You are on page 1of 22

MAKLUMAT BANTUAN KEWANGAN DAN KEBAJIKAN PELAJAR

(A) PENGENALAN Unit Kebajikan dan Pinjaman Pelajar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) adalah unit yang telah dipertanggungjawabkan untuk menyelaras segala urusan berkaitan penajaan pinjaman dan biasiswa yang ditawarkan dengan mengiklankannya kepada para pelajar. Unit ini juga pada masa yang sama harus memastikan segala maklumat berkaitan dengan penaja disebarluaskan kepada pelajar bagi memastikan semua pelajar mendapat maklumat yang betul dan terkini disamping menguruskan segala urusan bersama semua penaja mengenai aktiviti-aktiviti mahupun program yang dirancang seperti Program Perjumpaan Bersama Pelajar Tajaan, Urusan Temuduga, Khidmat Nasihat, Taklimat, Rundingan, Notis Pemberitahuan dokumentasi adalah lengkap sebelum diserahkan kepada penaja. Unit ini juga pada masa yang sama bertanggungjawab dalam memastikan hal-hal berkaitan kebajikan pelajar diuruskan dengan baik serta memastikan Dana bagi Tabung Khas/Zakat mencukupi bagi menyediakan bantuan kepada semua pelajar yang kesempitan kewangan serta diproses dalam tempoh masa yang ditetapkan melalui Jawatankuasa Pemilihan yang dilantik. Selain itu, unit ini juga harus memastikan setiap hal yang berkaitan kebajikan pelajar seperti penyediaan Surat Jaminan Hospital, Tuntutan Khairat Kematian, Tuntutan Insuran dan urusan lain berkaitan kebajikan pelajar dibuat dengan cepat. (B) JENIS-JENIS BANTUAN KEWANGAN i ) Pinjaman Pelajaran Bantuan kewangan ini adalah kategori terbesar yang boleh dipohon oleh pelajar melibatkan bantuan kewangan yang dikeluarkan oleh agensi Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri mahupun Swasta. Antara penaja pinjaman terbesar adalah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). serta urusan berkaitan

ii ) Biasiswa Biasiswa ini ditawarkan oleh badan-badan korporat, kerajaan ataupun swasta kepada pelajar melalui iklan melalui media cetak dan lama sesawang masingmasing. Proses temuduga juga selalunya di atur sendiri oleh agensi berkenaan dengan bantuan HEPA dan pemilihan juga ditentukan oleh agensi berkenaan melalui permohonan yang diterima serta memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. (C) SIAPAKAH YANG LAYAK MEMOHON Semua pelajar IPT warganegara Malaysia layak memohon dengan berpandukan syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh penaja dengan jelas melalui Laman Sesawang. Sila semak Iklan ataupun borang-borang permohonan yang terdapat di laman sesawang dan hantar sebelum tarikh tutup yang ditetapkan. (D) MASA UNTUK MEMOHON Setiap permohonan telah ditentukan tarikh tutup permohonan. Pelajar boleh menyemak di laman sesawang penaja, papan kenyataan HEPA, Kolej Kediaman dan portal UniMAP. Bagi PTPTN pelajar boleh memohon bila-bila masa setelah mendapat tawaran masuk ke UniMAP. Sebelum pelajar mendaftar diri ke UniMAP pelajar boleh menyemak pengumpulan perjanjian oleh pegawai PTPTN. (E) CARA UNTUK MENDAPATKAN BORANG Setiap permohonan hendaklah dibuat dengan cara mengisi borang permohonan yang boleh didapati di agensi-agensi berkenaan secara online atau di Unit Pinjaman dan Kebajikan Pelajar, JHEPA (sekiranya agensi berkenaan membekalkan borang tersebut). Biasanya agensi-agensi berkenaan akan memohon kerjasama JHEPA untuk membuat hebahan tawaran tersebut kepada semua pelajar melalui emel dan permohonan dengan cara menulis sendiri kepada agensi-agensi berkenaan. Bagi Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ( PTPTN ), Pelajar boleh memohon secara online melalui laman web PTPTN. No PIN untuk password boleh didapati di Bank papan-papan kenyataan Kolej Kediaman UniMAP. Selain itu, pelajar boleh memohon borang dan mencetak surat perjanjian serta membawa bersama bagi tujuan penyerahan semasa hari

Simpanan Nasional dengan harga RM5.00. Setelah permohonan diluluskan pelajar


boleh mencetak perjanjian dan menyerahkan dokumen perjanjian pada tarikh yang akan

dimaklumkan oleh HEPA( selewat-lewatnya dua (2) atau tiga(3) minggu selepas Minggu Suaikenal selesai. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Call Centre PTPTN di talian 03-2080 4455. (F) SENARAI SEMAK UNTUK PERSEDIAAN SEBELUM MEMBUAT PERMOHONAN PTPTN 1. Sila pastikan pemohon memenuhi keperluan berikut SEBELUM membuat

permohonan Pembiayaan Pendidikan PTPTN secara atas talian ( Online) : a. Memenuhi syarat-syarat permohonan Pembiayaan Pendidikan PTPTN; b. Mempunyai akauan Skim Simpanan Pendidikan Nasional(SSPN) sebagai syarat wajib memohon; c. Pemohon perlu membeli No PIN bernilai RM 5.00 di semua cawangan Bank Simpanan Nasional ii. iii. iv. melalui 3 saluran dibawah sebelum membuat pendaftaran kali pertama permohonan pembiayaan pendidikan iaitu:Kaunter Mesin Teller Automatik ( ATM ) Mesin Deposit Tunai ( CDM )

No PIN hanya sah dalam tempoh 6 bulan bermula dari tarikh pembelian No PIN di Bank Simpanan Nasional (BSN) sehingga tarikh pendaftaran permohonan online. d. Membuka akaun simpanan (persendirian) mengikut bank yang telah ditetapkan oleh IPT masing-masing. Bagi UniMAP, pelajar-pelajar perlu membuka akaun di Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB). e. Mempunyai alamat e-mel yang sah bagi urusan rasmi PTPTN; f. Menyelesaikan keseluruhan hutang pembiayaan pendidikan terdahulu sekiranya pernah mendapat pembiayaan pendidikan PTPTN tetapi Gagal / Berhenti / mendapat penaja lain serta membatalkan pembiayaan pendidikan PTPTN.

(G) KAEDAH PERMOHONAN Kaedah memohon pembiayaan pendidikan adalah seperti berikut : Pemohon hendaklah memohon pembiayaan pendidikan secara dalam talian (online) melalui Laman Web Permohonan Pembiayaan Online di alamat http://www.ptptn.gov.my ; Pemohon hanya dibenarkan memohon berpandukan tarikh yang telah ditetapkan mengikut mengikut IPT masing-masing. Panduan tarikh untuk membuat permohonan IPT berkaitan boleh dirujuk di dalam Laman Web PTPTN

(http://www.ptptn.gov.my); Pemohon hendaklah mendapat tawaran kemasukan ke IPT sebelum memohon mana-mana pembiayaan pendidikan; Bagi pemohon yang melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana/PhD (Sepenuh Masa) di bawah pembiayaan Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua (Bajet Mini) dari Kementerian Pengajian Tinggi, pemohon hendaklah memilih nama kursus pengajian yang bermula dengan perkataan Bajet Mini di Butiran Nama Program/Kursus ; Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan pembiayaan PTPTN di Laman Web Permohonan Pembiayaan Online bermula hari ke - 6 (hari bekerja) selepas tarikh tutup permohonan online yang telah ditetapkan oleh PTPTN; Pemohon yang berjaya ditawarkan pembiayaan PTPTN perlu melayari Laman Web Permohonan Pembiayaan Online untuk mencetak dokumen yang disenaraikan; Pastikan komputer anda mempunyai program Adobe Acrobat Reader untuk tujuan cetakan dokumen. Program tersebut boleh dimuat turun daripada laman web http://www.adobe.com/products/acrobat/. Sila klik pada ikon Get ADOBE READER dan Install di komputer anda. (H) DOKUMEN-DOKUMEN YANG PERLU DISEDIA DAN DISAHKAN. Dokumen yang tersenarai dibawah hendaklah dicetak dengan menggunakan kertas berwarna putih yang bersaiz A4 (80 gsm). Cetakan hanya dibenarkan pada satu muka sahaja untuk setiap helaian ( bagi satu-satu muka surat ). Dakwat cetakan hendaklah berwarna hitam. i. Sediakan 2 set (dibenarkan 1 set cetakan komputer dan 1 set salinan fotostat) Surat Tawaran Pembiayaan Pendidikan (beserta Akuan Penerimaan, Surat Kebenaran 1, 2, 3 dan 4). Sila lengkapkan dan tandatangan kedua-dua set dokumen berkenaan **.

ii.

Sediakan 2 set (dibenarkan 1 set cetakan komputer dan 1 set salinan fotostat) dokumen Perjanjian Pembiayaan Pendidikan. Sila lengkapkan dan tandatangan kedua-dua set dokumen berkenaan **.

iii.

Sediakan 2 set (dibenarkan 1 set cetakan komputer dan 1 set salinan fotostat) Lampiran Perjanjian Pembiayaan Pendidikan. Pelajar dikehendaki untuk ditandatangan ringkas di setiap muka surat pada ruangan yang disediakan di bahagian bawah dokumen berkenaan**;

iv.

Sediakan2 keping setem hasil yang bernilai RM10.00 setiap satu Dokumen Perjanjian Pembiayaan Pendidikan yang telah disempurnakan, hendaklah dilekatkan dengan setem hasil bernilai RM10.00 di sudut atas kanan pada muka depan setiap set dokumen perjanjian.

(RUJUK LAMPIRAN A PADA

DOKUMEN PERJANJIAN PEMBIAYAAN)


Penerima biaya juga perlu mengemukakan bersama SATU (1) SALINAN dokumen sokongan yang telah TIDAK PERLU DISAHKAN / DITANDATANGANI seperti berikut: i. Maklumat Permohonan Pembiayaan yang boleh dicetak di butang CETAK MAKLUMAT di dalam laman Web Permohonan Online yang telah didaftarkan sebelum ini. dokumen ini tidak perlu disahkan. ii. Salinan Kad Pengenalan Penerima Biaya. Salinan fotokopi muka hadapan dan belakang kad pengenalan tersebut perlu dilakukan pada muka surat yang sama. iii. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM / SPMV). Slip transkrip keputusan peperiksaan SPM / SPMV hanya sah untuk digunakan sekiranya tidak melebihi tempoh 2 tahun dari tahun peperiksaan diambil. iv. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPT. Surat tawaran yang diperolehi melalui cetakan internet / portal IPT perlu disahkan oleh Pegawai Kumpulan A daripada IPT pelajar berkenaan sahaja v. Salinan Buku akaun (muka surat yang tercatat nombor akaun) / Slip Deposit Bank / Pengesahan nombor akaun persendirian mengikut bank yang telah ditetapkan oleh IPT. Dokumen ini hanya perlu disediakan sekiranya berlaku kesilapan no akaun pada Dokumen Perjanjian Penerima Biaya. vi. vii. Salinan Transkrip keputusan peperiksaan dan sijil kelayakan masuk lain. Contoh : STPM / Diploma / Matrikulasi/ Ijazah / Sarjana. Salinan Slip Gaji / Borang Cukai Pendapatan ( Individu ) / Kad Pesara / Penyata Pencen / Surat Pengesahan Pendapatan / Surat Pengesahan Tidak Bekerja PENJAGA PERTAMA (1).

viii.

Salinan Slip Gaji / Borang Cukai Pendapatan ( Individu ) / Kad Pesara / Penyata Pencen / Surat Pengesahan Pendapatan / Surat Pengesahan Tidak Bekerja PENJAGA KEDUA (2).

ix.

Salinan Slip Gaji / Salinan Borang Cukai Pendapatan ( Individu ) / Surat Pengesahan Pendapatan masih bekerja) PENERIMA BIAYA. (sekiranya penerima biaya

x.

Salinan Slip Gaji / Borang Cukai Pendapatan ( Individu ) / Surat Pengesahan Pendapatan / Surat Pengesahan Tidak Bekerja - PASANGAN PENERIMA BIAYA. (sekiranya penerima biaya telah berkahwin)

xi.

Surat Pengesahan/ Surat Akuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat/ Pusat Zakat sekiranya penerima bantuan bulanan dari Agensi berkenaan- PENERIMA BIAYA/ IBU BAPA KANDUNG / PENJAGA.

xii.

Surat Pengesahan Pengalaman Kerja daripada Majikan. ( Bagi Penerima Biaya yang menggunakan pengalaman kerja sebagai salah satu syarat kelayakan masuk )

Bagi pelajar yang mengemukakan permohonan pada semester 2 dan ke atas, tambahan dokumen sokongan berikut diperlukan: i. ii Surat Pengesahan masih belajar dari IPT; dan Salinan keputusan peperiksaan setiap semester sebelumnya. (Setiap dokumen

sokongan hendaklah difotostat dengan menggunakan kertas bersaiz A4 dan disahkan pegawai yang layak. Maklumat mengenai pegawai yang layak mengesahkan dokumen boleh didapati daripada laman web PTPTN.)
Pegawai yang menjadi saksi PELAJAR dan PENJAMIN adalah seperti berikut: a) Wakil Rakyat/Senator b) Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional c) Pengamal Undang-undang d) Pesuruhjaya Sumpah/Jaksa Pendamai e) Pengetua/Guru Besar (sekolah kerajaan sahaja) f) Pegawai Polis berpangkat ASP dan ke atas/Pegawai Tentera berpangkat Kapten atau setaraf dan ke atas g) Ketua Kampung/Penggawa/Penghulu/Ketua Mukim/Pengerusi JKKK Masyarakat/Sidang/Pegawai Kemajuan dan Pembangunan (Jawatankuasa

Keselamatan Kampung)

h) Untuk

SABAH

dan

Sarawak

Ketua

Kaum/

Ketua

Anak

Negeri/

Kapitan/Pemanca/Pegawai Taman Sabah (Semua pegawai atau saksi hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia. Cop pegawai atau saksi hendaklah lengkap mempunyai jawatan pegawai dan jabatan/alamat di mana pegawai bertugas) Maklumat lanjut berkenaan syarat-syarat dan kaedah permohonan pembiayaan PTPTN boleh diperolehi dari laman web PTPTN http://www.ptptn.gov.my

(I) PENGELUARAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN Pengeluaran pembiayaan pendidikan PTPTN akan dikreditkan terus ke akaun pelajar. Pengeluaran pinjaman kali pertama hanya dibuat setelah perjanjian yang sempurna diterima oleh PTPTN; Bagi bayaran semester berikutnya, pengeluaran akan dibuat setelah PTPTN menerima pengesahan daripada IPT masing-masing bahawa pelajar berjaya meneruskan pengajian dan memperolehi keputusan GPA 2.0 dan ke atas. (J) PENAHANAN PENGELUARAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN Pelajar mendapat keputusan peperiksaan dengan GPA kurang daripada 2.00; Menangguhkan pengajian;dan Dikenakan tindakan tatatertib dan dijatuhkan hukuman gantung pengajian.

(K) PERMOHONAN KENAIKAN KADAR PINJAMAN PTPTN Permohonan kenaikan kadar boleh dibuat dengan menggunakan borang PTPTN-P-01/22004 Pin.4 yang boleh didapati di Bahagian Hal Ehwal Pelajar di IPT masing-masing ataupun melalui laman web PTPTN. Setiap permohonan mestilah dilampirkan dokumen sokongan yang telah disahkan seperti berikut : 1. Salinan slip gaji terkini/kad pesara/pengesahan pendapatan ibubapa/penjaga terkini. 2. Salinan sijil kelahiran anak-anak dalam tanggungan ibubapa/penjaga

3.

Lain-lain dokumen yang boleh menyokong permohonan.

(Dokumen permohonan yang lengkap hendaklah dihantar melalui HEPA IPT masingmasing dan sebarang kelulusan permohonan tertakluk kepada peruntukan semasa)
(L) PENAMATAN / PEMBATALAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN Pelajar perlu memaklumkan lain kepada Perbadanan surat sekiranya rasmi atau

Gagal/Berhenti/Batal/Penaja

dengan

menghantar

menghantar borang pembatalan pinjaman yang boleh diperolehi di IPT/Lawan Web PTPTN kepada pihak PTPTN.

(M) PERTUKAR PROGRAM PENGAJIAN MAKLUMAN KEPADA PELAJAR YANG BERHASRAT UNTUK MEMOHON

PERTUKARAN PROGRAM PENGAJIAN SELEPAS PINJAMAN PTPTN DITERIMA: Perbadanan berhak menamatkan Perjanjian Pinjaman Pendidikan sekiranya pelajar menukar program/kursus pengajian tanpa persetujuan bertulis Perbadanan. Pertukaran kursus yang menyebabkan pelajar kembali ke Semester 1 atau menyebabkan pertambahan tempoh pinjaman adalah tidak dibenarkan. Sekiranya pertukaran kursus dibuat juga, pinjaman akan ditamatkan dan pelajar perlu mengemukakan permohonan semula pinjaman serta membuat penyelesaian hutang ke atas jumlah pinjaman yang telah diterima bagi pengajian/kursus terdahulu. PERMOHONAN RAYUAN BAGI KES PERTUKARAN PROGRAM

PENGAJIAN/KURSUS Pelajar yang terlibat dengan pertukaran program pengajian/kursus boleh mengemukakan permohonan rayuan sebelum mengemukakan permohonan pinjaman baru. dokumen-dokumen yang adalah: Surat rasmi permohonan pertukaran program/kursus daripada pelajar kepada PTPTN; Sesalinan surat tawaran kemasukan ke IPT bagi telah disahkan; program/kursus lama yang Antara diperlukan untuk memohon pertukaran pengajian/ kursus

Sesalinan surat kelulusan pertukaran program/kursus baru daripada IPT yang telah disahkan; Surat pengesahan daripada fakulti baru sama ada pelajar mengulang semester atau tidak mengulang semester.

***

Makluman

berkaitan

status

rayuan

akan

dimaklumkan

kepada

pelajar/Universiti.

(N) TEMPOH BAYARAN BALIK PINJAMAN: KES TAMAT 6 bulan selepas tamat tempoh pembiayaan. Tindakan mahkamah akan diambil kepada peminjam yang gagal membuat bayaran balik; Peminjam yang membuat bayaran balik dalam tempoh 6 bulan selepas tamat pembiayaan, kos pentadbiran tidak akan dikenakan KES GAGAL/BERHENTI 60 hari dari tarikh pembatalan pembiayaan

KES BATAL/PENAJA LAIN 60 hari dari tarikh pembatalan pembiayaan

(O) PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PINJAMAN Bagi pelajar yang menerima tajaan lain, penangguhan tidak dibenarkan kecuali bagi pembayaran PTPTN yang tidak bertindih dengan pembayaran penaja baru. Sila hantar surat permohonan berserta salinan surat tawaran penaja baru yang disahkan oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional; Bagi peminjam yang Gagal/Berhenti/Batal/Penaja lain, permohonan penangguhan hanya dibenarkan jika pelajar menyambung pengajian. Sila hantar surat permohonan berserta salinan surat tawaran pengajian yang baru; Tempoh penangguhan akan ditentukan oleh pihak PTPTN. Pinjaman kali kedua hanya akan dipertimbangkan apabila hutang terdahulu diselesaikan; Pemberhentian pengeluaran pembiayaan pendidikan PTPTN akan dibuat apabila pelajar gagal / berhenti / mendapat penajaan lain / menukar kursus

pengajian dengan mengulang semester / membatalkan tawaran PTPTN semasa di dalam tempoh perjanjian dengan PTPTN.

(P)PELAKSANAAN

DASAR

PEMBIAYAAN

BOLEH

UBAH

BERMULA TAHUN 2010 Ucapan Bajet 2010 pada 23 Okt 2009, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan supaya pembiayaan PTPTN ditukar kepada biasiswa bagi pelajar yang berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf dengannya bermula tahun Januari 2010. Antara syarat yang ditetapkan adalah:i. ii. iii. iv. v. Mengikuti Pengajian secara sepenuh masa; Pelajar menamatkan pengajian dalam tempoh pinjaman atau lebih awal seperti yang telah ditetapkan dalam dokumen perjanjian; Pembiayaan pendidikan PTPTN tidak bertindih dengan sebarang penaja lain; Permohonan dikemukakan dalam tempoh dua belas(12) bulan dari tarikh pengijazahan semasa konvokesyen;dan Kursus yang diikuti mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia(MQA) (pelajar IPTS sahaja) Permohonan Pertukaran Pembiayaan Kepada Pembiayaan Boleh Ubah Hendaklah Dikemukakan Secara Rasmi Ke PTPTN Dengan Menyertakan dokumen-dokumen Berikut:-

a. Salinan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama yang telah disahkan oleh
Pegawai masing. Pendaftar/Penolong Pendaftar Bahagian Akademik IPT masing-

b. Salinan Transkript Peperiksaan (ringkasan setiap semester) yang telah


disahkan oleh Pegawai Pendaftar/Penolong Pendaftar Bahagian Akademik sahaja.

c. Akuan pelajar yang telah lengkap diisi (boleh dimuat turun melalui laman
web PTPTN) dan;

d. Sesalinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia


(MQA)

** Peminjam yang menerima penaja lain dan bertindih dengan pembiayaan PTPTN, tukar program, peringkat pengajian, dan IPT tanpa kelulusan PTPTN ataupun melanggar mana-mana syarat yang ditetapakan seperti dalam salinan pinjaman tidak akan dipertimbangkan u ntuk menerima kemudahan ini.

(Q) TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR

UniMAP amat perhatin serta mengambil berat tentang kebajikan pelajar-pelajarnya. Terdapat beberapa bentuk pinjaman dan kebajikan kewangan yang diwujudkan oleh universiti ini demi untuk membantu pelajar-pelajar yang menghadapi masalah kewangan. Di antara bantuan kewangan yang disediakan adalah:

Tabung Pinjaman Jangka Pendek

Tabung ini bertujuan untuk memberi pinjaman kepada pelajar-pelajar yang menghadapi masalah kewangan semasa pengajian dalam semester dengan syarat mereka mempunyai pinjaman/biasiswa dari mana-mana penaja. Pembayaran balik pinjaman ini adalah melalui pemotongan pinjaman / biasiswa pelajar berkenaan yang dibuat oleh Jabatan Bendahari apabila ia mendapat pinjaman / biasiswanya.

Urusan permohonan boleh dikemukakan melalui Unit Pinjaman dan Kebajikan Pelajar dan pelajar perlu melepasi beberapa tapisan dan syarat-syarat yang ditetapkan.

Permohonan pinjaman ini adalah terbuka kepada semua pelajar UniMAP.

Tabung Amanah Khas UniMAP

Tabung ini adalah sebuah tabung yang dana kewangannya dari hasil kutipan derma dan sumbangan ikhlas staf-staf Universiti Malaysia Perlis melalui pemotongan gaji mereka pada setiap bulan. Tabung ini diwujudkan di atas keperhatinan dan sikap mengambil berat oleh staf-staf berkenaan untuk membantu pelajar-pelajar yang menghadapi masalah kewangan. Pelajar-pelajar yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan akan hanya dapat menerimanya sekali sahaja sepanjang pengajiannya di universiti ini. Pelajar-pelajar yang mendapat bantuan kewangan dari tabung ini tidak perlu membayar balik wang yang diterimanya.

Tabung Amanah Zakat UniMAP

Tabung ini adalah sebuah tabung yang sumber kewangannya dari sumbangan wang zakat dari syarikat-syarikat swasta di negara ini. Pelajar-pelajar beragama Islam yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan akan dapat menerima

bantuan kewangan dari tabung ini hanya sekali sahaja sepanjang pengajiannya di universiti ini. Pelajar-pelajar yang mendapat bantuan kewangan dari tabung ini tidak perlu membayar balik wang yang diterimanya.

* Pelajar juga boleh menyemak Laman Sesawang agensi-agensi kerajaan yang lain bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan bantuan kewangan yang disediakan.

PANDUAN HAL-HAL KEBAJIKAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS


1.0 Panduan Pelajar Sakit ( Ditahan Di Hospital ) 1.1. Syarat syarat permohonan Pemohon mestilah pelajar UniMAP yang berdaftar dan berstatus aktif. Warga Negara Malaysia. Perubatan di lakukan di Hospital Kerajaan. Pemohon / rakan / pelapor hendaklah mengisi borang permohonan Selepas permohonan diterima dan semakan bagi tujuan pengesahan, Unit Pinjaman Dan Kebajikan Pelajar akan memproses pengeluaran surat jaminan Universiti yang di alamatkan ke Hospital yang berkenaan melalui unit hasil dan akan difaks, diposkan ataupun diambil oleh pemohon mahupun wakil.. 2.0 Panduan kebajikan sekiranya berlaku Kematian (Semasa Pelajar Berada Di

Dalam Pengajian)
2.1 i. ii. Syarat pengurusan Jenazah Pelajar. Pelajar hendaklah berdaftar dan berstatus aktif di Universiti Malaysia Perlis. Mendapat Kebenaran dari waris pelajar bagi urusan mandi, mengkafan, sembahyang dan penghantaran pulang. Unit kebajikan menerima laporan pelajar meninggal dari Hospital keluarga / teman/Kolej Kediaman atau dari mana-mana pegawai. Urusan berkaitan pengurusan jenazah, solat

jenazah/Sijil Kematian/ sijil Penguburan dan kenderaan akan diuruskan dengan kerjasama Pusat Isklam dan Kolej Kediaman sekiranya perlu. 2.2 Keperluan Tuntutan Khairat Kematian/ Insurans. i. ii. iii. iv. v. vi. vii. 2.3 Salinan Sijil Kematian. Salinan Permit Penguburan. Salinan Kad Pengenalan simati. Salinan Kad Pelajar Laporan Polis jika berlaku kemalangan. Laporan doktor jika berlaku penyakit kronik ( bagi tujuan insuran ) Salinan Kad Pengenalan waris.

Kadar Bantuan Pengurusan Jenazah. i. ii. Bayaran pengurusan jenazah akan diberikan dengan kadar tidak melebihi RM1,000.00 dengan menggunakan Tabung Amanah Khas Pelajar UniMAP. Bantuan kebajikan dana akan dari diberikan Tabung sebanyak Kebajikan RM3,000.00 Pelajar setelah dengan waris menggunakan

mengemukakan : Salinan Kad Pengenalan Salinan Kad Pelajar Salinan Sijil Kematian Salinan Permit Penguburan Kad Pengenalan dan alamat surat menyurat waris. iii. Cek yang berkenaan akan diposkan ke alamat dipersetujui setelah selesai diproses. waris seperti yang

2.4

Sekiranya berlaku Kematian Ibu dan Atau Bapa Pelajar Meninggal.


2.4.1 Syarat Pengurusan Pelajar Pulang. i. ii. Pelajar hendaklah berdaftar dan berstatus aktif di Universiti Malaysia Perlis. Ibu atau dan Bapa pelajar meniggal dunia.

Setelah laporan diterima, Unit Pinjaman dan Kebajikan HEPA akan menghubungi pelajar bagi mendapatkan pengesahan bagi memboleh urusan-urusan berkaitan pengangkutan yang bersesuaian disediakan sama ada kenderaan awam mahupun kenderaan dengan syarat mendapatkan kelulusan dari TNC HEPA.

2.4.2

Keperluan

Dokumen

Selepas

Pengurusan

Jenazah

Bagi

Mendapatkan Tuntutan Dari Wang Kebajikan Salinan Kad Pelajar Salinan Sijil Kematian. Salinan Permit Penguburan. 2.4.3 Kadar Bantuan Dari Kebajikan Pelajar Bayaran pengurusan penghantaran pelajar pulang akan ditanggung oleh Universiti. Pelajar akan hanya dihantar dengan menggunakan pengangkutan sama ada teksi, bas, feri, kapal dan keretapi kecuali bagi pelajar Sabah dan Sarawak. Bantuan kebajikan akan akan diberikan sebanyak RM300.00 dengan menggunakan dana dari Tabung Kebajikan Pelajar setelah pelajar mengisi borang permohonan dengan mengemukakan : JHEPA. Pelajar akan dimaklumkan oleh HEPA dan boleh menuntut memunut cek di JHEPA 10 hari setelah cek surat proses diserahkan kepada Jabatan Bendahari. Salinan Kad Pengenalan Salinan Kad Pelajar Salinan Sijil Kematian Salinan Permit Penguburan

Cek akan dikeluarkan atas nama pelajar setelah diluluskan oleh TNC

2.5 Semasa Kematian Keluarga Terdekat ( Abang, Kakak dan Adik )


2.5.1 Syarat Pengurusan Pelajar Pulang. i. ii. Pelajar hendaklah berdaftar dan berstatus aktif di Universiti Malaysia Perlis. Abang atau kakak atau adik pelajar meniggal dunia.

2.5.2

Aliran Pengurusan Penghantaran Pulang Pelajar yang meninggal di Universiti.

i.

Unit

kebajikan

menerima

laporan

keluarga

terdekat

pelajar

meninggal dari keluarga / teman / Kolej Kediaman atau dari manamana pegawai. ii. Unit Kebajikan akan menghubungi keluarga pelajar bagi mendapat kepastian. iii. Unit kebajikan akan menguruskan kenderaan bagi penghantaran pelajar iv. Sekiranya tidak terdapat kenderaan awam maka Unit kebajikan akan menggunakan kenderaan Universiti dengan syarat mendapatkan kelulusan dari TNC JHEPA. 2.5.3 Keperluan a. b. c. 2.5.4 Selepas Pengurusan Jenazah Bagi Mendapatkan

Tuntutan Dari Wang Kebajikan Salinan Kad Pelajar Salinan Sijil Kematian. Salinan Permit Penguburan.

Kadar Bantuan Dari Kebajikan Pelajar Bayaran pengurusan penghantaran pelajar pulang akan dittanggung oleh Universiti. Pelajar hanya akan dihantar dengan menggunakan teksi, bas, feri, kapal dan keretapi kecuali bagi pelajar Sabah dan Sarawak. Bantuan kebajikan akan akan diberikan sebanyak RM50.00 dengan menggunakan dana dari Tabung Kebajikan Pelajar setelah pelajar mengisi borang permohonan dengan mengemukakan : JHEPA. Pelajar boleh memunut cek di JHEPA 10 hari setelah cek surat proses diserahkan kepada Jabatan Bendahari. Salinan Kad Pengenalan Salinan Kad Pelajar Salinan Sijil Kematian Salinan Permit Penguburan

Cek akan dikeluarkan atas nama pelajar setelah diluluskan oleh TNC

3.0

Garis Panduan Menggunakan Wang Kebajikan pelajar

3.1. Tuntutan Wang Kebajikan Keluarga Meninggal ( Abang, Kakak dan Adik )

3.1.1 Syarat Tuntutan Pelajar Pelajar hendaklah berdaftar dan berstatus aktif di UniMAP Keluarga yang meniggal mestilah keluarga terdekat. Mengisi borang permohonan tuntutan beserta salinan lampiran Salinan Kad Pengenalan Salinan Kad Pelajar Sijil Kematian Permit Penguburan.

Mesti mendapat kelulusan dari TNC JHEPA 3.1.2 Kadar Tuntutan Peruntukan RM50.00 akan diberikan kepada pelajar tersebut.

3. 2

Tuntutan Wang Kebajikan Ibu / Bapa Meninggal.


3.2.1 Syarat Tuntutan Pelajar Pelajar hendaklah berdaftar dan berstatus aktif di UniMAP Keluarga yang meniggal mestilah Ibubapapalajar. Mengisi borang permohonan tuntutan beserta lampiran Salinan Kad Pengenalan Salinan Kad Pelajar Sijil Kematian Permit Penguburan. salinan

o o o

(Mesti mendapat kelulusan dari TNC JHEPA)


3.2.2 Kadar Tuntutan Peruntukan tersebut. RM300.00 akan diberikan kepada pelajar

3.3. Tuntutan Wang Kebajikan Pelajar Meninggal.


3.3.1 Syarat Tuntutan Pelajar o o Pelajar hendaklah berdaftar dan berstatus aktif di UniMAP Mengisi borang permohonan tuntutan beserta lampiran Salinan Kad Pengenalan Salinan Kad Pelajar Sijil Kematian Permit Penguburan. Kad Pengenalan waris pelajar salinan

(Mesti mendapat kelulusan dari TNC JHEPA)


3.3.2 Kadar Tuntutan o Peruntukan RM3,000.00 akan diberikan kepada pelajar tersebut. 4.0 Garis Panduan Tuntutan Insuran pelajar 4.1. Syarat Penerima Insuran i. ii. iii. iv. Pelajar yang berdaftar dan berstatus aktif di UniMAP; Warganegara Malaysia; Membayar yuran semester kerana insuran akan dipotong dari yuran Semester; Sekiranya pelajar tidak membayar yuran dan akan menghadiri program luar, penaja hendaklah membayar insuran tersebut melalui Jabatan Bendahari. 4.2. Aliran Permohonan Insuran i. ii. iii. Penaja hendaklah memohon insuran menghantar surat permohonan dan senarai nama pelajar yang terlibat ke Jabatan Bendahari. Beserta surat permohonan dan senarai juga disertakan duit insuran kelompok senayak RM28.00 setahun. Bendahri akan memproses insuran tersebut dengan syarikat insuran.

4.3. Tuntutan Insuran Semasa Berlaku Kemalangan

4.3.1

Pelajar boleh menuntut insuran dengan mengisi borang yang boleh didapati di Jabatan Bendahari UniMAP dengan membawa dokumen dokumen : i. ii. Salinan kad pengenalan Salinan Kad pelajar

iii. Salinan Laporan Polis iv. Salinan Laporan doctor 4.3.2 4.3.3 Borang tersebut hendaklah di sahkan oleh JHEPA. Borang tersebut akan dir poses melalaui Jabatan Bendahari

4.4. Tuntutan Insuran Bagi Pelajar Meninggal


4.4.1 Waris pelajar boleh menuntut insuran dengan mengisi borang yang boleh didapati di Jabatan Bendahari UniMAP dengan membawa dokumen dokumen : i. ii. Salinan kad pengenalan Salinan Kad pelajar

iii. Salinan Sijil Kematian iv. Salinan Permit Penguburan v. Salinan Laporan Polis vi. Salinan Kad Pengenalan waris 4.4.2 4.4.3 Borang tersebut hendaklah di sahkan oleh JHEPA. Borang tersebut akan dir poses melalaui Jabatan Bendahari.

4.5. Perolehan Kadar Insuran Kematian Pelajar Pelajar akan mendapat insuran sebanyak RM10,000.00 Bagi pelajar yang memegang pinjaman, Unit Pinjaman akan mengeluarkan surat pengesahan kematian pelajar kepada penaja bagi tujuan menamatkan pembayaran seterusnya menginsurankan pinjaman pelajar tersebut.

5.0

Garis Panduan Pemohonan Tabung Kebajikan pelajar

5.1 Syarat Permohonan Tabung Amanah Khas UniMAP Pelajar Diploma dan Ijazah yang berdaftar dan berstatus aktif di UniMAP. Warganegara Malaysia Pendapatan keluarga tidak melebihi RM1,500.00 Mendapat pengesahan dari Dekan Pusat Pengajian. 5.2. Cara Memohon Tabung Amanah Khas UniMAP. Mengisi borang permohonan Tabung Amanah Khas UniMAP. Salinan Kad Pelajar Slip gaji terkini Ibubapa / penjaga @ akuan pendapatan keluarga bagi yang tidak mempunyai slip gaji (pengakuan pendapatan keluarga hendaklah disahkan oleh Ketua Kampung / Penghulu / Imam dan Pegawai Pengurusan Dan Profesional). 5.3 Jawatankuasa Pemilihan Permohonan Jawatan kuasa pemilihan permohonan akan dibuat mengikut jadual yang ditetapkan. Jawatan kuasa pemilihan terdiri dari : i. ii. Penolong Naib Cancelor HEPA sebagai pengerusi. Pegawai Unit Pinjaman Dan Kebajikan pelajar sebagai urusetia /setiausaha iii. Bendahari iv. Pengetua Kolej Kediaman v. Kaunselor vi. Majlis Perwakilan Pelajar ( Exco Kebajikan ) vii. Pegawai Unit Agama Islam UniMAP. 5.4 Jumlah Pemberian Jumlah pembayaran yang di persetujui dan ditetapkan RM300.00 dan RM500.00 ( bergantung pada jawatankuasa yang menimbang permohonan )

5.5 Pelajar Menerima Cek.

Pelajar yang Berjaya akan dikreditkan terus bantuan ke dalam akaun Bank Muamalat dan surat makluman berkaitan akan diberikan setelah mendapat kelulusan dari Naib Canselor UniMAP. JHEPA akan mengumumkan senarai nama yang Berjaya melalui Sistem E-Tabung dan pelajar akan mendapat maklumat tersebut melalui emel yang di berikan.

6.0

Tabung Amanah Zakat Universiti Malaysia Perlis.


6.1 Syarat Permohonan Tabung Amanah Zakat UniMAP o Pelajar Beragama Islam Diploma dan Ijazah yang berdaftar dan berstatus aktif di UniMAP. o o o o Warganegara Malaysia Pendapatan keluarga tidak melebihi RM1,500.00 Mendapat pengesahan dari Dekan Pusat Pengajian. Salinan Bukti Pelajar menganut agama Islam (bagi saudara baru yang memeluk agama Islam ). 6.2. Cara Memohon Tabung Amanah Zakat UniMAP. o Mengisi borang permohonan Tabung Amanah Zakat UniMAP secara atas Talian di laman Web Jabatan Hal Ehwal Pelajar di dalam system E-Tabung. o o Salinan Kad Pelajar Slip gaji terkini Ibubapa / penjaga @ akuan pendapatan keluarga bagi yang tidak mempunyai slip gaji ( pengakuan pendapatan Profesional). o Lain-lain borang yang ditetapkan seperti dalam senarai semak. 6.3 Jawatankuasa Pemilihan Permohonan Jawatankuasa pemilihan permohonan akan dibuat berdasarkan jadual yang ditetapkan. Jawatankuasa pemilihan terdiri dari : i. Penolong Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni sebagai pengerusi. ii. Pegawai Unit Pinjaman Dan Kebajikan pelajar sebagai urusetia / setiausaha keluarga hendaklah disahkan oleh Ketua Kampung / Penghulu / Imam dan Pegawai Pengurusan Dan

iii. Bendahari iv. Pengetua Kolej Kediaman v. Kaunselor vi. Majlis Perwakilan Pelajar ( Exco Kebajikan ) vii. Pegawai Unit Agama Islam UniMAP 6.4 Jumlah Pemberian Jumlah pembayaran yang di persetujui dan ditetapkan adalah RM300.00, RM500.00, RM700.00 dan RM1000.00 (bergantung pada jawatankuasa yang membuat pertimbangan) 6.5 Pelajar Menerima Cek. Pelajar yang Berjaya akan dikreditkan terus bantuan ke dalam akaun Bank Muamalat dan surat makluman berkaitan akan diberikan kepada semua pelajar setelah mendapat kelulusan dari Naib Canselor UniMAP. JHEPA akan mengumumkan senarai nama yang berjaya melalui Sistem E-Tabung dan pelajar akan mendapat maklumat tersebut melalui emel rasmi yang di berikan. 7.0 Garis Panduan Permohonan Tabung Pinjaman Pelajar

7.1 Syarat Permohonan


Pelajar Diploma dan Ijazah yang berdaftar dan berstatus aktif di UniMAP. Warganegara Malaysia Telah mendapat penaja pinjaman Atau Biasiswa. Mendapat pengesahan dari Dekan Pusat Pengajian. Pelajar tahun akhir tidak digalakkan untuk memohon.

7.2 Cara Memohon Pinjaman Jangka Pelajar Pendek UniMAP


Mengisi borang permohonan Salinan Kad Pelajar Salinan Tawaran Pembiayaan Penaja.

7.3 Jumlah Pemberian

Jumlah pemberian yang di persetujui dan ditetapkan RM500.00, bergantung pada jawatankuasa yang menimbang permohonan )

7.4 Jawatankuasa Pemilihan Permohonan


Permohonan dibuka sepanjang semester. Jawatan Kuasa pemilihan permohonan akan dibuat setiap 1 bulan sekali. i. ii. Dekan Hal Ehwal Pelajar Dan Aluni sebagai pengerusi. Pegawai Unit Pinjaman Dan Kebajikan pelajar sebagai urusetia / setiausaha iii. Bendahari iv. Pengetua Kolej Kediaman v. Kaunselor vi. Majlis Perwakilan Pelajar ( Exco Kebajikan )

7.5 Pelajar Menerima Cek.


Pelajar yang Berjaya akan dikreditkan terus bantuan ke dalam akaun Bank Muamalat dan surat makluman berkaitan akan diberikan setelah mendapat kelulusan dari Naib Canselor UniMAP, atau JHEPA akan menghubungi Pemohon untuk menuntut cek tersebutdi JHEPA. (M) Sebarang pertanyaan berhubung maklumat bantuan kebajikan dan kewangan boleh menghubungi : Unit Pinjaman dan Kebajikan Pelajar Jabatan Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni Universiti Malaysia Perlis Jalan Serawak 02000 Kuala Perlis, Perlis. No. Telefon : 04 985 1154 ( Puan Noora Binti Md. Yusoff ) ( Encik Mohd Hanie Bin Musa) No. Faks : 04 985 1267

: 04 985 4532/1098 ( Puan Nur Shuhada Binti Hakimin )

You might also like