You are on page 1of 15

1

Pendahuluan.

Amerika Syarikat terbentuk dari 13 bekas koloni British selepas Revolusi Amerika dan
deklarasi kemerdekaan pada tanggal 4 Julai 1776. Pada asalnya, struktur politiknya ialah
sebagai sebuah gabungan. Tetapi selepas debat yang lama dan terbentuknya
Perlembagaan Amerika, koloni ini bersetuju untuk membentuk kerajaan persekutuan.

Abad ke-19 menyaksikan perkembangan AS dimerata benua Amerika Utara.


Melalui paksaan, kekuatan ketenteraan dan diplomasi, AS memperolehi banyak negeri-
negeri lain di dalam dan di luar negara seperti Cuba dan Filipina. Walaupun begitu, dalam
masa yang sama negara ini telah mengalami masalah sosial dalaman yang teruk. Dalam
usaha untuk mengembangkan penempatan kaum kulit putih, kaum pribumi Indian telah
dijadikan mangsa. Melalui kempen ketenteraan, pemusnahan, penyingkiran serta
penempatan semula kaum pribumi Indian telah dipinggirkan. Di sebelah selatan pula,
sistem hamba abdi masih dikekalkan dan kaum kulit hitam telah didera dan diberi status
kelas kedua. Diskriminasi kaum merupakan salah satu sebab berlakunya Perang Saudara
antara negeri-negeri Utara dan Selatan. Walaupun sistem hamba abdi telah dimansuhkan
selepas kekalahan negeri-negeri Selatan, diskriminasi kaum terus berleluasa sehingga ke
pertengahan abad ke-20.

Sewaktu era tersebut, negara ini terus maju menjadi sebuah kuasa perindustrian
dan ia berterusan sehingga ke abad-20 yang dikenali sebagai Abad Kegemilangan
Amerika. Dalam abad ini pengaruh Amerika semakin meluas di arena antarabangsa dan
menjadi pusat inovasi serta teknologi terunggul didunia ketika itu. Antara sumbangan
teknologinya termasuklah telefon, televisyen, komputer, internet, senjata nuklear dan
kapal terbang dan penerokaan angkasa lepas
2

Sistem Pentadbiran

Amerika Syarikat merupakan negara demokrasi berperlembagaan dengan sistem


pentadbiran tiga lapisan dan institusi kehakiman yang bebas. Terdapat tiga peringkat iaitu
persekutuan, negeri dan kerajaan tempatan yang mempunyai badan legislatif serta
eksekutif dengan bidangkuasa yang terhad. Negara ini mengamalkan sistem persekutuan
atau federalisme dimana kerajaan pusat dan negeri berkongsi kuasa. Kerajaan pusat
berkuasa terhadap beberapa perkara seperti pencetakan matawang Amerika serta polisi
pertahanan. Namun, kerajaan negeri berkuasa menentukan hak dan undang-undang
masing-masing seperti hak asasi dan hukuman maksimum dalam hal undang-undang. Ini
menunjukan kuasa negeri mempunyai kelebihan berbanding kerajaan pusat.

Terdapat elemen penting bagi kerajaan Amerika iaitu doktrin pembahagian kuasa.
Artikel 1 hingga 3 Perlembagaan Amerika, telah menggariskan secara terperinci
mengenai kuasa-kuasa kerajaan yang utama iaitu eksekutif, legislatif dan kehakiman.
"Checks and Balances" atau semak dan seimbang merupakan satu ciri yang utama dalam
kerajaan Amerika dan ia begitu komprehensif sehinggakan tiada satu cabang kerajaan
yang mempunyai kuasa mutlak untuk mengawal cabang yang lain

Di negara ini semua rakyat yang berusia 18 tahun ke atas berhak mengundi.
Pilihan raya diadakan setiap empat tahun dan merupakan penentu kepada polisi serta arah
tuju negara Amerika kerana pilihanraya yang diadakan merupakan pemilihan Presiden.
Ini merupakan system demokrasi yang diamalkan di Amerika merupakan demokrasi tulen
seperti yang digembar-gemburkan.

Demokrasi
Dari segi etimologi, demokrasi berakar kata dari perkataan Yunani iaitu “Demo” dan
“Kratia” yang membawa maksud pemerintahan oleh rakyat. Menurut Syed
Ahmad(1994:96-98), demokrasi bukan sahaja mementingkan aspek keadilan dan
kesaksamaan di dalam perlaksanaan nya, tetapi juga menitikberatkan penyertaan rakyat
di dalam proses pemilihan kerajaan.
3

Pada umumnya demokrasi merupakan ideal pemerintahan terunggul yang dikejar


oleh kebanyakan masyarakat dunia, baik masyarakat politik ataupun sivil. Secara
praktisnya demokrasi bukan sahaja telah diperkenalkan oleh negara yang berpaksikan
kepada sistem liberalisme seperti Amerika Syarikat dan Britain, tetapi juga oleh negara-
negara yang dikategorikan sebagai autolitarian yang mengamalkan sistem monarki,
komunisme dan sosialisme seperti Rusia dan China. Disebabkan ini, menurut Crick
(1964) “ Demokrasi telah menjadi perkataan yang paling kacau dalam arena hal ehwal
awam. Ia telah menjadi gundik kepada semua orang”(Crick 1964: 56).

Tahap demokrasi sesebuah negara seringkali di ukur melalui pilihanraya yang


bersih, kebebasan-kebebasan awam, kehakiman yang telus, bebas berorganisasi,
masyarakat sivil dan pemerintahan yang berasaskan majoriti (Zaini 2006:29). Ini
membawa maksud, walaupun sesebuah kerajaan itu berjaya membawa kemakmuran
ekonomi kepada rakyat dan negara tetapi jika ia mengenepikan tonggak-tonggak di atas,
maka secara tidak langsung ia membawa konotasi bahawa kerajaan tersebut bersifat
autokratik.

Demokrasi juga dirujuk sebagai sebuah sistem berkerajaan yang berlandaskan


kehendak kepada masyarakat, dalam erti kata lain masyarakat dalam sistem demokrasi
bertindak sebagai pemerintah atau raja, selaras dengan maksud literal demokrasi itu
sendiri iaitu pemerintahan masyarakat (demokratos). Dalam usaha untuk mencapai,
mengekalkan atau menambahbaik sistem demokrasi ini, maka wujud beberapa ciri atau
elemen penting yang menjadi angkubah kepada darjah praktis demokrasi antaranya
pilihanraya, masyarakat sivil, pembahagian kuasa, keadilan sosial, parti politik,
kebebasan kehakiman, kedaulatan undang-undang dan hak serta kebebasan asasi. Ciri-ciri
ini dilihat oleh kebanyakan sarjana sebagai penting dalam menjamin kelangsungan
masyarakat dalam sistem itu sendiri.

Ini kerana dengan ciri-ciri ini, sebuah masyarakat yang demokratik boleh
dibentuk sekaligus berupaya untuk bersifat kritikal kepada pemerintah dan mungkin juga
boleh menawarkan alternatif, pilihan atau antidote yang sesuai untuk mengatasi atau
4

mengubati masalah atau penyakit yang dihadapi dalam pemerintahan baik dari segi
politik, ekonomi mahupun sosial (Shively 1997 : 114).

Tanpa ciri-ciri masyarakat demokratik ini, maka segala perjalanan pemerintahan


Negara akan disandarkan kepada individu-individu tertentu yang terhad dari sudut
bilngan dan pemikiran sekalugus memungkinkan mereka melaksanakan dasar/polisi dan
membuat keputusan melalui pertimbangan yang sempit, kurang kritikal dan tidak
mengambilkira kedudukan masyarakat terbanyak. Lebih teruk lagi keadaan ini cenderung
untuk memebuat segelintir penguasa bukan sahaja boleh terus berkuasa, malah
menguatkan lagi cengkaman mereka dalam pemerintahan sekaligus menuju atau
membentuk pemerintahan yang autokratik.

Walaubagaimanapun, kesemua sarjana tersebut sependapat bahawa proses


pendemokrasian itu perlu sebagai syarat kepada pemerintahan negara yang lebih adil dan
saksama. Melihat kepada negara Amerika Syarikat, mereka sering berusaha ke arah
memantapkan sistem demokrasi yang sedia ada dengan memperbaikinya dari masa ke
semasa dengan memenuhi segala ciri-ciri dan sifat demokrasi yang telah ditetapkan oleh
masyarakat dunia.

Ciri-ciri Demokrasi

Terdapat banyak elemen yang menunjukan ciri-ciri demokrasi ini kerana demokrasi itu
sendiri terlalu luas untuk diperbincangkan. Hakikatnya satu ciri terpenting demokratik
adalah terdapat “semangat undang-undang” (spirit of the low) iaitu pengubalan undang-
undang itu sendiri yang mengikat kehidupan individu dalam masyarakat dan bukan dari
institusi yang diwujudkan. Ini bermakna semua orang dalam masyarakat menikmati hak
yang sama dari segi aturan undang-undang.

Dalam pada itu, penekanan demokrasi yang meningkatkan kedaulatan rakyat ialah
mesti wujud pergerakan atau partisipasi dalam aktiviti sosial dan politik. Ini dilihat
dengan rakyat melibatkan diri dalam badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang
5

memainkan peranan dalam menjaga kepentingan masyarakat. Perspektif partisipasi ini


perlu dipraktikkan semaksima mungkin oleh masyarakat kerana ianya dapat
mengimbangi kelemahan kerajaan, kerana ia akan menjadi mata ketiga dalam melihat
perjalanan pentadbiran oleh kerajaan yang dipilih.

Selain itu, masyarakat homogen juga ciri yang terdapat dalam demokrasi yang
subur. Dalam erti kata lain masyarakat homogen adalah masyarakat yang lebih mudah
dan bersedia untuk persetujuan politik (political consensus) dan ini dapat menentukan
persoalan keabsahan politik (political legitimacy). Institusi kerajaan yang disokong oleh
rakyat seharus mempunyai institusi demokratik dan perlembagaan di mana perkara-
perkara yang berkaitan dengan hal mengundi untuk semua, penubuhan dewan-dewan
perundangan melalui proses pilihanraya, pelantikan ketua eksekutif oleh rakyat dan
mendapat kepercayaan ahli-ahli dewan. Perlembagaan perlu juga memperuntukan
kewujudan satu badan kehakiman yang benar-benar bebas bagi mempertahankan hak-hak
asasi warganegara agar tidak dicabuli.

Demokrasi juga berpegang kepada prinsip-prinsip persaingan, pilihan dan


campurtangan kerajaan yang minima walaupun ia mendorong kepada demokrasi liberal.
Sistem demokrasi juga lebih berjaya apabila pengagihan kekayaan negara yang adil
dalam masyarakat. Dengan memiliki status ekonomi lebih baik juga merupakan ciri
demokrasi dimana orang ramai lebih bersedia untuk mempertingkatkan ilmu
pengatahuan. Tahap literasi yang tinggi menyebabkan warganegara lebih bersedia untuk
mendokong demokrasi. Rakyat yang berpendidikan dan berpengatahuan akan
mengetahui hak-hak mereka dan tanggungjawab sivik.

Demokrasi dan Pilihanraya di Amerika Syarikat

Amerika Syarikat merupakan negara yang pertama menjadikan demokrasi sebagai


asas perlembagaaan dan pemerintahannya. Antara aktor asas demokrasi di Amerika yang
berpaksikan demokrasi liberal ialah individu-individu, parti-parti politik, dewan-dewan
undangan dan kerajaan yang memerintah. Hak-hak wargenegara sama ada yang mewakili
6

pandangan majoriti ataupun minoriti adalah terjamin di bawah sistem demokrasi liberal
melalui pengamalan proses rule of law di Amerika Syarikat. Proses rule of law ini
mempastikan wujudnya mekanisme yang berfungsi sebagai penghalang kepada tindakan
individu yang negatif yang boleh merosakan kesenangan orang lain.

Di samping itu, mempertahankan hak golongan minoriti untuk tidak menyokong


sama pentingnya dengan mempertahankan hak dan melaksanakan keputusan majoriti.
Hak-hak ini terkandung seperti dalam sepuluh pindaan pertama dalam Perlembagaan
Amerika. Hak-hak individu dijamin melalui hak-hak politik, hak-hak awam (civil rights)
dan kebebasan awam(civil liberties). Hak-hak politik melibatkan perkara-perkara seperti
hak untuk mengundi dalam sistem pilihanraya yang bebas dan adil, hak untuk membuat
rayuan kepada kerajaan dan hak untuk menjawat jawatan dalam pentadbiran. Melihat
dengan situasi pada peringkat awal hak mengundi hanya dibenarkan kepada kaum lelaki
yang memegang harta (membayar cukai).

Namun tahun 1778, hak mengundi telah dilonggarkan dan menjelang tahun 1856
hak mengundi telah diberikan kepada semua orang dewasa. Terdapat juga sekatan pada
ketika itu dimana golongan buta huruf tidak boleh mengundi, ini tertumpu pada golongan
kulit hitam kerana kebanyakan mereka tidak mempunyai pelajaran yang tinggi. Namun
begitu, The civil Right Act of 1957, 1960, 1964 dan 1965 merupakan bukti perjuangan
berterusan yang menghapuskan dikriminasi mengundi. The Voting Right Act 1965 telah
dipinda 1982 untuk menghapuskan section permanent ujian celik huruf dan kemahiran
berbahasa kaum minoriti dalam halangan mengundi.

Kebebasan awam adalah perlu bagi menjamin proses pengundian dan perjalanan
pilihanraya yang adil. Perkara ini merujuk kepada beberapa prinsip-prinsip asas yang
perlu dilaksanakan bagi memberi peluang kepada warganegara menjadi pemerintah.
Antara kebebasan yang mencerminkan demokrasi di Amerika seperti kebebasan bersuara,
kebebasan beragama, kebebasan pergerakan dan kebebasan menubuhkan persatuan. Bukti
kebebasan di Amerika dalam menubuhkan persatuan adalah seperti banyaknya persatuan
bukan kerajaan. Sebagai contoh, US Chamber of Commerce, National association of
7

Manufacturers dan American Federation of Labor. Di samping itu, pergerakan interest


group (kumpulan berkepentingan) yang menjadi pemerhati pegerakan kerajaan dan
wujudnya public opinion (pandangan umum) menunjukkan partisipasi yang tinggi oleh
rakyat Amerika. Media di Amerika juga sangat bebas dimana tiadanya kawalan yang
ketat oleh kerajaan ke atas badan tersebut sekaligus menjadikan ciri-ciri demokrasi yang
ada dalam demokrasi negara tersebut.

Terdapat banyak intipati yang ada dalam demokrasi menjadi elemen penting
dalam demokrasi Amerika. Amerika Syarikat ialah di dalam bentuk kerajaan persekutuan.
Perlembagaan Amerika Syarikat menghadkan kuasa kerajaan persekutuan kepada
pertahanan, polisi luar negara, pencetakan mata wang, mengawal perdagangan,
perhubungan antara negeri-negeri serta melindungi hak asasi manusia. Kerajaan
persekutuan terdiri dari Kongres (legislatif), Presiden (eksekutif), dan Mahkamah Agung
(kehakiman). Ketiga-tiga cabang ini saling memeriksa dan mengimbang antara satu sama
lain.

Oleh sebab itu, Amerika dijolok sebagai negara demokrasi tulen. Selain yang
telah diperbincangkan, kerajaan Amerika mengamalkan juga doktrin pembahagian kuasa,
artikel 1 hingga 3 Perlembagaan Amerika, telah menggariskan terperinci mengenai
kuasa-kuasa kerajaan yang utama iaitu eksekutif, legislatif dan kehakiman. "Checks and
Balances" atau semak dan seimbang merupakan satu ciri yang utama yang menjadi
ikutan kebanyakan negara demokrasi yang lain. Perkara seperti amat penting untuk
menjaga bidang kuasa di samping mengawal setiap badan kuasa tersebut.

Melihat pula pada pilihanraya di Amerika, terdapat tiga cara utama untuk Amerika
menguruskan pilihan raya mereka iaitu A single – member district, A simple majoriti dan
A single ballot system. A single- member district adalah pilihanraya yang dijalankan bagi
merebut jawatan di kongres, Dewan Perwakilan Rakyat dan Senat. Setiap daerah memilih
seorang wakil bagi mewakili daerah. A simple majority ialah calon yang mendapat undi
terbanyak menang akan mewakili daerah dan mendapat kerusi di Dewan Perwakilan
Rakyat. Absolute majority memerlukan calon menang undi paling banyak tetapi juga
8

menang dengan 50% undi dari jumlah undi yang sebenat. Manakala A single ballot
system ialah satu undi untuk satu orang.

Pilihanraya utama ialah pemilihan calon dalam parti sendiri dimana pengundi
adalah terdiri daripada penyokong parti dan kerajaan negeri akan memantau. Disebabkan
Amerika adalah sistem dua parti maka persaingan dimula dalam parti masing-masing
untuk memilih calon yang paling berkaliber untuk bertanding Presiden di peringkat
persekutuan. Tempoh masa berkempen bagi calon presiden ialah 27 hingga 30 bulan
sebelum tarikh pilahanraya diadakan.

Sistem Parti

Pada pandangan sarjana seperti Carl J. Friedrich, parti politik adalah sekelompok
manusia berorganisasi secara stabil dengan tujuan merenut atau mempertahankan
penguasaan terhadap pemerintahan bagi pimpinannya partinya dan berdasarkan
penguasaan ini memberi manfaat kepada anggota partinya yang bersifat adil atau
material.

Dalam sistem demokrasi, parti adalah elemen utama untuk menjalankan proses
pilihanraya. Sistem parti boleh dibahagikan kepada empat kategori, iaitu sistem satu parti,
sistem parti dominan, sistem dua parti dan sistem banyak parti. Sistem satu parti
kebanyakan terdapat di negara yang mengamalkan pemerintahan totalitarian. Dalam
negara totalitarian kiri iaitu komunis cuma satu parti sahaja wujud dan dibenarkan di
negara tersebut. Sebagai contoh, di Republik China, Korea Utara dan Cuba.

Selain itu, sistem parti dominan merupakan situasi terdapat sistem banyak parti
tetapi Cuma satu parti sahaja yang menang atau sentiasa memenangi pilihanraya dan
memerintah negara. Di antara negara-negara yang terdapat satu parti dominan ialah
Malaysia, India (parti dominannya ialah Parti Kongres), Mexico (Institutional
Revolutionary Party) dan lain-lain lagi.
9

Sistem banyak parti merupakan situasi dimana terdapat banyak parti yang berjaya
menghantar wakilnya sehingga memenangi pilihanraya dan tidak terdapat parti yang
memenangi majoriti serta berjaya membentuk kerajaan. Atas faktor ini, sering
diwujudkan kerajaan campuran bagi negara seperti ini. Sebagai contoh, negara yang
mengamalkan sistem ini seperti Denmark, Holland, Itali, Brazil dan Belgium.

Sistem dua parti merupakan kerelevanan kewujudan parti tersebut disamping


adanya parti-parti lain. Ini bermakna hanya dua parti sahaja yang memenangi pilihanraya
dan berjaya membentuk kerajaan. Di antara negara yang terdapat sistem dua parti ialah
Amerika Syarikat, Britain dan New Zealand. Di britain, dua parti yang sering bertukar
ganti memerintah negara tersebut ialah Parti Buruh dan Parti Konservatif. Di Amerika
Syarikat pula, dua parti utama ialah Parti Republikan dan Parti Demokrat yang menjadi
parti yang mendominasi setiap kali pilihanraya diadakan yang akan menjadi fokus esei
ini.

Sistem Parti Amerika Syarikat

Sistem kepartian yang bersifat decentralized, dimana calon-calon mengumpul dana


sendiri. Serta calon berkempen juga untuk diri sendiri. Calon perlu berusaha untuk
mendekati pengundi secara sendiri atau melalui media massa dan elektronik dari bandar
ke bandar. Parti bersifat tidak aktif dan adakalanya tidak berperanan kerana calon harus
berusaha sendiri mendekati pengundi untuk memenangi pilihanraya. Oleh sebab
kurangnya pengaruh parti

Sistem Dua Parti

Sistem ini diamalkan di Amerika Syarikat, namun bukanlah bermakna tiada wujudnya
parti lain namun ia lebih menjurus kepada pengaruh dan kerelevenan parti tersebut di
dalam corak demokrasi Amerika. Dua parti tersebut ialah Parti Republikan(1854) dan
Parti demokrat(192). Namun parti-parti lain yang ada di Amerika ialah seperti Parti
10

Libertarian (1971), Cinstitution Party(1992) dan Green Party (1996). Akan tetapi parti-
parti ini tidak pernah memenangi kerusi dalam pilihanraya.

Terdapat perbezaan yang ketara antara antara Parti Demokrat dengan Parti
Republikan. Antara ciri-ciri parti Republikan ialah terdiri dari kelas pertengahan yang
kebanyakannya mempunyai harta yang banyak dan kaya. Parti ini juga mendapat
sokongan dari golongan orang kulit putih, orang yang tinggal di luar bandar, orang kaya,
kebanyakannya yang berusia, orang berpendidikan dan golongan professional serta hali
perniagaaan. Parti Republikan lebih bercirikan konservatif.

Manakala bagi Parti Demokrat kebanyakan mereka terdiri dari kelas pekerja.
Mendapat sokongan dari golongan pekerja, orang Yahudi dan spanish, orang muda,
pekerja yang berpendapatan rendah dan orang yang tinggal di bandar. Parti ini lebih
bersifat liberal.

Kelebihan Pilihanraya Amerika Syarikat yang Bercirikan Demokrasi

Terlalu banyak elemen demokrasi yang saling berkaitan merangkumi antara satu sama
lain dalam memperjelaskan kelebihan pilhanraya di Amerika Syarikat yang di lihat
demokrasinya begitu subur. Sebagai sebuah negara yang kaya, sememangnya tidak
menjadi masalah yang besar untuk Amerika menjalankan sistem demokrasi. Ini kerana
mengikut kebanyakan pandangan sarjana demokrasi dapat berjalan dengan baik apabila
ekonomi negara tersebut baik

Amerika juga merupakan negara maju, perkembangan ilmu pengetahuan sangat


berkembang di buktikan dengan tertubuh banyaknya institusi pendidikan yang masyur
seantero dunia. Apabila pendidikan dapat disampaikan masyarakat akan mempunyai
ilmu pengetahuan dan ini akan menjadikan masyarakat atau rakyat Amerika itu
mempunyai kesedaran dan merasa tanggungjawab dalam menjaga hak dan keperluan
mereka. Berpaksikan kepada kesedaran sivik inilah yang menyebabkan mereka
cenderung melibatkan diri dalam hal-hal negara, ekonomi, budaya, politik dan lain-lain
11

dengan kata lain berpartisipasi. Terdapat banyak kumpulan-kumpulan yang sangat aktif
dalam memperjuangkan hak-hak mereka seperti kumpulan berkepentingan (interest
group), kumpulan pendesak, dan pandangan umum (public opinion)

Dalam sebuah negara demokrasi masyarakat sivilnya mestilah berperanan dalam


menyuburkan amalan demokratik. Dalam First Amendment telah memberi jaminan akan
kebebasan hak beragama, bersuara, berkumpul dan menjalankan petition. Ini merupakan
kelebihan yang ada dalam pilihanraya di Amerika dimana interest group bukan sahaja
menjaga kepentingan mereka tetapi dalam masa yang sama menyertai secara tidak
langsung dalam pilihanraya dengan membantu calon yang mereka sukai untuk
memenangi pilhanraya. Bantuan tersebut termasuklah dengan menyalurkan kewangan,
tenaga sokongan dan berkempen atau melobi untuk calon tertentu. Antara contoh interest
group ialah economic policy, National Peanut Council (1941) dan equality Policy
(national Organization for Women(1966).

Melihat pula kepada public opinion, mereka juga bukanlah terlibat secara
langsung dalam pilihanraya namun mereka ini dapat mempengaruhi pengundi dalam
pilihanraya. Public opinion terhasil dengan luahan pandangan dari individu secara
terbuka yang melibatkan isu politik, parti mahupun calon dalam pilihanraya yang
mempengaruhi masyarakat umum. Dalam pada itu, political poll dapat menjelaskan lagi
peranan public opinion , iaitu dengan kaedah soal selidik untuk mengukur sentimen
pengundi. Sebagai contoh ketika Reagan melawan Walter Mondale dalam pilihanraya
presiden, dalam kajian tersebut dinyatakan pengundi berminat Reagan dengan 59% dan
Walter Mondale 44% dan ternyata Reagan memenangi pilihanraya tersebut. ia dijalankan
dengan mengeluarkan sample dari populasi 15000 responden yang belainan dan meluas.

Berpaksikan pada kelebihan yang nyata dalam pilihanraya Amerika, pada


kebiasaannya hasil polls akan disiarkan oleh pihak media yang sentiasa memberi
kerjasama kerana media adalah public property atau berkhidmat untuk kepentingan dan
keperluan orang awam. Oleh itu maklumat sentiasa akan sampai dengan masyarakat
umum dengan jelas. Media juga memberi peluang untuk calon pilihanraya berkempen
12

secara adil dan samarata. Dimana calon memperjelaskan agenda, sumbang bakti dan
kelebihan bagi kewajaran rakyat mengundi beliau, calon juga dibenarkan berdiskusi
antara pihak lawan seperti diskusi yang diadakan antara calon demokrat Barrack Obama
dengan calon republikan John Mc Cain. Media di Amerika sangat adil dan ini merupakan
kelebihan yang jarang ada dalam negara pengamal demokrasi yang lain.

Disamping itu, Political Action Committies(PAC) juga berperanan dalam


pilihanraya di Amerika yang ditubuhkan 1974. Walaupun bukan sebuah organisasi
kerajaan, PAC adalah penyumbang terbesar dana kempen pilihanraya. Galuran dana dan
sumbangan serta perbelanjaan diberi PAC secara berskala pada parti dan calon. Soft
money adalah dana yang diberi pada interest group yang berkempen untuk calon. Dana
kebiasaannya digunakan untuk menjatuhkan pihak lawan. Dalam keadaan tersebut tidak
perlu isytiharkan parti atau calon yang disokong pada iklan.
Kelebihan Sistem Dua Parti.

Berpaksikan partisipasi, masyarakat sentiasa merasa tanggungjawab mereka untuk


terus terlibat dalam pilihanraya. Ini kerana supaya wakil rakyat yang dipilih dapat
menjaga kebajikan dan hak-hak rakyat. Di samping memastikan calon-calon yang
disokong memenangi pilihanraya dan menunaikan agenda pilihanraya yang
menguntungkan pengundi. Kelebihan sistem dua parti secara jelas menunjukkan yang
terdapatnya pilihan bagi pengundi dalam memilih calon yang benar-benar berkelayakan.
Pilihan atau alternatif ini penting dalam syarat negara demokrasi.

Kelebihan juga dilihat dengan pertandingan pilhanraya presiden adalah mereka


yang benar berkaliber, berkelayakan, berpengaruh dan mempunyai idealisme dalam
memajukan Amerika. Ini kerana proses pemilihan calon berlaku adalah lama, ia bermula
dengan pertandiangan calon dalam parti iaitu sesama sendiri dalam mencari persetujuan
ahli parti memilih siapa calon yang akan mewakili parti dalam pilihanraya presiden.
Persaingan yang wujud adalah pra-syarat demokrasi yang telah dipenuhi oleh sistem ini.
13

Sistem dua parti juga telah menyaksikan tatacara demokrasi dengan bukti fakta
dengan kemenangan yang diperolehi oleh Parti Republikan di kerusi presiden berbanding
Parti Demokrat. Dalam pada itu, sistem ini membolehkan pengundi memilih mana-mana
parti walaupun bukan daripada ahli parti tersebut. Ini kerana apabila mereka berkerja
dalam sektor swasta mahupun kerajaan, tiada berlakunya perbezaan kerana ia bersifat
terbuka.

Sebagai dua parti yang relevan, mereka saling lengkap melengkapi dan bertindak
apabila berlakunya sesuatu yang dilakukan oleh pihak lawan yang akan merbahayakan
negara. Dalam erti kata lain, sistem dua parti telah memenuhi syarat yang wujudnya
“check and balance” kawal seimbang yang dilakukan oleh pembangkang di negara
pengamal demokrasi yang lain. Selain itu sistem ini juga dapat menggalakkan
pembentukan majoriti dan mengurangkan fahaman yang berkepentingan sendiri serta
menggalakkan lagi perpaduan sosial di kalangan rakyat.

Kekurangan Pilihanraya Amerika Syarikat yang Bercirikan Demokrasi

Amerika merupakan negara yang maju, perkembangan ilmu pengetahuan sangat


berkembang di buktikan dengan tertubuhnya banyaknya institusi pendidikan yang
terkenal seantero dunia. Apabila pendidikan dapat disampaikan masyarakat akan
mempunyai ilmu pengetahuan dan ini akan menjadikan masyarakat atau rakyat Amerika
itu mempunyai kesedaran dan merasa tanggungjawab dalam menjaga hak dan keperluan
mereka.

Walaupun begitu, pilihanraya Amerika Syarikat yang bercirikan demokrasi


terdapat beberapa kekurangan atau kekangan yang wujud antaranya masyarakat Amerika
terdiri daripada pelbagai kumpulan masyarakat. Di sebabkan objektif utama kedua-dua
parti adalah untuk berdiri sebagai satu kumpulan, pengaruh kumpulan ketiga ini juga
boleh mempengaruhi politik di peringkat negeri dan kadang kala kumpulan ini
menghantar wakil dan senator ke Washington.
14

Kumpulahn kumpulan yang dimaksudkan adalah kumpulan seperti Non-Partisan


League di Dakota serta kumpulan Liberal dan Konservatif di New York. Pada amnya,
suara kumpulan ini akan lebih menyuarakan isu-isu yang lebih membina berbanding isu-
isu yang diperjuangkan sesebuah parti yang di wakilinya.

Kesimpulan

Sistem dua parti bagus bagi Amerika Syarikat kerana ia dapat memberikan
alternatif kepada rakyat untuk memilih parti atau calon yang disukai. Di samping itu,
mewujudkan kawalan dalam kerajaan dimana perwakilan yang ada bukanlah untuk
mengubah polisi kerajaan tetapi untuk mengawal pergerakan kerajaan. Perbazaan kedua-
dua parti adalah sedikait sahaja dan secara umumnya adalah sama

Selain itu, partisipasi masyarakat sentiasa merasa tanggungjawab mereka untuk


terus terlibat dalam pilihanraya. Ini keran wakil rakyat yang dipilih dapat menjaga
kebajikan dan hak-hak rakyat. Di samping memastikan calon-calon yang disokong
memenangi pilihanraya dan menunaikan agenda pilihanraya yang menguntungkan
pengundi. Kelebihan sistem dua parti secara jelas menunjukkan yang terdapatnya pilihan
bagi pengundi dalam memilih calon yang benar-benar berkelayakan. Pilihan atau
alternatif ini penting dalam syarat negara demokrasi dan ia dapat menunjukkan sistem
pilihanraya Amerika Syarikat memenuhi syarat demokrasi.
15

Rujukan

Mayo, Henry B. 1960. An Introduction to Democratic Theory, New York : Oxford


University Press.

Ball, A.R. 1993. Politik dan kerajaan moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

K.Ramanathan.1988. Konsep asas politik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lively Jack. 1975. Democracy.New York.St Martin Press.

Yates. W. Ross.1967.Democracy in United State.Chicago. Randy Mcnally.

Susser, B. 1995.Political Ideology in The Modern World. Massachusetts:Allyn & Bacon.

You might also like