You are on page 1of 20

ANATOMI DAN FISIOLOGI 2013

1.0 Pengenalan Sebelum kita menjalin hubungan dengan orang lain, kita perlu mengenali diri kita sendiri terlebih dahulu. Dalam konteks ini, kita sebagai bakal guru Pendidikan Jasmani wajib mengenali struktur dan sistem fisiologi agar kita dapat memahami fungsi dan kegunaannya dalan penjagaan kesihatan diri serta aplikasinya dalam kegiatan sukan sepertimana yang dijelaskan oleh Gerard dan Bryan (2007), The sciences of anatomy and physiology are the foundation for understanding the structures and functions of the human body.

Pada masa yang sama juga pengetahuan dalam bidang anatomi dan fisiologi dapat dijadikan asas bagi menggambarkan teknik-teknik lakuan sukan. Hal ini penting kerana pengaplikasian sains dalam sukan dapat meningkatkan prestasi lakuan motor ke tahap yang lebih optimum (Dr. Syarifah Maimunah dalam Pusat Perkembangan Kurikulum KPM, 2004).

1.1

Anatomi Anatomi berasal daripada perkataan Greek yang membawa maksud memotong atau membelah anggota badan untuk melihat strukturnya (Dzulkifli dan Jamaliyah, 2004). Sebaliknya, Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) Kementerian Pelajaran Malaysia (2004) berpendapat Anatomi berasal daripada perkataan Yunani ana yang bermaksud asingkan dan tome bermaksud memotong. Gerard dan Bryan (2007) pula menerangkan konsep anatomi seperti : Anatomy (a-NAT--m; ana- = up; -tomy = process of cutting) is the science of structure and the relationships among structures.

ANATOMI DAN FISIOLOGI 2013


Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat anatomi didefinisikan sebagai kajian atau pengetahuan mengenai tubuh manusia, binatang atau tumbuh-tumbuhan. Mengikut Evelyn (2001) anatomi ialah kajian tentang struktur tubuh dan hubungan bahagian-bahagiannya antara satu sama lain. Manakala, PPK (2004) pula menjelaskan bahawa anatomi ialah kajian terhadap struktur-struktur tubuh badan dan perkaitan antara setiap struktur tersebut. Berdasarkan Dzulkifli dan Jamaliyah (2004) anatomi sebagai morfologi atau sains bentuk.

Kita perlu mengakui hakikat bahawa disiplin ini adalah suatu bidang biologi yang berprestij pada awal abad ke-19 serta masih merupakan bidang sains yang dinamik dan berkembang. Memandangkan keadaan sedemikian, tidak hairanlah bahawa bidang ini adalah satu kajian sains yang membanggakan kerana bermula sejak 2300 tahun yang lalu. pada asasnya, anatomi ialah bidang sains yang luas skopnya dan merangkumi beberapa subdisiplin seperti berikut.

Anatomi
Anatomi Kasar (gross)
Anatomi Kawasan (regional) Anatomi Bersistem (systemic) Anatomi Permukaan (surface)

Anatomi Mikroskopik

Rajah 1.1: Bidang Anatomi

ANATOMI DAN FISIOLOGI 2013


1.1.1 Anatomi Kasar 1.1.1.1 Anatomi Kawasan Semua struktur dalam bahagian atau kawasan tubuh yang dikaji secara berkumpulan. Sebagai contoh, anatomi bahagian abdomen atau kepala. Manakala, Evelyn (2001) menyatakan anatomi regional adalah mempelajari tentang kedudukan geografi bahagian tubuh dan setiap region atau daerah, misalnya lengan, kaki, kepala, dada dan sebagainya yang terdiri daripada struktur atau susunan umum yang terdapat pada semua region.

1.1.1.2

Anatomi Bersistem Semua organ yang mempunyai fungsi yang ada kaitan antara satu sama lain akan dikaji secara bersama. Contohnya, kita akan mengkaji semua komponen system otot apabila mengkaji sistem otot. Pendekatan anatomi bersistem ini sesuai bagi melihat hubung kait antara struktur dengan fungsinya.

1.1.1.3

Anatomi Permukaan Kajian ini melibatkan struktur-struktur tubuh yang dapat dilihat dan dirasa pada permukaan tubuh.

1.1.1 Anatomi Mikroskopik Mikroskopik atau histologi ialah kajian tentang struktur halus pada tubuh badan dan sitology, kajian tentang sel tisu dengan bantuan mikroskop. Pengajian anatomi mikroskopik penting kerana banyak proses fisiologi dan penyakit berlaku pada aras sel.

ANATOMI DAN FISIOLOGI 2013


1.2 Fisiologi Anatomi berkait rapat dengan fisiologi iaitu mengkaji fungsi struktur tubuh badan. Sebagai contoh, tulang-tulang kaki yang panjang dan tebal seperti femur, tibia dan fibula dapat menyokong berat badan kita. Namun, sekiranya tulang itu lembut dan nipis, keupayaan tulang untuk menyokong berat badan berkurangan (Ashaario, 2010). Manakala, Gerard dan Bryan (2007) pula menerangkan konsep fisiologi seperti : Physiology (fi--OL--j; physio- = nature, -logy = study of) is the science of body functions, that is, how the body parts work.

Kamus Dewan Edisi Keempat, fisiologi diertikan sebagai cabang ilmu sains berkenaan fungsi organisma atau proses dan fungsi keseluruhan atau sebahagian daripada sesuatu organisma. Justeru, fisiologi dapat dirumuskan sebagai suatu cabang ilmu sains yang mengkaji struktur organisma. Mengikut Evelyn (2001) fisiologi ialah kajian tentang fungsi tubuh manusia dalam keadaan normal. Kajian ini berkait rapat dengan pengetahuan tentang semua makhluk hidup yang terangkum dalam kajian biologi. Ia juga terdapat kaitannya dengan kajian tindakan fizikal dan gerakan-gerakan yang berlaku dalam badan. Firhan Abqari (2010) dalam blognya pula menyatakan bahawa fisiologi ialah kajian tentang fungsi struktur tubuh dan bagaimana ia berfungsi untuk menjalankan aktiviti-aktiviti untuk mengekalkan keseimbangan tubuh badan.

ANATOMI DAN FISIOLOGI 2013


1.3 Organisasi Struktur Manusia Tubuh manusia mempunyai banyak aras struktural yang berbeza dan kompleks. Struktur tubuh manusia disusun mengikut aras organisasi struktur, iaitu aras kimia, aras sel, aras tisu, aras organ, aras sistem dan aras organisma (Hishamuddin Ahmad dan Noor Aiwa, 2012).

Rajah 1.3: Aras Organisasi Struktur Tubuh Manusia

Sumber: Gerard J. Tortora dan Bryan Derrickson. (2007). Introduction To The Human Body: The Essentials Of Anatomy and Physiology (7th ed.). United States: John Wiley & Sons.

1.1.1 Aras Kimia Tubuh manusia terbentuk daripada unit-unit kecil yang dikenali sebagai atom (Dzulkifli dan Jamaliyah, 2004) Atom terlibat dalam tindak balas dan terdiri daripada nukleus dan elektron. Ahli kimia berpendapat bahawa lebih 99% daripada jisim tubuh manusia terbina daripada oksigen (O), karbon (C), hydrogen (H), nitrogen (N), fosforus (P) dan Kalsium (Ca) (Hishamuddin Ahmad dan Noor Aiwa, 2012). PPK (2004) menjelaskan Rajah 1.3: Atom Hidrogen

ANATOMI DAN FISIOLOGI 2013


aras pertama struktur manusia, iaitu aras kimia mengabungkan atomatom ini untuk membentuk molekul. Molekul pula terdiri daripada dua atau lebih atom yang digabungkan menerusi ikatan kimia. Contoh molekul dalam tubuh manusia adalah hemoglobin (HbO 2), glukosa (C6H12O6) dan air (H2O).

1.1.1 Aras Sel Sel merupakan unit hidupan yang terkecil dalam tubuh manusia. Tubuh manusia meliputi lebih daripada 10 trilion sel yang terbahagi kepada lebih kurang 230 jenis antaranya ialah sel otot, sel rangka, sel saraf dan sel darah (Hishamuddin Ahmad dan Noor Aiwa, 2012). Pada aras sel, molekul-molekul pula bercantum secara khusus untuk membentuk pelbagai molekul makro seperti karbohidrat, lipid, protein dan asid nukleik yang menjalankan tugas yang berbeza dan mempunyai strukturstruktur khusus yang dikenali sebagai organel (Evelyn, 2001).

Rajah 1.3: Sel Tipikal dan Organel

Sel-sel ini merupakan unit yang paling ringkas dan terkecil yang terdapat dalam badan kita. Azrul Benjamin (2010) dalam blognya menyatakan tubuh manusia ialah organisma multisel, berbeza dengan organisma ringkas yang terdiri daripada satu sel sahaja. Sel mempunyai pelbagai fungsi, antaranya sebagai penganut nutrient dan oksigen, menjalankan tindak balas metabolism dan mengeluarkan CO 2 daripada tubuh kita.

ANATOMI DAN FISIOLOGI 2013


1.1.1 Aras Tisu Hishamuddin Ahmad dan Noor Aiwa (2012) menerangkan tisu adalah suatu struktur berserat yang terbina daripada gabungan sel yang serupa dan yang mempunyai asalan yang sama. Semua sel ini akan mengelompok membentuk tisu yang melaksanakan fungsi khusus (Gerard dan Bryan, 2007). Terdapat empat jenis tisu dalam badan kita, iaitu :

Epitelium

Tisu
Penghubung Otot

Saraf

Rajah 1.4: Jenis-jenis Tisu

Cecha Achyanadia (2011) dalam blognya menerangkan bahawa setiap tisu memainkan peranan tersendiri berdasarkan ciri-ciri. Tisu epitelium tersebar secara meluas pada tubuh. Tisu ini membentuk litupan bagi semua permukaan tubuh, melapisi rongga tubuh dan organ lompang serta membentuk kelenjar. Fungsi tisu meliputi tetapi tidak terhad kepada perlindungan, perembesan, perkumuhan, penurasan, peresapan dan penerimaan sensori.

Rajah 1.5: Tisu Epitelium

ANATOMI DAN FISIOLOGI 2013


Tisu penghubung perantara menyatukan atau tisu

struktur

yang berbeza untuk membentuk satu struktur yang lebih besar. Selain itu, tisu penghubung juga menyokong dan menyambung tisu-tisu antara otot dengan tulang (tendon) dan tulang ke Rajah 1.5: Tisu Penghubung

tulang (ligamen), menyimpan lemak, melindungi tubuh daripada penyakit dan membantu dalam membaik pulih kerosakan pada tisu (PPK, 2004).

Tisu otot terbina daripada sel-sel yang berkeupayaan untuk memendek atau menguncup bagi menghasilkan gerakan pada bahagianbahagian tubuh (Evelyn, 2001). Penguncupan otot berlaku hasil daripada interaksi di antara protin kontraktil aktin dan miosin dalam tisu otot. Baharudin Omar dan Mohd. Hamim (1996) menyatakan tisu otot mempunyai banyak sel otot atau serat otot Rajah 1.5: Pemendekkan yang dis dan Penguncupan otot secara berlapis -lapis dan dilitupi tisu penghubung. Tisu otot juga akan kelihatan

berwarna merah hasil daripada salur darah yang banyak pada tisu ini.

Dzulkifli dan Jamaliyah (2004) sebagai dalam menganggap satu badan alat yang tisu saraf

komunikasi beroperasi

secara berterusan melalui impuls elektrik. Tisu saraf terdiri daripada Rajah 1.5: Tisu Saraf

ANATOMI DAN FISIOLOGI 2013


neuron dan sel neuroglia. Neuron membawa impuls sementara sel neuroglia pula membentu dalam penghantaran impuls dan juga membekalkan nutrien kepada neuron (Baharudin Omar dan Mohd. Hamim, 1996). Tisu saraf terdapat pada otak, korda spina dan saraf periferi. Tisu saraf berperanan untuk menyelaras dan mengawal kebanyakan aktiviti tubuh. Pada masa yang sama, saraf juga terlibat dalam pencetusan emosi, pembentukan memori dan juga proses taakulan (Hishamuddin Ahmad dan Noor Aiwa, 2012).

1.1.1 Aras Organ Pada aras organ, dua atau lebih tisu berbeza be rgabung untuk membentuk organ yang setiap satunya mempunyai fungsi yang khusus. Organ merupakan struktur diskrit yang terbentuk hasil daripada gabungan dua atau lebih tisu yang berbeza untuk menjalankan tugas khusus untuk tubuh (PPK, 2004). K e b a n ya k ka n o r g a n m e m p u n ya i keempat-empat jenis tisu antaranya hati, ginjal dan jantung. Cecha Achyanadia (2011) dalam blognya menerangkan organ-organ tertentu dikelompokkan untuk membentuk s u a t u s i s t e m o r g a n t u b u h ya n g Rajah 1.5: Organ-organ Respiratori bekerjasama untuk mencapai tujuan yang sama seperti organ-organ

respiratori merangkumi paru-paru, trakea, bronkiol dan sebagainya memastikan udara yang masuk keluar daripada paru-paru boleh meresap oksigen ke dalam darah dan karbon dioksida untuk dikumuhkan.

ANATOMI DAN FISIOLOGI 2013


1.1.1 Aras Sistem Aras sistem terdiri daripada organ-organ yang saling berkait dalam melaksanakan satu fungsi umum. Terdapat sebelas sistem utama bagi tubuh manusia, iaitu

Sistem Organ
Sistem Integumentari

Komponen Utama Kulit

Fungsi Utama

Pembalut luar tubuh.

Rambut
Kuku

Melindungi dan mengelak


kecederaan pada tisu-tisu dalaman. Lokasi pengesan rasa. Sintesis vitamin D. Lokasi kelenjar peluh dan kelenjar minyak.

Sistem Rangka

Tulang Rangka Kartilej Ligamen Sendi

Memberi bentuk dan mengekalkan bentuk badan. Menyokong berat badan. Melindungi dan menyokong organ-organ badan. Tuas untuk pergerakan badan. Lokasi pembentukan sel darah merah dan putih serta platelet dalam sum-sum tulang Lokasi perlekatan otot.

Sistem Otot

Otot Rangka

Menghasilkan lokomotor.
Mempamerkan ekspresi muka. Mengekalkan postur badan. Menghasilkan haba melalui aktiviti sel di dalam otot.

10

ANATOMI DAN FISIOLOGI 2013


Sistem Saraf Otak
Saraf Tunjang Saraf Perferi Reseptor

Sistem kawalan tindak balas


pantas badan. Bertindak balas terhadap perubahan (rangsangan) dalaman dan luaran badan dengan mengaktifkan yang berkaitan.

Sistem Endokrina

Kalenjar :

Kelenjar merembeskan hormon

Tiroid
Pituitari Adrenal Pineal Pankreas Timus Ovari Testis

untuk menyeleraskan dan


mengawal atur proses fungsi tubuh seperti pertumbuhan, reproduktif dan kegunaan nutrien oleh sel-sel badan (metabolisme). Mengubahsuai aktiviti sistem organ-organ yang lain dengan bertindak balas secara perlahan terhadap struktur atau

persekitaran.
Jantung Darah Salur darah Jantung mengepam darah. Darah adalah pengangkutan utama badan dengan membawa hormon, nutrien dan oksigen ke seluruh badan serta bahan kumuh seperti karbon dioksida ke sistem respiratori.

Sistem Kardiovaskular

Salur darah menyerap oksigen


dari paru-paru ke jantung secara resapan. Salur darah adalah medium aliran darah ke seluruh badan.

11

ANATOMI DAN FISIOLOGI 2013


Sistem Limfatik Nodus Limfa
Pembuluh limfatik Duktus torasik Organ : Timus Limfa

Rumah kepad sel darah putih


yang menjadi system pertahanan badan (imunisasi) dari jangkitan dan penyakit. Memungut cecair yang bocor dari pembuluh darah dan mengembalikannya. Mengkumuhkan puing ke dalam aliran limfatik.

Sistem Respiratori

Rongga Hidung Farinks Larinks Bronkiol Paru-paru

Membekalkan oksigen ke dalam darah dan mengkumuhkan karbon dioksida. Paru-paru sebagai lokasi pertukaran gas antara oksigen dengan karbon dioksida.

Sistem Pencernaan

Rongga Mulut
Esophagus Perut Usus besar Usus kecil Rectum Anus

Memecahkan makanan kepada


unit-unit yang boleh diserap oleh darah untuk diagihkan ke seluruh sel badan. Makanan yang tidak dicernakan dikumuhkan dalam bentuk najis.

Sistem Urinari

Ginjal Pundi Kencing

Menyingkirkan bahan-bahan kumuh nitrogen dari badan. Mengawal air dan elektrolit. Mengawal keseimbangan asidbes dalam darah.

12

ANATOMI DAN FISIOLOGI 2013


1.1.2 Aras Organisma Aras ini adalah aras tertinggi dan terbesar dalam organisasi struktur tubuh manusia. Semua sistem tubuh bergabung dan bekerjasama untuk sesuatu organisma atau dalam konteks manusia yang berfungsi untuk meneruskan kehidupannya (Dzulkifli dan Jamaliyah, 2004)

1.4

Sistem Jantung Sistem jantung dikenali juga sebagai sistem kardiovaskular. Mengikut PPK (2004) sistem kardiovaskular adalah salah satu sistem biologi yang menyokong sistem-sistem yang lain berfungsi dengan berkesan. Sistem kardiovaskular menjalankan peranan ini dengan mengangkut oksigen, nutrien, hormon dan keperluannlain kepada sel-sel terlibat dan membawa keluar sisa-sisa metabolisme untuk Rajah 1.6: Kedudukan Jantung dalam Tubuh dikumuh serta produk-produk sel ke bahagian lain dalam tubuh (Mohd Khairi dan

Borhannudin, 2005). Menurut Baharudin Omar dan Mohd. Hamim Rajikin (1996) sistem kardiovaskular diumpamakan seperti sistem penyejuk kereta di mana ia terdiri daripada tiga komponen asas, iaitu cecair yang berkitar (darah), pam (jantung) dan salur pembuluh darah.

1.4.1 Bahagian Utama Sistem Kardiovaskular Sistem kardiovaskular terbahagi kepada 3 bahagian utama, iaitu :

13

ANATOMI DAN FISIOLOGI 2013

Bahagian Utama Sistem Kardiovaskular

Jantung Darah

Pembuluh Darah

Rajah 1.6: Bahagian Utama Sistem Kardiovaskular

1.4.1.1 Jantung Menurut Baharudin dan Mohd. Hamim (1996) jantung ialah pusat bagi sistem kardiovaskular dan memainkan peranan utma dalan peredaran darah. Manakala, Mohd Khairi dan Borhannudin (2005) menyatakan jantung adalah organ yang berperanan mengepam darah ke seluruh tubuh bagi membekalkan oksigen dan nutrien. Jantung ialah satu organ berotot dan berongga seberat 342 gram (Evelyn, 2001). Struktur jantung terdiri daripada empat ruang iaitu atrium kanan, atrium kiri, ventrikal kanan dan ventrikal kiri seperti dalam Rajah 1.7.

Rajah 1.7: Struktur Jantung Manusia

14

ANATOMI DAN FISIOLOGI 2013

Rajah 1.8: Bagaimana Jantung Mengepam Darah

1.4.1.1 Darah Darah adalah tisu cecair yang terdiri daripada pelbagai jenis sel termasuk eritrosit, leukosit dan platlet yang terkandung dalam plasma. Isi padu darah terdiri daripada 55% plasma dan 45% eritrosit. Darah membentuk anggaran 7% daripada berat tubuh orang dewasa normal (PPK, 2004). Menurut Evelyn (2001) orang dewasa yang mempunyai berat badan dalam lingkungan 70 kg, biasanya mempunyai 5 hingga 6 liter darah dalam sistem biologinya.

Rajah 1.10: Darah

Rajah 1.9: Jenis-jenis Sel yang Terkandung Dalam Darah

1.4.1.1 Pembuluh Darah Pembuluh darah merupakan jaringan salur yang membawa darah dari jantung ke tisu tubuh dan mengembalikan semula darah

15

ANATOMI DAN FISIOLOGI 2013


tersebut ke jantung (Baharudin dan Mohd. Hamim, 1996). Pembuluh darah terdiri daripada :

Arteri

Pembuluh Darah
Kapilari

Vena

Rajah 1.11: Pembuluh Darah

Salur darah ini membolehkan darah mengalir dan melengkapi peredaran darah daripada jantung ke tisu dan kembali semula ke jantung seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.12.

Rajah 1.11: Salur Arteri, Vena Dan Kapilari Melengkapi Pengaliran Darah

1.4.2 Fungsi Sistem Kardiovaskular Sistem kardiovaskular berfungsi membantu membekalkan oksigen dan mengangkat bahan kumuh seperti karbon dioksida daripada darah (Baharudin dan Mohd. Hamim, 1996). Selain itu, proses perederan darah mengangkut oksigen dsripada paru-paru ke sel-sel tisu badan dan mengeluarkan karbon dioksida daripada sel-sel tisu ke paru-paru berlaku secara sistematik.

16

ANATOMI DAN FISIOLOGI 2013


Semasa inspirasi, udara yang mengandungi oksigen dibawa masuk ke paru-paru melalui salur pernafasan. Gas oksigen ini akan disimpan dalam alveolus untuk sementara. Jantung pula akan mengepam darah kurang oksigen ke paru-paru. Gas-gas oksigen dan karbon dioksida meresap merentasi membrane alveolus dan meresap ke dalam darah melalui kapilari. Manakala, karbon dioksida akan dihembus keluar daripada paru-paru melalui salur pernafasan. Oksigen yang merentasi membran alveolus dan kapilari seterusnya meresap ke dalam darah. Kemudia, darah beroksigen diangkut ke jantung dan dipam melalui arteri untuk diagihkan kepada sel-sel tisu lain di dalam badan.

Rajah 1.12: Laluan darah ke dan dari paruparu

Rajah 1.13: Laluan darah melalui badan

Rajah 1.14: Arteri menghantar oksigen ke semua organ-organ badan dan urat mengambil darah yang mempunyai karbon dioksida di dalamnya dan kembali ke paru-paru

1.4.3 Struktur dan Fungsi Bahagian-Bahagian Jantung Jantung terbina daripada otot-otot jantung atau miokardium yang diliputi oleh epikardium di permukaan luar dan endokardium di bahagian dalam. Dua ruang di atas, iaitu atrium mempunyai dinding otot yang nipis dan kedua-dua ruang ini terpisah antara satu sama lain oleh struktur yang dikenali sebagai septum interatrial (Mohd Khairi dan Borhannudin, 2005). Manakala, dinding otot yang membentuk dua

17

ANATOMI DAN FISIOLOGI 2013


ruang bawah ialah ventrikal. Dinding otot ventrikal lebih tebal berbanding atrium. Struktur dan fungsi bahagian jantung dapat dilihat dengan jelas dalam Lampiran 1. Fungsi septum interventrikel terdapat antara kedua-dua ventrikel tersebut. Perbezaan fungsi atrium dan ventrikel dalam sistem kardiovaskular boleh dilihat dalam Rajah 1.16.

Injap Bikuspid

Ventrikel

Atrium
Injap Trikuspid
Ruang penerima darah kurang oksigen Mengepam darah ke seluruh badan dan ke paru-paru Ventrikel kanan mengepam darah ke paruparu Ventrikel kiri mengepam darah ke seluruh

Atrium kanan menerima darah kurang oksigen daripada tisu tubuh Atrium kiri menerima darah kaya oksigen daripada paruparu

Rajah 1.16: perbandingan pernan atrium dan ventrikel dalam menjalankan fungsi sistem kardiovaskular.

18

ANATOMI DAN FISIOLOGI 2013


Evelyn (2001) menerangka injap-injap yang terletak antara atrium dan ventrikel serta pada arteri-arteri hanya boleh membenarkan pengaliran darah berlaku pada satu arah sahaja. Injap atrioventrikular, iaitu injap-injap bikuspid dan trikuspid membenarkan aliran darah daripada atrium ke ventrikel. Injap semilunar pulmonari dan injap semilunar aortik pula menghalang aliran darah ke belakang, iaitu darah yang keluar daripada jantung menerusi arteri pulmonary dan aorta (Steve Parker, 1995).

1.4.4 Peredaran Darah Sistem peredaran darah terbahagi kepada dua kitaran, iaitu :

Peredaran Darah

Kitaran Pulmonari
Kitaran pulmonary ialah peredaran darah yang membawa darah kurang oksigen ke paru-paru untuk pertukaran gas sebelum darah kaya oksigen dikembalikan ke jantung.

Kitaran Sistemik
Kitaran sistemik pula membolehkan dara kaya oksigen serta bernutrien dibawa ke seluruh badan dan membawa darah kurang oksigen kembali ke jantung

Rajah 1.17: Kitaran Peredaran Darah

19

ANATOMI DAN FISIOLOGI 2013


Terdapat beberapa faktor yang membantu pengedaran semula darah ke jantung. Apabila otot-otot menguncup, vena akan tertekan dan darah yang terkandung di dalamnya akan ditolak ke arah jantung. Dalam keadaan ini, injap-injap pada vena akan membenarkan pengaliran darah ke arah jantung sahaja. Vena akan penuh semula dengan darah semasa otot mengendur. Mekanisme penguncupan dan pengenduran otot begini membolehkan darah disalurkan ke jantung (Wan Patanah Wan Yusoff, 2000).

PPK (2004) menjelaskan bahawa semasa inspirasi, tekanan intratorasik menurun. Keadaan ini menyebabkan vena darah dalam rongga toraks mengembung. Mekanisme yang berlaku

menghalakan pengaliran darah ke arah atrial kanan jantung. Apabila tekanan intratorasik meningkat semasa ekspirasi, vena-vena tersebut dipenuhi semula dengan darah kurang oksigen. Keluaran (output) jantung akan semakin tinggi sekiranya tekanan semakin tinggi. Mekanisme pernafasan yang membantu keluaran (output) jantung ini dikenali sebagai pam pernafasan (Evelyn, 2001).

Kesimpulannya, memang tidak dapat dinafikan bahawa fahaman tinggi tentang sistem kardiovaskular boleh menjadi motivasi kepada kita untuk memilih dan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Penglibatan dalam aktiviti fizikal dan sukan secara konsisten adalah cara terbaik untuk melatih dan mempertingkatkan keberkesanan sistem ini interatrial (Mohd Khairi dan Borhannudin, 2005). Sebagai seorang bakal guru Pendidikan Jasmani, kita perlu memainkan peranan sebagai fasilitator mendedahkan murid memeriksa kesihatan diri sekurangkurangnya sekali dalam setahun bagi tujuan memantau fungsi jantungnya.

20

You might also like