You are on page 1of 7

KERTAS CADANGAN: TERNAKAN LANDAK RAYA

Oleh: Ahmad Safian bin Abdullah 610518-

KERTAS CADANGAN: PERMOHONAN PERMIT & MODUS OPERANDI TERNAKAN LANDAK RAYA

1. Pendahuluan

Hystrix brachyura atau nama tempatannya ialah Landak Raya, dikenali juga sebagai porcupine, terdiri daripada gabungan dua perkataan Latin yang bererti babi berduri. Seseekor landak dikira sebagai matang ketika berusia lapan hingga 12 bulan dan boleh menghasilkan kira-kira lapan kilogram (kg) daging. Panjang landak biasanya antara 63 hingga 80 sentimeter dengan berat antara lima hingga 20 kilogram. Tempoh bunting landak raya betina adalah 16 minggu atau hampir 100 hari. Landak raya mampu membiak sehingga dua kali setahun. Haiwan bertulang belakang (vertebrata) ini melahirkan dan

menyusukan anak mereka. Landak Raya telah mula dikomersial secara bersama oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan orang awam sejak 2005 lagi. Namun demikian, landak raya adalah sejenis haiwan yang dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara 1972 (Akta 76/72). Oleh yang demikian, langkah menternak landak raya adalah satu langlah yang mampu membantu langkah pemeliharaan dan pemuliharaan haiwan terancam ini. Penternakan haiwan yang dilindungi ini sememangnya memberikan banyak manfaat dari segenap aspek. Selain mampu menjadi satu bentuk sumber makanan, landak raya yang diternak secara sah mampu menjadi satu medium pendidikan mengenai pemeliharaan dan pemuliharaan hidupan liar, di samping ternakan ini sendiri menjadi satu alternatif yang lebih baik berbanding pemburuan landak secara haram di hutan.

2. MATLAMAT

Kertas kerja ini bertujuan bagi memohon permit menternak landak raya yang sah di sisi undang-undang melalui Jabatan PERHILITAN. Selain itu, permohonan ini adalah bagi memastikan ternakan ini adalah satu langkah yang benar-benar dapat membuahkan hasil melalui bimbingan dan pemantauan pihak Jabatan PERHILITAN sekaligus mampu menyumbang ke arah aktiviti

pemeliharaan dan pemuliharaan hidupan liar di negara ini.

3. OBJEKTIF

1. Membantu

pihak berwajib

menjalankan aktiviti pemeliharaan

dan

pemuliharaan hidupan liar secara sah di sisi undang-undang. 2. Menjadi satu sumber pendidikan mengenai pemeliharaan dan

pemuliharaan hidupan liar bagi penduduk setempat. 3. Menyediakan satu platform atau sumber makanan bagi kegunaan domestik mengikut kapasiti pengeluaran yang bersesuaian. 4. Membantu menjadi platform atau sumber makanan bagi kegunaan domestik yang sah, sekaligus membantu mengurangkan pemburuan haram bagi tujuan mendapatkan bekalan daging landak. 5. Membantu menggalakkan aktiviti ternakan hidupan liar kepada

masyarakat setempat sebagai satu aktiviti yang bermanfaat.

6. BUTIRAN PEMOHON

6.1 6.2 6.3 6.4

Nama No. Kad Pengenalan Alamat Tetap Pekerjaan

: : : :

7. LAKARAN KAWASAN TERNAKAN 7.1. Pandangan Atas

7.2.

Pandangan Sisi

8. SAIZ KAWASAN TERNAKAN 8.1 Kawasan ternakan yang akan digunakan dianggar seluas

9. SASARAN JUMLAH TERNAKAN 9.1. Jumlah landak raya yang disasarkan untuk diternak dalam lingkungan kawasan ternakan yang dicadangkan adalah sebanyak

10. ANGGARAN KOS PERBELANJAAN TERNAKAN

No. Perkara

Bilangan

Jumlah

JUMLAH KESELURUHAN:

11. SUMBER KOS PERBELANJAAN TERNAKAN

11.1

Kos yang akan digunakan adalah dari sumber kewangan peribadi

pemohon tanpa melibatkan sebarang pinjaman dari mana-mana institusi kewangan

12. PENUTUP

Adalah diharapkan kertas kerja ini dapat menjelaskan sedikit sebanyak perancangan pemohon bagi menjalankan ternakan landak raya di alamat yang dinyatakan di atas. Selain itu, pemohon berharap agar permohonan permit bagi ternakan ini diluluskan oleh pihak tuan sekaligus memberikan ruang kepada penulis bagi menjayakan hasrat murni ini. Terima kasih.

Disediakan Oleh :

.......................................................... (AHMAD SAFIAN B. ABDULLAH) 610528-

Diluluskan Oleh:

....................................................................... ( )

Catatan: ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ _______________________________________________________________.

You might also like