You are on page 1of 13

SOLAR COOKING

Salah satu cara penyediaan makanan tanpa menggunakan peralatan dapur dan hanya menggunakan cahaya matahari sebagai sebagai sumber tenaga pembakar. Cuaca yang sesuai ialah semasa musim panas terik. Dapur solar amat sesuai digunakan di negara beriklim panas seperti Malaysia . Amat sesuai digunakan semasa membuat aktiviti gerak kerja luar seperti perkhemahan.

Menjadikan tenaga solar sebagai sumber alternatif yang murah.

Melindungi alam sekitar.

Mengurangkan penggunaan bahan api dari kayu.

KEBAIKAN

Tiada keracunan asap mahupun gas

Tiada ancaman kebakaran

Bahan-bahan yang diperlukan: a. Aluminium foil. b. Periuk memasak nipis yang disembur cat aerosol hitam. c. Kertas kadbord yang tebal. d. Gam. e. Plastik. f. Tali rapiah. g. Tiga biji batu kecil.

BACKWOOD MANS COOKING


1. PENGENALAN Memasak cara hutan amat berguna kepada KRS terutamanya semasa perkhemahan. Tempat perkhemahan hendaklah dibina di kawasan yang kering. Kayu sebagai sumber bahan api. Bara yang banyak dapat menghasilkan api yang baik serta tahan lama. Kawasan perkhemahan perlu dibersihkan dahulu. Kawasan dapur perlu lengkap dengan gadjet dan peralatan lain.

2. KAEDAH-KAEDAH MEMASAK.
Merebus atau mencelur.

Membakar dalam oven.

Memanggang.

Mengukus.

Menggoreng.

3. MEMASAK TANPA ALAT.


i. Menggunakan kertas aluminium. Kertas aluminium merupakan pengalir haba yang baik. Contoh makanan ialah ikan, daging dan ubi kentang.

ii. Menggunakan ruas buluh. Salah satu bahan yang menggantikan periuk. Digunakan untuk memasak nasi dan pulut.

iii. Memanggang. Sediakan dua batang kayu bercabang untuk membuat gajet alat pemanggang. Cucuk/kepitkan bahan makanan dengan besi atau bilah perangan.
iv. Membakar ubi keledek/ubi kentang. Gali lubang lebih kurang 1 meter untuk hidupkan api. Biarkan api menyala sehingga menjadi bara. Masukkan ubi kentang/ubi keledek ke dalam bara dan tutup semula lubang itu dengan tanah. Pastikan ubi sudah masak dengan mencucuk ubi menggunakan lidi atau benda yang tajam.

4. TEKNIK-TEKNIK MEMASAK TANPA ALAT.


a. Memasak di atas kepingan batu. Hidupkan api di atas permukaan batu yang leper. Bersihkan permukaan batu tersebut. Goreng bahan makanan seperti telur, ikan dan sebagainya di atas permukaan batu tersebut.

b. Memasak dengan cara membungkus dalam daun. Daun yang biasa digunakan ialah daun pisang atau daun keladi. Timbus makanan yang dibungkus dalam bara api dan tutup lubang dengan tanah setebal 5cm. Hidupkan api di atas lubang untuk mempercepatkan masakan.

c. Membakar. Contoh makanan ialah ayam atau burung. Bulu ayam atau burung tidak perlu dicabut tetapi dibasuh hingga bersih dan isi di dalamnya juga perlu dibersihkan. Hidup api hingga jadi bara dan bungkus ayam dengan tanah setebal 5cm kemudian masukkan ke dalam bara. d. Memasak nasi dalam buluh. Gunakan buluh yang masih basah/buluh hidup. Paraskan sedikit bahagian permukaan dan bersihkan bahagian dalam buluh. Masukkan beras yang telah dibasuh dan air. Tutup semula paras yang telah dibuat dan hidupkan api di bahagian bawahnya.

e. Membakar ubi keledek/ubi kentang. Gali lubang 1 Kaki untuk hidupkan api dan biar api menyala hingga jadi bara. Masukkan ubi kentang/keledek yang telah dibasuh ke dalam lubang dan tutup semula dengan tanah. Letak bara api di atasnya. Pastikan ubi telah masak dengan mencucuk menggunakan lidi atau benda tajam.
f. Memasak telur dalam ubi kentang/bawang/tanah. Potong ubi kentang kepada dua bahagian. Korek isi kentang untuk diisi sebiji telur yang telah dipecahkan. Masukkan dalam bara api.

g. Memanggang roti. Adunkan tepung dengan air dan garam serta serbuk penaik. Lilitkan pada kayu atau buluh yang telah dibersihkan. h. Memasak dengan cara membungkus dalam daun. Hidupkan api hingga jadi bara. Timbus bahan makanan yang telah dibungkus ke dalam bara.
i. Memasak kari dalam kelapa. Potong kelapa kepada dua bahagian. Tidak perlu keluarkan semua isi kelapa. Masukkan ayam dan rempah ke dalam kelapa. Masak atas bara hingga mendidih. Tempurung mestilah disalut dengan tanah dahulu dan dikeringkan.

You might also like