You are on page 1of 12

Apakah elektrokimia Elektrokimia adalah unit sains mengenai keelektrikan dan kimia (Lim You Sie,2003).

Dengan menggunakan prinsip elektrokimia, ahli kimia dan jurutera mereka telah satu cara untuk menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga kimia untuk

digunakan bagi menghasilkan bahan-bahan yang diperlukan seperti aluminium,nilon dan pelunturan serta bahan komoditi harian yang menggunakan sintesis elektrokimia (Brown et al,2009). Secara umumnya,di bawah elektrokimia terdapat dua bidang iaitu sel kimia dan sel elektrolisis. Di dalam projek ini,kita lebih menumpukan kepada sel elektrolisis iaitu penukaran tenaga elektrik kepada tenaga kima dan biasanya digerakkan dengan menggunakan sel kering dan sel bahan api. Fenomena alam semulajadi dalam elektrolisi ini juga boleh dilihat dalam menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga kimia, iaitu di dalam proses pengaratan. Penyaduran merupakan salah satu daripada aplikasi sel elektrolitik ini, di mana lapisan nipis logam disadurkan kepada permukaan bahan konduktor pengalir elektrik (Ahmad Kamal,2009). Di sini dapat dilihat bagaimana elektrokimia dijalankan dan apakah jenis logam anod yang digunakan untuk menyadurkan bahan yang di ingin disadurkan iaitu di katod. Terdapat banyak logam yang boleh digunakan dalam penyaduran dan pemilihan larutan elektrolit yang betul adalah amat penting dalam memastikan kualiti bahan yang ingin disadurkan. Sesetengan larutan elektrolit adalah berasid,bes, larutan logam garam dan leburan garam. Dalam memilih jenis-jenis elektrolit, bebrapa aspek perlu dikenal pasti seperti ketahanan terhdap pengaratan, kecerahan atau tahap pantulan cahaya terhadap permukaanya,kekuatan mekanikal bahan tersebut, kebolehtempaan,kemuluran dan ketahanan terhadap si pemakai (Nasser Kanani,2004). Kini, dengan kemajuan dan pengetahuan yang mendalam mengenai prinsipprinsip enapan dan elektrokimia, penyaduran secara sofistikated dapat dibangunkan. Tahap ketebalan penyaduran juga mampu dikawal kepada ketebalan yang dikehendaki demi menjamin kualiti produk yang ingin dihasilkan selaras keuntungan sesebuah syarikat.

Proses penyaduran bahan dengan emas secara teori. Penyaduran adalah proses menyalutkan bahan yang mengalirkan arus elektrik iaitu bahan konduktor dengan logam tertentu menggunakan arus elektrik. (Nasser Kanani,2004). Hasilnya, lapisan logam yang nipis,halus dan seragam terhasil di atas objek yang disadur. Penerangan secara lanjut boleh dilihat iaitu proses penyaduran ini adalah menggunakan arus elektrik untuk mengurangkan cas positif ion bagi bahan logam penyaduran (logam yang terletak di anod) daripada larutan dan menyadurkan bahan logam yang ingin disadurkan dengan lapisan yang nipis contohnya besi. (Lim You Sie,2003) Menerusi penyataan di atas, terdapat beberapa sebab mengapa kita perlu menyadurkan bahan konduktor dengan logam-logam tertentu. Penyaduran perak dan emas sebagai bahan perhiasan adalah proses yang biasa dilakukan untuk meningkatkan penampilan dan kualiti sesuatu bahan tersebut. Penyaduran kromium pula meningkatkan penampilan objek yang disadur tersebut serta meningkatkan jangka hayat kualiti bahan yang disadur (Brown et al,2009). Penyaduran zink dan timah dilakukan untuk mengelakkan daripada berlakunya proses pengaratan. Kadangkala penyaduran dilakukan untuk meningkatkan ketebalan sesuatu logam. Di dalam penyaduran ini, logam penyaduran iaitu emas diletakkan di anod, manakala logam yang ingin disadurkan diletakkan di katod. Logam yang biasanya ingin disadurkan adalah logam kuprum dan perak. Kedua-dua anod dan katod direndamkan di dalam larutan. Contohnya dalam penyaduran emas, larutan yang biasa digunakan ialah larutan sianida. Di dalam penyaduran emas ini proses mellibatkan arus elektrik digunakan untuk menggabungkan penyaduran secara nipis antara emas kepada objek iaitu logam lain. Elemen di dalam litar ini iaitu katod dan anod dan larutan berasid iaitu dipanggil elektrolit mengandungi emas yang terlarut dan bahan mangkin yang

digunakan untuk membentuk lapisan saduran yang mungkin mempunyai kenipisan setebal 1 mikro. Tangki yang lengai digunakan seperti kaca atau plastic untuk mengisi bahan larutan ini. Kebiasaanya bahan elektrolit yang diguanakan adalah AuCN (Aurum sianida). Radas ringkas penyaduran emas adalah seperti berikut :

Gambar : Proses Penyaduran syiling menggunakan proses elektosaduran

i.

Di anod adalah Aurum iaitu emas, persamaan separuh adalah seperti berikut : Anod (pengoksidaan) Au Au+ + e-

ii.

Di katod pula, penyaduran yang telah berlaku adalah seperti berikut : Katod (penurunan) Au+ + eAu

Terdapat lima jenis penyaduran emas iaitu pertamanya alkali emas sianida untuk emas dan penyaduran emas aloi. Kedua adalah sianida emas semulajadi, iaitu untuk penyaduran yang mempunyai ketulenan yang tinggi. Ketiga adalah penyaduran emas berasid iaitu untuk mendapatkan permukaan yang berkilau dank eras dan penyaduran aloi emas. Keempat adalah menggunakan tanpa sianida iaitu biasanya ia

menggunakan sulfide atau klorida untuk penyaduran emas dan penyaduran emas aloi.

Penyaduran secara industri.

Profil Proses Penghasilan Barangan Kemas Zhulian

Reka bentuk model baru dihasilkan oleh para pereka mahir yang membentuk model dengan bahan campuran aloi perak. Selepas pemanasan, aloi ini kemudiannya diubah kepada bentuk yang diinginkan. Keunggulan ZHULIAN dalam bidang ini memang tidak dapat ditandingi dan terbukti melalui keghairahan para pelanggannya yang menanti setiap keluaran produk terbaru dengan penuh debaran. Reka bentuk model baru yang disediakan kemudiannya dipadatkan bersama getah bersilikon untuk dipanas dan dimampatkan bagi membentuk acuan getah. Kemudian, acuan getah disejukkan dan dipotong dengan teliti untuk mengeluarkan model asal. Acuan getah lalu dicantumkan semula dan rongga didalamnya disuntik dengan lilin untuk menghasilkan model lilin. Diperingkat ini setiap model lilin diperiksa untuk mengesan sebarang kecacatan sebelum disusun secara berkeliling membentuk "pohon lilin". Pohon lilin dipindahkan ke proses selanjutnya.

Pohon lilin dimasukkan kedalam silinder acuan dan dipenuhkan dengan larutan serbuk pembauran (investment powder). Mesin penyedut vakum digunakan untuk mengeluarkan udara dari dalam bekas. Silinder acuan seterusnya diletakkan dalam ketuhar pemanas untuk mengering dan mengeraskan larutan serbuk pembauran bagi menghasilkan bentuk acuan lilin. Pemanasan selanjutnya akan meleburkan lilin dan rongga yang terbentuk diisi dengan logam lebur untuk melengkapkan reka bentuk. Kecacatan diperiksa untuk dibaiki semula manakala acuan logam yang memenuhi piawaian dihantar ke Jabatan Pemasangan. Jabatan Pembuatan Rantai memiliki mesin dan peralatan canggih khusus untuk pengeluaran rantai secara automatik. Dibentuk dari dawai aloi kukuh, rantai dipintal menjadi beberapa jenis yang berbeza bentuk, pusingan dan kepanjangan. Tahap piawaian pengeluaran yang tinggi memastikan hanya rantai yang memenuhi garis panduan sahaja diterima untuk proses selanjutnya. Ketahanan dan kekukuhan rantai adalah faktor yang dinilai penuh teliti pada peringkat ini.

Proses tempaan digunakan sebagai pilihan kepada barangan kemas yang tidak dapat dihasilkan melalui acuan logam. Di Jabatan ini keronsangan, gelang, cincin, loket dan berbagai barangan ditempa menjadi reka bentuk menawan dengan ketebalan dan saiz yang berbeza.Kejituan adalah kunci utama dibahagian ini di mana semua barangan diperiksa dengan teliti dan ditentukan ukuran dengan perhatian terperinci. Ini merupakan penekanan mantap ZHULIAN dalam menghasilkan produk bermutu tinggi. Kebanyakan barangan kemas dihasilkan dari cantuman pelbagai bahagian. Para tukang mahir akan mengabungkan semua bahagian berbeza ini menjadi satu unit lengkap. Jabatan ini turut terlibat dalam kerja-kerja mengikir, mengetuk dan memateri. Mereka juga bertanggungjawab memastikan panjang rantai dan aspek-aspek penting seperti saiz cincin, kualiti pemasangan batu permata dan kilauan permukaan dipelihara setiap masa. Peralatan khas untuk memateri, mengilat dan mengikir turut digunakan

Jabatan Pengukiran bertanggungjawab menghasilkan reka bentuk halus dan berseni yang menghiasi barangan kemas ZHULIAN. Kerja tangan yang mantap dan pengalaman yang kukuh amat diperlukan untuk menyempurnakan tugas yang rumit ini. Semua pakar ini dilengkapi dengan peralatan canggih untuk meningkatkan kawalan mereka ke atas objek yang dicipta dan menjamin piawaian mutu yang tertinggi. Nilam, delima dan zamrud sintetik adalah antara sebahagian daripada batu permata sintetik yang dipasangkan pada cincin, gelang tangan dan rantai. ZHULIAN turut mengimport batu sintetik popular 'cubic zirconia' untuk penghasilan barangan kemasnya. Kecantikan yang berkilauan inilah yang menambahkan lagi gemerlapan indah kebanyakan produk ZHULIAN. Pandangan yang teliti, kecekapan yang tinggi dan kerja tangan yang hebat adalah keperluan penting bagi kemahiran rumit dan mencabar ini.

Sebelum semua barangan kemas dihantar untuk penyaduran emas, ianya dibawa ke Jabatan Pengilapan untuk digilap dan dibersihkan. Di sini semua kekotoran disingkirkan dan permukaan barangan kemas diberikan kilauan bersinar untuk memastikan produk tidak tercemar. Pelbagai jenis pengilap digunakan untuk tujuan ini. Peringkat penamat dalam proses pengeluaran yang mengutamakan penyelidikan dan ketepatan ini berakhir di Jabatan Penyaduran. Di sini, semua barangan kemas Zhulian diberikan saduran yang berkaitan sama ada emas atau rhodium. Sebelum setiap barangan disadur, ianya dicelupkan di dalam basuhan kimia bermutu tinggi untuk menyingkirkan kekotoran di atas permukaan. Proses ini amat penting kerana ia mempunyai kesan langsung terhadap ketahanan saduran. Setelah proses basuhan selesai, setiap barangan diletakkan di dalam basuhan elektrolisis yang dikawal dan diselia dengan teliti untuk proses saduran.

Kegiatan penyelidikan & perkembangan produk ZHULIAN terbahagi kepada 2 bidang utama iaitu : Pembangunan Produk Jabatan Pembangunan Produk bertanggungjawab menghasilkan reka bentuk baru barangan kemas demi mengekalkan budaya ZHULIAN dalam menghasilkan model terkini yang menarik dan menawan bagi memenuhi perubahan citarasa para pelanggannya. Penyelidikan Makmal & Analisis Sebagai peneraju terunggul industri barangan kemas, ZHULIAN sentiasa mencari kaedah penghasilan produk yang terbaik demi menjamin mutu barangannya. Bagi memenuhi matlamat tersebut, Jabatan Penyelidikan Makmal & Analisis sering menjalankan kajian maklumbalas dan analisis data makmal yang mengunakan teknik penganalisaan terkini untuk merangka kaedah pengeluaran terbaik bagi

mengoptimakan pengeluarannya. Kegemilangan ZHULIAN ditentukan oleh taraf piawaian tanpa komprominya, dari pemilihan sumber bahan awal sehingga ke proses saduran. Komitmen yang padu dan piawaian kawalan mutu tertinggi inilah menjadikan

produk ZHULIAN terkenal dengan ketahanan, keindahan dan kecermelangan kualiti yang amat sempurna. Kawalan Kualiti Menyeluruh dipraktikan dengan teguh di setiap peringkat proses pengeluaran. Prosedur yang terbukti berkesan ini membolehkan pengurangan kesilapan ke tahap paling minimum dan ia merupakan pusat ke arah pengwujudan budaya yang mengutamakan mutu. Dari Permata berkualiti cubic zirconia sehingga bahan kimia penyaduran bermutu, semua komponen terlibat diperiksa rapi dan diulangi pemeriksaan demi memenuhi taraf piawaian kualiti tertinggi. Kilauan gemerlapan yang mencirikan setiap produk ZHULIAN merupakan bukti nyta terhadap keunggulan Kawalan Kualiti ZHULIAN yang menjanjikan hasil saduran dan gilapan sempurna setiap masa.

Rujukan Ahmad Kamal Ariffin Abdul Jamil, Siti Aisyah Ahmad Junan,Seng Chye Eng,Lim Boon Tik, Lau Kah Pew,Chemistry For Matriculation 2, Kuala Lumpur, Oriental Publication Sdn Bhd. Brown,Lemay,Bursten and Murphy (2009), Chemistry, The Central Science, New Jersey : Pearson Education Sdn Bhd. Low You Sie,(2003), Kimia Fizikal. Selangor darul Ehsan : Pearson Education Malaysia Sdn Bhd. Professor Naseer Kanani, Electroplating,Basic Principle,Proces and Practice, Amsterdam :Elsivier Sdn Bhd.

http://zhulian-emassadur.blogspot.com/, dilayari pada 1 Mac 2013.

You might also like