You are on page 1of 13

Kepentingan Kepelbagaian Sumber Bumi Kepada Manusia

Disediakan oleh: Muhammad Iqbal Bin Kamarudin (1 Adil)

Kepentingan Air
Air amat penting untuk mengawal suhu badan manusia. Tumbuhan menggunakan air dalam proses fotosintesis. Air adalah pelarut yang penting dalam badan kita. Bahan yang dilarutkan termasuklah makanan yang dicerna, oksigen dan bahan buangan. Darah yang terdiri daripada air juga merupakan pengangkut utama di dalam badan manusia. Air juga diperlukan dalam pertanian, penternakan, perindustrian serta pengangkutan.

Kepentingan Udara dalam Kehidupan


Manusia memerlukan oksigen semasa respirasi untuk membebaskan tenaga daripada makanan. Oksigen diperlukan untuk pembakaran. Tumbuhan memerlukan karbon dioksida semasa proses fotosintesis. Pembuatan baja kimia (baja ammonium, baja urea) memerlukan nitrogen.

Kepentingan Tanah dan Mineral


Tanah merupakan tapak pertanian, tapak perumahan dan tapak perindustrian. Hasil daripada pertanian ini boleh digunakan sebagai makanan atau diproses untuk menghasilkan produk. Mineral mengandungi pelbagai bahan logam yang boleh diekstrak daripadanya. Logam-logam tersebut digunakan untuk membuat pelbagai benda seperti peralatan, kenderaan dan sebagainya. Tumbuhan juga memerlukan mineral untuk pertumbuhan.

Kepentingan Bahan Api Fosil dan Hidupan Bahan api fosil penting kerana ia diperlukan untuk menjana
elektrik, menjadi bahan api untuk pesawat, kapal laut dan sebagainya. Bahan api fosil merupakan sumber tenaga yang utama untuk menggerakkan mesin dan jentera di kilang. Gas petroleum cecair pula digunakan sebagai bahan api untuk memasak di rumah. Hidupan di Bumi seperti tumbuhan dan haiwan penting kepada kita dalam banyak aspek seperti sebagai sumber makanan, untuk membuat pakaian, sebagai bahan binaan rumah dan lain-lain.

PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN SUMBER DI BUMI

Pemeliharaan
Tindakan melindungi sumber-sumber di Bumi supaya dapat mengekalkan keadaan semula jadinya.

Pemuliharaan
Cara penggunaan, pengendalian, dan pengurusan sumber alam untuk mengelakkan pembaziran, kerosakan dan kerugian.

Maksud Pemeliharaan dan Pemuliharaan

Cara Memelihara dan Memulihara Air


Mengurangkan penerokaan hutan yang merupakan kawasan tadahan air Tidak membuang sampah sarap ke dalam longkang, sungai atau laut Mengawal penmbuangan sisa kilang dan sisa pertanian ke dalam air

Jimatkan penggunaan air di rumah

Cara Memelihara dan Memulihara Udara


Tidak melakukan pembakaran secara terbuka Mengganti bahan api fosil dengan sumber alternatif seperti biojisim, angin, suria dan sebagainya. Menggalakkan penggunaan pengangkutan awam untuk mengurangkan penggunaan bahan api

Memasang penapis untuk menapis asap yang keluar daripada cerobong kilang

Cara Memelihara dan Memulihara Tanah dan Hidupan


Menebang pokok yang tua sahaja. Menanam semula pokok yang baharu setelah ditebang

Menanam tanaman untuk menutup muka bumi

Cara Memelihara dan Memulihara Mineral dan Bahan Api Fosil

Mengurangkan penggunaan bahan api fosil

Mengguna sumber tenaga alternatif (suria, air, dll.)

Mengurangkan Penggunaan dan Penggunaan Semula

Barangan seperti bekas makanan polistren ini patut dikurangkan penggunaannya

Beg plastik boleh diguna semula.

Barangan yang boleh dikitar semula

Contoh barangan yang boleh dikitar semula

You might also like