You are on page 1of 10

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

TEKNIK DAN CARA-CARA BERPIDATO DENGAN BAIK


Pidato 1. Sudut Dakwah -Ucapan -Penulisan -Perbincangan dll. 2. Yang Paling Berkesan 3. Pidato -Pidato -Anugerah Ilahi -Latihan 4. Pidato -Bahas -Ceramah -Diskusi -Kertas Kerja -Forum -Seminar dll. Bahas: Memerlukan ucapan yang berdasarkan kepada fakta-fakta yang tepat dan biasanya menegani perkembangan semasa. Ceramah: Suatu ucapan yang berbentuk umum yang boleh dikaitkan dengan semua perkara. Khutbah: Merupakan ucapan yang dilaksanakan di mimbar-mimbar masjid yang mengandungi rukun-rukun tertentu yang mesti dilaksanakan dengan serius. Diskusi: Skop agak terbatas, kerana ianya agak tertumpu kepada sesuatu buku yang telah dihadkan memerlukan kefahaman yang baik. Kertas Kerja:

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Jua terbatas perbincangan kerana ianya menghadkan tajuk tetapi lebih luas jika hendak dibandingkan dengan diskusi. Forum: Memerlukan pengetahuan yang luas. Biasanya ramai yang tidak sanggup. Memerlukan kecekapan kerana soalan yang datang merupakan soalan yang tidak dirancang dan datang dari pelbagai sudut. Seminar: Merupakan suatu majlis perbincangan yang mengkhususkan kepada sesuatu skop. Ianya agak serius dan mendalam kalau hendak dibandingkan dengan diskusi atau kertas kerja dan tajuk yang dibincangkan lebih besar. Sifat Pemidato 1. Cerdik 2. Berani 3. Yakin 4. Cergas Cara Berpidato Naik pentas dengan tenang. Lihat orang dengan tenang. Perlu diberi penghormatan. Dimulakan dengan nada yang rendah. Seelok-eloknya dimulakan dengan al-quran atau hadis. Nada yang tinggi apabila memukul musuh. Perlu membawa satu alternatif baru aapbila kita menolak kerja musuh. Dalam masa yang masa perlu menjawab serangan musuh. Gaya yang tidak keterlaluan. Perkara agama yang disentuh perlu dikaitkan dengan isu-isu semasa. Ucapan ditutup dengan suatu pengharapan dan nasihat.

Pemidato Yang Baik Yang berjaya menguasai majlis. Yang mengkaji terlebih dahulu isu-isu yang sesuai bagi sesuatu tempat.

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Yang tahu suasana pendengar. Yang dapat membawa rentak ceramah sesuai tajuk. Yang dapat mengakhiri ucapan dalam tempoh masa yang diberikan.

Cara Berlatih Pidato Banyakkan mendengar kaset- paling kurang 1000 keping. Hafal kaset atau buku. Jadikan cermin sebagai teman. Cuba ambil bahagian dalam apa jua progarm yang melibatkan percakapan. Mudah-mudahan semua akan menjadi pemidato-pemidato yang baik yang bercakap untuk meninggi agama Allah S.W.T.

PIDATO UMUM
Pengenalan Ringkas Pidato umum atau berucap di khalayak adalah merupakan suatu kemahiran yang boleh dipelajari. Ramai orang menganggap kebolehan ini sebagai satu keistimewaan warisan yang diturunkan dari satu generasi ke generasi berikutnya dalam sesebuah keluarga. Kajian-kajian yang dijalankan di negara barat dan pemerhatian yang dibuat di tanahair kita sendiri membuktikan bahawa tanggapan begini adalah tidak tepat, sebaliknya kemahiran berpidato boleh dipupuk dan diasah melalui proses pembelajaran, pendedahan dan amalan dengan panduan dan bimbingan dari pengucap-pengucap yang terlatih dalam bidang ini. Ringkasnya setiap individu yang normal boleh menjadi seorang pemidato yang berkesan sekiranya diberi peluang, menegnali kemahiran tersebut secara lebih terperincni dan sistematik. Himpunan nota-nota ringkas ini bertujuan untuk memperkenalkan para pembaca kepada teknik-teknik berpidato dan adalah diharapkan ianya mampu dimanfaatkan sebagai garis panduan ke arah pembentukan seorang pemidato yang berjaya. Perlu diingatkan bahawa nota-nota begini serta prinsip-prinsip dan teori-teori lainnya samada yang berbentuk diskriptif atau preskriptif tidak sama sekali dapat menggantikan latihanlatihan berbentuk amali, sebaliknya penegtahuan teori ini harus berjalan seirungan dengan latihan amali serta berucap dalam berbagai situasi bagi tujuan pembentukan pemidato berkesan seperti yang dinyatakan tadi.

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Unsur-Unsur Ucapan Terdapat empat unsur yang membina sesuatu ucapan dan sekaligus membezakan ucapan awam ini dari lain-lain aktiviti komunikasi. 1. Pemidato- ialah individu yang bertanggungjawab meluahkan isi bicara di khalayak dengan tujuan tertentu. 2. Ucapan- ialah kandungan isi bicara yang diluahkan. 3. Audien- ialah sekumpulan yang mendengar dan seterusnya bertindak balas terhadap bicara tersebut. Golongan inilah yang merupakan sasrana ucapan pemidato. Dengan lain perkataan, isi bicara pemidato sebenarnya dicipta khas unttuk mereka. 4. Situasi- iaitu keadaan di mana sesuatu ucapan itu diadakan. Lazimnya situasi untuk ucapan ini dirancang terlebih dahulu. Pengkelasan Ucapan Sesuatu ucapan itu boleh dikelaskan melalui dua cara, berdasarkan tujuan ia dibuat dan berdasarkan cara ianya disampaikan. 1. Pengkelasan ucapan berdasarkan tujuan: 1.) Pemberitahuan/informatif- ucapan yang dibuat dengan tujuan untuk memberikan maklum. b.)Pemujukan/mempengaruhi- ucapan yang bibuat dengan tujuan untutk mengubah kepercayaan, sikap atau perlakuakn audien. c.)Menghibur- ucapan yang dibuat dengan tujuan untuk mencetuskan kegembiraan atau keriangan. d.)Majlis Khas- ucapan hanya dibuat dalam majlis-majlis tertentu dengan tujuantujuan spesifik seperti mempengerusikan majlis, ucapan alu-aluian, ucapan penganugerahan dan sebagainya. 2. Pengkelasan ucapan berdasar cara: 1. 2. 3. Impromptu- Ucapan yang dibuat tanpa sebarang persediaan khusus dan biasa diundang secaar tiba-tiba. Dihafal- Ucapan yang dihafal perkatan demi perkataaan dari teks atau manuskrip. Extemporaneous- Ucapan yang dibuat dengan penuh persediaan dan merupakan gabungan ketiga-tiga jenis di atas.

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Sifat-sifat pengucap yang berkesan: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Jujur dan ikhlas dalam berhujah. Berpengetahuan luas dalam sybjek yang diucapkan. Yakin dengan perkara yang dibicarakan. Mahir berucap di khalayak. Peka kepada reaksi audien. Peka kepada situasi persekitaran.

Sifat-sifat pengucap yang tidak berkesan: 1. Syok sendiri- iaitu lebih mementingkan diri dan ucapannya dari objektif audien. 2. Penyajak kabur- iaitu pengucap yang gemar memilih dan menggunakan isitilah-isltilah komplek dan sukar. 3. Nenek berletir- iaitu yang tidak mengawal nada. 4. Ucapan kelabu- iaitu terlalu perlahan suaranya sehingga sukar untuk didengari. 5. Kera luku- iaitu yang malu-malu dan tidak berani mewujudkan eye contact. 6. Wayang kulit- iaitu yang keterlaluan dalam menggayakan bahasa badan tanpa makna tertentu. Langkah-Langkah Penyediaan Dan Persembahan Ucapan. Terdapat lapan langkah yang perlu diikuti dengan teliti dalam menyediakan dan mempersembahkan ucapan. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Mengawal kegugupan. Menganalisis diri sendiri, situasi dan audien. Mengumpul bahan ucapan. Menyusun bahan. Merancang pengenalan. Menyusun penutup. Berlatih. Menyampaikan ucapan.

1)Mengawal kegugupan. Punca-punca kegugupan secara psikologikal: Takut audien nampak kegugupan, malu, tak berani bertentang mata, bimbang, lupa idea, tarik diri dari berucap, alergic kepada ucapan awam.

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Teknik-teknik mengawal gugup. 1. Sebelum berucap. 1. Pilih subjek yang diminati jika berupaya. 2. Analisis audien. 3. Bersedia secukupnya. 4. Susun idea dengan jelas. 5. Berlatih secukupnya. 6. Pujuk diri sendiri. 7. Senaman-senaman isometrics. 8. Tarik nafas panjang-panjang. 9. Matlamat ucapan munasabah. 10. Berangan. 11. Relax mental dan fizikal. 12. Memahami emosi gugup. 13. Jaga makan minum 2. Semasa berucap. 1. Pilih audien yang mesra sebagai tumpuan di awal bicara. 2. Thomakniah dalam ucapan. 3. Jangan pentingkan gaya penyampaian. 4. Bergerak. 5. Jangan berhenti bercakap walaupun gugup. 6. Wujud dan kekalkan eye contact. 7. Berlagak seperti yakin walaupun tak berapa yakin. 8. Audien tak akan nampak kegugupan kita. 9. Jangan panik bila tersasul. 10. Berkubu. Analisis diri. 1. Tanya diri sendiri sejauh mana pengetahuan kita tentang topik. 2. Minat kita pada topik. 3. Persedian yang sudah kita buat.

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Analisis majlis/situasi. Pastikan: 1. Jangkamasa .majlis. 2. Gilirian dan waktu kita berucap. 3. Saiz bilik/dewan vs saiz audien. 4. Kemudahan yang sedia ada dan perlu diadakan . 5. Tujuan majlis diadakan. 6. Tempatnya. 2)Mengumpul bahan. 1. Berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sendiri. 2. Temubual. 3. Bahan rujukan tersedia / perpustakaan. 3)Menyusun bahan. 1. Bagi Ucapan imformatif, formatnya: 1. Pengenalan 2. Badan/isi. 3. Penutup. 2. Pembahagian lebih kurang 15% pengenalan, 75% badan dan 10% penutup. 3. Tulis rangka pada kad nota. 4. Maklumat mesti disusun, samada secara susunan masa (choronological), ruang (spatial), topik (topical), sebab (causal), masalah penyelesaian, pro-kontar. 5. Bilangan isi utama 3-5 sahaja (bergantung pada masa). 6. Perlaihan isi perlu jelas. 7. Bagi ucapan pemujukan, formatnya: 1. Pengenalan- tarik perhatian. 2. Wujudkan kehendak/keperluan. 3. Berikan cara penyelesaian. 4. Bayangkan keunggulan cara penyelesaian ini. 5. Dorong audien untuk menerimanya- penutup. 8. Lain-lain susunan bagi ucapan pemujukan: 1. Negatif-Posisitf 2. Emosi memuncak.

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

3. Semalam Hari Ini - Esok. 4. Slogan (thematik). 5. Sanjungan (eulogi). 4)Merancang pengenalan. Tujuan pengenalan: 1. Menarik minat audien pada topik. 2. Memberikan mereka peluang supaya mendengar dengan bijaksana. 3. Mewujudkan kemesraan. Unsur-unsur pengenalan. 1. Salam dan ucap selamat. 2. Penghormatan protokol. 3. Teknik menarik perhatian 1. Fakta menarik/unik, statistik. 2. Soalan chetoric. 3. Jenaka. 4. Petikan. 5)Merancang penutup. 1. Review. 1. Beritahu nak berhenti. 2. Ringkaskan idea-idea utama. 3. Ulang sebut idea-idea utama. 2. Kenyataan untuk diingati. 1. Ulang teknik menarik perhatian. 2. Rujuk kepada tema majlis (jika ada). 3. Bayankan keadaan esok. 4. Membentuk mood. 5. Membuat rayuan terakhir. 6. Mengaju soalan. 7. Memberi cabaran. 6)Berlatih.

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

1. Berlatih 3-6 kali. 2. Hafal idea bukan teks. 3. Berlatih secara mental dulu. 4. Rujuk pada kad nota. 5. Hayati keseluruhan ucapan. 6. Jangan berlebih-lebih sangat. 7. Jangan berlatih bahasa badan. 8. Buat rakaman. 9. Nilaikan persembahan. 10. Ukur masa. 11. Jangan ubah kadar ucapan kerana masa. 7)Mempersembahkan ucapan. 1. Gunakan gaya sendiri. 2. Berbicara dengan penuh yakin. 3. Tenang sebelum mula berucap. 4. Wujudkan eye contact dengan audien. 5. Jangan mula dengan merujuk nota. 6. Bercakap DENGAN audien bukan KEPADA mereka. 7. Rujuk nota sekali-sekala. 8. Jangan menjerit. 9. Berdiri setegak yang boleh. 10. Gayakan bahas badan. 11. Jangan gelisah. 12. Tunjukkan kita gemar berucap. 13. Sembunyikan kesilapan. 14. Gunakan alat-alat bantu dengan berkesan. Prinsip bahasa badan. 1. Membantu pengucap dan tidak menonjol. 2. Memberikan penekanan maksud. 3. Bersahaja. 4. Bertepatan. Suara.

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

1. Kekuatan. 2. Nada. 3. Kelajuan. 4. Jeda. 5. Lafaz sebutan. 6. Ulangan. Demikianlah beberapa perkara yang perlu diperhatikan dalam menyediakan diri untuk menghadapi khalayak ramai. Sekian, Wallahuaalam. Disediakan oleh: Al-Fadhil Ustaz Hanafi Ab. Rahman. Universiti Al-Azhar,Kaherah.

HAK CIPTA TERPELIHARA TIDAK DIBENARKAN MENERBITKAN SEMULA BAHAN INI DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN, MELAINKAN SETELAH MENDAPAT KEIZINAN PENERBIT. HARGAILAH PENGORBANAN ORANG LAIN YANG BERTUNGKUS LUMUS MENYIAPKANNYA. MENCETAK SEMULA DAN MENERBITKANNYA DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN DIANGGAP SEBAGAI JENAYAH DAN DIKIRA BERCANGGAH DENGAN SYARIAH ISLAM.

10

You might also like