You are on page 1of 14

LAPORAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SEKOLAH KEBANGSAAN YAN KECHIL

PADA: 7 JULAI 2013 TEMPAT: PADANAG SEKOLAH KEBANGSAAN YAN KECHIL

Disediakan Oleh: NAMA PELAJAR: MOHAMMAD FALAKHUDDIN BIN HARON NO. K/P: 901225-08-6131 PROGRAM: PISMP MATEMATIK SEMESTER 8 SEKOLAH INTERNSHIP: SEKOLAH KEBANGSAAN YAN KECHIL

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA SEKOLAH NAMA PROJEK/AKTIVITI TEMPOH PERLAKSANAAN TARIKH

: Sekolah Kebangsaan Yan Kechil : Kejohanan Balapan dan Padang SK Yan Kechil : 8.00 1.00 petang : 7 Julai 2013

Pada 7 Julai 2013, telah berlangsungnya Kejohanan Balapan dan Padang Sekolah Kebangsaan Yan Kechil kali ke-33. Dalam kejohanan ini, seluruh warga SKYK telah memberikan kerjasama dengan melibatkan diri secara langsung memastikan kejohanan ini dapat dijayakan seperti yang diharapkan. Kejohanan Balapan dan Padang yang dilaksanakan oleh warga SKYK ini adalah berdasarkan beberapa objektif yang ingin dicapai. Antara objektif yang telah digariskan ialah :

a. Murid dapat mengambil bahagian serta melibatkan diri secara aktif dalam bidang kokurikulum. b. Menanam semangat kesukanan yang tinggi di kalangan murid . c. Menggalakkan persaingan sihat di antara rumah rumah sukan yang bertanding. d. Mengeratkan silaturahim antara guru, ibu bapa dan murid.

Atas inisiatif kami pada Internship kali ini, saya dan rakan dari Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim telah diberikan tugasan masing-masing untuk

bekerjasama dalam memastikan kejohanan ini dapat dijalankan dengan jayanya. Kami telah membantu dan melibatkan diri secara langsung. Melalui perbincangan yang

dibuat bersama setiausaha sukan sekolah iaitu Encik Abdul Khadir, saya bersama rakan praktikum diberikan peluang untuk bertanggungjawab terhadap beberapa bidang tugas seperti penjaga masa, penjaga garisan, mengendalikan murid-murid rumah sukan dan sebagainya. STRATEGI PERLAKSANAAN : Sebelum : Sebelum kejohanan balapan dan padang berlangsung, saya dan rakan praktikum telah sama-sama terlibat dalam mengendalikan acara saringan pada sebelah petang iaitu pada hari Selasa, 2 Julai 2013. Saya yang telah ditugaskan untuk menjadi pegawai dalam acara lompat jauh bersama Pn. Kasmiza bt. A. Razak. Melalui pemerhatian yang dibuat, kebanyakan murid masih tidak dapat melakukan teknik lompatan dan membuat larian yang betul. Oleh sebab itu, saya diminta untuk membantu murid-murid ini dengan mengajar mereka cara melakukan permulaan lari dan cara melompat yang betul. Semasa acara lompat jauh berlangsung, saya diberikan tugasan iaitu megukur jarak lompatan murid dan memberikan keputusan kepada Pn. Kasmiza selaku hakim yang bertugas dalam acara lompat jauh. Dengan bantuan guruguru dan murid yang banyak pengalaman dalam acara tersebut saya dapat melaksanakan tugasan ini dengan baik. Semasa : a. Acara padang; ( Acara lumba lari 100 m, 200 m, 4 X 100 dan 4 x 100) I. II. Menjadi pengelola peserta acara padang Menyusun peserta untuk setiap acara yang dipertandingkan mengikut aturcara yang dirancangkan.

III.

Memberikan nama nama peserta kepada hakim acara yang dipertandingkan.

IV. Selepas :

berjaya supaya dapat memberikan nama kepada hakim pencatat.

Selesai sahaja hari kejohanan ini, saya dan rakan-rakan telah bersama-sama bergotong membersihkan padang dengan mengutip sampah dan menyusun kerusi. b. Gotong royong membersihkan padang. I. II. Mengutip sampah dan menyusun kerusi Bekerjasama dengan guru-guru dan pihak sekolah untuk membersihkan kawasan padang sekolah SK Yan Kechil REFLEKSI: 1) Kekuatan Projek / Aktiviti

Sepanjang Kejohanan Balapan dan Padang di SK Yan Kechil, saya mendapati acara yang dipertandingkan telah berjalan dengan lancar mengikut masa yang telah ditetapkan. Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izinnya cuaca pada pagi tersebut sangat baik sekali. Alhamdulillah.

Saya selaku salah seorang guru daripada rumah sukan berpuas hati dengan tugasan yang diberi kerana saya dapat meringankan beban guru yang menguruskan pengelolaan peserta tersebut. Segala tunjuk ajar yang mereka berikan sangat bermakna kepada saya. Sesungguhnya, saya sangat menghargai pertolongan mereka.

Selain itu, melalui projek ini, saya mendapat banyak pengalaman

terutama

menjadi

urusetia

pengelolaan

peserta.

Segala

kekuatan

dan

kelemahan semasa saya menjadi urusetia tersebut dapat saya praktiskan dan atasi masalah tersebut dengan sebaik mungkin sekiranya saya diberi tanggungjawab yang sama semasa terlibat dalam Kejohanan Sukan Sekolah kelak. Saya melihat semua guru dan murid sangat memberikan kerjasama untuk memastikan kelancaran dan kemeriahan Kejohanan Sukan tersebut. Buktinya, guru- guru dan murid murid mempunyai semangat kesukanan yang tinggi dengan menyokong peserta acara yang mewakili rumah sukan masing. Hal ini membuatkan saya menyukai hari sukan sekolah apabila melihat semangat kesukanan mereka. Akhirnya, saya turut membantu membersihkan kawasan sekolah

bersama- sama guru-guru, pihak sekolah dan murid-murid lain untuk memastikan kebersihan sekolah sentiasa terpelihara. Kerjasama antara semua pihak sekolah tanpa mengira peringkat usia amat perlu dicontohi. Bak kata pepatah, ringan sama dijinjing, berat sama dipikul.

2) Kelemahan Projek/ Aktiviti: Sepanjang perlaksanaan projek ini, hanya sedikit masalah yang telah dikenalpati. Antara masalah semasa saya menjadi pengelola peserta ialah masalah berlaku apabila ada peserta yang tidak hadir semasa acara hendak dipertandingkan. Oleh yang demikian, proses penyusunan peserta mengambil sedikit masa. Namun begitu, masalah cepat diatasi apabila guru setiap rumah sukan cepat bertindak untuk mencari pengganti untuk mewakili rumah sukan masing- masing. Masalah sound system semasa awal pembukaan Kejohanan Sukan ini berlaku tanpa dijangka kerana semua guru yang terlibat dalam menyediakan dan menguruskan alatan yang diperlukan telah menjalankan tugas dengan baik sekali. Persediaan alatan telah dijalankan sebelum acara dijalankan telah

dipastikan dalam keadaan baik, namun begitu masalah yang dihadapi ini mungkin terdapat sedikit kesilapan teknikal secara tidak sengaja.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:

Setelah mengenalpasti kekuatan dan kelemahan projek yang dijalankan. Beberapa cadangan yang dapat saya usulkan. Antaranya ialah:

Cadangan pertama ialah, untuk mengelakkan masalah sound system berulang lagi, fungsi alatan sound system dan juga peralatan hendaklah sentiasa diperiksa selalu supaya sebarang gangguan dapat dikenalpasti terlebih dahulu, maka proses membaikinya juga dapat berjalan dengan lancar dan cepat.

Seterusnya, cadangan yang kedua ialah untuk memastikan kelancaran penyusunan peserta yang mengambil bahagian, guru guru rumah sukan hendaklah mengenalpasti kehadiran peserta terlebih dahulu dan mencari pengganti peserta tersebut. Kemudian, guru rumah sukan tersebut perlu merujuk guru yang terlibat dalam pengelolaan peserta dengan memberi nama baru. Oleh yang demikian, proses penyusunan peserta acara dapat berjalan dengan lebih lancar apabila semua peserta

yang terlibat hadir untuk menyertai pertandingan.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, perlaksanaan projek ini tamat dengan jayanya dan meriah sekali. Saya juga telah mendapat pengalaman yang baru dan amat berharga ini dalam menyertai projek ini. Sesungguhnya, pengalaman ini amat bermakna untuk memberi pengetahuan dalam mengendalikan projek sukan tahunan sekolah. Semua guru-guru, pekerja am sekolah, wakil PIBG,ibu bapa dan murid-murid telah memberikan kerjasama yang sangat baik dari awal sehingga tamat projek sukan tahunan sekolah ini. Setinggi tinggi ucapan terima kasih saya ucapkan.

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

______________________ (Mohammad Falakhuddin Bin Haron) Guru Praktikum Program Internship, Sekolah Kebangsaan Yan Kechil

______________________________ (En. Zolkapli Bin Ahmad) Mentor Program Internship, Sekolah Kebangsaan Yan Kechil

Dokumentasi Sepanjang Hari Sukan (Perarakan Rumah Rumah Sukan)

1.0 Perarakan Masuk Rumah Hijau

2.0 Perarakan Masuk Rumah Biru

3.0 Perarakan Masuk Rumah Merah dan Kuning

4.0 Majlis Pembukaan Hari Sukan

5.0 Acara balapan SK Yan Kechil

6.0 Guru Guru Pelatih SK Yan Kechil

7.0 Ahli ahli rumah sukan yang menjadi penyokong setia

8.0 Penyampaian Pingat Kemenangan

9.0 Para Ibu bapa dan guru SK Yan Kechil

10.0 Tempat pertama: Rumah Biru

11.0 Wajah kegembiraan murid dalam Kejohanan Sukan Sekolah

You might also like