P. 1
P3 Bahagian B-Carta Aliran Biasa

P3 Bahagian B-Carta Aliran Biasa

|Views: 261|Likes:
Published by Lee Ming Sheng
P3 Bahagian B-Carta Aliran Biasa
P3 Bahagian B-Carta Aliran Biasa

More info:

Published by: Lee Ming Sheng on Jul 21, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/23/2013

pdf

text

original

CONTOH SOALAN CARTA ALIRAN BIASA (1) Berdasarkan carta aliran di bawah, huraikan punca-punca yang menyebabkan gangguan

sistem imunisasi badan kepada manusia.

Punca-punca yang Menyebabkan Gangguan Sistem Imunisasi Badan kepada Manusia

FAKTOR LUARAN Kekurangan zat makanan  Pertanian cara moden  Memetik buah-buahan sebelum masak  Kekurangan zat besi dan vitamin GANGGUAN SISTEM IMUNISASI BADAN Pencemaran makanan Pestisid Hormon dan antibiotik pertumbuhan Bahan pengawet Perisa dan pewarna tiruan

FAKTOR DALAMAN Tekanan dan stres  Badan mengeluarkan bahan kimia

   

Tabiat pemakanan yang buruk  Kandungan gula yang tinggi  Kandungan kolesterol yang tinggi

(Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buletin Pengguna, 2005)

1

CONTOH JAWAPAN: Carta aliran menunjukkan punca-punca yang menyebabkan gangguan sistem imunisasi badan kepada manusia. Terdapat dua punca utama yang menyebabkan gangguan sistem imunisasi badan kepada manusia iaitu faktor luaran dan faktor dalaman. Faktor luaran terdiri daripada kekurangan zat makanan dan pencemaran makanan manakala faktor dalaman pula terdiri daripada tekanan dan tabiat pemakanan yang buruk. Faktor luaran yang menyebabkan gangguan sistem imunisasi badan kepada manusia ialah kekurangan zat makanan. Hal ini berlaku kerana pertanian cara moden yang menggunakan jentera canggih serta kimia yang mampu menghasilkan produk dalam kuantiti yang banyak dalam kawasan pertanian yang terhad. Dalam kawasan pertanian yang terhad, tumbuhan akan bersaing untuk menyerap nutrien dan mineral galian tanah sehingga kesuburan tanah mengalami ketandusan. Menurut kajian, bumi kehilangan 90% daripada galiannya akibat dari cara pertanian moden. Maka hasil pertanian moden telah mengalami masalah kekurangan zat sehingga boleh mengganggu sistem imunisasi badan manusia. Kadeah memetik buah-buahan sebelum masak agar dapat memenuhi pasaran turut mengurangkan zat makanan kerana enzim-enzim dan nutrien buah tersebut belum berkembang sepenuhnya. Diet yang kekurangan zat besi dan vitamin mudah mengundang anaemia dan melemahkan sistem imunisasi badan manusia. Pencemaran makanan merupakan faktor luaran yang menyebabkan gangguan kepada sistem imunisasi badan manusia. Penggunaan pestisid pertanian seperti DDT dalam pertanian boleh mengurangkan kandungan sel darah putih dalam tubuh badan manusia sekiranya manusia makan makanan yang dicemarinya. Pertumbuhan buah-buahan dan haiwan ternakan yang disuntik dengan hormon dan antibiotik seperti ethylene boleh membawa kepada penyimpanan sisa hormon dan anti ubat-ubatan dalam badan manusia yang boleh melemahkan sistem imunisasi badan manusia. Kajian menunjukkan nisbah sisa pencemaran makanan daging dengan makanan sayuran adalah sebanyak 15 : 1. Penggunaan perisa makanan seperti monosodium glutamate (MSG) dan pewarna tiruan boleh menjejaskan sistem imunisasi badan dalam melawan sel kanser. Hal ini kerana makanan yang mengandungi bahan pewarna tiruan, perasa dan pengawet bukan sahaja tidak berkhasiat malah merosakkan kesihatan manusia. Sistem imunisasi manusia juga akan dipengaruhi oleh faktor dalaman seperti tekanan atau stes. Beban kerja yang berlebihan akan merangsang badan manusia mengeluarkan bahan kimia yang dikenali adrenalin. Penghasilan adrenalin akan menyebabkan kuantiti sel darah putih dalam badan berkurangan dan tidak mampu menghapuskan bakteria. Seseorang yang sentiasa hidup dalam keadaan yang tertekan akan menjadi semakin lemah sistem imunisasi badannya kerana sel darah putih adalah sel utama yang menjaga kesihatan badan kita. Selain itu, tekanan juga menyebabkan sel otak seseorang terganggu sehingga tidak dapat memberi tumpuan dan sentiasa kerisauan. Pemikiran yang tertekan akan melemahkan sistem imunisasi secara tidak langsung. Kajian menunjukkan tekanan telah meyumbang kepada pelbagai penyakit seperti penyakit jantung, kanser, tekanan darah tinggi dan sindrom keletihan kerana gangguan rembesan hormon dalam sistem imunisasi manusia.

2

Tambahan pula, faktor dalaman yang menyebabkan sistem imunisasi badan kepada manusia ialah tabiat makanan yang buruk. Tabiat menggemari makanan yang mengandungi gula yang tinggi seperti coklat, aiskrim dan minuman berkarbonat boleh menjejaskan sistem imunisasi manusia. Menurut laporan Jurnal Pemakanan Klinikal Amerika, kemampuan sel darah putih untuk membasmi penceroboh asing akan berkurangan sebanyak 45% selepas 30 minit seseorang itu mengambil 4 oz gula dan keadaan ini akan berlanjutan selama 6 jam. Tabiat menggemari makanan berkolesterol tinggi seperti kentang goreng dan daging merah pula boleh melemahkan sistem imunisasi manusia. Hal ini kerana plat lemak yang terkumpul dalam saluran darah akan menghalang keupayaan sel darah putih menggerakkan serangan ke atas organisma pembawa penyakit dan seterusnya melemahkan sistem imunisasi badan. Kesimpulannya, kita harus mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat untuk menjaga sistem imunisasi badan kita supaya kesihatan kita terjamin. Skema: 2 faktor luaran + 2 faktor dalaman IU H B K Jumlah 4M 8 M (4 × 2 M) 1M 2M 15 M

3

CONTOH SOALAN CARTA ALIRAN BIASA (2) Berdasarkan carta aliran di bawah, bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan pencemaran alam sekitar berlaku. Faktor-faktor Pencemaran Alam Sekitar PENCEMARAN BUNYI PENCEMARAN UDARA PENCEMARAN AIR

Pembakaran terbuka Kilang Kenderaan Pembinaan

Pengeluaran asap industri

Pengeluaran asap kenderaan Sisa kilang

PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Sisa pertanian Tumpahan minyak

Pelupusan sampah

Sisa kilang

Sisa pertanian

PENCEMARAN TANAH (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Jabatan Alam Sekitar, Sabah)

4

CONTOH JAWAPAN: Carta aliran menunjukkan faktor-faktor yang menyebabkan pencemaran alam sekitar. Antara faktor yang menyebabkan pencemaran alam sekitar ialah pencemaran bunyi. Kilang-kilang perusahaan terutamanya yang berhampiran dengan rumah kediaman sering kali mengeluarkan bunyi yang bising akibat daripada proses pembuatan yang menggunakan mesin berat. Pencemaran bunyi juga berpunca daripada kenderaan-kenderaan di jalan raya. Bunyi hon yang dihasilkan oleh kenderaan mengganggu pekerjaan orang ramai khususnya di sekitar hospital. Projek pembinaan turut menyumbang kepada pencemaran bunyi terutamanya dalam proses mengetuk asas bangunan oleh kenderaan loji besar. Selain itu, pencemaran udara juga mengakibatkan pencemaran alam sekitar. Pembakaran terbuka yang dilakukan oleh manusia yang tidak bertanggungjawab terutamanya pembakaran bahan organik memang akan mencemarkan alam sekitar dengan serius. Pengeluaran asap industri turut menghasilkan gas-gas bertoksik seperti nitrogen dioksida yang akan menyebabkan hujan asid dan menjelaskan alam sekitar. Bilangan kenderaan yang semakin bertambah di jalan raya merupakan salah satu punca utama pencemaran udara. Gasgas seperti karbon monoksida dan karbon dioksida yang dihasilkan akan mengancam alam sekitar. Tambaha pula, faktor lain yang menyebabkan pencemaran alam sekitar ialah pencemaran air. Pengusaha kilang yang berhampiran dengan sungai sering membuang sisa toksik ke dalam sungai. Sisa-sisa kilang biasanya tidak ditapis atau dirawat untuk mengurangkan kos perbelanjaan. Sisa pertanian yang dibuang ke dalam sungai oleh petanipetani turut menjejaskan tahap Biochemical Oxygen Demand (BOD) di sungai tersebut. Misalnya, pembuangan sisa-sisa pertanian padi di Kedah telah mencemarkan Sungai Muda. Tumpahan minyak yang berpunca dari perlanggaran kapal di tengah laut turut mencemarkan air laut yang merupakan habitat hidupan akuatik. Proses perlombangan minyak dan gas asli di dalam laut terutamanya di luar pantai Sabah dan Sarawak juga telah menjejaskan kualiti air laut. Akhir sekali, faktor pencemaran tanah turut menyebabkan pencemaran alam sekitar. Bilangan sampah sarap domestik semakin hari semakin bertambah dan proses pelupusan sampah yang tidak sistematik telah memberi kesan kepada penurunan kualiti tanah. Sisa-sisa kilang yang ditanam dan dilupuskan di bawah tanah akan mencemarkan tanah tersebut dan ia tidak lagi sesuai untuk kegunaan lain. Di samping itu, sisa-sisa pertanian yang tidak diurus dengan baik akan merendahkan kadar pH tanah dan menjadikan tanah tersebut berasid dan tidak sesuai lagi untuk tujuan pertanian. Penggunaan racun serangga seperti DDT bukan sahaja mencemarkan tanah malah mencemarkan air apabila ia larut dalam air hujan dan mengalir ke dalam sungai. Kesimpulannya, manusia perlu saling bekerjasama mengurangkan pencemaran alam sekitar kepada kadar minimum.

5

LATIHAN SOALAN CARTA ALIRAN BIASA Berdasarkan carta yang diberi di bawah, huraikan faktor-faktor berkaitan secara langsung dan tidak langsung yang menyebabkan penyakit jantung. Kematian Lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL) Pengambilan alkohol

Kencing manis

Lipoprotein ketumpatan rendah (HDL) PENYAKIT JANTUNG

Tekanan darah tinggi

Pemakanan

Kencing manis

Saluran darah menyempit

Kandungan lemak tinggi Diet Pembesaran jantung

(Sumber: Dipetik dan diubahsuai daripada “Antara Kolesterol Jahat dengan Kolesterol Baik”, Dewan Kosmik, Ogos 2008)

6

CONTOH JAWAPAN: Carta aliran menunjukkan faktor-faktor berkaitan secara langsung dan tidak langsung yang menyebabkan penyakit jantung. Antara faktor langsung yan menyebabkan penyakit jantung ialah saluran darah menyempit. Saluran darah yang sempit menyebabkan darah mengalir dengan lambat berbanding dengan kadar normal. Hal ini menyebabkan pertukaran gas-gas karbon dioksida dan oksigen dalam saluran darah menjadi lambat. Akhirnya, oksigen akan lambat dihantar balik ke jantung dan saraf otak. Selain itu, salurah darah di sekitar jantung yang menyempit keranan tersumbat oleh plat-plat kolesterol yang membeku di dinding saluran darah juga tidak dapat mengepam darah pada kadar normal. Maka penyakit trombasis akan berlaku. Tambahan pula, faktor pembesaran jantung yang abnormal juga merupakan faktor langsung penyebab penyakit jantung. Jantung yang mengalami pembesaran yang abnormal tidak dapat mengepam darah secara konsisten. Kadar denyutan jantung yang normal ialah 60 – 80 kali per minit. Pesakit yang mempunyai saiz jantung yang abnormal akan menyebabkan daya tahan kardiovaskular menjadi lebih lambat berbanding kadar yang normal. Hal ini akan menyebabkan rangkaian arteri atau vena tidak dapat membawa jumlah darah yang seimbang ke tubuh badan dan balik semula ke jantung , maka seseorang itu akan mengalami pernafasan yang sukar, lambat dan lemah. Faktor tidak langsung seperti pengambilan alkohol juga akan menyebabkan penyakit jantung. Mereka yang mengambil alkohol secara berlebihan juga berisiko tinggi menghidap penyakit jantung. Minuman arak seperti Martell, Chivaski dan Wiski yang mempunyai 50% kandungan alkohol amat membahayakan kesihatan . Hal ini kerana pengambilan alkohol yang banyak akan mengurangkan pengeluaran hormon ADH dari bahagian haputalumus. Ketidakhadiran hormon ADH dalam buah pinggang menyebabkan kekurangan penyerapan air semula ke dalam saluran darah. Oleh itu, darah akan menjadi pekat dan mengakibatkan tekanan darah tinggi, tekanan darah tinggi akan membawa risiko kepada penyakit jantung. Pengambilan alkohol juga akan meninggi lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) yang meningkatkan kandungan kolesterol dalam darah. LDL merupakan kolesterol jahat yang menyebabkan pemendapan pada dinding arteri dan menghasilkan plat yang boleh mengakibatkan aliran saluran darah tersumbat lalu menyebabkan serangan penyakit jantung. Di samping itu, diet yang tidak seimbang turut merupakan faktor tidak langsung yang menyebabkan penyakit jantung. Diet yang mengandungi kandungan lemak yang tinggi seperti ayam goreng, aiskrim dan makanan bersantan akan meningkatkan risiko seseorang menghidap penyakit jantung. Manakala diet yang tinggi dengan serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan pula akan meningkatkan tahap kesihatan seseorang individu dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Oleh itu, kita harus memilih gizi makanan yang sihat dan seimbang dengan merujuk piramid makanan dan Recommended Dietary Allowances (RDA) bagi mengurangkan risiko penyakit jantung. Kesimpulannya, kita harus menjaga kesihatan kita dengan mengamalkan pemakanan serta gaya hidup yang sihat agar kita dapat menjauhi penyakit jantung. ***Jika calon tidak menulis “faktor langsung” dan “faktor tidak lansung” – 8/15 markah.

7

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->