You are on page 1of 42

0.

0 REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Saya telah ditugaskan untuk menjalani program Pengalaman Berasaskan Sekolah


(PBS) di Sekolah Kebangsaan Telok Mas 75460 Melaka, selama dua minggu iaitu bermula
dari 23 Mac 2009 sehingga 27 Mac 2009 dan pada 30 Mac 2009 sehingga 3 April 2009.
Pelbagai pengalamn baru yang dapat saya rasai kerana ini adalah kali pertama saya menjejaki
kaki ke sekolah sebagai guru.

Pertamanya dari segi kawasan persekitaran sekolah. Kawasan persekitaran luar


sekolah adalah di kelilingi oleh kawasan kediaman penduduk setempat yang terdiri daripada
taman perumahan dan juga kawasan kampung yang agak damai.Keadaan sekolah juga
berhampiran dengan jalanraya utama Melaka-Muar. Persekitaran yang sedemikian ini, amat
sesuai bagi proses pengajaran dan pembelajaran.

Pengalaman berikutnya adalah berdasarkan hubungan saya dengan para guru di


sekolah dan pihak pentadbiran. Pada hari pertama PBS, saya dan 2 orang guru pelatih
daripada IPIK telah membuat sesi pengenalan dengan Guru Penolong Kanan1, Encik Ghazali
Bin Md Yasin.Saya menerangkan tujuan kehadiran saya ke sekolah ini, beserta surat-menyurat
dan borang perjanjian untuk ditandatangani oleh saya di hadapan beliau.Saya telah di berikan
sedikit taklimat mengenai sekolah ini, latarbelakang, prestasi akademik , ko-kurikulum dan
sebagainnya.

Saya di bawa ke bilik guru yang kelihatan agak padat untuk para guru yang bertugas di
sekolah tersebut. Guru-guru yang mengajar di sekolah tersebut adalah terdiri daripada pelbagai
kaum dan majoritinya ialah guru perempuan dan hanya terdapat beberapa orang sahaja guru
lelaki.Guru-guru di sana amat memberikan kerjasama kepada kami terutama apabila kami ingin
membuat tinjauan semasa mereka mengajar. Mereka tidak kedekut ilmu. Mereka juga ada
berkongsi bahan-bahan pengajaran dan menceritakan pengalaman-pengalaman mereka
sepanjang menjadi guru kepada kami agar menjadi bekalan panduan kepada kami apabila
mengajar kelak.

Pengalaman baru yang seterusnya pula ialah mengenai keadaan kelas pemulihan dan
murid-muridnya. Secara umumnya kelas pemulihan di sekolah ini adalah di tahap yang boleh
dipebaiki. Pelbagai alatan yang lengkap tersedia bagi memudahkan proses pengajaran dan

Page | 1
pembelajaran dilakukan. Antaranya perabot yang lengkap, televisyen, radio, dan pelbagai alat
bantuan mengajar yang lain lagi.

Suasana kelas yang ceria juga menjadikan murid-murid minat untuk belajar di kelas
pemulihan. Terdapat ruang untuk menempatkan bahan-bahan alat bantu mengajar, dan ini
memberi peluang untuk para pelajar pemulihan melakukan aktiviti bacaan mereka sendiri.
Bilangan murid bagi kelas pemulihan untuk darjah dua adalah seramai 10 orang. Manakala
jumlah murid bagi kelas pemulihan tahun tiga adalah seramai 6 orang. Nisbah pelajar lelaki
adalah lebih ramai berbanding pelajar perempuan. Kesemua mereka terdiri daripada kaum
Melayu.

Murid-murid pemulihan di sini rata-ratanya menunjukkan minat untuk memajukan diri


dalam pelajaran tetapi mereka memerlukan bimbingan secara khusus dan lansung daripada
guru pemulihan. Sikap ibu-bapa turut mewarnai pengalaman saya ketika menjalankan PBS di
sekolah ini. Sepanjang sesi persekolahan yang berlangsung dari Isnin hingga Jumaat, pelbagai
ragam dan gelagat murid-murid sekolah dapat dilihat. Namun, gelagat ibubapa atau waris
murid-murid tersebut menjadi satu persoalan tentang persekitaran sekolah tersebut.

Apabila loceng pertama dibunyikan pada 7.25 pagi, ibu bapa masih sibuk menghantar
anak-anak mereka ke sekolah dan apabila loceng kedua dibunyikan pada 7.45, yang
menandakan waktu pembelajaran pertama akan dimulakan, masih terdapat ramai ibubapa yang
menemani anak-anak mereka hingga ke pintu kelas. Apabila hampir waktu rehat, kantin akan
dipenuhi dengan para waris yang menghantar bekal makanan untuk anak-anak mereka.
Keadaan nampak lebih sesak walaupun kantin sekolah disediakan dalam sekolah tersebut. Hal
ini seolah-olah menunjukkan makanan yang dijual di kantin tidak berkhasiat dan kurang
menepati selera pelajar.

Sewaktu loceng tamat waktu persekolahan dibunyikan pada 1.35 petang, ibubapa
menjemput anak-anak mereka hingga ke dalam kelas malah ada juga yang bebas masuk ke
dalam bilik guru untuk bertanyakan tentang sesuatu hal. Keadaan ini menjadikan bilik guru tiada
privacy. Ibu bapa bebas memasuki bilik guru sesuka hati mereka. Semua pengalaman di atas
adalah amat bermakna untuk saya pelajari dan jadikan tauladan. Semua ini juga menjadi
pembakar semangat untuk saya menjadi seorang guru yang cemerlang demi menghasilkan
modal insan selari dengan tuntutan falsafah pendidikan negara.

Page | 2
1.0 PROFIL SEKOLAH

Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Telok Mas

Alamat Sekolah : Km 10 Telok Mas, 75460 Melaka

Kod Sekolah : MBA 2034

No Telefon : 06-2618835

E-Mail : mba2034@pd.jaring.my

Homepage : www.sekolah.mmu.edu.my/sktelokmas

Gred Sekolah : Gred A

Sessi Sekolah : Pagi Sahaja

Bilangan Kelas Biasa : 24

Bilangan Kelas Pra Sekolah : 1 Kelas

Bilangan Kelas Pemulihan : 1 Kelas

Bilangan Guru : 52 Orang

Bilangan Jaga : 3 Orang

Guru Besar : Puan Hjh Arifah Ibrahim

Penolong Kanan Pentadbiran : En Ghazali Md Yasin

Penolong Kanan HEM : Puan Hjh Habibah Mohd Saleh

Penolong Kanan Ko K : Tuan Hj Zali Othman

Guru Media : Puan Hjh Kasmah Kasban

Guru Bimbingan : Puan Masihan Kawi

Page | 3
2.0 SEJARAH SEKOLAH

Tahun 1850-1856 Sekolah pertama dibina Tahun 1969Pada tahun ini Sekolah
berbentuk bangsal. Ianya terletak di Solok Kebangsaan Telok Mas mendapat
Ketapang, Kampung Teluk Mas, Melaka. bangunan tambahan. Bangunan baru ini
Pada masa ini tenaga pengajar hanya setinggi dua tingkat, berdinding batu dan
seorang dan jumlah murid seramai 30 tidak berplaster. Terdapat bilik Guru Besar,
orang. pejabat pentadbiran, bilik sumber dan 6 bilik
darjah serta sebuah kantin. Jumlah guru
Tahun 1857-1861 Sekolah kedua dibina seramai 16 orang dan 2 orang pekerja.
pada tahun 1857 juga berbentuk bangsal Bilangan murid seramai 333 orang.
tetapi kelihatan lebih kemas dan tersusun.
Ianya dibina dan terletak di belakang Masjid Tahun 1990 Pada tahun ini Sekolah
Kampung Teluk Mas sekarang. Bilangan Kebangsaan Telok Mas mendapat sebuah
muridnya seramai 41 orang dan tenaga lagi bangunan tambahan 3 tingkat dengan 4
pengajarnya seorang. buah bilik darjah, sebuah bilik sembahyang,
sbuah bilik pusat sumber, perpustakaan
Tahun 1862-1933 Sekolah ketiga dibina di termasuk bilik radio TV Pendidikan. Pada
Solok Kampung Jawa ( kini dikenali Solok tahun 1990 keramaian murid sekitar 398
Kampung Pantai ) Bangunannya berbentuk orang dan bilangan pelajar ini bertambah
limas, bertiang batu, berlantaikan papan dari semasa ke semasa.
dan beratapkan genting bagi menggantikan
sekolah kedua. Bilangan guru seramai 4 Pada 6 Disember 1991 sekolah ini telah
orang dan pelajar sekitar 140 orang. Pada dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka,
tahun 1914 seramai 7 orang murid Tan Sri Haji Ab. Rahim Bin Datuk Tambi
perempuan telah belajar di sekolah ini. Chik PSM, DGSM, DPMJ, SSSA, AMN,
PJK. Padang sekolah juga disediakan untuk
Tahun 1934 Sekolah keempat dibina di kegiatan sukan dan pendidikan jasmani dan
Jalan Tambak Bongkok ( kini Jalan Daing kesihatan. Pada tahun 1992 kantin pula
Tawi ). Bangunan kayu bertiang batu diperbesarkan dan dilengkapi lantainya
setinggi 10 kaki berlantaikan papan dan dengan marmar.
beratapkan genting

Page | 4
Tahun 1999 hingga kini..

Pertambahan penduduk di kawasan sekitar telah mendorong untuk pembinaan


sebuah lagi bangunan tambahan. Pembinaan Taman Seri Telok Emas yang terletak
bersebelahan kawasan sekolah telah mengakibatkan pertambahan pelajar di sekolah
ini secara mendadak. Pertambahan pelajar telah meningkat sekali ganda dan
mencecah ke hampir 730 orang. Bangunan baru ini setinggi 4 tingkat yang
mengandungi 7 buah bilik darjah, sebuah Bilik Sains,sebuah Bilik Komputer, sebuah
Bengkel Kemahiran Hidup, pejabat dan setiap aras dilengkapi dengan kemudahan
tandas.

Bangunan ini telah dibina di atas tapak Taman Siti Baizura yang merupakan
sumbangan seorang kontraktor tempatan. Taman ini pernah menjulang dan menaikkan
nama Sekolah Kebangsaan Telok Mas kerana keindahannya. Namun demi kemajuan
anak-anak di kampung ini , maka terpaksalah taman ini dikorbankan dan terbinalah
bangunan baru yang berdiri gagah ini.Bangunan ini mula dibina pada tahun 1998 dan
dapat digunakan ketika sesi persekolahan tahun berikutnya iaitu tahun 1999 bermula
dengan menempatkan semua pelajar tahun 6, tahun 5. dan sebuah kelas tahun 4. Kini
blok ini dijadikan blok pentadbiran dan dikenali dengan Blok A.

2.1 Bagaimana SKTM mendapat nama?

Sekolah KebangsaanTelok Mas mendapat nama daripada nama Kampung Teluk


Mas sendiri. Menurut cerita Tuan Haji Bokhari ( Penghulu Kampung Teluk Mas )
Kedudukan Kampung Teluk Mas yang terletak berhampiran dengan Pantai Selat
Melaka dan fizikal bentuk muka buminya berteluk. Menurut sejarah yang disampaikan
secara turun-temurun, orang-orang Bugislah yang telah meneroka dan membangunkan
Kampung Teluk Mas ini, nama-nama seperti Daing Othman,dan Daing Siang sudah
tidak asing lagi bagi penduduk di kampung ini. Jalan Raja Haji, Jalan Daing Tawi,
Kampung Tambak Bugis dan Batu Bugis adalah nama-nama peninggalan sejarah orang
Bugis di kampung ini.

Page | 5
Pada suatu hari seorang nelayan pergi menjala udang di kawasan teluk. Di
jalanya telah tersangkut beberapa ketulan emas kecil. Berita penemuan ini telah
mendorong nelayan terutama dari kawasan Bandar Hilir datang beramai-ramai mencari
emas di kawsan laut berhampiran Teluk Mas. Mereka mengumpul sebanyak mungkin
dan memunggah emas ke dalam sampan. Rasa tamak telah menguasai diri mereka.
Dengan takdir Allah, sampan yang penuh dengan emas tersebut telah terbalik dan
kesmua emas tadi jatuh ke dasar laut. Peristiwa tersebut telah menjadi pengajaran
bagi semua penduduk kampung. Sebagai mengingati peristiwa tersebut penduduk
kampung menamakan kampung mereka dengan nama Kampung Teluk Mas dan
kekallah sehingga sekarang. Begitulah secara ringkas kewujudan nama Teluk Mas.

3.0 PENGASAS SEKOLAH

Pihak pengurusan sekolah masih belum mendapat bukti yang jelas dan tepat
tentang siapakah yang bertanggungjawab mengasas dan menubuhkan Sekolah
Kebangsaan Teluk Mas pada awal tahun 1850-an. Ketiadaan bukti sejarah amat sukar
untuk mengenal siapa pengasas penubuhan sekolah ini. Walau bagaimanapun melalui
temubual dan cerita masyarakat setempat, kemungkinan besar penubuhan sekolah
terawal bermula semasa penempatan orang Bugis selepas kegagalan mereka
menawan Kota Melaka daripada pemerintahan Belanda pada tahun 1641.
Daripada beberapa perbualan dengan masyarakat tua di kampung ini dipercayai
bahawa Daing Othman dan Daing Siang adalah orang yang bertanggungjawab
mendirikan institusi pendidikan yang berupa sebuah pondok untuk mendidik anak-anak
mempelajari agama Islam dan membaca kitab suci Al-Quran. Kita semua maklum
bahawa orang Bugis amat patuh dan taat kepada agama Islam terutama pada zaman
pemerintahan Raja Haji dahulu.

Akibat daripada pembangunan ilmu pendidikan, kaedah pengajaran telah


dipelbagaikan dan kanak-kanak di ajar menulis dan membaca tulisan jawi. Saad Bin
Page | 6
Daing Othman memperkembangkan institusi pendidikan dengan mendirikan sebuah
bagsal yang agak selesa dan kemas. Bertitik tolak daripada usaha inilah masyarakat
setempat telah bersatu tenaga dan bermuafakat mendirikan sebuah bangunan daripada
papan untuk dijadikan sekolah bagi mendidik anak-anak tempatan. Usaha ini diteruskan
oleh anak beliau yang bernama Haji Muhammad Bin Haji Saad. Haji Muhammad Bin
Haji Saad adalah cucu kepada Daing Othman.

Beliau dilahirkan pada 28 Februari 1903 di Kampung Teluk Mas. Beliau


mendirikan rumahtangga pada 28 Februari 1928 dan dikurniakan 2 orang nak
perempuan dan seorang nak lelaki. Beliau menjadi pengasas penubuhan sekolah
rendah rakyat pada masa tersebut. Usaha beliau yang memberikan bantuan tenaga
dan sumber kewangan bagi mendirikan bagunan sekolah rendah amat dikagumi rakyat
tempatan. Beliau menjadi seorang guru dan mengajar di Sekolah Kebangsaan Ayer
Molek dan kemudian bertukar ke Sekolah Kebangsaan Telok Mas dan bertukar ke
Sekolah Kebangsaan Batu Gajah. Beliau kemudiannya ditugaskan di Sekolah Kebangsaan
Teluk Mas semula dan bersara di sini. Beliau meninggal dunia pada 10 Disember 1984 akibat
sakit tua.

4.0 BENDERA DAN MOTTO SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK MAS

Page | 7
1. Saiz bendera sekolah ialah : 176 x 95 cm.
2. Bendera sekolah adalah terdiri daripada tiga
jalur utama iaitu :

Merah : Melambangkan semangat yang begitu tinggi dan berkobar-kobar seluruh


warga SKTM dalam mengejar segala yang dicita-citakan.

Putih: Keluhuran hati dan kesucian budi seluruh warga SKTM dan masyarakat
persekitarannya. Lencana sekolah di tengah-tengah menunjukkan bahawa SKTM
terletak di atas sebuah masyarakat yang berhati suci dan mulia.

Biru : Setiap apa yang dilakukan dalam usaha mengejar cita-cita yang
dihasratkan adalah berlandaskan semangat kasih sayang serta hormat
menghormati sesama warga SKTM.

Motto sekolah :

" USAHA JAYA "

Adalah cogankata yang pendek dan tepat serta berupaya mengungkapkan seribu pengertian. Jelas
menunjukkan bahawa setiap kejayaan yang ingin dikecapi tidak akan datang bergolek di hadapan kita jika
hanya duduk menadah tangan tetapi perlu diikuti dengan usaha yang tidak mengenal erti jemu. Kejayaan
yang manis diirngi dengan usaha yang gigih dan tekun akan lebih bermakna.

Kata-kata ini bukan sahaja ditujukan kepada murid-murid malah kepada guru-guru , kakitangan sekolah,
ibu bapa serta masyarakat persekitaran sekolah. Pendek kata kita tidaklah sepatutnya menyerah diri
kepada takdir semata-mata, sebaliknya perlu mempertingkatkan usaha jika ingin mencapai sesuatu
kejayaan yang cemerlang. .

5.0 LENCANA SEKOLAH

Page | 8
1. Saiz : Tinggi 5 cm

Lebar 4.7 cm

2. Motto : USAHA JAYA

3. Warna :

a) Kuning - Warga Sekolah Kebangsaan Telok Mas sentiasa patuh dan


taat kepada printah

b) Hijau - Warga SK Telok Mas, sentiasa patuh dan taat kepada


ajaran agama.

c) Putih - Warga SK Telok Mas menunjukkan kesucian fikiran,


perkataan dan perbuatan.

d) Biru - Warga SK Telok Mas menunjukkan kesepaduan dan saling


sayang menyangi antara satu sama lain.

4. Obor : Menunjukkan kesanggupan warga SK Telok Mas berkorban


untuk orang lain.

6.0 LAGU SEKOLAH

Page | 9
Di bawah bumbung ini,

Sekolah Telok Mas bertuah,

Kami tanam azam dan tekad,

Bersama menimba ilmu.

Di bawah bumbung ini,

Sekolah Telok Mas bertuah,

Kami berdoa kepada Illahi,

Semoga tercapai cita.

Kami berjanji akan berusaha,

Menuju ke arah yang jaya,

Dan menyahut seruan negara.

BANGUNAN
SEKOLAH

Page | 10
PERPUSTAKAAN
SEKOLAH

PONDOK
PENGAWAL
7.0 KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR

PADANG
KANTIN SEKOLAH
SEKOLAH

MAKMAL
8.0KECERIAAN SEKOLAH
KOMPUTER PRA SEKOLAH

AIR TERJUN
SUDUT LORONG
SUDUT MATEMATIK

Page | 11

TAMAN BILIK
PENGERUSI

PN HJH ARIFAH BT
IBRAHIM

GURU BESAR

NAIB PENGERUSI SETIAUSAHA


AHLI JAWATANKUASA
ENCIK GHAZALI BIN PN SITI MAIMUNAH PROGRAM
MD YASIN BTE SULAIMAN PEMULIHAN KHAS
SEKOLAH
GURU PEN. KANAN 1 GURU PEMULIHAN

PN HJH NORAINI BT
PN AZLINA BT AHMAD
DAUD
KETUA PANITIA
KETUA PANITIA
BAHASASUDUT
MELAYU J- ANALISA
MATEMATIIK

9.0 JAWATANKUASA PROGRAM PEMULIHAN KHAS SK TELOK MAS TAHUN 2009

PN SITI MAZIAH PN NORHAYATI BT EN ROSLEY BT MAT


PN FAIZAH BT UZIR
ZAKARIA MARZUKI SIN
GURU MATEMATIK 3P
GURU MATEMATIK 2P GURU BM 2P GURU BM 3P

PUAN MASIHA BTE


KAWI

GURU KAUNSELING

Page | 12
PN ROZITAH BT
OTHMAN

GURU KAUNSELING
10.0 PENGENALAN

Di dalam setiap sekolah, sistem pengurusan fail adalah amat penting bagi
memastikan setiap maklumat yang di perolehi, dapat di failkan dan menjadi salah
maklumat penting untuk kegunaan rasmi.Sebagai contoh jika terdapat kunjungan rasmi
daripada Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah.Setiap fail
merupakan maklumat rahsia sekolah dan penting jika terdapat sebarang permasalahan
berhubung dengan program yang di jalankan.

Berdasarkan kepada garis panduan pelaksanaan program pemulihan khas,


pengurusan fail dalam kelas pemulihan adalah selari dengan pengurusan fail sekolah.
Maklumat dalam sistem fail ini seperti maklumat pelajar, prestasi pelajar dan

Page | 13
sebagainnya, menjadikan sistem pengurusan fail ini sangat penting di dalam sesebuah
pentadbiran sekolah.

Objektif pelaksanaan sistem pengurusan fail ialah:-

 Memastikan setiap rekod yang ada di simpan dengan baik

 Memahami kepentingan penyimpanan rekod dan penyelenggaraan yang baik


setiap rekod-rekod kerajaan.

 Mempermudahkan pengurusan pentadbiran sekolah dalam mengemaskini profil


pelajar

 Mengenalpasti rekod individu murid dengan lebih berkesan

11.0 REFLEKTIF 1

Berdasarkan kepada pengamatan dan pemerhatian saya kepada sistem


pengurusan fail kelas pemulihan di Sekolah Kebangsaan Telok Mas ini, secara
keseluruhannya berada di landasan yang betul, serta mengikut Garis Panduan
Pelaksanaan Program Pemulihan Khas,Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian
Pelajaran Malaysia.

Terdapat beberapa perkara yang pada pandangan saya perlu di perbaiki


mengenai sistem pengurusan fail, kelas pemulihan di sekolah ini. Pertama, berkaittan
dengan tempat penyimpanan fail. Berdasarkan kepada pemerhatian, penyimpanan
rekod fail-fail tersebut, kurang efektif kerana tempat penyimpanan fail bercamur dengan

Page | 14
fail-fail murid, buku latihan serta alat-alat bantu mengajar. Perlunya ada tempat
penyimpanan yang khusus bagi kesemua fail-fail ini.

Perkara kedua yang perlu di beri perhatian ialah penggunaan fail yang kurang
kualti. Mengikut spesifikasi ISO yang sebenar, penggunaan fail keras adalah paling
tepat sekali untuk urusan-urusan rasmi fail. Kualiti yang tahan lama serta penyimpanan
setiap helaian rekod yang di jamin keselamatannya, membantu mewujudkan satu
sistem pengurusan fail yang berkesan dan efisyen.

Perkara ketiga adalah di lihat dari aspek kesesuian rekod yang yang di perolehi
dengan fail yang bertepatan dengan nama fail yang ingin dibuka. Ketika membuat
pemerhatian, di dapati terdapat kekeliruan rekod yang sepatutnya di masukkan di
dalam fail yang bersesuaian. Sebagai contoh surat daripada Jabatan Pelajaran Negeri
dengan surat mesyuarat kelompok Zon, di masukkan pada fail yang sama. Seharusnya
di asingkan rekod tersebut di dalam Fail Mesyuarat Kelompok dengan Fail Surat
Sebaran.Secara keseluruhannya, sistem pengurusan fail di kelas ini, masih perlu di
perkemaskan lagi untuk memudahkan setiap pergerakan, dan membantu pentadbiran
sekolah dengan lebih kemas, teratur dan berkesan.

Page | 15
12.0 SISTEM PENGURUSAN FAIL KELAS PEMULIHAN KHAS SEK.KEB. TELOK MAS, MELAKA.

FAIL PERANCANGAN FAIL PENILAIAN MURID


PROGRAM PEMULIHAN

FAIL MAKLUMAT
MURID FAIL SURAT SIARAN

FAIL JAWATANKUASA
PEMULIHAN KHAS FAIL MESYUARAT
JENIS-JENIS
KELOMPOK
FAIL

FAIL PERANCANGAN FAIL PERALATAN


PROGRAM PEMULIHAN PEMULIHAN

FAIL DATA MURID FAIL LEMBARAN


FAIL UJIAN KERJA
DIAGNOSTIK
13.0 JENIS-JENIS SISTEM FAIL
KELAS PEMULIHAN KHAS SEK.KEB. TELOK MAS

13.1 FAIL MAKLUMAT MURID

Di dalam fail maklumat pelajar ini, maklumat yang terdapat di dalam fail ini ialah,
senarai nama murid-murid kelas pemulihan tahun 2009. Sebagai contoh terdapat 2
kelas yang terlibat di dalam kelas pemulihan khas iaitu kelas 2 pandai dan 3 pandai
(rujuk lampiran).

Selain daripada itu, maklumat berkaitan dengan profil murid pemulihan khas
Lampiran E ( rujuk lampiran) yang mempunyai maklumat berkaitan latar belakang
murid secara umum, latar belakang keluarga, jenis pemakanan di rumah, penggunaan
masa lapang , hobi dan sebagainnya.Selain daripada itu, borang pencalonan
kemasukan ke program pemulihan khas juga terdapat di dalam fail maklumat murid ini.
Borang ini merupakan salah satu data penting dalam carta aliran proses pelaksanaan
program pemulihan khas.
13.2 FAIL PENILAIAN MURID

Di didalam fail ini, secara keseluruhannya ianya merangkumi maklumat


berkaitan degan prestasi individu murid-murid.Sebagai contoh keputusan ujian IPP2M
saringan 1, IPP2M saringan 2dan sebagainnya. Saringan ini di jalankan untuk
menentukan samada murid tersebut lulus dan gagal di dalam kemahiran membaca dan
menulis.

Selain daripada itu, maklumat berkaitan dengan rekod prestasi individu, di mana
pelbagai kemahiran yang di uji seperti berkikut:-

 Huruf kecil,

 Huruf besar,

 Huruf vokal,

 Sukukata KV,

 Perkataan KVKV,

 Perkataan VKV

 Perkataan KVKVKV

 Sklils Maths

 IPP2M
13.3 FAIL PERANCANGAN PROGRAM PEMULIHAN

Maklumat fail ini. berkaitan dengan laporan


pemulihan khas, perancangan pemulhan khas secara
tahunan, perancangan jadual waktu kelas, takwim
program pemulihan khas sekolah, analisa SWOT bagi
kelas pemulihan, carta gantt dan sebagainnya.
Secara keseluruhannya, fail ini mempunyai
maklumat berkaitan perancangan serta program-
prgram yang akan di jalankan oleh penyelaras kelas
pemulihan secara peringkat sekolah, ataupun
peringkat zon dan negeri.

13.4 FAIL DATA MURID

Fail di dalam data murid ini, merangkumi data murid


pemulihan khas, berdasarkan kepada format Unit Pendidikan
Khas, Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Jabatan
Pelajaran Melaka. Maklumat tersebut, merangkumi jumlah
keseluruhan enrolmen murid SK Telok Mas mengikut jantina,
bilangan murid yang belum menguasai 3M mengikut jantina,
bangsa serta peratusan murid-murid yang memasuki kelas
pemulihan khas.

Data ini penting, bagi tujuan pemantauan serta jumlah


sebenar murid pemulihan secara keseluruhannya di Melaka. Data ini, akan di gunakan
oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), untuk melaksanakan pelbagai program, serta
memastikan setiap aktiviti dapat di laksanakan dan mencapai objektif.

13.5 FAIL JAWATANKUASA PEMULIHAN KHAS


Di dalam fail ini, maklumat yang terdapat di dalam fail ini ialah berkaitan dengan
minit mesyuarat pemulihan yang dianggotai oleh
jawatankuasa program pemulihan khas peringkat sekolah
2009. Di dalam fail ini, setiap pergerakan kelas
pemulihan akan di catatkan laporan, dan di bentangkan
di dalam mesyuarat pemulihan peringkat sekolah.

Selain daripada itu, jawatankuasa pemulihan khas


yang terdiri daripada Guru Besar, Guru Penolong Kanan
1, Ketua Panitia BM dan Matemaik, Guru Bahasa Melayu
dan Guru Matematik.

13.6 FAIL PERALATAN PEMULIHAN KHAS

Di dalam fail ini, maklumat yang ada ialah berkaitan dengan senarai peralatan
yang terdapat di Kelas Pemulihan seperti meja murid, rak carta, langsir, air-condition,
white-board, lampu, kipas dan sebagainnya.Fail ini
berkaitan dengan pembelian peralatan , surat akuan
penerimaan. Dengan kata lain ianya berkaitan dengan
invois pembelian.

Secara keseluruhannya, fail ini merangkumi setiap


maklumat yang berkaitan dengan pembelian untuk kelas
pemulihan seperti kelengkapan peralatan kelas dan
sebagainnya.

13.7 FAIL MESYUARAT KELOMPOK

Fail ini, merangkumi maklumat mesyuarat pemulihan


secara kelompok. Iaitu mengikut kawasan/zon di dalam
sesuatu kawasan. Sebagai contoh, SK Telok Mas, di bawah kawasan Dun Bukit
Cina.Setiap mesyuarat kawasan bagi sekolah-sekolah di bawah satu DUN, akan
bekerjasama menjalankan aktiviti yang di rancangkan.Sebagai contoh baru-baru ini
satu sukan pemulihan khas telah di jalankan, dan di hadiri oleh murid-murid di kawasan
DUN Bukit Cina.

13.8 FAIL SURAT SIARAN

Fail ini mempunyai maklumat berkaitan dengan surat-


surat yang di perolehi daripada Jabatan Pelajaran Negeri,
Pejabat Pelajaran Daerah Melaka Tengah, berhubung
dengan perkara-perkara yang bekaitan dengan program
pemulihan.Sebagai contoh kursus –kursus
pengajaran,taklimat kutipan data. Kebiasaanya, fail surat
siaran ini, memerlukan guru pemulihan untuk menghadiri
sessi taklimat serta aktiviti-aktiviti yang di rancangkan oleh
jabatan pendidikan khas,

13.9 FAIL LEMBARAN KERJA

Fail ini, menghimpunkan hasil kerja


/latihan secara individu. Lembaran kerja
tersebut, merangkumi kertas latihan
matematik serta lembaran kerja bahasa
melayu. Setiap murid mempunyai satu fail individu yang mempunyai setiap kertas
latihan.Jika pelawat datang untuk melihat sistem pengurusan pemulihan, fail ini boleh di
jadikan bukti kelas pemulihan khas ini, berjalan seperti yang di rancang.

13.10 FAIL UJIAN DIAGNOSTIK

Ujian Diagnostik merupakan satu bentuk ujian yang di gunakan untuk


memastikan murid-murid menguasai kemahiran membaca atau menulis.Ujian ini di
gunakan untuk murid-murid pemulihan
khas, yang di berikan kepada mereka,
untuk menentukan samada mereka sudah
menguasai kemahiran ini ataupun tidak.
14.0 SISTEM PENGURUSAN FAIL ( GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM
PEMULIHAN KHAS 2008 JABATAN PENDIDIKAN KHAS KEMENTERIAN
PELAJARAN MALAYSIA)

Mengikut sistem pengurusan fail yang standard,spesifikasi garis panduan


pelaksaaan program pemulihan khas adalah seperti berikut:-

1. Fail Individu Murid yang mengandungi dokumen


seperti berikut:
 Borang Pencalonan.
 Profil Murid Pemulihan.
 Ujian Saringan dan Diagnostik
 Rekod Prestasi Ujian Diagnostik
 Hasil Penilaian yang telah dijalankan.
 Catatan-catatan lain yang berkaitan dengan murid.

2. Fail Lembaran Kerja Bahasa Melayu/ Matematik (disediakan secara individu)


 Rekod Prestasi Ujian Diagnostik
 Lembaran Kerja

3. Fail Jawatankuasa Pemulihan Khas Peringkat Sekolah

4. Fail Data Murid

5. Fail Perancangan Program Pemulihan Khas


 Pelan Tindakan Program
 Takwim program
 Carta Gantt aktiviti sepanjang tahun
 Jadual Waktu
 Borang Tindakan Susulan
15.0 BANDING BEZA SISTEM PENGURUSAN FAIL

Banding beza sistem pengurusan fail sekolah ini akan di lihat persamaan dan
juga perbezaannya dengan sistem pengurusan fail mengikut standard garis panduan
pelaksanaan program pemulihan khas, Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian
Pelajaran Malaysia.

PERSAMAAN

1. Sistem pengurusan fail di laksanakan adalah bertujuan untuk


memudahkan pentadbiran sekolah dan juga pengurusan pejabat
pendidikan negeri masing-masing.

2. Memudahkan pemantauan bagi setiap rekod dan murid.Sebagai contoh


prestasi akademik

3. Memudahkan membuat proses ‘follow-up’ dan perancangan serta aktiviti


program pemulihan khas, di peringkat zon/ daerah dan negeri, mengikut
rekod serta profil di dalam fail pemulihan khas.

4. Proses pelaksanaan dan pencerapan di lakukan untuk memastikan


kelemahan dan kekuatan sesuatu program.
PERBEZAAN

PENGURUSAN FAIL PENGURUSAN FAIL


SEK KEB TELOK MAS STANDARD

- Fail yang di gunakan daripada - Fail keras adalah fail yang


kertas yang nipis dan mudah sangat sesuai di gunakan
rosak dan tidak tahan lama KUALITI FAIL kerana tahan lama dan tidak
mudah rosak

- Data-data yang disimpan - Data-data perlu di kemaskini


tidak di kemaskini secara secara teratur dan di asingkan
PENGEMASKIN
teratur mengikut tahun-tahun terbaru
IAN DATA

- Sistem pengurusan fail tidak - Perlu mempunyai tempat


sistematik. Tidak mempunyai penyimpanan fail yang
PENYIMPANA
tempat khusus penyimpanan sistematik. Tidak bercampur
N
fail dan rekod dengan bahan-bahan lain

- Tiada nombor rujukan fail - Perlu ada rujukan nombor


untuk setiap surat siaran yang tertentu untuk memudahkan
RUJUKAN pengurusan sekolah dan guru
di failkan.
NOMBOR FAIL pemulihan
16.0 PENGENALAN

Di dalam setiap sekolah,pengurusan kelas merupakan salah satu agenda yang penting dalam memastikan sistem
pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan. Lebih-lebih lagi dengan di dalam kelas pemulihan khas.
Dalam pendidikan pemulihan khas, bilik / kelas merupakan satu daripada keperluan asas yang utama yang perlu
disediakan kerana mengikut konsep pemulihan khas.

Murid-murid yang ketinggalan / lemah dalam pelajaran di kelas biasanya akan dibawa keluar dari kelas dan
dimasukkan ke bilik yang disediakan khas untuk pengajaran dan pembelajaran pendidikan pemulihan. Dengan yang
demikian dalam menentukan bilik / kelas yang sesuai dan paling ideal, beberapa ciri / keperluan perlu di ambil kira.Di
antara tujuan pengurusan kelas yang berkesan adalah

1. Masa, tenaga dan alat-alat pengajaran dapat digunakan dengan sebaik-baiknya

untuk mencapai objektif pengajaran.

2. Dapat menggunakan kemudahan yang terdapat dalam kelas dengan berkesan.

3. Dapat mengadakan suasana pembelajaran yang menggalakkan.


17.0 REFLEKTIF 2

Berdasarkan kepada pengamatan sistem pengurusan kelas di sekolah ini, pada asasnya kedudukan kelas yang
agak hujung blok C, berdekatan dengan kantin sekolah, makmal komputer, pintu belakang sekolah merupakan lokasi
yang mempunyai pro dan kontranya yang tersendiri.Pengurusan kelas yang mempunyai 2 bay, sebenarnya sesuai
dengan bilangan pelajar kurang daripada 20 orang.

Secara keseluruhannya, persekitaran dalaman kelas perlulah di perbaiki lagi memandangkan kelas pemulihan ini,
memerlukan satu bentuk suasana yang mendatangkan minat pelajar itu sendiri untuk memasuki kelas pemulihan.
Kurangnya tatarias bilik pemulihan, serta penggunaan bahan alat bantu mengajar yang agak lusuh serta terdapat kesan-
kesan koyak, menyebabkan suasana agak muran di seluruh persekitaran kelas pemulihan ini.

Pada dasarnya, kelas ini mempunyai lantai yang bersih, marmar , selesa dengan kipas, penghawa dingin, tetapi
kurang di gunakan secara fleksibal. Sebagai contoh terdapat alat-alat ICT seperti komputer, televisyen, radio, tetapi tidak
di gunakan dan hanya di letakkan sahaja di sudut yang terdapat di dalam ruang pemulihan khas. Faktor guru pemulihan
yang agak berusia, mungkin menjadi faktor utama tatarias, serta penggunaan sepenuhnya alat-alat bantuan mengajar
tidak dapat du gunakan sebaik mungkin, khususnya dalamn proses pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, pengurusan kelas dari aspek murid, jadual waktu , penyusunan fizikal peralatan kelas juga perlu di
berikan penekanan supaya mewujudkan keselasaan pelajar itu sendiri. Sebagai contoh, penyusunan meja belajar murid
membelakangi papan putih. Ini menyukarkan pelajar tersebut untuk menulis, dan terpaksa memusingkan badan untuk
menulis. Secara tidak langsung pengajaran akan terganggu dan boleh menyebabkan masalah kesihatan pada jangka
masa yang panjang.

Secara keseluruhannya, sistem pengurusan kelas di sekolah ini perlulah di lakukan dengan lebih baik agar sistem
pengurusan kelas ini nampak sistemtik dan pentadbirannya akan lancar dan berkesan

18.0 PENGURUSAN KELAS PEMULIHAN SEK.KEB.TELOK MAS

18.1 FIZIKAL DAN PERSEKITARAN

Secara kasarnya, lokasi kelas pemulihan ini terletak di bahagian hujung Blok C. Bangunan Sk Telok Mas ini,
mempunyai 4 Blok bangunan, termasuk blok bangunan yang baru di bina. Lokasi kelas pemulihan ini, pada awalnya
merupakan bilik stor, dan di ubahsuai menjadi kelas pemulihan.

Secara fizikalnya, kelas pemulihan di sekolah ini terdiri daripada 2 bay bangunan, mempunyai kemudahan elektrik,
penghawa dingin serta peralatan-peralatan asas kelas. Persekitaran kelas pemulihan ini, jika di lihat di pelan di bawah
(rujuk rajah) kelas ini, berdekatan dengan kelas tahun 1 yang sentiasa berjalan proses P&P. Selain itu, kelas ini
berdekatan dengan kantin serta makmal komputer.

2B 2A 1P TANGGA SPBT BILIK BLOK C


KAUNSELING

1C 1B 1A TANGGA BILIK PEMULIHAN

(ARAS 1)
MAKMAL
KANTIN
KOMPUTER
Rajah : Pelan Tapak Kelas Pemulihan Khas Sekolah Kebangsaan Telok

18.2 KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR

Menurut Dr . Fred Jones, dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang kondunsif dan selesa, untuk
mendatangkan minat murid, persekitaran kelas menjadi faktor utama, selain daripada keceriaan, kebersihan, kemudahan
infrastruktur juga salah satu penyebab suasana proses pengajaran dan pembelajaran itu menjadi lebih berkesan.

Kemudahan-kemudahan yang terdapat di dalam kelas pemulihan ini adalah seperti berikut:-

MEJA MEDIA
BELAJAR ELEKTRONIK

MEJA MEJA
BELAJAR BELAJAR
PAPAN TULIS
PUTIH

PENGHAWA
DINGIN

PAPAN TULIS
PUTIH

ALMARI /RAK
BUKU
18.3 PERALATAN BAHAN BANTU MENGAJAR

Di dalam sesebuah kelas pemulihan, perlunya kelas dipenuhi dengan bahan-


bahan bantu mengajar, yang boleh membantu sedikit sebanyak di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.Sistem pengurusan kelas yang betul, terutamanya kelas
pemulihan, keperluan bahan-bahan alat membantu mengajar ini menjadikan kelas
tersebut bukan sahaja ceria, tetapi penuh dengan informasi yang berguna kepada
murid pemulihan khas.

Bahan bantu mengajar yang terdapat di kelas pemulihan ini, terbahagi kepada 2
bentu utama iaitu:-

• Bahan Bercetak

Contoh bahan bercetak adalah seperti kad-kad, buku bacaan bergred, carta ,
poster, buku rujukan, buku bertulis dan sebagainnya.

• Bahan Bukan bercetak

Contoh bahan-bahan bukan bercetak adalah seperti komputer, radio, VCD, DVD,
CD ROM
18.4 BAHAN-BAHAN BERCETAK

PAPAN KENYATAAN

BUKU BACAAN RUANG BAHASA

CONTOH
BAHAN-BAHAN
BANTU
MENGAJAR

(BAHAN

KAD-KAD BACAAN
18.5 BAHAN-BAHAN BUKAN BERCETAK

TELEVISYEN/AUDIO

CD-ROM KOMPUTER

CONTOH
BAHAN-BAHAN
BANTU
MENGAJAR

(BAHAN BUKAN

BACAAN ELEKTRONIK
18.6 PENYUSUNAN FIZIKAL KELAS

Penyusunan fizikal seperti perabot, alat tulis, penyusunan kerusi belajar,


kedudukan pelajar, kedudukan bahan-bahan bantu mengajar, adalah sangat penting
dalam memastikan sistem pengurusan kelas pemulihan tersebut nampak sempurna.
Dalam kertas kerja ‘Pengurusan Bilik Darjah Dinamik- Ke arah pembinaan modal insan
yang berkualti’ oleh Hj Shamsudin Bin Md Noor, menyatakan Bilik darjah sebagai
tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran, merupakan tempat yang
terpenting di sekolah.

Bilik darjah juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya seorang guru.
Pengurusan bilik darjah dinamik ke arah pembinaan modal insan yang menjurus
kepada pembinaan jasmani, emosi, rohani dan intelek memerlukan pelbagai
pengetahuan, kemahiran, prosedur, teknik dan strategi. Guru seharusnya memiliki gaya
kepimpinan, kemahiran merancang, kecekapan mengurus, kepelbagaian dalam
pengajaran dan pembelajaran, kebijaksanaan interpersonal, kemahiran berkomunikasi,
kemahiran kaunseling dan mampu mengendalikan teknologi maklumat dan komunikasi
(TMK).

Bilik darjah yang mempunyai peralatan asas iaitu papan hitam, papan
kenyataaan, dan ruang yang selesa, meja dan kerusi untuk guru dan murid, almari,
yang diahiasi dengan penyediaan bahan-bahan bacaan, dan bahan bantuan mengajar
serta peralatan sokongan serta dihiasi dengan keceriaan dan keberrsihan.Susunan
meja dan kerusi dalam bilik darjah sebaik-baiknya memberi kemudahan kepada murid-
murid mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan.
Murid mudah berintraksi sesama mereka dan mudah berintraksi dengan guru.

Rajah berikut merupakan pelan susur atur fizikal kelas pemulihan khas di
Sekolah Kebangsaan Telok Mas.Secara keseluruhannya, penyusunan fizikal kelas ini
masih perlu di perbaiki dan perlu bersesuaian dengan konsep kelas pemulihan
SUSUN ATUR PELAN KELAS PEMULIHAN KHAS SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK MAS, MELAKA.

Almari
Papan Buku
Papan
Kenyataan
Bakul Sampah Putih

Pintu Utama

Tingkap

Meja belajar

Tingkap

Tingkap

Meja belajar

Tingkap

Tingkap

Meja belajar

Tingkap

Almari
Fail
Komputer

Ruang
Tempat Penyimpanan Bahan Bantu TV/Radio
Pengurusan
Mengajar

Ruang Bahasa
Melayu Ruang Matematik
18.7 IKLIM DAN APLIKASI BILIK DARJAH

Suasana bilik darjah harmonis membantu peningkatan pengajaran dan


pembelajaran yang lebih bermakna. Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk
membentuk iklim dan budaya bilik darjah yang baik. Gaya kepimpinan yang berwibawa
tanpa terlalu banyak memberi arahan dianggap sebagai pemimpin demokratik hanya
akan mengambil masa untuk mendapatkan buah fikiran bagi menyelesai sesuatu isu,
dan kelihatan kumpulan-kumpulan yang ujud di bilik darjah mempunyai hubungan yang
lebih mesra dan saling bekerjasama. Berbeza dengan pemimpin Laiissez-faire yang
memberi arahan-arahan yang tidak jelas dan jawapan-jawapan yang ringkas tentang
sesuatu persoalan.

Pendekatan-pendekatan yang hendak digunakan bagi mengawal iklim dalam


bilik darjah perlu berlandaskan tahap perkembangan murid-murid. Iklim bilik darjah
yang baik biasanya dikaitkan dengan kepatuhan dan keseronokan murid bersama guru
dalam bilik darjah tersebut. Guru yang memiliki gaya kepimpinan yang matang sedia
menerima dan menghormati setiap murid dalam bilik darjah, memperbaiki peraturan-
peraturan supaya peraturan itu boleh berubah mengikut keadaan dan suasana serta
menekan kepada jangkaan-jangkaan yang positif. Apabila keadaan ini berlaku guru
sebagai pemimpin dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi dan pertumbuhan
diri murid-murid serta bersikap keterbukaan dalam perkara-perkara yang membawa
kepada kebaikan.

Pengurusan bilik darjah akan menjadi bertambah baik jika sistem penyeliaan
diurus dengan berkesan. Murid-murid diberikan tugasan dalam mewujudkan iklim yang
kondusif serta membantu dalam penyediaan bahan dan alatan, tugasan-tugasan yang
diberikan kepada setiap murid pada awal tahun lagi dapat membantu mengembangkan
budaya bertanggungjawab, berkerjasama serta hubungan yang baik antara mereka dan
juga hubungan antara guru dengan murid, dan peranan guru sebagai pembantu
penyelsaian masalah yang dihadapi oleh murid-murid.
Secara umumnya, pengurusan bilik darjah sebaik-baiknya merangkumi ciri-ciri
kesesuaian (releven) dengan murid, persediaan suasana pembelajaran yang berkesan,
organisasi pengajaran dan sokongan-sokongan yang membantu peningkatan aktiviti-
aktiviti perkembangan pembelajaran secara lebih aktif dan produktif, teknik-teknik
motivasi dan penyelesaian konflik dan pergabungan semua elemen dalam satu sistem
bagi menampakkan keberkesanannya. Peranan dan pengorbanan guru sebagai
penggerak dan pengubah iklim yang kurang menyerlah kepada suasana yang lebih
kondusif sebagai jambatan utama susanan pembelajaran yang memberangsangkan ke
arah pembentukan modal insan di kalangan murid..

18.8 PENGURUSAN MURID

Murid adalah pelanggan bagi setiap guru dalam bilik darjah, mereka akan
bersama setiap kali pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam bilik darjah. Hati
mereka perlu dibersihkan melalui pendidikan yang terbaik, yang melampaui tingkahlaku
manusia. Terdapat perbezaan antara individu murid atau kumpulan murid dengan yang
lain yang mendesak guru menggunakan yang optimum dalam pengurusan bilik darjah,
dan adalah penting guru memahami tingkahlaku dan budaya murid supaya sebarang
tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan tepat.

Pengurusan hal ehwal murid dalam bilik darjah melalui pendekatan penyayang
yang ditunjukkan oleh guru, dapat menjinakkan mereka, bercakap dengan bahasa yang
lembut dan bersopan, menegur dan membetul kesilapan dengan cara yang berhemah,
di samping menggunakan segala sifat mahmudah, akan mempercepatkan proses
kecintaan dan kesetiaan murid terhadap gurunya, dan kemujaraban pemindahan
maklumat daripada guru kepada muridnya.

Kemahiran berkomunikasi memainkan peranan penting ke arah pembentukan


budaya penyayang, komunikasi berkesan dalam dijelmakan dalam cara bertutur,
penggunaan bahasa badan, penulisan, juga melalui penggunaaan alat-alat tertentu
seperti komputer, telipon dan sebagainya. Apabila seorang guru menggunakan
kemahiran berkomonikasi terhadap muridnya, dapat menghasil suasana pembelajaran
yang lebih dinamik, pembentukan akhlak, kemahiran-kemahiran tertentu dapat diterap
dengan lebih mudah dan berkesan.

Komunikasi berkesan menghasilkan motivasi yang berkesan, murid mudah


menerima motivasi yang disampaiakn secara berhemah dan berhikmah, nilai-nilai murni
yang hendak ditanam dalam diri murid akan melalui laluan yang lebih mudah dan
berkesan. Berdasarkan kepada pemerhatian, pengurusan murid bagi kelas pemulihan
ini, agak mencabar terutamanya murid-murid tahun 3 berbanding dengan murid-murid
tahun 2. Faktor sikap serta ketegasan guru, menjadi penumbang kepada pengurusan
murid di kelas ini yang masih perlu di perbaiki.

Sebagai contoh, guru pemulihan di sekolah ini, agak berusia dan ini
menyebabkan murid-murid ini menganggap guru ini kurang tegas dan menyebabkan
proses P&P terganggu.Kajian ‘Pengurusan Bilik Darjah Dinamik- Ke arah pembinaan
modal insan yang berkualti’ oleh Hj Shamsudin Bin Md Noor menyatakan Kemahiran
mengawal kelas apabila guru melangkah masuk ke kelas tersebut menjadi penting
kerana seorang guru tidak boleh melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
berkesan sekiranya muird-murid dalam kelas berkenaan tidak dapat dikawal dengan
baik. Guru mungkin berhadapan dengan beberapa murid yang nakal, tetapi harus ingat
bahawa bukan semua murid menjadi punca permasalahan tetapi jika tiada pengawalan
yang baik, jumlah murid yang akan menimbulkan ketidakselesaan guru akan bertambah
dan akhirnya menjejaskan penumpuan guru terhadap penyampaian pengajaran .
18.9 PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

(JADUAL WAKTU)

Pengurusan pengajaran dan pembelajaran adalah aspek yang terpenting dalam bilik
darjah, merupakan tugas utama yang perlu diberi perhatian yang serius, pembaziran waktu
akan berlaku dalam satu masa pengajaran dan pembelajaran sekiranya objektif pembelajaran
tidak tercapai. Pengurusan kelas dalam pengajaran dan pembelajaran ini dapat di lihat melalui
susunan jadual waktu pengajaran yang di atur oleh guru pemulihan tersebut.

Berdasarkan kepada pemerhatian, susunan jadual waktu kelas pemulihan ( rujuk


lampiran) kolaborasi di antara guru pemulihan khas dengan guru BM dan Matematik tidak
memuaskan. Kebanyakkan jadual kelas di atur bagi subjek Matematik dan Bahasa Melayu,
berdekatan antara satu sama lain.Ini agak menyukarkan dan memberikan sedikit bebanan
kepada guru pemulihan untuk menjalankan proses P&P.

Kesannya akan kepada murid itu sendiri kerana berdepan dengan jadual pemulihan
yang agak membosankan kerana mengambil masa sehingga 5 waktu sekali gus. Kekeliruan
juga berlaku kepada guru pemulihan tersebut kerana, kadangkala terlajak masa di sebabkan
oleh jadual kelas yang agak mengelirukan. Berdasarkan kajian yang sama oleh Hj Shamsudin,
untuk mencapai kecekapan dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran maka perlukan
kebijaksanaan dan penelitian dalam perancangan , pelaksanaan, penyeliaan, penilaian dan
refleksi.

Merancang kurikululum, jadual waktu, sukatan, huraian sukatan, buku teks, bahan
rujukan tambahan dan maklumat tambahan daripada pelbagai sumber termasuk laman web.
Perkara-perkara yang melibatkan innovasi dan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran
supaya kelas tidak menjadi beku dan kaku diikuti dengan perancangan kemajuan pelajar,
merangka rancangan kerja tahunan, termasuk ujian, penilaian dan pentaksiran. Perancangan
yang berkualiti menjamin peningkatan kuantiti dan kualiti dalam proses perkembangan
pembelajaran serta hasilannya. Biasanya tingkahlaku dan minat murid akan berubah apabila
bertukar guru, ada guru yang digemari murid dan sebalik ada yang tidak digemari murid.

19.0 BANDING BEZA SISTEM PENGURUSAN KELAS


Banding beza sistem pengurusan kelas ini akan di lihat melalui perbandingan
dengan sistem yang dipakai oleh kelas pemulihan khas sekolah ini, dengan standard
garis panduan pelaksanaan program pemulihan khas.

Persamaan

1. Pengurusan di dalam jadual waktu mengikut spesifiasi yang di cadangkan iaitu


sebanyak 900 minit pengajaran .

2. Agihan mata pelajaran sebanyak Bahasa Melayu 8 kali x 30 Minit tahun 2 dan 3,
manakala Matematik 7 kali x 30 Minit untuk tahun 2 dan tahun 3.

3. Penempatan murid-murid pemulihan berdasarkan kepada ujian diagnostik seperti


yang di cadangkan oleh kementerian.

4. Spesifikasi murid pemulihan, lebih kurang 15 orang. Jumlah murid di kelas pemulihan
khas sekolah ini, mengikut spesifikasi yang dicadangkan berdasarkan kepada prosedur
murid-murid pemulihan khas.

5. Program-program KIA2M, di jalankan untuk mengetahui murid-murid yang lemah di


tahun 1, dan di jadikan sebagai calon-calon untuk kemasukan murid ke kelas pemulihan
khas.
Perbezaan
PENGURUSAN KELAS PENGURUSAN KELAS
SEK KEB TELOK MAS STANDARD

- Saiz fizikal kelas adalah - Saiz fizikal kelas standard


seluas 2 bay adalah 3 bay
SAIZ FIZIKAL
- Tiada susun atur kelas - Susun atur kelas berdasarkan
mengikut ruang mata pelajaran kepada ruang dan mata
pelajaran

- Kurang peralatan ICT - Keperluan peralatan ICT


KEMUDAHAN seperti LCD, Internet
-Tidak terdapat ruang khusus
INFRASTRUKT - Keperluan ruang-ruang
untuk BM, Mate, Multimedia
pembelajaran di dalam kelas
pemulihan khas

- Tidak pelbagai BBM dan ABM - Penggunaan BBM dan ABM


ALAT BANTU yang lebih fleksibel
- Kualiti yang agak uzur MENGAJAR
-Penggunaan ICT perlu selari
-Penggunaan konvensional dengan kaedah konvensional

20.0 RUJUKAN
Cikgu Shukri (2008, Januari 21). Pengurusan Bilik Kelas. Retrieved 30 Mac, 2009 , from
http://pemulihankhas.blogspot.com/2008/01/pengurusan-bilik-kelas pendidikan_20.html

Jabatan Pendidikan Khas.(2008)Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas(Edisi Percubaan).Kementerian


Pelajaran Malaysia.

Kamus Dewan (3th ed)(2008). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka

Kementerian Pelajaran Malaysia (2009). Pemulihan Khas. Retrieved 2 April 2009.from


http://apps.emoe.gov.my/bppdp/KajianBPPDP/2001/2001(1)kajianPelaksanaanProgramPemulihanKhasdiSek.R.pdf

Mok Soon Sang (2009) Ilmu Pendidikan untuk KPLI.Subang Jaya, Kumpulan Budiman Sdn Bhd

Rosniza Mohd Taha. (2009). Program pemulihan khas bantu murid kuasai 3M. Retrieved 4 April 2009,from
http://www.kejorasakti.net/v1/modules.php?name=News&file=print&sid=32

SK Telok Mas (2009) Takwim dan Senarai Tahun 2009. Jabatan Pelajaran Negeri Melaka.

You might also like