TAJUK : ANDA DIKEHENDAKI MENULIS PANTUN EMPAT KERAT (ASLI) BERDASARKAN TEMA MOTIVASI DAN NASIHAT BERDASARKAN KELOMPOK

KANAK-KANAK, REMAJA, DEWASA, IBU BAPA, NENEK DAN GURU.

NAMA KURSUS : EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK KOD KURSUS : EED 3217 NAMA PENSYARAH : PROF. MADYA DR. ABDUL RASID JAMIAN

OLEH ; NAMA : SARIYATOM BINTI IBRHIM NOMBOR MATRIKS : J 44226

PROGRAM : BACELOR PENDIDIKAN BAHASA MELAYU (PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH DENGAN KEPUJIAN (PPG) SEMESTER : SATU

1

TAJUK : ANDA DIKEHENDAKI MENULIS PANTUN EMPAT KERAT (ASLI) BERDASARKAN TEMA MOTIVASI DAN NASIHAT BERDASARKAN KELOMPOK KANAK-KANAK, REMAJA, DEWASA, IBU BAPA, NENEK DAN GURU. 1.0. PENGENALAN Pantun merupakan warisan kebudayaan masyarakat Melayu yang diwarisi secara turun-temurun dari satu generasi ke satu generasi hinggalah ke hari ini. Pantun merupakan hak mutlak masyarakat Melayu kerana dari segi sejarah dan hak miliknya tidak diketahui siapakah penciptanya. Sejarah pantun bermula sebelum orang-orang Melayu tahu membaca dan menulis lagi dan dilafazkan secara lisan. Pantun dilafazkan secara berbalas-balas atau ada soal jawab (jual beli) yang mengandungi nilai estetika yang tinggi dan pemikiran yang mendalam tentang sesuatu perkara.. Isinya padat mengandungi nasihat, sindiran, peribahasa, motivasi, gurauan, luahan hati dan seumpamanya. Malah sampiran atau pembayangnya juga mengandungi kaitan dengan maksud. Pantun dikatakan mempunyai pemikiran yang tinggi kerana proses penciptaannnya itu sendiri. Pantun mempunyai bentuk dan ciri-cirinya yang terikat iaitu tidak terlepas dari ikatan dan peraturan-peraturan tertentu supaya apabila pantun dilafazkan akan lahir satu rasa kesedapan dan keunikannya kerana pantun dilafazkan secara lisan dengan intonasi dan lenggokknya yang santun dan santai. Malah pantun juga telah dilagukan dalam lagu rakyat seperti “Dondang Sayang”, lagu-lagu Melayu Asli seperti lagu “Gurindam Jiwa” dan lagu kanak-kanak seperti lagu “Anak Rusa Nani”, lagu “Geylang Si Paku Geylang”, “Rasa Sayang Eh” dan dalam tarian seperti tarian “Canggung” (Perlis), tarian “Lotah” (Perak), permainan “Tumbuk Kalang’ (Negeri Sembilan), tarian “Hamdolok” (Johor), tarian “Pulai”

2

DEFINISI DAN PANDANGAN TOKOH-TOKOH 2. Kamus Sastera Melayu Terkini (2000) Puisi Melayu yang asli dan popular. 4. Van Ophuysen. Prof. 2. Sebuah pantun dipandang orang Melayu bagus kalu beberapa perkataan daripada sebuah baris bersanjak dengan perkataan daripada sebuah baris yang menjadi 3 . permaianan dan lagu-lagu rakyat dengan tujuan untuk berhibur. Pantun digunakan dalam tarian. 8. Kamus Dewan Edisi Keempat (2010) Pantun bermaksud sejenis puisi lama yang biasanya terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap (dua baris pertama merupakan pembayang maksud dan yang selainnya mengandungi maksudnya). pantun empat keratlah yang paling popular. dan tarian “Anding” (Sabah). Koecharaningrat. 2. Ada pantun 2. Namun demikian. 12. menuai padi dan upacara keagamaan.0. permainan “Gendang” (Sarawak).2. Rima akhirnya a-b-a-b. Pantun dalam kebudayaan Melayu berasal daripada kepercayaan mereka pada zaman purba yang meyakini bahasa berirama dan indah itu mengandungi kekuatan ghaib dan luar biasa (Mana). 10. 14. perubatan. berkhatan. Apabila kata-kata yang indah itu diucapkan. 2. Setiap rangkap terdiri atas sampiran dan maksud.3.(Terengganu).1. 2. lalu dapat mempengaruhi roh datuk nenek sehingga dapat memberikan kemakmuran dan kebahagiaan kepada orang yang masih hidup. dan meraikan majlis-majis tertentu seperti majlis perkahwinan. bercukur. dan 18 (kerat) baris serangkap serta pantun berkait. melahirkan kesyukuran. 6.4.

Dr. DBP) Pantun merupakan satu-satunya hak milik kekal bangsa Melayu yang tidak tercemar dalam pertembungan masyarakat dunia. 2. Kassim Ahmad. 2. Pantun adalah hasil masyarakat yang tertutup yang mementingkan adat istiadat. konvensi dan tradisi. boleh dikatakan segala perkataan pada baris ketiga bersanjak dengan segala perkataan pada baris pertama. Kesenian dan Warisan Negara. Sdr. Kuala Lumpur. iaitu dalam golongan luar bandar yang belum merasai arus hidup yang pesat di kota.pasangannya.5. 2 Kertas kerja ‘Berbalas Pantun Dan Kaedahnya’ Seminar Pantu 2006 di Auditorium Jabatan Kebudayaan . Seminar Pantun 2006 di Auditorium Jabatan Kebudayaan. 1 2. Usman Awang Pantun adalah tradisi puisi rakyat (lisan) dan masih hidup subur di kampungkampung. Kuala Lumpur. iaitu pantun dikarangkan untuk dilagukan beramai-ramai atau diucapkan sewaktu lawan bergurau dan bukan untuk dibaca. “Pemahaman terhadap pantun Melayu sewajarnya mengambil kira beberapa aspek sastera dan budaya Melayu sendiri 1 Kertas kerja ‘Kebijaksanaan Emosi Dalam Pantun’ . Rogayah A. Dalam pantun-pantun yang indah-indah. Abdul Halim Salleh (Penggiat Pantun) Pantun yang baik sepatutnya memiliki dua baris pembayang dan dua baris maksud. Sdr.7. 2. Kesenian dan Warisan. Pantun sebagai puisi lisan.8.9.6. Kata-katanya harus diambil daripada kata-kata yang indah. 4 .2 2. Hamid (Ketua Bahagian Kesusasteraan Tradisional. Harun Mat Piah (Penulis dan Penyelidik Pantun) Sejarah dan perkembangan pantun Melayu amat jelas membuktikan pantun adalah milik bangsa dan tamadun Melayu.

jati diri dan pandangan dunia. Brandsetter. ASAL-USUL PANTUN Perkataan ‘pantun’ dikatakan berasal daripada perkataan bahasa Sanskrit . "Perkataan pantun itu pada mulanya dipakai orang dengan makna seperti atau umpama. dalam bahasa Tagalog disebut ‘tonton’ yang diucapkan dalam aturan tertentu. Za’ba (Pendeta Bahasa) Karangan berangkap yang khas dipakai untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yang indah. Pantun merupakan sejenis puisi tradisional Melayu." Ada pendapat mengatakan perkataan pantun adalah daripada bahasa Minangkabau iaitu panuntun yang bermaksud pembimbing/penasihat yang berasaskan sastera lisan dalam pengucapan pepatah dan petitih yang popular dalam masyarakat tersebut. Manakala. dan melukiskan kemanisan dan kecantikan bahasa. aspek estetika dan etikanya. dalam masyarakat Melayu. nilai dan pemikiran. perkataan ‘pantun’ berasal daripada akar kata ‘tun’yang terdapat dalam bahasa Jawa iaitu ‘tuntun’. 5 . iaitu puisi yang tersusun dalam struktur empat baris serangkap. pantun bereti kuantrain. puisi tulen milik orang Melayu yang tumbuh subur lama sebelum orang Melayu tahu menulis dan membaca.paribhasya atau bahasa Jawa ‘parik’ yang bererti peribahasa dalam bahasa Melayu.10.termasuk ciri-ciri keunikan bahasa. 3. Pantun dicipta sebagai satu pengucapan untuk menyampaikan fikiran dan perasaan 3 Kertas kerja “Sejarah Pantun dan Keindahannya’. pantun bermaksud satu cerita (Karangan ) panjang berirama yang dinyanyikan dengan iringan muzik. Menurut Dr.3 2. Za'ba dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu menjelaskan.0. bahasa Sunda. Sumber : Utusan Malaysia 02/03/2006.

memberi nasihat dan bersuka-suka. Winstedt. 4. bahasa Pampaga menyebutnya “Tuntun”: bahasa Tagalog menyebutnya “Tonton” .J. sementara bahasa Jawa menyebutnya “Tuntun”. Andrian Van Ophuysen. Mungkin dari segi struktur bahasa. Hoesein Djajadiningrat.O. Pantun adalah simbol artistik masyarakat Nusantara dan mencerminkan kebijaksaanaan masyarakat berfikir. SEJARAH PERKEMBANGAN PANTUN Pantun adalah genre kesusasteraan tradisional Melayu yang berkembang di seluruh dunia khususnya di Nusantara sejak ratusan tahun lampau. Pantun bersifat ringkas. didikan. malahan pantun digunakan untuk menyindir.terhadap seseorang atau mengenai sesuatu perkara. dan bahasa Toba menyebutnya “Pantun”. teratur sama ada pada ucapan. Dalam hubungan ini banyak yang telah ditulis dan dikaji tentang dunia pantun Melayu terutamanya tentang asalusulnya. padat dan mampu melahirkan aspirasi masyarakat 6 . pimpinan. Kajian terbaru mengenai pantun yang cukup penting ialah Alam Pantun Melayu : Studies on the Malay Pantun (DBP. peranannya mahupun dari segi bentuknya yang membezakannya dengan bentuk puisi Melayu yang lain. Pantun merupakan alat komunikasi komunikasi yang penting dan tinggi martabatnya. pantun dalam pelbagai kelompok itu berbeza tetapi pada dasarnya tetap sama iaitu merujuk kepada sesuatu yang tersusun. bahasa Bisayan pula menyebutnya sebagai “Panton”. “Matuntun”. Tidak dapat dinafikan terdapat berbagai-bagai istilah yang digunakan bagi pengertian pantun di Nusantara. Beberapa orang tokoh seperi R. dan kesopanan yang dapat dikesan dalam serangkap pantun. Dalam bahasa Sunda disebut “Toen”. Hans Overback. R. “Atuntun”. 1988) oleh seorang sarjana Perancis iaitu FrancoisRene Daillie. Wilkinson dan Pendeta Za’ba adalah para pengkaji yang banyak memperkatakan tentang pantun Melayu. berjenaka.

pantun juga didapati turut berkembang di selatan Burma. pantun wujud dalam 39 dialek Melayu dan 25 bukan dialek. PETA PERKEMBANGAN PANTUN DI ASIA DAN DI DUNIA. 4. Kepulauan Cocos. Di Nusantara. Sri Lanka. Kemboja.dengan begitu jelas. Pantun di Malaysia dan Indonesia telah ditulis sekitar empat abad lalu dan mungkin lebih tua daripada itu seperti yang dicatat dalam Hikayat Raja-Raja Pasai dan Sejarah Melayu. Vietnam serta Afrika Selatan (imigran Malaysia dan Indonesia).1. 7 . Seterusnya.

5. pantun empat kerat. Bagi pantun Melayu. Pembayang dalam setiap rangkap adalah separuh pertama daripada keseluruhan jumlah baris dalam rangkap berkenaan. 8 . maksud dan rima. Setiap pantun mesti mempunyai pembayang dan maksud pantun.a bagi pantun dua kerat. pantun lapan kerat dan pantun dua belas kerat. Selain daripada pembayang. BENTUK DAN CIRI-CIRI PANTUN Bilangan baris dalam setiap rangkap pantun dikenali sebagai kerat. Separuh kedua dalam setiap rangkap pantun pula ialah maksud atau isi pantun.0.ab bagi pantun empat kerat dan a. pantun enam kerat. Rima pantun yang baik berakhir dengan ab. suku kata untuk setiap baris ialah antara lapan hingga dua belas suku kata sahaja. Antara ciri-ciri lain yang ada dalam sebuah pantun ialah pembayangnya mempunyai hubungan yang rapat dengan alam dan persekitaran yang rapat dengan pengucapnya seperti yang terdapat dalam contoh pantun dua kerat berikut: Sebab pulut santan terasa. Lima bentuk utama pantun ialah pantun dua kerat. pantun juga terikat dengan hukum suku katanya. Pantun yang popular digunakan ialah pantun dua kerat dan empat kerat. Sebab mulut badan binasa.

Suku kata 9 . menduga akal. Perkataan Pantun biasanya mengandungi empat atau tiga patah perkataan pada tiap-tiap baris.4.1. Pembayang pada baris pertama hendaklah ada hubung kait dengan pembayang pada baris berikutnya dalam setiap rangkap pantun. Pantun yang baik memaparkan bilangan perkataan pada tiap-tiap baris yang sama bilangannya. Pada bahagian inilah tersurat dan tersiratnya apa yang hendak disampaikan dalam pantun tersebut(tema).1. KANDUNGAN PANTUN MELAYU 5. Maksud atau isi Maksud atau isi terdapat dalam setengah bahagian kedua dalam setiap rangkap pantun. 5.1.1. 5.3. 5. memberi nasihat.1.Melalui bentuknya yang kemas dan padat. meluahkan perasaan dan menyedapkan cakap. 5.2. Pembayang memainkan peranan untuk memberi persamaan bunyi/rima kepada maksud.1. Pembayang atau sampiran Pembayang terletak pada bahagian setengah pertama setiap rangkap pantun. pantun berjaya menjadi alat yang penting untuk menghibur. Pantun turut berfungsi sebagai media untuk menyampaikan hasrat yang seni atau rahsia yang tersembunyi melalui penyampaian yang berkias.

Tiap-tiap patah perkataan terdiri daripada tiga atau empat suku kata.a.a.1. CIRI-CIRI PANTUN YANG BAIK Pantun yang baik ialah pantun empat kerat yang mempunyai ciri-ciri berikut: 10 . 5. 5. Pantun yang baik mengandungi jumlah suku kata yang sama banyak. Dalam tiap-tiap baris pula hendaklah mengandungi antara lapan hingga dua belas suku kata. Pantun di bawah mengandungi 4 patah perkataan dan 9 suku kata setiap baris.5.Contoh pantun yang baik : Ba/ik/ ber/galas/ ba/ik/ ti/dak/.2.a. Rima pada baris pertama pembayang mestilah sama dengan rima baris pertama maksud dan begitulah seterusnya Rima pantun yang terbaik ialah a. Rima atau bunyi Rima ialah bunyi yang sama pada bahagian tengah atau akhir pada tiap-tiap baris pantun. Bu/li/-bu/li/ ber/ta/li/ be/nang/. A/sal/ bu/di/ sa/ma/ di/ke/nang/.b.a. Ba/ik/ ber/ba/tas/ ba/ik/ ti/dak/.b dan ada juga berima a. Rima yang baik mempunyai bunyi yang sama dalam setiap rangkap pantun.

b.0. FUNGSI PANTUN  Memberi nasihat sosialisasi dan pendidikan  Sindiran atau tempelak 11 . • • maksud isinya sarat dengan pengajaran. moral dan falsafah hidup sarat dengan ciri-ciri tradisional-penggunaan rangkap.a. JENIS-JENIS PANTUN  Pantun 2 kerat  Pantun 4 kerat (jenis paling popular)  Pantun 6 kerat  Pantun 8 kerat  Pantun 10 kerat  Pantun 12 kerat  Pantun 14 kerat  Pantun berkait 7. penuh kiasan dan sindiran serta banyak menggunakan unsur alam. mempunyai nilai hidup masyarakat yang menggambarkan perspektif masyarakat yang melahir dan menggunakannya.• • • • • • mengandungi 4 kerat/baris jumlah perkataan dalam sebaris antara 4-5 patah perkataan jumlah suku kata sebaris antara 8-12 suku kata ada hubungan antara pembayang (2 baris di atas) dan maksud (2 baris di bawah) bunyi rima akhir seuntai pantun itu mestilah sama. 6. ada pembayang dan maksud.b .0. bahasa yang halus.a.

Berikut merupakan lima rangkap pantun tersebut. Jangan malas bangun pagi. Adab sopan budaya kita. Rangkap pertama. Melepaskan rindu dan kasih sayang  Menyatakan penghargaan/terima kasih  Berteka-teki atau mencabar ketangkasan fikiran  Hiburan atau jenaka 8. didaktik dan motivasi untuk panduan mereka. perkataannya yang terdapat dalam baris pembayang dan baris maksud mudah dan senang difahami.0. PANTUN EMPAT KERAT MENGIKUT KELOMPOK / GOLONGAN 8. Baris maksudnya jelas mengandungi nasihat. Bunga raya bunga melati. Mari dibelah makan tak jemu. Begitu juga dari segi diksi.1 KELOMPOK KANAK-KANAK Pendahuluan Pantun kanak-kanak bertujuan untuk memberi hiburan kepada kanak-kanak dan menggambarkan tentang kesukaan dan keriangan mereka. Daun palas ketupat nasi. Buat hiasan taman di kota. 12 . Rangkap kedua. Isi dalam bentuk pantun kanak-kanak lebih mudah difahami. Orang tua mesti dihormati. Pergi sekolah cari ilmu.

Jati diri kuatkan iman. Mengaji al-Quran jangan dilupa. Gunung daik bercabang tiga. Rangkap kelima. Hendak mencari siikan toman. KELOMPOK REMAJA Pendahuluan. Pokok gaharu tumbuh dahulu. Oleh hal yang demikian. Ambil joran panjang sedepa. Rangkap keempat. Hari muka hidupkan senang. Mereka ini juga inginkan kebebasan. mereka ini banyak memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar daripada orang dewasa. pantun dapat menjadi medium yang dapat memdidik mereka dengan cara yang lembut dan 13 . Manakan sama gunung kepayang. Tumbuh berjajar pohon sena. 8. Masa belajar janganlah lena. Ajaran guru dengari selalu.2. Justeru. Kalau kita berotak geliga. suka mencuba perkara-perkara yang baru dan tidak hairanlah pemikiran mereka mudah dipengaruhi oleh budaya dan fahaman barat.Rangkap ketiga. Golongan remaja merupakan golongan yang berada dalam krisis identiti antara alam kanak-kanak dan alam dewasa.

Hujan lebat sampai ke pagi. Lusuh kain koyak rabak. Pengaruh kawan jangan terjebak. Rangkap kedua. Tiada musuh sahabat mencari. Buah peria masak setangkai. Beza manusia dengan bangkai. Menjaga diri sifat terpuji.berhemah. 14 . Buruk laku menanggung malu. Makan kari bersama disaji Bijak berakal mengawal nafsu. Subur iman kerana amalan. Rangkap keempat. Riuh berkicau di pagi hari. Hidup beriman bersendi akal. Buah cermai lebat di pangkal. Cantik taman di Bukit Timbalan. Membawa bekal segelas susu. Burung terkukur berbunyi balam. Rangkap pertama. Rangkap ketiga. Berikut merupakan lima rangkap pantun tersebut. Rangkap kelima. Al-Quran ubat penyakit hati. Maka. Buruk baju tampal seribu. Ramah menegur hulurkan salam. pemilihan maksud pantun adalah berbentuk nasihat tentang pembentukan akhlak dan sahsiah diri.

Jodoh pertemuan kuasa Allah. Jangan terpilih ikan haruan. Baik-baik memilih intan. Baik-baik memilih ikan. Rangkap ketiga. Berikut merupakan lima rangkap pantun tersebut.3. sedih dan sayu kerana masa inilah mereka mula mencari pasangan hidup untuk mendirikan mahligai impian. Sirih gagang tumbuh di batu’ Buluh hutan buat galah. Dahan beringin tempat titinya. Rangkap pertama. Orang dewasa sering menaruh perasaan cinta.8. perasaan pilu. Rangkap keempat. Kasih sayang tidak tentu. Burung helang terbang dekat. Barang yang hilang takkan dapat. 15 . Cari yang lain buat gantinya. KELOMPOK DEWASA Pendahuluan. rindu dendam. Jangan terpilih batu tiruan. Oleh hal yang demikian pemilihan diksi pada baris pembayang dan maksud mengandungi pemikiran yang lebih mendalam dan mempunyai keindahan bahasa yang tinggi nilainya sehingga menyebabkan orang mudah terpesona. Rangkap kedua.

Keluarga yang bahagia pula dapat melahirkan generasi yang seimbang jasmani dan rohani. Lautan pengalaman jadi sandaran.Terantuk jenang jangan mengaduh. Oleh hal yang demikin ibu bapa memainkan peranan penting untuk mendidik anak-anak dengan sebaik mungkin kerana anak-anak ibarat kain putih dan ibu bapalah yang akan mencoraknya. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam sebuah institusi keluarga. KELOMPOK IBU BAPA Pendahuluan. Disiang terubuk lalu diagram. Kalau memang sudah jodoh. Maka maksud pantun yang dipilih adalah berkaitan dengan nasihat cara mendidik anak-anak serta tugas dan tanggungjawab ibu bapa. Iman subur hati pun manis. Dari Siam pergi ke Kelantan. 16 . Buat pekasam simpan di peran. 8. Rangkap pertama. Sesal dahulu jadi pendapatan. Pokok kundur berbagai jenis. Tanam betik bersama petola. Ke mana pergi bersua juga.4. Rangkap kelima. Rangkap kedua. Sesal kemudian tak berguna. Berikut merupakan lima rangkap pantun tersebut. Di tiang seri tersangkut raga. Dari Kelantan ke negeri China. Dalamnya lubuk curamnya jeram.

Sudah diketam lalu dipahat. Tumbuh subur jika dibaja. Berikut merupakan lima rangkap pantun tersebut. Makan bubur sebelum berjaja. Nenek dan datuk merupakan orang yang mempunyai pengalaman hidup yang paling luas dan banyak. Hidup kita di dunia ini hanyalah sementara akhirat jualah tempat kekal abadi. Maka maksud pantun bagi kelompok ini menjurus nasihat tentang kesihatan. Rangkap ketiga. Rangkap kelima. Sayang anak tegur nasihat. Anak cerdik bak baru bertunas. 8.Anak cantik bijak pula. Sayang anak disilpinkan terus. Halwa betik halwa nanas.5. 17 . Pucuk labu panjang berjela. sikap kita juga akan menjadi kebudak-budakan dan seterusnya kita akan berhijrah ke alam lain seperti yang telah ditetapkan oleh kehendak Ilahi. amal ibadat dan bekalan kea lam barzakh. Sungguh enak kalau direbus. Sayang bini ditinggal jangan. Rangkap keempat. Sudah menjadi adat resam dunia apabila kita tua. Bijak ibu mendidik membela. Ketam beluti sebesar lengan. KELOMPOK NENEK Pendahuluan.

Bunyi suar katak di paya.Rangkap pertama. Amal ibadat mengikut hukum. Rangkap ketiga. Pohon sena di tepi muara. Riuh kenari bertemu tekukur. Riuh sekali di kala hujan. Rangkap kelima. Rangkap keempat. Kurang di sini boleh berhutang’ Kurang di sana kita dikira. Menilai hidup sebelum mati. Rangkap kedua. Sirih adat bunga sekuntum. Cantik bersinar berlian di tangan. Hiasan diri bacalah Al-Quran. 18 . Cincin berkarat usah diberi. Nikmat sebenar kemanisan iman. Cantik di luar nampak bercahaya. Muasabah diri sejenak tafakur. Pinang seulas dibelah-belah. Kenal akhirat lalu mencari. Terbang hinggap di kayu jati. Pohon kuini tinggal sebatang. Mengharap ikhlas rahmat Allah.

Pergi berburu memakai purdah.8. Ikhlas dan sabar bila menegur. maksud pantun adalah berkisar tentang peranan guru dan tugas guru sebagai pendidik. Menahan bubu berhari-hari. Makan nasi malam berinai. Rangkap ketiga. Bubur pulut tetamu dijamu. Tugas guru semamangnya mulia di sisi agama kerana tarafnya sebagai mualim. Rangkap kedua. Bagai berlian tidak dicanai. Rangkap pertama. Menarik manusia dengan akal. Gigih dan tabah masa mendidik. KELOMPOK GURU Pendahuluan. Berat mulut mengajar ilmu. Burung merbah di tepi tasik Sayapnya lebar burung tekukur. Rangkap keempat. Bawa senjata lembing dan tombak. 19 .6. Pekerjaan guru bukanlah mudah. Justeru. Dapat pula siikan nakal. Guru memainkan peranan penting dalam bidang pendidikan kerana gurulah yang memberikan ilmu pengetahuan kepada anak-anak didik. Berikut merupakan lima rangkap pantun tersebut. Bagai kerja menolak ombak. Mengheret lembu dengan tali.

Datang tetamu membawa keladi. Cintai ilmu hiasi peribadi. Tidak seperti pertandingan-pertandingan yang lain seperti pidato. forum di mana para pelajar boleh menghafal dan bebas menyampaikan hujah. Keistimewaan pantun juga terletak pada diksinya yang indah. Hal ini saya akui sendiri kerana saya telah terlibat dalam dunia pesta pantun sejak sepuluh tahun yang lalu. Para peserta pertandingan pantun mestilah peserta yang bijak. pemantun perlu menjual pantun dalam masa yang pantas iaitu 15 hingga 30 saat dan membeli pantun dalam masa 60 saat. Keiistimewaan bahasa dalam pantun menunjukkan kebijaksanaan orang-orang Melayu dalam mendidik masyarakat supaya beradat dan beradab. 20 . Hal inilah yang telah mengangkat martabat dan darjat pantun itu sendiri. syarahan. bahas. PENUTUP Pantun merupakan hasil kesusasteraan Melayu yang digolongkan dalam genre puisi Melayu tradisional (lama) yang menjadi kebanggaan masyarakat Melayu sejak sekian lama kerana pantun merupakan satu-satunya warisan kebudayaan dan kesenian masyarakat Melayu dan diktiraf oleh sarjana-sarjana Barat Pantun adalah alat komunikasi yang sangat istimewa kerana bahasanya yang tepat dan mempunyai mesej untuk mendidik masyarakat. Tetamu dihidang cucur badak. kreatif dan kritis serta mengandungi pengertian dan pertautan antara baris sampiran dengan maksud yang perlu diteliti dengan mendalam maksudnya.Rangkap kelima. Pemantun-pemantun juga mestilah peka ciri-ciri pantun seperti pertautan antara baris pembayang dengan maksud. Tambahan pantun pula dilafazkan secara lisan dengan spontan dengan peraturannya yang khusus (bentuk dan ciri-cirinya) yang melahirkan keunikan. Matang berfikir bijak bertindak. kesedapan dan keintelektualan yang tinggi. kritis dan kreatif serta mempunyai komitmen yang tinggi. Setiap rangkap pantun sudah diukur terlebih dahulu dan kemudian baru digunakan. Berbeza dengan pertandingan pantun.

memahami dan berfikir yang tinggi untuk menjual dan membeli pantun. rima tengah dan rima akhir Malah juga mesti mempunyai kemahiran mendengar. Itulah keistimewaan dan keunikan pantun. Pantun sepatutnya menjadi akar kebudayaan masyarakat Malaysia yang perlu dijadikan amalan harian kerana pantun membawa kesan yang positif kepada semua kaum.malah dapat mewujudkan masyarakat yang aman dan harmoni kerana kita dapat saling menegur. suku kata. 21 . nasihat-menasihati dan seterusnya mengasah minda masyarakat supaya suka berfikir serta menggunakan bahasa yang indah dan sopan bukan menjadi perhiasan di majlis-majlis tertentu dan pertandingan sahaja.bilangan perkataan. jeda.

Kuala Lumpur : DBP 5. 1010 Pantun Baru. Bhd. Dr. Amina Haji Noor dan Shafieza Zainal (2010). Kuala Lumpur: Iqra Publications 7. Kurik-Kundi Merah Saga Kumpulan Pantun Lisan Melayu (2002) Kuala Lumpur : DBP 9.BIBLIOGRAFI 1. (2009). (1986). Kuntum Pertiwi Buku 1. Husin. (2002). Wahid. Kamilarani Kamal Shah. Pantun Melayu Warisan Bangsa. Perkembangan Kesusasteraan Melayu Lama. Kamarudin Hj. (1988). Abd. Khadijah Hashim. Kuala Lumpur: Iqra Publications 2. Kumpulan Pantun Melayu. Harun Mat Piah (1997). Selangor: Fajar Bakti 6. Ismail Hamid. Kaedah Pengajaran Kesusasteraan. (1983). Selangor: Longman 4. Anwar Ridhwan dan Rahman Shaari. Selangor: ‘K’ Publishing Sdn. Puisi Melayu Tradisional. Kuala Lumpur : DBP 22 . Kuala Lumpur: DBP 3. Zainal Abidin Bakar. Siti Nor Azura bt. (2010). Koleksi 300 Pantun Moden. Koleksi Puisi Melayu. 8. (2001). Kuala Lumpur: Iqra Publications 10.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful