P. 1
assigement kkps

assigement kkps

|Views: 1,469|Likes:
Published by tunggalrock9693

More info:

Published by: tunggalrock9693 on May 16, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/12/2013

pdf

text

original

1.0 Pendahuluan Pendidikan merupakan sektor penting bagi pembangunan sesebuah negara.

Malah perkembangan sektor ekonomi, sosial dan politik dikatakan bergantung kepada perkembangan sektor pendidikan. Pendidikan digunakan bagi mengembangkan fahaman demokrasi, mengukuhkan perpaduan serta menyediakan sumber manusia dan tenaga kerja. Pendidikan juga digunakan sebagai alat penyusunan semula masyarakat dan pembasmian kemiskinan. Maka itulah dalam Rancangan Malaysia ke 9, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 telah diperkenalkan. Enam teras strategik dalam PIPP telah dikenalpasti untuk memperkukuhkan sistem pendidikan negara. Enam teras itu adalah seperti berikut :Teras 1 Teras 2 Teras 3 Teras 4 Teras 5 Teras 6 : : : : : : Membina Negara Bangsa Membangunkan Modal Insan Memperkasakan Sekolah Kebangsaan Merapatkan Jurang Pendidikan Memartabatkan Profesion Keguruan Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ini diwujudkan kerana Kementerian Pelajaran Malaysia sangat yakin dan pasti hanya melalui pendidikan sahaja wawasan 2020 iaitu “Malaysia menjadi Negara Maju Sepenuhnya menjelang 2020 mengikut Acuan Sendiri “ akan dapat dicapai. 1.10 Senario pendidikan masa kini. Namun dunia pendidikan sekarang semakin kompleks. Bidang pendidikan berhadapan dengan masa depan mencabar yang memerlukan perancangan rapi, sistematik dan holistik. Masyarakat di luar bidang pendidikan atau sekolah sentiasa mengikuti dan memberi perhatian keatas apa sahaja yang berlaku di sekolah.
1

Profesion perguruan ini sentiasa menerima tekanan daripada orang awam dan masyarakat yang mengharapkan segala yang terbaik daripada golongan ini, dan apa sahaja yang kurang menyenangkan berlaku dalam masyarakat, sekolah, guru sentiasa dipersalahkan. Kita juga sedar, masyarakat kini semakin kompleks dan tanggung jawab yang dibebankan ke atas bahu para pendidik semakin berat dan mencabar. Seperti mana-mana organisasi lain, sekolah juga tidak terlepas daripada melakukan kesilapan atau kecuaian. Oleh itu dalam menjalankan tugas, pihak sekolah sering terdedah kepada dua bentuk kecuaian yang boleh didakwa di mahkamah iaitu”kecuaian guru” dan kecuaian pendidikan”. Oleh kerana taraf pendidikan ibu bapa dan ahli masyarakat semakin tinggi, justeru, dakwaan di mahkamah ke atas kecuaian guru dan sekolah menjadi perkara yang tidak asing lagi. Mengapa Pendidik dan Sekolah Didakwa? Ini adalah kerana ibu bapa dan orang awam berasa tidak puas hati atau tidak bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh pihak sekolah terhadap anak-anak mereka. 1.20 Kecuaian guru dan Kecuaian Pendidikan Apakah yang dimaksudkan dengan “kecuaian guru” dan “kecuaian pendidikan”? Mengikut Mohd Ismail Othman (2003) kecuaian guru berpunca daripada konsep tanggungjawab berjaga-jaga daripada segi undang-undang yang dipertanggung jawabkan kepada guru. Biasanya kecuaian guru dikaitkan dengan kemalangan dan kecederaan fizikal yang menimpa pelajar. Guru terpaksa membayar denda dalam bentuk ganti rugi jika mahkamah memutuskan wujud liabiliti guru dalam sesuatu keadaan . Biasanya ganti rugi dibayar kepada ibu bapa pelajar berkenaan. Tie (2002) menyatakan empat elemen penting yang perlu wujud sebelum seseorang guru itu boleh didakwa oleh pihak pendakwa atas kecuaiannya iaitu
2

a) Terdapat elemen berjaga-jaga seperti arahan yang diberi oleh pengetua kepada guru bagi mengajar sesebuah kelas pada sesuatu masa. b) Tanggungjawab itu tidak dipatuhi dan guru meninggalkan kelas untuk berehat di bilik guru atau membuat kerja lain menyebabkan pelajar-pelajar bertumbuk. c) Akibat daripada pelanggaran tanggungjawab tadi, seorang pelajar cedera dan mengalami kerugian. d) Terdapat kaitan yang rapat di antara tingkah laku defendan dengan kecederaan yang dialami oleh plaintif. Kecuaian pendidikan pula merujuk kepada kegagalan guru mendidik pelajar. Ada beberapa faktor yang menyebabkan kegagalan pelajar memperoleh ataupun menguasai sesuatu kemahiran pendidikan. Namun dalam banyak keadaan, usaha membuktikan sesuatu kecuaian pendidikan berpunca daripada pengajaran guru yang kurang baik adalah amat sukar. Guru-guru yang bekerja sedikit, tidak terlatih dan kekurangan sumber adalah lebih ‘cuai’ dalam pengajaran mereka. Namun begitu guruguru tidak perlu bimbang kerana guru-guru yang bimbang adalah mereka yang tidak cekap, yang tidak hiraukan pelajar-pelajar di bawah jagaan mereka. 1.21 Antara contoh-contoh kecuaian guru dan kecuaian pendidikan yang telah berlaku

dan ada antaranya yang telah didakwa ialah :
i.

Kes Mohamed Raihan bin Ibrahim, seorang pelajar tingkatan satuSekolah Menengah Port Dickson yang mengalami kecederaan di kepala terkena cangkul yang digunakan oleh rakannya semasa kelas amali Sains Pertanian. Beliau mendakwa kecederaan berlaku kerana responden, guru mata pelajaran Sains Pertanian gagal membuat penyeliaan ke atas pelajar yang mengikuti kelas perkebunan dan gagal memberi penerangan berkenaan penggunaan cangkul.

ii.

Kes Yogeswari Nadarajah (1975), seorang murid tahun dua SRJK(T) Gemas, Negeri Sembilan yang cedera mata kirinya terkena ranting kayu bunga raya

3

yang dibaling oleh pelajar lain sewaktu berdiri di padang sekolah sebelum sekolah bermula. iii.
iv.

Kes Mahadevan (1969) seorang pelajar yang telah dibuang sekolah oleh pengetuanya kerana kes disiplin. Kes Chen Soon Lee melawan Chong Voon Pin dan Lain-lain(1966) , di mana pelajar disebuah sekolah di Miri Sarawak telah mati lemas semasa berkelah di Tanjong Lobang

v.

Kes Mohd Zaki Shukri (2005) pelajar tingkatan 5 MRSM Pendang Kedah yang patah tulang rusuk dan lebam di badan selepas dipukul oleh lima rakan di asrama.

vi.

Kes Muhamad Afiq Qusyairi Baharuddin seorang pelajar sekolah agama di Kuantan mengalami kecederaan serius setelah dibelasah oleh pelajar senior di asrama

vii.

Kes 100 orang pelajar tingkatan 4 dan 5 SM Teknik Seberang Perai( Ogos 2005 ) mengalami keracunan makanan. Ini adalah sebahagian daripada contoh kes-kes kecuaian guru dan kecuaian

pendidikan yang diketahui kerana adanya laporan di akhbar-akhbar atau media massa yang telah dibawa ke muka pengadilan. Kita semua sedar bahawa taraf pendidikan ibu bapa dan ahli masyarakat semakin tinggi. Justeru, dakwaan di mahkamah ke atas guru dan sekolah menjadi perkara yang tidak asing lagi.Dari masa ke semasa sememangnya sekolah terdedah kepada melakukan kecuaian . Para pendidik, pengetua, guru besar dan pegawai perkhidmatan pendidikan yang lain sentiasa terdedah kepada keadaan yang boleh menyebabkan mereka melanggar peraturan dan undang-undang pendidikan Oleh itu adalah amat penting sesuatu dilakukan supaya kecuaian ini jika pun tidak dapat dihapuskan sama sekali tetapi dapat dikurangkan ke tahap minima. 2.0 Peranan Pengetua sebagai Pengurus Sekolah Pengetua adalah merupakan orang yang bertanggung jawab dalam pengurusan di sekolah. Pengurusan ialah satu proses sosial dibentuk untuk mendapatkan kerjasama,
4

penyertaan dan penglibatan ahli-ahli dalam sesebuah organisasi untuk mencapai sesuatu matlamat atau ojektif yang paling berkesan ( Drucker, 1972 ). Sebagai pengurus sekolah, tentulah seseorang pengetua itu mahu menjadi pengetua yang berkesan.Pengetua berkesan ialah pengetua yang ada wawasan dan ada halatuju yang jelas. Pengetua yang didorong oleh faktor dari dalam dirinya dan bukan semata-mata dorongan oleh faktor luaran. Antara faktor-faktor dalaman yang mendorong untuk bertindak, dedikasi dan bersungguh-sungguh ialah: • • • • • • i Menyedari kerja sebagai ibadat

ii. Faham tugasnya sebagai khalifah dan amanah iii Faham globalisasi dan implikasi ke atas politik ekonomi dan sosial iv. Memahami kegawatan sosial, akidah, ekonomi negara dan abad ke-21 v. Menginsafi keadaan golongan belia kini, perkembangan IPTA dan IPTS vi. Faham punca semua masalah adalah akibat oleh manusia itu sendiri

Tentunya

pengetua

berkesan

akan

berpegang

teguh

dengan

Falsafah

Pendidikan Kebangsaan [Akta Pendidikan 1996(akta 550)] yang menekankan kepada beberapa aspek :I. II. III. IV. V. VI. VII. VIII. IX. X. Pendidikan suatu usaha berterusan Memperkembangkan potensi individu Perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu Insan yang seimbang dan harmonis Unsur intelek Unsur rohani Unsur emosi Unsur jasmani Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan
5

XI. XII. XIII. XIV.
XV.

Rakyat Malaysia yang berketrampilan Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab Rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan pada keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.

2.1

Cara Menangani Isu Kecuaian Guru dan Kecuaian Pendidikan

2.1.1 Mandat atau Punca Kuasa

Untuk melaksanakan tugas ini dan dalam masa yang sama untuk memastikan kecuaian guru dan kecuaian pendidikan dapat dikawal, seseorang pengetua itu wajib mengetahui mandat Pelaksanaan Kuasa. Mandat adalah ‘tauliah’ atau arahan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa atasan yang membolehkan sesuatu tindakan atau dasar diambil ( mandate is an official command or instruction or authority to pursue a policy or course of action) . Mandat merujuk kepada apa yang diarah atau yang dipertanggungjawabkan oleh pihak yang bertanggungjawab (stakeholder) dan yang dilarang melakukannya. “Mandates are written and unwritten rules that govern and guide an institution and its stakeholders. Its maybe directly tied to lows, ordinane, acts and charters”(Sevier, 2000) Dalam pelaksanaan kuasa di sekolah, soal mandat amat penting memandangkan tindakan-tindakan yang diambil oleh pihak sekolah

kemungkinan dicabar oleh pihak murid ataupun keluarga yang tidak berpuas hati dengan tindakan itu dari semasa ke semasa. Untuk tujuan pengurusan di sekolah, kuasa mandat yang dimaksudkan ialah :1. Akta Pendidikan 2. Misi Nasional, Dasar Pendidikan Kebangsaan
6

3. Pelan Induk Pembangunan Penddikan 2006-2010

4. Ordinan Pelajaran 1952 dan 1957, 5. Surat-surat Pekeliling Ikhtisas yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran. 6. Perlembagaan 7. Pemeritahuan Undang-undang (Am) 8. Arahan Perbendaharaan 9. Surat Arahan Jabatan Pelajaran Negeri
10. Undang-undang Kerajaan Malaysia

Seorang pengetua yang berkesan perlu arif mengenai punca kuasa yang ada supaya dalam menjalankan tugas ia mempunyai rujukan dan panduan yang jelas dan nyata supaya tidak tersasar dari tujuan utamanya . Selain daripada punca kuasa, pengetua juga perlu mengetahui mengenai undang-undang pendidikan. Ini perlu untuk mengelakkan pengetua dan pegawai perkhidmatan pendidikan daripada melanggar peraturan dan undang-undang pendidikan. Antara dokumen undang-undang yang perlu diketahui ialah :1. Akta Mahkamah Juvana 2. Akta Kanun Kesiksaan 3. Undang-undang Tort Undang-undang Tort ialah di mana terdapat peruntukan mahkamah bagi mengubati atau membayar ganti rugi kepada individu yang mendapat kerugian akibat perbuatan seseorang. Mengikut Prinsip Tort, setiap manusia adalah bertanggungjawab terhadap apa-apa tindakan yang mengakibatkan kerugian kepada pihak lain. Sekiranya seorang pengurus sekolah itu mengetahui undang-undang, tentulah beliau dapat menggunakan pengetahuannya itu untuk menjaga hak setiap individu di bawahnya (subordinat) dan memastikan segala tindakan yang diambil tidak melampaui bidang kuasa. 2.1.2 Punca kuasa Guru

7

Sekolah adalah “loco Parentis” . The term in loco parentis, Latin for "in the place of a parent" or "instead of a parent," refers to the legal responsibility of a person or organization to take on some of the functions and responsibilities of a parent. (Wikipedia, the free encyclopedia) . Oleh itu guru dan pengetua adalah bertanggung jawab kepada keselamatan pelajar selagi mana mereka berada di dalam kawasan sekolah atau di luar kawasan sekolah apabila mereka mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum. Oleh kerana punca kuasa guru adalah sebagai ‘in loco parentis’ maka adalah menjadi tanggung jawab umum guru untuk • • • mendidik, membimbing dan mengajar pelajarnya mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk para pelajar menjaga keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan pelajar

selagi pelajar itu berada di bawah jagaan guru iaitu semasa pelajar berada di sekolah dan menjalankan sebarang aktiviti pembelajaran termasuklah aktiviti kokurikulum Dari segi undang-undang pula, tanggungjawab guru ialah menyelia dan melindungi pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan 2.2 Peranan Pengurus Sekolah Sebagai pengurus sekolah, adalah menjadi tanggungjawab pengetua untuk memastikan dua bentuk kecuaian yang boleh didakwa iaitu kecuaian guru dan kecuaian pendidikan tidak berlaku di sekolahnya. Untuk memastikan kedua-dua bentuk kecuaian ini tidak berlaku, pengetua sekolah mestilah mengambil langkah-langkah berikut :a) mengkaji apakah punca kecuaian boleh berlaku

b) melakukan perancangan bagi pencegahan c) melakukan pemantauan secara berterusan 2.2.1 Punca kecuaian berlaku. Antara penyebab kecuaian guru dan kecuaian pendidikan boleh terjadi ialah: ➢ kurangnya pengetahuan guru mengenai tanggungjawab mereka iaitu dari segi mandat yang diberikan
8

➢ kurang kefahaman guru semasa menjalankan proses pengajaran terutama guruguru baru ➢ kurang pendedahan atau pengalaman ➢ sikap sambil lewa atau ambil mudah guru-guru
➢ tidak memahami konsep peraturan dan undang-undang yang disediakan

➢ kelemahan mengendalikan pelajar dan tidak dapat mengawal emosi dengan baik 2.2.2 Tindakan Pengetua

Setelah mengetahui punca-punca yang boleh menyebabkan sesuatu kecuaian itu berlaku, sebagai pengetua perlulah mengambil tindakan untuk memastikan perkaraperkara di atas dapat di atasi. Kejahilan pengurus sekolah dan pegawai perkhidmatan pendidikan yang lain mengenai peraturan dan undang-undang pendidikan adalah antara faktor yang dikenal pasti sebagai punca sekolah sering didakwa oleh ibu bapa. Oleh itu, pegawai perkhidmatan pendidikan seharusnya celik undang-undang pendidikan iaitu legal literacy sebelum mereka berkhidmat di sekolah. Dengan cara ini, pendidik atau guru akan lebih bertanggungjawab dan bertindak mengikut peraturan semasa mendidik pelajar-pelajar di sekolah. a) Pengetua haruslah memainkan peranannya untuk memberipendedahan dan penerangan mengenai peraturan dan undang-undang pendidikan Pengetua perlulah memastikan semua dokumen mengenai pekeliling berkaitan, undang-undang, akta yang dikeluarkan oleh pihak berwajib seperti Surat Pekeliling Ikhtisas, Kementerian Pendidikan Malaysia, Surat Pekeliling Perkhidmatan, Kementerian Pelajaran, Pekeliling Perkhidmatan, surat-surat siaran dari Bahagian Sekolah dan Jabatan Pendidikan Negeri, Akta Pendidikan 1996, Buku Panduan Disiplin dan lain-lain disimpan,
9

didedahkan kepada semua guru dan pelajar serta difahami dengan jelas oleh semua pihak yang terlibat di sekolah. Dalam konteks ini pengetua boleh mewujud dan mengamalkan “administrative guide” yang menekankan keselamatan sekolah dalam mengurus sekolah. “Administrative guide” ini boleh diwujudkan berdasarkan peraturan-peraturan yang ada di sekolah, dokumen-dokumen rasmi dari Kementerian Pelajaran Malaysia seperti Surat Pekeliling Ikhtisas, Surat Pekeliling Perkhidmatan, Pekeliling Perkhidmatan, Fail Meja, Manual Prosedur Kerja, Arahan Perbendaharaan, surat-surat siaran dan panduanpanduan yang dikeluarkan berkaitan disiplin dan sebagainya. Dengan cara ini pihak pentadbir mampu mengurus sekolah dengan lebih sistematik dan berkesan. “Administrative guide” ini bukan sahaja perlu difahami dan dihayati oleh pengetua selaku ketua jabatan di sekolah tetapi juga oleh semua guru yang terlibat dalam tugas mengikut bidang masingmasing. Contohnya, guru penyelaras keselamatan dan kebakaran sekolah mempunyai administrative guide mengenai langkah-langkah keselamatan dan pencegahan kebakaran di sekolah. Melalui cara ini, guru akan melaksanakan tugas berpandukan kepada “administrative guide” yang ada untuk mengelakkan wujudnya masalah-masalah yang berkaitan dengan tugasnya.

Penekanan tentang aspek keselamatan diri pelajar perlulah dididik melalui pengajaran, peraturan, latihan, bimbingan dan amalan-amalan di sekolah. Pelbagai program boleh dijalankan seperti ceramah, pameran, demonstrasi, dan lain-lain aktiviti, mempamerkan poster dan peraturan mengenai keselamatan membantu memberi kefahaman dan kesedaran pelajar mengenai keselamatan sekolah. Pengetua juga mesti menggunakan apa sahaja ruang seperti perhimpunan mingguan, pemakluman
10

oleh guru kelas, dan warden asrama, mesyuarat staf, mesyuarat pengawas dan seumpamanya sebagai saluran bagi memperingatkan semua warga sekolah tentang pentingnya menjaga keselamatan dan kebajikan diri masing-masing.

Misi sekolah juga seharusnya memasukkan elemen keselamatan sekolah, pelajar dan guru (National Educational Association, 1996). Ini penting supaya amalan pengurusan sekolah baik dalam pelaksanaan kurikulum, kokurikulum, disiplin dan lainlain mengambil kira keselamatan sebagai indicator piawai keberkesanannya. Contohnya, guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) perlu menjaga keselamatan pelajar dengan rapi semasa di dalam dan di luar bilik darjah. Justeru, tidak akan timbul insiden-insiden seperti kes Khairul Rohaidy Mohd. Noor, seorang pelajar sekolah menengah di Raub Pahang yang mati ditimpa tiang gol pada tahun 1999 (Berita Minggu, 1999). b) Bagi guru-guru yang baru, yang kurang pengalaman dan pendedahan, bantuan haruslah diberikan kepada mereka dengan mengadakan latihan dalaman yang berkaitan dengan bidangtugas mereka dari masa kesemasa Peringatan dan panduan yang berterusan perlu diberi kepada mereka Selain daripada itu mereka juga harus diingatkan bahawa sebagai guru, tanggungjawab utama mereka dari segi undangundang ialah menyelia dan melindungi pelajar selagi mana pelajar berada dalam kawasan sekolah. Semasa berada di dalam bilik darjah, adalah menjadi tanggungjawab guru untuk mengajar, menyelia dan memastikan keselamatan pelajar terjamin. Guru perlu mengambil langkah yang proaktif bagi mencegah elemen-elemen bahaya dan berpotensi mendatangkan bahaya daripada berlaku. Contohnya semasa berada di makmal sains atau di bengkel kemahiran hidup, guru mestilah menerangkan
11

dan mengingatkan langkah-langkah keselamatan kepada pelajar sebelum pelajar menjalankan kerja-kerja amali mereka. Guru perlu sentiasa mengingatkan pelajar

mengenai langkah berjaga-jaga dan berwaspada ketika menggunakan peralatan di makmal atau di bengkel. c) Pengetua juga perlu memastikan adanya hubungan yang baik antara guru dengan pelajar dan dijadikan sebagai amalan untuk mewujudkan iklim sekolah yang selamat. Kajian-kajian mendapati bahawa perhubungan pelajar dengan orang dewasa di sekolah yang bersedia memberikan sokongan apabila diperlukan adalah satu daripada faktor kritikal dalam pencegahan keganasan pelajar (Watson, 1995). Ini akan memudahkan guru dalam pengawalan pelajar semasa di dalam kelas sewaktu menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.

d) Satu lagi peranan pengetua dalam menangani masalah ini ialah menjalankan pemantau yang berterusan untuk memastikan guru dan pelajar sentiasa mengikuti arahan dan peraturan yang diberikan. Pengetua perlu sentiasa menjalankan pemantauan samada dari segi proses pengajaran dan pembelajaran guru, peralatan yang digunakan, keadaan kelas, makmal, bengkel, padang dan lain-lain untuk memastikan semuanya berada dalam keadaan yang baik dan selamat untuk digunakan. e)Selaku pengurus sekolah, adalah menjadi tanggungjawab pengetua untuk memastikan semua staf dan pelajar mengetahui dan memahami peraturan-peraturan yang telah ditetapkan ( Ordinan Pelajaran 1952 dan 1957, Akta Pendidikan 1996 dan Surat-surat Pekeliling Ikhtisas yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran ) dan akibatnya atau kesannya jika melanggar peraturan tersebut. Justeru, langkah pertama ke arah persekitaran yang selamat, dan pembelajaran yang berkesan komitmen
12

menyeluruh dalam sekolah terhadap tingkah laku yang baik dan mematuhi peraturan amatlah diperlukan. Jika ini dapat dilaksanakan semua guru akan menjalankan tugas berdasarkan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dan kecuaian semasa menjalankan tugas dapat dielakkan f) Satu kaedah lagi ialah dengan menjalankan polisi sekolah selamat seperti yang telah disarankan oleh Kementerian Pelajaran. Polisi ini bukan sahaja dapat membantu memastikan keselamatan di sekolah tetapi juga dapat mengawal dari berlakunya kecuaian samada dari guru atau dari kecuaian pendidikan. Antara objektif sekolah selamat adalah seperti berikut :a) Mewujudkan persekitaran sekolah yang sihat, selamat dan menyeronokkan. b) Memastikan hak setiap individu warga sekolah dipertahan dan dijaga. c) Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. d) Menyediakan panduan bagi setiap tindakan yang perlu diambil. e) Mewujudkan persekitaran untuk mental dan emosi yang sihat. f) Meningkatkan tahap penumpuan kepada pelajaran dan kerja di kalangan warga sekolah. g) Menimbulkan rasa lebih mudah dan rela untuk menyumbang secara positif kepada sekolah. h) Meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap keselamatan dalam perancangan dan perlaksanaan aktiviti-aktiviti sekolah. I ) Meningkatkan kefahaman mengenai tatacara dalam menghadapi sebarang isu keselamatan, kecemasan, kemalangan dan mala petaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/2000 pula menghuraikan sekolah yang selamat sebagai “Sekolah sentiasa selamat dan bebas daripada insiden-insiden yang tidak diingini seperti murid diugut, diculik, diperkosa, penglibatan dalam dadah, perlakuan ala-gengster dan melibatkan diri dalam kegiatan gangster atau “triad society”. Sekolah belum cukup selamat sekiranya aspek peraturan
13

dan undang-undang tidak diambil kira. Salleh Buang (1996) menegaskan bahawa sesebuah institusi yang di dalamnya terdapat ahli-ahli yang perlukan perlindungan, keselesaan dan keselamatan, kawalan dari aspek perundangan tidak harus diabaikan. Justeru, sekolah yang selamat ialah sekolah yang sentiasa berusaha memastikan warganya terhindar daripada segala bahaya dan ancaman yang bersifat fizikal, mental, emosi, dan psikologikal yang boleh menggugat keberkesanan proses pendidikan di sekolah. Aspek keselamatan ini pula meliputi struktur fizikal, trafik, makanan, bangunan, padang, kesihatan, disiplin, dan tingkah laku.

Jika semua langkah ini telah diambil, kecuaian masih berlaku dan ada pendakwaan dilakukan oleh ibu bapa atau penjaga, guru dan pihak sekolah tidak perlu merasa takut kerana jika mahkamah tidak dapat membuktikan bahawa kecuaian itu telah dengan sengaja dilakukan tanpa apa-apa langkah berjaga-jaga, makapihak guru dan sekolah akan terlepas dari hukuman Sebagai contoh satu kes pada 19 Mac 1985, seorang guru Muzik mengajar Muzik dalam darjah satu. Semasa pengajaran, guru tersebut mengadakan gerakan ’gerabak keretapi’ di mana murid-murid termasuk Zazlin membuat beberapa pergerakan mengikutrentak muzik. Guru memberi penerangan dengan jelas, dan mereka mengelilingi bilik darjah mereka. Semasa pengajaran tersebut, Zazlin terjatuh dan tangannya patah. Guru dengan bantuan guru yang lain memberi bantuan kecemasan sebelum menghantar pelajar (Zazlin) ke hospital atas arahan guru besar Guru besar memaklumkan kepada ibu bapa berkenaan apa yang berlaku dan tindakan yang sudah diambil oleh sekolah. Bapa Zazlin mengambil tindakan ke atas kejadian itu dan membuat tuntutan ganti rugi.
14

Mahkamah memutuskan seperti berikut : 1 Sebagai guru, guru tersebut mempunyai kewajipan berjaga-jaga keatas pelajar(Zazlin) dan berkewajipan bertindak dengan cara yang munasabah bagi menjaga keselamatan murid-murid di bawah penyeliaannya.
2

Dalam kes ini, fakta menunjukkan tidak ada perkakas merbahaya diberikan kepada murid-murid oleh guru dan oleh hal yang demikian, tidak ada alasan mengatakan kelas berkenaan adalah kelas yang merbahaya yang memerlukan penjagaan yang luar biasa rapinya.

3

Pada setiap kali kelas hendak dimulakan adalah memadai pengawasan biasa dibuat oleh guru berkenaan. Guru sudah mengingatkan muridmurid supaya jangan tolak menolak, berlari ataupun keluar dari barisan Arahan-arahan ini cukup dan memadai untuk tidak berlaku kecuaian dipihak guru.

4

Oleh itu mahkamah telah menolak tuntutan bapa Zazlin. Kes ini membuktikan bahawa sekiranya seseorang guru itu mematuhi

bidang kuasa yang diberikan dengan betul tanpa ada kecuaian dan telah menyelia pelajar dengan kadar yang munasabah, menyelia dan memastikan keselamatan pelajar dan mengambil langkah proaktif mencegah elemen-elemen bahaya maka guru itu akan terlepas dari dakwaan telah melakukan kecuaian. Oleh sebab itulah, pada setiap masa pengajaran guru perlu sentiasa mematuhi tanggungjawab yang telah diberikan. Guru memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan masa depan pelajarnya Kegagalan guru menjalankan tugas dengan baik dan berkesan, mungkin akan memusnahkan
15

masa depan pelajarnya. Ditangan gurulah terletak kejayaan atau kegagalan seseorang pelajar.

3.0 Kesimpulan Walaupun peranan guru pada masa ini amat mencabar dan berisiko tinggi, tetapi sebagai seorang pendidik di sekolah yang dianggap sebagai in loco parentis dan sudah diamanahkan lagi dengan bebanan tugas yang bermacam-macam, guru hendaklah sentiasa berhati-hati dan bersedia supaya ketidakpuasan hati ibu bapa tidaklah sampai ke tahap yang dapat mengancam dan menjejaskan profesionalisme guru-guru. Oleh itu pengetua selaku pengurus sekolah memang sangat perlu memainkan peranan yang sewajarnya untuk memastikan guru-gurunya peka dengan surat-surat pekeliling ikhtisas yang perlu dijadikan rujukan dalam setiap tindak tanduk mereka. Oleh itu, sekolah mesti mempunyai buku Akta Pendidikan 1996 yang boleh dijadikan rujukan oleh setiap guru. Begitu juga dengan pekeliling-pekeliling ikhtisas dari Kementerian Pendidikan juga perlu diedarkan kepada semua warga di sekolah dari masa ke semasa. JIka semua warga sekolah dapat memahami tugas dan tanggungjawab mereka sudah tentu masalah kecuaian guru dan kecuaian pendidikan dapat dielakkan daripada berlaku. Jadi memang sewajarnya semua kakitangan pendidikan mengetahui mandat mereka dalam menjalankan tugas. Kejahilan pegawai pendidikan daripada aspek peraturan dan perundangan perlulah diatasi segera. Hanya dengan cara ini sahaja dapat dipastikan guru-guru tidak akan melakukan kesilapan yang akhirnya akan memudaratkan dirinya sendiri. Guru-guru mestilah melengkapkan diri dengan
16

pengetahuan kerana ditangan merekalah penentu bahawa Falsaah Pendidikan Negara dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan dapat direalisasikan atau tidak Guru di zaman globalisasi ini tidak lagi boleh menjadi lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain Guru zaman kini sewajarnya menjadi bulan atau cermin yang dapat memantulkan cahaya bagi menerangi orang lain tanpa memudaratkan diri sendiri. Guru cemerlang, Negara terbilang !

Rujukan Akhbar Utusan (Edisi On-Line). 13 Julai 2005. “Lebih 100 Pelajar disyaki Keracunan Makanan. ” http://www.utusan online .com.my Akta Pendidikan 1996. Kementerian Pelajaran Malaysia,1996
17

Hj. Abas bin Awang “Pengurusan Sekolah Berkesan” , Institut Aminuddin Baki Glasser, W. (1969). “School Without Failure”.New York: Harper & Row Publishers James Ang Jit Eng,PhD,(2007) “ Pengurusan Disiplin Murid, PTS Profesional, Mohd.Ismail Othman (2003). “Undang-Undang Untuk Pengetua dan Guru Besar”. Pahang: PTS National Education Association. (1996). “Safe School Manual”. NEA: United States Nicholson, G., Stephen, R., & Leavitt, V. (1985). “ Safe Schools: You Can’t Do It Alone”.Phi Delta Pelan Induk Pembangunan Pendidikan,(2006) Kementerian Pelajaran Malaysia, Quin, Mary Magee.et al. (1998). “Safe, Drug-Free and Effective Schools for All Students: What Works”! Salleh Buang (1996). “Sejarah Undang-Undang Malaysia: Kes dan Material”. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Surat-surat Pekeliling Ikhtisas, Kementerian Pelajaran Malaysia (1974-2003) Tie Fatt Hee (2002) Undang-undang Pendidikan di Malaysia, Kuala Lumpur, Penerbit Fajar Bakti Wikipedia, the free encyclopedia, ” http://www .encyclopedia”

18

Soalan 2 Dalam arena pendidikan, pihak sekolah sering terdedah kepada dua bentuk kecuaian yang boleh didakwa iaitu “kecuaian guru” dan “kecuaian pendidikan”. Sebagai seorang pengurus sekolah, bincangkan bagaimana anda dapat menangani isu tersebut.

19

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->