P. 1
esei wawasan 2020

esei wawasan 2020

|Views: 3,957|Likes:
Published by mr oyiez
1

PENDAHULUAN Malaysia ialah sebuah negara sedang membangun yang telah mencapai kejayaan besar dalam pelbagai bidang, dan kini sedang berusaha menjadi sebuah negara maju menurut acuan sendiri menjelang tahun 2020. Untuk menjadi sebuah negara dan masyarakat yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang, Malaysia perlu bijak mengurus kejayaannya agar ia dapat diperkulruh dan dipertingkatkan. Transformasi ke arah menjadi masyarakat maju bukan sahaja diasaskan kepada kemajuan ekonomi dan teknologi,
1

PENDAHULUAN Malaysia ialah sebuah negara sedang membangun yang telah mencapai kejayaan besar dalam pelbagai bidang, dan kini sedang berusaha menjadi sebuah negara maju menurut acuan sendiri menjelang tahun 2020. Untuk menjadi sebuah negara dan masyarakat yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang, Malaysia perlu bijak mengurus kejayaannya agar ia dapat diperkulruh dan dipertingkatkan. Transformasi ke arah menjadi masyarakat maju bukan sahaja diasaskan kepada kemajuan ekonomi dan teknologi,

More info:

Published by: mr oyiez on May 14, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/08/2012

pdf

text

original

1

PENDAHULUAN Malaysia ialah sebuah negara sedang membangun yang telah mencapai kejayaan besar dalam pelbagai bidang, dan kini sedang berusaha menjadi sebuah negara maju menurut acuan sendiri menjelang tahun 2020. Untuk menjadi sebuah negara dan masyarakat yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang, Malaysia perlu bijak mengurus kejayaannya agar ia dapat diperkulruh dan dipertingkatkan. Transformasi ke arah menjadi masyarakat maju bukan sahaja diasaskan kepada kemajuan ekonomi dan teknologi, tetapi juga kemajuan dalam pembangunan sosial, budaya, intelek dan rohani. Fokus terpenting bagi pembangunan sedemikian ialah peningkatan dan pemantapan etika dan integriti yang perlu menjadi budaya masyarakat. Hanya dengan demikian, barulah kejayaan yang dicapai dapat dilestarikan, kesejahteraan rakyat dapat dipelihara dan ditingkatkan. Dengan cara itu juga prasarana Dunia Pertama yang sudah pun terdapat di Malaysia tidak disia-siakan atau disalahgunakan, manakala sikap dan mentaliti Dunia Ketiga dapat dikikis. Oleh itu, Wawasan 2020 merupakan garis panduan menjadikan Malaysia Negara industri yang maju berasaskan acuan sendiri Wawasan 2020 ialah satu konsep yang dibentangkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad di Majlis Perdagangan Malaysia pada 28.2.1991. Didalam ucapan tersebut beliau telah menegaskan bahawa Matlamat Pembangunan Negara ialah untuk menjadikan Malaysia; “………………Sebagai sebuah negara industri” dan “…….…….. pembentukan sebuah Negara Malaysia yang benar-benar maju menjelang tahun 2020….. menurut acuan kita sendiri”. Wawasan 2020 bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Yang dimaksudkan sepenuhnya terangkum bukan sahaja bidang ekonomi, tetapi juga bidang-bidang politik, sosial, kerohanian, psikologi, serta juga perpaduan nasional dan sosial, antara lain. Kesemua ini juga melibatkan persoalan keadilan sosial, kestabilan politik, sistem kerajaan, mutu hidup, nilai sosial dan kerohanian, maruah bangsa, serta juga keyakinan.

2

APA ITU WAWASAN 2020? Satu wawasan strategik jangka panjang sebagai arah dasar yang luas meliputi pelbagai aspek berkaitan pembangunan negara dalam hubungan dengan perkembangan ekonomi dunia keseluruhannya.Ia memberi arah tujuan dan sasaran negara untuk mencapai satu tahap negara maju sepenuhnya dengan nilai-nilai positif yang sendiri dengan menetapkan satu jangka masa 30 tahun sebagai panduan untuk mencapai matlamat diatas. Selain itu, ia memberikan fokus Nasional agar setiap penduduk negara termasuk pemerintah dan rakyat dapat memberi satu penumpuan yang padu ke arah mencapai satu-satu matlamat. Dengan adanya wawasan yang jelas dan diterima umum, kita berupaya untuk bergerak ke hadapan dengan tumpuan yang lebih jelas, yakin dan serentak. Dengan maksud lain, kita akan berusaha dan bertindak untuk mempengaruhi keadaan dan bukan keadaan yang mempengaruhi kita.Ia juga adalah untuk mendapat perjanjian Nasional ’Kamus Dewan 1989’ memberikan maksud perjanjian sebagai persetujuan bersama, kesepakatan pendirian atau permuafakatan. Ini kerana Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum dan keadaan geografinya berlainan, sedikit sebanyak terdapat pandangan berbeza dan menimbulkan perselisihan mengenai masa depan negara. Negara akan bergerak lebih cergas lagi sekiranya satu perjanjian dapat diwujudkan. Menyediakan garis panduan bagi agenda Pembangunan Nasional sebagai satu pandangan jauh kehadapan, jelaslah bahawa ia merupakan satu arah aliran yang menjadi pelan induk dasar pembangunan negara bukan sahaja dalam kontek pembangunan nasional malah juga dalam kontek global yang meliputi perkembangan dunia dari masa kesemasa. Ringkasnya, wawasan ini merupakan garispanduan utama bagi menetapkan Arah tujuan, Matlamat, Strategi, Jangka Masa dan Menetapkan Pencapaian.

3

MENGAPA TAHUN 2020? Pembangunan satu generasi dalam era dunia tanpa sempadan dan persaingan yang pesat. Dalam masa 30 tahun satu generasi baru akan dapat dibentuk sekiranya ia bermula dari sekarang. Sekiranya mereka dibangun dari sekarang melalui rancangan dan persekitaran yang baik, mereka berupaya memberi satu sumbangan yang bermakna kepada pembangunan negara. Ia juga sebagai satu era pemisah pembangunan perindustrian dunia. Jangka masa 30 tahun ialah satu jangka masa yang munasabah dan praktikal dan matlamat yang akan ditetapkan terutama matlamat pembangunan eknonomi memang merupakan satu matlamat yang munasabah dicapai berasaskan kemajuan dan pembangunan yang telah kita capai setakat ini. Selain itu, mengikut “Mega-Trend” dunia, dalam masa beberapa dekad akan datang pembangunan sains, teknologi dan komunikasi akan mementukan tahap kedudukan satu-satu negara. Justeru itu amat perlu bagi negara Malaysia menetapkan satu wawasan yang “ambitius’ tetapi munasabah agar tidak ketinggalan didalam perkembangan dan aras pembangunan dunia sejagat. Jangka masa yang munasabah dan praktikal. Ramai ahli-ahli fikir berpendapat dalam beberapa dekad akan datang ialah satu masa yang menjadi garis pemisah sama sebuah negara itu akan berjaya dalam pembangunan perindustrian atau tidak. Justeru itu kita perlu berusaha supaya kita tidak termasuk dalam negara yang terus ketinggalan. MATLAMAT WAWASAN 2020 Dalam penyampaian kertas kerjanya, Laluan ke Depan (The Way Forward), kepada Majlis Perniagaan Malaysia, Dr Mahathir Mohamad menghuraikan sembilan matlamat utama Wawasan 2020. Pertama mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama. Ia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum hidup dalam harmoni, bekerjasama sepenuhnya, secara adil dan disokong oleh satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.

4

Kedua mewujudkan sebuah negara yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang ada, dengan apa yang di capai, gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia yang mudah di kenali dari sikap ingin mencapai kecemerlang, sedar semua kemampuannya, tidak mengalah kepada sesiapa dan menghormati oleh rakyat negara lain. Ketiga mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik dan mengamalkan satu bentuk persefahaman matang iaitu, demokrasi masyarakat Malaysia yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun. Keempat mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika, kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika yang tinggi. Kelima mewujudkan masyarakat yang liberal dan bertolak ansur, di mana masyarakat pelbagai kaum di Malaysia bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka pada satu Negara. Keenam mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke hadapan yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan. Ketujuh mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyanyangi. Iaitu satu sistem sosial yang mana kepentingan masyarakat adalah lebih utama daripada diri sendiri yang mana kebajikan insan tidak akan berkisar kepada orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh. Kelapan memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Iaitu masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, yang mana wujud perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi dan kemunduran ekonomi berdasarkan kaum. Terakhir atau kesembilan ialah mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi yang boleh bersaing, dinamik, giat dan berdaya tahan.

5

STRATEGI PENGUKUHAN NILAI DAN ETIKA SEKTOR AWAM DAN SWASTA. Kerajaan Malaysia sangat komited kepada usaha pembangunan negara secara total. Dasar-dasar negara yang mencakupi bidang politik, pentadbiran, ekonomi dan sosial telah diperkenal dan dilaksanakan secara menyeluruh dan teratur. Kemajuan Malaysia masa kini adalah hasil daripada perancangan yang teliti oleh pihak Kerajaan dan agensi-agensinya, pihak swasta, serta pelbagai sektor masyarakat secara bersepadu dan berterusan. Dalam wawasan 2020 yang diumumkan pada tahun 1991 mengandungi aspirasi negara ini untuk menjadi sebuah negara maju menurut acuan sendiri serta cabaran-cabaran yang perlu ditanganinya dalam usaha merealisasikan aspirasi itu. Prinsip dan semangat Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan Wawasan 2020 menjadi asas pelbagai dasar dan strategi yang dilaksanakan di Malaysia sehingga ke hari ini. Oleh itu, kerajaan menyedari bahawa sektor awam merupakan instrumen terpenting dalam pengurusan dan pentadbiran, penyampaian perkhidmatan dan pembangunan negara. Justeru, pembudayaan etika dan integriti mestilah pada setiap masa diterjemahkan dalam semua aspek pelaksanaan tugas dan tanggungjawab sektor ini. Penerapan, penghayatan dan pengamalan nilai-nilai murni serta bersih daripada gejala rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa perlu sentiasa diperkukuhkan dan menjadi amalan berterusan, Oleh itu, Kerajaan telah memperkenal dan melancarkan pelbagai program bagi memantap dan mempertingkatkan nilai-nilai murni dan integriti perkhidmatan awam sejak kemerdekaan lagi. Walau bagaimanapun, usaha yang lebih terfokus dilaksanakan sejak tahuntahun 1980an. Tumpuan diberikan kepada penghayatan konsep 'Bersih, Cekap dan Amanah', 'Penerapan Nilai-Nilai Islam', 'Budaya Kerja Berkualiti', 'Kod Etika Kerja', 'Piagam Pelanggan' dan 'ISO 9000'. Sektor swasta adalah pemacu pembangunan dan penjana pertumbuhan ekonomi Malaysia. Isu utama mengenai integriti sektor swasta yang dititikberatkan dewasa ini ialah tadbir urus korporat. Sifat ekonomi Malaysia yang terbuka dan kemakmuran ekonomi selama beberapa dekad ini memberi peluang bukan sahaja kepada sektor swasta luar negara untuk beroperasi di

6

negara ini. tetapi juga untuk sektor swasta dalam negeri beroperasi di pasaran global. Walau bagaimanapun. beberapa peristiwa yang berlaku di peringkat dunia dan di dalam negeri dalam tahun-tahun kebelakangan ini menunjukkan betapa pentingnya tadbir urus terbaik dijadikan prinsip yang menjiwai syarikat serta membimbing perlakuan para pegawainya. Prinsip ini menggariskan bagaimana para pegawai tersebut harus bertingkah laku dan bertanggungjawab terhadap para pelabur dan pihak berkepentingan yang lain. Pelbagai skandal dan penyelewengan yang melibatkan syarikat-syarikat antarabangsa dan tempatan menunjukkan betapa pentingnya isu tadbir urus terbaik dilaksanakan Salah satu masalah yang menjejaskan integriti sektor swasta ialah penglibatannya dengan gejala rasuah. Sektor swasta kerap dilihat sebagai pemberi rasuah manakala penjawat awam dilihat sebagai penerima rasuah. Walau bagaimanapun, gejala rasuah sama ada dalam bentuk memberi dan menerima juga berlaku dalam sektor swasta. Memandangkan betapa seriusnya masalah ini, satu konvensyen antarabangsa, iaitu Organization for Economic Cooperation Development (OECD) Anti-Bribery Convention telah ditandatangani oleh 35 buah negara pada 1999 untuk menangani dan mencegah amalan pemberian rasuah oleh syarikat multinasional dan meningkatkan integriti mereka. Dalam memastikan penguatkuasaan usaha pencegahan rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa, Kerajaan melalui Parlimen telah meluluskan Akta Pencegah Rasuah, 1961, bagi menggantikan The Prevention of Corruption Ordinance 1950. Dalam tahun 1967, Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah ditubuhkan bertujuan menghapuskan rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa. Dengan mengambil kira perkembangan dalam negeri dan antarabangsa, Akta ini kemudian disemak pada tahun 1971 dan seterusnya dimansuhkan serta digantikan dengan Akta Pencegahan Rasuah 1997. Sejak penubuhannya sehingga kini, BPR telah memainkan peranan penting dalam memerangi rasuah, memelihara integriti pentadbiran Kerajaan dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai bahaya rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa.

7

Kerajaan juga telah menubuhkan Biro Pengaduan Awam (SPA) sebagai salah satu mekanisme dan saluran bagi orang ramai mengemukakan aduan mengenai salah tadbir, salahguna kuasa dan penyelewengan dalam perkhidmatan awam. Jabatan Audit Negara dibentuk untuk mengaudit Penyata Akaun Awam bagi memastikan pengurusan perbelanjaan, hasil dan aset Kerajaan dilaksanakan secara berhemah mengikut undangundang dan peraturan. Manakala Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) ditubuhkan, antara lain, sebagai peneraju pembaharuan pentadbiran dalam mewujudkan perkhidmatan awam yang moden, cekap dan berkesan. Bagi memantapkan keutuhan pengurusan dan pentadbiran, Kerajaan telah membentuk Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan (JKKMKPK), Dengan meletakkan isu keutuhan atau integriti pengurusan Kerajaan sebagai fokus utamanya. Pada masa ini Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Y.A.B. Perdana Menteri. Langkah di peringkat Kerajaan Pusat ini telah disusuli dengan pembentukan Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP) di peringkat persekutuan, negeri dan daerah. Dengan demikian keutuhan pengurusan bukan sahaja menangani isu integriti peringkat teratas, tetapi juga jentera pentadbiran pelbagai peringkat sehingga ke peringkat akar umbi. Terdapat lapan terma rujukan yang menjadi panduan JKP, iaitu Perundangan. Sistem dan Prosedur Kerja, Nilai-nilai Murni dan Etika, Kod Etika, Pengiktirafan. Kawalan Dalaman, Tindakan Pengesanan dan Punitif, serta Tindakan Pemulihan. JKP merupakan suatu mekanisme yang berstruktur dengan pelaporan berkala bertujuan memantapkan lagi keutuhan sistem pengurusan pentadbiran Kerajaan Malaysia secara dalaman, menyeluruh, sistematik dan berterusan. Sementara Jawatankuasa Keutuhan pengurusan (JKP) merupakan mekanisme sektor awam untuk menangani isu etika dan integriti dalam perkhidmatan awam dan Kerajaan, sektor swasta tidak mempunyai mekanisme yang sama. Namun, satu langkah positif telah diambil oleh Kementerian Kewangan dengan menubuhkan Jawatankuasa Kewangan Tingkat Tinggi (High Level Finance Committee) pada 1998 sejurus selepas krisis kewangan 1998.

8

Selain itu, satu himpunan etika dalam bidang perniagaan yang dikenali sebagai Rukuniaga Malaysia juga telah digubal dan diterima pakai oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sejak tahun 2002. Rukuniaga Malaysia menggariskan enam prinsip dalam urusan perniagaan iaitu: Berlaku benar dalam amalan perniagaan; Bertanggungjawab kepada pelanggan, masyarakat dan persekitaran; Berperikemanusiaan kepada semua insan; Kesederhanaan tingkah laku dalam perniagaan; Saksama terhadap pelanggan; dan Kesungguhan menjayakan perniagaan. Sebilangan syarikat telah menerima Rukuniaga Malaysia sebagai pedoman dalam urusan perniagaan mereka.

Oleh itu, dalam usaha menjadi sebuah negara maju sepenuhnya seperti terkandung dalam Wawasan 2020, adalah perlu untuk memupuk semangat identiti bersama dan bangga terhadap negara berasaskan warisan dan pencapaian yang lepas serta meningkat dan mengoptimumkan potensi yang sedia ada. Semangat identiti bersama dan berkongsi tujuan sangat penting dalam usaha pembangunan nusa bangsa. Pemupukan nilai positif dan kepercayaan terhadap nilai moral dan tingkah laku beretika sebagai satu cara hidup di kalangan rakyat akan terus menjadi asas kepada kejayaan negara. DASAR AWAM Dasar awam merupakan usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara yang makmur lagi bersatupadu berasaskan system demokrasi dalam suasana Pembangunan yang aman dalam mencapai wawasan 2020. Selain itu, untuk kesejahteraan rakyat.Dasar ini digubal sesuai dengan ciriciri dan keunikan negara kita Malaysia yang berbilang bangsa dan keturunan, pelbagai fahaman dan agama dan pelbagai kebudayaan. Dasar Awam Negara diwujudkan adalah untuk memberi gambaran mengenai matlamat dan keutamaan kerajaan. Ia juga mengandungi strategi dan program kearah pencapaian sesuatu objektif mengapa ia diwujudkan. Antara dasar-dasar utamanya adalah Dasar-dasar Ekonomi, Dasar-dasar Etika Kerja dan Dasar-dasar Luar.

9

Antaranya ialah Dasar Persyarikatan Malaysia atau Malaysia Incorporated ini telah pertama kalinya diutarakan oleh YAB Perdana Menteri Datuk Sri Dr.Mahathir Mohamed di waktu pelancaran Forum INTAN pada 25hb. Februari, 1983. Semenjak itu dasar ini telah banyak diperbincangkan bukan sahaja oleh media massa tetapi juga oleh ahli-ahli politik, ahli-ahli perniagaan, pegawai kerajaan dan juga golongan intelektual. Dalam sesebuah negara seperti Malaysia ini terdapat dua sektor utama yang akan menentukan maju dan mundurnya negara ini, iaitu sektor swasta dan sektor awam. Kedua-dua sektor ini seharusnya boleh bekerjasama dalam semua bidang untuk mencapai dan meningkatkan pembangunan dan imej negara ke tahap yang lebih baik. Dilihat sekali imbas sektor swasta adalah menjadi pendokong kepada aktiviti perdagangan dan ekonomi, manakala sektor awam akan menyediakan dasar-dasar utama dan menentukan arah serta menyediakan perkhidmatan sokongan yang tertentu kepada pihak swasta. Dengan ini pihak kerajaan atau awam lebih merupakan pemberi perkhidmatan kepada syarikat dan perusahaan. Keperluan kepada dasar Persyarikatan Malaysia ini wujud hasil dari kesedaran bahawa pada masa ini terdapat beberapa perkara dan persoalan-persoalan pokok yang menjadi berasingan atau bertentangan seperti soal matlamat organisasi, perhubungan peranan dan peraturan di antara pihak awam dan swasta. Persyarikatan Malaysia bertujuan menwujudkan satu kerjasama yang erat, bermakna dan berkesan di antara pihak sektor awam dengan pihak swasta dalam menjayakan pembangunan negara yang akan membuahkan munafaat yang akan dikecapi oleh kedua-dua pihak. Y.A.B. Perdana Menteri sendiri menerangkan konsep Persyarikatan Malaysia memerlukan kedua-dua sektor menghapuskan sikap permusuhan dan sebaliknya bersama berkongsi maklumat, tanggungjawab, cabaran serta memahami polisi, Objektif dan prosedur-prosedur dalam usaha-usaha mempertingkatkan pembangunan sosial, pentadbiran dan ekonomi negara. Hubungan kerjasama yang erat ini sebenarnya akan menguntungkan semua pihak di mana dasar-dasar awam akan mudah difahami, dilaksana dan diterima oleh segenap lapisan masyarakat. Keuntungan yang diperolehi oleh sektor swasta pula akan dapat dikecapi bersama-sama melalui cukai dan penglibatan sosial secara bersungguh-sungguh oleh pihak swasta.

10

Dasar Persyarikatan Malaysia sebenarnya memerlukan perubahan sikap oleh kedua-dua sektor awam dan swasta untuk memupuk persefahaman dan kerjasama yang lebih erat agar kesejahteraan rakyat Malaysia akan dapat dipertingkatkan. Ianya timbul atas kesedaran bahawa kedua-dua pihak sebenarnya adalah sehaluan untuk menjadikan negara ini lebih maju. Sesungguhnya potensi bagi ekonomi Malaysia bertambah maju amatlah besar sekali memandangkan negara ini kaya dengan sumber asli yang seharusnya digemblengkan. Dasar Persyarikatan Malaysia ialah untuk menggemblengkan sumber-sumber ini melalui kerjasama yang padu di antara sektor awam dan sektor swasta. Sesungguhnya pelaksanaan Dasar Persyarikatan Malaysia yang berkesan akan dapat memberi sumbangan yang besar ke arah kejayaan lain-lain dasar awam negara seperti Dasar Perindustrian Negara, Dasar Pertanian Negara, Penswastaan dan lain-lain. Pendekatan Good Governance Secara umum semua yang dilakukan oleh kerajaan adalah sangat membantu dalam

merealisasikan wawasan 2020. Sebagai sebuah gagasan Wawasan 2020 tiada etika atau perjanjian tertentu yang terdapat dalam perlembagaan mahupun akta kerajaan, akan tetapi semua pendekatan, dasar, percaturan dan strategi kerajaan akan sentiasa bersifat menjurus ke arah Wawasan 2020. Ini dapat dilihat dengan jelas kepada contoh-contoh yang telah diambil dalam penerangan di atas. Bagaimana dikatakan strategi kerajaan bersifat good governance?. Perkara ini akan dijelaskan dengan memahami erti good governance itu sendiri dimana merupakan sebahagian daripada proses pembangunan yang bersifat berpatisipasi, ketelusan (transparency) dan kebertanggungjawaban (accaountability) dalam karekter-karekternya yang tersendiri di mana proses dan struktur membimbing hubungan politik dan sosio-ekonomi dan suara orang minority lebih di dengari. Kesan dari wujudnya, timbulnya pelbagai maklumat yang baru dan teknologi baru telah mnyumbangkan kepasa proses pembentukan keputusan yang baik di pelbagai peringkat. Ianya akan lebih difahami dengan merujuk lapan karekter utama iaitu patisipasi, undang-undang (rule of law), ketelusan (transparency), tindak balas (responsiveness),

11

persetujuan umum (consensus oriented), keadilan (equity and inclusiveness), keberkesanan dan keefisyenan (effectiveness and efficiency) dan kebertanggungjawaban (accaountability). Bertunjangkan sifat-sifat inilah yang menunjukan bahawa strategi Wawasan 2020 yang telah dilakukan mahupun akan dilakukan boleh dilihat dalam aspek governans. Partisipasi boleh hadir dari semua peringkat umur, jantina tahap pendidikan dan kesemua masyarakat. Iainya juga boleh dating secara terus melalui institusi kerajaan atau wakil-wakil rakyat. Ini kerana gagasan Wawasan 2020 bukanlah usaha yang perlu diperjuangkan oleh kerajaan semata-mata tetapi memerlukan keterlibatan kesemua sektor, semua lapisan masyarakat dan masyarakal sivil supaya wawasan ini dapat direalisasikan. Ini sejajar dengan cabaran satu hingga lima yang termaktub dalam cabaran-cabaran Wawasan 2020. Rule of law juga merupakan sifat yang boleh membawa ke arah good governance yang dipraktikan dalam strategi Wawasan 2020. Ia memerlukan kesamaan dalam rangka kerjayang sah yang mana didalamnya tidak mempunyai unsur-unsur yang bercorak paksaan. Ia mengandungi perlindungan yang sepenuhnya dalam hak asasimanusia. Ianya juga turut mempertahankan system perundangan, keadilan bebas dari unsure karupsi dan juga bebas dari tekanan pihak polis. Contoh yang paling terbaik ialah Pelan Integriti Nasional (PIN)yang merupakan strategi kerajaan dalam memperkasakan pentadbiran disamping memajukan masyarakat. Ketelusan pula adalah merujuk kepada peranan yang dimainkan dalam proses pembuatan keputusan. Setiap keputusan dan pelaksanaan dalam proses membuat keputusan adalah berdasarkan kepada sekata dan peraturan yang telah ditetapkan. Di sini dilihat kewujudan maklumat adalah bebas dan dapat dicapai secara terus kepada sesiapa yang terlinat dalam proses terhadap keputusan-keputusan. Ini dapat dilihat dalam dasar pensyarikatan dan penswastaan yang menjadi galakan dari kerajaan. Dengan adanya nilai dan etika yang disarankan oleh kerajaan Dasar penswastaan dapat berkembang dengan baik tanpa dipengaruhi oleh unsure-unsur negatif.

12

Dalam proses membuat keputusan umum pula, persetujuan umum lebih diambil kira. Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza-beza dalam sesebuah organisasi masyarakat. Maka, bagi sesebuah institusi masyarakat untuk mencapai ke tahap persetujuan yang bersifat menyeluruh atau mendapat suara ramai dalam membincangkan hal yang berkaitan keseluruhan komuniti dan cara bagaimana ia boleh dicapai adalah amat penting bagi menjaga hak-hak setiap individu. Ini dapat dilihat dengan pergerakan pentadbiran kerajaan dalam membuat dasar dan strategi yang berkaitan dengan Wawasan 2020 bukanlah dibuat dengan mengambil pandangan satu pihak sahaja. Tetapi perkara ini telah diperdepatkan dalam parlimen tentang kewajarannya sebagai matlamat negara dan bagaimana untuk merealisasikannya bersama. Dalam pada itu, menerusi keadilan pula ianya dilihat sebagai bertujuan untuk memastikan setiap ahli masyarakat merasakan bahawa mereka mempunyai satu pertaruhan di dalamnya. Untuk itu, masyarakat perlu berpartisipasi dengan tujuan untuk tidak merasa terkeluar dari matlamat utama. Maka, sebarang usaha juga perlu dilakukan oleh diri mereka sendiri dalam memperkasa kekeluargaan dan ekonomi sekaligus memperkasakan peranan masyarakat sivil. Dalam keberkesanan dan keefisyenan ini kita dapat lihat melalui kewujudan proses dan institusinya. Proses dan institusi-institusi ini membawa kesan dari penghasilan keputusankeputusan yang dijalankan. Antara kesan tersebut antaranya ialah yang membawa kepada kehendak masyarakat. Untuk itu mereka perlu menggunakan pendekatan dan penyelesaian yang terbaik bagi masalah yang timbul tersebut. Atas faktor ini cabaran pertama hingga ke Sembilan perlu dihadapi dengan membuat dasar-dasar yang boleh menggerakkan semua nadi institusi kerajaan dan masyarakat. Selain itu, kebertanggungjawaban pula boleh dilihat dengan peranan-peranan yang dimainkan oleh pihak kerajaan, sektor swasta dan juga organisasi msyrakat sivil. Di sini, ia perlu bertanggungjawab terhadap masyarakat dan institusi dilihat sebagai badan yang bertanggungjawab terhadap apa yang telah dirancang dan memastikan semua strategi yang dibuat berjalan mengikut masa yang ditetapkan. Walaupun tiadanya badan atau organisasi yang menyelia secara terus Wawasan 2020, tetapi tanggungjawab ini dipikul berat oleh kerajaan kerana mereka lah nadi utama penggerak untuk mencapai matlamat ini.

13

Sememangnya elemen yang wujud dalam good governance boleh dikaitkan dengan pergerakan strategi yang durancang oleh kerajaan dalam mencapai wawasan 2020. Ini keran secara umum good governance adalah bertujuan meminimakan korupsi, ,memastikan pandangan dari golongan minority diambil kira dan dalam proses membuat keputusan agar governance itu menjadi lebih efisyen dengan sifat-sifat yang diserapkan PENUTUP Sekali imbas Wawasan 2020 seolah-olah merupakan wawasan ekonomi semata-mata kerana ia mementingkan persoalan pembangunan ekonomi untuk Malaysia menjadi Negara perindustrian, tetapi jika dihalusi ia sebenarnya lebih daripada itu. Ia juga menyentuh perkaraperkara berkaitan dengan aspek sosial dan cara hidup seperti pembentukan dan keperibadian bangsa, moral dan etika, kebudayaan kebangsaan, pembangunan sumber manusia dan lain-lain. Wawasan 2020 bukanlah slogan untuk dilaung-laungkan, tetapi ia lebih merupakan rangka kerja tindakan framework of action bagi setiap rakyat bukan sahaja bergantung kepada kerajaan tetapi rakyat juga berperanan untuk mengambil langkah-langkah tertentu bagi memastikan Malaysia menjadi negara yang benar-benar maju dan makmur. Dalam konteks ini Wawasan tersebut memerlukan beberapa perisian penting, di antaranya ialah kualiti tenaga kerja yang dihasilkan oleh sistem pendidikan, perubahan sikap dan nilai, penekanan kepada sains dan teknologi, perancangan, dan peranan sektor swasta yang lebih dinamik. Memang tidak dinafikan strategi-strategi ini penting dalam merealisasikan wawasan 2020 dalam Dasar Pembangunan Negara. Sesungguhnya potensi bagi ekonomi Malaysia bertambah maju amatlah besar sekali memandangkan negara ini kaya dengan sumber asli yang seharusnya digemblengkan. Dengan merealisasikan Wawasan 2020 dapat menggemblengkan sumber-sumber ini melalui kerjasama yang padu di antara sektor awam dan sektor swasta. Sesungguhnya pelaksanaan dalam Wawasan 2020 yang berkesan akan dapat memberi sumbangan yang besar ke arah kejayaan lain-lain dasar awam negara seperti Dasar Perindustrian Negara, Dasar Pertanian Negara, Penswastaan dan lainlain.

14

RUJUKAN Kamarudin Jaffar & Hazami Habib.1993. Wawasan 2020. Kuala Lumpur: Institut Kajian Dasar. Ahmad Sarji, Azwar Abd Rahman & Mohamad Abd Manaf.2003.Wawasan 2020 Malaysia Memahami Konsep Dan Cabaran.Kuala Lumpur: Intitut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. Abu Hassan Adam.1991.Menghala Wawasan 2020.Kuala Lumpur: Arena Ilmu Sdn. Bhd. Hashim Makaruddin & Mokhtar Ahmad.2003.Pengurusan Ekonomi Malaysia: Ucapan Pilihan Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia.Kuala Lumpur: Intitut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. Micheal Yeoh.2003. Wawasan & Kepimpinan Nilai Dan Strategi Ke Arah Wawasan 2020. Kuala Lumpur: Intitut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. Hood Salleh, Kamaruddin M. Said, A. Hasmadi A. Mois.1991. Wawasan 2020 dan pembinaan bangsa Malaysia.UKM, Bangi.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->