You are on page 1of 8

KEBUDAYAAN KAUM INDIA

Masyarakat India di Malaysia merupakan etnik yang ketiga terbesar selepas Melayu dan Cina. Kewujudan masyarakat India di negara ini telah mewujudkan masyarakat berbilang kaum di negara kita. Kaum India di negara kita juga kaya dengan adat dan budaya yang unik dalam kehidupan mereka. Malah kebudayaan masyarakat India telah menjadikan negara kita penuh dengan warna-warni kebudayaan. Kebudayaan masyarakat India sebenarnya berasal daripada agama Hindu. Walaupun kebanyakan masyarakat India hari ini bukan beragama Hindu, namun mereka masih mengamalkan kebudayaan berteraskan agama Hindu. Seperti kaum-kaum yang lain, kaum India juga mempunyai budaya pemakaian mereka yang tersendiri. Amalan pemakaian kaum India berbeza antara etnik dan ras. Di mana sesuatu cara pemakaian dapat menonjolkan etnik dan ras sekumpulan masyarakat. Begitu juga dengan amalan adat resam mereka yang turut berlainan. Sari merupakan pakaian tenunan khas yang dipakai oleh semua kalangan wanita India. Sari diubahsuai untuk menjadi pakaian kepada golongan kanak-kanak dan remaja. Sari juga dipakai mengikut kehendak dan ia dapat menunjukkan kumpulan keturunan seseorang wanita India. Dhoti merupakan pakaian tradisional orang lelaki dalam kaum India. Dhoti juga merupakan hasil tenunan yang ditenun menggunakan benang kapas ( Cotton ) dan ada juga dhoti yang ditenun khas dengan benang silk. Pemakaian dhoti juga mempunyai pelbagai cara. Selain aspek pemakaian, kaum India turut mempunyai jenis-jenis makanan tradisional yang tersendiri. Tosai merupakan salah satu makanan kaum India yang terkenal. Tosai mempunyai banyak nama lain. Tosai juga dikenali sebagai dosa, dosay, dose, dosai, dhosha, thosai ataupun chakuli.Tosai juga terdiri daripada pelbagai jenis seperti tosai telur, tosai cili, tosai bawang dan sebagainya. Makanan tradisional ini

sering dimakan oleh rakyat Malaysia terutamanya kaum India. Makanan tradisional ini berasal dari India. Tosai dimakan sebagai sarapan pagi atau makan malam. Tosai dimakan dengan pelbagai jenis lauk smpingan seperti sambar,sambal dari buahbuahan,acar india, kari ayam dan daging kambing. Di dalam tosai,ia diisi dengan kentang dan bawang yang telah di goreng sehingga ranggup. Selain tosai, makanan tradisional kaum India seperti idli dan murukku turut dikenali di kalangan masyarakat Malaysia. Idli mempunyai banyak jenis. Contohnya, sanna,rave atau sambar idli. Ia dimakan sebagai sarapan pagi ataupun sebagai makanan ringan. Makanan ini sering dihidang dengan sambal dari buah-buahan, sambar dan lain-lain. Bahan utamanya ialah vigna mungo dan nasi. Murukku juga mempunyai nama-nama lain. Nama lain murukku ialah chakli dan chakri. Makanan tradisional ini juga berasal dari negara India. Bahan utama murukku ialah urad dan tepung beras. Murukku boleh didapati di mana-mana sahaja dan dihidangkan sebagai makanan ringan. Murukku amat lazat dan senang untuk disediakan. Murukku dapat dibuat dengan pelbagai perasa seperti cili, asafoetida, ajawain dan cumin. Selain aspek pemakanan, kaum India turut mempunyai sukan dan permainan tradisional mereka yang tersendiri. Kho-kho merupakan satu permainan tradisional yang popular di kalangan kaum India. Permainan yang berasal dari Maharashtra ini pada mulanya dimainkan menggunakan kereta kuda. Kebanyakan ahli sejarah India mengatakan bahawa Kho-Kho merupakan hasil pengubahsuaian daripada satu permainan 'Lari dan kejar' di mana seorang pemain akan berlari dan mengejar serta menyentuh pemain lain. Permainan kho-kho ini memerlukan kecergasan fizikal pemain serta pergerakan yang fleksibel untuk megelak peserta-peserta lain. Kabadi ialah sejenis permainan yang dibentuk dalam permainan tradisional India. Permainan ini sangat terkenal di Selatan Asia dan tersebar dengan meluas di Tenggara Asia, Jepun, dan Iran. Ia adalah permainan bangsa Bangladesh dan juga meluas di Tamil Nadu, Andura Pradesh, Punjab dan Maharasutran di India. Dalam satu permainan, dua pasukan dibentuk di mana setiap pasukan terdiri daripada tujuh

pemain. Gelanggang yang digunakan adalah 12.5m x 10m (separuh daripada gelanggang bola keranjang). Kaum India turut memiliki alat-alat muzik tradisional mereka yang unik dan istimewa. Mridangam merupakan antara instrumen utama dalam industri muzik klasik masyarakat India sejak turun temurun. Mridangam terbit daripada dua perkataan bahasa sanskrit iaitu Mrid yang membawa maksud lempung dan Ang adalah badan. Alat tradisional itu ditemui dalam muzik karnatik sangget sebelum kewujudan tabla iaitu sejenis gendang yang terkenal dan diguna secara meluas dalam cabang muzik klasik hindustani sejak dahulu. Genderang panjang yang 'bermuka' dua itu dikatakan turut mengambil tempat dalam upacara ritual dan persembahan tarian klasik masyarakat selatan India iaitu barathanatyam. Kanjira termasuk dalam keluarga tamborin. Alat ini mempunyai bentuk yang seakanakan sama dengan alat tamborin barat yang terdiri daripada rangka bulat diperbuat daripada kayu pokok nangka sepanjang kira-kira 7 hingga 9 inci diameternya dengan kedalaman 2 hingga 4 inci dalamnya. Juga berfungsi seakan-akan alat muzik kompang atau tar di sesetengah tempat. Chende digunakan dalam aktiviti kesenian dan keagamaan di negeri Kerala. Alat muzik ini dipersembahkan dengan iringan alat-alat muzik lain seperti Khatali, Koodiyattam dalam bentuk tarian dan aktiviti-aktiviti pemujaan di negeri Kerala. Chenda digantung pada pemain gendang supaya ia tergantung tegak dengan bahagian atas gendang yang dibaluti kulit itu. Pemain menggunakan 2 kayu pemukul untuk memukul bahagian atas gendang tersebut. Chenda terbahagi kepada 3 jenis iaitu: Uruttu Chenda (untuk bermain pelbagai variasi), Veeku Chenda (untuk memainkan irama asas) dan Acchan Chenda. Alat muzik lain adalah Mrdangam yang dimainkan dengan meletakkannya secara selari di atas lantai. Pemain akan memalu permukaan yang kecil dengan tangan kanan, manakala memalu permukaan besar dengan tangan kiri. Mridangam diletakkan di atas kaki kanan dan buku lali.Kaki kanan dilunjurkan sedikit manakala kaki kiri akan

dibengkokkan dan diletakkan pada rangka badan mridangam serta bertentangan dengan badan pemain. Nadaswaram merupakan alat muzik klasik yang terkenal di selatan India. Alat muzik ini tergolong dalam keluarga erofon atau tiupan bukan loyang yang mempunyai bunyi terkuat didunia. Alat muzik ini mempunyai persamaan dengan alat tiupan Shehnai yang terdapat di utara India tetapi memiliki saiz yang lebih besar dengan badannya diperbuat daripada kayu teguh dan loceng yang besar. Alat ini juga ada yang diperbuat daripada kayu atau logam, mempunyai tujuh lubang pada badannya, dan lima lubang yang terdapat pada bahagian bawahnya yang dianggap sebagai lubang pengawal bunyi. Venu diperbuat daripada buluh dan merupakan salah satu daripada alat muzik yang tertua di India. Untuk memainkan alat muzik ini, jari ke dua-dua tangan digunakan untuk menutup dan membuka lubang pada venu. Venu ini boleh didapati dalam pelbagai saiz. Venu berkait rapat dengan Tuhan Hindu Krishna yang selalu digambarkan sedang memainkan alat ini dibibirnya. Alat muzik venu ini boleh menghasilkan bunyi dua setengah oktaf yang bersifat monofoni seperti suara manusia. Dalam memainkan alat muzik ini, jari amat berperanan penting dalam menutup dan membuka lubang agar menghasilkan bunyi yang menarik dan penting dalam persembahan berdasarkan muzik raga. Selain itu alat muzik lain adalah saraswati veena. Ianya dinamakan sempena nama Tuhan Hindu Saraswati yang selalu digambarkan sedang bermain alat muzik ini dan terkenal dalam masyarakat India. Selain alat muzik saraswati veena, terdapat 2 lagi alat muzik veena yang terkenal di India iaitu Vichitra Veena dan Rudra Veena yang mana kedua-dua alat muzik ini dimainkan dalam persembahan klasik Hindu, namun begitu hanya alat muzik saraswati veena sahaja digunakan dalam persembahan muzik karnatak di India.

Selain daripada kebudayaan yang meliputi aspek pemakaian, pemakanan, permainan dan alat muzik tradisional, kebudayaan utama yang diamalkan oleh masyarakat India di negara ini ialah kaum India mengamalkan adat bertegur sapa sesama mereka. Mereka sentiasa bertanya khabar antara jiran tetangga mahupun sahabat mereka jika bertemu. Mereka sering bertanya khabar tentang kesihatan, kerja, perniagaan dan sebagainya dengan sahabat dan sanak saudara mereka. Mereka biasanya menyapa dengan menggunakan atau menyebut perkataan vanakum. Seperti kaum lain, kaum India juga mempunyai adat berkunjung ke rumah sanak saudara dan menerima kunjungan mereka. Apabila mereka ingin berkunjung ke rumah tetamu, masyarakat India digalakkan membawa buah tangan kepada tuan rumah sebagai tanda terima kasih. Mereka juga digalakkan melangkah dengan kaki kanan apabila berkunjung ke rumah rakan atau sanak saudara. Sepertimana kaum-kaum lain, bagi kaum India apabila seseorang tetamu datang ke rumah, tetamu biasanya akan dijamu dengan makanan dan minuman. Oleh yang demikian, golongan tetamu ini harus menerima hidangan yang disediakan sebagai tanda ucapan terima kasih kepada tuan rumah. Dalam masyarakat ini, sekiranya mereka menerima sesuatu, mereka harus menerima dengan menggunakan tangan kanan. Tujuan mereka menerima pemberian menggunakan tangan kanan adalah sebagai tanda terima kasih dan juga tanda kesyukuran. Ia juga dikatakan sebagai tanda kebaikan. Dalam masyarakat India, keluarga merupakan institusi yang sangat penting. Dalam sesebuah institusi keluarga India, bapa memainkan peranan utama dalam sesebuah keluarga. Namun begitu, ibu merupakan seseorang yang sangat dihormati dan yang paling mulia dalam institusi keluarga. Malah ibu dianggap tuhan dalam keluarga mereka. Manakala anak perempuan mereka pula dipanggil seperti seorang ibu dalam tradisi masyarakat mereka. Oleh yang demikian, dalam kebudayaan mereka, anak perempuan dijaga dengan sempurna dan amat dititikberatkan terutamanya ketika mereka masih dara. Ini menunjukkan bahawa golongan wanita diangkat dengan darjat yang tingi dalam kehidupan masyarakat India di negara ini. Kedudukan suami dalam

keluarga pula, golongan suami dianggap sebagai tuhan oleh isterinya. Dan golongan suami harus ditaati dan dihormati oleh golongan isteri. Kaum India turut mempunyai kebudayaan yang unik dalam aspek perkahwinan. Sewaktu perkahwinan masyarakat India, kad jemputan memainkan peranan yang penting kerana sekiranya terdapat kesalahan pada kad jemputan ia menunjukkan bahawa majlis perkahwinan mereka tidak akan berjalan dengan lancar. Malah pada kad jemputan, mereka menyapu dengan serbuk kunyit cair sebagai tanda keharmonian. Seterusnya beberapa keping kad jemputan dalam bilangan ganjil akan dibawa ke kuil untuk disembahyangkan (arccanai). Kad jemputan tersebut diletakkan di dalam dulang bersama pinang, wang ringgit, sireh dan sebagainya sebagai tanda kekayaan. Upacara ini dikenali sebagai paanam paaku. Seterusnya dulang tersebut dibawa ke rumah pengantin perempuan untuk diberikan kepada pengantin lelaki dan begitu juga sebaliknya. Seterusnya adalah penyediaan thaali yang merupakan lambang suci perkahwinan yang dikalungkan pada leher pengantin perempuan dan lelaki. Pada thaali tersebut diletakkan segumpal benang putih yang dilumurkan dengan kunyit. Dalam penyediaan thaali ini, ia mengambil masa selama tujuh atau sembilah hari sebelum majlis perkahwinan. Dalam penyediaan thaali ini pihak lelaki dikehendaki membawa emas, cendana, kumkum, sireh dan bayaran untuk membuat thaali. Tiga hari sebelum perkahwinan, thaali tersebut hendaklah diletakkan di tempat sembahyang. Seterusnya, upacara sembahyang dilakukan dan dikenali sebagai thalippadaiyal di mana dalam upacara tersebut nasi manis disediakan termasuk dhoti dan sari untuk pasangan pengantin. Semasa perkahwinan berlangsung, upacara penyatuan atau ikatan suci akan dilakukan agar perkahwinan kekal hingga ke akhir hayat. Majlis perkahwinan dimulakan dengan upacara niccayam (ikat janji) dengan memberi hadiah seperti pakaian dan lainlain. Selepas itu, pengantin lelaki akan mengalungkan thaali. Pelbagai adat yang dilakukan ketika majlis perkahwinan berlangsung. Antaranya adat menghormati dan mendapat restu termasuklah menyerah sebiji kelapa yang dilubangkan pada bahagian atasnya, menuang air susu ke dalamnya, memberi sirih, mencium tapak kaki ibu

bapa dan membasuh kaki ibu bapa, memberi hadiah dhoti kepada bapa mertua serta sari dan wang kepada ibu mertua. Selepas upacara perkahwinan, pengantin perempuan dikehendaki pergi ke rumah pengantin lelaki sebagai menghormati suami selepas mereka disahkan sebagai pasangan suami isteri. Kemudian pengantin lelaki pula dikehendaki pergi ke rumah pengantin perempuan selama tiga hari. Pada masa itu ibu bapa mertua akan menghormati kedua-dua pengantin dengan mengadakan jamuan. Selain daripada adat perkahwinan, masyarakat India juga mempunyai adat menyambut kelahiran bayi. Dalam menyambut kelahiran bayi, semua ahli keluarga akan dimaklumkan tentang kelahiran seseorang bayi. Setelah itu, apabila bayi dilahirkan, ahli keluarga tidak boleh menjalankan sebarang upacara keagamaan selama 16 hari. Pada hari ke 16 merupakan hari menamakan anak. Ketika ini, rumah dan buaian akan dihias dengan begitu cantik. Dalam acara ini, jiran-jiran akan dijemput bagi memeriahkan majlis. Dalam memberikan nama yang sesuai kepada anak, seorang ahli agama akan dirujuk untuk mencari nama yang bertuah dan bersesuaian dengan bintang aksaranya. Dalam memberikan nama bayi, bayi tersebut dipangku satu persatu oleh golongan tua dan dinyanyikan lagu agama oleh golongan wanita. Seterusnya adalah kebudayaan kaum india dari aspek perayaan. Masyarakat India menyambut pelbagai jenis perayaan dalam setahun mengikut kelendar Hindu. Sepanjang tahun tersebut, mereka akan mengadakan pelbagai upacara sembahyang dan perubahan tahun. Perayaan orang India diadakan mengikut bulan dan setiap bulan ditandakan dengan bulan mengambang dan bulan menirus. Terdapat 21 jenis perayaan dalam masyarakat India dan ini termasuklah perayaan Deepavali, Thaipusam dan Thaiponggal. Deepavali ialah perayaan cahaya sebagai tanda kejayaan cahaya ke atas gelap atau ilmu ke atas kejahilan ataupun keadilan mengatasi kezaliman. Inilah perayaan paling utama bagi masyarakat India. Pada hari ini upacara sembahyang akan diadakan terutama untuk mendoakan roh keluarga yang sudah meninggal dunia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang bererti cahaya dan perkataan "Gavali" yang bererti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya.

Menurut lagenda, Raja Naragasuri yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh oleh Maha Krishnan. Sebelum mati, Raja Naragasuri meminta semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia. Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali. Seterusnya adalah perayaan Thaipusam. Thaipusam pula adalah perayaan bulan Thai untuk membersihkan diri dengan menggunakan susu, madu dan bunga di kuil dan membuat persembahan kepada Dewa Subramaniam. Pada masa perayaan ini diadakan, kavadi yang berisi buah-buahan, susu. Ketika perayaan ini terdapat pelbagai jenis persembahan daripada penganut agama Hindu. Seterusnya adalah perayaan Thaiponggal yang merupakan perayaan menuai dan padi baru masak serta memuja semangat padi. Ia adalah masa yang amat baik untuk mangadakan perkahwinan dan upacara lain. Rumah akan dibersihkan dan dihiasi, ponggal pula akan dimasak di dalam periuk baru untuk dipersembahkan kepada Dewa Matahari dan juga disedekahkan kepada jiran tetangga. Sepertimana kaum Melayu dan Cina, kaum India turut memiliki kebudayaan mereka yang unik, istimewa dan tersendiri. Ianya telah menambah rencah warna-warni dalam kehidupan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Perpaduan dan kerjasama erat di antara kaum yang terus terjalin kukuh akan menyumbang kepada kemajuan dan kejayaan negara yang lebih cemerlang pada masa hadapan menjelang tahun 2020.

You might also like