PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

TAJUK 3

KAJIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL DAN PERANAN GURU

1.1 Sinopsis Tajuk ini meliputi peranan guru Pendidikan Seni Visual sebagai pengurus, pembimbing, pemudah cara, motivator dan inisiator. Pada peringkat ini, anda juga akan diperkenalkan dengan peranan guru dalam bidang kepanitiaan dan Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagi melengkapkan diri anda sebagai guru mata pelajaran PSV, anda seharusnya boleh menjelaskan, menghayati, mengaplikasi, melaksanakan dan membuat refleksi tentang peranan guru PSV dengan merujuk kepada buku-buku, Surat Pekeliling KPM dan pengalaman tokoh-tokoh guru.

1.2 Hasil Pembelajaran 1.2.1 1.2.2 Menjelaskan aspek-aspek yang terkandung dalam peranan guru PSV. Menganalisis peranan guru PSV sebagai pengurus, pembimbing, pemudahcara, motivator dan inisiator. 1.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

1

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

1.4 Kandungan

PERANAN GURU PENDIDIKAN SENI VISUAL

PENGURUS

PEMBIMBING

PEMUDAHCARA

MOTIVATOR

INISIATOR

2

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

Mengapakah guru Pendidikan Seni Visual perlu memainkan peranan mereka dengan berkesan ? 1.5 Situasi Sejak seminggu yang lalu, kelihatan Saci asyik tidur sahaja ketika Cikgu Jacko mengajar Pendidikan Seni Visual di kelas Lima Perdana. Hari ini, Devi, salah seorang rakan sekelas menyiku Saci yang sedang tidur sambil berdengkur. Saci terjaga dalam keadaan terkejut, lalu memarahi Devi. Belum sempat Cikgu Lim mengambil sebarang tindakan, Saci spontan keluar dari bilik darjah. Rakan-rakan sekelas pula bersorak sambil menepuk tangan lalu ketawa.

Cuba anda senaraikan sebab-sebab mengapa keadaan ini berlaku. Sila bandingkan keadaan ini dengan keadaan di sekolah anda. Catatkan bagaimana anda akan menghadapi keadaan seperti ini. Aktiviti 1

Apakah tugas dan tanggungjawab anda sebagai pengurus? Tugas pengurusan terbahagi kepada dua tahap berikut:

3

tingkahlaku dan masa. Berunsurkan pengajaran. mentelaah. boleh disimpulkan bahawa guru yang bersifat proaktif akan menyediakan satu pelan tindakan secara mental sebelum masuk ke dalam bilik darjah. dan intelektual. lemah. “Adakah murid-murid saya pembelajar yang pintar. Bagi membolehkan sesi pengajaran berjalan dengan lancar. anda akan fikirkan cara yang paling sesuai untuk menyusun tempat duduk murid-murid. Selain itu. Proaktif dan Bersifat Pencegahan. Choong 2009. Pencegahan. meneroka sesuatu. Guru yang mempunyai sikap yang positif percaya murid-murid akan belajar. dan sebagainya. Merujuk contoh tadi. Manakala Goh (2005) menggunakan akronim 3P bagi mewakili ciri-ciri guru yang berkesan. • • • Peribadi. dan murid-murid). sama ada di dalam ataupun di luar bilik darjah. guru perlu memberi pertimbangan kepada isu seperti. Sikap sedemikian menyeai keyakinan dalam diri murid bahawa mereka boleh berjaya. Meliputi cirri-ciri seperti gemar membaca. budaya dan subbudaya. merancang strategi yang sesuai bagi mengurus pembelajaran dan tingkahlaku mereka.bersemangat untuk mengajar. mentaksir serta menilai hasil pembelajaran.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR • Mengurus proses pengajaran dan pembelajaran bagi lebih kurang 45 orang murid termasuk menggariskan matlamat pembelajaran. dan prihatin terhadap kebajikan murid. 2009). Merangkumi cirri-ciri berikut: keupayaan mengurus bilik darjah. Intelektual. ibu bapa. Termasuk cirri-ciri seperti dedikasi terhadap pengajaran. Proaktif. Mencegah lebih 4 • • . iaitu: Positif. Sebaliknya. Oleh demikian. mengikut jantina yang sama. iaitu sama ada mengikut kumpulan yang mempunyai tahap kebolehan yang sama. guru tersebut akan berusaha dengan sedaya upaya untuk membantu mereka belajar. Ciri-ciri ini boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan besar: peribadi. Menurut Mc Ewan (2001). Bermaksud guru akan berusaha untuk mencegah agar tidak timbul tingkahlaku bermasalah dalam bilik darjah. berunsurkan pengajaran. ruang dinding dan lantai). • Positif. Dengan kata lain. kebolehan memotivasi murid. guru yang bersikap positif biasanya menunjukkan minat terhadap murid-murid dalam semua aspek. dan mempunyai kesihatan mental yang tinggi (Choong. serasi dengan norma masyarakat. • Mengurus persekitaran pembelajaran bagi memastikan berlakunya pembelajaran dalam kalangan murid. anda bertanggungjawab untuk mewujudkan satu persekitaran bilik darjah yang positif dan selesa melalui persekitaran fizikal (perabut. rakan sejawat. terdapat 10 ciri-ciri guru yang efektif. sederhana. guru tidak boleh hanya masuk ke dalam bilik darjah lalu mula mengajar apa yang dirancang. iklim psiko-sosial dan hubungan interpersonal (interaksi antara guru-murid. ataupun campuran ketiga-tiga jenis tersebut?” “Adakah wujud perbezaan dari segi jantina?” Berpandukan maklumat yang diperoleh. dan cekap mengajar.

berilmu. bersistematik. komitmen untuk mengilhamkan murid ke arah pencapaian yang cemerlang. Ciri-ciri guru yang efektif boleh dilihat dari segi kualiti peribadi. Dalam konteks guru-guru di negara ini. fasih. Selaras dengan peranan guru hari ini iaitu Fasilitator berbanding penyampai maklumat. Untuk tujuan itu. guru berupaya merancang peluang dan pengalaman pendidikan yang wajar bagi memupuk aras pemikiran yang tinggi. bermotivasi. 2009). ceria. Antaranya termasuk: berkemahiran komunikasi. motivasi dan personaliti seseorang (INTAN. mudah didampingi. Sumber bahan yang berlainan mengandungi perkataan yang berbeza berhubung dengan kualiti peribadi guru. kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Kompetensi Pengajaran dan Pembelajaran. jelas. Jika pada kali pertama anda masuk ke dalam bilik darjah sudah ada satu set peraturan. mungkin anda akan tentukan peraturan-peraturan bilik darjah bersama murid-murid serta sediakan garis panduan tertentu.1993). Penghayatan Dan Amalan Nilai. Untuk itu. ketabahan hati untuk terus berusaha sehingga mencapai kejayaan. nilai-nilai murni merupakan tenaga asas yang menggerakkan guru melaksanakan tugasan dengan cemerlang. ini menunjukkan anda seorang guru yang proaktif dan bersifat mencegah (Choong. guru disyorkan agar menggunakan penyoalan berbentuk Socratik di mana murid-murid belajar membina ilmu tersendiri. Dengan kata lain. bersikap positif. dan keazaman untuk mengatasi masalah pembelajaran dalam kalangan murid. penghayatan nilai-nilai murni dapat membimbing mereka membentuk akhlak yang mulia untuk meningkatkan keupayaan dan kualiti 5 • • . sejak kebelakangan ini guru diminta menyahut seruan orang awam agar “mengajar demi pembelajaran yang berkualiti”. (ii) kompetensi pengajaran dan pembelajaran. kepercayaan bahawa anda boleh membawa perubahan kepada kehidupan murid. bersemangat. berupaya menyesuaikan diri. Biasakah anda dengar bahawa guru masa kini bukan lagi seorang bijaksana atas pentas tetapi pembimbing di sisi murid? Ya. terurus. bersifat kecindan. Untuk tujuan itu. adil. tegas. Tiga aspek ciri-ciri guru efektif menurut Choong (2009) ialah (i) kualiti peribadi. Memang tidak dapat dinafikan bahawa nilai merupakan asas kepada pembentukan sikap. Dengan berpandukan pengalaman lalu. rasa rendah diri. dan sebagainya.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR baik daripada merawat. guru perlu menyemak semula gaya dan strategi pengajaran yang digunakan sehingga bertujuan memaksimumkan kebolehan murid-murid menimba ilmu baru. peka. menegakkan prinsip dan keadilan sosial. dan melayan murid-murid sebagai individu. dan (iii) penghayatan dan amalan nilai. berempati. persepsi. pemikiran reflektif. Seperti mana yang dijelaskan di atas perubahan kepada persekitaran pembelajaran baru-baru ini mengubah matlamat pengajaran menjadi pemindahan ilmu kepada situasi kehidupan seharian. sifat keterbukaan terhadap maklum balas. Berani menghadapi cabaran. pemindahan pembelajaran. luwes. Perekabentuk kebolehan murid-murid. • Kualiti Peribadi. mempunyai kesedaran.

Bagi memudahkan penghayatan. 1978) yang bererti budi pekerti dan akhlak yang baik. melaksana.5Latihan A (i) Berikan pendapat anda tentang ciri-ciri seorang guru Pendidikan Seni Visual yang cemerlang. (iii) Mentor dan pementoran dikaitkan dengan hubungan orang dewasa ataupun senior dalam sesuatu bidang dan boleh dipercayai bagi membimbing seperti guru. 2. (ii) Bincangkan peranan guru Pendidikan Seni Visual dalam meningkatkan minat murid-murid terhadap mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. kewibawaan dan komitmen guru merancang. penerapan nilai-nilai yang murni bukan sahaja diberi penekanan dalam urusan peribadi guru malahan juga dalam tugas-tugas professional mereka. menilai dan membuat penambaikan dalam keberkesanan pengajaran dan pembelajarannya merupakan langkah-langkah ke arah kecemerlangan. Keterampilan. Atas hakikat ini. (iv) Cuba membuat analisis masalah yang berkaitan dengan peranan guru Pendidikan Seni Visual dan berikan contoh berdasarkan pengalaman anda di sekolah: Peranan Guru Contoh berdasarkan pengalaman anda di sekolah 6 . Dalam konteks pendidikan Islam. Tonggak Dua Belas. Antaranya termasuk termasuk Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam dan pengiringnya. Di samping itu. fasilitator dan kaunselor. apakah hujah anda terhadap sifat guru yang menjalankan peranan sebagai seorang pembimbing? • Kemukakan pandangan anda dalam ruangan forum OLL. Berdasarkan petikan di atas. Rumusan: Peranan guru Pendidikan Seni Visual amat penting dalam menjamin kualiti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah. mengurus. juga boleh menentukan pelaksanaan dasar dan program sekolah berjalan dengan sempurna. ia dikaitkan dengan peranan guru sebagai muaddib iaitu pendidik putera dan puteri pemerintah dalam membentuk adab (Syed Naquib. amalan dan penerapan nilainilai tersebut maka kini terdapat panduan yang telah disediakan sebagai rujukan penting.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR pengurusan murid. rakan dan jurulatih.

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR Pengurus Contoh situasi: Analisis: Peranan Guru: Pembimbing Contoh situasi: Analisis: Peranan Guru: Pemudahcara Contoh situasi: Analisis: Peranan Guru: Motivator Contoh situasi: Analisis: Peranan Guru: Inisiator Contoh situasi: Analisis: Peranan Guru: 7 .

Adakah anda mempunyai kawalan yang cukup ke atas teknik pengajaran yang dijalankan di dalam kelas ? 8 . 4/1986 di bawah dan sempurnakan tugasan yang diberikan. Mereka juga harus mempunyai semangat bekerjasama. Guru tidak ragu-ragu lagi mempunyai peranan yang penting dalam menentukan sama ada matlamat pencapaian akademik para pelajar di sekolah tercapai atau tidak. Dapatkan maklumat berkaitan sejarah dan perkembangan Panitia Pendidikan Seni Visual di sekolah anda dari mula hingga tahun semasa. bahkan juga masalah yang berhubung dengan motivasi. jadi masalahnya sekarang ialah adakah anda pada masa ini ada mempunyai kawalan yang cukup untuk atasi masalah isi pengajaran yang dijalankan dalam bilik darjah. Menyedari hakikat ini. Sebagai seorang guru Pendidikan Seni Visual anda terlibat secara langsung dalam proses menjayakan kurikulum Pendidikan Seni Visual. pengalaman serta kepakaran untuk memperbaiki lagi kecekapan dan kekesanan mereka. maka adalah wajar bagi guru-guru yang terlibat atau mengajar sesuatu mata pelajaran yang sama mengembelingkan tenaga mereka dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti dan/atau tugas-tugas mengajar sebagai pendidik. ”Kejayaan para pelajar dalam pembelajaran dan motivasi serta minat mereka terhadap sesuatu mata pelajaran yang dipelajari mempunyai hubungan rapat dengan kebolehan dan kekesanan guru mengajar. Dengan wujudnya badan iktisas seumpama ini. Anda boleh berbincang dengan rakan anda dan menggunakan pengalaman anda di sekolah dalam menyelesaikan permasalahan berikut. saling membantu dan berkongsi fikiran. Carta Organisasi Panitia Pendidikan Seni Visual pada tahun semasa perlu disertakan.” Anda dikehendaki mendapatkan salinan penuh Surat Pekeliling Iktisas tersebut. mari kita selesaikan masalah di bawah ini. guru-guru yang mengajar sesuatu mata pelajaran berpeluang untuk bekerjasama dan menyelaraskan usaha mereka dengan lebih terkelola dan bersepadu.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR (v) Baca petikan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. Seterusnya. Dengan demikian. sikap dan tabiat belajar pelajar-pelajar. guru-guru yang menganggotainya juga berpeluang untuk mencari penyelesaian kepada masalah-masalah bukan sahaja dalam bidang pengajaran.

pandangan. a) masa yang terhad ( mengikut jadual waktu kelas ) b) Bilangan murid yang besar dalam sebuah kelas c) Alat dan bahan yang terhad d) Tanggungjawab yang berbagai di sekolah • E-melkan dapatan. Sejauhmanakah pengetahuan amali dan kemahiran amali guru Pendidikan Seni Visual digunakan sebagai input kepada proses menjayakan kurikulum Pendidikan Seni Visual. kritikan dan idea anda kepada pensyarah dalam tempoh dua minggu selepas anda menerima modul ini. 9 . Akhir sekali adakah faktor-faktor berikut merupakan penghalang kepada anda untuk melibatkan diri secara aktif dalam proses menjayakan kurikulum Pendidikan Seni Visual. hujahan.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR Bagaimanakah kuasa yang sepatutnya perlu ada pada seseorang guru Pendidikan Seni Visual dalam menentukan isi pelajaran dan bentuk pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam bilik darjah serta bagaimana pula Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual memainkan peranannya dalam penyelesaian masalah ini? Seterusnya.

2. penyimpanan dan rekod stok. panduan keselamatan serta etika dan tanggungjawab.3 Membuat pertimbangan tentang prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan bantú serta rekod stok.2 Hasil Pembelajaran 2.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR TAJUK 2 PENGURUSAN SUMBER DAN BAHAN BANTU MENGAJAR 2. Tajuk ini juga adalah untuk membantu anda mengenalpasti.1 Sinopsis Tajuk ini meliputi rekabentuk dan proses menyediakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran.4 Mengurus panduan keselamatan penggunaan dan penyimpanan alat dan bahan bantú secara beretika dan bertanggungjawab.2. Anda hendaklah membuat pertimbangan yang asas dalam pemilihan.1 Mengurus dan mengguna bahan sumber seni visual dalam pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. 2. 2. 2. 2.2 Menghasilkan bahan bantú yang sesuai dengan objektif dan isi kandungan pelajaran mengikut tahap secara kolaboratif dan koperatif. prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan.2. pembinaan dan penggunaan bahan bantu untuk menghasilkan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. membina dan mengaplikasi bahan sumber bantu pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif dan koperatif.2.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini 1 0 .2.

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR 2.ask.4 KANDUNGAN Rekabentuk dan proses menyediakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran Berdasarkan gambar di bawah. http://images. cuba anda senaraikan alat dan bahan bantu yang ada didalamnya.com/fr?q=art+studio&desturi Alat : Bahan Bantu: 1 1 .

Kemudian cuba anda fikirkan hal yang menarik minat anda tentang alat dan bahan bantu tersebut dan apakah perkara yang boleh anda tambahbaikkan. Mari kita amati dan membuat penaakulan kepada butiran di bawah.com/pictures C Berikut adalah antara tujuan bahan bantu. melibatkan murid secara aktif Menggerakkan murid untuk berfikir.ask. meluaskan pengalaman Menarik minat dan perhatian.memudahkan pemahaman. membina suasana belajar. a) Bahan bantu mengajar – semua bahan yang digunakan oleh guru dalam menyampaikan maklumat/ilmu kepada murid. b) Bahan bantu belajar – semua bahan yang digunakan oleh murid secara kumpulan ataupun individu untuk tujuan pembelajaran. merangsangkan pelbagai deria Menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada dengan pemgetahuan baru Menjana idea. menghilangkan kebosanan. A B http://images.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR Cuba anda senaraikan beberapa alat dan bahan bantu yang anda tahu. Menjelaskan konsep. menyediakan environment belajar. menjimatkan masa Menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal Mendorong keinginan untuk menjalankan aktiviti lanjutan 1 2 .

Memastikan kesesuaian dengan tajuk dan hasil pembelajaran Jumlah yang diperlukan mengikut keutamaan Membuat lakaran visual bahan sumber yang hendak dihasilkan Menentukan bahan dan teknik Menentukan maklumat dan ilustrasi/gambar yang hendak dipaparkan. relevan serta mudah difahami.Dapat menjelaskan konsep dengan tepat. Persembahan menarik dan kemas. ilustrasi/gambar dan maklumat yang jelas. 1 3 . i) Prosedur penyediaan bahan bantu. Kemasan ii) Penggunaan bahan bantu. MARI KITA LIHAT HURAIAN BERIKUT. Kekukuhan dan boleh diguna selalu. Menghasilkan bahan bantu. Ciri-ciri bahan bantu yang berkualiti ialah mukataip.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR Apakah fungsi pelbagai bahan bantu secara bersesuaian di langkah pelajaran yang berlainan seperti di bawah: Cuba anda bincangkan dan huraikan hal ini bersama rakan-rakan anda. Set induksi: Input utama: Pengayaan: Pemulihan: BAGI MENJELASKAN PENGURUSAN SUMBER DAN BAHAN BANTU MENGAJAR. Mudah dikendalikan dan mesra pengguna.

dilekatkan. Cuba anda fikirkan dan catatkan aspek-aspek yang perlu dititikberatkan semasa membuat pemilihan bahan bantu. Mengambil langkah-langkah keselamatan Mengambil kira bilangan yang mencukupi Perlu menjimatkan masa dan tenaga untuk mengedarkan dan mengutip.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR - Mengambil pertimbangan yang diperlukan sekiranya bahan sumber perlu digantung. Setelah anda memahami dan menghayati prosedur penyediaan bahan bantu dan penggunaan bahan bantu. disandarkan atau diedarkan. berbagai jenis alat dan bahan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Jenis pertama adalah alat dan 1 4 . 1 2 3 4 5 6 Dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual. Cuba lakukan latihan ini.

rambutan.rumpu. Sila anda senaraikan alat dan bahan selengkapnya untuk menghasilkan kraf tradisional Batik.cermin. Keduadua jenis itu pula boleh dibahagi kepada beberapa subkategori seperti berikut: A) Alat dan bahan untuk penghasilan Contoh: alat dan bahan untuk menghasilkan gambar catan: Alat: berus atau alat ganti untuk mengecat…….….kerusi.bakul sampah. bekas air.kacang.baju.kasut. Anda boleh rujuk daripada buku atau layari website. Contohnya : Bola.cawan. Peralatan lain: palet.tiket. Bincang bersama rakan anda.daun. 1 5 .kotak tisu.penyapu.roda. kertas surat khabar sebagai alas meja……. B) Alat dan bahan untuk membantu pengajaran dan pembelajaran: (ii) Alat dan bahan bantu yang ada dalam kehidupan seharian murid dan pengalaman sedia ada murid.botol.tiang.bata.almari raket.meja. kertas kartrij…….kek harijadi.kotak ubat gigi.. jam..sikat.gula-gula.bunga. kain lap.beg. Bahan: warna air atau warna poster.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR bahan yang digunakan untuk penghasilan. Jenis kedua adalah alat dan bahan bantu untuk tujuan diatas untuk membantu pengajaran dan pembelajaran.batu.

kad perkataan dank ad ayat.penyusunan grafik.kad sisipan.kad separuh bulatan.petikan rencana………….kad huruf dan angka.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR (iii) Alat dan bahan bantu yang direka khas untuk menjelaskan konsep dan secara langsungnya tidak ada dalam kehidupan seharian murid. Contohnya: Jadual.papan tulis.senarai. (iii) Alat dan bahan media teknologi dan lain-lain jenis yang seumpama dengannya Sila senaraikan di sini : Koleksi Khas 1 6 .carta.papan gulung.papan flannel. gambar rajah.

ask.com/pictures D Bolehkah anda kategorikan koleksi-koleksi tersebut kepada dua jenis ? 1 7 .ask. A http://images.com/pictures B C http://images.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR Cuba anda perhatikan gambar di bawah dan perkaitannya dengan koleksi-koleksi yang boleh dipilih sebagai koleksi khas.

Nama Pengkarya : Tajuk Media Teknik Tahun : : : : Koleksi bahan bantu boleh dikumpul melalui beberapa pendekatan antaranya ialah seperti berikut:1. Koleksi gambar slaid yang meliputi pelbagai aspek Pendidikan Seni Visual termasuk salinan karya pelukis-pelukis terkenal temapatan dan antarabangsa boleh digunakan bagi tujuan meransang dan menimbulkan perasaan ingintahu murid. Organisasi rekaan dan pemahaman dan penghargaan. Keratan-keratan dari akhbar dan majalah boleh dijadikan bahan buku skrap dan carta untuk digunakan dalam perbincangan dan kajian. 1 8 . Hasil kerja murid yang baik boleh dijadikan koleksi contoh untuk asas seni reka. 3. Bahan tersebut boleh disimpan di dalam folio. 2.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR 2 Dimensi 3 Dimensi Seterusnya. 4. berdasarkan gambar di atas. Hasil kutipan benda maujud yang terdapat di persekitaran seperti kulit kerang dan kayu hanyut boleh dijadikan kajian dan analisis asas seni reka. cuba anda membuat kapsyen sebagai langkah mengkatelogkan bahan bantu sebelum disimpan.

http://images. Cuba anda senaraikan ruang-ruang khas untuk penyimpanan bahan bantu berdasarkan kenyataan di atas dan gambar di bawah. Berikut adalah gambar-gambar contoh bahan bantu boleh disimpan. Buku-buku rujukan dan risalah berkenaan PSV boleh diperolehi dari pembekal untuk dijadikan rujukan dan panduan murid dalam pengajaran dan pembelajaran dan disimpan samada di Bilik Seni Visual atau Pusat Sumber Sekolah. Bincang bersama rakan-rakan anda kesesuaian bahan bantu itu disimpan di ruang yang dipilih dengan mengutamakan keberkesanan penyimpanannya dan keselamatannya. Koleksi muzik perlu disediakan bagi menghidupkan suasana semasa aktiviti P&P dijalankan. 7. Koleksi lutsinar OHP / Power Piont boleh diusahakan oleh ahli panitia PSV bag memudahkan penyampaian pelajaran mereka. Pemain kaset / CD / DVD perlu disediakan.com/fr?q=art+studio&desturi 1 9 .ask.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR 5. 6.

ask.com/fr?q=art+studio&desturi http://images. Penerangan yang betul dan mengikut tertib kepada murid tentang bagaimana menggunakan alat dan bahan 2 0 .com/fr?q=art+studio&desturi Prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan Pengendalian alat dan bahan merupakan aspek penting dalam pengurusan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan menjadi tanggungjawab guru Pendidikan Seni Visual untuk menguruskannya dengan sempurna.ask.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR http://images.ask.com/fr?q=art+studio&desturi http://images.

Cuba anda renungkan bagaimanakah langkah yang betul untuk mengurus mengguna dan menyimpan semula alat dan bahan dalam aktiviti membuat tembikar dengan tanah liat. Setiap jenis alat dan bahan yang diperolehi patut dicatatkan dalam halaman secara berasingan. ianya memudahkan semakan stok pada akhir tahun yang berkenaan. Dengan demikian. Butir-butir yang terdapat dalam ruang-ruang buku stok hendaklah diisi dengan lengkap dan kemaskini. Semakan stok perlu dijalankan pada akhir setiap tahun. Penyimpanan dan rekod stok Semua alat dan bahan yang dibeli hendaklah dicatatkan di dalam Buku Stok rasmi sepertimana yang dikehendaki oleh pihak Audit. Setiap satu item alat dan bahan samada peralatan kekal atau tidak kekal hendaklah dicatatkan dalam satu-satu borang sahaja. kehilangan atau kecurian alat dan bahan yang bernilai hendaklah dilaporkan kepada pihak sekolah. menyemak dan mengesahkan Membuat inventori dalam buku stok Membuat rekod keluar masuk alat dan bahan Dua buku stok boleh digunakan. Berikut adalah antara prosedur yang perlu diambilkira dalam proses penyimpanan dan rekod stok. Sebarang kerosakan. pellet dan bekas air perlu dibasuh dan dikeringkan sebelum disimpan supaya tidak rosak.:Menyediakan senarai alat dan bahan yang diperlukan Membuat perolehan alat dan bahan daripada pembekal / sekolah Membuat penerimaan alat dan bahan. Sebagai contoh.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR bantu dengan cara yang betul dan seterusnya cara menyimpan alat dan bahan supaya tidak rosak. Sebuah buku untuk mencatatkan butir-butir alat dan bahan kekal manakala sebuah buku lagi digunakan untuk alat dan bahan habis guna. alat seperti berus. Jika terdapat penambahan 2 1 .

2. Membuat rekod keluar masuk alat dan bahan serta dokumen langkah keselamatan adalah penting.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR stok pada item berkenaan boleh diisi ke dalam borang berkenaan sahaja. Beri komen anda dengan hujah yang relevan. kertas lukisan (1 imperior) ingin ditambah dalam stok perlulah diisi ke dalam borang item kertas lukisan (1 imperior ) sahaja. Umpamanya . Unit Tarikh masuk Tarikh lupus . Peralatan kekal Contoh Borang untuk penyimpanan stok Borang stok untuk peralatan kekal Bil Item ( Peralatan Kekal ) Meja guru Meja guru Bil. 2 2 13/09/2009 13/09/2010 15/10/2010 Jumlah Item Catatan Peralatan tidak kekal Contoh Borang untuk penyimpanan stok Borang stok untuk peralatan tidak kekal Bil Item ( Peralatan tidak Kekal) 2 2 Bil. Unit Tarikh masuk Tarikh lupus 1.

Minyak turpentine Cat air kertas lukisan pisau NT kain linen batik fabric dye kertas warna Carta PSV berus lukisan pisau ukir cecair tinner tanah liat Pemantauan tajam oleh guru semasa murid menjalankan aktiviti mampu mengelakkan sebarang kemalangan yang tidak diingini. 2. Bil Kenyataan Huraian sebab dan akibat 2 3 . Anda dan rakan-rakan anda cuba berbincang dan membuat analisis. Kertas lukisan ( 1 imperior ) Kertas lukisan ( 1 imperior ) 200 dozen 22/09/2009 100 dozen 10/10/2010 Jumlah Item Catatan Tahukah anda perbezaan antara peralatan kekal dengan peralatan tidak kekal. Jelaskan. Panduan Keselamatan Kita kadang kala bertemu dengan kes murid-murid mendapat keracunan atau kemalangan di dalam bilik seni visual atau kelas sewaktu pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung dan hal sebegini akan menjejaskan reputasi kita sebagai guru secara tidak langsung. langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru bagi mengelakkan sebarang kemalangan daripada berlaku. Sila lihat senarai nama alat dan bahan bantu di bawah dan cuba anda fikirkan berdasarkan pengalaman anda atau pengalaman rakan dimanakah sepatutnya alat dan bahan berikut patut disimpan agar ianya selamat.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR 1.

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR 1 Guru perlu membaca label bahan 2 Kenalpasti murid yang bermasalah kesihatan 3 Guru perlu sediakan panduan keselamatan 4 Murid menjalankan aktiviti menghasilkan ukiran kayu 5 Memberi taklimat atau penerangan cara-cara menghasilkan batik lukis dan keselamatan fizikal Etika dan tanggungjawab Tugas Ahli Panitia Pendidikan Seni Visual adalah :Menentukan bekalan alat dan bahan bantu seni visual mencukupi dan seimbang untuk kedua-dua aktiviti 2D dan 3D berpandukan kepada aktiviti-aktiviti yang dirancang dalam Rancangan Tahunan. 2 4 . Membincang dan menyediakan senarai alat dan bahan yang diperlukan untuk dibeli oleh sekolah.

prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan serta penyimpanan dan rekod stok. Alat dan bahan bantu rekabentuk dan proses menyediakan 2 5 prosedur mengguna dan menyimpan alat penyimpanan dan rekod stok . alat dan bahan bantu untuk tujuan di atas untuk membantu pengajaran dan pembelajaran. mengetahui dan memahami rekabentuk dan proses menyediakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran.1 Huraikan tiga perkara yang membezakan antara rekabentuk dan proses menyediakan bahan. Adalah menjadi tanggungjawab guru matapelajaran Pendidikan Seni Visual untuk memastikan keselamatan dalam studio sebelum.semasa dan selepas pengajaran dan pembelajaran diutamakan.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR Dari masa ke semasa murid patut didedahkan kepada bahan rujukan mengenai bagaimana pelukis dan pakar seni dari pelbagai kebudayaan dan zaman menghasilkan karya-karya mereka. Filem dan gambar slaid seni boleh membantu murid dalam dalam pengkajian pemahaman dan penghargaan perlu didedahkan pepada murid. prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan dengan penyimpanan dan rekod stok. Aktiviti 2. Cuba anda membuat analisis. etika dan tanggungjawab yang perlu diamalkan oleh guru Pendidikan Seni Visual selain huraian yang terdapat di atas dalam mempertabatkan profesion perguruan. Rumusan: Dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual. Terdapat berbagai jenis alat dan bahan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran umpamanya seperti alat dan bahan yang digunakan untuk penghasilan. Kedua-dua jenis itu pula boleh dibahagi kepada beberapa subkategori seperti Pengendalian alat dan bahan merupakan aspek penting dalam pengurusan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan menjadi tanggungjawab Ketua Panitia dan ahli panitia Pendidikan Seni Visual untuk menguruskannya dengan sempurna.

Bidang yang hendak diajar adalah membuat corak dan rekaan. 2 6 . Tajuk yang dipilih ialah corak terancang dengan menggunakan teknik kolaj dan capan.2 Hasilkan beberapa bahan bantu (sekurang-kurangnya 4 item) bertujuan sebagai membantu pengajaran dan pembelajaran.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR bahan Carta organisasi panitia Pendidikan Seni Visual Salinan karya agung di dalam dan luar Negara dan bahan Contoh-contoh kraf tradisional Kertas lukisan dan warna air Alat-alat membuat ukiran Mesin pembakar seramik Rak-rak kayu Aktiviti 2.

anda seharusnya boleh memahami 2 7 . panduan keselamatan. etika dan tanggungjawab.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR TAJUK 3 PENGURUSAN BILIK DAN HASIL KERJA MURID 3.1 Sinopsis Tajuk ini meliputi Susun atur bilik Pendidikan Seni Visual. inventori dan penyimpanan. Bagi melengkapkan diri anda sebagai guru mata pelajaran PSV.

panduan keselamatan.4 Kandungan 2 8 .2.2 Hasil Pembelajaran 3. 3.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini Susun Atur Bilik PSV 3. PENGURUSAN BILIK DAN HASIL KERJA MURID 3. inventori dan penyimpanan.etika dan tanggungjawab.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR dengan jelas aspek pengurusan bilik Pendidikan Seni Visual dan pengendalian berkaitan dengan hasil kerja murid.1 Menganalisis susun atur bilik PSV serta menyenarai dan menjelaskan pelan bilik PSV yang kondusif mengambilkira aspek susun atur.

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR 2 9 .

guru dan penggalak interaksi antara guru dan murid. mengurus pergerakan pelajar didalam kelas. pengorganisasi prosedur dan sumber.penyelia prestasi murid serta pengenalpasti masalah potensi murid. mengurus bahan-bahan pengajaran untuk Pengajaran dan Pembelajaran yang lebih berkesan serta mengawal disiplin pelajar di dalam kelas supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat bejalan dengan lancar.ia merupakan persekitaran murid.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR Gambar 1: Susun atur perabut yang baik akan menjadikan suasana menarik Pengurusan bilik seni visual ialah suatu aspek yang penting dalam melaksanakan sesuatu pengajaran.penyusun persekitaran kelas yang efisyen. tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan. Lemlech (1979) mendefinisikan pengurusan bilik sebagai koordinasi dalam bilik yang mana menurutnya guru sebagai perancang kurikulum.Secara ringkasnya konsep pengurusan bilik bermakna tindakan dan murid serta menarik perhatian murid strategi guru untuk mengekalkan bagi memastikan pengajaran dan peraturan bilik. Bilik seni visual merupakan tempat di mana sekumpulan manusia berkumpul dan di ajar. 3 0 .mewujudkan suasana bilik yang kondusif. mengurus murid-murid supaya melakukan aktiviti bilik seni visual. menghadapi tingkahlaku pembelajaran yang efektif. Bilik seni visual merupakan lebih dari hanya sebuah ruang pembelajaran. Guru perlulah mengurus rutin harian bilik seni visual.

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR Zon / Bengkel Mencanting Batik Alat Pemadam Kebakaran Sudut Pameran Hasil Peti Kecemasan Kerja MuridSinki Kabinet Berpintu Peralatan PSV Dapur Gas Pintu 2 Meja 6 Meja 5 Sudut Buku Rujukan Tingkap Meja 4 Meja 3 Pusat Akses Sudut ICT Meja 2 LCD Meja 1 Pintu 1 Meja / Gambar 2 : RajahGuru di bawah adalah contoh pelan bilik seni visual Dekstop Stor Papan Putih Sudut Pameran skrin Hasil Kraf Tangan Papan Info 3 1 Tingkap .

5 Ruang-ruang lain yang berkaitan 1.4 Stor dan bilik-bilik khas yang berkaitan 1. Selain hasil kerja pelajar. Ambil gambar-gambar berikut: 1. Guru Pendidikan Seni hendaklah sentiasa berusaha bersama guru-guru seni yang lain untuk mewujudkan keadaan dan suasana yang sesuai dalam bilik seni visual. Guru Pendidikan Seni hendaklah memainkan peranan penting dalam aspek ini. guru hendaklah cuba mendapatkan contoh-contoh hasil kraf tempatan dan lain-lain lagi yang sesuai untuk dipamerkan dalam bilik seni. Pengurusan bilik seni visual merupakan satu aspek utama dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni. Suasana dalam bilik seni visual ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi sumber ilham bukan sahaja kepada pelajar dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah dan pelawat. cuba anda renungkan apakah perlu anda lakukan untuk menambahbaikkan lagi pengurusan bilik seni visual.1 Bilik atau studio seni dari pelbagai sudut 1.6 Carta-carta berkaitan dengan bilik seni Gambar 3 : Contoh hasil kerja murid yang boleh dipamerkan 3 2 . Cuba anda kumpulkan maklumat tentang bilik atau studio seni dan buat presentasi dalam bentuk folio.2 Sudut-sudut pameran berkaitan 1.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR Berdasarkan pelan di atas. Bahan-bahan seni yang dipamerkan hendaklah disusun mengikut jenisnya.3 Zon-zon kerja tertentu 1.

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR Pengetahuan asas bagaimana untuk menyusun dan merekaletak alatan dan bahan pameran perlu dimiliki oleh guru seni visual kerana selain daripada tanggungjawab mengajar. Pencahayaan juga memainkan peranan penting kerana pemilihan warna juga dipercayai turut mempengaruhi murid menyiapkan dan menghasilkan karya. guru seni digalakkan untuk memastikan murid menggunakan sinaran pencahayaan semula jadi dari luar. Kebanyakan kelas dan studio seni telah disediakan dengan lampu fluoresant atau lampu kalimantang. zon kerja dan stor penyimpanan. 2001). biasanya guru pendidikan seni juga dipertanggungjawabkan untuk menjaga bilik dan studio seni. Persekitaran yang merangsang deria memberikan tenaga kepada minda untuk belajar (Koster. pencahayaan. Marjorie Schiller (1995) menerangkan bahawa bilik dan studio seni melambangkan cara kita menilai seni dan bagaimana seni memberikan makna kepada kehidupan kita. Papan notis hendaklah diwarnakan sama dengan warna dinding agar terdapat kesatuan dengan bilik selain mampu menarik minat terhadap apa yang pamerkan. Justeru. papan bulletin. bahan pameran khas. Buletin sangat diperlukan untuk mempamerkan hasil karya pelajar selain sebagai tempat untuk menyampaikan maklumat. Karen Haigh (1997) menyarankan agar pemilihan warna bagi bilik seni hendaklah sehingga tidak menafikan dan menenggelamkan hasil karya pelajar yang akan dipamerkan. Oleh itu. Antara perkaraperkara yang perlu diberi perhatian bagi guru dalam mengurus bilik seni dan studio seni di sekolah ialah warna dinding. kaedah penyusunan dan kebersihan bilik darjah dan studio perlu menitikberatkan unsur estetika untuk memberi pengalaman estetik yang bermakna. 3 3 . Guru perlu buka tingkap dan pastikan seberapa banyak cahaya dari luar masuk ke dalam bilik seni.

Meja kerja perlu disediakan dan daripada jenis yang boleh dicantum sekiranya perlu bagi mendapatkan ruang yang lebih luas.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR Gambar 4 : adalah juga contoh hasil kerja murid yang boleh dipamerkan Selain mempamerkan hasil karya pelajar. Di samping itu. guru-guru seni visual boleh memperuntukkan satu ruang pameran yang mempamerkan objek semula jadi yang boleh membangkitkan rasa ingin tahu. Ruang yang mempamerkan objek ini akan merangsang deria murid di samping memberikan peluang kepada mereka untuk melihat dan menyentuh objek tersebut. Stor simpanan alatan perlu diwujudkan. Kedudukan rak-rak simpanan ini perlu separas dengan ketinggian murid supaya alatan yang disimpan mudah untuk diambil. Guru juga perlu memastikan jarak di antara pelajar adalah sesuai bagi mengelakkan kesesakan semasa membuat kerja. Zon kerja merupakan lokasi murid menghasilkan karya dan menyiapkan kerja mereka. Gambar 5 : Ruang pameran hasil kerja murid 3 4 . Objek-objek hendaklah dipamerkan di lokasi yang mudah untuk dikunjungi oleh murid. Rak simpanan boleh digunakan untuk menyimpan bahan dan hasil karya pelajar seperti folio dan buku latihan. keperluan bahan seni seperti berus dan warna diletakkan berdekatan di antara satu sama lain selain singki yang digunakan bagi membersihkan alatan setelah selesai kelas.

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR PENGURUSAN BILIK DAN HASIL KERJA MURID 3 5 .

Cikgu Anand telah membentuk jawatankuasa papan pamer bagi kelas Pendidikan Seni Visual yang beliau ajar. Ekoran itu.” Setelah murid-murid diberikan penjelasan lanjut oleh ketiga-tiga murid tadi. Hari ini. Fong tampil ke depan kelas lalu berkata. saya fikir adalah menarik jika kita sediakan pelbagai jenis pekerjaan yang berkaitan dengan bidang Seni Visual. Peta minda berserta contoh didapati paling popular menang dengan 30 undi. Pernahkah anda fikirkan manfaat yang diperolehi dengan membaca bahanbahan yang dipamerkan? Apakah pandangan anda mengenai papan pamer? Apakah perkara yang anda fikirkan penting dalam mewujudkan papan pamer bagi mata pelajaran PSV? Bagaimanakah papan pamer menyumbangkan kepada persekitaran bilik darjah yang kondusif? Catatkan pandangan anda terhadap kepentingan papan pamer. satu undian pun berlangsung. jawatankuasa papan pamer Tahun 6 Merdeka bersedia untuk membentangkan idea mereka dalam kelas. “Saya syorkan kita sediakan carta proses bagi keempat-empat kegiatan dan contoh hasil kerja yang terbaik. jawatankuasa papan pamer mengadakan perjumpaan selepas tamat persekolahan pada hari tersebut untuk mengagihkan tugas berkaitan.” Jali bentangkan idea kedua. Jawatankuasa tersebut diberikan tanggungjawab menyediakan bahan-bahan untuk dipaparkan sepanjang tahun berdasarkan empat kegiatan bidang KBSR PSV. Manakala kerjaya dalam bidang Seni Visual memperolehi tiga undi sahaja. Cikgu Anand mengingatkan murid-murid bahawa mereka dibenarkan mengundi sekali sahaja.” Idea ketiga dikemukakan oleh Yatie. diikuti dengan carta proses dan contoh terbaik sebanyak 12 undi.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR Bagaimanakah cara terbaik bagi seseorang guru PSV menguruskan bilik PSV dan hasil kerja murid? 3.5 Situasi Pada awal tahun. “Saya bercadang kita sediakan peta minda untuk keempat-empat kegiatan berserta contoh. 3 6 .

kamus dan buku istilah. kebanyakan bilik darjah tidak bercorak personal. kontek sosial. Bagi memaksimunkan kontek sosial dengan murid-murid anda. Merujuk kepada keadaan bangunan sekolah yang baik dan mampu melindungi guru dan murid-murid daripada cuaca buruk. Pertumbuhan dan perkembangan. dan (iv) tukar tempat duduk murid-murid agar setiap murid berpeluang untuk duduk di depan. Identifikasi simbolik. Guru mengajar mata pelajaran PSV (amali) juga hendaklah pastikan murid-murid dimaklumkan tentang langkah-langkah keselamatan semasa menggunakan alat-alat tajam dan dapur (memasak lilin) di bilik PSV.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR Menurut Steele (1973). memerhati. persekitaran fizikal mempunyai enam fungsi iaitu keselamatan dan perlindungan. Ia bukan sahaja menjadikan bilik darjah lebih menarik. Namun. Bilikdarjah merupakan satu tempat di mana murid-murid berpeluang untuk meneroka. mengkaji. Amat penting untuk anda ingat bahawa tiada satu susun atur yang paling berkesan sekali. Seseorang guru Pendidikan Seni Visual hendaklah memainkan peranan penting dalam aspek ini. puzzle. identifikasi simbolik. Merangkumi maklumat mengenai guru dan muridmurid termasuk minat. dan latar belakang mereka. sediakan kawasan yang terbuka dan sudut yang kecil tetapi mesra. dan kebisingan yang keterlaluan. Guru Pendidikan Seni Visual hendaklah sentiasa berusaha bersama-sama guru-guru PSV yang lain untuk mewujudkan suasana kondusif dalam bilik Pendidikan Seni Visual bagi menjamin kualiti pengajaran dan pembelajaran. (ii) adakan kontek mata dengan murid-murid yang duduk di bahagian belakang dan di sisi. anda perlu mematuhi beberapa syor berikut: (i) elakkan daripada berdiri di satu tempat sepanjang sesi pengajaran. keseronokan dan pertumbuhan serta perkembangan. Penyempurnaan tugas. ataupun aktiviti amali atau latihan bertulis. Merujuk kepada sejauh mana bilik darjah itu menarik bagi guru dan murid-murid. buku kerja. kegemaran. aktiviti mengikut stesen atau litar. Merujuk kepada susun atur meja yang menentukan sejauh mana murid-murid dapat dapat berinteraksi antara satu sama lain. sediakan buku-buku bacaan yang biasa. • • • • • Rumusan: Pengurusan Bilik Pendidikan Seni Visual merupakan satu aspek utama dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Oleh itu. cat dinding dengan warna yang dingin atau sejuk. pencapaian. Merujuk kepada pelbagai tugas dan aktiviti yang akan dikendalikan dalam bilik darjah seperti aktiviti secara individu atau kumpulan. melayari internet atau alat multi-media yang lain. interaktif dan sebagainya. Pamerkan hasil kerja murid-murid di papan pamer. 3 7 . bahan manipulatif. di samping pelbagai bahan seperti bahan-bahan seni visual. menguji dan menemui sesuatu yang baru. penyempurnaan tugas. Misalnya. Kontek Sosial. tetapi juga mengiktirafkan pencapaian murid-murid yang berkenaan. Keseronokan. • Keselamatan dan perlindungan.

(ii) Bincangkan kepentingan panduan keselamatan dalam menguruskan bilik Pendidikan Seni Visual. • Kemukakan pandangan anda dalam ruangan forum OLL.6 Latihan B (i) Berikan pendapat anda tentang suasana kondusif bilik PendidikanSeni Visual yang menyumbang ke arah pembelajaran yang bermakna. 3 8 .PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR 3.

1 1. Anda juga boleh kaitkan cadangan tersebut berpandukan senario di sekolah anda atau sekolah lain yang mempunyai bilik PSV.5 0. (iv) Berdasarkan analisa yang anda perolehi. Sertakan gambar-gambar yang berkaitan.PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR (iii) Rujuk jadual di bawah.55 0 2. Item Item 109 110 111 112 113 114 Bilik Seni Kondusif Stor PSV diuruskan dengan baik Mempunyai prosedur senggara BBM Buku stok/inventori diuruskan dengan kemas kini Sudut Seni diwujudkan dan dimanfaatkan secara kreatif Penggunaan bengkel secara optimum Standard kualiti pendidikan Malaysia.55 4 24. • E-melkan dapatan anda kepada pensyarah dalam tempoh tiga minggu selepas anda menerima modul ini.35 0. No.92 1. Analisa dapatan pemantauan Jemaah Nazir (2006) terhadap pengurusan bilik seni di beberapa buah sekolah rendah terpilih.3 2 11. Sekolah: Pernyataan standard.74 2 11.5 1. KL:Kementerian Pelajaran Malaysia.1 Pur 0. Jemaah Nazir 0 8 9 21 11 6 8 1 2 1 1 4 6 5 1 0 1 1 7 16 1 Skor 3 4 % 2 4 3 5 4 1 1 5. (2004).9 * Pur = purata (v) Buat penjelasan tentang suasana bilik Pendidikan Seni yang kondusif dengan menyediakan sebuah pelan lantai cadangan.66 1 25. 3 9 . buat rumusan tentang kualiti pengurusan bilik seni dengan berpandukan buku Sekolah.