You are on page 1of 9

SJK ( C ) DAMANSARA PENILAIAN ( KALI 1 / 2013 ) PEMAHAMAN BAHASA MALAYSIA TAHUN ENAM

NAMA TAHUN Minit )

: ______________________ :_______( )

MARKAH TARIKH MASA

:______________ : 13.03.2013 : 8.008.50 AM (50

Arahan AM : Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan iaitu, A, B, dan C atau empat pilihan jawapan iaitu, A, B, C dan D. Antaranya ada satu jawapan yang betul. Pilih jawapan itu. Kemudian, tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan yang disediakan. Soalan 1 -20 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1. Di sinilah tempat ____________ dilahirkan, kata Murni kepada Siew Lan. A. kami B. saya C. engkau D. awak Ibu akan membeli barang-barang keperluan harian di ___________ pada setiap awal bulan. A. jalan raya B. balai raya C. pasar raya D. rimba raya

2.

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3.

Husna tunduk apabila dimarahi ibunya sambil kakinya ____________ hujung tikar. A. menyepak B. mencucuk C. menguis D. menendang 6BM/PEM/1

4.

Makanan Eric _______________ ke atas lantai kerana dilanggar oleh kawannya. A. terjatuh B. tersungkur C. terjerumus D. terpecah Ibu Siew Lin tidak suka menyiang ikan keli kerana baunya _____________. A. hamis B. hapak C. hanyir D. busuk Langit ____________ menandakan hujan akan turun. A. mendung B. keruh C. terang D. pekat Murid-murid di sekolah itu berkumpul di tapak perhimpunan _________________ loceng berbunyi. A. selagi B. sebelum C. sampai D. hingga Mereka mendengar taklimat itu dengan _____________ supaya mereka dapat memahaminya. A. jelas B. kerap C. teliti D. senyap Ah Chong ___________ kawan-kawannya berjaya mendaki Gunung Kinabalu itu ____________ ke puncaknya. A. tetapi......kepada B. dan ...... hingga C. serta ...... dari D. atau.....bagi Sarah berharap _____________ dia dapat berjumpa semula dengan kawan baiknya yang telah berpindah. A. jika B. agar C. apabila D. kerana

5.

6.

7.

8.

9.

10.

6BM/PEM/2

Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.

11.

Sudah seminggu Encik Lim _______________ di hospital kerana mengalami masalah kesihatan. A. lantaran B. terlantar C. pelantar D. lantar _____________, beraninya penari-penari tarian singa itu melompat di atas palang kayu yang tinggi itu! kata Ah Meng. A. Amboi B. Ceh C. Nah D. Wah Semua murid dikehendaki masuk ke dewan sekarang kerana pertandingan bercerita akan dimulakan sebentar lagi, kata ______________________ majlis. A. jurucakap B. juruacara C. juruhebah D. jurubahasa

12.

13.

Soalan 14 berdasarkan gambar di bawah.

6BM/PEM/3

14.

Pemborong permaidani meletakkan beberapa ___________ permaidani di sudut kedainya. A. helai B. bidang C. gulung D. hamparan Suasana di dalam kelas itu menjadi senyap apabila __________ lalu. A. Menteri Besar B. Guru Besar C. Duta Besar D. Ketua Menteri Murid-murid di kelas itu ketawa ____________ apabila guru mereka menceritakan kisah yang sangat lucu. A. melolong-lolong B. tersipu-sipu C. terbahak-bahak D. terdekih-dekih Emak memasak sup ________ ikan sebagai hidangan tengah hari nanti. A. bebola B. jejari C. kekisi D. lelangit Nazrul memasukkan se___________ ais ke dalam air minumannya yang terlalu panas. A. biji B. buah C. ketul D. untai Misi angkasawan negara ke Stesen Angkasa Antarabangsa itu membawa nama negara. ______________, angkasawan negara perlu menjalankan tugas dengan baik. A. Namun begitu B. Selain itu C. Tambahan pula D. Oleh itu Kejayaan Siew Lin membentangkan hasil kajian tentang Teknologi Nano di Parlimen British telah menjadi ____________ rakyat Malaysia. A. buah mulut B. berat mulut C. buah tangan D. bekas tangan

15.

16.

17.

18.

19.

20.

6BM/PEM/4

21.

Zhang Heng merupakan ahli sains China yang bijak sehingga beliau Berjaya mencipta seismograf. Pilih perkataan seerti bagi bijak. A. B. C. D. rajin pintar tekun dungu

22.

Harapan pemain itu untuk menjadi johan musnah apabila dia tewas pada pusingan awal. Pilih perkataan berlawan bagi tewas. A. B. C. D. yakin tepat pasti menang

Soalan 23 24 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. 23. I II III IV Kuih-muih di gerai Mak Mah jalan dalam masa yang singkat. Izam meminta jalan daripada ibunya untuk bermain dengan kawan-kawannya. Jalan cerita filem itu sangat membosankan hingga menyebabkan saya mengantuk. Mereka sedang mencari jalan untuk menangkap pencuri yang semakin berleluasa di kampong mereka. I dan II II dan III III dan IV I dan IV Terlalu keras untuk ayah dan ibu memenuhi permintaan abang. Mereka bekerja keras untuk menyiapkan tempahan para pelanggan. Kami tidak termakan kuih yang dibuat oleh Kak Nina kerana sangat keras. Tindakan keras akan dikenakan terhadap murid-murid yang ponteng sekolah. I dan II III dan IV I, II dan IV II, III dan IV

A. B. C. D. 24. I II III IV A. B. C. D. 25.

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah. Mengapakah kamu asyik termenung sejak akhir-akhir ini? A. Saya tidak suka kamu melihat saya sedang termenung. B. Saya teringat akan ibu dan ayah saya di kampung. C. Rasa-rasanya saya memang seorang yang suka termenung. D. Rupa-rupanya kamu mengintai saya yang sedang termenung. 6BM/PEM/5

26.

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah. Zaleha berkenalan dengan Suhaila ketika dia bercuti di kampung neneknya. A. Bilakah Zaleha berkenalan dengan Suhaila? B. Mengapakah Zaleha berkenalan dengan Suhaila? C. Bagaimanakah Zaleha hendak mengenali Suhaila? D. Siapakah yang memperkenalkan Zaleha dengan Suhaila?

27.

Pilih ayat yang sama maksud dengan dengan ayat yang diberikan. Murid-murid boleh menambahkan pengalaman dengan menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah. A. Murid-murid yang melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum di sekolah boleh menambahkan pengalaman. B. Pengalaman murid-murid akan berkurang jika mereka pergi ke sekolah dan menyertai kegiatan kokurikulum. C. Kegiatan kokurikulum di sekolah bertujuan untuk menambahkan pengalaman murid-murid. D. Pengalaman murid-murid akan menambahkan kegiatan kokurikulum di sekolah.

Soalan 28 30 Pilih ayat yang betul. 28. A. Kerosakan kemudahan awam berpunca dari sikap golongan remaja. B. Kak Seha tinggal sebilik dengan Najwa semasa tinggal di asrama. C. Abang Imran sangat mahir di dalam bidang komputer. D. Ikhmal belajar demi untuk lulus dalam peperiksaan. A. Ibu menghadiahkan tetamu kami masakan istimewanya! B. Cikgu Azman menghadiahkan ketua darjah kami pen? C. Saya membancuh secawan kopi untuk ayah. D. Paku tersangkut ayah pada dinding bilik. I II III IV A. B. C. D. Semua murid dan guru di sekolah itu saling menghormati. Tun Dr. Mahathir Mohamad negarawan yang dihormati di negara kita. Siti dan keluarganya menziarahi nenek mereka di tiap bulan. Para murid-murid sedang tekun menjawab soalan peperiksaan di dlam dewan. I dan II I dan IV II dan III II dan IV

29.

30.

Soalan 31-35 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, guru-guru, dan rakan pengawas yang dihormati sekalian. Terlebih dahulu, saya sebagai Ketua Pengawas SJKC Damansara ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberikan peluang kepada saya untuk menyampaikan ucapan dalam majlis yang berbahagia ini. Hadirin yang saya hormati, 6BM/PEM/6

Dalam kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada rakan-rakan yang dilantik sebagai pengawas sesi 2013. Kita insan bertuah kerana terpilih menyandang jawatan ini oleh pihak sekolah. Lantaran itu, sebagai pengawas kita perlulah mempunyai personaliti yang baik. Hal ini disebabkan kita merupakan pemimpin kecil di sekolah. Justeru, pengawas haruslah mempunyai ciri-ciri kepimpinan kerana kita diharapkan dapat menjadi pemimpin peringkat sekolah. Selain itu, kita tidak oleh mensia-siakan kepercayaan yang telah diberikan oleh pihak sekolah. Kita hendaklah melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan sebaikbaiknya. Apabila berhadapan dengan masalah murid yang melanggar peraturan sekolah, kita haruslah bijak mengambil tindakan. Dalam situasi ini, kita haruslah bersabar dan bersikap positif semasa menjalankan tugas. Sebagai pengawas sekolah, kita hendaklah menjadi teladan kepada murid-murid. Baik dari segi pencapaian akademik mahupun tingkah laku. Saya juga berharap agar rakan pengawas dapat menyeimbangkan antara tugas dan pelajaran. Sebelum mengundur diri, saya ingin mengucapkan selamat menjalankan tugas kepada pengawas sekalian. Jalankanlah tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik-baiknya. Sekian, terima kasih.

31.

Siapakah yang menyampaikan ucapan ini? A. Pengawas yang baru dilantik B. Guru Disiplin C. Guru Besar D. Ketua Pengawas Bilakah ucapan ini disampaikan? A. Pelantikan pengawas baharu B. Majlis kursus pengawas C. Perasmian sekolah baru D. Majlis jamuan pengawas Apakah yang harus dilakukan oleh pengawas apabila berhadapan dengan murid yang melanggar peraturan? A. Bertindak mengikut kata hati B. Membiarkan perbuatan murid tersebut C. Menegur perbuatan yang dilakukan oleh murid itu D. Melaporkan perkara itu kepada ibu bapa murid Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan. A. Pengawas SJKC Damansara bagi sesi 2013 baru dilantik. B. Pengawas haruslah menyeimbangkan antara tugas dan pelajaran. C. Seorang pengawas yang baik haruslah mempunyai sifat pemarah. D. Pengawas ialah pemimpin kecil di sekolah.

32.

33.

34.

6BM/PEM/7

35.

Maksud perkataan teladan dalam petikan ialah A. Orang yang dikenali B. Orang yang dicontohi C. Orang dihormati D. Orang yang disayangi

Soalan 36-40 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Zoo Negara yang terletak di Hulu Kelang, Selangor, menjadi destinasi lawatan popular dalam kalangan murid-murid pada cuti persekolahan. Hal ini demikian kerana Zoo negara mempunyai 476 spesis haiwan yang jarang ditemui. Zoo Negara yang diuruskan oleh Persatuan Zoologikal Malaysia berusaha untuk meningkatkan pemeliharaan dan penyelidikan haiwan liar. Pihak pengurusan Zoo Negara juga menyediakan program pendidikan untuk generasi muda agar mereka lebih mengenali dan menghargai haiwan. Untuk menggalakkan kunjungan murid-murid ke Zoo Negara, pihak Zoo Negara melalui jabatan pendidikannya telah mengatur pelbagai program pendidikan untuk lawatan sekolah. Pihak sekolah yang ingin mengadakan lawatan ke Zoo Negara perlulah menghubungi pihak Zoo Negara dua minggu sebelum tarikh lawatan. Hal ini bagi membolehkan pihak Zoo Negara pengaturkan program lawatan. Pihak Zoo Negara telah mengaturkan pelbagai program yang menarik untuk membolehkan murid-murid mengenali haiwan jinak di Zoo Negara. Di samping iu, pihak Zoo Negara juga mengendalikan program pendidikan Zoo sebagai Bilik Darjah. Di bawah program ini, murid-murid akan dibekalkan sebuah buku kerja semasa mengikuti program lawatan ini. Murid-murid perlu menjawap soalan-soalan yang terdapat dalam buku kerja itu. Jawapan bagi soalan itu dapat diperoleh daripada penerangan pihak zoo, label, papan tanda, dan pemerhatian terhadap haiwan tersebut. Kesimpulannya, pihak Zoo Negara berharap agar program pendidikan itu akan menyedarkan murid-murid tentang kepentingan menjaga alam sekitar bagi mengekang kepupusan haiwan. Haowan di Zoo Negara ini dipelihara dengan sebaik-baiknya untuk tatapan generasi akan datang.

36.

Zoo Negara menerima paling banyak kunjungan pelawat pada A. Hari Terbuka Zoo Negara. B. setiap cuti persekolahan. C. setiap hari persekolahan. D. setiap hari Isnin. Apakah tujuan Persatuan Zoologikal Malaysia mengadakan program pendidikan generasi muda? A. Supaya generasi muda lebih mengenali dan menghargai haiwan B. Supaya generasi muda gemar menjadi sukarelawan di Zoo Negara C. Supaya generasi muda melibatkan diri dalam penyelidikan haiwan D. Supaya generasi muda gemar melakukan lawatan ke Zoo Negara

37.

6BM/PEM/8

38.

Mengapakah pihak sekolah perlu memaklumkan lawatan mereka kepada pihak Zoo Negara lebih awal? A. Untuk memudahkan pihak Zoo Negara mengaturkan program B. Untuk melatih haiwan di Zoo Negara membuat persembahan C. Untuk pentugas Zoo Negara membersihkan persekitaran zoo D. Untuk membolehkan penjaga haiwan membersihkan kandang haiwan Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan tersebut. A. Terdapat pelbagai jenis haiwan di Zoo Negara B. Orang ramai boleh memeli haiwan di Zoo Negara C. Program Zoo sebagai Bilik Darjah dikendalikan oleh Zoo Negara D. Murid-murid perlu mencatatkan jawapan mereka di dalam buku kerja. Maksud kepupusan dalam petikan ialah A. Mengurangkan kehilangan B. menambah pembiakan C. hilang lenyap D. menyusut pembiakan

39.

40.

Disediakan oleh :

Disemak oleh :

__________________ ( EN. JOHARI MAT JAP )

_____________________ ( EN. MOKHTAR YAACOB )

6BM/PEM/9

You might also like