You are on page 1of 2

Buatlah Persediaan Sebelum Mati

Amalan Pertama: Setiap hari hendaklah bertaubat dan beristighfar.


Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :Dan tidaklah Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun (istighfar) (Surah Al-Anfal ayat 33)

Amalan Kedua: Betulkan solat kita dan cuba untuk khyusuk.


Daripada Abu Hurairah, katanya bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud: "Sesungguhnya amalan yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari kiamat mengenainya ialah solatnya, jika solatnya diterima, maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia. Jika solatnya tidak diterima, maka kecewa dan rugilah ia. Jika terkurang daripadanya solat fardu sesuatu. Allah berfirman: 'Periksalah, adakah hambaku itu mempunyai solat-solat sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang daripada solat fardu. Demikianlah keadaan amalan lain." (Hadis Riwayat Tirmizi)

Amalan Ketiga: Selesaikan semua hutang.


"Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu katanya: Telah bersabda Rasulullah s.a.w maksudnya : "Roh seseorang Mukmin itu tergantung-gantung (dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan.'' (Riwayat Al-Imam Al-Tarmizi). Amalan Keempat :Banyakkan sedekah jariah. Daripada Abu Hurairah, Rasulullah ada bersabda, bermaksud: Apabila seorang mati, putuslah amalannya kecuali tiga perkara, (iaitu): Sedekah jariah, ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang solih yang berdo'a untuknya. (Hadis Riwayat Muslim dan lain-lain termasuk Imam Ahmad)

Amalan Kelima : Ilmu yang bermanfaat.


Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : "Sesiapa yang mengajak ke jalan hidayat, maka baginya dari pahala seperti pahala (sebanyak pahala) pengikutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dari pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak ke jalan sesat, maka menanggung dosa sebanyak dosa-dosa pengikutnya, dengan tidak mengurangi dari dosa-dosa mereka sedikit pun. (Diriwayatkan oleh Imam Muslim) Amalan Keenam : Anak yang soleh yang mendo'akannya . Do'a anak yg soleh bukan sahaja rahmat kepada kedua ibu bapanya yang masih hidup atau yang telah

Buatlah Persediaan Sebelum Mati


mati, tetapi akan membawa kebaikan dan pahala yang besar kepada anak itu sendiri. Sungguh beruntung anak yang sentiasa mengingati kedua ibu bapanya dengan mendoakan mereka selepas mengerjakan solat dan semasa berada pada hari baik bulan baik atau semasa berada di tanah suci yang sangat berkat dan mustajab do'a padanya. Amalan Ketujuh : Meminta maaf kepada semua orang yang kita melakukan dosa kepada mereka. Anak segeralah memohon ampun kepada kedua ibu bapa. Isteri hendaklah segera memohon ampun kepada suami. Murid hendaklah memohon kemaafan kepada guru-guru. Kita hendaklah memohon maaf kepada saudara-mara, jiran tetangga, sahabat handai, rakan sekerja dan sesiapa saja yang kita rasa telah melakukan dosa kerana Allah s.w.t. tidak akan mengampunkan dosa yang dibuat sesama manusia.

You might also like