You are on page 1of 44

AMALI 3 : LAWATAN MAYA, PEMULIHARAAN EX-SITU

OLEH : DATO LIANG ANAK SERUJI ROSALINA ZAFIRAH BINTI ROZALI VORONIA ANAK DAIP

Kandungan :
Pengenalan
Jenis dan ciri-ciri penyu di Malaysia

Kitaran hidup & sifat biologi penyu Punca ancaman terhadap penyu Kaedah penetasan Langkah-langkah pemuliharaan Senarai pusat pemuliharaan Cara mengatasi kepupusan

PUSAT PEMULIHARAAN PENYU

PENGENALAN : PENYU
Penyu telah wujud sejak lebih 100 juta tahun yang lalu yang dipercayai sezaman dengan zaman dinasour . Ianya adalah haiwan vertebrata dalam kelas reptilia di bawah Order Chelonia yang tergolong bersama dengan ular, cicak, kura-kura, labi-labi dan tuntung. Penyu juga mempunyai kulit yang bersisik, bernafas melalui paru-paru, suhu badan yang sama dengan suhu persekitaran, bertelur dan adalah haiwan marin.

Walaupun ia boleh menyelam dan berada dalam air untuk sekian lama, tetapi ia mestilah timbul kepermukaan air untuk bernafas. Penyu merupakan spesies yang hidup lama dan mengambil masa di antara 20 hingga 50 tahun untuk matang mengikut spesies. Kini ke empat-empat spesies penyu ini adalah sedang terancam dan besar kemungkinan akan mengalami kepupusan.

JENIS PENYU DI MALAYSIA

Penyu Belimbing/Leatherback Turtle (Dermochelys Coriace)

Penyu Belimbing ialah spesies penyu yang terbesar di antara jenis-jenis penyu yang terdapat di dunia. Kini spesies penyu ini semakin kepupusan. Inilah satu-satunya jenis penyu yang tidak bertempurung keras, di mana karapasnya ( cengkerang) adalah lembut dengan mempunyai tujuh jaluran panjang yang memanjang dari bahagian kepala hingga ke ekor. Ia boleh membesar sepanjang 2 meter dan mencapai berat sehingga 600kg. Penyu ini menghabiskan hampir keseluruhan hayatnya di dalam laut lepas dan berkebolehan untuk menyelam sedalam 400m hingga 1,200m.

Penyu ini mudah dikenali kerana cengkerangnya yang menyerupai seperti buah belimbing. Warna badannya adalah kehitaman dan bertompoktompok putih. Bahagian atas mulutnya yang melengkung adalah untuk memudahkannya menangkap obor-obor yang merupakan makanan utamanya. Ianya menghasilkan telur antara 60 120 biji pada suatu masa. Musim bertelurnya adalah Mac hingga Ogos. Di Malaysia , tempat utama penyu ini naik ke pantai untuk bertelur adalah di Rantau Abang, Terengganu dan terdapat juga Paka, Pahang untuk bertelur. Telurnya berwarna putih dan berkulit lembik dengan ukuran garispusat 5 6.5 sm.

Penyu Agar/Green Turtle (Chelonia Mydas)

Penyu Agar juga dikenali sebagai " penyu hijau " mengikut warna lemak dalam badannya yang berwarna hijau. Warna penyu ini adalah coklat buah zaitun atau coklat tua atau kehitaman. Penyu ini boleh membesar sehingga lebih 1 meter dengan berat badannya di antara 135 270 kg.

Makanan utamanya adalah rumpai laut dan rumpair. Musim bertelurnya adalah di antara April September dan menghasilkan 100 140 biji setiap kali bertelur. Penyu ini terdapat di Negeri Terengganu, Pahang, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Telurnya adalah berwarna putih dan berkulit lembik dengan ukuran garispusat lebihkurang 5.0 sm.

Penyu Karah@Sisik / Hawksbill Turtle (Eretmochelys Imbricata)

Penyu ini juga dikenali sebagai penyu sisik. Ianya mempunyai karapas yang keras dan nampak seperti sisik-sisik yang bertindih. Warna badannya adalah coklat , bersaiz sederhana dan boleh membesar sehingga 70 90 sm dengan berat badannya di antara 35 75 kg. Bentuk paruh mulutnya yang menyerupai paruh helang. Makanan utamanya adalah span dan karangan lembut yang terdapat di kawasan terumbu karang.

Spesies penyu ini kebanyakannnya terdapat di kawasan terumbu karang . Musim bertelurnya adalah Mac Jun dengan purata bertelur sehingga 130 biji. Penyu ini terdapat di negeri Terengganu, Pahang, Melaka , Johor, Sabah dan Sarawak. Telurnya adalah berwarna putih dengan kulit yang lembik dan berukuran garispusat lebih kurang 5.0 sm.

Penyu Lipas / Olive Ridley Turtle (Lepidochelys Olivecia)

Penyu lipas adalah penyu yang terkecil di antara empat jenis penyu yang terdapat di Malaysia. Ianya boleh membesar sehingga 6.0 6.5 sm dengan berat yang biasanya di antara 35 50 kg. Warna badannya adalah gelap atau coklat buah zaitun dan bahagian bawahnya berwarna putih. Makanan utamanya adalah udang,obor-obor, ketam dan siput. Musim bertelurnya adalah dari Mac Jun dan menghasilkan purata telur 100 biji setiap kali bertelur.

Telurnya adalah berwarna putih , berkulit lembik dan bergarispusat lebihkurang 4.0 sm. Penyu ini terdapat di Pulau Pinang, Pahang dan Terengganu. Kini bilangan spesies penyu ini yang mendarat untuk bertelur di pantai-pantai Malaysia adalah semakin berkurangan dan diancam kepupusan.

Kitaran hidup & sifat biologi

Penyu pada amnya mempunyai satu kitaran hayat yang sama. Penyu betina akan mengawan dengan penyu jantan di laut sebelum naik bertelur ke pantai. Penyu betina akan mendarat di pantai pada waktu malam untuk bertelur. Tempoh masa bertelur adalah berbeza mengikut jenis penyu, kebiasaanya adalah 1 3 jam. Selepas musim bertelur, penyu itu akan berhijrah ke kawasan makan asalnya yang jauh.

Seekor penyu betina boleh bertelur di antara 4 - 6 kali di sepanjang musim bertelur. Biasanya selang masa di antara satu masa peneluran dengan yang lain ialah 8 15 hari bergantung kepada jenis penyu. Kemudian selepas 2- 8 tahun, penyu-penyu tadi akan berhijrah semula untuk bertelur di pantai yang sama tempat ia bertelur. Kebanyakan penyu betina tidak bertelur dua tahun berturut-turut.

Telur yang dihasil akan ditinggalkan dan tidak dijaga. Tempoh pengeraman dan jantina anak-anak penyu adalah dipengaruhi oleh suhu pasir di mana suhu yang panas ( 30C ke atas ) akan menghasilkan anak penyu betina dan suhu sejuk ( 26 278C ) menghasilkan anak penyu jantan. Telur penyu akan menetas dalam tempoh 2 bulan dan bergantung kepada jenis penyu dan suhu pengeraman. Anak-anak penyu yang menetas akan keluar dari sarang pada waktu malam dan terus menuju ke laut mengikut cahaya bulan.

Pada peringkat ini anak-anak penyu dikatakan mengalami proses " imprinting " yang membolehkan anak penyu tersebut kembali semula ke pantai tempat kelahirannya apabila dewasa kelak. Ada ahli Saintis meramalkan sebanyak 1,000 hingga 10,000 telur diperlukan untuk mendapatkan seekor penyu betina atau seekor penyu jantan dewasa yang berjaya mencapai ke peringkat dewasa dalam masa 20 hingga 50 tahun.

Kaedah penetasan

a) Penetasan telur penyu secara insitu.


Penetasan cara ini adalah dimana telur-telur penyu dibiarkan didalam sarang yang asal tanpa diganggu , tetapi sarang-sarang ini ditanda bagi tujuan digali sarang tersebut apabila semua telur-telur dalam sarang itu telah menetas. Sarang ini digali untuk mendapatkan maklumat jumlah telur yang menetas dan tidak menetas serta sebabsebab telur tidak menetas. Daripada kajian dan penyelidikan yang telah dijalankan didapati kaedah ini adalah yang paling baik kerana telur-telur menetas dalam keadan semuladadi tanpa gangguan kepada telur-telur di dalam sarang.

b) Penetasan secara ex-situ /kaedah hatcheri Kaedah


penetasan ini adalah dimana telur-telur dalam sarang diambil dan ditanamkan semula untuk tujuan penetasan di tempat penetasan yang dibuat oleh manusia. Kaedah penetasan banyak dilaksanakan oleh Jabatan Perikanan Malaysia. Kaedah ini dilaksanakan untuk memudahkan pihak Jabatan membuat pemantauan di samping untuk mengelakkan daripada kecurian telur. Kini,tempat penetasan/hatchery tempat penetasan telur penyu cara ini adalah secara terbuka dan tertutup.

c) Penetasan dalam kotak strofoam


Kaedah ini dijalankan dengan cara mengambil telurtelur dari tempat penetasan dan dimasukkan ke dalam kotak strofoam yang diperbuat daripada gabus dan dimasukkan pasir pantai. Kotak strofoam disimpan ditempat yang selamat dan terlindung daripada pancaran matahari dan hujan. Selepas sebulan , telur-telur dalam kotak strofoam ini dipindahkan ke tempat penetasan untuk penetasan. Terdapat juga telur-telur penyu dibiarkan menetas dalam kota strofoam.

LANGKAH-LANGKAH PEMULIHARAAN
SELAMAT DATANG KE Pusat Pemuliharaan PENYU Padang Kemunting, Pengkalan Balak

LANGKAH PEMULIHARAAN :

PENYU BERTELUR

TELUR PENYU DIKUMPUL

TELUR DISIMPAN DALAM KURUNGAN UNTUK DIPERAM DAN DITETASKAN

TELUR MENETAS

ANAK PENYU DILEPASKAN KE LAUT

PANTAI-PANTAI DI DUNIA TEMPAT PENYU MENDARAT

SENARAI PUSAT PEMULIHARAAN PENYU DI MALAYSIA


Pusat Penyu Dan Ekosistem Marin, Rantau Abang, Terengganu Pusat Santuari Penyu Ma'Daerah, Kemaman, Terengganu Pusat Pengurusan & Penerangan Penyu Padang Kemunting, Pengkalan Balak, Melaka Pusat Pengurusan Penyu Segari, Perak

Pulau Lankayan Sabah


Pusat Pengurusan & Penerangan Penyu Cherating, Pahang

Pusat penetasan Penyu Kerachut, Pulau Pinang

Program Pendidikan Dan kesedaran Awam.


Program pemuliharaan dan perlindungan penyu yang dilaksanakan oleh pihak Jabatan tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya tanpa sokongan dan kerjasama daripada orangramai. Pelbagai program telah dilaksanakan dan diatur sepanjang tahun oleh pihak Jabatan Perikanan seperti mengadakan pertandinganpertandingan melukis, mewarna untuk peringkat pelajar sekolah, mengadakan ceramah dan perkhemahan di pusat-pusat penyu untuk pelajar-pelajar sekolah , kakitangan kerajaan, pihak swasta serta nelayan dalam menerapkan kesedaran kepada golongan ini.

Dalam meningkatkan kesedaran dan pendidikan mengenai penyu kepada orangramai , pihak Jabatan telah mencetak risalah atau pamphlet untuk edaran serta penerbitan dalam bentuk video dan sebagainya.

Perundangan Dan Penguatkuasaan.


Dalam menangani masalah kepupusan populasi penyu di Malaysia , di setiap negeri telah mempunyai peraturan atau enakmen yang tersendiri dalam menjalankan penguatkusaan mengenai penyu di negeri masing-masing. Akta dan Enakmen-Enakman yang berhubung dengan perlindungan dan pengurusan penyu laut dan tuntong di Malaysia.

Negeri/Persekutuan
Persekutuan

Perlembagaan
Akta Perikanan 1985 ( pindaan 1993 )

Terengganu
Kelantan

Enakmen Penyu 1951 ( pindaan 1989 )


Peraturan-peraturan Perikanan ( Penyu dan Telur Penyu ) 1978 Enakmen Perikanan 1937 Kaedah-kaedah Perikanan ( Penyu dan Telur Penyu ) 1996 - Perlembagaan sedang digubal. Kaedah-Kaedah Perikanan ( Penyu Dan Telur Penyu ) 1984

Pahang
Johor

Melaka
Negeri Sembilan

Kaedah-Kaedah Perikanan ( Penyu Dan Telur Penyu ) 1989


Kaedah-Kaedah Perikanan ( Penyu Dan telur Penyu ) 1976

Perak
Kedah

Pulau Pinang
Sabah

Sarawak

Kaedah-Kaedah Perikanan ( Penyu Dan Telur Penyu ) 1998 - perlembagaan dalam tindakan Enakmen Penyu 1972 Kaedah-Kaedah Penyu 1975 Kaedah-Kaedah Perikanan ( Penyu Dan Telur Penyu ) 1999 Ordinan Hidupan Liar 1997 Peraturan Hidupan Liar 1998 Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1990 Ordinan Amanah Penyu 1957

Ancaman terhadap penyu


Eksploitasi Penyu Dan Telur Penyu
Telur penyu dijadikan bahan makanan dan sumber pendapatan , daging dijadikan makanan dan cengkerang dijadikan perhiasan untuk dijual.

Terperangkap Dalam Peralatan Menangkap Ikan


Penyu juga mungkin mati apabila terperangkap dalam pukat tunda, pukat hanyut dan peralatan menangkap ikan yang lain. Yang dioperasikan oleh nelayan

Kemusnahan Habitat
Terdapat banyak kawasan pantai tempat pendaratan penyu untuk bertelur telah musnah akibat dijadikan kawasan pembangunan untuk hotel, tempat peranginan, perumahan, kawasan perindustrian, hakisan dan disamping itu disebabkan oleh keadaan semulajadi seperti hakisan

Aktiviti Pelancungan
Disebabkan oleh aktiviti-aktiviti dan kegiatan yang dilakukan oleh pelancong seperti memasang ungun api, membuat bising, menganggu penyu yang mendarat untuk bertelur dan aktiviti-aktiviti yang boleh menganggu penyu

Pencemaran
Disebabkan oleh tumpahan minyak, pembuangan sampah sarap , dan bahan-bahan buangan industri yang membahayakan penyu

Limpahan Cahaya
Pancaran cahaya lampu atau cahaya api yang menerangi sehingga ke kawasan pantai tempat penyu bertelur akan menganggu penyu-penyu yang hendak naik ke pantai tersebut untuk bertelur. Ini adalah kerana penyu amat sensitif kepada cahaya yang terang

Pemangsaan
Anak-anak penyu yang baru menetas semasa menuju ke laut akan menjadi mangsa ketam, anjing, burung dan biawak manakala semasa berada dalam air menjadi makanan kepada ikan-ikan yang lebih besar

You might also like