You are on page 1of 5

CARA MENYELAMATKAN HANDPHONE SETELAH TERJATUH DIDALAM AIR Kemalangan seperti terjatuhnya telefon di dalam air, atau tertumpahnya

air di atas telefon dan barangan elektronik adalah salah satu perkara yang tidak dapat dielakkan. Tetapi bagaimanakah untuk menyelamatkannya? Semestinya salah satu cara adalah membawanya ke kedai telefon berdekatan. Namun, ia mungkin mengambil masa, ataupun sukar dilakukan sekiranya kedai berdekatan tutup dan sebagainya. Untuk mengelakkan daripada telefon anda menghadapi sebarang masalah, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah mengeluarkan bateri serta-merta, supaya dapat mengelakkan daripada berlakunya litar-pintas dan sebagainya. Bagi anda yang menggunakan telefon dengan bateri terbina seperti iPhone, One X dan sebagainya, anda boleh mematikan peranti anda serta-merta, dengan menekan butang kuasa padanya. Sebaik sahaja mengeluarkan bateri, keringkan peranti, bateri dan pelbagai perkara lain (kad-SIM, mikro-SD) dengan menggunakan kain ataupun tuala. Walaupun anda berjaya menghilangkan air daripada peranti anda, kebarangkalian untuk peranti anda mempunyai kelembapan di bahagian dalam dan sebagainya adalah tinggi. Untuk itu, para pengguna dinasihatkan untuk menggunakan silica gel (yang biasa terdapat dalam ubat untuk mengekalkan kekeringan). Namun, memandangkan ia sukar untuk didapati, salah satu alternatif adalah menggunakan beras. Di arena internet, ramai yang berkongsi kisah mereka, mengatakan penggunaan beras adalah salah satu kaedah yang baik untuk menghilangkan kelembapan daripada peranti mereka

Anda boleh meninggalkan peranti anda didalam bekas berisi beras antara 24 jam hingga ke 72 jam, dan kemudiannya mencuba untuk menghidupkan kembali peranti anda. Walaupun kaedah ini adalah salah satu perkara yang popular, namun mungkin tidak memberikan hasil yang baik kepada semua pengguna. Sekiranya anda mempunyai kaedah tersendiri, jangan lupa berkongsi bersama kami. CREDIT TO = http://fathiputera.blogspot.com

KESAN MENGGUNAKAN LAPTOP TANPA BATERI! Pendapat mengenai penggunakan laptop sambil mengecas bateri membuatkan jangka hayat bateri menjadi pendek dan merosakkan bateri tidak kami dapat sangkal lagi kebenaran memang ada. Tetapi, tahukah anda sebenarnya menggunakan laptop secara langsung tanpa menggunakan bateri berpotensi untuk merosakkan komponen-komponen tertentu di dalam laptop. Hal ini disebabkan oleh arus elektrik akan menuju secara langsung ke hardware tanpa melakukan penyesuaian tenaga sehingga kompenan hardware laptop anda menerima tegangan elektrik yang berlebihan dan mempercepat kerosakan. Selain menyimpan daya, bateri juga sebenarnya bertindak menyesuaikan arus yang masuk ke komponen-komponen laptop agar tidak terlalu tinggi. Lebih-lebih lagi jika terjadi litar pintas dan arus elektrik yang tidak stabil, ia tentunya sangat membahayakan motherboard dan hardisk laptop anda. Adalah lebih baik bateri laptop yang mengalami kerosakan daripada motherboard ataupun hardisk yang harganya lebih mahal dibandingkan dengan bateri yang secara puratanya mampu bertahan antara dalam jangka hayat 2-3 tahun.

6 PUNCA UTAMA VIRUS MEMASUKI DAN MEROSAKKAN SISTEM KOMPUTER READ MORE: HTTP://FATHIPUTERA.BLOGSPOT.COM/2012/11/6-PUNCA-UTAMAVIRUS-MEMASUKI-DAN.HTML#IXZZ2FGIZIJEB Pada masa kini kemahiran serta pemilikkan komputer semakin meluas di kalangan masyarakat Malaysia terutamanya dengan kemudahan prasarana dan pelbagai program yang dianjurkan oleh kerajaan yang juga melibatkan pihak penyedia internet. Namun masih ada lagi antara kita yang tidak tahu malah ada yang tidak peduli langkahlangkah pencegahan dari pada jangkitan virus / malware pada komputer sehinggalah ianya sudah berlarutan dan terlambat. Ada juga yang mengambil mudah tentang "update" (kemaskini) perisian anti virus. Pada artikel ini saya ingin berkongsikan pada rakan-rakan blogger mengenai laluan dan punca utama virus tersebar dan menjangkiti komputer :1. E-mel Dengan membuka email sahaja, komputer anda boleh diserang virus, Spyware atau Malware. Terutamanya emel yang disertakan dengan attachment. Secara amnya, virus, spyware atau malware tidak boleh menyerang dengan hanya kita membaca emel sahaja. Ia akan menyerang dan menyelinap masuk ke komputer anda melalui "attachment" yang disertakan. Apabila anda membuka emel, maka virus tersebut akan aktif. Pastikan email tu penghantarnya dari orang yang anda kenali, kalau tidak kenali delete terus. Namun sesetengah penyedia khidmat emel telah mempunyai fungsi mengimbas dan menyekat penularan virus melalui e-mail / "attachment". 2. Download (muat turun) Anda yang gemar memuat turun perisian percuma, lagu-lagu format mp3 secara percuma, fail video, gambar, permainan komputer percuma dan lain melalui Kazaa, Limewire, Warez atau laman-laman web yang menyediakan perkhidmatan download .Kemungkinan besar fail yang anda download itu mempunyai virus, spyware dan malware. Sebaik-baiknya pastikan anda tidak "muat turun" sebarang jenis fail dari sumber yang meragukan ketulinan dan keselamatannya. 3. Klik Iklan Sekarang ni banyak iklan yang diperkenalkan yang membuatkan anda teruja untuk mengklik pada iklan tersebut.Namun bukan semua iklan itu benar. Dengan hanya mengklik sahaja, komputer anda dalam bahaya. Ada iklan yang mempunyai pautan ke laman web yang mempunyai "skrip virus". Pastikan anda sedar dan tahu laman web yang ingin dilawati. Juga pastikan alamat yang tertera pada iklan itu adalah sama dengan apa yang terpapar apabila "cursor" tetikus berada pada pautan tersebut 4. Memasang perisian yang mencurigakan Memasang perisian seperti perisian aplikasi dan permainan yang tidak tahu asal usulnya. Pastikan pengeluar program program ini dari pengeluar-pengeluar yang boleh dipercayai. Sebelum anda "download", pastikan anda melihat komen-komen dari

pengguna yang pernah menggunakan perisian tersebut bagi melihat pandangan dari pengguna internet yang lain. 5. Melayari Laman Web Lucah Kebanyakkan laman web lucah mengandungi banyak spyware dan juga malware. Keduaduanya adalah sebagai pembuka laluan bagi virus untuk memasuki dan menyerang komputer anda. Jangan melayari laman web begini untuk mengelakkan jangkitan kepada komputer anda. 6. Perisian anti virus tidak dikemaskini Mengikut pengalaman saya ketika menerima komputer yang bermasalah dari pelanggan, didapati pelanggan saya itu tidak mengetahui sama ada anti virus mereka sudah dikemaskini atau tidak. Malah ada yang tidak ambil kisah mengenainya. Jika anti virus anda tidak mempunyai kemaskini definisinya, maka ianya mungkin tidak dapat "melawan" serangan virus yang sentiasa mempunyai variasi terbaru setiap hari... Contohnya, pelanggan saya itu kebanyakkannya terdiri dari pada mahasiswa maha siswi universiti, kolej dan pusat latihan yang lain. Apabila masalah virus mengganggu "kerja kursus" mereka barulah mereka beria-ia ingin menyelesaikannya. Lebih teruk lagi kerja kursus yang perlu dihantar dalam beberapa hari lagi habis musnah dek kerana kesan jangkitan virus. Semahal dan secanggih manapun sesebuah perisian anti virus yang dipasang di dalam komputer anda, ianya tidak bermakna jika tidak dikemaskini "definisi virusnya" dengan kerap. Masalah ketiadaan internet sepatutnya tidak menjadi alasan kerana pusat siber masih lagi banyak terdapat di persekitaran awam dan wireless internet juga makin mudah didapati terutamanya di restoran, pusat beli belah dan di kawasan-kawasan bandar tertentu, terutamanya di pusat pentadbiran kerajaan negeri dan jabatan kerajaan. kredit : smskey.blogspot.com

CARA MENSHUTDOWN PC RAKAN FROM CHATTING GUNA CMD Assalamualaikum....Hari nie F4nZ nk share skit tuto simple dekat korang cara untuk men SHUTDOWN PC rakan korang guna CMD...This is very simple and cool trick...^_^ Follow Step Di bawah : Step 1 : sebelum kita mulakan Clear All History , All Cookies ,Stop All Download dan Tutup All Extra Tab Step 2 : Pergi ke Start Click run Dan tulis CMD dan Press ENTER Step 3 : Dah bukak CMD pastu Tulis "netstat -n" (without quotes). Step 4 : sekarang korang dh buat sume step diataskan....ade x keluar banyak IP Address mesti bykkan....(itulha mangse anda) Step 5 : Now again, type "shutdown -i"(without quotes).A box will appear now click on add button.A small box will pop up. Now type ip address of computer which you get from "netstat -n" command. Step 6 : Now there are three options click on shutdown. Step 7: To show a message to victim's computer check the "warm users of the action" and set the number of seconds. Step 8 : Now select any option in shutdown event tracker. Step 9 : Now comes the best part of the prank. In last type your message like you got hacked and we destroy your computer. After this shutdown your computer is not going to start(type anything that scare your victim). Now click on ok and you are done. Have fun guys

You might also like