You are on page 1of 20

1.0 PENGENALAN Politik wujud sebelum wujudnya ketamadunan manusia.

Kebanyakan primat hidup berkumpulan dan membentuk "hierarki dominans" ( dominance

hierarchies ). Individu dengan status hierarki tinggi cenderung untuk merampas kawasan, makanan, dan peluang mengawan daripada individu yang mempunyai hierarki yang lebih rendah. Dengan itu lebih tinggi status seseorang individu lebih besar peluangnya untuk berjaya membiak dan mengawan dengan lebih kerap, selain mempunyai lebih banyak sumber untuk melabur bagi menjamin keturunannya terus hidup.Hierarki ini tidak tetap dan bergantung kepada beberapa faktor yang berubah, antara lain ialah umur, jantina, kecerdasan, dan keagresifan. Status juga bergantung kepada keupayaan untuk mendapatkan sokongan yang lain. Malah, keperluan untuk mengekalkan posisi dan pengetahuan masyarakat mungkin merupakan pencetus evolusi otak lebih besar bagi manusia. Politik manusia awal berbentuk kumpulan kumpulan tersusun seperti keluarga, kerabat (clan), dan suku kaum (tribes).

Dalam politik moden kini, politik bukan sahaja merangkumi pekara-pekara diatas malah mula berkembang dengan mempunyai definisi, tujuan politik, ideologi politik yang pelbagai, prinsip-prinsip dan ciri-cirinya yang tersendiri yang melitupi pemerintahan barat dan juga Islam. Dimana kedua-dua pemerintahan barat dan islam mempunyai perbezaan yang ketara.

2.0 DEFINISI POLITIK Menurut Wikipedia politik adalah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati di korporat, akademik, agama, dan institusi lain.

2.1 Pemerintahan Barat Politik sememangnya merupakan cabang daripada ilmu yang mana satu mana ia diperkenalkan sebagai "an art science how to govern" (satu seni kebijaksanaan) dan pengetahuan bagaimana hendak memerintah. Takrifan ini merupakan satu pandangan dari sudut falsafah barat. Asalnya daripada perkataan greek iaitu polis yang memberi erti sebuah kota atau a city. Oleh itu mereka telah memusatkan segala aktiviti termasuk negara dan masyarakatnya ke dalam sebuah ibu kota yang disebut sebagai Athena. Berasaskan perkataan politik tersebut, maka lahirlah tokoh-tokoh falsafah yang menulis buku-buku yang berkaitan dengan politik antaranya Aristotle yang telah menulis bukunya politica dan plato dengan bukunya yang berjudul politeia. Kedua-dua buku tersebut merupakan perintis dalam membincangkan perihal politik menurut pendekatan ataupun acuan barat.

Istilah politik berasal daripada istilah Yunani polis yang membawa maksud negara kota. Aristotle merupakan orang yang pertama yang memperkenalkan istilah ini ke dunia ilmu menerusi bukunya Politics yang ditulis lebih kurang pada tahun 300 S.M. Justeru itu, kepada Aristotle tugas tugas ilmu politik ialah untuk menilai dan memeriksa polis ataupun negara kota. Lantaran itu adalah wajar jika dikatakan politik adalah berhubung dengan kehidupan di dalam
2

negara kota. Di dalam konteks hari ini negara kota dapatlah diumpamakan sepertimana kedudukan sebuah negara moden.

Raphael, D,D Apa sahaja mengenai negara adalah politik. Karl W. Deutsch (1974) Disebabkan politik adalah berhubung dengan aspek penentuan keputusan mengenai tatacara-tatacara awam, maka ianya adalah berkaitan terutamanya dengan kerajaan Harold D. Lasswell, A Kaplan, W.A. Robson, dan Niccolo Machiavelli Menyifatkan politik sebagai kuasa

Bluntschli, Garner dan Frank Goodnow Ilmu politik adalah ilmu yang mempelajari lingkungan kenegaraan Hitler (1940-an) Politik sebagai satu seni berkenaan pergelutan hidup sesuatu bangsa di dalam mempertahankan kewujudannya di muka bumi. Rajah1.1 Takrif politik menurut tokoh-tokoh barat.

2.2 Pemerintahan Islam

Menurut

Kamus

Dewan,

politik

bermaksud

ilmu

pengetahuan berkenaan dengancara pemerintahan, ilmu siasah dan ilmu kenegaraan. Secara umumnya maksud politik Islam

adalah pengurusan atas segala urusan seluruh umat Islam. Politik atau siyasah bermakna adalah mengurus. Politik adalah 'ilmu pemerintahan atau 'ilmu siyasah, iaitu 'ilmu tata negara. Pengertian dan konsep politik atau siasah dalam Islam sangat berbeza dengan pengertian dan konsep yang digunakan oleh orang-orang yang bukan Islam ( Zainal Abidin Ahmad, 1977). Politik dalam Islam menjuruskan kegiatan ummah kepada usaha untuk mendukung dan melaksanakan syari'at Allah melalui sistem kenegaraan dan pemerintahan. la bertujuan untuk menyimpulkan segala sudut Islam yang syumul melalui satu institusi yang mempunyai syahksiyyah untuk menerajui dan melaksanakan undang undang.

Menurut perspektif Islam pula, perkataan politik berasal daripada istilah arab yang disebut sebagai siasah. Para sarjana Islam sangat menyedari akan perihal kepentingan ilmu siasah dalam kehidupan bernegara. Oleh itu, Kurdi Ali menjelaskan keperluan bangsa kepada politik sama seperti perlunya manusia kepada air dan udara. Beliau telah mendefinisikan perkataan siasah sebagai ilmu pemerintahan yang harus dimiliki oleh para ahli yang betul-betul menguasai dasar-dasar pengetahuan dan

peraturan dalam bernegara. Dalam sesebuah pemerintahan, politik memainkan peranan yang penting dalam menentukan manakah yang akan memegang teraju pemerintahan sesebuah negara tersebut.

3.0 TUJUAN POLITIK 3.1 Pemerintahan Barat

1. Memperolehi kuasa. -Dengan menguasai politik negara jajahan mereka.

2. Memperluaskan kuasa -Melalui dasar penaklukan atau dengan menjajah negara lain.

3. Menyebarkan ideologi dan fahaman pemimpin. -Contoh ideologi komunisme yang telah sampai ke negara Asia seperti China dan menjadi amalan.

4. Menggunakan kuasa. -Mendapatkan penguasaan ke atas kekayaan dan kemewahan yang berada di dalam negara jajahan. -Menindas golongan yang lemah.

Rajah 1.2 Tujuan politik barat

3.2 Pemerintahan Islam Tujuan sistem politik Islam ialah untuk membangunkan sebuah sistem pemerintahan dan kenegaraan yang tegak di atas dasar untuk melaksanakan seluruh hukum syari'at Islam. Tujuan utamanya ialah untuk menegakkan sebuah negara Islam atau Darul Islam.

Dengan adanya pemerintahan yang mendukung syari'ah, maka akan tertegaklah al Din dan berterusanlah segala urusan manusia.menurut tuntutan tuntutan al Din tersebut.

Para fuqaha Islam telah menggariskan sepuluh perkara penting sebagai tujuan kepada sistem politik dan pemerintahan Islam.

Memelihara keimanan menurut prinsip prinsip yang telah disepakati oleh 'ulama' salaf daripada kalangan umat Islam

Melaksanakan

proses

pengadilan

di

kalangan

rakyat

dan

menyelesaikan masalah di kalangan orang orang yang berselisih

Menjaga keamanan daerah daerah Islam agar manusia dapat hidup dalam keadaan aman dan damai

Melaksanakan hukuman hukuman yang ditetapkan syara' demi melindungi hak hak manusia

Menjaga perbatasan negara dengan pelbagai persenjataan bagi menghadapi kemungkinan serangan daripada pihak luar

Melancarkan jihad terhadap golongan yang menentang Islam Mengendalikan urusan pengutipan cukai, zakat dan sedekah sebagai mana yang ditetapkan oleh syara'

Mengatur

anggaran

belanjawan

dan

perbelanjaan

daripada

perbendaharaan negara agar tidak digunakan secara boros ataupun secara kikir

Mengangkat pegawai pegawai yang cekap dan jujur bagi

mengawal

kekayaan

negara

dan

menguruskan

hal

ehwal

pentadbiran negara Menjalankan pengaualan dan pemeriksaan yang rapi di dalam hal ehwal amam demi untuk memimpin negara dan melindungi al Din.

Rajah 1.3 Tujuan sistem politik dan pemerintahan Islam.

4.0 IDEOLOGI POLITIK 4.1 Pemerintahan Barat (TOTALITARIAN)

Totalitarian merupakan salah satu daripada rejim atau corak pemerintahan mutlak atau autolitarian. Negara yang mengamalkan sistem pemerintahan bercorak Totalitarian sebuah negara yang kekuasaan kerajaan keseluruhannya dan tuntutan mutlak bidang kuasa meliputi keseluruhan kehidupan manusia. Tiada bahagian dalam kehidupan manusia keluar dari pengawasan dan kawalan negara.

Pemerintahan jenis ini muncul pada awal abad ke-20 di Itali, Jerman dan Russia. Benito Mussolini, yang memerintah Itali pada tahun 1925, dikatakan mengasaskan corak pemerintahan ini

berdasarkan empayar Rome zaman silam. Pada masa berlaku krisis atau perpecahan di kalangan rakyat, kerajaan rome biasanya memilih seorang pemerintah untuk mententeramkan keadaan serta mengambil alih tugas- tugas pemerintah. Beliau mengatakan, everything for the state: nothing outside the state: nothing against the state.Kenyataan ini menunjukkan bahawa tidak boleh ada sebarang penentangan terhadap cara pemerintahan beliau kerana semua yang diamalkan adalah untuk kepentingan negara.

Cara pemerintahan ini kemudiannya diguna pakai oleh Adolf Hitler yang juga mempunyai keinginan untuk menjadikan Jerman sebagai negara yang terkenal di dunia. Corak pemerintahan totalitarian dapat dibahagikan kepada dua fahaman iaitu; fahaman komunis dan fahaman fasis. Sistem komunis dan fasis ini merupakan suatu bentuk kerajaan yang muncul disebabkan oleh krisis kerajaan. Namun,

dikatakan bahawa kedua- dua corak pemerintahan ini berubah secara beransur-ansur mengikut keperluan negara dan masyarakat.

Kemunculan pemerintahan bercorak totalitarian pula disebabkan oleh kegagalan pelaksanaan sistem demokrasi. Misalnya, di Italy pergerakan fasisme wujud kerana kegagalan corak pemerintahan demokasi liberal menangani masalah sosial dan politik. Keadaan yang sama juga berlaku di Jerman dan kemunculan corak pemerintahan totaliter juga dipengaruhi oleh personaliti Hitler. Di kedua- dua buah negara, kelemahan perkembangan budaya politik Jerman, perasaan mereka dikhianati oleh negara jiran dan ancaman daripada pertubuhan fahaman komunis sedikit sebanyak memainkan peranan

kemunculannya

4.2 Pemerintahan Islam

1. Hakimiyyah Ilahiyyah Hakimiyyah ialah memberikan kuasa pengadilan dan kedaulatan hukum tertinggi dalam sistem politik Islam hanyalah kepada Allah. Hakimiyyah Ilahiyyah pula bermaksud: a) Allah adalah pemelihara alam semesta yang pada hakikatnya adalah Tuhan yang menjadi pemelihara manusia dan tidak ada jalan lain bagi manusia kecuali patuh dan tunduk kepada sifat ilahiyyah Allah. b) Hak untuk menghakimi dan mengadili tidak dimiliki oleh sesiapa kecuali Allah. Oleh itu, manusia wajib taat dan beribadat kepada Allah semata-mata. c) Hanya Allah sahaja yang memiliki hak mengeluarkan hukum sebab Allah satusatunya pencipta. d) Allah sahaja yang memiliki hak mengeluarkan peraturan-peraturan. e) Hukum Allah sahaja yang benar. Hakimiyyah Ilahiyyah juga membawa erti teras utama sistem politik Islam adalah tauhid kepada Allah yang mana tauhid bermaksud membuat pengakuan hanya Allah Tuhan yang Maha Esa yang mesti disembah dan ditaati secara lahiriah dan batiniah.

2. Risalah Dalam konteks politik bermaksud mengakui kenabian dan kerasulan Muhammad merupakan panduan dalam membangunkan sebuah negara serta utusan Allah yang bertanggungjawab menyampaikan segala hukum hakam Allah yang berkaitan dengan semua bidang yang terkandung dalam al-Quran dan juga sunah. Dalam konteks politik dan negara, Rasulullah menunjukkan contoh teladan bagaimana sistem politik Islam boleh diaplikasikan terutamanya ketika baginda menjadi pemimpin negara Islam di Madinah.
10

3. Khalifah Menurut Islam adalah wakil Allah untuk mengurus dan mentadbir alam.Dalam konteks perkataan, khilafah bermaksud wakil atau pemegang amanah. Dalam konteks politik Islam, khilafah memberi maksud manusia adalah tertakluk kepada segala hukum-hakam Allah dalam menjalankan urusan kehidupan harian termasuk soal politik iaitu A caliphate under the sovereignty of Allah.

11

5.0 PRINSIP-PRINSIP POLITIK 5.1 Pemerintahan Barat ( TOTALITARIAN) 1. Pemerintahan mutlak (Kuasa ditangan pemerintah) Sistem pemerintahan totalitarian mengawasi dan mempengaruhi segala aspek fikiran dan kehidupan rakyat. Kerajaan akan menentukan apa yang sah dan apa yang dilarang. Rakyat tidak dibenarkan sama sekali mengkritik, mengeluarkan pendapat, yang bertentangan dan juga membangkang kerajaan.

2. Kekerasaan dalam memerintah. Sering menggunakan tentera dan polis untuk menyekat atau menghapuskan kumpulan/puak-puak yang tidak sehaluan dengan kerajaan. Dalam mengejar matlamat dan tujuan kekerasaan dan kekejaman tidak asing lagi dalam corak pemerintahan ini. Sesiapa sahaja yang cuba untuk menghalang dalam mencapai matlamat akan dihapuskan dan disingkirkan. Tindakan yang kekerasan membuatkan rakyat taat pada peraturan dan arahan-arahan kerajaan. 3. Dasar yang berubah-ubah Dasar dan pendirian yang sentiasa berubah-ubah. Penukaran corak pemerintahan yang secara tiba-tiba dan mengejut terutamanya dalam pemimpin pentadbiran dan angkatan tenteranya.

12

5.2 Pemerintahan Islam Musyawarah Prinsip pertama dalam sistem politik Islam ialah musyawarah. Asas musyawarah yang paling utama adalah berkenaan dengan pemilihan ketua negara dan orang- orang yang akan menjawat tugas-tugas utama dalam pentadbiran ummah. Asas musyawarah yang kedua pula adalah berkenaan dengan penentuan jalan dan cara perlaksanaan undangundang yang telah dimaktubkan di dalam al-guran dan al Sunnah. Asas musyawarah yang seterusnya ialah berkenaan dengan jalan-jalan menentukan perkara-perkara baru yang timbul di kalangan ummah melalui proses ijtihad.

Keadilan Prinsip kedua dalam sistem politik Islam ialah keadilan. Ini adalah menyangkut dengan keadilan sosial yang dijamin oleh sistem sosial dan sistem ekonomi Islam. Keadilan di dalam bidang bidang sosioekonomi tidak mungkin terlaksana tanpa wujudnya kuasa politik yang melindungi dan mengembangkannya. Di dalam perlaksanaannya yang luas, prinsip keadilan yang terkandung dalam sistem politik Islam meliputi dan menguasai segala jenis perhubungan yang berlaku di dalam kehidupan manusia, termasuk keadilan di antara rakyat dan pemerintah, di antara dua pihak yang bersengketa di hadapan pihak pengadilan, di antara pasangan suami isteri dan di antara ibu bapa dan anak anaknya.

Oleh sebab kewajiban berlaku adil dan menjauhi perbuatan zalim adalah merupakan di antara asas utama dalam sistem sosial Islam, maka menjadi peranan utama sistem politik Islam untuk memelihara asas tersebut.

13

Pemeliharaan terhadap keadilan merupakan prinsip nilai-nilai sosial yang utama kerana dengannya dapat dikukuhkan kehidupan manusia dalam segala aspeknya.

Kebebasan Prinsip ketiga dalam sistem politik Islam ialah kebebasan. Kebebasan yang dipelihara oleh sistem politik Islam ialah kebebasan yang berteraskan kepada maruf dan kebajikan. Menegakkan prinsip

kebebasan yang sebenar adalah di antara tujuan-tujuan terpenting bagi sistem politik dan pemerintahan Islam serta asas asas bagi undang undang perlembagaan negara Islam.

Persamaan Prinsip keempat dalam sistem politik Islam ialah persamaan atau musawah. Persamaan di sini terdiri daripada persamaan dalam mendapat dan menuntut hak-hak, persamaan dalam memikul tanggungjawab menurut peringkat-peringkat yang ditetapkan oleh undang-undang

perlembagaan dan persamaan berada di bawah taklukan kekuasaan undang -undang.

Hak Menghisab Pihak Pemerintah Prinsip kelima dalam sistem politik Islam ialah hak rakyat untuk menghisab pihak pemerintah dan hak mendapat penjelasan terhadap tindak tanduknya. Prinsip ini berdasarkan kepada kewajiban pihak pemerintah untuk melakukan musyawarah dalam hal hal yang berkaitan dengan urusan dan pentadbiran negara dan ummah. Hak rakyat untuk disyurakan adalah bererti kewajipan setiap anggota di dalam masyarakat untuk menegakkan kebenaran dan menghapuskan kemungkaran. Hak ini
14

dalam pengertian yang luas juga bererti hak untuk mengawasi dan menghisab tindak tanduk dan keputusan-keputusan pihak pemerintah.

Musyawarah

Keadilan

Kebebasan

Persamaan

Hak Menghisab Pihak Pemerintah

Rajah 1.4 Prinsip-prinsip pemerintahan Islam.

15

6.0 CIRI-CIRI PEMERINTAHAN 6.1 Pemerintahan Barat

Keunggulan Ideologi Matlamat unggul Penyertaan yang dipaksa dalam politik

Keadaan tidak tetap Tindakan kekerasan

Tekanan keatas pertubuhanpertubuhan swasta

Rajah 1.5 Ciri-ciri pemerintahan Totalitarian

Keunggulan ideologi Pemerintahan totalitarian mengutamakan dan menyanjung

ideologi-ideologi kepentingan negara atau pemerintahan sendiri sebagai unsur yang bakal melitupi keseluruhan dunia. Ideologi tersebut bertujuan untuk membentuk semula masyarakat dunia sepertimana yang

dibayangkan oleh penaja. Ideologi ini melibatkan kaedah politik tertentu atau inginkan kemegahan satu-satu bangsa tertentu atau mengajurkan penyatuan golongan tertindas seperti proteriat.

16

Penyertaan yang dipaksa dalam lapangan politik Ia dilakukan melalui organisasi- organisasi yang dianjurkan oleh pemerintah adalah nyata di bawah sistem totalitarian. Ini jelas sekali semaa melakukan pilihan raya. Bilangan orang yang terlibat dalam proses pengundian adalah 100%. Sebaliknya di bawah sistem demokrasi liberal, penyertaan dalam proses pilihan raya hanya antara 40- 80%. Nyata sekali di bawah di bawah sistem totalitarian, pengundian dan penyertaan dalam proses politik diwajibkan. Sesiapa saja yang enggan mengundi lazimnya dikenakan tindakan seolah- olah mereka telah melakukan pengkhianatan terhadap negara. Keadaan ini memadai untuk memaksa pengundi keluar beramai- ramai untuk membuang undi serta mengambil bahagian dalam semua proses politik yang ditetapkan.

Tekanan terhadap pertubuhan- pertubuhan swasta Semua pertubuhan dan kumpulan yang tidak selaras dengan tujuan rejim diharamkan atau disekat. Walaupun ini sering dikenakan hampir di semua negara tanpa mengira ideologi, namun di negara- negara totalitarian ini dijalankan secara menyeluruh dan ketat dalam semua keadaan tanpa mengira tentang keperluannya. Kejadian- kejadian penentangan di Russia, China Nazi Jerman kesemuanya menunjukkan kegiatan pembangkang yang kuat namun, mereka tidak berhasil kerana disekat kuat oleh pemerintah.

Tindakan kekerasan Sistem ini sering menggunakan jentera- jentera pemerintahannya untuk menyekat kumpulan atau puak- puak yang bertentangan dengan kerajaan. Tambahan pula, tindakan kekerasan ini diamalkan secara
17

meluas. Bagi seseorang pemimpin di negara- negara totalitarian, sifat kekerasan yang diamalkan dengan menggunakan tentera dan polis adalah wajar. Ini membuatkan rakyat taat. Dalam demokrasi

perpelembagaan, kekerasan jarang digunakan, sama ada dalam masa aman atau peperangan. Hanya waktu tertentu sahaja kekerasan digunakan itupun sebagai satu langkah menjaminkan keselamatan dan kepentngan negara.

Keadaan tidak tetap Terdapat dasar- dasar pemerintahan yang sering berubah- ubah, dan oleh yang demikianhaluan dasar tidak dapat dipastikan. Ini merupakan satu ciri yang biasa terdapat dalam negara totalitarian. Adolf Hitler, pemerintah Jerman, bertindak sebagai penggubal undang- undang negara dan ini dilakuakan sewenang- wenangnya. Beliau juga menukaran corak pemerintahannya secara mengejut dan kerap kali menukar pemimpin pentadbiran dan angkatan tenteranya. Dalam keadaan

sedemikian, tidak tersapat peraturan tertentu yang membolehkan individu serta rakyat menjalankan kegiatannya. Tiada seorang pun yang dapat meramal masa depan sesebuah institusi atau seseorang pemimpin proletariat tertentu. Keadaan ini menimbulkan perasaan takut kepada pemerintah. Nyata sekali tiada seorang pun yang sanggup diperangkap oelh pemerintah, dan oleh sebab itu dasar- dasar yang dijalankan mempunyai kepincangan. Tambahan pula, mereka tidak boleh menarik diri dari sebarang penyertaan dalam proses politik kerana ia akan membuktikan bahawa mereka menentang dasar pemerintah.

18

Matlamat tunggal Mengejar sesuatu matlamat secara mutlak dan kejam juga merupakan satu ciri tersendiri bagi corak pemerintahan ini. Ia berbeza dari corak pemerintahan yang lain yang mana ia mempunyai matlamat yang banyak dan pelbagai rupa yang diamalkan sebagai dasar pemerintah. Sikap kelekaan terhadap tujuan menjadi kebiasaan dan jarang tindakan tegas diambil terhadap kumpulan yang bertentangan. Sebaliknya, di negara- negara totalitarian, matlamat yang nyata seperti satu bangsa pembangunan perindustrian serta-merta, kediktatoran golongan proletariat atau penguasaan satu- satu bangsa terhadap bangsa lain tentu saja diamalkan secara menyeluruh. Semua matlamat yang dianggap tidak penting diabaikan.

19

6.2 Pemerintahan Islam

Antara ciri yang perlu ada dalam sistem pemerintahan Islam ialah:Keadilan. Memandangkan tujuan uatama sistem pemerintahan Islam ialah menegakkan keadilan, maka sudah tentu ciri utama sistem ini ialah keadilan. Jika pemerintah melakukan kezaliman, maka sebenarnya dia telah lari daripada landasan sebenar sistem pemerintahan Islam, dan rakyat berhak menegurnya, bahkan memecatnya.

Syura (Permesyuaratan). Ia bererti bahawa kaum muslimin (pemerintah dan rakyat) hendaklah saling berbincang mencari keputusan dan pendapat yang terbaik dalam perkara yang tiada nas. Dan keputusan yang dibuat pula janganlah berlawanan dengan kehendak Syariat Islam. Perintah syura ini terdapat dalam al-Quran dan juga praktikal amali Rasulullah s.a.w. Ia merupakan satu perancangan yang teliti sebelum pelaksanaan sesuatu ketetapan dari pihak pemerintah.

Kepatuhan. Ini bererti warganegara Negara Islam hendaklah patuh kepada Negara (pemerintah) dan menyahut serta melaksanakan perintah dan tuntutan Negara. Kepatuhan kepada Negara ini merupakan satu kewajiban, tetapi diikatkan dengan syarat tiada ketaatan dalam perkara yang bercanggah dengan Syariat Islam. Dan bila arahan yang dikeluarkan bercanggah dengan Islam, maka rakyat tidak perlu mentaatinya, bahkan wajib menasihati pemerintah.

20

You might also like