You are on page 1of 6

1.

DEFINISI LINGUISTIK
Kata linguistik (linguistics-Inggris) berasal dari bahasa Latinlingua yang bererti bahasa. Dalam bahasa Perancislangage-langue; Italia lingua; Spanyol lenguadan Inggerislanguage. Akhiran ics dalam linguistics berfungsi untuk menunjukkan nama sebuah ilmu, yang bererti ilmu tentang bahasa, sebagaimana istilah economics, physics dan lain-lain.

Linguistik ialah suatu sains yang mengkaji bahasa (Abdullah Hassan, 1984: 2)

Linguistik ialah pengkajian sains mengenai bahasa kerana linguistik memenuhi syarat yang diperlukan seperti pengkajian sains yang lain.

Linguistik dikatakan saintifik kerana kaedah yang digunakan empirikal berdasarkan sesuatu yang dilihat, dirasa, didengar.

STRUKTUR BAHASA Menurut Levi Strauss (1963: 279), (1) struktur memiliki ciri sistem, iaitu terdiri atas unsurunsur hingga perubahan terjadi pada salah satu di antara unsur-unsur itu membawa perubahan bagi semua unsur lain.

Istilah struktur dan sistem lebih tepat digunakan kerana istilah ini dapat diterapkan dalam semua elemen bahasa, iaitu fonetik, morfologi, dan sintaksis

Struktur dapat dibezakan mengikut bentuk sistematik sesuatu bahasa, iaitu mengikut susunan fonetik, alomof, morfem, atau sintaksis.

Mengkaji struktur dalaman bahasa seperti fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan leksikologi, atau gabungan subdisiplin itu sepertimorfosintaksis dan leksikosemantik.

fonologi: ciri bunyi bahasa, cara terjadi dan fungsinya dalam sistem kebahasaan. Fonologi bersinonim dengan fonemik.

morfologi: struktur kata, bahagiannya dan cara pembentukannya.

sintaksis: hubungan antara satu dengan lain, dan cara penyusunannya hingga menjadi satuan ujaran.

semantik: makna bahasa sama ada yang bersifat leksikal, gramatikal ataupun konteks.

leksikologi: leksikon atau kosa kata sesuatu bahasa dari pelbagai aspek.

2. DEFINISI SOSIOLINGUISTIK
Sosiolinguistik, namanya berasal daripada gabungan perkataan sosio + linguistik, menunjukkan bahawa bidang ilmu ini adalah perpaduan sosiologi dengan linguistik. Ada pula yang menyebutnya sebagai linguistics plus. Kita mudah dapat menyemak bahawa perbahasan pokok dalam ilmu ini adalah masyarakat dan bahasa. Kita boleh mengatakan sosiolinguistik adalah ilmu interdisiplineri yang membincangkan dan menyusun teori-teori tentang perhubungan masyarakat dan bahasa.

Maksud istilah masyarakat, dalam ilmu sosiolinguistik, adalah mencakupi kajian mengenai pihak-pihak yang terlibat dalam interaksi kelompok besar mahupun kecil, fungsi kelompok, pertembungan antara kelompok, sektor-sektor sosial, perhubungan-perhubungan dan perbezaan-perbezaannya dari segi bahasanya.

Maksud istilah bahasa pula mencakupi gagasan-gagasan seperti perbezaan kod-kod (iaitu bahasa Melayu, Indonesia, Inggeris, Arab dll.), ragam regional dari satu kod (seperti bahasa Melayu Malaysia, Singapura, Brunei, Thai Selatan, Kelantan, Kedah dll.), ragam kelompok sosial (seperti bahasa golongan bangsawan, kelas tinggi dan rendah), ragam stailistik (rasmi, santai, intim dan sebagainya). Kesemuanya ini diamati dengan memberi perhatian kepada ciri-ciri pola bunyi dan sebutan, kosa kata, ciri-ciri gramatikal atau pada tahap makna iaitu semantik.

Sosiologi adalah ilmu yang mempelajari struktur masyarakat dan proses-proses kemasyarakatan, termasuk di dalamnya perubahan-perubahan masyarakat. Sosiologi adalah ilmu kemasyarakatan yang mutlak dan abstrak. Ia mencuba memberi pengertianpengertian umum, rational dan empirikal serta bersifat umum (Soekanto 1982: 50).

Pada pihak lain linguistik adalah ilmu yang mengkaji bahasa sebagai bentuk-bentuk lisan dan tulisan. Ia memiliki rumus-rumus yang menjelaskan sistem, rasional, empirikal, dan kesimpulan-kesimpulan sebagai pemerian daripada kenyataan struktur, peggolongan, dan rumus-rumus bahasa, termasuklah pernyataan kekecualiannya. Dan bahasa itu sendiri adalah alat untuk berkomunikasi dalam proses sosialisasi, yang diberi pemerian secara formal dan abstrak dan kadang-kadang kaku oleh linguistik (khususnya mikrolinguistik).

Oleh sebab bahasa-bahasa biasanya berfungsi dalam satu matriks sosial dan oleh kerana masyarakat sangat bergantung pada bahasa sebagai sarana (kalau bukan simbol) interaksi yang diamati, dapat diharapkan bahawa manifestasi-manifestasinya yang diperhatikan itu, perilaku bahasa dan perilaku sosial, akan banyak saling berhubungan dalam banyak cara yang teratur (Fishman 1968: 6).

Sesungguhnya kita maklum, walaupun tanpa disedari, bahawa memang ada perhubunganperhubungan yang kompleks antara masyarakat dan bahasa. Sebagai contoh, kita mengetahui bahawa ada orang-orang berbicara secara berbeza kerana datang daripada latar belakang yang berlainan; sehingga sering kali ada ramalan yang tepat dapat dibuat tentang aspek-aspek ujaran seseorang dengan tempat kelahirannya atau tempat beliau dibesarkan, pendidikannya, kelompok sosialnya atau bahkan pekerjaannya.

Selain daripada itu kita juga sering kali tanpa disadari, merubah cara berbicara tergantung pada siapa lawan bicara. Ini pun tergantung pula pada keakraban orang yang dilawan berbicara, dan suasana sekelilingnya sewaktu proses percakapan berlangsung. Cara kita berbicara dengan anak, isteri, suami di rumah tetulah berbeza daripada cara berbicara di tempat umum.

Lebih penting lagi, kita menilai orang bukan hanya dengan apa yang diujarkan oleh seseorang, tetapi juga bagaimana kedengarannya bahasa yang diucapkan, terutama pada pertemuan pertama.

Hal-hal seperti ini dulu dianggap kurang penting bagi kajian linguistik. Ini terjadi demikian kerana kajian bahasa secara tradisional pada masa lalu adalah terlampau memberi tumpuan kepada bentuk bahasa tulisan. Akibatnya linguistik dan sosiologi menjadi terpisah dari yang lainnya.

Linguistik khususnya di Amerika, menurut, Fishman (1968: 7), sehingga pertengahan pertama abad kedua puluh adalah "disiplin normal" yang hampir sejajar dengan matematik

yang abstrak. Ia memberi tumpuan keanalisis struktur bahasa, dan pendekatan psikologis dan sosiologis dianggap berbahaya dan menyesatkan.

Pada pertengahan tahun 1960-an pula, ada penemuan kembali antara kedua bidang ilmu ini, dan kesedaran baru khususnya dalam kalangan ilmuwan Amerika akan hubunganhubungan yang tidak boleh dipisahkan antara perilaku bahasa dan perilaku sosial (Loveday 1982: 2). Khusunya, istilah sociolinguistics baru muncul pada tahun 1952 dalam karya Haver C. Currie yang menyarankan supaya diselidiki perhubungan antara perilaku ujaran dengan status sosial ahli masyarakat (dalam Dittmar 1976:127).

Ada juga sejak dahulu pendekatan yang meminati linguistik antropologi, namun ia masih menganggap bahasa dan kebudayaan sebagai keseluruhan yang sifatnya monolitik, walaupun ada perhubungan antara satu sama lain (Fishman 1968: 7). Maka dapatlah disimpulkan bahawa sosiolinguistik adalah satu pendekatan yang akan membuat bidang ssiolinguistik ini sebagai satu bidang mikrolinguistik yang menjadi manusiawi dan sosiologikal. Tentu sekali kita dapat mmerasakan bahawa hakikat bahawa bahasa itu bermakna dan berfungsi hanyalah wujud dan terasa pada pemasyarakatannya dalam perjalanan hidup sehari-hari?

Istilah sosiolinguistik sering kali dikelirukan dengan istilahh sosiologi bahasa. Ada beberapa orang sarjana yang menganggapnya sama saja. Ada juga yang membezakannya, dan perbezaan tersebut hanyalah pada penumpuan kajian saja. Fishman melihat bahwa masyarakat lebih luas daripada bahasa, dan dengan demikian maka masyarakat yang menyajikan konteks, di sana segala perilaku bahasa akan dikaji. Yang lebih sejalan dengan pendekatan ini adalah sosiologi bahasa bukan sosiolinguistik, yang memberikan penekanan kepada sebaliknya.

Dengan begitu sosiologi bahasa membidangi faktor-faktor sosial dalam skala besar yang saling bertimbal balik dengan bahasa dan dialek-dialek. Sebagai contoh dapatlah dikemukakan, misalnya: masalah menurunnya dan asimilasi bahasa-bahasa minoriti, perkembangan bilingualisme, perkembangan pembakuan bahasa dan perancangan bahasa negara-negara membangun.

Sosiolinguistik adalah bidang ilmu yang mengkaji kesan sebarang aspek masyarakat ke atas bahasa. Sosiologi bahasa pula mengkaji kesan bahasa terhadap masyarakatnya. Aspekaspek ini boleh terdiri daripada norma dan nilai dalam masyarakat, harapan masyarakt, suasa yang wujud dalam masyarakat, dll.

Pada pihak lain, sosiolinguistik lebih berhubungan dengan kajian-kajian mendalam mengenai penggunaan bahasa sebenarnya. Dell Hymes (1962) menyebut ini sebagai etngrafi pertuturan (the ethnography of speaking). Beberapa contoh dapat dilihat dalam misalnya: pemerian pola-pola penggunaan bahasa dan dialek dalam budaya tertentu yang menyangkut bentuk-bentuk peristiwa ujaran (speech events), pilihan-pilihan yang dilakukan oleh penutur, topik pembicaraan dan seting pembicaraan (Fishman 1970: 6 dan Labov 1977: 183-184).

3.DEFINISI PSIKOLINGUISTIK
PENDAHULUAN

Psikolinguistik ialah bidang ilmu antara disiplin iaitu antara ilmu psikologi danilmu linguistik. Sebelum istilah psikolinguistik ditakrifkan, eloklah sekiranyaiatilah psikologi dan linguistik ditakrifkan terlebih dahulu.PsikolinguistikLinguistikPsikologiMengkaji bagaimana otak manusiadapat memproses bahasa dan mampumenerbitkan perkataan serta ayat-ayatyang tidak terhingga banyaknya.Kajian tentang otak,perasaan, pemikiranpengamatan danpenaakulanKajian tentangbahasa secarasistematik

Psikolinguistik adalah disiplin ilmu yang mengkaji apa yang dikaji oleh disiplin linguistic dan psikologi. Psikolinguistik mengkaji aspek- aspek yang berkaitan dengan bahasa, tingkah laku bahasa dan akal budi manusia.

Psikolinguistik menganalisis apa yang berlaku dalam akal budi manusia semasa seseorang itu berbahasa.

PENGERTIAN PSIKOLOGI
Psikologi ialah satu bidang ilmu yang menumpukan pengkajiannya kepada duaperkara utama iaitu yang berkaitan dengan akal budi atau jiwa manusia danperilaku atau tingkah laku manusia.

Menurut Gleitman (1986:1), psikologi ialahbidang kajian di mana kadangkala ditakrifkan sebagai ilmu tentang akalbudi, kadangkala pula sebagai ilmu tentang tingkah laku. Bidang kajian inimencuba menjawab persoalan tentang bagaimana organismaorganismamelakukan sesuatu dan mengapa hal tersebut dilakukan. Manakala menurut Mangantar Simanjuntak (1986:12) pula, psikologiialah satu sains manusia yang mencuba mengkaji proses akal manusia dansegala manifestasinya yang mengatur perilaku manusia itu.

Menurut Atan Long (1976:1) yang berkata semasa menerangkan asalusul perkataan psikologi ialah perkataan psikologi yang berasal daripada gabungan dua perkataan Yunani psyche yang bermakna jiwa atausemangat dan perkataan logy yang berasal dari logos yang membawa makna pengkajian mengenai sesuatu. Kalau diterjemahkan secara terusperkataan psychology itu membawa erti pengkajian berkenaan jiwa atausemangat.

Oleh hal yang demikian, berdasarkan pandangan-pandangan yang telahdikemukakan di atas, dapatlah kita rumuskan bahawa psikologi merupakansatu disiplin ilmu yang mengkaji hal-hal yang berkaitan dengan akal budiatau jiwa dan juga tingkah laku manusia.

You might also like