You are on page 1of 25

PRESENTATION MORAL

(SUBJEK LAN 1005)


TAJUK : DISKRIMINASI
AHLI KUMPULAN (EI2)

JIMMY MASNILAH GISIL


MABI SYLVIA IPEW

USHELENY
JUDITH JAMES ABESIAH BENJAMIN A/P VELOO
DISKRIMINASI
BINCANGKAN JENIS-JENIS DISKRIMINASI YANG
TERDAPAT DI DUNIA KINI DAN APAKAH KESANNYA
TERHADAP MASYARAKAT TERSEBUT?
DEFINISI
 Diskriminasi merupakan satu amalan yang biasa
dijumpai dalam masyarakat dunia.Ia berpunca
daripada kecenderungan manusia untuk membeza-
bezakan antara satu sama lain.Diskriminasi boleh
berlaku dalam pelbagai konteks antaranya ia boleh
dilakukan oleh orang perseorangan,institusi,firma
malah oleh kerajaan.Selain daripada itu diskriminasi
merupakan layanan tidak adil kepada seseorang atau
kelompok berdasarkan prejudis(sangkaan
buruk).Melayan orang secara buruk selalunya
disebabkan oleh perbezaan antara
kelas,bangsa,gender atau kategori lain bukannya
berdasarkan siapa individu itu tersebut.
BENTUK DISKRIMINASI
Terdapat lima bentuk diskriminasi iaitu;

 Diskriminasi dengan sengaja.


 Layanan tidak sama.
 Kesan tidak sama.
 Masa lalu
 Tindak balas terhadap orang yang menentang
diskriminasi.
1.Diskriminasi dengan sengaja
 Penglahiran secara terbuka atau secara terang-terangan oleh
perasaan benci,kekasaran atau ketidaksamaan layanan kepada
anggota kumpulan tertentu dengan tiada mengambil kira
keupayaan dan kemampuan anggota kumpulan itu melaksanakan
sesuatu kerja.

contoh; sebuah iklan mencari pekerja baru yang hanya


menyenaraikan kerja untuk pekerja lelaki atau perempuan
secara berasingan.
2.Layanan tidak sama

 Adalah satu bentuk diskriminasi yang mengunakan satu set


piawai,tatacara atau satu kemudahan yang berlainan dalam melayani
anggota kumpulan tertentu.

contohnya; ujian khas dikenakan kepada orang kulit hitam manakala


bagi orang kulit putih dikenakan ujian yang lain.
3.Kesan tidak sama

 Melibatkan penggunaan piawai,tatacara atau kemudahan yang sama bagi


setiap anggota tertentu dalam kumpulan.

contonnya ;Iklan pengambilan pekerja disiarkan dalam media(seperti


akhbar)yang hanya menarik perhatian anggota kumpulan
tertentu,sedangkan anggota kumpulan lain tidak mengetahui
iklan berkenaan kerana tidak berminat dengan media
berkenan.
4.Masa lalu

 Diskriminasi masa lalu pula melibatkan perlakuan berlandaskan


diskriminasi yang biasa dilakukan terhadap anggota kumpulan tertentu
pada masa lalu.

contohnya ; anggota kumpulan tertentu yang pernah dinafikan sesuatu


pekerjaan kerana berpakaian menutup Aurat akan terus di-
nafikan peluang bekerja dengan adanya syarat yang lebih
ketat supaya mereka tidak akan bersaing untuk mendapat-
kan pekerjaan tersebut.
5. Tindak balas terhadap orang yang menentang diskriminasi.

 Bentuk diskriminasi ini ditujukan kepada mana-mana anggota kumpulan


yang menentang amalan diskriminasi oleh sesebuah organisasi.antara
tindakan yang diambil ke atas mereka yang menentang diskriminasi
ialah memaksa,mengugut atau mengenakan sebarang tindakan lain.

contohnya; pekerja yang menentang diskriminasi akan dibuang,


digantung ,ditukar tempat kerja atau diturunkan pangkat.
JENIS-JENIS DISKRIMINASI
Terdapat beberapa jenis diskriminasi yang ketara berlalu di dunia kini antaranya ialah;

1. Jantina
2. Politik
3. Agama
4. Bangsa & Warna kulit
5. Umur
6. Kesihatan
7. Darjat
1.Jantina

 Individu diberi layanan yang tidak adil kerana jantina


mereka.Dimana,diskriminasi lebih cenderung kepada
kaum wanita kerana wanita dianggap lemah dari segi
fizikal dan hanya sesuai dengan kerja yang mudah dan
ringan sahaja.

Contohnya:Wanita menerima gaji yang lebih rendah


daripada lelaki sedangkan pada dasarnya kedua
individu ini mempunyai tahap kemampuan yang sama
terutama dari segi pendidikan.
2.Politik
 Diskriminasi politik berlaku apabila seseorang atau
kumpulan itu mempunyai fahaman politik yang berbeza.

contoh; Hak dan peluang parti pembangkang yang ingin


melakukan sesuatu tetapi disekat oleh parti pemerintah,
manakala kemahuan parti pemerintah dilayan dengan
baik. Ketidaksamaan layanan itu menimbulkan
diskriminasi kepada parti lawan.
3.Agama

 Diskriminasi agama berlaku apabila hak dan peluang


sesebuah kumpulan penganut agama lain tidak
mendapat layanan yang adil. Keadaan ini biasanya
berlaku kepada penganut agama yang menjadi golongan
minoriti dalam sesebuah negara;

contohnya ;Di Perancis, perempuan islam tidak di


benarkan bersekolah jika mereka memakai
hijab(tudung kepala untuk perempuan).
4.Bangsa & warna kulit
 Diskriminasi ini berlaku apabila golongan minoriti di
dalam sesebuah negara merasa mereka
didiskriminasikan dalam banyak perkara oleh golongan
majoriti.

 Contoh:Di Amerika Syarikat,rakyat kulit hitam yang


merupakan kumpulan minoriti di katakan tidak
mendapat peluang dan hak yang sama seperti rakyat
kulit putih dalam perkara berhubung dengan
perumahan,pekerjaan dan pendidikan.
5.Umur

 Diskrimanasi umur sering berlaku antara golongan


muda dengan golongan yang lebih tua.Diskriminasi ini
berlaku disebabkan kurangnya rasa hormat,selain
daripada itu,diskriminasi ini sering berlaku dalam
bidang pekerjaan yang mana wujudnya persaingan
antara orang muda dengan orang tua.Dalam bidang
pekerjaan diskriminasi yang wujud ialah persaingan
mendapatkan pangkat,

contohnya ;golongan berumur lebih diperlukan kerana


dikatakan lebih berpengalaman berbanding orang
muda.
6.Kesihatan

 Terjadi apabila seseorang(pendiskriminasi)


mendiskriminasi orang lain atas sebab kesihatan atau
pun kecacatan.

contohnya; seseorang ibu menghidap HIV.Masyarakat


menganggap ibu tersebut seorang yang kotor &
menjijikan sedangkan ibu tersebut menghidap
penyakit itu daripada suami yang tidak
bertanggungjawab.Manakala golongan cacat dianggap
tidak mendatangkan faedah kepada mereka.
7.Darjat

 Timbul akibat daripada sifat yang mementingkan


kebendaan semata-mata.

contohnya; orang yang berada melarang anak-anak


mereka bergaul dengan kelas bawahan tetapi
mengalakkan anak-anak mereka untuk berkawan
dengan golongan yang sama taraf.
Faktor-faktor
 Sifat dendam
-secara amnya,sifat dendam ini wujud dalam diri setiap individu yang
disebabkan oleh faktor masa lalu…
 Politik
-ahli-ahli politik biasanya mengunakan sebarang teknik untuk
kepentingan sendiri dan secara tidak langsung menimbulkan sikap
diskriminasi antara masyarakat.
 Ekonomi@kewangan
-faktor ini biasanya timbul antara golongan berada dan golongan
bawahan.
 Budaya
-disebabkan oleh sifat mempertahankan serta mengagung-agungkan
budaya masing-masing.
 Kepercayaan
-agama dan kepercayaan sesebuah masyarakat.
 Sifat diri –ego serta pentingkan diri sendiri dan tidak rasional.
Kesan-kesan

*Kesan-kesan diskriminasi biasanya terjadi apabila golongan yang


didiskriminasi bangkit untuk memperjuangkan hak mereka.
*Antara kesan-kesan diskriminasi yang mungkin akan terjadi ialah
seperti;
 Peperangan
 Perpecahan
 Penindasan
 Hilang hak asasi
 Membantutkan ekonomi dan masa depan negara serta individu itu
diri sendiri.
Cara mengatasi
 Peranan ibubapa
-keluarga seharusnya memberi galakan kepada anak-anak
mereka,supaya tidak memilih kawan.
-tidak menunjukan sikap diskriminasi dalam
keluarga,kerana ini boleh membuat anak-anak mereka
mengikut sikap ibubapa tersebut dan boleh menjadi
satu tabiat.
-selain itu,ibubapa seharusnya memberi pendedahan
agama dan moral kepada anak-anak kerana ini boleh
melahirkan seorang individu yang berakhlak.
 Individu dan masyarakat

-perlunya ada kesedaran dalam diri individu dan


masyarakat iaitu tidak mengamalkan sifat
perkauman,keagamaan,memilih warna
kulit,darjat,jantina,keadaan sebagainya.
sambungan
 Kerajaan
-kerajaan harus lebih menguatkuasakan undang-undang
yang sedia ada di setiap negara.
Contohnya:Penguatkuasaan Akta hak asasi manusia untuk
melindungi dan membela hak-hak mereka yang tertindas
supaya diberi layanan secara adil kepada semua lapisan
masyarakat.jika semua hak asasi manusia diberi secara
adil atau tidak berat sebelah sifat diskriminasi ini
mungkin tidak akan berlaku.
Kesan diskriminasi
Kesimpulannya..

Konklusinya adalah sikap diskriminasi tidak patut diamalkan


dikalangan masyarakat pada zaman moden.Ini adalah kerana
diskriminasi akan menyebabkan perbalahan antara kaum,prestasi
negara akan terjejas,hubungan antara negara juga akan tergugat
dan banyak lagi.Oleh itu masyarakat dunia perlu dipupuk agar
menjalinkan hubungan baik,dan menghargai antara satu sama lain
serta mendekatkan diri kepada tuhan,untuk membentuk
masyarakat penyayang ,bertanggungjawab dan baik hati agar
dapat mengawal semua tingkah laku yang boleh mengugat
hubungan sesama manusia.Selain itu kita juga perlu mengamalkan
nilai hidup bersama secara aman iaitu hidup berbaik-baik antara
satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian
hidup tanpa mengira agama,bangsa dan budaya.
LAMPIRAN
The end….

Any quest ion....?

PEACE

You might also like