You are on page 1of 13

Semantik : Penyempitan Makna

Norlishakina Rosli Nurul Iman Kamila Marzuki Shabana Munawwarah Ishak Siti Khalijah Shaari Siti Murni Zinol

DEFINISI PENYEMPITAN MAKNA

Menurut Chaer (1995), Pateda (1986), penyempitan makna ialah gejala yang terjadi pada kata yang mulanya mempunyai makna yang cukup luas,kemudian menjadi makna yang cukup terbatas hanya pada makna tertentu sahaja. Sedangkan Keraf (1986:97) menyatakan bahawa penyempitan makna sebuah kata ialah proses perubahan makna kata daripada makna yang lebih luas kepada makna yang lebih khusus atau spesifik.

Menurut Mohd Rain Shaari dan Abdullah Yusof


(2008:240), proses penyempitan adalah proses mengecilkan atau mengurangkan komponen makna suatu perkataan. Penyempitan makna berlaku apabila makna sesuatu perkataan dijadikan lebih khusus disebabkan perubahan budaya atau konteks penggunaan.

CONTOH PENYEMPITAN MAKNA

Sebagai contoh kata ahli membawa makna yang lebih luas iaitu keluarga, sanak-saudara atau orang-orang yang memasuki sesuatu golongan. Walau bagaimanapun kata ahli juga telah disempitkan kepada makna orang yang mahir atau pandai dalam sesuatu ilmu atau disebut juga pakar dalam sesuatu bidang.

Dalam Bahasa Melayu, bagi kata yangmengalami penyempitan makna, misalnya kata daging digunakan merujuk kepada daging lembu sahaja, tetapi bagi daging lain pula, disebut daging kambing, daging ayam, atau daging arnab.

Sedangkan, makna sebenar dalam kamus bagi istilah daging adalah isi pada manusia atau binatang antara kulit dan tulang (Kamus Dewan, 1994).
Hal ini menunjukkan wujudnya penyempitan makna pada istilah daging dalam komunikasi sehari-harian masyarakat Melayu.

Maksud asal perkataan khalwat ialah mengasingkan diri untuk mendapatkan ketenangan. Pada masa kini, maksud khalwat dikhususkan kepada lelaki dan perempuan yang bukan muhrim duduk secara berdua-duaan dan melakukan perbuatan sumbang.

Pada waktu dulu madrasah bermaksud sekolah tetapi pada masa kini madrasah lebih khusus kepada sekolah mengajar agama Islam sahaja. Perkataan sarjana pada mulanya digunakan untuk merujuk kepada orang yang pandai, bijak dan seorang cendekiawan. Tetapi, pada masa kini, perkataan sarjana lazimnya telah disempitkan atau dibatask an untuk merujuk kepada orang yang telah lulus ijazah pertama seperti : Sarjana Muda Sastera atau selepas ijazah pertama Sarjana Sastera.

Perkataan pendeta misalnya membawa makna orang yang berilmu seperti Pendeta Zaba. Maksud perkataan ini menurut Abdul Chaer (1995) telah disempitkan untuk mencakupi makna guru agama Kristian. Perkataan sendi yang asalnya bermaksud tempat ruas tulang berhubung. Dalam ilmu bahasa perkataan sendi ditujukan khusus kepada kata-kata yang berfungsi menghubungkan di antara perkataan dengan perkataan atau antara ayat dengan ayat

PERUBAHAN MAKNA DALAM BAHASA MELAYU : SATU DISKUSI SEMANTIK LEKSIKAL

Analisis Makna Dalam Kamus Swttenham kamus terawal yang disusun dalam Bahasa Melayu adalah kamus Swettenham yang diusahakan pada abad ke-19

KATA-KATA YANG MENGALAMI PENYEMPITAN MAKNA


ENTRI KATA BAHASA INGGERIS Bottle Bridge Chalk Corpse Dictionary Ferry boat Hat Kettle Market Parents River Thief ENTRI KATA DALAM KAMUS SWETTENHAM Kaca, balang, botol Jambatan, titi, gertak Kapur, blanda Mayat, bangkai Lohrat, kamus Sampan, tambang Kupiah, tudung kepala, topi Kendi, cerek Pasar, pekan Ibu bapa, ayah bonda Sungai, batang air Pencuri, kawar ENTRI DALAM KAMUS DEWAN Botol Jambatan, titian Kapur Mayat Kamus Feri Topi Cerek Pasar Ibu bapa Sungai Pencuri

You might also like