You are on page 1of 24

Praktikal 1 Ekosistem Tanah Biota Tanah dan Siratan Makanan Topik Objektif : Penilaian Makrofauna :

Mengenalpasti jenis makrofauna dan mikrofauna ke atas dua lokasi yang berbeza.

Mengkaji kesan kehadiran makrofauna dan mikrofauna ke atas ekosistem di dalam tanah.

Pengenalan

Ekosistem terdiri daripada tumbuhan. haiwan (biodiversiti) dan faktor abiotik yang bekerjasama untuk menyimpan dan memindahkan tenaga nutrien dan air. Contohnya tumbuhan mendapatkan tenaga melalui fotosintesis dan tenaga disimpan sebagai karbohidrat dalam tumbuhan atau lemak dan protein dalam haiwan selepas mereka makan tumbuhan tersebut. Organisma tanah menguraikan tisu tumbuhan dan haiwan dan memindahkan tenaga antara mereka, sambil nutrien dikembalikan ke tanah untuk digunakan tumbuhan. Kebanyakan organisma dalam ekosistem menjalani fungsi ekosistem, dan semakin pelbagai sesbuah ekosistem, fungsinya juga akan bertambah. Tanah menyediakan satu contoh baik ekosistem dan mudah dipelajari. Alat dan bahan :

Besen, serampang tiga mata, sudip tanah, bikar, dulang, corong Tulgren, beg plastik, air, etanol.

Prosedur

1. Dua lokasi yang berbeza dipilih. 2. Lokasi pertama ialah di bawah teduhan atau redup manakala lokasi kedua ialah di tempat yang terbuka. 3. Sampel tanah di setiap lokasi diambil dan di masukkan ke dalam beg plastik. 1

4. Beg plastik ditutup dan dilabel dengn nama kumpulan dan lokasi. 5. Ciri-ciri tanah dan jenis tumbuhan yang terdapat di setiap lokasi direkodkan. 6. Masukkan sejumlah isipadu tanah ke dalam corong Tulgren. Sampel tanah ditinggalkan selama dua hari. 7. Makrofauna yang dijumpai diasingkan ke dalam petri dish untuk

pengenalpastian dengan menggunakan kanta pembesar atau mikroskop. 8. Mereka dikelaskan kepada kumpulan mengikut ciri-ciri yang berbeza. 9. Bilangan makrofauna yang dijumpai disusun mengikut hierarki taksonomi spesies. Dapatan/ Pemerhatian Lokasi : Kawasan Penanaman Pokok Belimbing Kawasan Penanaman Pokok Kelapa Sawit

Jenis makrofauna

Cacing tanah

Cacing tanah

Kerengga

Semut

Jadual 1 : Dapatan jenis makrofauna di kedua-dua lokasi Ciri-ciri Jenis tumbuhtumbuhan Tahap keredupan Panas (Terdedah kepada cahaya matahari) Kelembapan tanah Kepadatan tanah Tesktur tanah Habitat Agak lembab Lebih padat Tanah lembung Penanaman pokok belimbing Lokasi 1 Rumput, pokok berkayu Lokasi 2 Rumput, tanaman pokok kelapa sawit Redup (Terlindung dari cahaya matahari) Lembab Kurang padat Tanah gambut Penanaman kelapa sawit

Jadual 2 : Ciri-ciri sampel tanah

Lokasi 1 Makrofauna besar Isipadu tanah = 72 g Cacing tanah Kerengga 1 5

Lokasi 2 Isipadu tanah = 72 g 4 -

Jadual 3 : Bilangan makrofauna besar yang dijumpai di kedua-dua lokasi Lokasi 1 Makrofauna kecil Isipadu tanah = 72 g Semut Isipadu tanah = 72 g 2 Lokasi 2

Jadual 4 : Bilangan makrofauna kecil yang dijumpai di kedua-dua lokasi Kumpulan Lokasi 1 Isipadu tanah = 72 g A (berkaki) B (tidak berkaki) Kerengga Cacing tanah Lokasi 2 Isipadu tanah = 72 g Semut Cacing tanah

Jadual 5 : Pengelasan makrofauna berdasarkan ciri-ciri fizikal Makrofauna Kingdom Phylum Class Cacing tanah Animalia Annelida Clitellata Kerangga Animalia Arthropoda Insecta Semut Animalia Arthropoda Insecta

Order Family Genus Spesies

Haplotaxida Lumbricidae Lumbricus Terrestris

Hymenoptera Formicidae Solenopsis Texana

Hymenoptera Formicidae Monomarium Minimum (little black ant)

Jadual 6 : Pengelasan makrofauna mengikut hierarki taksonomi spesies Perbincangan :

1. Berdasarkan eksperimen yang dijalankan ini, kami mendapati lokasi yang dipilih terdiri daripada ekosistem tanah yang terbahagi kepada dua komponen utama iaitu kompenen abiotik dan komponen biotik.

2. Lokasi pertama adalah di kawasan penanaman pokok belimbing manakala lokasi kedua pula di kawasan penanaman pokok kelapa sawit.

3. Komponen abiotik tanah terbahagi kepada kelembapan tanah, kepadatan tanah, tekstur tanah. Manakala komponen biotik tanah ialah makrofauna yang dapat dikenalpasti melalui eksperimen corong Tullgren.

4. Kedua-dua sampel tanah yang diambil dari lokasi berbeza menunjukkan kelembapan tanah, kepadatan dan tekstur tanah yang berbeza. Kelembapan tanah di lokasi kedua (kawasan penanaman pokok kelapa sawit) adalah lebih tinggi berbanding di lokasi pertama (kawasan penanaman pokok belimbing). Manakala kepadatan tanah di lokasi pertama (kawasan penanaman pokok belimbing) adalah lebih padat berbanding lokasi kedua (kawasan penanaman pokok kelapa sawit). Seterusnya tekstur tanah yang diambil di lokasi pertama adalah berjenis tanah lempung iaitu tanah yang mempunyai kandungan liat tinggi, saliran kurang baik serta sukar digembur. Di lokasi kedua pula adalah berjenis tanah gambut yang mempunyai kandungan organik yang sangat 5

tinggi kerana tanah jenis ini terbentuk daripada sisa tumbuhan yang mati dan telah mengalami proses separuh reput.

5. Makrofauna dapat dikelaskan kepada dua kelompok iaitu besar dan kecil. Makrofauna dalam kelompok besar iaitu cacing tanah sebanyak 5 ekor dan kerengga 5 ekor. Manakala makrofauna dalam kelompok kecil yang telah dijumpai ialah sebanyak 2 ekor. Jumlah keseluruhan makrofauna tanah yang dijumpai ialah 12 ekor.

Soalan

1. Bagaimana kepelbagaian (bilangan kumpulan dan bilangan individu) makrofauna daripada tanah dari dua lokasi berbeza? Bolehkah anda cadangkan mengapa mungkin ada perbezaan. Apakah parameter tanah yang boleh diukur untuk menerangkan perbezaan tersebut?

Tanah mempunyai sifat yang berbeza-beza pada pelbagai tempat menunjukkan ianya dipengaruhi oleh banyak faktor iaitu iklim, organisme (termasuk manusia), dan juga bentuk permukaan muka bumi atau topografi. Berdasarkan dengan faktor-faktor tersebut, maka terbentuklah pelbagai jenis tanah yang berbeza kepadatan, kelembapan, tekstur dan kadar pendedahan tanah kepada cahaya matahari.

Kandungan tanah liat, nutrien dan keadaan saliran juga boleh menyumbang kepada perbezaan tanah. Contohnya, dikawasan tanah lempung mempunyai kandungan tanah liat yang tinggi menyebabkan ia hanya sesuai sebagai habitat makrofauna tertentu seperti kerengga dan cacing tanah. Manakala dikawasan tanah gambut mempunyai kandungan organik yang lebih tinggi, mudah digembur dan mempunyai saliran yang baik yang lebih sesuai didiami oleh lebih banyak mikrofauna seperti yang dibuktikan melalui dapatan kajian.

2. Terangkan peranan makrofauna dalam tanah?

Makrofauna tanah terdiri daripada pelbagai jenis. Fungsi utama makrofauna dalam tanah adalah untuk memelihara sifat-sifat fizikal dan biologikal tanah. Makrofauna berperanan besar dalam mengekalkan kesuburan tanah. Proses penguraian dalam tanah menjadi perlahan tanpa kehadiran makrofauna. Makrofauna menghuraikan bahan organik kepada saiz yang lebih kecil dan mencampurkan bahan organik dengan tanah. Proses ini membekalkan beberapa nutrien tanah yang penting seperti kalsium, magnesium, nitrogen, fosforus, potassium dan lain-lain. Semuanya ini dibantu oleh makrofauna yang terdapat pada tanah termasuklah bakteria dan juga fungi. Dengan ini, nutrien dapat dikembalikan ke dalam tanah dan memelihara keseimbangan ekosistem tanah di dalamnya. Selain itu, makrofauna juga berperanan dalam memperbaiki struktur tanah dan juga proses pembentukan tanah. Kehadiran makrofauna tanah juga membantu dalam proses aliran karbon dan agregasi tanah.

Sebagai contoh, semut merupakan makrofauna yang berperanan dalam penguraian bahan organik. Semut akan memakan sisa-sisa organisma yang mati dan mereput. Semut juga berperanan sebagai pemangsa dan hama tanaman. Semut juga penting sebagai ecosystem engineers yang membantu memperbaiki struktur tanah.

3. Pada rangkaian makanan yang disediakan, labelkan jenis biota. Apa yang mereka lakukan dan terangkan bagaimana cara tenaga disalurkan. Dimana tenaga itu dikumpulkan dan dimanakah tenaga itu berakhir? Apa yang terjadi kepada tenaga dan nutrient apabila organisma yang utama dalam rantaian makanan mati.

Cacing tanah (nematod) Cahaya matahari

Shredders (arthropod)

Predator (arthropod) Burung (pemangsa )

Rumput

Fungi

Nematode (makan bakteria dan fungi)

Nematode (pemangsa)

Bahan-bahan organik

Bakteria

Protozoa (amoeba, flagella, cilllia)

Tikus (pemangsa)

Dengan merujuk kepada rajah jaringan makanan di atas, pengeluar pertama (primary producer) merupakan rumput. Rumput memerangkap tenaga daripada cahaya matahari dan menggunakannya untuk proses fotosintesis. Untuk tujuan tersebut, hanya 1% hingga 5% tenaga solar ditukarkan kepada biomas dalam proses penghasilan. Konsumer (consumers) merupakan organisma yang bergantung kepada pengeluar (producers) dalam memperoleh tenaga. Ia termasuklah haiwan, pengurai (decomposer) dan detritivores. Dalam rajah rantaian makanan di atas, ianya merupakan kombinasi daripada jaringan makanan parasitik dan jaringan makanan pemangsa. Seperti jaringan makanan seperti yang terdapat pada rajah 1.1, pada peringkat pertama tenaga dialirkan daripada tumbuhan kepada pengurai. Tumbuhan merupakan bahan organik dimana akar tumbuhan akan dimakan oleh nematode seperti cacing tanah. Bahan organik yang terhasil dari tumbuhan dan haiwan yang telah mati pula dihuraikan oleh fungi dan bacteria. Pada peringkat kedua tenaga dipindahkan dari pengurai kepada arthropod iaitu shredder, grazers dan arthropod pemangsa. Pada peringkat

terakhir tenaga dipindahkan dari arthropods kepada pemangsa kecil seperti burung dan tikus. Apabila organisma yang berada pada bahagian atas mati iaitu burung dan tikus, nutrien dan tenaga tidak akan hilang tetapi ia akan kembali semula ke tanah sebagai sumber nutrien tanah itu sendiri. Dalam situasi ini, ulat-ulat memainkan peranan sebagai pengurai semula jadi. Organisma seperti ulat memainkan peranan sebagai pengurai semulajadi mereka dengan memakan bangkai-bangkai haiwan yang mati. Sepanjang proses pemindahan tenaga dari satu tahap ke tahap yang lain 90% daripadanya terbebas ke persekitaran dalam bentuk haba.

4. Kumpulan organisma mana yang membentuk mesofauna? Kumpulan mana yang membentuk mikrofauna? Apakah fungsi utama kedua-dua kumpulan ini.

Mesofauna

adalah

organisma

yang

bersaiz

sederhana

dalam

komponen biota tanah iaitu 0.1 mm hingga 2 mm. Contoh organisma yang membentuk mesofauna termasuklah achipteriaa, bdellozoniuml, nematod, arthropod, collembola dan springtale. Manakala mikrofauna pula terdiri daripada haiwan-haiwan bersaiz mikroskopik iaitu bersaiz lebih kecil dari 0.1mm dan hanya boleh dilihat melalui mikroskop. Dalam tanah mikrofauna boleh dijumpai dalam bilangan yang banyak iaitu beberapa ribu per gram. Contoh haiwan mikrofauna ialah protozoa, rotifers, dan tardigrades.

Terdapat mesofauna dan mikrofauna yang memakan mikroorganisma, bakteria, fungi dan juga alga, yang berperanan untuk mengurai bahan-bahan organik yang terdapat dalam tanah. Mesofauna dan mikrofauna juga

10

berfungsi untuk menstimulasikan mikroorganisma dan pemendapan najis yang mana ianya baik untuk meningkatkan kesuburan tanah.

5. Rantaian makanan boleh menunjukkan biologikal yang kompleks dan juga kesuburan tanah. Terangkan bagaimana pihak pengurusan tanah meningkatkan kesuburan tanah?

Merujuk kepada polisi pengurusan tanah dan tanaman oleh Jabatan Pertanian, sebelum melakukan sesuatu penanaman, pihak pengurusan hendaklah memastikan penanaman dilakukan di atas kawasan tanah yang sesuai dengan keperluan tanaman berasaskan jenis tanah dan topografinya. Ianya penting bagi menjamin kesuburan tanah secara jangka panjang dan juga dapat meningkatkan penghasilan tanaman.

Mereka juga menyatakan, sebarang pembangunan tanah hendaklah mengambil kira langkah-langkah untuk pembaikan tanah, mengekalkan dan meningkatkan kesuburan tanah iaitu menjalankan pembinaan perparitan terutamanya bagi tanah yang kurang salir. Bagi meningkatkan kesuburan tanah yang berbeza ini, pihak pengurusan perlulah mengenal pasti jenis tanah yang digunakan. Jabatan Pertanian menyenaraikan empat jenis tanah yang berbeza iaitu tanah sedentary/ bukit, tanah gambut, tanah asid sulfat, dan tanah BRIS dan bekas lombong. Tanah sedentari/ bukit adalah jenis tanah yang padat dan bagi meningkatkan kesuburan tanah ini perlulah dibajak dengan bajak piring dan diikuti dengan bajak putar sehingga tanah menjadi gembur. Manakala bagi tanah yang berasid (pH < 5.5) perlulah dikapur dengan kadar 1 sehingga 3 tan sehektar dan kemudiaanya dibajak putar dan dibiarkan sekurangkurangnya seminggu sebelum memulakan penanaman yang seterusnya.

11

Jenis tanah kedua pula ialah tanah gambut, bagi tanah ini kaedah pengapuran hendaklah dijalankan untuk meningkatkan pH ke tahap yang sesuai dengan keperluan tanaman. Selain itu, proses saliran secara terkawal dan berperingkat-peringkat boleh dilakukan bagi mengelakan berlakunya fenomena pengeringan kekal (irreversible drying) serta pengecutan gambut secara mengejut. Kawalan kadar pengaliran air buangan juga perlu dilakukan bagi tanah jenis ini iaitu pada paras 30 hingga 50 cm dari permukaan tanah. Pihak pengurusan juga boleh mengambil kira penambahan pembajaan unsurunsur mikro seperti zink (Zn), kuprum (Cu) dan boron (B) mengikut keperluan tanaman bagi tanah gambut.

Seterusnya bagi tanah asid sulfat pula, kaedah yang sama turut digunakan bagi tanah gambut iaitu kaedah pengapuran hendaklah dijalankan untuk meningkatkan pH ke tahap yang sesuai dengan keperluan tanaman bergantung kepada analisis keperluan kapur. Paras air juga perlu dikekalkan di atas paras pyrite (FeS2) atau sekurang-kurangnya 60 cm dari permukaan tanah pada musim kering. Manakala pada musim hujan, air disalirkan supaya proses pencucian (flushing) keasidan berlaku.

Bagi tanah BRIS dan bekas lombong pula, kesuburan tanah dapat ditingkatkan menggunakan bahan organik dan sungkapan bagi meningkatkan keupayaan pegangan nutrient dan air di samping memperbaiki struktur tanah.

Selain pengurusan tanah mengikut keperluan jenis tanah yang berbeza, pihak pengurusan tanah juga harus melaksanakan amalan penanaman baik. Ianya adalah bagi mengekalkan struktur tanah dan mengelakkan kemampatan tanah. Antara langkah yang boleh dilakukan adalah menggemburkan tanah, pembajakan secara minimum, penambahan bahan organik, sungkupan, tanaman penutup bumi, tanaman pusingan atau

12

secara giliran, tanaman selingan, penambahan top soil, penanaman berjalur dan penanaman mengikut kontor.

Menurut Harizamrry (2008) pula, kaedah pembajaan vermikompos boleh dilaksanakan bagi meningkatkan kesuburan tanah yang akan seterusnya meningkatkan penghasilan tanaman. Vermikompos adalah baja kompos yang terbentuk hasil dari pemeliharaan cacing di dalam kompos. Vermikompos ini mengandungi najis cacing yang bercampur dengan bahanbahan organic yang mereput seperti jerami padi, rumput dan lain-lain sisa bahan tanaman. Kaedah ini menghasilkan pelbagai unsur nutrien yang sangat sesuai untuk tanah dan tanahman dan juga mengandungi mikroorganisma yang dapat membantu menguraikan sebatian kompleks kepada unsur yang boleh diambil oleh tanaman.

6. Terangkan

bagaimana

biota

tanah

menyumbang

kepada

fungsi

ekosistem tanah. Apakah servis ekosistem yang dijalankan?

Antara peranan biota tanah kepada ekosistem adalah pertama, biota tanah mengekalkan proses-proses penting seperti penyimpanan karbon, kitaran nutrient dan diversiti spesis tumbuhan.

Seterusnya, biota tanah juga memainkan peranan dalam menambah kesuburan tanah, pemulihan tanah dan penyerapan nutrien oleh tumbuhan dan proses biodegrasi, pengurangan sisa merbahaya dan juga sebagai pengawal haiwan perosak melalui kaedah kawalan biologi secara semula jadi.

Biota tanah juga meningkatkan produktiviti dan penghasilan tanaman melalui: (1) proses kitar semula nutrient asas yang diperlukan oleh 13

keseluruhan ekosistem termasuklah nitrogen, fosforus, kalium, dan kalsium, (2) pemecahan bahan organik kepada humus yang menggalakkan dan meningkatkan pengekalan dalam kelembapan tanah dan mengurangkan leaching nutrient, dan (3) peningkatan ketirisan tanah dan mengalakkan penyusupan air yang seterusnya akan mengurangkan pengaliran air di permukaan serta mengurangkan hakisan.

Selain itu, biota tanah bertanggungjawab dalam pengurusan beberapa fungsi penting dalam tanah. pengurangan biota tanah yang berlebihan dalam biodersiti tanah, terutamanya kehilangan spesis keystone/ spesis yang mempunyai fungsi yang unik mungkin akan memberi kesan ekologi yang membawa kepada kemerosotan jangka panjang dalam kesuburan tanah dan penurunan dalam produktiviti pertanian. Kesimpulan :

Melalui eksperimen yang telah dijalankan, dapatlah dirumuskan bahawa ekosistem tanah yang baik dapat dikenal pasti melalui tahap kelembapan, kepadatan dan tesktur tanah serta kandungan dan bilangan makrofauna yang terdapat di lokasi yang dipilih. Kesemua faktor ini mempunyai pengaruh secara langsung dalam memastikan kelangsungan hidupan yang terdapat dalam ekosistem tersebut. Merujuk dapatan dan pemerhatian yang diperolehi daripada eksperimen ini, tanah di kawasan penanaman pokok kelapa sawit telah dapat mewujudkan satu ekosistem tanah yang sangat baik berbanding dengan kawasan penanaman pokok belimbing untuk tujuan penilaian makrofauna.

14

REFLEKSI

15

Refleksi 1 (Ainil Husna binti Muhamad Muis)

Bagi praktikal pertama untuk subjek Ekosistem dan Biodiversiti, kami dikehendaki Mengenalpasti jenis makrofauna dan mikrofauna ke atas dua lokasi yang berbeza dan mengkaji kesan kehadiran mereka ke atas ekosistem di dalam tanah yang terlibat di bawah topik Ekosistem Tanah Biota Tanah dan Siratan Makanan. Praktikal ini melibatkan aktiviti di luar makmal di mana kami dikehendaki mengambil sampel tanah dari dua lokasi berbeza secara berkumpulan seramai tiga orang. Kumpulan kami sepakat memilih kawasan tanah di bawah pokok belimbing dan tanaman kelapa sawit. Kami telah membahagikan tugas supaya praktikal dan laporan dapat dibuat dengan sistematik dan terancang. Pelbagai pengalaman dan pengetahuan baru yang saya perolehi semasa menjalankan amali ini. Antaranya ialah ini merupakan pertama kali untuk saya mengendalikan corong Tulgren begitu juga dengan rakan-rakan yang lain menyebabkan kami mengalami sedikit kesulitan namun segera diatasi dengan bimbingan pensyarah dan bantuan rakan-rakan. Saya juga dapat mengatasi rasa geli dan takut ketikan mengendalikan cacing dan serangga yang diperolehi dari sampel tanah yang kami ambil. Melalui eksperimen ini juga, pengetahuan dan kefahaman mengenai topik Ekosistem Tanah iaitu biota tanah dan siratan makanan semakin mendalam. Saya telah dapat menerangkan dan mengenalpasti jenis makrofauna dan makrofauna yang terdapat dalam tanah dan menerangkan kesan kehadiran organism tersebut ke atas ekosistem tanah. Saya memahami bahawa makrofauna dan mikrofauna memainkan peranan penting dalam keseimbangan ekosistem dalam tanah dan membantu dalam mengekalkan kesuburan tanah. Mereka juga berperanan penting dalam proses perpindahan tenaga dalam rantaian makanan kerana menjadi pengurai dan membekalkan semula nutrien kepada tanah dan organism-organisma lain dalam tanah. Selain itu, pengetahuan saya dalam pengekelasan haiwan dalam 16

taksonomi terutamanya organisma-organisma yang kami jumpai dalam sampel tanah seperti semut, cacing, dan kerengga juga telah bertambah. Nilai-nilai kerjasama dan perbincangan sama ada dengan rakan sekumpulan mahupun dengan rakan-rakan sekelas banyak diterapkan dalam mengatasi kesulitan-kesulitan kecil yang timbul. Kemahiran menguruskan masa dengan baik dan mengendalikan bahan hidup dan radas dapat saya tingkatkan melalui praktikal ini. Kemahiran ICT juga sangat membantu dalam menyiapkan laporan dan mencari maklumat yang biasanya memakan masa yang lama dapat dilakukan dengan lebih cepat dan mudah. Segala pengetahuan dan pengalaman yang telah saya kutip ini diharap dapat membantu saya untuk menjalani praktikal akan datang dengan lebih baik dan dapat bekerjasama dengan rakan-rakan dengan lebih efektif. Sekian, terima kasih.

17

Refleksi 2 (Nurhidayatul Asyikin binti Mat Refin)

Praktikal 1 ini adalah eksperimen yang dijalankan adalah bagi mengkaji makrofauna yang terdapat dalam ekosistem tanah di lokasi yang dipilih di sekeliling kawasan maktab. Secara umumnya, ekosistem merupakan satu unit ekologi yang berfungsi di mana komuniti biotik (hidup) berhubungan dengan persekitaran bukan hidup (abiotik) dan ekosistem ini meliputi kedua-dua yang saling berhubungan dan tidak dapat dipisahkan. Eksperimen yang dijalankan secara berkumpulan tiga orang ini memberi pendedahan kepada kami mengenai kaedah pengumpulan makrofauna menggunakan corong Tullgren. Dalam kaedah ini, organisma tanah yang terkumpul dalam tanah diperiksa dengan kanta pembesar atau mikroskop bagi tujuan pengenalpastian. Daripada eksperimen yang dijalankan ini, saya dan ahli kumpulan dapat mengenalpasti jenis makrofauna dan mikrofauna ke atas dua lokasi yang berbeza iaitu di lokasi pertama (kawasan penanaman pokok belimbing) terdapat makrofauna cacing tanah dan kerengga manakala di lokasi kedua (kawasan penanaman pokok kelapa sawit) terdapat makrofauna cacing tanah dan semut. Selain itu, kami juga dapat mengkaji kesan kehadiran makrofauna dan mikrofauna ke atas ekosistem di dalam tanah. Selain dapat mencapai objektif yang ditetapkan, saya dan ahli kumpulan juga dapat memahami dan mengetahui peranan makrofauna dalam tanah yang berfungsi dalam memelihara sifat-sifat fizikal dan biologikal tanah serta mengekalkan kesuburan tanah melalui proses penguraian dalam tanah. Peranan yang dibawa oleh makrofauna ini sangat penting dalam mengekalkan keseimbangan langsung dalam sesuatu ekosistem. Tambahan pula, eksperimen yang dijalankan ini juga turut memberi pendedahan kepada saya terutamanya mengenai pengurusan tanah dalam meningkatkan

18

kesuburan tanah serta memperjelaskan sumbangan dan peranan biota tanah kepada fungsi ekosistem tanah. Secara rumusnya, pengetahuan melalui kajian luar seperti eksperimen ini banyak memberi pendedahan secara langsung dan terus kepada saya mengenai sumbangan, peranan, fungsi yang berlaku dalam ekosistem kita dan saya percaya maklumat yang saya perolehi ini amat membantu saya dalam memahami Sains secara lebih mendalam di persekitaran kita dan turut membantu saya bersedia untuk berkongsi ilmu kepada para pelajar saya kelak. Sekian, terima kasih.

Refleksi 3 (Rashidatul Kamilah binti Samsury)

Pada tugasan praktikal pada kali ini, saya dan rakan-rakan di minta untuk mengenalpasti makrofauna yang terdapat dalam tanah. Pada mulanya saya agak tertanya-tanya apakah kepentingan dan fungsi makrofauna itu sendiri? Itulah perkara yang perlu saya dan rakan-rakan kaji melalui praktikal yang dijalankan. Pada praktikal ini saya perlu mencari sampel tanah di dua lokasi yang berlainan. Saya dan rakan memilih tanah dari lokasi penanaman pokok belimbing dan penanaman kelapa sawit untuk mengkaji jenis makrofauna yang mendiami lokasi tersebut. Setelah menjalankan eksperimen barulah saya tahu bahawa makrofauna menjadi salah satu komponen pengurai yang membantu dalam meningkatkan serta menyeimbangkan kesuburan tanah. Makrofauna berfungsi sebagai pengurai bahan organik kepada saiz-saiz yang lebih kecik dan kemudian bahan-bahan tersebut bergabung dan bercampur dengan tanah dan meningkatkan kesuburan tanah.

19

Melalui kajian ini juga, saya mendapati jumlah makrofauna yang ditemui di sesuatu kawasan adalah berbeza. Ini menimbulkan persoalan kepada saya kerana kenapa jumlah makrofauna di lokasi penanaman kelapa sawit lebih banyak ditemui daripada lokasi penanaman belimbing. Setelah membuat rujukan dan mencari informasi daripada buku-buku barulah saya tahu jumlah makrofauna di sesuatu lokasi bergantung kepada beberapa faktor keadaan tanah seperti kepadatan tanah, kelembapan tanah dan tekstur tanah di lokasi. Kawasan kelapa sawit yang mempunyai kandungan bahan organik yang lebih tinggi, saliran yang lebih baik dan mudah di gembur mempunyai jumlah makfofauna yang lebih banyak berbanding tanah di kawasan pokok belimbing yang lebih liat mempunyai makrofauna yang lebih sedikit. Selain daripada itu, semasa menjawab soalan saya dapat memperolehi dan memahami konsep ekosistem dan fungsinya dalam kehidupan seharian. Melalui rujukan yang dibaca saya dapat mengaitkan perkaitan antara makrofauna dan ekosistem. Ekosistem merupakan satu sistem yang melibatkan interaksi antara satu komuniti yang bernyawa, haiwan dan tumbuhan dengan alam sekitar yang tidak bernyawa. Ekosistem juga terdiri daripada komponen biotik dan abiotik yang saling berkaitan dan bekerjasama antara satu sama lain. Kerjasama dan perkaitan yang dibentuk ialah rantai makanan yang terdiri daripada pengeluar , pengguna dan pengurai (komponen biotik) yang menggunakan cahaya matahari, air, udara , mineral (komponen abiotik) untuk menjalani proses kehidupan seharian. Makrofauna pula berperanan melengkapkan siratan makanan tersebut sebagai pengurai dan akhirnya segalanya nutrient akan kembali ke tanah. Di samping itu, terdapat beberapa soalan yang menguji pemahaman saya berkaitan aliran tenaga dalam rantai makanan. Beberapa persoalan yang timbul ialah adakah pemindahan tenaga berlaku dari satu pengguna ke pengguna yang lain? Dan adakah jumlah tenaga yang dipindahkan tetap, bertambah atau berkurang? Untuk menyelesaikan persoalan ini saya dan rakan mencari maklumat tambahan berkaitan aliran tenaga dalam rantai makanan. Hasilnya saya dapat mengetahui bahawa tenaga diperolehi daripada cahaya matahari, kemudian tumbuhan akan menyerap cahaya matahari tersebut untuk melakukan proses fotosintesis dan tumbuhan pula akan dimakan oleh pengguna primer, sekunder, 20

tertier dan akhirnya oleh pengurai. Semasa proses rantai makanan ini berlaku tenaga akan dipindahkan ke pengguna seterusnya tetapi jumlah tenaga yang berpindah akan berkurangan dalam setiap peringkat dan akhirnya tenaga tidak akan hilang tetapi ia akan terbentuk dalam bentuk haba. Selain daripada dapat memperolehi pelbagai maklumat dan meningkatkan pemahaman saya dalam tajuk ini, saya juga dapat meningkatkan kemahiran saintik saya. Jika sebelum ini, saya tidak pernah menggunakan corong tulgren pada kajian kali ini saya dapat menggunakan corong tulgren dengan cara yang betul dan dapat mengetahui fungsi corong tulgren ini. Secara keseluruhannya, saya berasa seronok dapat menyiapkan praktikal ini. Harapan saya ialah saya dapat mengaplikasi semua ilmu yang diperolehi dalam pembelajaran sains yang bakal saya ajar di masa hadapan dan seterusnya . Sekian Terima Kasih.

Rujukan Buku

Baker M., Wolff W.J. (1987). Biological Surveys of Estuaries and Coast. Cambridge : Cambridge University Press. Eugene P. Odum. (1996). Asas Ekologi Bahagian Satu Konsep dan Prinsip Ekologi Asas, Edisi Ketiga. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka Herbert dan Schraer. (1993). Biology: The Study of Life. UK: Prentice Hall. Jenny H. (1994). Factors of Soil Formation: A System of Quantitative Petrology . UK: Dover Publications. Miller G.T. (2001). Environmental Science, 8th Edition. Kanada: Brooks/Cole Thompson Learning.

21

Primack, R. B. (2002). Essentials of Conservation Biology, 3rd edition. Sunderland: Sinauer Associates. Soil Science Society of America. (2008). Glossary of Soil Science Terms. US: Soil Science Society of America Inc. Whalen J.K., Sampedroc L. (2009). Soil Ecology and Management. Cambridge: Cambridge University Press.

Laman Sesawang Harizamrry. (27 Februari 2008). Vermikompos Meningkatkan Kesuburan Tanah. Retrieved from http://harizamrry.com/2008/02/27/vermikomposmeningkatkan-kesuburan-tanah/ Jabatan Pertanian. Polisi Pengurusan Tanah dan Tanaman. Retrieved from http://www.doa.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=77c35cc4-a6e64eaa-a7e6-9f96f2d57227&groupId=138964 Michael Anissimov, Bronwyn Harris. (2003). Microfauna. Retrieved from http://www.wisegeek.com/what-are-microfauna.htm Soil Net. Secondary Macrofauna and Mesofauna. Retrieved from http://www.soilnet.com/dev/page.cfm? pageid=secondary_intro_livingbeing_b&loginas=anon_secondary Wikipedia. (20 Julai 2012). Serangga. Retrieved from http://ms.wikipedia.org/wiki/Serangga

22

Lampiran :

Gambar 1: Lokasi 1 (Kawasan Penanaman Pokok Belimbing)

Gambar 2: Lokasi 2 (Kawasan Penanaman Pokok Kelapa Sawit)

23

Gambar 3: Eksperimen Corong Tulgren

24

You might also like