BADAN BUKAN KERAJAAN

Pertubuhan bukan kerajaan (bahasa Inggeris: non-government organisation atau NGO) merupakan pertubuhan yang ditubuhkan oleh pihak atau pertubuhan swasta yang tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan mana-mana kerajaan. Ada NGO yang dibiaya oleh kerajaan tertentu, namun keahlian pertubuhan sebegini tidak terbuka kepada mana-mana pihak kerajaan. Tidak seperti istilah Pertubuhan antara kerajaan, "pertubuhan bukan kerajaan" merupakan suatu istilah bagi kegunaan umum tetapi ia bukan suatu definasi yang sah di sisi undang-undang. Di dalam bidang kuasa mahkamah jenis-jenis pertubuhan ini adalah "pertubuhan masyarakat awam" atau dirujukkan dengan nama-nama yang lain. Sesetengah pihak menganggarkan jumlah pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa sebanyak 40,000.[1] Bilangan pertubuhan tempatan adalah lebih tinggi lagi: Russia mempunyai 277,000 NGO.[2] India dianggarkan mempunyai di antara 1 juta dan 2 juta NGO.[

BADAN BUKAN KERAJAAN DALAM ISU PEMBANGUNAN
1.1 PENGENALAN Salah satu kesan globalisasi ekonomi ialah kemunculan multinational corporation (MNCs) yang secara perlahan-lahan mengambil peranan sebagai pembuat keputusan dan penentu tahap pembangunan sesebuah negara daripada institusi politik iaitu kerajaan. Hal ini berlaku atas desakan luar iaitu pengantarabangsaan ekonomi dan desakan dalaman iaitu keperluan pembangunan ekonomi domestik. Kewujudan pelbagai MNCs yang bertapak di dalam negara ini telah mengakibatkan kerajaan sebagai autoriti pusat telah terhakis kuasanya. Pelaburan dan peluang pekerjaan yang disediakan oleh MNCs kepada rakyat di sesebuah negara menyebabkan ia memiliki daya untuk mempengaruhi kerajaan dalam membuat sebarang keputusan politik yang melibatkan soal ekonomi. Kerajaan boleh dikatakan sebagai satu autoriti yang mengalami dilema apabila sebarang keputusan politik terpaksa dibuat sama ada memberi lebih peluang kepada MNCs dari luar negara atau peluang kepada peniaga, buruh, pengguna mahupun etnik majoriti. Peluang bagi MNCs ialah memperluas pelaburan dan perniagaan mereka di negara ini manakala peluang di peringkat peniaga, buruh, pengguna dan etnik majoriti ialah ruang untuk mereka memperolehi keperluan asas dan kehendak diri dengan pemilikan ekonomi yang dimiliki. Isu pembangunan timbul apabila MNCs dalam negara mengejar keuntungan semata-mata tetapi mengambil buruh dari luar negara atau negara periferi, meningkatkan pengeluaran tetapi mengabaikan aspek kualiti dan menjadi pesaing hebat bagi syarikat-syarikat anak tempatan. Oleh itu, kerajaan tidak lagi boleh diharapkan sepenuhnya untuk membela nasib golongan miskin, buruh dan pengguna di Malaysia kerana perkiraan politik kerajaan harus juga mengambil kepentingan MNCs di Malaysia. Maka, wujud badan bukan kerajaan yang dirujuk sebagai masyarakat sivil untuk memperjuangkan isu pembangunan dalam ruang lingkup mereka. Badan-badan bukan kerajaan ini telah memainkan peranan penting dalam

kaedah-kaedah ini akan dapat merealisasikan hasrat badan bukan kerajaan untuk mencapai matlamat dan kepentingan masing-masing dalam isu pembangunan. kumpulan-kumpulan ini bersaing untuk mempromosikan kepentingan masingmasing dan ia mempengaruhi pembentukan undang-undang dan dasar-dasar kerajaan. Bahagian kedua akan menghuraikan faktor kewujudan badan bukan kerajaan dengan melihat desakan luar dan desakan dalam negara. Bahagian keempat pula akan mengandungi contoh-contoh badan bukan kerajaan seperti Malaysian Trade Union Congress (MTUC). 2. Dalam hal ini. Setelah itu.2.2 Takrif dan Konsep Badan bukan kerajaan dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai non-governmental organization (NGO).2. bahawa proses pembuatan keputusan merupakan satu keadaan persaingan yang mana terdapat pelbagai kumpulan pendesak mewakili kepentingan masing-masing untuk menghasilkan dasar kerajaan yang merupakan satu bentuk manifestasi dan kompromi terhadap tuntutan kumpulan-kumpulan tersebut. (FOMCA). syarahan umum dan promosi kepada orang awam. Tambahannya. berhimpun dan menubuh persatuan. kerajaan mesti bersifat bebas agar dasar yang dibentuk tidak bersifat bias. Kebebasan untuk bercakap. tidak memperolehi autoriti langsung kerajaan dan tidak membawa agenda kerajaan sebaliknya terbentuk atas dasar sukarela. Badan bukan kerajaan merupakan kumpulan yang dibentuk berasaskan kepentingan umum ahli-ahlinya. Apa yang penting bagi sesebuah badan bukan kerajaan adalah untuk mewakili kepentingan golongangolongan tertentu yang tidak memiliki perwakilan dalam pembentukan dasar-dasar kerajaan dalam sistem politik negara.2 Teori Pluralisme: Kewujudan Badan Bukan Kerajaan di Malaysia Bahagian ini akan menjelaskan kewujudan pelbagai badan bukan kerajaan dalam teori pluralisme yang mengiktiraf kepelbagaian kumpulan-kumpulan berkepentingan dalam sistem politik. Kenyataan ini secocok dengan pendapat Baradat (1979).isu-isu pembangunan. Bahagian kelima merupakan rumusan seluruh bahagian seterusnya kesimpulan. Maka. 2. Consumer Association of Penang (CAP) dan Dewan Perniagaan Ekonomi Melayu. 2. Penghuraian ini penting kerana ia dapat membantu untuk memahami bagaimana badan bukan kerajaan mendapat keabsahan. Badan bukan kerajaan dapat dihuraikan tujuannya berdasarkan teori pluralisme iaitu satu keadaan yang mana terdapat pelbagai kumpulan berkepentingan dalam satu arena politik. tidak menjalankan fungsi-fungsi kerajaan. demonstrasi dan menarik perhatian umum seperti pengedaran risalah. Bahagian ketiga. Badan bukan kerajaan telah menggunakan teknik melobi.2 Ciri-ciri Pluralisme . menyediakan fungsi semak dan imbang serta menyuburkan amalan demokrasi. Walaubagaimanapun. kewujudan badan bukan kerajaan secara tidak langsung meringankan bebanan kerajaan. Bahagian pertama akan menjelaskan takrif dan konsep badan bukan kerajaan.1 BADAN BUKAN KERAJAAN 2. Sifat-sifatnya ialah tidak mewakili kerajaan. badan bukan kerajaan harus mendaftarkan kumpulan melalui Jabatan Pendaftaran Persatuan Malaysia (JPPM) berdasarkan kehendak Akta Persatuan 1966. badan bukan kerajaan akan diiktiraf sebagai sebuah badan yang berautoriti. Terdapat pelbagai penggunaan kaedah oleh badan bukan kerajaan untuk menarik perhatian pembuat-pembuat dasar. Esei ini akan membincangkan peranan badan bukan kerajaan. Seterusnya. badan bukan kerajaan akan dikelaskan ke dalam beberapa jenis dengan mencirikan ia kepada golongan yang diwakili dan peranannya.1 Keabsahan dan Autoriti Badan-badan bukan kerajaan diabsahkan kewujudannya berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu Perkara 10. autoriti dan kesignifikanannya dalam mempengaruhi isu pembangunan di Malaysia. 2.

Kerajaan juga tidak harus dipersalahkan seratusperatus dalam isu pembangunan kerana ia juga berkaitan dengan faktor luaran iaitu tuntutan pasaran global yang kian mendesak.2. Jadi.1 FAKTOR-FAKTOR KEWUJUDAN BADAN BUKAN KERAJAAN DALAM ISU PEMBANGUNAN Pembangunan merupakan proses maka ia berterusan. Dalam hal ini kumpulan tersebut merujuk kepada badan bukan kerajaan. Antara kelebiahannya ialah setiap kumpulan berpeluang dan berkebolehan untuk mempengaruhi kerajaan dalam pembuatan dasar. 2. kerajaan adakalanya bersifat tidak ‘neutral’ kerana berpihak kepada badan bukan kerajaan tertentu.3 Kelebihan Pluralisme Pluralisme juga memiliki kelebihan dan kelemahan tersendiri. Oleh itu. peluang untuk membentuk kumpulan mungkin akan terbatas jika terdapat masalah kekurangan sumber kewangan dan kumpulan yang wujud tidak efisien. Tambahannya. Pembangunan secara holistik telah dijalankan dengan berpandukan rangka rancangan lima tahun. wujud badan-badan bukan kerajaan sebagai entiti politik yang berperanan dalam isu pembangunan. Pertama. ekonomi bercirikan kapitalisme yang bermotifkan keuntungan semata-mata dan mengabaikan soal kebajikan pekerja serta kepuasan pengguna.4 Kelemahan Pluralisme Terdapat juga kelemahan-kelemahan dalam pluralisme ini. Hal ini mustahak kerana ia akan memberi peluang kepada semua kumpulan untuk menyuarakan pandangan dalam isu pembangunan. Selain itu. Walaubagaimanapun. Hal ini akan mengganggu prinsip dalam pluralisme itu sendiri iaitu kerajaan harus bersikap bebas. Kedua. Kesemuanya merupakan dasar dan rancangan Malaysia ke arah pembangunan negara. Pertama. produktiviti dan pemberdayaan masih lagi tidak dapat diselesaikan berpandukan dasar-dasar ekonomi ini atau lebih tepat lagi.2. isu pengguna dan isu taraf ekonomi Bumiputera. teori pluralisme ini harus difahami dengan memahami ciri-ciri. Ia telah diteruskan setelah kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Keempat. Antara isu pembangunan yang sering timbul dalam konteks Malaysia ialah hak dan kebajikan pekerja atau buruh. kelebihan dan kekurangan kerana ia akan dapat membantu badan bukan kerajaan menjalankan peranannya dengan cekap dan berkesan dalam memperjuangkan isu pembangunan di Malaysia. Perhatian sebegini sangat penting untuk memastikan setiap isu berbangkit akan disertai tindakan oleh pihak berwajib. 3. kerajaan juga memberi perhatian kepada kumpulan-kumpulan terlibat. pembangunan yang harus merangkumi prinsip kesaksamaan. kerajaan bersifat bebas atau ‘neutral’. Isu-isu seperti ini timbul akibat pembangunan yang tidak setara. tiada kumpulan mendominasi kumpulan lain.Terdapat beberapa ciri dalam teori pluralisme. Ketiga. beberapa faktor akan dijelaskan merangkumi faktor luaran dan faktor dalaman seterusnya membawa kepada kemunculan badan-badan bukan kerajaan. Jika dilihat dalam konteks Malaysia. Peranan kerajaan masih tidak dapat menangani isu-isu pembangunan yang timbul di pelbagai peringkat kumpulan masyarakat. Dasar Pembangunan Negara (DPN) dan yang terbaru Model Baru Ekonomi (MBE). negara akan membuat dasar-dasar hasil interaksi pelbagai kumpulan ini. kelestarian. peranan negara adalah untuk mengawal dan memantau konflik antara kumpulan bukan untuk mendominasi. pembangunan telah mula dijalankan sejak kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Maka.2 Faktor Luaran: Pasaran Global dan Persaingan Multinational Corporation (MNCs) . 3. Selain itu. terdapat juga dasar-dasar ekonomi seperti Dasar Ekonomi Baru(DEB). 2. Buruh-buruh yang berpendapatan rendah contohnya tidak dapat menubuhkan kesatuan sekerja yang efisien dalam mempengaruhi kerajaan terhadap isu-isu mereka jika dibandingkan dengan kesatuan sekerja yang mempunyai sumber kewangan dan tenaga yang lengkap seperti Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).

Pertama. Selain itu.Bahagian ini akan menjelaskan bagaimana tuntutan pasaran global dan persaingan antara multinational corporations (MNCs) telah membawa kepada kemunculan badan bukan kerajaan di Malaysia. wujud kegiatan import dan eksport antara MNCs dan negara. Malaysia sendiri telah meliberalisasikan ekonomi untuk pelaburan luar. Selain itu. Menurut Petrella (1996). Ketiga-tiga segmen dalam teori sistem dunia ini bergantungan antara satu sama lain. Pendefinisian pengantarabangsaan ekonomi oleh Petrella ini secocok dengan Teori Sistem Dunia oleh sarjana Immanuel Wallerstein yang melihat kesalingan hubungan pergantungan antara negara pusat atau ‘core’ dengan negara ‘semi-periphery’ dan negara ‘periphery’. Dalam keadaan pergantungan antara satu sama lain. ketiadaan permit dan isu . 3. teori globalisasi ini akan dapat menjelaskan keadaan ekonomi di Malaysia sehingga ia telah menghakis kuasa negara dan memulakan peranan badan bukan kerajaan dalam isu pembangunan ekonomi. negara-negara pusat berperanan sebagai pemilik utama modal dan melabur dalam ekonomi negara separa pinggir. 3.2. Pergantungan ini wujud hasil sistem ekonomi semasa penjajahan dahulu seperti bekalan buruh. proses pengantarabangsaan ekonomi ialah satu himpunan aliran pertukaran bahan mentah. Ia merujuk kepada hubungan antara pusat (core). wujud juga MNCs dalam pengeluaran barangan elektronik seperti Sony. Isu ekonomi bukan lagi eksklusif kepada konteksnya sahaja tetapi melibatkan hubungan dua hala antara Malaysia dan negara-negara pembekal tenaga buruh seperti Indonesia. ekonomi sesebuah negara bukan lagi bersifat tertutup bagi keperluan domestik sahaja sebagaimana negara Korea Utara yang mengamalkan sistem ekonomi sosialisme dan fahaman politik komunisme berdasarkan Juche Idea. negara separa pinggir pula menjalankan fungsi ekonomi sebagai pengeluar produk separa siap dan siap. masa kerja.2. MNCs yang datang daripada negara-negara pusat seperti ini akan menyediakan peluang pekerjaan di negara-negara ‘semi-periphery’ dalam bentuk pengeluaran barangan separuh siap dan siap. Coca Cola dan Kentucky Fried Chicken. Ekonomi sesebuah negara dalam konteks teori sistem dunia bersifat terbuka untuk pasaran antarabangsa. Ia juga boleh meliputi kewangan dan buruh antara dua atau lebih negara. Salah satu daripada cabang globalisasi ialah pengantarabangsaan ekonomi (internationalization of economy). Di Malaysia. pemindahan teknologi dan pasaran untuk produk serta perkhidmatan. kekuatan MNCs juga turut melebihi kuasa negara. Maka. Kewujudan pelbagai MNCs dalam ekonomi negara ini menyebabkan isu-isu pekerja menjadi lebih kompleks seperti soal upah. Kedua. Globalisasi yang merupakan proses pemampatan masa dan ruang serta dibantu kemajuan teknologi mempunyai beberapa cabang. Isu buruh di negara ini juga bertambah rumit apabila ia melibatkan buruh-buruh asing. Myanmar dan Nepal. MNCs ini mengembangkan pasaran untuk melipatgandakan keuntungan. Pekerja-pekerja pula didatangkan daripada negara-negara pinggir seperti Bangladesh. perlindungan pekerja dan jaminan pekerjaan.2 Teori Globalisasi Teori globalisasi menerangkan satu bentuk pergantungan negara-negara pasca kolonial seperti Malaysia. Tambahannya. ciri dalam teori globalisasi juga ialah kuasa modal asing atau ‘foreign direct investment’ (FDI). negara-negara pinggir berperanan sebagai pembekal bahan mentah dan buruh yang murah untuk proses penghasilan produk. Ia berjalan dalam sistem ekonomi bercirikan kapitalisme iaitu bermotifkan keuntungan yang maksima. separa pinggir (semi-periphery) dan pinggir (periphery). Ketiga-tiga pembahagian ini didasarkan kepada fungsi ekonominya.1 Teori Sistem Dunia Wallerstein Teori sistem dunia diperkenalkan oleh Immanuel Wallerstein. MNCs yang wujud perlu bersaing antara satu sama lain dalam sebuah pasaran bebas (laissez-faire). Panasonic dan Philips. Dalam hal ini. Ketiga. Isu buruh luar ini melibatkan isu-isu seperti layanan berat sebelah. Teori ini akan menerangkan bagaimana ekonomi sesebuah negara dibuka kepada pasaran luar seterusnya didominasi oleh MNCs. barangan separuh siap dan barangan siap serta perkhidmatan. MNCs yang wujud adalah seperti produk makanan iaitu McDonalds.

Jadi. Kerisauan ini berpunca daripada Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bersifat pembela kepada Bumiputera tetapi dilihat tidak efektif untuk menangani masalah tersebut. jika dilihat daripada segi mikroekonomi. kesan-kesan negatif terhadap proses pembangunan ini membuktikan bahawa kewujudan MNCs telah menghakis kuasa dan peranan negara dalam urusan pembangunan maka badan bukan kerajaan dalam bentuk kesatuan sekerja. penyediaan tapak perindustrian dan pengecualian cukai untuk tempoh tertentu amat perlu untuk menarik pelabur-pelabur asing. Oleh itu. Usaha liberalisasi ini telah diumumkan pada tahun 2009 sebagai salah satu cara untuk memperkenalkan Malaysia sebagai pusat kewangan antarabangsa dan memanfaatkan aset atau lebihan dalam negara kepada pelaburan asing. Namun. persatuan pengguna dan kesatuan sekerja yang turut menentukan arah dan matlamat pembangunan sesebuah negara pada hari ini.3 Faktor Dalaman: Ciri-ciri ‘Liberalisation. Dalam kaca mata politik dan ekonomi Malaysia. ia telah menggalakkan lagi kewujudan badan bukan kerajaan yang bergerak atas kapasiti pembela ekonomi Bumiputera. Mahathir sendiri menyifatkan liberalisasi ekonomi sebagai mengambil hak-hak Bumiputera. Walaupun dasar-dasar yang melibatkan ciri-ciri ini adalah untuk tujuan pembangunan ia hanya dilihat sebagai berjaya menunjukkan kesan positif jika dinilai daripada segi makroekonomi.3. 3. Perlembagaan Persekutuan dan sokongan politik etnik majoriti di Malaysia. isu pemilikan ekonomi Bumiputera ini telah mewujudkan dan memperkukuhkan badan bukan kerajaan yang mewakili kepentingan ekonomi Bumiputera dan peniaga-peniaga tempatan. Oleh itu.1 Liberalisasi (Liberalisation) Usaha liberalisasi ekonomi Malaysia telah dijalankan oleh Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak. penyediaan infrastruktur. Mantan Perdana Menteri Malaysia. Galakan kepada pelaburan asing ini telah menimbulkan isu pemilikan ekonomi Bumiputera dalam sektor korporat. Deregulation and Privatisation’ dalam Ekonomi Malaysia Pembangunan ekonomi di Malaysia melibatkan ciri-ciri ‘liberalisation. pemerintah tidak lagi dianggap sebagai sumber kuasa yang unggul sebaliknya banyak lagi institusi sosial nasional dan antarabangsa yang lain seperti persatuan peniaga. isu taraf ekonomi Bumiputera sememangnya sesuatu yang dominan dan signifikan kerana ia melibatkan soal perlembagaan iaitu Perkara 153. Oleh itu. Perdana Menteri Malaysia. 3. Isu-isu pembangunan ini pula telah mendesak kepada kewujudan pelbagai badan bukan kerajaan yang bertindak sebagai kumpulan yang mempengaruhi dasar-dasar dan menyediakan fungsi semak imbang. jelas bahawa faktor luaran yang dijelaskan dengan Teori Sistem Dunia Wallerstein dan Teori Globalisasi telah meningkatkan kebergantungan ekonomi negara dan peranan MNCs seterusnya mencambahkan pelbagai isu pembangunan. . Pelonggaran undang-undang seperti pengurangan tarif dan bukan tarif. usaha liberalisasi ekonomi ia dilihat sebagai penghakisan hak-hak istimewa Bumiputera dalam pemilikan ekonomi dan anak tempatan lain. persatuan pengguna dan persatuan peniaga telah beransur-ansur memainkan peranan untuk memperjuangkan isu-isu yang telah dinyatakan di atas. ia telah menimbulkan ketidakadilan. Keadaan sedia ada dikhuatiri akan bertambah buruk hasil ciri ‘deregulation’ dalam ekonomi. Kenyataan ini secocok dengan pendapat Sity (2002). Hal ini dapat diungkap dalam kata-kata seperti ‘free trade is not a fair trade’ dan ‘one man’s freedom.3. Malaysia sendiri contohnya telah melonggarkan peraturan dengan membenarkan pelabur dan syarikat asing untuk melakukan pembelian sehingga 30 peratus nilai saham dan ekuiti dalam badan korporat pada awal tahun 1990-an. Tambahannya. syarikat-syarikat sedia ada perlu bersaing dengan syarikat-syarikat luar. 3. deregulation and privatization’ hasil dasar-dasar yang diperkenalkan pihak kerajaan.jenayah oleh buruh yang bekerja di Malaysia. Tun Dr. another man’s infringement’. Walaubagaimanapun.2 Peloggaran Undang-undang dan Peraturan (Deregulation) Usaha ‘deregulation’ merupakan salah satu pakej yang harus ada dalam usaha liberalisasi ekonomi.

faedah saraan dan perlindungan di tempat kerja. jaminan halal bagi muslim dan soal kesedaran terhadap hak pengguna menjadi fokus kepada persatuan pengguna. Mahathir telah memperkenalkan penswastaan melalui Dasar Persyarikatan yang memiliki ciri ‘privatisation’ pada tahun 1983.1 JENIS-JENIS BADAN BUKAN KERAJAAN DALAM ISU PEMBANGUNAN Terdapat beberapa jenis badan bukan kerajaan yang telah wujud hasil isu-isu dalam pembangunan di Malaysia. dasar-dasar yang melindungi pekerja. masa kerja. Selain itu. 4.3 Penswastaan (Privatisation) Dasar ini bertentangan dengan konsep pemiliknegaraan yang memusatkan kuasa urusan ekonomi kepada kerajaan.3. Setiap negeri di Malaysia mempunyai persatuan pengguna tersendiri.1. Di Malaysia. Masih lagi timbul soal produktiviti. terdapat persatuan pengguna yang merupakan himpunan semua persatuan pengguna di Malaysia iaitu Federation of Malaysian Consumers Associations (FOMCA). MTUC merupakan kesatuan sekerja yang melibatkan keahlian yang lebih umum berbanding CUEPACS yang hanya mengkhususkan keahlian kepada penjawat-penjawat awam. Pelbagai badan bukan kerajaan menggunakan kaedah-kaedah tertentu untuk mempengaruhi kerajaan yang bersifat ‘neutral’ dalam membentuk sesuatu dasar. kualiti barangan atau perkhidmatan dan pengurangan beban kerajaan. isu upah.1 BADAN BUKAN KERAJAAN / NON-GOVERNMENTAL ORGANIZATION (NGO) DI MALAYSIA DAN PERANANNYA DALAM ISU PEMBANGUNAN . Usaha persatuan pengguna ini melibatkan kempen. ia telah memencarkan kuasa kerajaan kepada badan bukan kerajaan terutamanya dalam isu kelemahan pelaksanaan dasar penswastaan di Malaysia seperti produktiviti dan kebajikan pekerja. pengedaran risalah dan penyebaran maklumat melalui laman web. 5.1 Kesatuan Sekerja Kesatuan sekerja memiliki fokus tersendiri dalam isu kebajikan pekerja. Walaubagaimanapun. Tun Dr. Secara tidak langsung. kebajikan pekerja dan perkhidmatan yang melibatkan kos yang amat tinggi seterusnya membebankan pelanggan. Antara persatuan peniaga yang terdapat di Malaysia ialah Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM). 4. Kewujudan badan bukan kerajaan seperti ini lahir bukan sahaja daripada kesedaran terhadap keadaan ekonomi mereka tetapi juga adalah kerana tindak balas mereka terhadap jaminan keistimewaan Melayu dan Bumiputera yang dilihat masih tidak efektif dalam membela taraf ekonomi mereka selain kegagalan dasar kerajaan seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang masih belum mampu untuk membasmi kemiskinan dan kemelaratan hidup penduduk terutamanya di kawasan luar bandar. Consumer Association of Penang (CAP) merupakan sebuah persatuan pengguna paling aktif dan berpengaruh bukan sahaja di Pulau Pinang tetapi telah menjadi contoh kepada negeri-negeri lain.3. Setiap badan bukan kerajaan mempunyai matlamat atau kepentingan tersendiri sebagaimana yang telah diterangkan dalam teori pluralisme.3 Persatuan Peniaga Melayu atau Bumiputera Sebagaimana yang telah dihuraikan dalam bahagian faktor kewujudan badan bukan kerajaan iaitu isu pemilikan dan taraf ekonomi Bumiputera telah mewujudkan persatuan peniaga yang mewakili kepentingan ekonomi Bumiputera. Badan bukan kerajaan seperti ini wujud hasil penindasan dan pengabaian terhadap isu dan tuntutan para pekerja. Gabungan seperti ini akan memainkan peranan yang lebih berkesan dalam memperjuangkan isu pembangunan. soal harga barangan.1.1. Penswastaan bermotifkan kebaikan seperti kecekapan. 4.2 Persatuan Pengguna Isu-isu pengguna seperti kualiti produk. penswastaan di Malaysia tidak berjalan dengan pengurusan yang baik sebagaimana di United Kingdom dan Amerika Syarikat. 4. terdapat dua contoh kesatuan sekerja yang berpengaruh iaitu Malaysian Trade Union Congress (MTUC) dan Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).

MTUC berperanan untuk menjaga kebajikan para pekerja dengan melindungi pekerja daripada kehilangan pekerjaan. Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ditubuhkan untuk menjalankan fungsi pengurusan kebajikan para pekerja dan ahli keluarga pekerja. Keempat. Kesatuan sekerja ini penting untuk menunjukkan kesatuan berdasarkan prinsipnya iaitu ‘Unity is Strength’. Pertama. CUEPACS bertanggungjawab dalam kebajikan material.5. Seterusnya.3 Federation of Malaysian Consumers Associations (Persatuan Pengguna) Federation of Malaysian Consumers Associations (FOMCA) merupakan sebuah persatuan pengguna yang menggabungkan persatuan-persatuan pengguna lain di seluruh Malaysia. Kedua. Sebagai sebuah kesatuan sekerja terulung di negara ini. kemalangan dan keselamatan sosial para pekerja. CUEPACS turut berperanan untuk menyelia dan memberi khidmat nasihat perundangan kepada kesatuan-kesatuan sekerja yang bernaung di bawahnya berdasarkan perbekalanperbekalan dalam undang-undang kesatuan sekerja yang berkuatkuasa. barangan sudah mencapai tarikh luput. MTUC menuntut agar kadar upah minimum yang setimpal ditetapkan oleh kerajaan dan dijadikan dasar ekonomi negara. faedah saran. Ia juga berperanan untuk membantu mana-mana kesatuan sekerja dan anggota-anggotanya dalam bentuk kewangan. Kelima. Sebagai sebuah gabungan kesatuan sekerja yang besar. Sabah dan Sarawak. MTUC juga lantang mendesak agar pindaan dilakukan terhadap beberapa akta yang dilihat tidak mesra pekerja iaitu Emplyment Act. CUEPACS mengekalkan misinya sebagai organisasi yang mampu memperjuangkan kepentingan pekerja sektor awam dan menjadi pusat rujukan utama berkaitan hal ehwal pekerja serta pemimpin berlandaskan kepimpinan berpengalaman atau knowledge leadership (k-leadership). sosial dan pelajaran kesatuan-kesatuan sekerja yang bernaung di bawahnya dengan apa sahaja kaedah yang sah dan berpatutan mengikut pendirian Konvensyen Kongres atau Majlis Kongres. barangan tidak berkualiti dan tidak mencapai piawaian.1. Terakhir. 000 keahlian. MTUC berperanan dalam banyak perkara yang melibatkan isu pembangunan dalam kumpulan pekerja di Malaysia. 5. Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan Akta Perhubungan Perusahaan 1967. CUEPACS juga berperanan dalam menjaga kebajikan para pekerja tetapi terhad kepada kepentingan dan kumpulan sasarannya iaitu pekerja-pekerja sektor awam di Malaysia.2 Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam/ CUEPACS (Kesatuan Sekerja) Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam atau Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services (CUEPACS) merupakan gabungan kesatuan-kesatuan sekerja dalam sektor awam di seluruh Malaysia termasuk badan-badan berkanun dan kuasa-kuasa tempatan. MTUC juga berperanan dalam menyediakan pusat-pusat latihan untuk para pekerja sebagai nilai tambah kepada kemahiran. Antara pemimpin MTUC ialah P. 5. teknikal dan professional. Ketiga. Keahlian CUEPACS dibuka kepada semua kesatuan sekerja dalam perkhidmatan awam yang berdaftar di bahagian Semenanjung Malaysia. Contohnya.1.1 Malaysian Trade Union Congress (Kesatuan Sekerja) Malaysian Trade Union Congress (MTUC) atau Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia merupakan gabungan kesatuan sekerja bagi pekerja-pekerja seluruh Malaysia dengan 500. Narayanan dan Zainal Rampak. Kesatuan sekerja ini telah didaftarkan pada 23 Oktober 1957 di bawah Enakmen Kesatuan Sekerja dan terus unggul sebagai kesatuan sekerja kepada sektor awam di Malaysia. Hal ini kerana terdapat pengguna yang dinafikan hak seperti tanda harga.1. MTUC juga menuntut agar waktu bekerja dihadkan kepada lima hari kerana para pekerja perlu untuk diberi waktu bersama keluarga dan urusan peribadi. Kumpulan sasaran dan kepentingan bagi persatuan ini ialah golongan pengguna. Ia telah . menyediakan peluang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang akademik. CUEPACS juga menjalankan fungsi untuk menubuhkan jentera yang dipersetujui majikan bagi menjalankan peranan untuk merunding dan membincangkan segala perkara mengenai kesatuan sekerja dan anggota-anggotanya. Kesatuan sekerja ini telah didaftarkan di bawah Akta Persatuan 1966 yang mana pada awal penubuhannya dikenali sebagai National Trade Union Organisation.

Misi FOMCA bukan hanya terhad untuk nilai kewangan pengguna tetapi untuk nilai kemanusiaan seperti soal keselamatan dan kesihatan. Dalam isu pembangunan. terdapat juga perbezaan antara badan bukan kerajaan di Malaysia dan di negara-negara maju. Hal ini adalah untuk mengukuhkan strategi dan pemilikan sedia ada dalam lapangan ekonomi. 5. Jepun dan Korea Selatan. FOMCA berperanan untuk memberi pendidikan secara percuma kepada semua pengguna. DPMM berperanan dalam beberapa hal yang melibatkan kepentingan ekonomi Melayu dan Bumiputera. United Kingdom. DPMM berperanan juga dalam kegiatan penyelidikan masalahmasalah perniagaan agar ia dapat dijadikan panduan dalam memajukan dan menyediakan arah terhadap kaedah-kaedah tindakan.2 Perbandingan Peranan Badan Bukan Kerajaan di Malaysia dan Negara Maju dalam Isu Pembangunan Umumnya terdapat banyak persamaan peranan dan tanggungjawab badan bukan kerajaan di Malaysia dan badan-badan bukan kerajaan di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat. bukan bersifat politik dan merupakan sebuah pertubuhan sivik. pelajaran. dengan adanya pertubuhan ini diharapkan agar ia dapat mempengaruhi pembentukan dasar-dasar kerajaan yang berkaitan dengan perniagaan agar ia tidak mengabaikan kepentingan ekonomi Melayu dan Bumiputera. DPMM berperanan untuk mewujudkan sebuah pertubuhan perniagaan Melayu di peringkat kebangsaan dan di setiap negeri untuk kepentingan dan faedah kaum Melayu dalam lapangan perniagaan dan ikhtisas. Walaubagaimanapun. Umumnya. memberi pendidikan dan melindungi pengguna.4 Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (NGO Melayu dan Bumiputera) Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) merupakan sebuah persatuan peniaga dan badan bukan kerajaan yang mewakili kepentingan ekonomi Melayu dan Bumiputera. DPMM beribu pejabat di Kuala Lumpur dan memiliki 14 cawangan lain di setiap negeri seluruh Semenanjung Malaysia. DPMM bermatlamatkan suatu masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera yang bernilai. Kedua. senarai harga barang kawalan dan kualiti produk melalui laman web. mantap. Keempat. Penumpuan sering diberikan kepada ahli komuniti masyarakat dan pelajar-pelajar sekolah. FOMCA bertanggungjawab dalam menyiasat. DPMM turut memelihara kebajikan para ahli dewan perniagaan dengan menubuhkan yayasan untuk kebajikan. Ketiga. Ketiga. Isu pembangunan di Malaysia seperti yang telah dinyatakan mempunyai kaitan rapat dengan isu pembangunan kaum Melayu dan Bumiputera kerana terdapatnya dasar-dasar yang mencakupi kepentingan mereka iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB). Pertama. tidak bermotifkan keuntungan.1. Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan kecuali negeri Sarawak. berjaya menguasai ekonomi dan kejayaan setiap negeri-negeri di Malaysia. FOMCA berperanan terhadap beberapa aspek kebajikan terhadap pengguna-pengguna di Malaysia.ditubuhkan secara sukarela. Kelima. Kelima. FOMCA telah bekerjasama dengan kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa untuk menyebarkan maklumat. 5. DPMM berperanan dalam usaha untuk menyatukan seluruh peniaga Melayu demi keperntingan dan faedah bersama dalam perniagaan. DPMM berperanan untuk memastikan kelangsungan ekonomi Bumiputera di Malaysia melalui aktiviti perniagaan. ia merupakan badan bertindak yang memberi perlindungan kepada pengguna. Hal ini adalah untuk menjamin kualiti hidup yang lebih baik untuk semua rakyat. membuat kajian dan ujian untuk memperoleh maklumat yang benar sebelum disampaikan kepada para pengguna. latihan. FOMCA berperanan untuk menambah kuasa beli pengguna dan memastikan pembangunan berasaskan keperluan demi menjamin keadilan sosioekonomi dan alam sekitar. Sebagai sebuah badan bukan kerajaan yang mewakili Bumiputera. Tujuan . Kedua. risalah dan kempen. Perbezaan ini terletak pada isu atau tuntutan yang diperjuangkan oleh golongan pekerja. pengurusan dan kemahiran dalam bidang ekonomi dan perniagaan. Demi menjalankan peranannya. Sebagai sebuah persatuan pengguna. Pertama. FOMCA bertindak memberi dan menyebarkan maklumat mengenai hak-hak pengguna.

kaedah-kaedah yang digunakan badan bukan kerajaan dan pendapat sarjana iaitu Baradat mengenai pluralisme agar ia dapat memberi kefahaman mengenai apa yang dimaksudkan sebagai badan bukan kerajaan. 6. Akhir sekali.1 RUMUSAN Esei ini telah menjelaskan peranan badan bukan kerajaan dalam isu pembangunan. Untuk menjelaskan lagi kefahaman dan mengukuhkan hujah. penerangan ditumpukan kepada teori pluralisme. Akumulasi wang ringgit ini tidak sihat untuk ekonomi kerana wang harus sentiasa dijual beli dan mengalir dalam pasaran. Ketiga-tiga faktor dalaman ini merupakan hasil peranan kerajaan maka ia telah mewujudkan pertentangan dengan badan bukan kerajaan sebagai alat semak dan imbang terhadap kerajaan. deregulation and privatization’dalam memberi kesan terhadap golongan pekerja. persatuan pengguna dan persatuan peniaga Melayu . Badan bukan kerajaan juga berperanan untuk menyedarkan masyarakat tentang adanya hak semulajadi dan hak sivil. pengguna dan kumpulan sasaran tertentu. Faktor luaran telah menjelaskan bagaimana pasaran global dan persaingan MNCs menyebabkan isu-isu pembangunan di Malaysia menjadi bertambah kompleks selain percambahan masalahmasalah baharu. Antara jenis badan bukan kerajaan ialah kesatuan sekerja. badan bukan kerajaan tidak kira di Malaysia atau di negara-negara maju memainkan peranan dalam jaminan sosial terhadap para pekerja. Selain itu. Dalam bahagian seterusnya. Perbezaan isu pembangunan antara Malaysia dan negara-negara maju ialah isu gaji minimum dan isu gaji maksimum. Dalam konteks Malaysia. pengertian kepada badan bukan kerajaan telah dijelaskan dengan menerangkan ciri-ciri badan bukan kerajaan.bahagian ini adalah untuk membandingkan Malaysia yang diklasifikasikan sebagai negara membangun dan negara-negara yang telah mencapai status maju. Ia bertujuan untuk memperlihatkan pengiktirafan terhadap kewujudan badan bukan kerajaan sebagai salah satu entiti politik. Peranan ini selalunya dimainkan oleh persatuan pengguna. perhatian juga turut diberikan terhadap keabsahan dan autoriti badan bukan kerajaan melalui Perkara 10. Faktor-faktor dalaman pula telah diterangkan dengan memperlihatkan ciri-ciri dasar ‘liberalisation. jenis-jenis badan bukan kerajaan telah dikemukakan hasil daripada faktor luaran dan faktor dalaman. Perlembagaan Persekutuan dan pendaftaran dalam Jabatan Pendaftaran Persatuan Malaysia. Teori Sistem Dunia Wallerstein dan Teori Globalisasi telah digunakan untuk menerangkan perkaitannya dengan pengantarabngsaan ekonomi dan penghakisan kuasa negara akibat kemunculan MNCs dalam ekonomi sesebuah negara. Faktor-faktor ini telah dibahagikan kepada dua iaitu faktor luaran dan faktor dalaman. Dalam bahagian takrif dan konsep badan bukan kerajaan. kelebihan pluralisme dan kelemahan pluralisme supaya ia dapat menunjukkan kesignifikanan badan bukan kerajaan dalam menanggapi isu-isu pembangunan di Malaysia. persatuan pengguna berperanan untuk menyediakan persekitaran perniagaan yang bersifat mesra pengguna. Isu gaji minimum diperjuangkan di Malaysia oleh kesatuan sekerja seperti MTUC manakala negara-negara maju memperjuangkan isu gaji maksimum. Bahagian faktor-faktor kewujudan badan bukan kerajaan dalam isu pembangunan pula telah merangkumi penjelasan dan penghuraian terhadap punca kemunculan badan-badan bukan kerajaan mengikut kepentingan tersendiri. Isu gaji maksimum pula diperjuangkan kerana ia diyakini dapat mengelakkan akumulasi wang ringgit dalam segelintir pemilik. pengguna dan etnik Melayu Bumiputera. isu gaji minimum adalah untuk menetapkan gaji paling rendah boleh dibayar kepada para pekerja. Dalam bahagian seterusnya. Antaranya ialah menyediakan fungsi semak dan imbang (check and balance) dalam sesebuah sistem politik terutamanya dalam hal-hal berkaitan pembentukan dasar dan matlamat ekonomi sesebuah kerajaan. Terdapat beberapa persamaan antara badan bukan kerajaan di Malaysia dan negara-negara maju. Tambahannya. Dalam bahagian pengenalan. ciri-ciri pluralisme. inti pati kepada keseluruhan esei telah diberikan untuk menerangkan objektif utama isi esei ini dan bahagian-bahagian lain secara umum. Tujuannya untuk membela nasib pekerja dan membasmi kemiskinan melalui kuatkuasa undang-undang.

Kesatuan sekerja mewakili kepentingan golongan pekerja iaitu Malaysian Trade Union Congress (MTUC) dan Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS). CUEPACS. Pada tahun 1974 sdr Anwar Ibrahim telah dilantik sebagai Presiden ABIM yang kedua. . Persatuan pengguna pula ditubuhkan untuk mewakili kepentingan para pengguna seperti Federation of Malaysian Consumers Associations (FOMCA) dan Consumers Association of Penang (CAP). Rahman (sekarang Dato’) sebagai Setiausaha Agung. Bahagian badan bukan kerajaan dan peranannya dalam isu pembangunan menerangkan secara ringkas sejarah. badan bukan kerajaan harus menjalankan peranan sebagai wakil kumpulan pekerja. pengguna dan etnik Melayu Bumiputera dengan lebih berkesan agar ia dapat memberi impak yang berterusan dalam pembangunan di Malaysia yang dihimpit proses pengantarabangsaan ekonomi. Ustaz Siddiq Fadzil (sekarang Dato’ Dr) pula telah dilantik untuk memangku dan seterusnya menjadi Presiden ABIM selepas penyertaan sdr Anwar Ibrahim ke dalam UMNO pada tahun 1982.Bumiputera. Pengerusi penaja rasmi ketika itu ialah (almarhum) Ustaz Abdul Wahab Abdullah dan sdr Fauzi Abd. Persatuan peniaga Melayu dan Bumiputera pula mewakili kepentingan ekonomi etnik Melayu dan Bumiputera seperti Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM). organisasi dan maklumat berkaitan beberapa badan bukan kerajaan iaitu MTUC. Setiap badan bukan kerajaan ini telah dihuraikan peranannya dalam isu-isu pembangunan di Malaysia. Bahagian terakhir ialah perbandingan peranan badan bukan kerajaan di Malaysia dan negara maju dalam isu pembangunan. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hasil beberapa pertemuan generasi pengasas ketika itu. Oleh itu. CONTOH NGO 1) ABIM Sejarah Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah ditubuhkan pada 6 Ogos 1971 di Fakulti Pengajian Islam. Muktamar ABIM yang pertama telah diadakan pada tahun 1972 di mana Ustaz Razali Nawawi (sekarang Profesor Dr) telah dipilih sebagai Presiden ABIM yang pertama manakala sdr Anwar Ibrahim (sekarang Dato’ Seri) dipilih sebagai Setiausaha Agung. jelas bahawa badan bukan kerajaan sememangnya berperanan besar dalam isu pembangunan kerana ia mewakili kelompok masyarakat yang nyata terpinggir atau terlepas pandang dalam arus ekonomi yang kian dipengaruhi pasaran global dan kewujudan MNCs. Perbandingan ini adalah untuk menjelaskan persamaan dan perbezaan antara Malaysia iaitu negara membangun dan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat. Kesimpulannya. ABIM merupakan sebuah (badan bukan kerajaan) NGO Islam yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan pada 17 Ogos 1972 di bawah Akta Pertubuhan 1966. FOMCA dan DPMM.

dan (g) membudayakan amalan politik yang bersih. hak dan keselamatan mereka. pendekatan ABIM ditandai oleh perubahan orientasi ke arah pendekatan menangani dan menyelesaikan masalah (problem-solving). ABIM mengambil pendekatan confrontationaldan dengan demikian. semasa ABIM berada di bawah kepimpinan Ustaz Razali Nawawi dan sdr Anwar Ibrahim. Pada September 1997. Kedah. Di alaf baru. ekonomi dan politik negara. sdr Ahmad Azam Abdul Rahman telah dipilih sebagai Presiden ABIM yang kelima di Muktamar Sanawi ABIM ke-26 di Alor Setar. Pendekatan ini melahirkan banyak institusi dan agensi ABIM seperti Islamic Outreach-ABIM dan seumpamanya. (f) membanteraskan kemiskinan. Pada dekad kedua. Ketika dekad ketiga 1990-an pula. (c) membina rupa budaya bangsa yang sihat. Aktiviti Nasional & Antarabangsa ABIM mempunyai wawasan untuk melihat kemunculan Malaysia sebagai sebuah negara maju yang bermaruah yang mampu mendepani cabaran zaman. sdr Ahmad Azam Abdul Rahman membawa tema pemugaran semula idealisme untuk menggilap semula dinamika perjuangan serta agenda pemersatu ummah. (e) memperjuangkan keadilan. (d) meningkatkan kualiti alam sekitar. nyawa. ketika kepimpinan Ustaz Siddiq Fadzil.Ustaz Muhammad Nur Manuty (sekarang Dr) telah dilantik sebagai Presiden pada tahun 1991. . di tahun-tahun 1980-an. Dalam era 1970-an. kebebasan. maruah. (b) memperkukuhkan hubungan pelbagai kaum dalam rangka membina integrasi nasional. ABIM menjadi vocal terhadap beberapa dasar dan pendirian pihak pemerintah. bertepatan dengan tuntutan semasa yang begitu mendesak. harta. Untuk ini ABIM amat prihatin terhadap pelbagai isu sosial. ABIM sedia mendokong dan memperjuangkan usaha-usaha (a) mewujudkan perpaduan ummah. ABIM terus menjadi jurubicara umat dalam pelbagai dimensi agar umat seluruhnya terpelihara iman. Pendekatan ini dirasakan sesuai dengan tuntutan dan keperluan era itu. ABIM yang berada di bawah kepimpinan Ustaz Muhammad Nur Manuty berperanan lebih proaktif sebagai rakan dalam pembinaan negara (partner in nation-building).

Perpaduan Ummah ABIM sentiasa konsisten dalam usahanya membina kesatuan ummah. Majlis yang turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu. Dato’ Seri Abdul Hadi Awang ini disaksikan di secara langsung di seluruh negara. Rakan Dalam Pembangunan Belia ABIM juga telah diberikan kepercayaan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk menjadi rakan pembangunan belia. Bengkel Penghayatan Ramadhan merupakan salah satu produk dakwah yang dirangka oleh ABIM untuk memenuhi matlamat tersebut. Usaha ABIM mempertemukan dua pemimpin parti terbesar negara telah terakam dalam sejarah melalui Syarahan Perdana Palestin anjuran bersama ABIM dan Dewan Bahasa Pustaka (DBP) pada 8 Mei 2002. . 111 buah daerah seluruh negara terlibat serta seramai 25. Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Dato’ Dr.000 orang remaja dan belia seluruh negara telah mendapat manfaat dari pengisian bengkel tersebut yang berupa pendedahan teori dan praktikal amalan murni di bulan Ramadhan. Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Presiden PAS ketika itu. Sebanyak 555 buah masjid. pengendalian aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan di masjid dan kawasan setempat. Seri Mahathir Mohamad yang juga merupakan Presiden UMNO telah dipertemukan dengan almarhum Dato’ Fadzil Nor (Presiden PAS merangkap Ketua Pembangkang Parlimen ketika itu) di Balai Tun Syed Nasir. ABIM bertanggungjawab memberi pengkhususan kepada program pembinaan insan melalui penganjuran aktiviti keagamaan dan kerohanian di seluruh negara. Dengan mandat ini. DBP.

ABIM juga menjalin hubungan yang akrab dengan badan belia lain di peringkat serantau dan antarabangsa. pemeriksaan dan ceramah kesihatan secara percuma. Council of ASEAN Youth Coordination (CAYC). Jaringan Dakwah Antarabangsa ABIM adalah sebuah organisasi belia berorientasi dakwah yang aktif dalam pelbagai gabungan induk badan Islam sedunia seperti World Assembly of Muslim Youth (WAMY). Islami Chhatra Shibir (Bangladesh). Darul Arqam Singapura.Pembangunan Komuniti Hari Bersama Komuniti yang dianjurkan di peringkat daerah dan mukim merupakan aktiviti lapangan ABIM yang menawarkan peluang kepada masyarakat setempat mendapatkan pelbagai manfaat melalui penglibatan agensi kerajaan. Muhammadiyah. Jamaat-e Islami (Pakistan). dan The Islamic Foundation (England). Dewan Dakwah Islamiah. Bantuan Kemanusiaan Projek kemanusiaan ABIM adalah bersifat jangka masa panjang melibatkan mangsa-mangsa peperangan seperti membekalkan makanan dan ubat-ubatan. Nahdatul Ulama (Indonesia). Australian Federation of Islamic Council (AFIC). Young Muslim Association of Thailand (YMAT). International Institute of Islamic Thought (IIIT). para ibu. penguasa tempatan. Regional Islamic Southeast Asia and the Pacific (RISEAP). badan swasta. dan pertubuhan bukan kerajaan. Antaranya ialah Asean Youth Council (AYC). ASEAN Muslim Secretariat (AMSEC). sektor swasta. pembangunan prasana dan kemudahan pendidikan serta kesihatan. bekalan air bersih. belia. ABIM memimpin gabungan 76 badan bukan kerajaan (NGO) di bawah Misi Keamanan Sejagat (Global . Di samping itu. aneka jualan gerai amal. pertandingan melukis. mewarna dan gubahan kraftangan. badan bukan kerajaan (NGO). remaja. Pelbagai pertandingan menarik untuk kanak-kanak. dan World Council of Muslim Inter-Faith Relations (WCMIR). Rabitah Islami (Arab Saudi). kaunter menderma darah serta persembahan hiburan dan kesenian Islam. dan keluarga seperti sukaneka. pameran dan khidmat nasihat oleh agensi kerajaan.

Kabul (Afghanistan). Dr P Shanmuhasuntharam Bendahari :Pubalan Ramachandaran & Kannan Manickam . pengangkutan dan tenaga kerja dari pertubuhan sukarela antarabangsa sedia ada. Dr Mohamed Ikram Mohamed Salleh Timbalan Presiden II(Bukan Perubatan) :Mohamad Azman Sulaiman Setiausaha Agung: Raja Riza Shazmin Bt Raja Badrul Shah Penolong Setiausaha : Prof. Kosovo. Baghdad dan Najaf di Iraq serta Amman di Jordan. Uzbekistan. beliau dan beberapa rakan sejiwa dengannya telah menubuhkan Persatuan Perubatan Malaysia pada Jun 1999.genekologi untuk memberi perkhidmatan kesihatan percuma kepada mereka. seorang doktor obstektik. ABIM terlibat secara langsung dalam misi kemanusiaan di peringkat antarabangsa seperti di Bosnia. Presiden:Datuk Dr. Timbalan Presiden I (Perubatan) : Prof. Jemilah Mahmood. Kashmir (sempadan India-Pakistan). Hashimite Charity (Jordan) dan United Nations on Human Committee Relief (UNHCR) telah membolehkan ABIM melaksanakan projek bantuan kemanusiaan dan menjalin kerjasama dengan agensi bantuan tempatan di pelbagai pelusuk dunia. Malangnya sangat sukar untuk mendapatkan bantuan perubatan . Qasr-e-Shirin (sempadan Iran-Iraq). Perak. Lantaran itu. [sunting] Organisasi • • • • • • • Penaung : Sultan Azlan Muhibbuddin Shah. Misi pertama mereka ialah ke Kosovo diketuai oleh Dr Jemilah Mahmood dan 4 sukarelawan yang lain. Peshawar (sempadan PakistanAfghanistan).Peace Mission) dan penaja kepada Malaysian Relief Agency – Sarajevo (MRA). 2) MERCY Sejarah Perang Kosovo pada 1999 yang melibatkan pembersihan etnik oleh puak Serb terhadap penduduk Kosovo telah memberi ilham kepada Datuk Dr Jemilah Mahmood . Malaysian Relief International (MRI) selain aktif sebagai badan gabungan dalam Perikatan Keamanan Rakyat Malaysia (AMAN). Kerjasama dan persefahaman erat dengan badan kemanusiaan antarabangsa seperti Islamic Relief Agency (ISRA). kewangan .

rumah anak yatim Babun Najah di Ulee Kareng. Pahang. Mercy merupakan pasukan pertama tiba di sana. [sunting] Banjir di Johor Mercy turut memberi bantuan ketika banjir melanda Johor. Aceh Jaya. Pembinaan Sekolah Menengah Umum Lhoknga. Seramai 500 jururawat dan 211 pelajar Unisyiah terkorban pada 26 Disember 2004 akibat tsunami.5 juta. Ini termasuklah penilaian tahap kesihatan. Daud. Menyiapkan Pusat Anak Yatim Daruzzahidin di Kuta Baro.Encik Azman Zainon Abidin [sunting] Tatacara bantuan Bagi menyelaras bantuan perubatan dan kemanusiaan Mercy telah menggunapakai beberapa kaedah seperti Sphere Standard .Januari 2007. Mercy mendapat kerjasama daripada Badan Pemulihan dan Pembinaan Semula (BRR) Indonesia dan penduduk tempatan. Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia). Melaka pada 19 Disember 2006 . Pengerusi dan Pengasas Kumpulan Sapura. Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM). Rumah anak yatim Kayee Kunyit di Aceh Besar yang ditaja oleh Yayasan Shamsuddin Abdul Kadir di bawah Kumpulan Sapura. Darni M. Tan Sri Shamsuddin Abdul Kadir dan Rektor Unisyiah.. Datin Sri Noraini Mohd. nutrisi. air. [1] [sunting] Misi di Aceh Apabila bencana tsunami 2004 berlaku di Aceh. . Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kelab Lion Malaysia. Persekutuan Pengakap Malaysia. Majlis penyerahan Gedung Petronas turut disertai Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd. Pusat Kesihatan Masyarakat Meuraxa dan Pusat Kesihatan Masyarakat Panga. • • • • • Bangunan Program Akademi Jururawat. rumah penempatan semula Desa Seubun Ayun dan rumah utama Desa Weu Raya. Piawai penilaian juga dibuat oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Datuk Azman Mohktar. Yang Dipertua Petronita. Medic Asia. 60 agensi kemanusiaan telah menggunakan pelbagai piawai sejak 10 tahun yang lalu. (Petronas). kebersihan serta tempat tinggal.Ahli jawatan kuasa :Dr. Dr Ahmad Faizal Perdaus . Pembinaan semula kem pemindahan dalaman (IDP) Desa Weu raya. Yusoff . Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah serta badan-badan bukan kerajaan. Fakulti Kedoktoran Universiti Syiah Kuala (Unisyiah) yang ditaja sepenuhnya oleh Petroliam Nasional Bhd. dan Pusat Anak Yatim Sukamakmur di Sibreh. Bangunan ini dinamakan Gedung Petronas. Heng Aik Cheng .Sphere Standard merupakan penentu keperluan minimum mangsa bencana. Dr. Sukarelawan lain yang turut membantu ialah Yayasan Salam. Mercy berjaya menyiapkan 16 projek pembangunan bernilai RM18. Akademi Farmasi Dinas Kesihatan. Akademi Perawat Jabatan Kesihatan.

Seramai 9 misi Mercy telah dihantar ke sana.asp? y=2007&dt=0117&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_06.utusan. merawat 175 pesakit setiap hari dan membantu 18. Pada 25 Januari 2009. Iran pada 26 Disember 2003 memusnahkan bandar purba tanah liat berusia 2500 tahun.my/country. Barack Husssein Obama mengangkat sumpah pada 20 Januari 2009.htm&arc =hive 2. ↑ http://www.my/utusan/archive.org. Pelbagai kemusnahan akibat bom digugurkan termasuk sekolah dan penempatan milik PBB.Iran Gempa bumi di Bam. 13 km dari bandar Bam .mercy. Serangan hanya dihentikan apabila Presiden Amerika Syarikat yang baru.com. provinsi Kerman . Palestin sejak 27 Disember 2008 hingga 20 Januari 2009. Mercy Malaysia menghantar pasukan pakar perubatan ke-7 ke Semenanjung Gaza . ↑ Mercy Hantar Pasukan Ketujuh Ke Gaza 3) . Bekalan perubatan dan ubat-ubatan bernilai USD400.[2] [sunting] Gaza.[sunting] Misi di Bam.[3] [sunting] Rujukan 1.62) telah dihantar.000 mangsa. Palestin Israel melancarkan perang terhadap Hamas di Gaza . Mercy Malaysia telah bertugas di hospital medan bersama pasukan Itali di Baravat. Orang ramai boleh menderma melalui Tabung Bantuan Palestin melalui Mercy Malaysia melalui akaun Maybank 5621-7950-4126 atau melayari web www.php 3.my . ↑ http://www.mercy.org. Mercy beroperasi di sana hingga April 2004 .000 (USD1 = RM3.Pemangku Presiden Mercy Malaysia Dr Ahmad Faizal Perdaus menyatakan infrastruktur dan kemudahan kesihatan di Gaza mengalami kerosakan teruk.