziah, 1987)
KESIMPULAN Bab ini menjelaskan masalah kajian yang melibatkan responden dari penduduk di Kampung Tok Belian. Laporan kajian ini dibahagikan kepada 5 bahagian. Bab 1 membincangkan pengenalan kajian iaitu latarbelakang, masalah kajian dan objektif dan persoalan kajian. Bab 2 sorotan penulisan menjelaskan rujukan kajian lalu berkaitan dengan masalah kajian. Bab 3 adalah metodologi kajian. Bab IV pula membincangkan analisis data dan dapatan kajian. Bab V menyatakan, cadangan dan penutup kajian.

11

BAB 2

SOROTAN LITERATURE

PENGENALAN Bahagian ini memberikan huraian literature mengenai kajian ini. Perbincangan bahagian ini merujuk kepada kajian lepas yang mengenai definisi budaya, elemen budaya dan kepntingan budaya.

12

SOROTAN LITERATURE

Setiap masyarakat di Malaysia mempunyai adat resam dan budaya masingmasing. Adat resam yang diterima oleh sesuatu bangsa merupakan cetusan peraturan dan panduan. Peraturan dan panduan ini merupakan satu garis penentu sesuatu hukum yang dilaksanakan oleh masyarakat tersebut. Sesuatu masyarakat menjalani kehidupan berdasarkan amalan nenek moyang mereka, menyempurna dan melaksanakan amalan nenek moyang sebagai suatu peraturan. Peraturan ini menjadi kebiasaan yang lamakelamaan menjadi satu kemestian. Menurut satu pendapat ... adat resam sebagai tatacara yang diterima mengenai cara makan, bertutur, berjumpa sahabat handai, dan sebagainya atau adat itu ialah cara bertindak yang umum dipercayai secara sosial .( Mac Iver , 1970),

Kamus Dewan telah mentafsirkan istilah adat resam sebagai adat kebiasaan, aturan-aturan yang menjadi adat resam seperti makan bertertib, bersopan santun ketika bertutur adalah menjadi sifat dan tabiat manusia secara semula jadi yang diikuti turuntemurun (Teuku Iskandar, 1984,). Pentafsiran yang pelbagai tentang adat resam menunjukkan bahawa setiap masyarakat yang mengamalkan sesuatu adat resam adalah masyarakat yang hidup bertatacara. Hal ini memperlihatkan kehidupan mereka adalah berlandaskan norma-norma kehidupan positif yang perlu dipatuhi. Adat resam dalam suku bangsa itu juga berlainan cara perlaksanaan dan pemakaiannya. Namun, semua itu mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk membentuk satu masyarakat yang maju, dinamik dan progresif.
13

Istilah adat ditafsirkan dengan pelbagai pengertian oleh banyak sarjana., Adat juga merupakan perkataan Arab yang bermaksud kebiasaan. Dalam konteks masyarakat Melayu pula, istilah adat memberikan pengertian yang lebih luas daripada itu sehingga sukar diberikan pengertian yang kukuh. Kesukaran tersebut timbul antara lain disebabkan penggunaan kata adat yang agak luas dan dalam situasi yang agak tidak begitu terbatas. Tambahan pula dapat dikatakan bahawa setiap suku bangsa mempunyai adat dengan pengertian masing-masing. Justeru itu, untuk membolehkan seseorang memahami

maksud adat bagi setiap suku bangsa itu, dia harus memakai budaya dan falsafah hidup mereka (Abdullah Sidek, 1974). Pendapat di atas berlainan pula dengan pendapat yang mengatakan adat resam adalah kebiasaan daripada suatu perbuatan yang diulang-ulangkan dan telah diterima oleh masyarakat sebagai suatu peraturan hidup yang mesti dipatuhi (Van Dijk, 1974). Dalam pergaulan hidup itu tumbuh dan berkembang kegiatan atau tingkah laku yang menjadi kebiasaan kerana dilakukan berulang kali. Kebiasaan yang sudah tradisional dijadikan normatif , lalu berubah menjadi adat resam. Sesungguhnya adat berasal dari perkataan Arab iaitu kebiasaan, lembaga, resam, peraturan hukum dan tabiat (Sidi Gazalba, 1974).

Oleh itu dalam masyarakat Melayu juga terdapat adat resam tersendiri seperti adat resam berkomunikasi, makan dan minum, tatacara menziarahi keluarga, dan merangkumi adat-adat kebiasaan yang lainnya. Adapun adat merangkumi segala upacara semenjak kelahiran sehinggalah kepada kematian. Antara adat-adat tersebut ialah adat menyambut kelahiran, adat selepas bersalin, berkhatan, mendirikan rumah baru dan lain-lain. (A.Aziz, 1995).
14

Definisi budaya

Kita sering memperkatakan tentang budaya. Pelbagai tafsiran dapat diberikan tentang budaya. Ada yang mengatakan tarian, muzik, dan seni lakonan ialah budaya. Sebenarnya ini hanya sebahagian kecil daripada unsur budaya. Budaya telah

didefinisikan sebagai warisan sosial sesuatu masyarakat, system idea, nilai, kepercayaan, pengetahuan, norma, dan adat yang dikongsi bersama oleh semua orang dalam masyarakat (Ahmad Fauzi dan Abdul Rahman,1996). Ahli-ahli sosiologi pula mendefinisikan budaya sebagai satu sistem idea, nilai, kepercayaan, pengetahuan, norma, adat dan teknologi yang dikongsi oleh semua orang dalam sesebuah masyarakat (Eshleman & Cashion,1985).

Terdapat juga pendapat yang mengatakan budaya itu adalah daripada perkataan asalnya budi dan daya. Daripada budi dan daya tersebut tercetusnya istilah budaya (R.Roolvink, 1966). Pendapat Roolvink juga ada persamaan dengan pendapat yang mengatakan budaya merupakan perkembangan kata majmuk daripada budi

(Koentjaraningrat, 1980). Menurut pandangan lain pula, manusia mempunyai budaya yang membolehkan mereka berinteraksi antara satu dengan yang lain. Budaya adalah perlakuan manusia yang dipelajari dan bersifat simbolis (Herskovits, 1988:1). Budaya terbentuk dan dipelajari oleh setiap ahli dalam masyarakat melalui sosialisasi. Dalam proses sosialisasi , individu secara tidak langsung boleh memahami proses budaya komunikasi yang simbolik, bertatacara dan beradab yang cuma difahami oleh individu dalam sesebuah masyarakat.
15

Masyarakat adalah wadah budaya. Masyarakat membentuk kebudayaan dan kebudayaan pula mengatur kehidupan masyarakat. Hubungan kebudayaan dengan masyarakat tidak boleh dipisahkan. Budaya adalah cara yakni cara berfikir, cara berinterksi, cara merasa, dan cara perlakuan masyarakat. Masyarakat berbudaya harus mampu memanifestasikan perkembangan idea, adat resam, dan imaginasi yang akan memenuhi keperluan dan matlamat (Aziz Deraman, 1992). Sesuatu budaya itu dinamis sifatnya, yakni berubah mengikut peredaran zaman dan perlakuan manusia yang merintis pembaharuan. Pembaharuan dalam budaya manusia mendatangkan kesan negetif dan positif. Budaya Melayu adalah dinamis dan sentiasa berkembang dari satu zaman ke satu zaman secara bersambungan (Wan Abdul Kadir, 1988).

Justeru itu, budaya sesuatu kaum akan mengalami perubahan secara perlahanlahan mengikut zaman. Budaya yang tidak berkembang merupakan budaya yang mundur dan mati. Kesan daripada kemunduran budaya tersebut akan mengakibatkan kemunduran masyarakat. Namun, tidaklah bererti setiap perubahan budaya meendatangkan kesan positif terhadap masyarakat, malah ada yang akan memberikan implikasi yang buruk. Umpamanya budaya yang sangat ditentang oleh agama dan masyarakat. Kebudayaan dari segi ilmu pengetahuan memberikan pengertian yang luas iaitu meliputi seluruh cara hidup manusia, segala daya dan usaha dalam mencari penyelesaian dan kesempurnaan di dunia.( Ismail Hussein, 1966).

Kebudayaan boleh dibahagikan kepada dua aspek iaitu aspek non-material dan aspek material. Aspek material sebenarnya lahir daripada aspek non-material kerana
16

cetusan pemikiran atau gagasan yang melahirkan sesuatu dalam bentuk kebendaan atau reka cipta. Walaupun ahli sains sosial sering menumpukan konsep budaya pada aspek non-material seperti ilmu pengetahuan, kepercayaan, adat resam, kesenian, nilai, norma dan sebagainya, aspek non-material ini hanya mudah difahami apabila dirujuk pada aspek lahiriahnya seperti tingkah laku, kesenian, adat resam, atau artifek budaya, yang sebenarnya lahir daripada ilmu pengetahuan dan pemikiran manusia (Wan Hashim, 1991).

Ahli antropologi yang telah membuat pengkajian khusus tentang budaya. Dalam kajian tersebut, terdapat lebih kurang 164 definisi budaya yang disentuh dan dimengertikan oleh para sarjana (Kreber dan Kluckhohn 1952). Jelas betapa pelbagai dan tidak seragamnya definisi serta konsepssi seseorang tentang kebudayaan. Antara sumbangan penting masa kini yang memberikan definisi budaya ialah daripada Clifford Greetz dalam bukunya The Interpretation of Culture. perspektif antropologi Greetz yang menggunakan

simbolik membuat perbandingan bahawa perkaitan antara

manusia dengan kebudayaan ibarat binatang yang terperangkap dalam jerat-jerat makna yang ditenun sendiri. Greetz juga menganggap bahawa kebudayaan sesuatu yang berhubung dengan simbol yang tersedia di hadapan umum dan dikenali oleh ahli masyarakat yang berkenaan. Kesimpulan daripada kajian tersebut, sarjana-sarjana Barat dan Timur mempunyai pandangan ataupun takrifan tentang budaya ataupun kebudayaan yang tidak jauh bezanya. Justeru itu, budaya mempunyai pengertian tertentu dalam konteks sesuatu masyarakat tersebut. Namun, yang jelas konsep budaya luas pengertiannya dan mencakupi semua aspek kehidupan yakni berhubung dengan persoalan persekitaran sama ada fizikal atau sosial. Oleh yang demikian, pengetahuan, kepercayaan,

17

kesenian, keperibadian, dan lain-lain yang terdapat dalam kehidupan masyarakat Melayu merupakan kebudayaan.

Berdasarkan pendapat-pendapat yang telah dinyatakan budaya bolehlah dirujuk sebagai keseluruhannya cara hidup manusia yang boleh diamalkan dan diterima secara umum secara positif dan termasuklah fenomena manusia yang berlaku dalam masyarakat yang bukan berunsur biologi.

Elemen budaya

Eleman budaya boleh dikelaskan kepada tiga, iaitu budaya bukan material, budaya material dan cultural lag . Unsur-unsur yang terdapat dalam budaya bukan material ialah simbol, bahasa, nilai, dan norma. ( Noran Fauziah, 1987, Eshleman & Cashion, 1985).

Simbol atau lambang iaitu kewujudan sesuatu budaya bergantung kepada kebolehan manusia memahami simbol. Simbol penting untuk berkomunikasi. Masyarakat pada zaman batu menggunakan simbol sebagai salah satu cara untuk berkomunikasi dan menyampaikan maklumat. Oleh itu, ahli antropologi budaya turut mengkaji simbol sebagai salah satu unsur budaya. Antara contoh simbol ialah huruf, nombor, lambing dan bendera. Cara atau bentuk pakaian juga merupakan simbol budaya. Adakalanya

18

sesetengah simbol sama dengan masyarakat yang berlainan tetapi mempunyai maksud yang berbeza. (Hofstede, 1991)

Bahasa merupakan sebahagian daripada unsur simbol yang

penting. Bahasa

merupakan aplikasi yang sistemetik dalam interaksi. Melalui bahasa, semua idea, nilai, dan norma boleh dikongsi dan disebarkan. Walaupun ada beberapa medium lain yang mewujudkan proses komunikasi, namun bahasa juga merupakan kaedah komunikasi yang unik dan mudah difahami oleh khalayak. Ini kerana banyak perkara boleh diterangkan dan disampaikan maksudnya melalui bahasa seperti mimpi dan pengalaman. Setiap masyarakat mempunyai bahasa yang tersendiri. Bahasa merupakan asas kepada budaya dan penting kepada masyarakat.

Nilai merupakan idea yang dikongsi bersama oleh individu dalam masyarakat tentang apa yang penting dan berfaedah. Nilai ialah pengiktirafan pilihan kualiti hubungan antara cara dan matlamat dalam konteks sosial. Terdapat nilai yang positif dan yang negetif seperti pantang larang dan kepercayaan. Nilai menjadi sebahagian daripada personaliti diri. Nilai yang sering diutamakan seperti menghormati orang tua, patuh kepada pihak atasan, kesetiaan dan larangan berbohong.

Norma merupakan peraturan kawalan atau jangkaan sosial tentang tingkah laku. Peraturan ini mengajar individu harus atau tidak melakukan beberapa perkara yang ditegah. Masyarakat juga menetapkan norma sebagai kawalan dengan mengadakan hukuman atau denda bagi mereka yang didapati melanggarnya. Kawalan sosial merujuk
19

kepada semua proses yang menyebabkan individu akur pada norma masyarakat termasuklah undang-undang jenayah, pihak polis, mahkamah dan institusi tahanan.

Budaya material terdiri daripada objek fizikal yang direka dan dikongsi oleh ahli masyarakat. Alatan ini bukan sahaja dicipta hasil daripada teknologi tetapi juga hasil daripada budaya bukan kebendaan. Budaya material ini boleh dipindahkan kepada masyarakat yang lain dan kegunaan satu alat yang sama mungkin berbeza dalam masyarakat yang berlainan.

Cultural lag berlaku apabila perubahan kebendaan mengatasi keupayaan budaya bukan material dan budaya bukan material ini pula tidak dapat menyesuaikan dengan budaya material. Kesannya, akan menimbulkan satu masalah baru yang adakalanya tidak dapat diselesaikan. Contohnya seperti penciptaan perabot yang akan memusnahkan banyak kawasan hutan.

KEPENTINGAN BUDAYA

Budaya penting bagi setiap masyarakat kerana ia melambangkan identity sesuatu bangsa dan masyarakat (Asma,1994). Seperti budaya orang Cina yang menggunakan penyepit atau chopstick ketika makan, sari pula menunjukkan identity kaum India dan orang Melayu dikenali melalui bahasa pertuturan atau pakaian tradisional seperti baju

20

kurung, kebaya, kain batik, dan baju Melayu. Selain itu, budaya juga dapat membezakan sesuatu bangsa dan masyarakat yang berlainan.

Setiap individu harus menghormati budaya individu lain kerana ia merupakan cara hidup yang telah sekian lama diamalkan dan ada sesetengah budaya yang berkaitan dengan kepercayaan dan adat resam menyentuh sentimen peribadi sesuatu kaum. Sifat budaya adalah universal tetapi dalam masa yang sama terdapat perbezaan antara budaya satu masyarakat dengan satu masyarakat yang lain. (A.Aziz,1994).

Semua orang mesti mengetahui bahawa budaya bersifat dinamis dan akan berubah-ubah mengikut peredaran masa. Perubahan yang berlaku akan memperkaya serta mempelbagaikan lagi budaya itu. Budaya berkembang dan berubah berikutan dengan perubahan masyarakat itu sendiri. Walaupun terdapat pengaruh dari luar ke dalam sesuatu budaya, namun ia bukanlah satu peniruan semata-mata tetapi merupakan perolehan dan penyesuaian yang ditentukan oleh kebudayaan yang menerimanya ( Wan Abdul Kadir,1983).

KESIMPULAN

Bab sorotan kajian ini membincangkan tentang beberapa pendapat berkaitan dengan dengan definisi budaya. Selain itu, bab ini juga membincangkan tentang elemenelemen budaya yang mana terbahagi kepada dua ketegori iaitu meterial dan bukan

21

meterial. Seterusnya bab ini juga turut menjelaskan tentang kepentingan budaya berdasarkan beberapa pendapat daripada kajian-kajian lepas.

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

PENGENALAN

Metodologi kajian menjelaskan bentuk rangka kerja untuk menjalankan sesuatu kajian. Metodologi kajian merupakan bahagian penting yang digunakan untuk memastikan kajian yang dijalan menggunakan kaedah, prosedur atau cara yang betul. Selain itu, metodologi kajian juga boleh digunakan untuk memastikan objektif kajian dapat dicapai berdasarkan data sah dan dipercayai (Mohd Najib Abdul Ghaffar, 1999).
22

Perkara-perkara yang akan dibincangkan dalam bab ini terdiri daripada kaedah menjalankan kajian, kaedah pengumpulan data dan penganalisisan data. Bab ini terdiri daripada rekabentuk kajian, instrumen kajian, prosedur kajian, penganalisis data dan kesimpulan.

REKEBENTUK KAJIAN

Rekabentuk kajian adalah kaedah bagi membolehkan maklumat diperolehi untuk menjawab masalah kajian yang dibina. Rekabentuk kajian adalah sebagai keseluruhan rangkakerja penyelidikan bagi menjawab dan mencapai objektif kajian. Kajian tinjauan (survey) berbentuk deskriptif ini dilaksanakan untuk mengkaji tahap pertembungan antara adat resam dan budaya tradisional dengan nilai-nilai Islam di Kampung Tok Belian.

Penyelidikan deskriptif merupakan suatu jenis penyelidikan yang bertujuan untuk menerangkan fenomena yang sedang berlaku (Mohd Majid Konting, 1994; Wiersma, 1995). Kajian ini menggunakan pemerhatian dan temubual untuk mendapat maklumat dan data yang diperlukan.. Penggunaan temubual merupakan cara yang menjimatkan masa untuk

23

mengumpul data dalam jangka masa singkat. Data yang dikumpul dan hasil kajian ini dapat memberi maklumat untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan.

INSTRUMENT KAJIAN

Kajian ini adalah berbentuk kualitatif, yang mana isu yang dikaji adalah menfokuskan kepada amalan adat dan budaya tradisional dengan nilai-nilai Islam di kalangan penduduk kampung Tok Belian, Bachok, Kelantan. Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan kaedah pemerhatian dan temuramah, yang mana kajian ini

menumpukan kepada aspek aspek seperti apakah adat dan budaya tradisional yang masih diamalkan, bila, di mana dan bagaimana ia dilakukan. SOALAN-SOALAN UNTUK TEMUBUAL PENDUDUK KAMPUNG

1) Apakah adat-adat yang masih diamalkan oleh penduduk kampung? 2) Apakah adat resam dan budaya tradisional yang dimalkan oleh penduduk lain di

kampung ini?
3) Adakah anda rasa adat resam yang disebutkan tadi bercanggah dengan syariat

Islam?
4) Pada pandangan anda, bagaimanakah adat resam yang bercanggah dengan syariat

Islam itu dapat dihapuskan atau dikurangkan?

24

PROSEDUR KAJIAN

Setelah soalan temubual dibaiki, penyelidik sendiri telah menemubual responden iaitu penduduk di Kampung Tok Belian. Prosedur dalam menjalankan kajian ini ialah:

i. Memilih masa yang sesuai untuk berjumpa dengan pelajar bagi setiap kursus. ii. Menerangkan kepada responden tujuan kajian yang dijalankan. iii. Responden diberikan masa yang cukup untuk menjawab soalan temubual.

KESIMPULAN Kesimpulannya, bab ini membincangkan kaedah dan prosedur yang digunakan untuk menjalankan kajian. Analisa dapatan kajian dibuat berdasarkan kepada setiap item dan juga secara keseluruhan bagi setiap aspek yang dikaji. Metodologi kajian digunakan untuk menjawab persoalan kajian yang telah disediakan dalam Bab 1. Semua maklumat dikumpul dengan menggunakan temubual yang diproses dan dianalisis. Semua

keputusan dan kesimpulan yang telah diperolehi daripada analisis dinyatakan dalam Bab 4 berikut.

25

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

PENGENALAN Bab ini membentangkan hasil kajian yang telah dianalisis. Data yang diperolehi melalui temubual dari responden dikumpul dan dianalisis. Soalan terbuka dianalisis secara
26

mengkategori dan mengkuantitikan respon yang diberikan. Analisis data dibuat dan disusun mengikut objektif dan persoalan kajian seperti dalam Bab 1.

ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN Dalam Bahagian ini, sebanyak 4 item soalan telah dikemukakan kepada responden untuk dijawab. Analisis data dibuat berdasarkan kepada persoalan kajian seperti yang dinyatakan dalam Bab 1.

PERSOALAN PERTAMA : Apakah adat yang masih diamalkan oleh penduduk Kampung Tok Belian? Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, didapati bahawa adat resam dan budaya tradisional masih lagi wujud di Kampung Tok Belian. Malah dikatakan bahawa masih banyak adat-adat dan budaya yang diamalkan di kampung tersebut. Menjawab kepada persoalan pertama dalam tesis ini iaitu Apakah adat yang masih diamalkan oleh penduduk kampung Tok Belian?, sebahagian penduduk di kampung tersebut menyatakan adat yang masih lagi giat diamalkan oleh penduduk di kampung tersebut ialah melenggang perut, menunggu kubur, berkhatan, bercukur, aqiqah, tahlil, dan banyak lagi.

Adat ini dikatakan merupakan suatu adat yang penting dan perlu diamalkan oleh penduduk di kampung tersebut. Antara sebab yang disebutkan beberapa responden ialah
27

ianya merupakan amalan nenek moyang yang telah diwarisi sejak turun temurun dan telah sebati sebagai amalan penting penduduk di kampung tersebut.

Namun terdapat juga sebahagian penduduk kampung tersebut yang mengatakan mereka tidak mengamalkan kesemua adat resam dan budaya yang diamalkan oleh penduduk lain di kampung tersebut. Mereka hanya mangamalkan adat resam dan budaya yang berkaitan dan tidak bercanggah dengan ajaran Islam sahaja seperti berkhatam, bercukur, dan lain-lain.

PERSOALAN KEDUA : Apakah adat resam dan budaya tradisional yang diamalkan oleh penduduk lain di kampung tersebut?

Berdasarkan soalan kedua yang telah ditemubual, iaitu Apakah adat resam dan budaya tradisional yang diamalkan oleh penduduk lain di kampung tersebut?

kebanyakan penduduk menjawab adat resam dan budaya yang diamalkan oleh penduduk lain di kampung tersebut adalah sama seperti mana yang telah diterangkan dalam soalan pertama tadi. Cuma terdapat sebahagian penduduk di kampung tersebut yang hanya mengamalkan sebahagian sahaja dari adat dan budaya tradisional tersebut.

PERSOALAN KETIGA : Adakah anda rasa adat resam yang disebutkan tadi bercanggah dengan syariat Islam?

28

Berdasarkan kepada pemerhatian dan temubual yang telah dijalankan keatas 10 orang penduduk kampung, 7 orang penduduk kampung tersebut menyatakan adat dan budaya tradisional yang diamalkan tersebut jelas bercanggah dengan syariat Islam. Kebanyakan adat dan budaya yang mereka amalkan mempunyai unsur-unsur mistik serta kepercayaan kepada perkara-perkara tahyul dan animisme. Amalan tersebut seakan

sudah sebati dan menjadi suatu perkara yang harus diamalkan oleh penduduk di kampung tersebut. Akan tetapi terdapat juga sebahagian adat-adat yang diamalkan dalam kehidupan harian penduduk yang tidak bertentangan dengan syariat Islam. Malah dengan adat dan budaya tradisional tersebut dikatakan dapat melahirkan harmoni, bersatu padu,berkerjasama, berbudi bahasa dan lain-lain. Namun bagi golongan muda yang tinggal di kampung tersebut, mereka mengatakan bahawa mereka sudah tidak mengamalkan beberapa adat yang dirasakan bercanggah dengan ajaran agama. Amalan adat seperti mandi bunga, melenggang perut, main puteri dan lain-lain lagi yang dirasakan mempunyai unsur-unsur memuja semangat tidak lagi diamalkan oleh golongan muda. Ini menunjukkan telah menerima pendidikan aqidah yang baik, wujudnya kesedaran dalam diri golongan muda di kampung tersebut serta pemikiran mereka sudah mulai terbuka kepada perkembangan semasa. Walau bagaimanapun, terdapat sebahagian penduduk di kampung tersebut yang mengatakan adat resam dan budaya tradisional tersebut tidaklah bercanggah dengan syariat Islam. Ianya merupakan suatu adat yang ditinggalkan oleh nenek moyang mereka dan harus diamalkan oleh penduduk di kampung tersebut. Setiap amalan yang dilakukan mempunyai motif dan maksud tertentu seperti adat melenggang perut dilakukan untuk memohon keselamatan kepada ibu dan anak di dalam kandungan. Hal ini jelas masyarakat yang

29

menunjukkan bahawa golongan yang mengamalkan adat resam tersebut jahil dan ceteknya pengetahuan tentang ilmu-ilmu yang berkaitan dengan syariat Islam. Antara faktor-faktor lain yang menyebabkan adat resam dan amalan yang bercanggah itu masih diamalkan oleh sebahagian penduduk kampung tersebut ialah pengaruh dari masyarakat setempat iaitu mereka menganggap adalah sesuatu janggal sekiranya sesebuah keluarga yang tinggal berhampiran tetapi tidak mengamalkan adat yang sama. Oleh itu mereka akan melakukan mana-mana adat yang diamalkan oleh masyarakat setempat untuk mengelakkan dari dipandang serong oleh masyarakat lain di kampung tersebut. Amalan yang bercanggah dengan syariat masih lagi diamalkan kerana tidak ada penguatkuasaan dari pihak yang berkaitan. Ini membolehkan penduduk di kampung tersebut melakukan atau mengamalkan adat resam dan budaya tradisional mengikut penilaian mereka sendiri.

PERSOALAN KETIGA : Pada pendapat anda, bagaimanakah adat resam yang bercanggah dapat dihapuskan atau dikurangkan?

Hasil temubual keatas penduduk kampung tersebut menunjukkan kebanyakan penduduk di kampung Tok Belian berpendapat, antara langkah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan dan mengatasi masalah adat resam yang bercanggah ini ialah dengan mengadakan lebih banyak ceramah atau kelas-kelas agama oleh seseorang yang arif berkaitan agama di kampung tersebut. Bukan sekadar untuk kaum muda bahkan untuk semua penduduk kampung. Ini bertujuan untuk meningkatkan lagi kefahaman agama supaya semua penduduk kampung dapat membezakan antara adat dan budaya tradisional yang bertentangan atau sebaliknya dengan syariat Islam. Selain itu, mereka

30

juga berpendapat haruslah ada pemantauan dari pihak-pihak yang berkaitan memastikan amalan adat yang bertentangan tidak diamalkan di kampung tersebut.

untuk

Pendapat berlainan pula yang diperolehi dari sesetengah penduduk kampung yang mana mereka masih lagi mengamalkan adat dan budaya tradisional tersebut. Mereka mengatakan adat resam dan budaya yang mereka amalkan itu tidaklah bertentangan atau bercanggah dengan syariat Islam dan tidaklah memerlukan sebarang cadangan untuk mengatasi masalah tersebut. Malah, mereka turut menyarankan supaya adat resam dan budaya tradisional tersebut terus diamalkan oleh generasi muda supaya ianya tidak luput mengikut peredaran masa. MAKLUMAT HASIL KAJIAN SENARAI ADAT YANG MASIH DIAMALKAN DI KAMPUNG TOK BELIAN, BACHOK, KELANTAN

1- ADAT DALAM PERKAHWINAN :

a) Adat Merisik b) Adat Meminang c) Adat Memanggil d) Adat perkahwinan i Akad Nikah ii- Adat membatalkan air sembahyang
31

iii Adat bersanding iv Adat menziarah

PERKAHWINAN MENURUT ISLAM

a) Memilih pasangan b) Pertunangan dalam islam c) Rukun nikah d) Rahsia perkahwinan menurut Islam

2- ADAT BERKAITAN DENGAN KALAHIRAN a) Adat melenggang perut b) Azan dan iqamat c) Adat menanam uri d) Adat pecah mulut dan bercukur e) Adat semasa pantang

KELAHIRAN MENURUT ISLAM

32

a) Azan dan iqamat b) Tahnik c) Memberi nama yang baik d) Akikah dan bercukur rambut e) Amalan bercukur rambut f) Berkhitan

3- ADAT BERKAITAN DENGAN KEMATIAN

a) Adat menguruskan jenazah i Memandikan mayat ii Adat mengapankan mayat iii Menyembahyangkan mayat iv Menghantar mayat v Menguburkan mayat vi Mentalkinkan mayat vii Menunggu kubur b) Kenduri arwah PENGURUSAN JENAZAH MENURUT ISLAM
33

a) Adat memandikan jenazah b) Peralatan memandikan jenazah c) Cara-cara memandikan jenazah d) Peralatan kafan e) Cara-cara mengkafankan jenazah f) Solat jenazah

g) Cara pengebumian jenazah

4- ADAT-ADAT LAIN

a) Adat berjiran b) Adat bersahabat c) Adat unjuk-mengunjuk d) Adat menziarahi orang sakit

ADAT BERMASYARAKAT MENURUT ISLAM

34

a) Adab bersahabat mengikut syarak b) Adab berjiran c) Adab menziarahi orang sakit

5- BENTUK-BENTUK

BUDAYA

TRADISIONAL

YANG

MASIH

DIAMALKAN OLEH PENDUDUK DI KAMPUNG TOK BELIAN

a) Amalan gotong-royong b) Mengambil berat c) Pakaian d) Memberi salam e) Bersalaman f) Mengaji al-Quran g) Permainan tradisional i Congkak ii Sepak raga iii Selambut atau seremban

35

BUDAYA MENURUT ASPEK ISLAM

a)

Memberi salam dan bertanya khabar

b) Belajar al-Quran

1- ADAT DALAM PERKAHWINAN

a) Adat Merisik Merupakan permulaan adat perkahwinan yang juga proses awal untuk menentukan calon gadis bakal tunang seseorang teruna. Adat merisik adalah istilah komunikasi lisan yang difahami oleh penduduk kampung tersebut yang memberikan pengertian bahawa seseorang gadis itu sedang diintip, diselidiki ataupun ditinjau oleh wakil pihak lelaki ataupun lelaki itu

Apabila seseorang berhajat untuk berkahwin, ibu bapanya akan melantik wakil daripada keluarga ibu bapanya sendiri ataupun jiran tetangga untuk merisik

36

seseorang gadis untuk dijadikan calon isteri. Rupa paras dan tingkah laku merupakan ciri-ciri penting yang diperlihatkan sebagai penilaian oleh wakil yang mengintip. Perbuatan mengintip dalam adat merisik merupakan komunikasi bukan lisan iaitu gadis itu menjadi objek yang dinilai melalui tingkah laku, cara berjalan, cara pertuturan dan sebagainya.

Setelah pemerhatian dibuat dalam adat merisik, si pemerhati akan melaporkan keputusan itu kepada ibu bapa si pemuda. Biasanya wakil yang membuat tinjauan itu berpengalaman melihat tingkah laku seseorang gadis sama ada sesuai ataupun serasi dengan pemuda itu.

b) Adat Meminang

Merupakan adat susulan setelah adat merisik dilakukan. Kebiasaannya adat meminang dilakukan setelah ibu bapa lelaki bersetuju unSDAtuk menjadikan gadis yang dirisik bakal menantunya. Meminang disempurnakan dengan membawa tepak sirih yang lengkap, diisi dengan daun sirih yang elok, kapur, gambir, bunga cengkih dan pinang yang telah dikacip untuk dipersembahkan kepada keluarga si gadis.

37

Biasanya dalam adat meminang, tarikh kedatangan rombongan wakil pihak lelaki telah ditetapkan. Tepak sirih merupakan simbol komunikasi tanpa lisan yang memberikan pengertian tertentu yang dapat difahami oleh kedua-dua belah pihak bergantung pada majlis yang dilakukan.

Mengikut masyarakat Melayu, meminang bermaksud menghantar tanda dengan menyarung cincin tanda ke jari manis gadis sekali gus menunjukkan kesediaan gadis itu menerima lamaran pemuda itu.

Dalam proses meminang ini jugalah ditentukan tarikh untuk melangsungkan perkahwinan. Di sini jelas berlaku perbezaan dalam adat meminang yang diamalkan di Kampung Tok Belian dengan sesetengah kawasan atau negeri lain yang mana di kampung tersebut, adat meminang dan adat pertunangan diadakan secara serentak. Tempoh pertunangan biasanya mengikut kehendak kedua-dua belah pihak untuk membuat persediaan hari perkahwinan.

c) Adat Memanggil

Adat memanggil atau menjemput penting dilakukan sebelum melangsungkan adat perkahwinan. Adat memanggil merupakan interaksi sosial masyarakat Melayu
38

untuk memberitahu sanak saudara jauh dan dekat, jiran tetangga, dan seluruh masyarakat kampung berkenaan tarikh perkahwinan yang akan dilangsungkan. Cara jemputan yang digunakan oleh penduduk kampung tersebut ialah dengan dua cara iaitu jemputan mulut dan jemputan kad. Selain membuat jemputan, seseorang itu dapat bertemu sanak saudara dan sahabat handai secara dekat dan dapat mencetuskan keakraban silaturahim.

d) Adat perkahwinan

Merupakan upacara kemuncak bagi pasangan pengantin yang disatukan, mereka disahkan menjadi suami isteri mengikut hukum syarak dan saluran adat. Dalam adat perkahwinan, pengantin akan melalui empat proses adat iaitu tahap pertama bernikah, tahap kedua membatalkan air sembahyang, tahap ketiga adat persandingan dan tahap keempat adat manziarah. Keempat-empat tahap dalam proses adat perkahwinan ini dijalankan mengikut tertib.

I- Akad nikah

Merupakan adat wajib mengikut hukum syarak dan peraturan adat masyarakat Melayu. Adat bernikah dilakukan sebelum melakukan majlis persandingan. Adab bernikah merupakan ijab dan Kabul di antara pengantin lelaki dengan bapa pengantin perempuan sebagai wali atau

39

mewakilkannya kepada tok kadi. Sebelum majlis akad nikah, tok kadi akan menyuruh si pengantin lelaki mengucap dua kalimah syahadah dan beristighfar. Majlis adat bernikah itu juga dijalankan di hadapan dua orang saksi daripada pihak lelaki dan perempuan. Selepas pengucapan kata-kata ijab dan kabul, tok kadi akan menanyakan kedua-dua saksi pihak lelaki dan perempuan sebagai mendapat persetujuan sah bagi kedua-dua belah pihak. Perucapan lafaz sah merupakan komunikasi lisan yang bermaksud pernikahan tersebut sah di sisi agama dan adat istiadat masyarakat Melayu. Tok kadi kemudiannya meminta pengantin lelaki dan pengantin perempuan menurunkan tandatangan sebagai satu perjanjian bertulis, iaitu komunikasi tanpa lisan yang bermaksud perkahwinan tersebut dijalankan mengikut undang-undang agama dan tuntutan adat istiadat masyarakat Melayu.

ii- Adat Membatalkan Air Sembahyang

Merupakan satu upacara menyarungkan cincin oleh si suami kepada isteri setelah selesai majlis akad nikah. Kebiasaannya, majlis ini diadakan di kamar pengantin perempuan yang disaksikan oleh ibu bapa pengantin perempuan dan pengantin lelaki. Perbuatan menyarungkan cincin ke jari manis isteri merupakan komunikasi tanpa lisan yang memberikan pengertian bahawa si isteri sudah diberikan tanda dan ikrar bahawa pada saat itu sudah menjadi milik orang, iaitu sebagai isteri yang telah terpisah daripada tanggungjawab ibu bapanya.
40

iii- Adat Bersanding

Merupakan tahap terakhir dan kemuncak acara dalam adat perkahwinan. Kebiasaannya, rombongan pengantin lelaki akan datang bersama-sama hantaran seperti yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak ketika dalam adat pertunangan. Pengantin perempuan akan diapit oleh mak andam untuk menjemput pengantin lelaki yang berada di luar kawasan rumah pengantin perempuan. Apabila kedua-dua mempelai menghampiri anak tangga rumah, beras kunyit ditaburkan di anak tangga. Kemudian kedua-dua mempelai akan dibawa duduk di pelamin yang telah disediakan di hadapan para hadirin. Ketika itu,kedua-dua pengantin diperlakukan seolah-olah mereka sebagai raja. Wakil sebalah pengantin perempuan akan menyambut hantaran yang dibawa oleh pihak lelaki dan diletakkan di hadapan pelamin. Kemudian kedua-dua pengantin yang sedang

disandingkan itu direnjis dengan tepung tawar oleh kedua-dua kaum kerabat pengantin lelaki dan pengantin perempuan. Setelah itu, kedua-dua kedua-dua mempelai dibawa ke tempat hidangan pengantin untuk menikmatinya.

iv- Adat Menziarah Merupakan adat yang diamalkan oleh penduduk kampung selepas selesai adat perkahwinan. Kebiasaannya sanak saudara pengantin akan

mengundang kedua-dua mempelai ke rumah mereka. Adat menziarah ini

41

dilakukan bertujuan merapatkan lagi silaturahin sesama keluarga dan jiran tetangga. PERKAHWINAN MENURUT ISLAM

Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah ijab dan qabul (aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam.. Perkataan zawaj digunakan di dalam alQuran bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan Allah s.w.t. menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina. Tuntutan perkahwinan jelas disebutkan di dalam ai-Quran berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud: Dan antara tanda-tanda kebesaran Allah ialah, Dia menciptakan untukmu isteri-isteri daripada jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan berasa tenang dan tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya antara kamu perasaan kasih dan sayang . (surah al-Rum :21)

Tuntutan perkahwinan bukan sekadar sekadar untuk melorongkan hawa nafsu di atas batas-batas agama semata-mata malah untuk mendamaikan kerungsingan yang melanda hati sanubari setiap individu.

42

Islam turut menggalakkan seseorang individu yang ingin berkahwin supaya memilih dahulu bakal isteri dan bakal suami. Terdapat beberapa dasar yang perlu dilihat dari sudut pandangan islam untuk melihat bakal isteri iaitu: a) Perempuan yang taat beragama. Sabda Nabi SAW yang bermaksud:

Dinikahi perempuan itu kerana hartanya, dan kerana keturunannya, dan kerana

kecantikannya, dan kerana agamanya, maka pilihlah yang beragama nescaya kamu akan beroleh keuntungan.

Oleh itu, utamakanlah pemilihan isteri yang taat beragama seperti suka beribadat, menutup aurat dan lain-lain melebihi dasar-dasar lain seperti harta kekayaan, nasab, keturunan dan rupa paras yang menawan.

b) Berketurunan yang baik dan di besarkan dalam persekitaran yang sempurna akhlaknya. Islam menggalakkan supaya memilih bakal isteri daripada nasab keturunan yang baik-baik dan dibesarkan dalam suasana kekeluargaan dan masyarakat yang berhemah tinggi dan berbudi pekerti mulia serta mengamalkan nilai hidup yang diredhai Allah SWT.

43

c) Perempuan yang subur dan berpotensi melahirkan ramai anak. Nabi Muhammad SAW akan berbangga dengan ramainya umat Islam pada hari kiamat nanti terutamanya umat yang beriman dan bertaqwa.

d) Sekufu atau hampir sekufu. Antara faktror lain yang membawa kepada kebahgiaan rumah tangga ialah faktor ekonomi, pelajaran dan dari segi umur. Maksudnya janganlah bakal si suami itu terlalu jauh jarak umurnya dengan bakal isteri. Seelok-eloknya ialah 10 tahun lelaki lebih daripada perempuan.

e) Masih gadis atau anak dara. Rasulullah SAW menggalakkan umat Islam memilih isteri daripada kalangan gadis, bukan janda, sesuai dengan nasihat Baginda SAW kepada seorang, Jabir r.a kemesraan yang akan lahir lebih menggenbirakan keduadua belah pihak.

f) Pasangan bukan daripada keluarga terdekat tidak begitu digalakkan berkahwin dengan pasangan daripada kalangan kaum kerabat ang hampir seperti sepupu.

Manakala dasar pemilihan suami yang disyariatkan oleh islam pula ialah kuat beragama dan berakhlak mulia, bukan dari keluarga yang terdekat serta bebas daripada penyakit berat.

44

Pertunangan dalam Islam

Setelah mengambil kira dasar-dasar pemilihan isteri dan suami, maka pihak lelaki bolehlah mengutuskan wakil untuk melamar dan meminang calon isteri. Sebeluum menerima lamaran tersebut, ibu dan bapa harus mendapatkan persetujuan anak perempuannya terlebih dahulu. Ini perlu dilakukan untuk memberikan peluang kepada si anak meluahkan isi hatinya yang ikhlas agar perkahwinan yang bakal dilangsungkan nanti akan menambah kerukunan dan kebahagiaan hingga ke anak cucu, bukan atas dasar paksaan ibu bapa semata-mata.

Adalah tidak wajar jika paksaan dilakukan oleh wali terhadap anak perempuannya untuk menerima lamaran seseorang yang semata-mata disukai atas dasar ketaatan beragama. Setelah selesai acara peminangan, kebiasaannya dengan tersarungnya cincin pertunangan di jari manis orang yang dipinang, persetujuan dicapai oleh kedua-dua pihak untuk melangsungkan perkahwinan pada suatu tarikh yang akan ditetapkan. Inilah tempoh percubaan yang paling mencabar kepada bakal pasangan suami isteri ini. Islam mengharamkan mereka berdua-duaan ke sana ke mari kerana pertunangan bukanlah tiket untuk melakukan perkara-perkara yang dihalalkan dalam perhubungan suami isteri . sesuai dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud :

Tidak dibolehkan lelaki berdua-duaan dengan perempuan melainkan ada bersama-sama mahramnya

45

( bapa atau keluarganya yang diharamkan berkahwin dengannya). Hadis Rasullullah yang lain berkenaan kebenaran untuk merisik(melihat tunang dan meminang pula ialah : "Daripada Abu Hurairah RA berkata,sabda Rasullullah SAW kepada seorang lelaki yang hendak berkahwin dengan seorang perempuan: "Adakah kamu telah melihatnya?jawabnya tidak(kata lelaki itu kepada

Rasullullah).Pergilah melihatnya supaya perkahwinan kamu terjamin berkekalan." (Hadis Riwayat Tarmizi dan Nasai) Rukun Nikah

Akad nikah dan perkahwinan yang ingin disempurnakan perlu memenuhi rukunrukun seperti pertama lelaki yang bakal menjadi suami. Kedua perempuan yang bakal menjadi isteri. Ketiga wali yang mengakad nikahkan pasangan atau mewakilkan kepada jurunikah. Keempat dua orang saksi yang mendengar dan mengesahkan akad nikah. Dan kelima ialah ijab dan kabul ( ijab ialah lafaz akad nikah oleh wali atau wakil, kabul ialah ucapan pengantin lelaki atau wakilnya sebagai tanda penerimaan.

46

Setelah selesai ijab dan kabul tersebut maka telah sahlah pasangan pengantin menjadi suami isteri. Hubungan suci seseorang lelaki dan perempuan yang mukallaf melalui ikatan perkahwinan ini menggambarkan corak keidupan yang sempurna yang diredhai Allah SWT dan dianjurkan oleh Rasulullah SAW, rumah tangga yang dibina merupakan alam pertama yang boleh menentukan sejahtera atau tidaknya sesebuah masyarakat yang diwakili oleh individu-individu yang menyokongnya.

RAHSIA PERKAHWINAN MENURUT ISLAM

Perkahwinan dianggap sebagai salah satu daripada sunnah para nabi dan rasul. Firman Allah SWT yang bermaksud: Demi sesungguhnya kami (Allah) telah mengutus beberapa rasul sebelum kamu dan Kami menjadikan untuk mereka isteri-isteri dan keturunan ( Surah al-Rad : 38) Kurniaan nikmat Allah kepada hamba-hamba-Nya agar menerusi perkahwinan akan lahir pula zuriat keturunan yang beriman dan bertaqwa yang akan memakmurkan bumi Allah SWT. Perkahwinan dianggap sebagai suatu ibadah yang dapat menyempurnakan setengah daripada agama seseorang, dengannya dia dapat bertemu Allah dalam keadaan suci dan diredhai . Al-Baihaqi r.a. meriwayatkan daripada Rasulullah SAW bermaksud :

47

Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah memenuhi separuh agamanya. Maka bertaqwalah dia kepada Allah pada separuh yang belum

disempurnakan lagi

Galakan nikah kahwin meliputi semua lapisan masyarakat termasuk mereka yang miskin. Islam ingin mengikis rasa takut, tidak mampu memikul tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak kerana Allah menjamin rezeki mereka. Ini diperkuat oleh hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW yang bermaksud: Sesiapa yang meninggalkan perkahwinan kerana takut kemiskinan maka ia bukanlah daripada golonganku Sebaik-baik jalan untuk memelihara maruah kesopanan diri seseorang ialah melalui perkahwinan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Wahai para pemuda, sesiapa yang mampu berumahtangga, hendaklah ia berkahwin, kerana dengan berbuat demikian dapat menundukkan penglihatan dan memelihara

kehormatannya. Sesiapa yang tidak mampu, hendaklah dia berpuasa, justeru puasa itu dapat mengekang keinginan batiniah (nafsu syahwat).

48

Dapat menyuburkan perasaan keibubapaan dalam memberi perlindungan, pendidikan dan kesejahteraan kepada anak-anak. Melalui perkahwinan wujud disiplin rumahtangga melalui pengagihan tugas suami isteri, ibu dan bapa yang membawa kepada disiplin dan kesejahteraan keluarga serta masyarakat.

2- ADAT BERKAITAN DENGAN KELAHIRAN :

a) Adat melenggang perut

Merupakan adat untuk wanita yang mengandung sulung. Wanita pada peringkat ini, biasanya dijaga rapi sehingga hari kelahiran. Kebiasaannya, adat melenggang perut dilakukan ketika wanita itu mengandung tujuh bulan. Biasanya, pada hari melakukan adat melenggang perut diadakan kenduri ala kadar untuk sanak saudara yang dekat ataupun jiran tetangga. Adat ini akan
49

dilakukan oleh seorang bidan. Pada kebiasaannya, bidan akan menyediakan segala kelengkapan untuk adat melenggang perut seperti sebiji kelapa, minyak urut dan nasi kunyit. Keperluannya adalah bergantung pada kehendak bidan tersebut. Setiap orang yang menempah bidan mestilah disertakan dengan pengeras yang diletakkan di dalam tepak sirih . Adat melenggang perut dijalankan sebelum matahari tegak. Bidan yang ditempah akan mengendalikan upacara itu yang dihadiri oleh suami dan saudara terdekat wanita tersebut. Bakal ibu itu disuruh berbaring terlentang dan kepalanya menghadap kiblat. Bidan memulakan upacara dengan disertai jampi serapah sebagai doa yang dipohon kepada Allah s.w.t. semoga mendapat perlindungan dan keselamatan bagi kedua-dua ibu dan bayi yang akan dilahirkan. Setiap pekerjaan dilakukan terlebih dahulu dengan memanjatkan doa kepada Allah s.w.t. Justeru itu, jampi serapah dan mentera merupakan komunikasi antara manusia dengan Allah s.w.t. Pengucapan yang dilafazkan ialah doa atau permohonan yang ditujukan kepada Tuhan. Setelah jampi mentera dilafazkan, bidan mengibas kain yang disediakan. Perbuatan bidan tersebut mengikut kepercayaannya mengibas penyakit yang ada pada tubuh wanita mengandung itu. Kain kemudiannya diletakkan di bawah pinggangnya dan ditarik ke kiri dan ke kanan sebanyak tiga kali. Perbuatan menarik kain itulah yang menerbitkan panggilan adat melenggang perut. Perlakuan itu secara rasionalnya bertujuan untuk melonggarkan tulang pinggang dan membesarkan ruang tulang punggung supaya senang melahirkan anak. Setelah selesai melenggang perut, kain tersebut dicampakkan keluar tingkap atau pintu. Mengikut kepercayaan bidan, perbuatan itu bertujuan untuk membuang segala malapetaka dan syaitan serta iblis yang melekat pada kain itu. Apabila kain itu jatuh ke tanah,

50

bererti segala kejahatan juga tercampak lalu membebaskan wanita yang akan bersalin daripada gangguan makhluk halus.

b) Azan dan Iqamat

Merupakan suatu adat yang dilakukan setelah selamat bayi tersebut dilahirkan, maka bapa akan menjalankan tanggungjawabnya iaitu mengazan dan mengiqamatkan di telinga bayi yang baru lahir itu. Kebaisaannya azan akan dilaungkan di sebalah telinga kanan bayi manakala iqamat pula dilaungkan di telinga sebelah kiri. Ini bagi memastikan ayat pertama yang didengar oleh bayi tersebut adalah berkaitan Islam.

c) Adat menanam uri

Dalam adat menanam uri, ada beberapa tatacara yang perlu dipatuhi. Kebiasaannya selepas si ibu selamat melahirkan, bidan akan terus menanam uri tersebut. Walau bagaimanapun, orang yang lebih layak dan elok untuk melakukannya ialah bapa bayi itu sendiri. Mengikut kepercayaan masyarakat Melayu, jika si bapa yang menanam uri itu, apabila bayi itu dewasa ia akan patuh, taat dan takut pada bapanya. Selain itu, anak itu senang diasuh dan dilentur supaya menjadi orang baik-baik iaitu mudah mengaji al-Quran, tidak tinggal solat, dan taat pada hukum agama. Adat menanam uri tidak boleh

51

dipandang ringan kerana uri tidak boleh ditanam sesuka hati. Dalam masyarakat Melayu, ada tatatertib tertentu ketika proses menanam uri dilakukan. Seseorang yang menanam uri hendaklah melafazkan doa kepada Allah s.w.t. supaya anaknya dilindungi daripada keburukan dan kejahatan di dunia dan di akhirat. Sebelum ditanam, uri hendaklah dicuci. Orang yang melakukannya hendaklah berwuduk terlebih dahulu. Semasa mencuci uri, dia mestilah menghadap ke kiblat dan berselawat berulang kali keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. sehingga selesai uri itu dicuci. Uri tersebut dicuci dengan air asam dan air garam. Setelah dicuci uri hendaklah dibungkus dengan kain putih berserta beberapa batang jarum atau paku dan asam gelugur. Ketika menanam uri, ada beberapa peraturan dan adab yang perlu diikuti dan dipatuhi. Peraturan dan adab itu merupakan tatacara menanam dan doa yang dibaca. Tempat atau kawasan yang dipilih menanam uri mestilah menghadap arah kiblat. Sebaik-baiknya uri itu ditanam secepat mungkin selepas bayi itu dilahirkan. Perbuatan melambat-lambatkan menanam uri dipercayai menyebabkan bayi mudah kembung perut dan sesak nafas. Menanam uri seolah-olah menanam mayat dan lubang yang digali juga mestilah menghadap kearah kiblat. Mengikut kepercayaan masyarakat Melayu, jika uri ditanam sembarangan, bayi yang dilahirkan sering menangis dan meragam dan selalu dikaitkan tidak mengikut peraturan dan adat yang dikehendaki.

d) Adat pecah mulut dan bercukur

52

Merupakan adat tradisi masyarakat Melayu yang dilakukan selepas adat bersalin. Biasanya adat ini dilakukan ketika bayi berusia tujuh hari. Adat bercukur bertujuan membuang rambut yang kotor daripada rambut asal bayi supaya rambut baru dapat tumbuh subur. Peralatan yang digunakan untuk adat itu ialah air zam zam, buah kurma, kismis, garam, gula, cincin emas dan cincin perak. Adat ini dimulakan dengan imam membaca selawat kemudian imam tersebut mengunyah kurma lalu dimbil sedikit dari mulutnya dan dimasukkan ke mulut bayi tersebut. Ini dilakukan bertujuan untuk mengambil berkat dari seseorang yang alim keatas bayi tersebut. Setelah itu imam dan semua tetamu bangun dan berselawat beramai-ramai. Ketika itulah bapa kepada bayi tersebut mendukung bayinya dan menghampiri setiap seorang tetamu untuk melakukan adat bercukur kapala. Adat ini dikira selesai setelah selesai mengelilingi setiap tetamu yang hadir dalam bentuk bulatan. Kemudian para tetamu dihidangkan dengan sedikit jamuan yang telah

disediakan oleh pihak tuan rumah. ( 22 September 2009 )

e) Adat semasa pantang

53

Merupakan suatu proses yang dilalui oleh seorang ibu yang baru melahirkan anak mengikut peraturan dan pantang larang. Peraturan dan pantang larang ini merupakan pendisiplinan ibu dari segi mental dan fizikal selama 44 hari. Selama tempoh tersebut, si ibu tidak boleh minum dan makan sembarangan sebagaimana orang lain. Makanan tidak boleh mengandungi sesuatu yang memudaratkan. Selain itu, si ibu tidak boleh bersama-sama suaminya selama 100 hari bagi memberi tempoh masa untuk saluran peranakan dan urat sarafnya dibaik pulih. Kebiasaannya selepas tiga hari si ibu melahirkan anak, ia diurut selama tiga pagi. Setelah selesai adat berpantang, maka tamatlah proses kesemua adat berkaitan kelahiran. Hal ini memperlihatkan bahawa masyarakat Melayu mempunyai komunikasi budaya yang tersendiri dalam adat bersalin.

KELAHIRAN MENURUT ISLAM


54

Azan Dan Iqamat Kelahiran bayi merupakan satu khabar gembira bagi setiap insan. Justeru itu, terdapa beberapa perkara yang disunatkan untuk kita lakukan dengan kelahiran bayi seperti azan dan iqamat. Islam mensyariatkan agar azan dilaungkan di telinga kanan dan iqamat dilaungkan di telinga kiri bayi, sesuai dengan hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas r.a. yang bermaksud : Aku bersyukur kepada Allah yang menganugerahkan. Sungguh sempurna kekuasaan-Nya dan kamu telah mendapat anugerah kebaikan-Nya..

Tahnik

Perkara yang kedua yang disunatkan oleh Islam dalam menyambut kelahiran bayi ialah tahnik. Anjuran dalam Islam untuk melaksanakan tahnik iaitu membuka atau

memecahkan mulut bayi yang baru lahir dengan buah tamar yang telah dikunyah oleh orang alim dan bertaqwa. Isi buah tamar yang telah dikunyah itu diletakkan di atas jari telunjuk dan dimasukkan ke dalam mulut bayi, ke kiri dan ke kanan mulutnya. Ini dilakukan sehingga kurma tadi menyentuh keseluruhan mulut sehingga ke rongga tekak bayi. Ini bersesuaian dengan hadis Abu Burdah daripada Abu Musa r.a. yang bermaksud :

55

Aku telah mendapat seorang anak, kemudian aku membawanya kepada nabi SAW, Baginda menamakannya Ibrahim, lalu mentahnikkannya( memecahkan mulutnya ) dengan sebiji kurma.

Antara hikmah amalan tahnik ini adalah untuk menguatkan saraf mulut bagi mempersiapkan bayi berkenaan untuk menghisap susu dengan sempurna.

Memberikan Nama Yang Baik

Seterusnya perkara yang ketiga yang disunatkan dalam menyambut kalahiran bayi ialah memberikan nama yang baik. Tunututan memilih nama-nama yang elok dan mempunyai makna yang baik amat dianjurkan oleh Islam. Sebenarnya pemilihan namanama yang baik ini sedikit sebanyak boleh mempengaruhi sifat peribadi dan akhlak seseorang Muslim.Abu Daud meriwayatkan daripada Abu Darda r.a. bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya pada hari kiamat kelak, manusia akan dipanggil menghadap Allah SWT dengan nama masingmasing dan nama bapa masing-masing ( seperti nama di dunia). Oleh itu, pilihlah nama yang baik-baik untuk kamu sekalian.

56

Ini beerti Nabi SAW melarang umatnya menamakan anak masing-masing dengan nama-nama tercela yang membawa makna yang tidak baik. Lebih-lebih lagi hal ini amat penting dalam usaha untuk menjaga kehormatan anak tersebut daripada cemuhan masyarakat.

Akikah Dan Bercukur Rambut

Menamakan bayi yang beru lahir sering dilakukan dengan amalan akikah dan juga mencukur rambut bayi. Akikah dari segi bahasa adalah memutus. Manakala dari segi syarak bermaksud menyembelih kambing atau ternakan lain seperti unta, biri-biri, dan kibas buat anak yang baru lahir khususnya pada hari ketujuh kelahirannya atau selewatlewatnya sebelum anak itu baligh.

Antara hadis yang memperkatakan tentang akikah ialah dari Imam Bukhari yang meriwayatkan daripada Salman bin Amir al-Dhabi r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Bersama bayi itu akikahnya, maka tumpahkanlah darah untuknya dan tanggalkan daripadanya perkara yang menyakitkan ( iaitu kekotoran dan najis).
57

Hukum bagi daging akikah itu adalah sunat dibuat jamuan untuk juadah ahli keluarga, jiran tetangga dan saudara mara terdekat.

Amalan Mencukur Rambut

Anjuran mencukur rambut bayi sempena majlis akikah ini mengandungi hikmah khususnya dari segi kesihatan. Menurut Ibn al-Qayyim, amalan ini akan meningkatkan tahap kesihatan anak tadi, membuka selaput kepala dan mempertajamkan daya penglihatan , pendengaran dan deria hidu. Hikmah berakikah ialah melahir rasa gembira atas kelahiran satu jiwa Muslim baruyang sujud dan menyembah Allah SWT di dunia., mendekatkan diri anak itu kepada Allah atas akikah yang dilakukan dan mengukuhkan tali persaudaraan sesama Muslim apabila majlis akikah tersebut dihadiri oleh kaum keluarga, saudara mara dan jiran tetangga. Hikmah skikah juga dikatakan bagi menunjukkan tanda syukur kepada Allah SWT atas kurniaan-Nya serta menjauhkan anak tersebut daripada segala bahaya dan bencana. .

Berkhitan Hikmat berkhitan ialah boleh membawa kepada kesempurnaan beragama. Ia juga bagi membezakan antara orang Islam dan bukan Islam dan menjaga kesihatan dan mengawal syahwat. Selain itu ia juga pemeliharaan diri daripada bahaya penyakit. Terdapat sepotong hadis yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah, daripada Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
58

Fitrah itu lima perkara, ataupun lima bentuk fitrah ialah berkhatan, mencukur bulu kemaluan ( lelaki ataupun perempuan), mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menggunting misai.

Sepotong hadis riwayat Imam Ahmad r.a. daripada Nabi SAW yang bermaksud : Khitan itu disunatkan bagi kaum lelaki dan dimuliakan bagi kaum wanita.

Manakala bagi mereka yang mengatakan wajib pula berpegang kepada hadis riwayat alZuhri bahawa Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud :

Bagi sesiapa yang masuk Islam, wajiblah ia berkhitan, sekalipun ia sudah dewasa.

Disebutkan juga oleh Imam Ahmad daripada Ummu Athiyyah bahawa Rasulullah SAW pernah menyuruh seorang wanita yang mengkhitan seseorang supaya tidak memotong keterlaluan dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud :

59

Jika kamu menkhitan maka janganlah kamu berleihlebihan kerana yang demikian akan lebih baik bagi wanita dan lebih disukai oleh suami.

3- ADAT BERKAITAN DENGAN KEMATIAN

a) Adat membaca Yasin

Adat

ini merupakan penghormatan kepada si mati. Ahli keluarga, sanak

saudara, dan jiran tetangga yang datang akan membacakan surah Yasin dan juga ayat-ayat al-Quran yang lain di sisi jenazah itu. Ianya dilakukan bertujuan untuk tujuan disedekahkan kepada si mati terbabit.

b) Adat menguruskan jenazah

Adat ini dilakukan setelah sanak saudara kaum kerabat berkumpul di rumah si mati untuk menyelenggarakan pengebumiannya. Jenazah si mati tidak boleh ditangguh pengurusannya lebih-lebih lagi sengaja dilewatkan sebagai memenuhi kehendak seseorang. Dalam adat menguruskan jenazah, terdapat enam tahap sehinggalah selesai urusannya. Tahap pertama adalah
60

memandikan mayat , kedua mengapankan mayat, ketiga menyembahyangkan mayat, keempat menghantar mayat, kelima menguburkan mayat dan keenam mentalkinkan mayat. Dalam keenam-enam tahap ini, mayat si mati akan diuruskan mengikut tertib.

i)

Memandikan mayat

Merupakan tahap pertama dalam adat menguruskan jenazah. Si mati akan dimandikan dengan penuh adat dan tertib oleh mereka yang mahir. Biasanya jenazah akan dimandikan oleh mereka yang mahir dan amanah, iaitu tidak menceritakan apa-apa yang dilihat ketika mayat itu dimandikan. Ketika proses memandikan mayat dilakukan, seseorang tidak digalakkan berkata-kata melainkan membisu ataupun berzikir. Biasanya sebelum mayat dimandikan, kain tabir direntangkan supaya terlindung daripada penglihatan orang ramai terutama yang bukan muhrim. Proses bermula dengan bacaan

Bismillahirrahmanirrahim. Penyiraman air bermula di sekitar tubuh mayat di sebelah kiri hingga ke siku dan kepalanya. Seterusnya air disiram ke kaki kanan dan kaki kiri iaitu di bahagian ketika berwuduk. Apabila air siraman membasahi keseluruhan tubuh si mati, badannya digosok dan disabunkan dengan sebersih-bersihnya. Mayat tersebut boleh disiram beberapa kali yang diperlukan supaya bersih. Air mandian mayat sebaik-baiknya dicampurkan dengan daun bidara atau wangian lain. Air siraman penghabisan dicampurkan dengan kapur
61

barus. Rasionalnya penggunaan aie kapur barus dan daun bidara untuk menghindarkan mayat daripada berbau.

ii)

Adat mengapankan mayat

Merupakan tahap kedua dalam adat menguruskan jenazah. Tujuan mengapankan mayat adalah untuk menutup tubuh badan dan aurat mayat sebagai penghormatan terakhir bagi manusia. Hukumnya fardu kifayah dan boleh dilakukan dengan pakaian mana sekali pun asalkan bersih dan biasanya dipakai oleh orang muslim dalam apa-apa warna sekali pun ( Said Abdullah al-Hamdani, 1964). Sesungguhnya telah menjadi adat masyarakat Melayu menggunakan kain putih untuk mengapan mayat. Kain berwarna putih bermaksud kesucian, kebersihan dan kemurnian. Hai ini menunjukkan bahawa kain kapan yang membaluti tubuh mayat adalah untuk memperlihatkan kebersihan ketika menghadap Allah s.w.t. sebagaimana manusia dilahirkan bersih dan begitu juga akhiar hayatnya. Bagi mayat lelaki tiga helai kain kapan digunakan manakala bagi mayat perempuan pula adalah sebanyak lima helai. Sebaik-baiknya orang yang mengapankan mayat itu telah dipercayai untuk memandikannya agar aurat si mati itu tersimpan baik.

iii)

Menyembahyangkan mayat
62

Merupakan

tahap

ketiga

dalam

adat

menguruskan

jenazah.

Sembahyang mayat disyariatkan untuk mendoakan dan memohon rahmat Allah s.w.t. untuk si mati. Hukum sembahyang mayat adalah fardu kifayah, iaitu setelah dikerjakan oleh sebahagian Muslimin maka gugurlah kewajipan itu dari yang lain dan lepaslah tanggungjawab kewajipan mereka ( Said Abdullah al- Hamdani, 1964). Adat menyembahyangkan mayat merupakan penghormatan terakhir oleh sanak saudara terhadap si mati. Selain itu, sembahyang mayat merupakan penyempurnaan si mati sebelum istiadat pengebumian.

iv)

Menghantar mayat

Merupakan tahap keempat dalam adat menguruskan jenazah yang dilaksanakan dengan penuh penghormatan dan beradat. Penghormatan dan adat ini memperlihatkan kasih sayang antara mereka yang masih hidup dengan si mati.

63

Sebaik-baiknya orang yang mengiringi mayat ke kubur itu berdiam diri dan berzikir di dalam hati. Ini kerana supaya seseorang itu dapat mengambil ikhtibar dan dapat menginsafi hakikat kahidupan ini.

v)

Menguburkan mayat

Merupakan

tahap

kelima

dalam

adat

menguruskan

jenazah.

Menguburkan mayat adalah menimbus jasad dengan tanah di dalam liang lahad untuk mencegah tercium bau busuknya oleh seseorang yang hidup dan supaya tidak dapat dimakan oleh binatang buas. Penguburuan mayat merupakan tanda penghormatan Allah s.w.t. kepada manusia semasa hidupnya dan sesudah matinya. Ketika meletakkan mayat di dalam liang lahad seseorang mestilah berdoa memohon keampunan dan keredhaan Allah s.w.t. . setelah selesai kubur ditimbus dengan tanah, kubur itu ditandakan dengan pokokpokok sebelum ianya digantikan dengan batu nisan seminggu kemudian.

vi)

Mentalkinkan mayat

64

Merupakan tahap terakhir dalam adat menguruskan jenazah. Mentalkinkan mayat yang sudah dikebumikan merupakan amalan masyarakat Melayu sejak dahulu lagi. Mengikut kepercayaan masyarakat Melayu pada zaman silam, membaca talkin bertujuan mangajar si mati menjawab soalan-soalan yang akan dikemukakan oleh malaikat.

vii)

Menunggu kubur

Adat menunggu kubur masih lagi menjadi satu amalan yang biasa bagi penduduk Kampung Tok Belian. Dalam adat ini, seseorang yang alim akan diupah untuk menunggu kubur si mati bagi membacakan ayat suci al-Quran sepanjang tempoh yang telah dipersetujui. Tempoh amalan ini bergantung kepada kemampuan keluarga si mati. Kebiasaannya keluarga si mati akan menghantar makanan kepada orang yang menunggu kubur tersebut. Setelah selesai tempoh tersebut, maka keluarga si mati akan memberikan upah kepada si penunggu kubur tersebut.

c) Kenduri arwah

65

Merupakan perjumpaan sanak saudara dan jiran tetangga setelah jenazah selamat dikebumikan. Mereka dijemput ke majlis kenduri arwah untuk memperingati si mati dengan mengadakan pembacaan doa dan tahlil sebagai memohon keampunan dan keberkatan Allah s.w.t. untuk disedekahkan kepada si mati. Selain itu, majlis ini merapatkan lagi silaturahim sesama sanak

saudara yang jauh dan dekat ketika kenduri arwah dijalankan. Kebiasaanya kenduri arwah akan diadakan selama tujuh malam berturut-turut dan dikuti dengan senggu sekali iaitu pada malam jumaat selama beberapa minggu kemudian kenduri arwah diadakan pula pada hari keempat puluh dan hari keseratus kematian.

PENGURUSAN JENAZAH MENURUT ISLAM

Apabila seseorang itu meninggal dunia maka hendaklah dilaporkan kepada pihak yang berkenaan untuk mendapatkan kebenaran pengebumian.

66

a) Adab memandikan jenazah

Orang yang memandikan jenazah hendaklah terdiri daripada orang yang amanah, tidak akan menceritakan keburukan-keburukan si mati yang dimandikan. Riwayat daripada Ahmad Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

Daripada Aisyah r.ha. telah bersabda Rasulullah SAW : Sesiapa yang memandikan mayat kemudian

dipeliharanya dan tidak menceritakan apa yang ada pada orang mati itu maka bersihlah ia daripada dosa sebagaimana ia baru dilahirkan.

b) Peralatan memandikan jenazah

Antara peralatan untuk memandikan jenazah ialah tempat mandi jenazah, air mutlak secukupnya, air daun bidara, kapas, putik kapas, sabun, minyak attar, air mawar, serbuk cendana, kapur barus, sarung tangan, apron plastik dan dan bekas menjirus air.

c) Cara-cara memandikan jenazah

67

Pengendali mayat hendaklah memakai lengkap sarung tangan dan apron. Kemudian letakkan mayat di tempat mandi yang disediakan. Siramkan mayat dengan air biasa dari hujung kepala sehingga hujung kaki. Siraman hendaklah bermula dari kepala. Kemudian istinjakkan mayat terlebih dahulu dengan menggunakan kain alas agar tidak tersentuh auratnya. Angkat sedikit bahagian kepalanya sehingga paras dadanya. Kemudian keluarkan segala kekotoran dalam perutnya dengan menekan atau memicit-micit perutnya secara perlahan dan diikuti dengan membersihkan mulut dengan mengeluarkan segala sisa atau kekotoran yang tertinggal. Siram dan basuhkan dengan air sabun pada mayat. Setelah itu bersihkan gigi dan bersihkan jari tangan, pelipat lengan dan celah ketiak. Bersihkan juga rambut jari kaki, hidung, dan telingal berniat. . Selepas itu siram atau basuh seluruh anggota mayat dengan air sabun juga.. Kemudian bilas dengan air bersih seluruh anggota badan mayat sambil berniat Telentangkan mayat, siram atau basuh dari kepala hingga hujung kaki 3 kali dengan air bersih. Siram sebelah kanan tiga kali dan sebelah kiri tiga kali. Kemudian mengiringkan mayat ke kiri dan basuh bahagian lambung kanan sebelah belakang. Mengiringkan mayat ke sebelah kanan basuh bahagian lambung kiri pula. Telentangkan semula mayat, ulangi menyiram dari kepala sehingga ke hujung kaki. Sediakan air kapur barus. Tutup seluruh anggota mayat dengan kain ( kain

kapan). Siram air yang dicampur dengan kapur barus di atas kain ini dari atas kepala sehingga hujung kaki. Kemudian wudukkan mayat. Lapkan menggunakan tuala pada seluruh badan mayat. Cawatkan bahagian kemaluan mayat dengan cawat yang disediakan dan tutup seluruh tubuhnya dengan kain. Setelah itu, mayat diusung ke tempat perbaringan untuk dikafankan. Segala bahagian yang
68

tercabut dari anggota mayat hendaklah dimasukkan ke dalam kapan bersama dengan mayat.

d) Peralatan kafan

Antara peralatan untuk mengkafankan mayat ialah kain putih, tali 5 utas, guntung, kapas, serbuk cendana, kapur barus, minyak attar dan air mawar.

e) Cara-cara mengkafankan jenazah

Sediakan tiga atau lima utas tali yang dihamparkan di atas tempat pembaringan. Tali ini diambil dari kain kafan. Ketinggian jenazah diukur untuk menentukan kepanjangan kain kafan. Kain kafan dipotong menjadi tiga bahagian. Ketiga-tiga dihamparkan dalam keadaan bertindih antara satu sama lain. Hamparkan kapas gulung di tengah kain memanjang ke bawah mengikut anggaran saiz jenazah. Serbuk cendana ditaburkan di atas kapas yang telah dibentangkan. Angkatlah mayat tersebut dengan berhati-hati kemudian baringkan di atas kain kafan yang sudah dibentangkan. Tutupkan jenazah itu dengan kapas yang telah disediakan pada bahagian-bahagian seperti kemaluannya, kedua-dua siku tangan dan dada, kedua-dua telinga dan muka. Sekali lagi taburkan serbuk kayu cendana di atas kapas yang berada di atas jenazah. Kain kafan diselimutkan atau ditutupkan dari lembar yang palimg atas sampai lembar yang paling bawah satu persatu. Ikatkan

69

dengan tali yang telah disediakan sebanyak tiga atau lima ikatan. Bermula daripada bahagian hujung kaki, lutut, dan pinggan. Hendaklah ikatan hidup ( boleh dibuka ) kerana tali ini akan dibuka semula di dalam kubur. Biarkan bahagian muka terbuka untuk tatapan sanak saudara. Tali di bahagian leher dan atas kepala diikat apabila jenazah sedia untuk diusung atau untuk

disembahyangkan. Setelah siap renjislah air mawar dan sapulah minyak wangi.

f) Solat jenazah

Mengerjakan solat jenazah adalah fardu kifayah. Walau bagaimanapun sewajarnya setiap umat Islam mengambil kira bahawa solat itu merupakan suatu doa untuk mengurangkan bebanan si mati ataupun menambahkan lagi martabatnya di sisi Allah SWT sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud:

Tiada

seorang

muslim

yang

meninggal

kemudian disolatkan keatasnya oleh 40 orang lelaki yang tidak menyekutui Allah dengan sesuatu pun melainkan diberikan syafaat

terhadapnya pada hari kiamat nanti.

g) Cara pengebumian jenazah


70

Jenazah Muslim tidak dikebumikan bersama mayat orang kafir atau sebaliknya. Disunatkan menguburkan jenazah di kawasan perkuburan. Para syuhada hendaklah dikuburkan di medan peperangan iaitu di tempat mereka syahid dan tidak boleh dipindahkan ke tempat lain. Boleh dikuburkan jenazah pada malam hari. Jenazah dibawa ke kubur dengan menggunakan pengusung empat penjuru. Bagi orang yang melihat jenazah diusung ke perkuburan, disunatkan ia berdiri sehingga mayat itu hilang daripada pandangan. Boleh menguburkan dua jenazah atau lebih dalam satu lubang kubur kerana keadaan yang terdesak dan darurat. Tetapi sekiranya ada kemampuan hendaklah menguburkan setiap satu jenazah untuk satu lubang. Sekurang-kurangnya kubur bagi mayat itu ialah satu lubang yang dapat menghalang bau mayat serta dapat melindungi mayat daripada dibongkar oleh binatang buas. Mengumpulkan beberapa mayat yang mempunyai hubungan kerabat adalah baik dan digalakkan. Seelok-eloknya hendaklah lubang kubur itu luas dan dalam, lebih kurang 6 kaki dalamnya. Liang lahad lebih baik daripada liang kembal budi (Syaq ) jika tanah perkuburan itu keras. Liang lahad bermaksud dikorek ke hala kiblat seluas badan mayat daripada tepi kubur. Manakala liang kembal budi ( syaq) bermaksud diperbuat satu lubang kecil

ditengah seperti parit seluas badan mayat di sebelah bawah kubur. Cara meletakkan mayat di dalam kubur hendaklah mayat itu dimasukkan dengan menghulurkan kepalanya ke dalam dan disambut oleh tiga orang yang menanti di dalamnya. Kemudian dibaringkan di atas lambung kanan menghadap kiblat. Setelah itu ditutup liang lahad dengan papan atau seumpamanya dan ditutup dengan tanah dan ditanam. Sesudah lubang kubur ditimbus, tanahnya hendaklah ditinggikan sejengkal dan diratakan, kemudian dipacakkan batu nisan di bahagian
71

kepala dan kakinya, dicacakkan daun hijau lalu dijirus air di atas kubur itu yang dimul;ai dari kepala hingga dua kakinya. Orang yang membaca talkin untuk mayat itu hendaklah duduk di bahagian muka mayat dengan membelakangkan kiblat. Sementara orang yang hadir pula berdiri dengan mengangkat tangan mendoakan mayat itu semoga ditetapkan hati dan diampunkan dosanya. ADAT-ADAT LAIN YANG MASIH DIAMALKAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN OLEH PENDUDUK KAMPUNG TOK BELIAN, BACHOK, KELANTAN

a) Adat berjiran

Merupakan sesuatu yang selalu diamalkan oleh penduduk kampung tersebut. Mereka saling mengambil berat tentang apa pun yang berlaku terhadap jiran mereka di dalam kehidupan mereka seharian. Jiran merupakan orang yang paling dekat dengan kita selain daripada ahli keluarga kita. Untuk itu, bagi penduduk di kampung tersebut adalah penting untuk menghormati mereka, menjaga hati mereka dan mengambil berat tantang apa yang berlaku pada jiran kita.

b) Adat bersahabat

Merupakan suatu adat yang sangat ditekankan olah penduduk di kampung tersebut. Sudah menjadi suatu yang lumrah setiap ibu bapa akan berharap agar
72

anak-anak mereka mendapat sahabat yang baik dan tidak melakukan sesuatu yang melanggar syariat. Mereka amat menganbil berat tentang pergaulan anak-anak mereka, dengan siapa mereka berkawan dan lain-lain lagi.

c) Adat unjuk-mengunjuk

Merupakan adat yang biasa di kalangan masyarakat Melayu di kampung tersebut. Malah melalui adat ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesame penduduk. Sekiranya sesebuah keluarga itu memasak kuih atau lauk pauk yang banyak, maka mereka akan memberikannya sedikit kepada jiran mereka. Kemudian jiran tersebut juga akan membalas balik pemberian itu dengan sesuatu jika ada. Atau mereka akan membalas semula peberian itu apabila ada kesempatan.

d) Menziarahi orang sakit

Sudah menjadi satu kebiasaan bagi penduduk kampung Tok Belian untuk menziarahi orang sakit. Amalan ini dilakukan tanpa mengira saudara mara, jiran tetangga atau penduduk sekampung mahupun pada penduduk di kampung yang bersebelahan. Amalan ini adalah bertujuan untuk menzahirkan rasa simpati kepada pesakit serta menunjukkan tanda mengambil berat sesama Islam.

73

ADAT BERMASYARAKAT MENURUT ISLAM

Adab Bersahabat Mengikut Syarak

Banyak panduan yang telah diberikan oleh syarak dalam pemilihan sahabat ini. Dalil dari ayat al-Quran yang bermaksud:

74

Dan janganlah engkau menurut orang yang telah Kami lalikan hatinya daripada mengingati Kami, lalu ia mengikut hawa nafsunya ( Surah al-Kahfi: 28)

Terdapat juga hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW yang bermaksud:

Seseorang itu atas agama ( perjalanan) rakannya, maka hendaklah diperhatikan siapa yang harus dipilih sebagai teman atau rakan.

Ayat-ayat ini menegah kita bersahabat dengan orang yang fasiq yang sentiasa melanggar perintah Allah walaupun adakalanya dia melakukan amal ibadat. Saidina Ali k.m.h. pernah berkata yang bermaksud :

Saudaramu yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada di sisimu (ketika susah dan senang). Dia sanggup membahayakan dirinya demi kebaikanmu, sannggup

berkorban apa sahaja untuk kepentinganmu.

75

Abu Sulaiman al-Darani r.a mengingatkan kita agar melihat dua sifat ini pada seseorang sebelum memilihnya sebagai rakan iaitu : iiiOrang yang mudah engkau berurusan dalam kehidupan seharian Orang yang dapat memberikan faedah dan manfaat dalam segala perkara.

Sememangnya Allah SWT menegaskan betapa pentingnya dijalinkan hubungan persahabatan dengan orang-orang yang betaqwa, beriman dan berakhlak mulia yang dapat bersama-sama menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini, menyuruh manusia kepada perkara-perkara kebaikan dan melarang mereka daripada berbuat kemungkaran. Inilah yang ditegaskan Allah SWT dalam firman-Nya:

Berpegang teguhlah dengan tali (agama) Allah bersamasama dan janganlah pula berpecah belah. ( Surah Ali Imran : 103)

Adab Berjiran Rasulullah SAW mengutamakan konsep menghormati dan berbaik-baik dengan jiran tetangga melalui sabda Baginda yang diriwayatkan oleh al-Syaikani yang bermaksud:

Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, hendaklah ia memuliakan jiran tetangganya.
76

Umumnya ahli masyarakat mestilah mengambil kira beberapa perkara dalam menjalinkan hubungan kejiranan yang harmonis dengan tetangganya. Antaranya ialah sama-sama menanggung penderitaan tetangga iaitu bersimpati dan membantu kesusuahannya. Kita juga perlu menghindarkan diri daripada menyakiti hati tetangga serta melindungi tetangga daripada kezaliman orang lain. Kita juga mestilah memaafkan kesalahan tetangga yang tidak disengajakan atau yang disengajakan.

Menziarahi Orang Sakit Menziarahi orang sakit adalah sunat dan digalakkan oleh Islam. Sebenarnya ziarah-menziarahi digalakkan bukan sekadar pada masa sakit masa sakit sahaja bahkan melengkapi semua keadaan, baik semasa sihat mahupun berdukacita, sama ada terhadap sahabat handai, saudara-mara, kaum keluarga, yang muda, lebih-lebih lagi yang tua, bujang ataupun sudah berkahwin.

Semua ini telah pun dilakukan oleh Bagnda Rasulullah SAW. Amalan seumpama ini akan mendapat ganjaran yang besar, sebagaiamana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. yang bermaksud:

Sesiapa yang menziarahi orang sakit, ataupun ziarah saudaranya kerana Allah SWT maka terdengarlah suara yang memanggil dan mengatakan bagus dan bagus langkahmu, dan ambillah tempat tinggalmu di dalam syurga
77

Sabdanya lagi daripada Abu Musa r.a. yang bermaksud:

Berilah makanan kepada orang yang lapar, ziarahilah orang yang sakit dan lepaskanlah orang tawanan

Sebagaiamana ibadat-ibadat lain yang mempunyai syarat dan rukun serta adab, maka menziarahi orang sakit juga mempunyai adab yang tersendiri untuk diikuti, agar ziarah itu mengikut syariat Islam.

BENTUK BUDAYA TRADISIONAL YANG DIAMALKAN OLEH PENDUDUK KAMPUNG TOK BELIAN, BACHOK, KELANTAN.

78

a) Amalan gotong- royong

Tradisi dan adat bagi masyarakat Melayu berkait rapat dengan agama Islam. Justeru itu, penduduk di Kampung Tok Belian masih lagi mengamalkan budaya gotong-royong terutamanya di dalam majlis atau kenduri. . Ia bukan sahaja suatu budaya bahkan tuntutan agama yang masih dipegang kuat oleh penduduk kampung tersebut. Sifat kerjasama atau gotong-royong dalam majlis kenduri bukan sahaja dibuktikan dalam satu aspek seperti menyediakan jamuan makan, malah melibatkan aspek kerohanian dan hadir ke majlis itu sendiri. Hadir ke majlis kenduri itu sendiri adalah suatu bentuk budaya gotongroyong yang dizahirkan secara tradisi. Tujuannya adalah untuk meringankan beban orang yang mengadakan kenduri tersebut selain untuk merapatkan lagi hubungan silaturahim sesama penduduk. Sifat gotong-royong dalam kenduri telah bermula sebelum hari kenduri diadakan. Untuk persediaan mengadakan kenduri orang ramai dijemput datang untuk kerja-kerja memotong bawang, halia, dan serai. Di kawasan lapang didirikan khemah bagi para jemputan. Biasanya orang-orang yang terlibat dalam gotong-royong tersebut akan saling membantu apa-apa yang perlu sehingga majlis selesai.

79

b) Mengambil berat

Merupakan suatu adat yang sentiasa dipegang oleh penduduk kampung tersebut. Budaya ini boleh dilihat secara jelas melalui sikap penduduk yang sentiasa prihatin tentang apa saja yang berlaku kepada jiran atau semua penduduk kampung tersebut.

c) Pakaian

Merupakan budaya tradisional yang tidak lapuk dek zaman. Sudah menjadi suatu kebiasaan bagi penduduk di Kampung Tok Belian menjadikan pakaian yang menutup aurat sebagai pakaian asasi mereka. Contohnya bagi anak gadis adalah biasa apabila memakai baju kurung tetapi apabila baju kurung dipakai bersama tudung dan menutup aurat, maka itu melambangkan gadis tersebut adalah seorang yang sopan.

d) Memberi salam

Merupakan sesuatu budaya yang sentiasa diamalkan oleh semua umat Islam. Begitu juga di Kampung Tok Belian, penduduknya sentiasa

80

mengamalkan budaya memberi salam samada ketika bertegur sapa apabila bertemu, ketika mengunjungi rumah saudara mara atau jiran tetangga, dan lain-lain lagi.

e) Bersalaman

Budaya ini dianggap suatu yang penting dan dianggap sopan dan tinggi akhlaknya jika seseorang itu sentiasa mengamalkannya. Bersalaman dilakukan apabila seseorang itu berjumpa, hadir dalam sesuatu majlis, ketika hendak berpisah dan lain-lain. Kebiasaannya seorang yang muda akan mencium tangan orang yang lebih tua daripadanya ketika bersalaman.

f) Mengaji al-Quran

Sudah menjadi satu amalan dan budaya penduduk

di kampung

tersebut untuk menghantar anak-anak mereka sedari kecil lagi. Kebiasannya mereka menghantar anak-anak mereka untuk belajar membaca dan mengaji al-Quran dengan seseorang yang arif tentang bacaan al-Quran sejak kanak-kanak itu berusia 4 tahun lagi. Ini bagi memastikan anak-anak mereka mudah dibentuk dan khatam al-Quran awal. Setelah anak-anak mereka berjaya menamatkan pembelajaran al-

81

Quran dengan guru mengaji tersebut, maka kenduri atau jamuan kecil diadakan bagi melahirkan kesyukuran dan rasa berterima kasih kepada guru mengaji atas tunjuk ajar kepada anak-anak mereka.

g) Permainan tradisional

Merupakan suatu aktiviti atau kegiatan riadah yang dilakukan pada waktu lapang. Ianya dilakukan oleh kebanyakan penduduk kampung tersebut tanpa mengira umur dan jantina, serta boleh dimainkan di mana-mana sahaja bergantung kepada jenis dan sifat permainan tersebut.

a) Congkak

Permainan ini dimainkan oleh dua orang individu. Permainan ini menggunakan papan congkak dan juga guli. Ianya memerlukan pemain bersifat tangkas, malah ia juag memerlukan pemain membaca rumah lawannya sambil mengatur strategi untuk membolehkan dia

82

menembak rumah lawan yang penuh dengan buah congkak atau guli. Bagaimanapun, lazimnya permainan congkak lebih dianggap

permainan yang bersifat rekreasi, yakni permainan yang lebih menekankan unsur hiburan dan pengisian waktu lapang. Persoalan kalah atau menang dal mpermainan rekriasi tidak diutamakan. Yang penting ialah kegiatan itu dapat menimbulkan keriangan dan kegembiraan dan terisi masa lapang. Permainan jenis ini lebih banyak dimainkan oleh kanak-kanak dan biasanya dimainkan di anjung rumah ataupun loteng.

b) Sepak raga

Merupakan sejenis permainan yang mempunyai peraturan yang lengkap dan cabaran permainan yang tinggi dari segi fizikal dan mental serta dapat merangsangkan semangat kesukanan yang tinggi. Permainan yang asalnya disebut sepak raga bulatan kerana kaedah permainannya menghendaki para pemain bermain dalam bentuk bulatan dan mengangkat bola raga ke udara dengan cara sepakan, juga dikenali sebagai sepak takraw.

c) Selambut atau seremban

83

Merupakan sejenis permainan yang gemar dimainkan oleh kanakkanak perempuan . ianya boleh dimainkan di mana-mana sahaja. Permainan ini tidak menetapkan bilangan pemain. Ianya hanya menggunakan beberapa biji batu atau guli. Melalui permainan jenis ini kanak-kanak boleh berinteraksi sesama mereka dan juga dapat membina daya koordinasi otot dengan fikiran.

BUDAYA MENURUT ASPEK ISLAM

Memberi Salam Dan Bertanya Khabar

Ramai orang yang tidak menyedari bahawa antara rahsia yang boleh mengeratkan perpaduan, ikatan persefahaman dan kasih mengasihi sesama ahli masyarakat ialah memberi salam dan bertanya khabar tentang diri masing-masing. Islam amat menganjurkan kita bersalaman dan bertanya khabar sesama jiran tetangga dan sahabat

84

handai. Tentang keutamaan memberi salam ini, Rasulullah SAW bersabda yang diriwayatkan oleh Abu Daud r.a. yang bermaksud :

Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang lebih dahulu memberi salam kepada yang lain.

Baginda SAW seterusnya bersabda yang diriwayatkan oleh Ibn al-Sunni r.a. yang bermaksud:

Sesiapa yang menjawab salam, maka ia adalah miliknya dan sesiapa yang tidak menjawabnya, maka dia tidak termasuk dalam golongan umatku.

Setelah memberi salam dan menjawab salam, maka diikuti pula dengan khabar pertanyaan tentang urusan kerja masing-masing, berbincang hal ehwal kesihatan kelaurga,

tentang sesuatu masalah dan penyelesaiannya dan sebagainya. Jelaslah

manfaat memberi dan menjawab salam ini begitu banyak, sebagai pembuka bicara dan penghubung tali silaturahim sesama Islam yang dikenali mahupun yang belum dikenali. Memberi salam adalah sunat sedangkan menjawabnya adalah wajib.

Belajar Al-Quran

85

Hakikatnya, Al-Quran merupakan wahyu Allah SWT dan peninggalan Rasulullah SAW yang akan kekal memandu manusia ke jalan yang diredhai Allah sehingga kiamat. Maka di peringkat awal kanak-kanak, pengajaran dan pembacaan al-Quran sememangnya digalakkan. Seorang sahabat Nabi SAW, Saad Ibn Abi Waqas r.a. meletakkan kepentingan mengajar al-Quran kepada anak-anaknya sepertimana keutamaan

peperangan menegakkan agama Allah.

Pengajaran al-Quran kepada anak-anak melalui pembacaan adalah sebagai satu usaha menanamkan asas keimanan yang padu dalam jiwa mereka. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:

Setiap anak yasng dilahirkan membawa fitrah beragama ( percaya kepada Allah).maka kedua-

dua orang tuanyalah yang sebaiknya menjadikannya beragama Yahudi, Nasrani atau Majusi

sebagaiamana binatang yang melahirkan anaknya dalam keadaan yang sempurna tanpa sebarang kecacatan. dilahirkan Adakah dalam kamu keadaan mendapati sama ada binatang hidung,

telingaatau mana-mana anggota terpotong?

Dari sudut pendidikan kanak-kanak terdapat sebab mengapa al-Quran perlu diajar di peringkat awal. Antara penemuan dan fakta penting yang telah ditemui khususnya
86

pakar kanak-kanak mengenai kepentingan pendidikan kanak-kanak ini adalah dari segi perkembangan potensi otak manusia.

KESIMPULAN

Analisis dan dapatan kajian menunjukkan bahawa adat resam dan budaya tradisional masih lagi diamalkan oleh penduduk di Kampung Tok Belian. Terdapat dua ketegori adat resam yang masih lagi diamalkan iaitu adat yang bercanggah dengan syariat Islam dan adat yang tidak bercanggah dengan syariat Islam.

BAB 5

CADANGAN DAN PENUTUP

PENGENALAN

87

Bahagian bab 5 adalah terdiri daripada rumusan, perbincangan dan cadangan kajian. Dapatan kajian yang diperolehi dalam bab 4 akan dibin cangkan dalam bab ini berdasarkan objektif dan persoalan kajian yang telah ditetapkan dalam bab 1. Akhirnya, cadangan dikemukakan untuk tujuan kajian lanjutan pada masa akan datang.

CADANGAN 1- Merancakkan Gerakan Akidah

a) Membuat kajian yang bertentangan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan pemurnian akidah serta perkara-perkara yang berkaitan dengan amalan adat resam bagi mengenal pasti langkah-langkah dan pendekatan-pendekatan terbaik bagi membanteras amalan adat resam yang bertentangan dengan syariat Islam.

b) Mengadakan seminar dan perbincangan secara bersiri bagi mendedahkan maklumat dan pengetahuan berkaitan dengan ajaran dan syariat Islam agar dapat dinilai kegiatan atau amalan yang telah dijalankan dan memikirkan cara serta langkah terbaik bagi menangani amalan-amalan tersebut pada masa hadapan.

2- Pendidikan Islam

88

a) Subjek Pendidikan Islam wajar dijadikan mata pelajaran teras setaraf dengan mata pelajaran metemetik, sains, bahasa Melayu, dan bahasa inggeris dengan mensyratkan pelajar wajib lulus dengan baik mata pelajaran Pendidikan islam sebelum melangkah ke peringkat yang lebih tinggi.

b) Mengambil pendekatan yang disarankan oleh Al-Ghazali yang menekankan proses pendidikan akidah yang mesti diajarkan kepada kanak-kanak dan orang awam iaitu dengan cara semua selok-belok isi kandungan akidah itu mestilah diterapkan melalui empat tahap berikut:

i mestilah dimulai dengan menghafaz

ii kemudian diikuti dengan proses memahaminya iaitu dengan dibentuk kefahaman mengenai cara mendedahkan pengertian isi kandungan akidah tersebut sedikit demi sedikit

iii setelah itu diiktikadkan dengan penuh kepercayaan

iv kemudian ditasdiqkan ( dibenarkan ) dengan penuh keyakinan c) Pendidikan tidak formal khusus untuk penduduk kampung

89

i Menggubal satu kokurikulum pendidikan Islam khusus untuk penduduk di Kampung Tok Belian agar mereka terus berpegang teguh dengan ajaran dan syariat islam.

ii Memanfaatkan fungsi masjid sebagai pusat penyebaran ilmu dan juga pusat pendidikan Islam di kalangan umat Islam agar mereka terus menghayati Islam sebagai cara hidup yang lengkap

iii - Mempertingkatkan bilangan guru agama yang berkelayakan untuk mengisi kekurangan kelas-kelas pengajian Islam di semua masjid

iv Memperbanyakkan kelas pengajian agama di masjid supaya umat Islam dapat memantapkan pengatahuan ilmu Islam

v - Menjadikan pendidikan islam sebagai satu proses pendidikan berterusan yang wajib dihadiri oleh masyarakat Islam, tanpa mengira umur. Ini kerana tradisi pendidikan Islam diamalkan sepanjang hayat, dalam segala keadaan dan diceburi oleh semua anggota masyarakat.

90

3- Memupauk kesedaran masyarakat Islam

a) Mempertingkatkan kesedaran masyarakat Islam terhadap kepentingan memelihara kesucian akidah serta mendorong mereka untuk melibatkan diri dalam gerakan pemurnian dan pengukuhan akidah mengikut cara dan kemampuan masing-masing.

b) Setiap penduduk di Kampung Tok Belian sewajarnya berusaha menyeru ahli keluarganya agar sama-sama mengimarahkan dan memanfaatkan institusi masjid sebagai pusat penyebaran ilmu Islam dan juga pemantapan akidah.

91

PENUTUP

Dalam penutup ini akan diimbas kembali beberapa perkara yang dirasakan penting untuk dilihat dan diberikan perhatian dengan lebih jelas, serta beberapa penemuan yang dihasilkan daripada keseluruhan kajian ini.

Hasil daripada kajian ini, pengkaji mengemukakan beberapa kesimpulan penting yang mewajarkan perhatian serius dan tindakan bersepadu daripada pihak-pihak berkenaan berkaitan isu-isu amalan adat resam di Kampung Tok Belian. Di antaranya ialah :

92

1- Amalan adat resam adalah suatu permasalahan yang perlu dipandang berat oleh penduduk di Kampung Tok Belian kerana ianya melibatkan perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat Islam

2- Amalan adat resam yang bertentangan dengan syariat Islam masih terus diamalkan kerana kurangnya pengetahuan dan pemahaman yang berkaitan dengannya. Dalam masa yang sama, penduduk kampung seolah-olah menganggap kepercayaan dan adat resam yang diamalkan ini sebagai suatu kebiasaan yang pada pandangan mereka tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

3- Di antara faktor-faktor yang menyumbang

kepada amalan adat resam yang

bertentangan dengan syariat Islam ini secara berterusan ialah kejahilan terhadap ilmu akidah dan syariat Islam, suasana persekitaran, kelemahan penguatkuasaan, kesinambungan budaya dan corak pendidikan.

4- Penguatkuasaan undang-undang untuk membanteras amalan adat resam yang bertentangan dengan syariat Islam ini sama ada tidak berkesan atau tidak dilaksanakan langsung.

93

5- Penduduk di kampung Tok Belian masih lagi terkeliru dengan isu-isu semasa berhubung akidah yang timbul dalam masyarakat seperti isu-isu animisme dan perkara-perkara syirik

6- Penduduk di Kampung Tok Belian rata-rata masih mewarisi kepercayaan dan amalan tradisional di samping terus-menerus mengamalkan dan terlibat dengan amalan-amalan syirik dan khurafat. Malah terdapat juga di kalangan penduduk kampung yang masih terkeliru dengan hukum-hukum amalan seumpama melenggang perut, menunggu kubur, dan sebagainya yang mana amalan tersebut terang-terangan bertentangan dengan syariat Islam.

7- Tugas untuk membanteras amalan adat resam yang bertentangan dengan syariat Islam adalah tugas dan tanggungjawab bersama. Ia bukan diletekkan pada bahu satu-satu pihak tertentu sahaja, malah ia melibatkan penyertaan semua lapisan dan kedudukan masyarakat daripada orang perseorangan hinggalah kepada pihak yang berkuasa memikul amanah yang lebih besar dalam menyusun strategi pemurnian dan pengukuhan akidah di kalangan penduduk kampung.

8- Dengan demikian sebagai rumusan saya, pendidikan kearah kesedaran berkenaan perkara ini perlu dianggap oleh pihak berwajib sebagai suatu prioriti.

94

BIBLIOGRAFI

1- Abdul Rahman Ahmad Hanafian. (2004). Komunikasi Budaya: Dari Alam Rahim Ke Alam Barzakh. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.

95

2- Che Su Mustaffa, Abdul Rahman Abdul Aziz, Rohani Ab. Ghani, Jamaludin Mustaffa, Nuredayu Omar. ( 2005). Isu-Isu Budaya Dalam Pembangunan Sosial. Sintok. Universiti Utara Malaysia.

3- Dato Ismail Kamus, Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid. ( 2009 ). Indahnya Hidup Bersyariat. Kuala Lumpur. Telaga Biru Sdn. Bhd.

4- Drs. Abdul Ghani Azmi Bin Hj. Idris. (2000). Al-Bidah Bahaya dan Keburukannya. Kuala Lumpur. Al-Hidayah Publishers. .

5- Dr Yusuf Qardhawy, Muhammad Al-Ghazali. (2004). Bidah Dan Syirik: Perkara Yang Membatalkan Tauhid Atau Mengurangkan Kesempurnaannya . Kuala Lumpur.Jasmin Enterpaise.

6- Engku Ahmad Zaki bin Engku Alwi. ( 2006 ). Ajaran Sesat Di Negeri Terengganu, Kajian Terhadap Faktor Penyebaran dan Langkah Mengatasinya. Kuala Lumpur. Universiti Melaya.

96

7- Engku Ahmad Zaki Engku Alwi. ( 2007 ). Ajaran Sesat Mengenali Jalan Yang Terpesong. Selangor. Percetakan Zafar Sdn. Bhd.

8- Fauzi bin Yusoh. ( 2004 ). Hubungan Kemasyarakatan Diantara Orang Islam Dengan Orang Bukan Islam Menurut Pandangan Islam. Bangi. Universiti Kebangsaan Malaysia.

9- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. ( 2007 ). Al-Quran Dan Terjemahannya. Kuala Lumpur. Pustaka Darul Iman Sdn. Bhd.

10- Joyce M. Hawkins. ( 1991 ). Kamus Dwibahasa Oxford Fajar. Shah Alam. Fajar Bakti Sdn. Bhd.

11- Mohd Saifulbahri bin Abdullah. ( 2006 ). Amalan Kejiranan Menurut AlSunnah : Kajian Di Mukim Chendering, Kuala Terengganu.kuala Lumpur. Universiti Malaya.

97

12- Mohd. Taib Osman, Wan Kadir Yusoff. (1987). Kajian Budaya Dan Masyarakat Di Malaysia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia.

13- Mustafa Abdul Rahman. ( 2008 ). Hadis 40 Terjemahan Dan Syarahnya. Selangor. Dewan Pustaka Fajar.

14- Sharifah Sofiah Atiqah Syed Ibrahim. ( 2003 ). Pengaruh Bomoh Dalam Masyarakat Melayu dalam Pemikir. Julai September 2003.

15- Wan Awang bin Ali. ( 1996 ). Amalan Orang Melayu Ditinjau Dari Perspektif AlSunnah. Bangi. Universiti Kebangsaan Malaysia

16- Zahazan Mohamed. ( 2003 ). Khurafat di Zaman Teknologi dalam Utusan Malaysia. 15 Januari 2003.

17- http://malaysiana.pnm.my/01/01010201mel_merisik.htm

18- http://www.ashtech.com.my/adat/
98

19- http://yudhim.blogspot.com/2008/01/pengertian-kebudayaan.html

20-http://traditionalislam.tripod.com/KebudayaanDalamPandanganIslam.htm

99

You might also like