You are on page 1of 1

Bahan2nya: 250g mentega 200g tepung gandum/tepung hong kong 50g gula aising 150g tepung kanji/tepung ubi

50g susu tepun (Saya selalu guna nespray- sila ikut sukatan ni, klu korang letak byk susu, nanti cpt hangus) 1/2 sudu teh esen vanila (Boleh jg letak sebiji kuning telur, tp, saya tdk suka letak telur sbb biskut akan mengembang) Badam biji ( Dipanggang dlm oven sehingga masak/Boleh jg digoreng dgn sedikit minyak - api perlahan) Coklat masakan/Cooking chocolate (Boleh jg menggunakan Extra cooking chocolate- Klu guna Extra cooking chocolate, tdk perlu guna choco butter) Choco butter (Berwarna putih dan keras mcm lilin- sekiranya tdk ada choco butter, boleh jg menggunakan sedikit butter) Badam cincang (Utk hiasan) Cawan kek Cara2nya: Putar mentega dan guna sehingga sebati. Masukkan esen vanila, susu tepung diikuti dgn tepung kanji. Putar lagi hingga sebati. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit, gaul guna senduk atau tangan. Bubuh tepung gandum sehingga adunan dpt dibentuk, klu tepung kurang boleh di tambah dan klu lebih, tdk perlu letak semua. Bentuk adunan bulat2 sebesar ibu jari, kemudian masuk kan 1 biji badam ke dalamnya, bentuk memanjang ikut bentuk badam. Buat sehingga badam dan adunan habis, lebih baik buat kecil2 sbb apabila masak biskut akan mengembang sedikit. Kemudian susun doh yg telah dibentuk ke dlm luyang dan bakar pada suhu 175. Bakar lebih kurang 10 minit, tengok dibawah biskut, apabila berwarna kekuning-kuningan, maksudnya sudah masaklah tu. Untuk proses meletakkan topping coklat, biskut hendaklah di sejukkan dulu. (Selalunya saya akan biarkan biskut yg telah sejuk di dalam balang kedap udara selama 1 mlm). Coklat masakan dimasak cara double boil bersama sedikit choco butter. Tuangkan coklat yg telah cair ke atas biskut yg telah disusun d dlm cawan kek. Kemudian tabur badam cincai di atasnya sebagai hiasan. Biarkan sejuk dan mengeras.

You might also like