You are on page 1of 47

ISL Minggu 1 Tempat Tarikh Masa Tajuk : Kolej Kediaman Meranti Gaya : : : Sediakan family tree peribadi dan

kaitan dengan sejarah penghjrahan nenek moyang. Bincang tentang faktor-faktor penghijrahan yang berkaitan.

Sejarah Penghijrahan nenek moyang: Nenek moyang saya telah berhijrah dari wilayah Fukien ke Tanah Melayu pada awlan 90-an mengikut rakan-rakan sekampung demi menyara hidup.Mereka telah mengikuti kapal dagang datang ke daerah Kanowit dan telah menetap di situ.Mereka bekerja sebagai tukang bina untuk menyara hidup dan juga pernah beberapa kali menaiki kapal pulang ke wilayah Fukien untuk menziarahi saudara-mara yang di China apabila keadaan ekonomi sudah stabil.Pengangkutan pada masa itu hanyalah kapal dan perlu mengambil masa beberapa bulan untuk sampai ke Sarawak dari wilayah Fukien di China.

ISL Minggu 2 Tempat Tarikh Masa Tajuk : Kolej Kediaman Meranti Gaya : : : Sediakan family tree peribadi dan kaitan dengan sejarah penghjrahan nenek moyang. Bincang tentang faktor-faktor penghijrahan yang berkaitan.

Sejarah Penghijrahan nenek moyang: Nenek moyang saya telah berhijrah dari wilayah Fukien ke Tanah Melayu pada awlan 90-an mengikut rakan-rakan sekampung demi menyara hidup.Mereka telah mengikuti kapal dagang datang ke daerah Kanowit dan telah menetap di situ.Mereka bekerja sebagai tukang bina untuk menyara hidup dan juga pernah beberapa kali menaiki kapal pulang ke wilayah Fukien untuk menziarahi saudara-mara yang di China apabila keadaan ekonomi sudah stabil.Pengangkutan pada masa itu hanyalah kapal dan perlu mengambil masa beberapa bulan untuk sampai ke Sarawak dari wilayah Fukien di China.

ISL Minggu 3 Tempat Tarikh Masa Tajuk : Kolej Kediaman Meranti Gaya : : : Buat tinjauan pusat sumber dan menebual dengan kawan pelbagai kaum.

Perbualan antara saya dengan Mohamad Ali (kaum Melayu)

Saya :

Selamat petang, Ali. Saya ingin berbincang tentang pantang larang orang Melayu, adakah anda sudi untuk berbincang dengan saya.

Ali:

Selamat petang. Haha. Ok la, saya berharap agar saya dapat menjawab soalan yang ingin anda bincang dengan saya.

Saya :

soalan saya yang pertama. Adakah kaum Melayu mempunyai pantang larang yang tertentu?

Ali :

Sebenarnya ada. Salah satu pantang larang ialah orang Melayu ialah tidak boleh duduk di atas bantal kerana dipercayai akan naik bisul.

Saya : Ali:

Seterusnya, adakah orang Melayu dilarang menjahit pada waktu senja? Betul. Ini disebabkan sesiapa yang menjahit pada waktu senja dipercayai akan buta.

Saya :

Oh rupanya begitu. Terima kasih Ali kerana sudi berbincang dengan saya berkaitan dengan pantang larang orang Melayu. Budi awak amat saya kenangi.

Ali :

Sama-sama.

Perbualan antara saya dengan Dewi (kaum India)

Saya :

Selamat pagi, Dewi. Saya ingin berbincang tentang pantang larang orang India, adakah anda sudi untuk berbincang dengan saya.

Dewi : Saya : Dewi :

Selamat pagi. Ya, saya berharap agar saya dapat menjawab soalan kamu. Adakah kaum India mempunyai pantang larang yang tertentu? Ya. Salah satu pantang larang ialah orang India tidak boleh menjual kapur pada waktu senja.

Saya: Dewi:

mengapakah tidak boleh menjual kapur pada waktu senja? Hal ini disebabkan jika orang India menjual kapur pada waktu senja maka dia akan menimbulkan perbalahan.

Saya :

Selain itu, saya juga mendapat maklumat daripada kawan-kawan kaum india bahawa orang India dilarang melawat ke rumah jiran yang baru bersalin. Adakah maklumat ini benar?

Dewi:

Ya. Pantang larang kaum India ialah jiran tidak boleh melawat ke rumah jiran yang baru bersalin.

Saya : Dewi :

Oh rupanya. Terima kasih atas kerjasama Dewi. Sama-sama.

Perbualan antara saya dengan Soon (kaum Cina)

Saya :

Selamat pagi, Soon. Bolehkah saya berbual dengan kamu pasal pantang larang kaum Cina?

Soon: Saya : Soon :

Selamat pagi. Ya, saya berharap agar saya dapat menjawab soalan kamu. Adakah kaum Cina mempunyai pantang larang yang tertentu? Ya. Salah satu pantang larang ialah orang Cina tidak boleh menyapu pada hari pertama Tahun Baru Cina.

Saya:

Mengapakah Orang Cina tidak boleh menyapu pada hari pertama Tahun Baru Cina?

Soon:

Hal ini disebabkan orang Cina mempercayai sekiranya menyapu lantai pada hari pertama Tahun Baru Cina maka akan membawa nasib buruk.

Saya :

Selain itu, saya juga mendapat maklumat bahawa orang Cina adalah dilarang untuk memukul binatang atau mencaci binatang. Adakah ini benar?

Soon :

Ya. Perbuatan tersebut dipercayai akan menyebabkan anak akan menyerupai rupa binatang.

Saya : Soon :

Oh rupa-rupanya. Terima kasih Soon atas kerjasama. Sama-sama.

ISL Minggu 4 Tempat Tarikh Masa Tajuk : Kolej Kediaman Meranti Gaya : : : Perbincangan dalam kumpulan. IMPLIKASI KEPADA KEPELBAGAIAN SOSIO BUDAYA Implikasi berlaku dari segi;

Guru Murid Sekolah Kurikulum Tersembunyi Guru

1)

Pengajaran Pembimbingan murid bermasalah Pentadbiran/pengurusan Fasilitator Perancangan Pengelolaan Inavator Penilaian Pembentuk nilai Model Duta

Implikasinya kepada guru; Bangsa;mengajar tidak membezakan bangsa. Kelas sosial; tidak mengajar mengikut kepentingan kelas sosial. Nilai;membantu murid memahami dan mengukuhkan sikap & tingkah laku yang baik. Kepercayaan;tidak menyentuh sensitif agama.

Bahasa;jurang bahasa dialek Jantina; layanan berbeza & peka kepada keperluan gender. tepatan masa dijadikan amalan yang dicontohi murid. Membantu murid membuat pemilihan kerjaya. Bertindak profesional dalam kerjaya. Sentiasa meningkatkan diri dalam profesion perguruan. Sentiasa menjadi guru terkini/ up to date.

2)

Ciri-ciri Budaya Pelajar Yang Sihat Menghormati dan taat pada guru. Kerjasama dengan rakan & kakitangan sekolah. Berdisiplin, bermoral & beragama. Menyokong cita-cita sekolah. Rajin & berusaha dalam kelas. Berpakaian kemas & bersih. Melaporkan kepada ibu bapa perkara mustahak. Perantaraan agen sosial sekolah. Bersedia terlibat dalam semua aktiviti sekolah.

Implikasinya: Bangsa- bersosial dalam kelompok sendiri atau bersama kelompok lain? Kelas sosial- golongan atasan dan bawahan. Kepercayaaan- sosialisasi mengikut agama. Bahasa- bahasa standard/dialek. Jantina- seksualiti & interaksi antara jantina. Demografi atau lokasi murid (bandar/luar bandar/pedalaman). Sikap/tingkah laku murid. Nilai yang dipegang/diamalkan. Latar belakang keluarga/SES

3)

Sekolah Institusi pendidikan formal yang menjadi tempat membentuk pemikiran, intelektual, tingkah laku & sikap murid bagi melahirkan genarasi seimbang dari segi JERIS.

4 Budaya Formal Sekolah


Aspek ilmu Aspek fizikal Aspek sosial Aspek pentadbiran

Implikasinya;

Bangsa- sekolah Melayu, Cina & India. Kelas sosial- sekolah bandar dan luar bandar. Kepercayaaan- sekolah agama. Bahasa- bahasa rasmi dan bahasa penghantar sekolah. Jantina- sekolah lelaki dan sekolah perempuan Sekolah agen perubahan. Sekolah tempat penyuburan budaya. Perpaduan Dasar-dasar kerajaan. Jenis Sekolah: harian, berasrama penuh, teknik, model khas & agama.

5)Kurikulum Tersirat

James (1986) apa sahaja pelajaran yang diterima oleh murid di luar

kurikulum nyata.

Chafel (1997) norma, nilai & kepercayaan yang tidak dinyatakan dalam

kurikulum tetapi diajar secara tidak langsung.

6)Ciri-ciri Kurikulum Tersirat

Merangkumi pengalaman belajar. Bersifat relatif & sukar diukur. Merangkumi nilai. Kewujudannya berbeza-beza. Tidak tertulis dalam kandungan kurikulum atau penilaian, Jenis dan kategori berbeza mengikut institusi, tahap pembelajaran dan

matlamat.

Implikasinya;

Bangsa- menerapkan nilai budaya masyarakat. Kelas sosial- pergaulan tidak mengikut jurang sosial. Kepercayaaan- menekankan nilai keagamaan. Bahasa- menghormati bahasa rasmi, ibunda, dialek & bahasa orang lain.

ISL Minggu 5 Tempat Tarikh Masa Tajuk : Kolej Kediaman Meranti Gaya : : : 1.Layari internet untuk memperoleh maklumat berkaitan ketaksamaan peluang pendidikan dari aspek jantina. 2. Cari maklumat daripada pelbagai sumber.

Masalah ketaksamaan peluang pendidikan ini dibincangkan kepada beberapa faktor penyumbang masalah termasuklah: Kelas sosial Jantina Kumpulan minoriti Murid berkeperluan khas Isu-isu ketaksamaan peluang pendidikan

Perbincangan kita akan lebih berfokus kepada kelas sosial dan jantina. Bagi membincangkan topik ketidaksamaan peluang pendidikan ini, saya telah merujuk kaum Cina sebagai penanda aras. Sebagai pengenalan, masyarakat Cina adalah sebahagian daripada etnik yang bermastautin di Malaysia. Menurut laman web Wikipedia, Masyarakat Cina adalah golongan minoriti yang menduduki hampir 25 peratus daripada keseluruhan penduduk di Malaysia. Masyarakat ini kaya dengan adat resamnya, bahasa pertuturan dan sememangnya perbezaan dari segi budaya amat ketara bagi dua lagi masyarakat utama di Malaysia iaitu kaum Melayu dan India. Kelas sosial Secara geografinya, etnik Cina kebiasaannya tinggal di kawasan bandar terutama bandar-bandar besar di Malaysia termasuklah Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh dan Selangor. Ini terbias daripada dasar penjajahan lampau British yang mengamalkan dasar pemerintahan pecah dan perintah. Oleh sebab itu, Etnik ini mempunyai peluang pendidikan yang lebih baik berbanding kaum-kaum lain seperti Melayu yang tinggal di kawasan persisir pantai dan pedalaman serta etnik India yang tinggal di ladang-ladang dan estet. Seperti yang kita sedia

maklum, isu pendidikan dari aspek prasarana lebih dititik beratkan di kawasan bandar. Selalunya, sekolah-sekolah di kawasan bandar dilengkapi dengan peralatan belajar yang lebih lengkap berbanding di luar bandar. Ini memberi kelebihan bukan sahaja penduduk di kawasan bandar tetapi juga dari segi etnik yang dirujuk iaitu etnik Cina. Di pedalaman yang rata-rata diduduki oleh etnik Melayu, mereka kurang diberi pendedahan peluang pendidikan yang baik. Oleh sebab itu, mereka hanya menganggap pendidikan ini hanyalah sekadar menulis, membaca dan mengira (3M). Setelah penguasaan asas tersebut tercapai, mereka akan lebih berminat untuk menyambung legasi ibu bapanya seperti menangkap ikan, menjual di kedai runcit dan sebagainya. Etnik Cina mempunyai advantage kerana secara umumnya, penguasaan ekonomi masih lagi berada di tangan mereka. Oleh itu, mereka mempunyai pendapatan bulanan yang lebih besar berbanding kaum-kaum lain di Malaysia. Oleh sebab itu, mereka dapat menghantar anak-anak ke sekolah. Malah, mereka yang hartawan pula sanggup menghantar mereka ke sekolah yang lebih baik berbanding sekolah kerajaan. Mengikut siaran berita Al-jazeera pada 24 April 2009, etnik Cina di Johor Bahru sanggup menghantar anak mereka ke Singapura semata-mata kerana inginkan pendidikan yang lebih baik berbanding di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan. Dianggarkan lebih 5000 pelajar Malaysia bersekolah di Singapura dengan berulang alik ke sana setiap hari dengan merentasi sempadan kedua-dua buah negara. Ini menggambarkan mereka mempunyai kesungguhan yang tinggi serta ditampung pula dengan faktor kewangan yang baik. Sudah semestinya, kaum-kaum lain di Malaysia seperti Melayu dan India rata-rata kurang berkemampuan berbuat demikian kerana kita sedia maklum, pecahan pendapatan kedua-dua kaum tersebut jauh lebih rendah berbanding etnik Cina. Antara masalah pokok yang masih melanda Malaysia semenjak sebelum merdeka lagi adalah isu bahasa dan agama. Memandangkan etnik Cina rata-rata lebih selesa bertutur dalam bahasa ibunda mereka (malah masih ada yang tidak fasih berbahasa Kebangsaan), mereka lebih senang memilih untuk ke sekolah jenis kebangsaan dan sekolah swasta. Tumpuan utama kerajaan semestinya kepada sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan di mana setiap tahun, peruntukan yang besar diberikan kepada kedua-dua bentuk sekolah ini. Kewujudan sekolah jenis kebangsaan ini menyerlahkan lagi ketidaksamaan peluang pendidikan kepada setiap etnik di Malaysia.

Tidak dapat dinafikan konsep diskriminasi yang ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran, dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok etnik terhadap anggota atau kelompok etnik lain masih menebal dalam kalangan masyarakat Malaysia hari ini. Ini tergerak dek perasaan prejudis dan saling membenci akibat kecelaruan politik semasa. Faktor ini menyumbangkan masalah semakin lebarnya jurang pendidikan bagi setiap etnik di Malaysia. Sebagai contoh, di peringkat IPT, wujud fenomena etnik Cina memberi nota yang diperoleh kepada kalangan etnik mereka sahaja. Begitu juga etnik Melayu dan sebagainya. Sebagai akibatnya, pasti terdapat perbezaan ketara keputusan peperiksaan akhir setiap etnik. Sememangnya, sikap diskrimasi dan prejudis ini melebarkan jurang ketaksamaan peluang pendidikan. Jantina Jurang ketidaksamaan peluang pendidikan antara jantina juga amat ketara. Lazimnya, kita mendengar sesuatu kursus yang ditawarkan di peringkat IPT sering dimonopoli oleh satu-satu jantina sahaja. Sebagai contoh perandingan, kursus kejuruteraan masih dimonopoli oleh lelaki manakala perempuan masih memonopoli hampir keseluruhan kursus di IPT termasuklah kursus perguruan. Ini jelas membuktikan bahawa ketaksamaan peluang pendidikan wujud dengan ketara di antara kedua-dua jantina ini. Faktor ini disokong oleh minat atau interest satu-satu jantina itu. Kaum lelaki sememangnya sesuai serta menyukai sesuatu kursus yang mencabar dari segi fizikal, dan ini membuatkan kursus kejuruteraan menjadi monopoli mereka. Berbeza pula dengan perempuan yang lebih bersifat keibuan, mementingkan ilmu teori serta kurang terhadap aktiviti lasak, mereka pasti memilih kursus yang lebih feminin seperti bidang keguruan, kedoktoran serta kulinari. Selain itu juga, minat terhadap pelajaran juga amat ketara sekali bagi kedua-dua jantina ini. Menurut data dari Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa (MCIIUM) pada tahun 2006, peratus pelajar perempuan yang layak mendaftar di MCIIUM adalah sekitar 60 peratus berbanding pelajar lelaki 40 peratus. Menurut Encik Khair Ngadiron, bekas pengarah MCIIUM, fenomena ini disebabkan pelajar lelaki sebenarnya kurang berminat untuk melanjutkan pelajaran di peringkat tertiari dan memilih kerjaya yang setimpal dengan kelulusan PMR dan SPM mereka bagi menampung keperluan harian diri. Ini berbeza dengan pelajar perempuan yang masih memikirkan ilmu itu penting bagi memperoleh peluang kerjaya yang lebih baik pada masa akan datang. Menurut buku karangan Syed Ismail dan Ahmad Subki bertajuk Budaya dan

Pembelajaran (2009), kadar pencapaian murid perempuan di peringkat tertiari telah meningkat daripada 0.5 peratus pada tahun 1970 kepada 4.9 peratus pada tahun 1991 sementara bagi murid lelaki adalah daripada 1.2 peratus kepada 6.0 peratus bagi tempoh yang sama. Peluang melanjutkan pelajaran bagi kedua-dua jantina ini juga berbeza. Jika disingkap kembali sejarah, zaman penjajah memperlihatkan golongan lelaki mendapat tempat dalam pendidikan kerana pada zaman tersebut, peranan lelaki sangat meluas meliputi isu pentadbiran, ketenteraan dan kepimpinan. Berbeza dengan perempuan yang mana hanya diberi pendidikan asas kerana peranan golongan ini masih kecil pada ketika itu. Jika dilihat dari konteks sekarang, golongan wanita telah mendapat tempat di peringkat IPT malah peratusannya lebih tinggi berbanding lelaki. Namun begitu, masih terdapat lagi stigma kuno yang mana perempuan perlu berada di rumah menguruskan rumah tangga dan tidak dibenarkan keluar mencari pekerjaan. Ini sedikit sebanyak memberi gambaran bahawa wanita tidak memerlukan pendidikan yang tinggi. Justeru itu, masih ada golongan wanita yang tidak menyambung pelajaran mereka setelah tamat di peringkat menengah atau rendah. Kumpulan minoriti Kumpulan minoriti ditafsirkan sebagai suatu kumpulan etnik dalam sesebuah masyarakat yang mempunyai jumlah ahli yang kecil ( Syed Ismail, 2009). Kumpulan ini banyak terdapat di Sabah dan Sarawak. Kumpulan ini termasuklah golongan daripada kaum Bajau, Murud, Kadazan dan sebagainya. Kaum Asli juga termasuk dalam kalangan kumpulan minoriti. Mereka sering terpisah daripada arus pembangunan dan pendidikan amnya kerana faktor geografi dan taburan penduduknya yang rata-rata tinggal di kawasan ceruk rantau dan pedalaman. Sebagai contoh, kaum asli Temiar di Pos Poi terpisah dari bandar terdekatnya Sungai Siput sejauh 20 kilometer. Untuk sampai ke situ, individu perlu menaiki pacuan empat roda atau sekurang-kurangnya motor scrambler untuk sampai ke penempatan orang asli tersebut. Ini jelas membuktikan pendidikan juga sedikit terkebelakang kerana teknologi masih kurang di sana. Oleh itu, pendidikan masih lagi bukan menjadi peranan utama anak-anak daripada golongan minoriti ini. Sebaliknya, kerja-kerja untuk mencari nafkah tetap menjadi keutamaan. Kumpulan minoriti ini tidak terhad kepada isu etnik dan kaum sematamata. Golongan yang bermasalah disiplin seperti pelajar ponteng sekolah,

menghisap rokok, kaki buli dan sebagainya juga dikaitkan dengan kumpulan minoriti. Ini kerana mereka tergolong daripada sekelompok kecil pelajar yang bermasalah. Kebiasaannya, mereka yang bermasalah ini kurang cemerlang dalam pendidikan. Ini ditambah lagi dengan masa yang kurang untuk membuat rujukan dan ulangkaji kerana banyak masa dihabiskan dengan kerja-kerja tidak berfaedah tersebut. Sememangnya golongan ini harus diambil perhatian serius kerana mereka turut tergolong dalam kalangan yang tidak mendapat sama rata dalam peluang pendidikan. Murid berkeperluan khas Murid sebegini telah diberi kekurang atau kelebihan daripada manusia normal. Sememangnya, pelajar genius, lembam, down sydrom, dan sebagainya tidak dapat mengikuti arus pendidikan normal seperti kanak-kanak dan pelajar lain. Mereka samada terlalu kehadapan atau terlalu terkebelakang dari aspek pendidikan, perlu diberi pendidikan khas. Terdapat 7 kategori kanak-kanak istimewa yang memerlukan program pendidikan khas, iaitu: Kerencatan mental Bermasalah pembelajaran Kecelaruan tingkah laku Cacat pendengaran dan bermasalah komunikasi

Cacat penglihatan Cacat fizikal Pintar-cerdas dan berbakat istimewa

Golongan ini jika dibiarkan dengan arus pendidikan normal, sudah pasti mereka tidak mampu mengecapi erti kata pendidikan sebenar. Mereka tidak dapat menimba ilmu dengan baik malah pencapaian dalam peperiksaan juga akan sangat kurang baik. Implikasi terhadap individu, keluarga, masyarakat dan negara Setiap tindakan atau peristiwa yang berlaku pasti akan memberi implikasi secara langsung atau tidak langung kepada golongan sasaran. Isu ketaksamaan peluang pendidikan ini akan memberi kesan atau implikasi kepada individu, keluarga, masyarakat dan negara. (i) Individu

Umumnya, sudah semestinya ketaksamaan peluang pendidikan ini akan membuatkan pelajar tersebut tidak selari dengan pencapaian pendidikan normal pelajar lain. Sebagai contoh, sekiranya seorang pelajar tersebut pelajar yang lemah pelajaran kerana faktor kewangan keluarga ditambah lagi dengan tinggal di pedalaman serta kurang berminat untuk belajar pasti tidak dapat menandingi pelajar-pelajar lain yang pintar. Seterusnya, individu tersebut akan tersisih daripada arus pembangunan negara, hidup dalam kejahilan, tiada masa depan yang cerah dan juga kurangnya ilmu di dada. Mungkin juga, jika dilihat dari sudut positifnya, individu itu akan lebih berdikari. Ini kerana individu tersebut tiada kemudahan asas dan kesenangan sepertimana pelajar lain. Ini mungkin membuatkan mereka akan lebih beruasaha untuk setaraf dengan pelajar lain atau sekurang-kurangnya berdaya saing dengan yang lain. (ii) Keluarga Kita percaya bahawa pendidikan mampu mengubah nasib keluarga. Jika jurang ketaksamaan peluang pendidikan masih melebar, tidak mustahil nasib keluarga masih berada pada tahap yang sama tanpa perubahan positif. Sebagai contoh, orang asli yang masih kurang mementingkan pendidikan kurang proaktif dalam dunia global sekarang. Akibatnya, mereka lebih senang tinggal di dalam hutan seperti dahulu. Tiada kemudahan yang sempurna dan jauh sekali perkembangan teknologi. (iii) Masyarakat Implikasi kepada masyarakat lebih kepada refleks daripad implikasi kepada keluarga. Apabila kelompok keluarga yang kurang proaktif ini membentuk satu komuniti, sudah masti masyarakat tersebut terkenal dengan tidak proaktifya, mundur dari aspek pendidikan malah tercicir daripada arus pembangunan negara. Mungkin daripada kesan yang lebih buruk lagi, masyarakat ini akan terus didiskriminasi dan tidak diambil peduli oleh masyakarat lain. (iv) Negara Sesebuah negara bergantung penuh kepada kepakaran modal insannya. Sekiranya modal insan yang diharapkan iaitu berpendidikan dan berpengetahuan luas di samping berdaya saing dan proaktif tidak mencukupi, sudah semestinya banyak dasar-dasar yang telah digubal oleh pemerintah tidak dapat dilaksanakan. Kesan daripada hal sedemikian, negara akan menjadi mundur, tidak mampu menjadi negara yang kuat dan yang paling memalukan, kedaulatan negara akan

dicabul. Imej negara akan menjadi buruk dan semestinya pelbagai lagi andaian negatif bakal terjadi. Kesimpulannya, isu ketaksamaan peluang pendidikan ini patut ditangani oleh bukan sahaja di pihak kerajaan, tetapi juga pihak berwajib seperti ibu bapa, guru-guru, masyarakat sekeliling dan individu itu sendiri. Semua perkara mampu ditangani selagi azam dan tekad menjadi tunjang perjuangan.

Sumber : http://norhayatyismail.blogspot.com/2011/08/ketaksamaan-peluangpendidikan_04.html

ISL Minggu 6 Tempat Tarikh Masa Tajuk : Kolej Kediaman Meranti Gaya : : : Cari maklumat daripada pelbagai sumber.

PENGENALAN KIA2M Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) bertujuan untuk membantu murid yang belum menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu pada tahun satu yang terdiri daripada mereka yang lambat atau belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Mereka terdiri daripada murid pemulihan khas dan murid memerlukan pemulihan dalam kelas. PERANCANGAN KIA2M Strategi pengajaran dan pembelajaran Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) melibatkan beberapa langkah berikut: 1. Pencalonan 2. Ujian penapisan 3. Perancangan 4. Pengajaran 5. Penilaian 6. Tindakan susulan KESAN 1. Murid mula menunjukkan minat untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis. 2. Penguasaan murid dalam kemahiran membaca dan menulis meningkat. 3. Murid menunjukkan sikap positif dan mula berani untuk bertanya dan berinteraksi dengan guru.

Bermula pada tahun 2010, KIA2M telah digantikan dengan program LINUS. PENGENALAN LINUS LINUS ialah akronim kepada saringan Literasi dan Numerasi (Literacy and Numeracy Screening). LINUS ialah satu program pemulihan yang direka bentuk bagi memastikan murid untuk menguasai kemhiran asas literasi ( Bahasa Malaysia ) dan numerasi ( Matematik ) di akhir 3 tahun persekolahan pada pendidikan rendah. Program ini disasarkan kepada murid yang mempunyai masalah dalam 3M iaitu Membaca, Menulis dan Mengira.

PERANCANGAN 1. Literasi asas Keupayaan membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah (menggunakan kata hubung) dalam Bahasa Malaysia dan mengaplikasikan pengetahuan dalam pembelajaran dan komunikasi harian. Kemahiran Membaca, menulis memahami dan Tahun 1 Minima 500 perkataan umum yang mudah. Tahun 2 Minima perkataan umum mudah. yang 800 Tahun 3 Minimum 1000 perkataan umum mudah. yang

Ayat tunggal

Ayat mudah & majmuk dengan hubung kata

Ayat mudah & majmuk dengan kata

hubung dalam perenggan pendek.

2. Numerasi Asas Keupayaan menyelesai operasi asas matematik, serta memahami idea matematik yang mudah dan berupaya mengaplikasi pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan harian. Kemahiran Membaca, menulis, mengira dan menyusun (ikut susunan) nombor bulat Operasi asas Fakta untuk asas tembah Fakta untuk dan darab dan (2,5,10) asas tambah tolak, (2,5,10) bahagi Fakta untuk dan darab (3,4,6,7,8 & 9) dan bahagi asas tambah tolak, Tahun 1 Nombor sehingga 50 Tahun 2 Nombor sehingga 100 Tahun 3 Nombor sehingga 1000

dan tolak

(3,4,6,7,8&9) Aplikasi Mengira sehingga duit Mengira duit Mengira sehingga wang

sehingga RM50

RM10 Menyatakan waktu sehari Mengukur panjang sesuatu objek dalam

Menyatakan waktu jam analog dalam secara

RM100 Menentukan masa sejam dalam pada

Mengukur panjang sesuatu dalam yang betul. objek unit

jam analog. Mengukur panjang dalam yang objek unit betul

dalam unit-unit relative.

(dalam cm)

6 STRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM LINUS UNTUK MENCAPAI SASARAN 90% BERMULA PADA TAHUN 2010 1. Saringan murid ( Tahun 1, Tahun 2, dan Tahun 3 2. Pembangunan bahan 3. Pengukuhan kemahiran pedagogi guru 4. Program kesedaran sekolah & komuniti 5. Pemantauan, penyeliaan & penilaian 6. Pembentukan FasiLINUS (Fasilitator LINUS)

Kesan LINUS 1. Pencapaian murid meningkat dalam pembelajaran. 2. Murid yang mempunyai masalah dalam pembelajaran dapat dikesan dengan lebih awal. 3. Guru dapat memantapkan lagi kaedah, teknik dan strategi dalam pengajaran dan pembelajaran. 4. Dapat mencapai hasrat kerajaan dalam aspek pendidikan. Rujukan : http://nkrapendidikan.moe.gov.my/mainpage.php?module=nkra&id=122 http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PelaksanaanLINUSberiimpakpositif/ Article/index_html http://jeramteguh.blogspot.com/2009/11/program-peningkatan.html

ISL Minggu 8 Tempat Tarikh Masa Tajuk : Kolej Kediaman Meranti Gaya : : : 1. Berbincang dalam kumpulan kecil dan menyediakan pelan lantai yang mesra budaya. 2. Cari maklumat berkaitan dengan RIMUP dan bersedia untuk pembentangan.

Lakaran pelan lantai bilik darjah yang mesra budaya


Carta organisasi Jadual tugas/ pelan kebakaran

Ruang bgaul antara kaum

M P A D A M I

Slogan ini ditulis pada dinding kelas sebagai moto kelas Membudayakan Sepenuhnya Perpaduan Kaum!!!

S.kebudayaan

S. hugungan etnik

S. bahasa

S. matematik

Papan kenyataan

Meja murid

Kerusi

Meja guru

Papan.h& LCD

Pintu

Sudut bacaan

Sudut aktiviti

Pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah yang mesra budaya adalah amat penting dalam pengajaran dan pembejaran dalam abad yang mencabar ini dan lebih-lebih lagi melibatkan murid-murid dari pelbagai latar belakang etnik. Guru perlu memastikan supaya terdapat kesamarataan taburan di antara murid-murid dari pelbagai kumpulan etnik dan tidak hanya satu kumpulan etnik dikelompokkan dalam satu kumpulan melalui penyusunan meja . Apabila ada perbincangan kumpulan atau aktiviti-aktiviti kumpulan ahli-ahli kumpulan perlu terdiri dari pelbagai kaum etnik. Secara tidak langsung kepelbagaian kumpulan etnik dalam satu-satu kumpulan secara tidak langsung dapat mewujudkan serta memupuk satu suasana mesra budaya secara tidak langsung. Aktiviti seperti ini dapat dijalankan disudut bergaulan kaum yang disediakan dengan pelbagai kemudahan seprti alatan mewarna, kertas majong, manila kad dan sebagainya. ` Dalam bilik darjah, guru perlu menyediakan pelbagai sudut pembelajaran

dan aktiviti yang dapat membantu perkembangan intelek murid seperti sudut boneka, kognitif, kinestetik serta sudut kreativiti dan sebagainya. Di samping itu, guru juga harus membentuk sudut-sudut bacaan seperti buku cerita dan majalah pendidikan dan sudut multimedia seperti komputer, televisyen dan multimedia. Selain itu guru juga harus menulis atau melukis slogan yang berunsurkan perpaduan sebagi moto kelas. Moto- moto seperti ini dapat meningkat semangat perpaduan diantara pelajar yang pelbagai kaum. Secara tidak langsung nilainilai seperti kerjasama, tolak ansur dan sebagainya dapat diterapkan dalam diri pelajar.

RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN ( RIMUP )

Sistem pendidikan merupakan salah satu alat terpenting dan berkesan bagi membangunkan identiti nasional, semangat kebangsaan, perpaduan dan cinta akan negara dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini. Menyedari pentingnya peranan sistem pendidikan dalam menyediakan

persekitaran untuk sosialisasi sebilangan besar golongan muda di negara ini, maka aspek memperkasakan sistem pendidikan di sekolah-sekolah telah diberi penekanan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang telah dibentangkan oleh Y.A.B Perdana Menteri . KONSEP

RIMUP ialah satu program yang menggalakkan penglibatan masyarakat setempat, para guru dan kerjasama murid-murid dalam kegiatan-kegiatan khas serta penggunaan bersama kemudahan, peralatan,

penggemblengan tenaga dan kepakaran. MATLAMAT

Matlamat Rimup adalah untuk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibah dan mapu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu.

OBJEKTIF RANCANGAN RIMUP menggariskan empat objektif utama iaitu:

Menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, para guru dan muird serta warga sekolah dari peringkat sekolah rendah hingga sekolah menengah dalam kegiatan-kegiatan khas secara bersama.

Mewujudkan

sikap

kerjasama,

tolong-menolong

dan

mewujudkan

suasana muhibah secara sedar dan terancang.

Melahirkan persefahaman dan toleransi antara muird pelbagai kaum di sekolah.

Berkongsi

kemudahan,

peralatan,

tenaga

dan

kepakaran

untuk

menjayakan kegiatan-kegiatan khas secara bersam-sama.

ISL Minggu 9 Tempat Tarikh Masa Tajuk : Kolej Kediaman Meranti Gaya : : : . 1. Menyediakan peta minda / pengurusan grafik yang berkaitan. 2.Berbincang dan melengkapkan pengurusan grafik membanding-beza.

Kriteria-kriteria untuk pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya

pengurusan persekitaran fizikal

pengurusan p & p

pengurusan persekitaran sosioemosi

kelas bercantum

pedagogi relevan budaya

sosiolinguistik

penilaian berasaskan budaya

Pengurusan Persekitaran Fizikal Peralatan asas (papan putih, papan kenyataan, kerusi, meja murid dan guru, almari). Pencahayaan, pengudaraan, ruang. Aspek keselamatan (peraturan kelas, alat pencegah kebakaran). Kebersihan dan keceriaan (bilik darjah dihias dengan info, mural, peraturan kelas).

Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Prihatin dan peka terhadap situasi sekeliling. Bijak urus masa. Bersedia untuk berubah dan fleksibel. Berkomunikasi dengan berkesan. Berpandangan jauh. Sistematik dalam merancang dan menilai. Penyabar menghadapi kerenah murid pelbagai latar belakang.

Pengurusan Persekitaran Sosioemosi Membangkit motivasi dan naluri ingin tahu murid. Memberi galakan dan pujian. Menyediakan lebih banyak aktiviti bermain mendorong pemupukan budaya kolaboratif dan koperatif dalam p & p. Menjadi model perlakuan yang baik. Penyayang terhadap murid dan mempunyai kemahiran sosial yang baik. Menyediakan ruang rehat untuk kurang stres. Murid diberi peluang lakukan aktiviti bersama kaum berbeza.

Pengurusan sosiolinguistik Membentuk jati diri murid menghayati bahasa rasmi dan budaya nasional. Menerap nilai-nilai menghormati perbezaan bahasa dan budaya menurut etnik. Guru mengadakan pelbagai aktiviti bahasa, sastera dan budaya dalam kalangan murid-

Penilaian berasaskan budaya Memperoleh data tentang peluang pembelajaran untuk semua murid. Menentukan keperluan bahasa yang sesuai untuk penilaian formal. Mengurangkan bias dalam amalan-amalan penilaian. Mengumpul maklumat untuk kemajuan, diagnoisi dan tindakan

Pedagogi kelas bercantum Diwujudkan apabila bilangan murid dalam satu tahun persekolahan kurang daripada 15 orang. Murid pelbagai kebolehan dikelompokkan di dalam kumpulan dibina. Murid diberi peluang untuk beri pendapat kepada rakan sekelas walaupun dari pelbagai kebolehan.

muridnya. Bagi mengekalkan warisan budaya dan bahasa kepelbagaian etnik di malaysia, guru menyelitkan unsurunsur warisan budaya etnik-etnik lain.

selanjutnya. Guru menyediakan peluang kepada murid untuk meningkatkan diri. Guru perlu ambil kira pelbagai kemahiran penyelesaian masalah dalam menilai potensi murid.

Pedagogi Relevan Budaya dan Kepelbagaian kelompok Menerima kepelbagaian latar belakang murid yang berbeza-beza dari segi budaya, etnik, bahasa dan kelas sosial secara positif. Mencari pendekatan yang sesuai yang dapat menghubungkan pengalaman murid di rumah dengan pengalaman di sekolah. Mewujudkan hubungan dan ikatan dengan murid serta membangunkan komuniti belajar dalam kalangan murid. Guru perlu rasa hormat kepada diri murid yang berbeza-beza latar belakang . Guru perlu memahami murid yang mempunyai budaya komunitinya sendiri. Hasil pembelajaran tidak hanya berfokus pada pencapaian akademik semata-mata, sebaliknya turut berhasrat mempertahankan identiti dan warisan budaya.

ISL Minggu 10 Tempat Tarikh Masa Tajuk : Kolej Kediaman Meranti Gaya : : : . 1. Membuat persediaan simulasi 2.kemahiran komunikasi guru.

Pengenalan Secara lazimnya, adat makan kaum cina terbahagi kepada tiga peringkat iaitu adat sebelum makan, semasa makan dan selepas makan. Terdapat juga beberapa pantang larang yang harus dipatuhi dalam adat makan kaum ini. Secara amnya, makanan dihidang serentak dan setiap individu akan dihidangkan dengan nasi dan mereka akan memilih lauk pauk sendiri.

Adat sebelum makan Ketika di meja bulat semua ahli keluarga sama-sama menjamu selera di meja makan sebagai tanda hormat. Menjadi adat dan rutin untuk minum sup dahulu sebelum menjamah nasi. Orang yang lebih tua akan memulakan memegang penyepit terdahulu, kemudian barulah orang muda- sebagai tanda hormat. Orang yang lebih muda akan mempelawa orang yang lebih tua untuk makan.

Adat Semasa Makan Tidak digalakkan untuk bercakap dan berbual. Terdapat tiga cara makan:1. mengambil lauk dari hidangan dengan menggunakan sudu, kemudian makan menggunakan penyepit.

2. memasukkan lauk yang diinginkan di dalam satu mangkuk kecil terlebih dahulu sebelum makan seperti biasa. 3. mengambil lauk terus dari hidangan ke dalam pinggan nasi dengan menggunakan penyepit. Dianggap tidak bersopan jika menjilat hujung penyepit . Letakkan penyepit di tempat yang disediakan dan jangan berebut-rebut. pastikan anda menunggu giliran apabila memusing bulatan pemusing.

Adat Selepas Makan Setelah selesai makan, penyepit diletakkan di atas mangkuk. Arah penyepit harus menghala ke depan. Menjadi adat kaum cina untuk menunggu semua ahli selesai makan di meja sebelum bersurai. Seperti biasa orang perempuan akan mengemas meja setelah selesai makan.

Adat Ketika Makan Penyepit (chopstick) Sudu Mangkuk nasi Mangkuk lauk Piring kicap

Cara memegang penyepit

Dalam masyarakat Cina, kebanyakan mereka menggunakan penyepit yang dipegang secara tegak. Ketika makan, mangkuk diangkat pada paras yang selesa supaya dapat menikmati hidangan dengan mudah. Kebiasaannya, mangkuk sup diangkat dengan menggunakan tangan kiri dan sup di ceduk menggunakan tangan kanan. Sisa makanan diletakkan di tepi piring layan atau mangkuk yang telah disediakan.

Pantang Larang Tidak meletak pinggan dekat dengan mulut ketika menyuap makanan. Tidak boleh mencuri makan/lauk dari dalam kuali. Tidak menghasilkan bunyi ketika mengunyah makanan. Setelah selesai makan, penyepit yang digunakan tidak diletakkan secara bersilang. Nasi tidak boleh disediakan secara menggunung kerana membawa petanda yang tidak baik (mati). Jangan sekali-kali menghalakan chopstick kepada sesiapa. Ini adalah perbuatan kurang ajar yang biasa dilakukan sewaktu marah. Cuba untuk tidak menjatuhkan chopstick anda ke lantai. Ini dianggap sebagai bernasib buruk. Jangan tinggalkan chopstick bersama makanan. Maksudnya, jika anda ingin berhenti makan sekejap, letakkan chopstick di tempat yang

disediakan atau di atas mangkuk sup. Jangan tinggalkan bersama makanan.

Kepentingan Mengekalkan Adat Makan Orang Cina Budaya yang baik dan patut dipelajari. Cth: hormati orang yang lebih tua, beradab sopan semasa menjamu selera. Supaya dapat memahami budaya Cina. Dapat mengeratkan hubungan antara ahli keluarga. Supaya budaya orang cina dapat diwarisi dan dipelajari oleh golongan muda. Cthnya mengajar topik ini dalam PSK.

Kemahiran Komunikasi Guru Kepentingan 1. Pengajaran 2. Moderator 3. Pendidikan 4. Pemimpin 5. Agen hubungan sosial 6. Agen perubahan

Pengajar-peranan guru sebagai pengajar-perlukan bahasa sebagai pengantara untuk menyampaikan ilmu oengetahuan Komunikasi adalah penting bagi memastikan apa yang hendak diajar sampai kepada murid Keupayaan guru berkomunikasi menentukan minat belajar-prestasi akademik murid Pendidik-membentuk insan Personaliti guru sewaktu berinteraksi-sama asa murid menerima dan bekerjasama dengan guru Perbezaan antara guru-mampu mengawal bilik darjah-hilang kawalan-murid mengganggu proses P&P Agen perubahan-boleh mempengaruhi murid agar berubah dari sikap negative kepada positif Membuka minda murid,memotivasikan, menyuntik semangat Dapat dikesan dengan pihak yang diubah mengalami perubahan tingkahlaku. Agen perubahan sosial-penggerak hubungan sosial terutama dalam kalangan murid Mengendalikan aktiviti mendorong hubungan sosial pelbagai aras,latar belakang,sosiobudaya dan etnik Mesej,arahan dan penerangan difahami murid.

Pemimpin-kepimpinan guru diterima oleh murid Kemahiran komunikasi-kerjasama dengan ibubapa,murid dan pihak sekolah Dapat melibatkan ibu bapa dengan aktiviti pembelajaran anak-anak Punya kuasa pengaruh berubah/kerjasama Moderator-dapat menyampaikan sesuatu falsafah dan pemikiran berhubung kehidupan yang benar

Elemen Kemahiran Komunikasi Kemahiran bercakap : Teori psikologi mengesahkan bahawa adanya perhubungan antara bahasa dengan pemikiran.Pemikiran melibatkan lambang-lambang tertentu,dengan demikian jika seseorang itu tidak menguasai perbendaharaan kata yang luas,sewajarnya ia tidak dapat mengeluarkan pendapat yang jelas. Membina Kemahiran Lisan : Ujaran hendaklah secara spontan,bernas dan mudah. Suara jelas dan lantang,ayat tersusun rapid an cukup untuk didengar oleh pendengar yang ada. Pilih,susun dan gunakan topik-topik yang ada dalam pengetahuan sedia ada murid. Adakan rangsangan yang membolehkan kanak-kanak bercakap mengenai perkara-perkara tertentu. Semua pengajaran lisan hendaklah dibuat secara formal. Galakkan murid-murid mengeluarkan idea-idea baru serta memilih bahan-bahan mereka sendiri. Beri penekanan kepada darjah pencapaian kanak-kanak : Memastikan setiap kanak-kanak diberi peluang mengambil bahagian

Memastikan hanya seorang sahaja yang bercakap ketika sesuatu ketika. Memastikan setiap murid yang mendengar apa yang dinyatakan oleh si penutur. Peniruan sebutan oleh murid-murid mestilah lebih kerap dan bukan hanya untuk sekali dua sahaja. Ulang pelajaran(latih tubi) yang terdahulu dalam pelajaranpelajaran yang berikutnya untuk memperkukuhkan ingatan muridmurid. Semasa murid-murid meniru sebutan,guru mestilah mengamatinya dan jika didapati mereka melakukan kesalahan,pembetulan hendaklah dibuat secara spontan. Guru boleh mengesan kelemahan murid dengan mengamati setiap sebutan dan intonasi pertuturan mereka ketika menjalankan gerakerja/aktiviti lisan. Menganalisia rakaman-rakaman yang dibuat berdasarkan kepada sebutan-sebutan atau pengujaran murid-murid. Guru juga boleh menguji kefahaman murid mengenai perkaraperkara yang didengarnya dengan menyediakan item-item soalan yang khusus berkaitan auding Cara mengatasi kelemahan Lisan : Guru sendiri menjadi model sebagai penutur yang baik untuk ditiru oleh murid-murid Guru mempergiatkan lagi gerakerja/aktiviti lisan untuk murid Guru memperbanyakkan latih tubi sebutan dan intonasi terutama kelemahan khusus murid-murid. Guru mempelbagaikan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran.

ISL Minggu 11 Tempat Tarikh Masa Tajuk : Kolej Kediaman Meranti Gaya : : : . Cari maklumat tentang kumpulan sasaran yang dipilih.

Komunikasi penting dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Guru tidak harus mengabaikan komunikasi antara guru dengan guru, guru dengan pihak pentadbir, guru dengan ibu bapa dan guru dengan murid. Komunikasi hendaklah berlaku dua hala agar pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan berkesan. Komunikasi juga boleh berlaku secara lisan dan bukan lisan. Dalam video yang ditunjukkan, kami berpendapat bahawa komunikasi adalah penting kerana: Guru dapat menyampaikan maklumat dengan tepat dan berkesan kepada murid. Guru yang mengajar hendaklah sentiasa berkomunikasi dengan murid agar hubungan menjadi erat dan mesra serta mengurangkan salah faham antara satu sama lain. Guru dapat mengambil berat terhadap muridnya dan memahami kekangan yang dihadapi semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Guru dan murid dapat saling berkongsi maklumat dan berbincang antara satu sama lain. Guru berkomunikasi dengan murid kerana mereka hendak mempengaruhi fikiran, perasaan dan tingkah laku murid-muridnya. Sebagai contoh, seorang guru cuba menukar sikap, tabiat, pendapat dan tingkah laku murid-muridnya. Guru yang berkomunikasi dengan murid dapat mengambil hati pelajar dan dapat mendapatkan perhatian daripada muridnya. Dengan cara berkomunikasi mereka boleh berasa bahawa diri mereka diperlukan, dihargai dan penting kepada orang lain.

Murid dapat mudah memahami apa yang hendak disampaikan daripada guru. Murid juga dapat saling membantu semasa berkomunikasi antara satu sama lain. Murid dapat berbincang dan memberi pendapat semasa melakukan sesuatu kerja. Dapat menghasilkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik, pembentukan akhlak, kemahiran-kemahiran tertentu dapat diterap dengan lebih mudah dan berkesan. Komunikasi berkesan akan menghasilkan motivasi yang berkesan terhadap murid. Apabila menggunakan bahasa yang difahami oleh semua murid, komunikasi dapat memberikan maklumat kepada murid di kelas dan seterusnya menjadikan pengajaran dan pembelajaran berlaku secara berkesan. Pelajar dapat mengemukakan kesangsian yang berlaku dalam pengajran yang disampaikan dan seterusnya dapat memberi pemahaman dan maklumat yang tepat kepada murid.

ISL Minggu 12 Tempat Tarikh Masa Tajuk : Kolej Kediaman Meranti Gaya : : : Para pelajar menyediakan pelan tindakan yang mesra budaya.

Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan Masyarakat Orang Asli Di Pinggir Bandar Perancangan pelan ini dibuat bersama oleh JHEOA dan Bahagian Perancangan dan Penyelarasan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Objektif Objektif pelan ini bertujuan; Menyediakan program/aktiviti khusus dan keperluan peruntukan di kawasan pinggir.

Kumpulan sasar ini terdiri dari 4 kumpulan iaitu : 1. Peringkat Pra Sekolah (5-6 tahun) Tujuan pendidikan Pra Sekolah adalah untuk menyediakan asas yang kukuh sebelum pendidikan formal. Ia bagi membolehkan kanak-kanak berumur 5+ tahun memperoleh pendidikan awalan yang kukuh dan kemahiran-kemahiran lain sebagai persediaan untuk ke sekolah rendah. 2. Peringkat Rendah (7-12 tahun) Tujuan pendidikan peringkat rendah adalah untuk menyediakan asas yang kukuh dalam kemahiran 3M iaitu Membaca, Menulis dan Mengira; kemahiran berfikir, konsep asas sains, seni dan rekreasi dan penerapan nilai-nilai murni tegasnya program pra-sekolah dan rendah adalah asas kepada pembangunan dan pengembangan domain kognitif, afektif dan selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

3. Peringkat Menengah (13-18 tahun) Pendidikan Menengah merupakan program pendidikan yang komprehensif dan berkualiti kepada warganegara Malaysia yang berumur antara 12+ tahun hingga 17+ tahun. Pada peringkat ini penekanan diberi kepada kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dengan memberi fokus kepada pendidikan umum pada tahun 7 dan 8 persekolahan supaya setiap pelajar mendapat pendedahan kepada pelbagai bidang ilmu. 4. Peringkat Tertiari Pendidikan Tertiari dalam konteks sistem pendidikan Malaysia adalah selepas pendidikan menengah sehingga ke peringkat pendidikan tinggi. Pada peringkat ini, pendidikan Tertiari harus berupaya membangunkan minda anak-anak Orang Asli menjadi lebih kritis, kreatif dan inovatif serta dapat memajukan masyarakat dan negara dalam persaingan global. 5.Peringkat Tercicir Tumpuan akan diberi kepada belia dan beliawanis yang tercicir dari sistem persekolahan dan juga ibu bapa yang tidak pernah bersekolah supaya mereka sedar akan pentingnya pendidikan. Latihan-latihan kemahiran yang bersesuaian dengan minat serta kebolehan mereka akan diperkenalkan supaya mereka dapat memasuki pasaran tenaga buruh dan peluang-peluang pekerjaan. 6. Kumpulan Dewasa Kumpulan dewasa ini boleh dipecahkan kepada dua kategori iaitu : Wanita

Bagi kategori ini program-program seperti Penggerak Wanita Orang Asli, Program Kesejahteraan Keluarga, Latihan-Latihan Kemahiran dan Keusahawanan akan dilaksanakan. Semua peringkat

Bagi kategori ini, latihan-latihan kemahiran, keusahawanan, pembangunan minda, keagamaan dan kerohanian serta pendidikan literasi fungsian dilaksanakan.

Disamping itu, program celik huruf akan dipertingkatkan kepada golongan dewasa yang buta huruf.

5. Pelaksanaan Pelan Tindakan.

Pelaksanaan Pelan Tindakan akan dijalankan oleh pelbagai agensi Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), juruperunding, swasta dan para akademik. Dalam melaksanakan pelan ini;

Agensi Kerajaan akan banyak terlibat dengan program/projek yang berbentuk penyediaan kemudahan prasarana pendidikan; NGO pula penglibatan mereka lebih tertumpu kepada program/projek perubahan minda; Pihak Juru Perunding akan dilibatkan dengan program/projek kajian-kajian seperti kajian penilaian semula pelan dan kajian program/projek yang dilaksanakan secara outsourcing.

Keperluan Peruntukan. Dalam tempoh pelaksanaan pelan ini, peruntukan sebanyak RM6,171,000.00 diperlukan bagi melaksanakan pelbagai program/projek. Cabaran. Pencapaian dan kejayaan pelan ini bergantung kepada beberapa faktor berikut; Komitmen yang tinggi daripada pegawai-pegawai JHEOA dan agensi pelaksana; Penerimaan dan penglibatan aktif masayarakat Orang Asli; Penyediaan peruntukan yang mencukupi; Kerjasama yang erat dan mantap dalam kalangan Kementerian, Agensi-Agensi Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Swasta dan Juruperunding.

Skim Bantuan Galakan Pendidikan JHEOA Skim bantuan ini disediakan bagi membantu pelajar Orang Asli diperingkat Sekolah Rendah, Menengah dan Institusi Pengajian Tinggi Awam Tempatan.

Bantuan ini diberikan bagi membantu meringankan beban masyarakat Orang Asli dalam membiayai persekolahan dan pengajian anak-anak mereka. 2.Jenis-Jenis Bantuan: A:Sekolah Rendah dan Menengah. 1. Yuran Persekolahan. 2. Kokurikulum 3. Kertas ujian bulanan 4. Sukan tahunan sekolah 5. Kegiatan pendidikan islam/pendidikan moral 6. MSSM 7. B: Bantuan Persekolahan 8. Buku tulis dan buku kerja 9. Alat tulis 10. Pakaian seragam sekolah 11. Barang keperluan diri (untuk pelajar tinggal di asrama), seperti ubat gigi, sabun mandi, sabun pencuci, kapur kasut, tuala mandi). 12. Tambang pengangkutan ke sekolah. 13. Bantuan makan murid sekolah pedalaman (sekolah rendah).

6) Pendemokrasian Pendidikan; Infrastruktur yang sempurna - mempunyai asrama - peralatan lengkap (di dalam dan di luar bilik darjah) - penggunaan bahan bantu mengajar yang terbaik Ini bererti apa juga kemudahan yang terdapat di sekolah perlu disamaratakan secara optimum tanpa mengira sekolah kaum indigineous atau bukan kaum indigineous. (mengikut situasi

7) Tindakan kolektif; o Kementerian Pelajaran telah melaksanakan Program `Outreach' Pendidikan Khas dan Lawatan Jawatankuasa Bertindak Bagi Menangani Isu-Isu Pendidikan Anak Orang Asli. o Ada yang membawa ubat kutu, membuat pemeriksaan gigi, pergi rumah ke rumah, mendaftarkan anak Orang Asli, memberi ceramah, menggalakkan tabungan dan sebagainya.

8) Bantuan Kewangan; Pengagihan peruntukan kewangan tanpa memilih bulu membolehkan para pelajar khususnya yang belajar di sekolah-sekolah luar bandar dan kawasan pedalaman menikmati peluang dan ruang yang serupa dengan pelajar di bandar. Ketidakadilan dalam menyalurkan dana pendidikan ini akan menafikan peluang untuk pelajar ini berkembang selari dengan kemajuan sains dan teknologi negara. Sebagai langkah membendung inflsasi, pada tahun 2008 Kerajaan telah meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM20 juta untuk program pembangunan masyarakat Orang Asli. Sebanyak RM13.4 juta untuk bantuan makanan tambahan, RM2.7 juta bagi membiayai kos pengangkutan pelajar, bantuan wang saku pelajar RM2 juta dan bantuan input pertanian sebanyak RM1.9 juta.

9)Tindakan Badan Bukan Kerajaan; o Sebagai menjalankan tanggungjawab sosialnya kepada masyarakat, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) mengadakan Projek Tanggungjawab Sosial Korporat kepada murid-murid masyarakat Orang Asli di Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi. o Ketua Pegawai Eksekutif KWAP, Azian Mohd Noh menjelaskan bahawa projek yang dijalankan berbentuk bantuan peralatan sukan yang berjumlah

RM3,000 bagi meningkatkan lagi pencapaian sukan di sekolah tersebut khususnya dalam sukan bola sepak dan sepak takraw.

10) Tindakan Guru; o Komitmen yang tinggi dalam menjalankan tanggungjawab. o Penyediaan BBB yang relevan. o Perlu sentiasa peka dengan situasi atau masalah murid-murid indigineous. o Empati tetapi tegas dalam segala hal. o Penyayang dan ikhlas mengajar.

You might also like